JOM TENGOK KOLEKSI KERANA PULUT SANTAN BINASA ... KERANA KENYATAAN KANGKUNG NAJIB DIJADIKAN BAHAN SENDA KETAWA.
Perkataan kangkung kini sudah menjadi viral gara-gara Najib bengang rakyat tidak puji kerajaan UMNO/BN ketika harga kangkung turun.
Reaksi rakyat ialah dengan membelasah Najib Razak di alam siber sampai lumat lunyai.
Inilah beberapa gambar yang sudah diolah dan diubah suai demi menepati kenyataan keramat Najib Razak semalam di Kemaman, Terengganu betapa rakyat jangan asyik menyalahkan kerajaan jika harga barang naik tanpa mengucapkan pujian dan terima kasih apabila harga sayur-sayuran turun seperti kangkung.
Akibat dari kenyataan yang dianggap oleh rakyat sebagai kurang cerdik dalam memberikan contoh dengan majoriti rakyat menganggap ianya suatu kenyataan yang menghina dan mencemuh rakyat yang sedang bergelut denmgan kenaikkan kos sara hidup yang semakin tinggi setiap hari.
Burger Mcdonald dijadikan burger McKangkung ... Kopi jantan campur kangkung.... rokok berperisa kangkung .. dll
Bila pemimpin persendakan rakyat maka bersedia pula rakyat mempermainkan pemimpin .. Tit for Tat.
MB TERENGGANU DENGAN ANGKUH DAN SOMBONG CAKAP PUNCA KEMAMAN DILANDA BANJIR BESAR KERANA RAKYAT CHUKAI UNDI ADUN PAS!!!!!
KEMAMAN: ADUN Chukai, Hanafiah Mat minta Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said bertaubat kerana mengeluarkan ucapan angkuh di majlis penyampaian bantuan banjir oleh Perdana Menteri di sini semalam.
Katanya, dalam ucapan Menteri Besar semalam beliau berkata,” kerana BN kalah kepada pembangkanglah di DUN Chukai, Kemaman dapat bala banjir”.
Hanafiah bertanya kenapa ketika PAS menang tiga kerusi (Air Putih, Chukai dan Kijal) dan parlimen Kemaman (PKR) pada tahun 1999, Kemaman tidak banjir?
Kata beliau lagi, banjir berlaku di Kemaman bukan kerana PAS menang di Chukai tetapi kerana Allah yang menurunkan banjir seperti mana dalam al Quran surah al Saba’ ayat 16.
Ayat 16 Surah al Saba’ berbunyi seperti berikut yang bermaksud: “Maka mereka berpaling ingkar, lalu Kami hantarkan kepada mereka banjir yang membinasakan, dan Kami gantikan dua kumpulan kebun mereka (yang subur) itu dengan dua kumpulan kebun yang berisi dengan pohon-pohon yang pahit buahnya, dan pohon-pohon yang jarang berbuah, serta sedikit pohon-pohon bidara”.
Malah dalam surah Noh ayat ke 25, Allah berfirman yang bermaksud “Disebabkan dosa-dosa dan kesalahan mereka, mereka ditenggelamkan (dengan banjir dan taufan), kemudian (pada hari akhirat) dimasukkan ke dalam neraka; maka mereka tidak akan beroleh sebarang penolong yang lain dari Allah (yang dapat memberikan pertolongan)”.
Sehubungan dengan itu Hanafiah meminta Ahmad Said bertaubat kerana seolah-olah beliau tidak percaya bala banjir diturunkan Allah.
Semalam Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan bantuan kepada 19,205 mangsa banjir di negeri ini yang disifatkan sebagai bantuan luar biasa di majlis yang berlangsung di sini.
Bantuan banjir ini mencatatkan sejarah apabila produk berupa televisyen, peti sejuk, dapur, tilam dan bantal bernilai RM5,000 disumbangkan kepada setiap keluarga mangsa banjir di Terengganu.
Antara produk yang diterima mereka adalah peti sejuk yang disumbangkan UMNO, televisyen sumbangan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta bantal dan tilam sumbangan Kelab Putera 1Malaysia.
Selain itu, kesemua 19,205 keluarga yang terlibat dengan banjir di Terengganu turut menerima bantuan wang tunai RM500 daripada kerajaan Pusat dan RM1,500 daripada kerajaan negeri.
Najib seterusnya melahirkan rasa terharu dengan jumlah kehadiran yang begitu ramai sehingga mencecah hampir 20,000 orang pada majlis itu dalam keadaan cuaca mendung dan hujan renyai.
Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.
Mengulas majlis penyampaian tersebut, Hanafiah berkata ramai penerima kecewa kerana terlalu lama beratur untuk mengambil kupon sampai ke petang sehingga mereka tidak dapat menghantar anak mereka ke sekolah dan terpaksa ponteng kerja.
“Malah yang lebih mengecewakan mereka pada bulan April, tiga bulan dari sekarang baru mereka dapat menunaikan kupon itu untuk mengambil peti ais, televisyen dan tilam yang dijanjikan itu,” kata mereka.
Beliau berkata kalau dah tahu bulan April baru dapat ambil barang tersebut, kenapa buat majlis sekarang.
“Buatlah pada bulan Mac, sekurang-kurangnya tidak lama mereka menunggu barang yang dijanjikan,” katanya lagi.
Guru Mualaf SJKC Diarah Buka Tudung Jika Mahu Mengajar
On
13 Jan, 2014 In
Isu Semasa
KOTA TINGGI 12 Jan. – Penduduk Kampung Teluk Sengat, dekat sini yang marah menggantung beberapa kain rentang dan menampal puluhan poster bagi mencemuh tindakan seorang ahli jemaah pengurus sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang didakwa meminta seorang guru Cina Muslim membuka tudung.
Wanita itu turut diancam keselamatannya jika enggan berbuat demikian.
Memetik laporan dari Utusan Malaysia, ahli jemaah pengurus sekolah yang dikenali sebagai Pang berusia dalam lingkungan 60-an itu telah menyuruh guru mualaf berusia 25 tahun supaya membuka tudung selain mengancam keselamatannya sekiranya enggan berbuat demikian.
Berikutan ugutan itu, guru tersebut membuat laporan di Balai Polis Teluk Sengat dan berdasarkan maklumat terbaru, guru berkenaan ditukarkan serta-merta ke sebuah sekolah di bandar ini.
Sementara itu, Pengerusi Badan Kebajikan Sekolah Agama Teluk Sengat, Abd. Zani Shariff kesal dengan tindakan pihak berkenaan yang boleh menimbulkan rasa tidak puas hati antara penganut agama, khususnya umat Islam.
“Walaupun saya rasa tercabar dengan tindak-tanduk lelaki tersebut memainkan isu agama sehingga menimbulkan rasa marah umat Islam di sini, namun saya berharap pihak berkenaan dapat membendung isu panas ini daripada berpanjangan yang boleh mencetuskan isu perkauman,” katanya yang ditemui di sini hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Lama, Asiah Md. Ariff berkata, dia telah mendapatkan maklumat ketua kampung yang meminta supaya perkara itu diserahkan kepada pihak berkuasa untuk disiasat.
“Harapan saya supaya keadaan di kampung ini berjalan seperti biasa dan mungkin ada sedikit kawalan yang perlu dibuat supaya tidak menimbulkan perkara yang tidak diingini.
“Jadi, saya harap pihak berkuasa akan segera mengambil tindakan seterusnya melakukan siasatan,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Rahmat Othman menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) mengesahkan menerima laporan yang dibuat oleh seorang penduduk tentang perkara berkenaan.
sumber
GAMBAR TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN P. KAMALANATHAN YANG KENA TUMBUK OLEH ORANG KUAT PEMUDA UMNO HULU SELANGOR MENERIMA RAWATAN TERSEBAR LUAS DAN LIGAT DI ALAM SIBER.
Inilah dikatakan rakaman gambar Timbalan Menteri Pendidikan II merangkap Ahli Parlimen Hulu Selangor P. Kamalanathan yang kena tumbuk oleh seorang kuat Pemuda UMNO Hulu Selangor semalam gara-gara tidak berpuashati kegagalan beliau menunaikan janji untuk menukar saudara sipenumbuk seorang guru yang mengajar di sekolah Johor berpindah kesekolah di Hulu Selangor sedang menerima rawatan dan pemeriksaan doktor di Hospital Kuala Kubu Baru.
Laporan polis telah pun dibuat di Balai Polis Bukit Beruntung dan siasatan sedang dijalankan dibawah Sek 323 Kanun Keseksaan.
Barang naik: Apa lagi yang Najib nak nafi
- Jan 13, 2014
- HARAKAHDAILY
“Ataukah juga ia tidak lagi mengejutkan kepada pihak yang lainnya,” tanya Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad.
Katanya, cubaan Najib untuk meyakinkan rakyat bahawa kenaikan harga barang atau ‘barang naik’ bukan disebabkan oleh kerajaan adalah melucukan.
Beliau berkata, sama ada Najib sengaja memberi jawapan politik dan cubaannya berdalih atau benar-benar beliau tidak tahu apa punca kenaikan kos mutakhir ini.
“Rakyat lebih suka membaca Najib sengaja berpolitik dan berdalih kerana almaklumlah apa lagi yang dia takut kerana kedudukan dia dan Umno BN di Putrajaya sudah ‘selamat’ walaupun dia wajar diingatkan bahawa Umno BN hanya mendapat 47% dari undi popular.
“Untuk mudahkan Najib faham saya sebutkan begini. Kalau Maybank Investment Bank (IB) pada Oktober lalu mengumumkan inflasi paling tinggi dalam tempoh 20 bulan kerana kenaikan 20 sen RON95 dan diesel pada September 2013 lalu, maka apakah laporan yang bakal dibuat oleh kesemua pihak analysts dan Investment Banks di negara?
“Ramalan IB-IB ini adalah inflasi tahun ini adalah 3% dan 2015 lebh parah lagi 3.5% hingga 4%,” jelasnya.
Justeru, beliau menggesa agar Najib cuba memikirkan lebih serius sedikit iaitu impak kali ini adalah akibat dinaikkan serentak dan kesan 'rantaiannya' kepada barangan dan servis adalah sangat berat kepada rakyat.
Baginya, adalah lucu dan aib bagi seorang PM untuk menafikan hakikat itu.
“Najib tarik 34 sen subsidi gula menjadi harga gula hari ini melonjak dari RM2.50 sekilogram ke RM2.84 sekilogram sebaik sahaja selepas pembentangan,” katanya lagi.
Di samping itu, ujarnya bermula Januari lalu tarif elektrik pula dinaikkan 15% di Semenanjung dan 17% di Sabah dan Labuan.
Kemudian, katanya pengumuman tentang kadar tol untuk 13 lebuh raya dibuat dan kos pengangkutan awam (LRT, Monorail, KTM, ERL dan ETS) serta bas sekolah mahu dinaikkan 40%.
“Najib menyebutkan tak semua kenaikan disebabkan oleh kerajaan BN. Dakwanya ada disebabkan cuaca buruk tangkapan ikan kurang dan hasil tanaman tak menjadi.
“Apakah Najib dapat meyakinkan dirinya sendiri tentang dakwaannya itu?” tanya Dr Dzulkefly lagi.
Sehubungan itu, sebelum rakyat hilang kesabarannya Najib patut tahu kesusahan yang ditanggung rakyat yang berpendapatan rendah semakin parah dan gesaan supaya merubah cara hidup seperti naik motor ke pejabat dan suami-isteri yang buat 2 atau 3 kerja membawa implikasi sosial yang berat seperti hal ehwal anak-anak terbiar menambah pelbagai gejala sosial dan juga kemalangan meningkat.
Bagi beliau, adalah tidak patut sama sekali Najib merendah atau perbodoh rakyat sebegini.
Katanya, rakyat juga tahu Najib tak mahu ambil tindakan merungkai atau memberhentikan monopoli yang merupakan antara sebab mengapa gula, beras, simen dan besi-keluli dan sebagainya.
Menurutnya, Najib takut bertindak memberhentikan konsesi-konsesi utiliti sperti air, IPP, lebuhraya, pelabuhan dan menamatkan keuntungan kroni yang lumayan tetapi sangat mudah untuk mengenakn apa-apa pun kepada rakyat.
Katanya, ini semua sebab mengapa kos ditentukan mereka.
“Daripada menangani ketirisan dan kebocoran, hentikan runding langsung dan mewujudkan tadbir-urus yang baik, Najib lebih suka mengenakan GST bagi menambah pendapatan Negara. Inflasi tentunya akan menjadi lebih parah lagi.
“Apa lagi yang Najib nak nafi?” ujarnya lagi.
Maulidur Rasul bukan sekadar sambutan - Leman
- Jan 13, 2014
- ANIS NAZRI
Dengan mengingati semangat perjuangan dan mencontohi keperibadian Rasulullah SAW, ia juga sebagai satu platform untuk kita bersama-sama mengingatkan kepada masyarakat untuk menjalani kehidupan ini mengikut cara yang diamalkan Nabi Muhammad SAW.
Selebriti, Leman Raja Lawak, berkata Maulidur Rasul yang saban tahun disambut di negara ini memang baik bagi mengingatkan umat tentang perjuangan dan keperibadian Nabi Muhammad SAW.
Namun, beliau berpendapat sambutan itu juga bukanlah sekadar sambutan semata-mata tanpa memahami dan mengambil segala aspek keperibadian dan perjuangan Rasulullah SAW untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
Katanya, umat Islam di negara ini perlu menjadi muslim haraki, yang mengikuti sistem yang diperkenalkan dan dilaksanakan Rasulullah SAW.
"Jika umat Islam tidak menjadi muslim haraki, dia tidak tahu apa yang Rasulullah SAW ajarkan, sama ada dari aspek politik, ekonomi, sosial dan sebagainya," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini.
Leman, yang kini giat bersama PAS cuba mencontohi sedikit sebanyak keperibadian Rasulullah SAW dalam kehidupan sehariannya.
"Saya pun masih belajar lagi. Saya cuba perlahan-perlahan. Kalau dahulu, saya ni seorang pemarah. Mudah memberontak. Tapi sekarang ini saya cuba mengawal kemarahan saya. Jadi lebih 'cool' sikit," cerita beliau.
Katanya, beliau cuba mengambil contoh sifat Rasulullah SAW yang bertenang dan bersabar ketika ditentang sewaktu menyampaikan dakwah.
"Rasullulah SAW tetap bersabar dan bertenang, malah berhemah pula dengan golongan yang menentang apa yang diperjuangkannya. Jadi saya cuba untuk mencontohi sifat-sifat tersebut," kata beliau yang mengakui pada peringkat awal menyertai PAS turut mendapat kecaman daripada pelbagai pihak.
Kangkung atau Kangkong (nama saintifik Ipomoea spp.) adalah jenis sayuran berdaun dari keluarga Convolvulaceae. Ia mempunyai taburan tanaman di Asia, Afrika, Amerika Selatan, Amerika Tengah dan Oceania. Di Malaysia ia ditanam di selurh negara terutamanya di kawasan penanaman sayur tanah rendah. Terdapat 2 jenis kangkung yang ditanam secara komersial di Malaysia iaitu kangkung darat (Ipomoea reptans L. Poir) yang berdaun kecil panjang meruncing dan ditanam atas batas, dan kangkung air (Ipomoea aquatica Forsk) yang berdaun lebar dan tumbuh liar di dalam parit atau paya. Kangkung banyak dijual di pasar-pasar termasuk pasar tani, pasar basah dan pasar raya besar seperti Tesco dan Giant. Kangkung banyak terdapat di kawasan Asia dan merupakan tumbuhan yang boleh dijumpai hampir di mana-mana kawasan berair.
Kangkung
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ciri-ciri botani/morfologi
Kangkong mempunyai daun licin berbentuk tirus seperti mata panah di hujung daun, sepanjang 10-12 cm, dan lebar 5-6 cm. Terdapat juga jenis daun lebar dan daun tirus mengikut spesis sama ada kangkung darat ataupun kangkung air. Ia mempunyai batang menjalar dengan daun berselang dan batang menegak pada pangkal daun. Selalunya kangkung mula menjalar sebulan selepas ia ditanam. Ini juga menjadi petanda masa sesuai untuk menuai kangkung iaitu sebelum ia menjalar. Kangkung yang boleh dimakan ini bewarna hijau pucat dan menghasilkan bunga bewarna putih, yang menghasilkan pod empat biji benih.Kegunaan
Hampir keseluruhan tanaman muda boleh dimakan. Oleh kerana kangkong tua mempunyai serabut, kangkung pucuk muda adalah lebih digemari. Ia boleh dimakan mentah (seperti kerabu) atau dimasak seperti bayam. Kangkong sering digoreng. Rempah dicampurkan bagi menambah rasa yang hambar.Antara masakan yang popular yang mengunakan kangkung adalah kangkung goreng belacan.
Kangkung juga merupakan makanan kepada salah satu spesies haiwan Chersina, iaitu kura-kura. Arnab juga suka memakan kangkung.
Khasiat
Penyakit
Ia selalu diserang lebam.Perosak
Serangga seperti belalang suka makan kangkung.Amalan perladangan
Jenis tanah
Kangkung sesuai di tanam di kawasan beriklim tropika dan subtropika. Ia sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah terutama tanah yang kaya dengan bahan organik serta saliran air yang baik.Penyediaan biji benih
Biji benih kangkung boleh didapati selepas ia berbunga.Jarak tanaman
Jarak yang sesuai adalah 20 cm antara baris dan 10 cm antara pokok.Kaedah penanaman
Dua jenis penanaman diusahakan: kering dan basah. Dalam kedua kes, sejumlah besar bahan organik (kompos dan najis) dan air diperlukan.Dalam penanaman kering, kangkong ditanam pada jarak 5 inci pada batas dan disokong dengan kayu sangga. Kangkong boleh ditanam dari biji benih atau keratan akar. Ia sering ditanam pada tapak semaian sebelum dipindahkan di kebun. Penuaian dilakukan selepas 6 minggu ia ditanam.
Dimana penanaman basah diamalkan, potongan sepanjang 12-inci ditanam dalam lumpur dan dibiar basah. Semasa kangkong tumbuh, kawasan basah ditenggelami pada tahap 6 inci dan aliran air perlahan dikekalkan. Aliran air ini dihentikan semasa pembajaan. Rumpai dikawal dengan membanjiri kebun. Tuian dilakukan 30 hari selepas penanaman. Apabila pucuk diambil, cabang sisi dan menegak digalakkan dan boleh dituai setiap 7-10 hari.
Semasa berbunga, pucuk kangkong kurang tumbuh tetapi pembajaan dan penuaian cenderung menggalakkan lebih banyak daun terhasil.
Pengairan
Kangkung memerlukan air yang banyak untuk tumbersaran.Pembajaan
Penggunaan NPK hijau semasa awal penanaman dan 2 minggu selepas penanaman dan selepas penuaian kali pertama.Kawalan penyakit dan perosak
Selalunya bawang atau selasih ditanam sebelah batas kangkung sebagai tanaman penghalua untuk mengurangkan serangan serangga perosak.Penuaian
Kangkung merupakan salah satu sayuran yang boleh dituai dalam masa yang singkat. Kebiasaannya, kangkung boleh di tuai dalam masa 30 hari selepas penanaman. Untuk mencapai kualiti optimum, penuaian perlu dilakukan dengan cermat kerana batang dan daun agak rapuh dan mudah patah. Kangkung dituai dengan mencabut pokok bersama akar supaya ia lebih tahan di pasaran. Kangkung kemudianya hendaklah dibasuh, dirapikan dan dibugkus jika ia adalah untuk jualan pasaran. Selain itu, kangkung juga boleh dituai untuk kali kedua dengan syarat tuaian pertama tak dituai sekali dengan akar. Walaupun begitu tuaian kangkung selepas tuaian pertama akan menghasilkan daun dan batang kangkung lebih kecil dari biasa.Kangkung yang disimpan dalam bilik sejuk pada suhu 13-15oC dengan kadar kelembapan relatif 90-95% mempunyai jangkahayat 5-7 hari. Seperti sayur berdaun lain, kangkung amat sensitif dengan gas etilena dan perlu dielak dari disimpan bersama dengan produk yang mengeluarkan gas etilena terutamanya buah-buahan.[1]
KECOH SATU NEGARA GAMBAR NAJIB PAKAI RANTAI LEHER EMAS DIGUNAKAN UNTUK BACKDROP SEMPENA MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN MANGSA BANJIR PERINGKAT NEGERI TERENGGANU DI KEMAMAN SEMALAM!!!
Tujuan apa gambar tersebut dipilih khas oleh penganjur sedangkan cukup banyak gambar yang boleh di goggle untuk dijadikan gambar backdrop.
Nampaknya ada semacam sabotaj untuk menjatuhkan maruah dan mengaibkan Najib Razak dimata rakyat oleh pihak tertentu.
Macam mana Pejabat Perdana Menteri dan Pejabat Menteri Besar Terengganu boleh terlepas pandang gambar yang mengaibkan ini.
Trending FB: Apa cerita kangkung?
SUSULAN tersebarnya video penuh ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di
media sosial yang turut menyebut mengenai harga sayur kangkung, hari ini
trending Facebook adalah berkaitan sayur tersebut.
Sinar Harian Online mendapati pengguna laman Facebook telah mengemaskini status dengan nama sayur kangkung beserta gambar sayur itu yang dijadikan pelbagai jenis hidangan.
Isu sayur kangkung itu juga turut mendapat perhatian Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar yang turut berkongsi menu makan tengahari "pilihan", pada hari ini.
"Apa menu makan tengahari anda hari ini?...saya makan kangkung masak kurma!," tulisnya.
Semalam Najib dipetik sebagai berkata:
"...ada yang dah turun, kangkung yang dulunya naik sekarang sudah turun.
"Bila turun kenapa tak puji kerajaan, masa naik dipersalahkan kerajaan," katanya.
Sinar Harian Online mendapati pengguna laman Facebook telah mengemaskini status dengan nama sayur kangkung beserta gambar sayur itu yang dijadikan pelbagai jenis hidangan.
Isu sayur kangkung itu juga turut mendapat perhatian Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar yang turut berkongsi menu makan tengahari "pilihan", pada hari ini.
"Apa menu makan tengahari anda hari ini?...saya makan kangkung masak kurma!," tulisnya.
Semalam Najib dipetik sebagai berkata:
"...ada yang dah turun, kangkung yang dulunya naik sekarang sudah turun.
"Bila turun kenapa tak puji kerajaan, masa naik dipersalahkan kerajaan," katanya.
Artikel Berkaitan
- Isu kangkung: KJ bela Najib
- Trending FB: Apa cerita kangkung?
- Harga naik: Tak adil salahkan kerajaan semata-mata
- PM bangga kejayaan tarik pelabur asing
- Malaysia, Turki sasar meterai FTA April ini
- PM: Jangan tangani isu dengan emosi
- PM: Lebih 3 juta peluang kerja baru
- Laporan tidak tepat
- 2014, tahun mencabar buat Najib
- Jimat belanja menteri, rakyat dapat apa?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan