PANDANGAN TOKOH BUKAN ISLAM BERKENAAN RASULULLAH S.A.W.
1. Mahatma Gandhi mengatakan: Muhammad adalah yang terbaik dan kisahnya tidak dipertikai langsung bagi jutaan manusia, dan Muhammad membawa Islam dengan Kezuhudan dan berkasih sayang sesama sahabat sahabatnya, keberaniannya dan kepercayaan yang Tulus dan Ikhlasnya kepada ALLAH dan kata akhirnya tidak ada yang lebih dari ini melainkan Kehidupan Muhammad S.A.W.
2. Sir George Bernard mengatakan: Aku selalu memandang tinggi agama Muhammad S.A.W disebabkan ianya satu tenaga (semangat) yang terbaik dan ia membawa satu agama yang boleh memukau seluruh alam dan dapat di terima pada mana-mana zaman pun, dan sekiranya mengikut pandangan aku yang berfahaman Anti-Christ, Muhammad S.A.W adalah Penyelamat kami.
3. Thomas Carlyle mengatakan: Penipuan yang sebenar-benarnya yang telah tertimbun pada Muhammad S.A.W (disebabkan tuduhan tuduhan jahat mereka) hanya memalukan kita sahaja.
4. W.M. Watt mengatakan: Muhammad S.A.W adalah seorang yang berakhlak mulia dan ramai yang mengikutinya dan meletakkannya sebagai Ketua di sebabkan akhlaknya yang mulia.
Selawat dan Salam keatas junjungan Baginda Muhammad S.A.W
Wednesday, 15 January 2014
RAKAMAN GAMBAR SAMPAI KUCING BERTANDUK TIDAK AKAN DI SIARKAN OLEH UTUSAN, BERITA HARIAN, HARIAN METRO DAN KOSMO ... YB TIAN CHUA TURUT SERTA BERARAK SEMPENA MAULIDUR RASUL.
Inilah rakaman gambar Ahli Parlimen Batu merangkap Naib Presiden Parti KeADILan Rakyat, YB Tian Chua yang sama -sama dengan rakyat beragama Islam berarak sempena Maulidur Rasul semalam di Taman Dato' Senu, Sentul Kuala Lumpur.
Nak harapkan semua media arus perdana milik UMNO/BN siarkan jangan nak mimpilah .. nak dapat kata-kata pujian dari juak-juak UMNO, Perkasa, Pekida dan Jati sorilah... Apa-apa pun tahnisha diucapkan .. manalah tahu suatu hari nanti terbuka hatinya nak memeluk Agama Islam.
EDISI BONGKAR FITNAH UMNO/BN!!!! Sebelum TV3suku duk canang pasal penutupan GIAT MARA Selayang yg dikaitkan dengan Kerajaan Negeri Selangor. X kurang juga cerita karut marut blogger2 UMNO-BN yang sebenarnya dah lari dari topik.... Kah! Kah! Kah! Wahai DaMACAI!!!.. AKHIRNYA.. MB S'ngor sendiri telah nyatakan TIADA PENUTUPAN Pusat Giat MARA!!! Nak memFITNAH tahap KANGKUNG, MMG MASUK KANGKUNG ler [SEBARKAN] Lu Tak Sebar Lu Macai
okey..huh..
amacam..blh ka?
amacam..blh ka?
PEMBETULAN .... INILAH WAJAH SEBENAR SETIAUSAHA PEMUDA BAHAGIAN HULU SELANGOR .
Pengerusi Majlis Belia Daerah Hulu Selangor, Aedi Rizwan Hj Suhaimi merangkap Setiausaha Pemuda Bahagian Hulu Selangor.
Pemimpin UMNO pamerkan kemewahan perkahwinan anak
Perkahwinan
mewah dan mega pada hari ini adalah ‘trademark’ pemimpin UMNO.Dan
kenapa tidak? Dalam debat terakhir pada Perhimpunan Agung UMNO, delegasi
Johor, Khairul Anwar Rahmat berkata, UMNO tidak seharusnya menjadi
“apologetik” apabila orang bercakap ahli UMNO “kaya raya”.
“Jangan
risau sekiranya anda mempunyai kenderaan Land Rover… atau Porsche
Cayenne. Ini menunjukkan bahawa anda berwibawa dan boleh menguasai
ekonomi dan buat apa sahaja,” ujar Khairul Anwar.
Tiada
sebarang pemimpin UMNO yang menyangkal kenyataan Khairul yang disifatkan
sebagai sombong dan bongkak itu. Apakah ini satu sokongan?
Yang
menjadi persoalan rakyat Malaysia adalah daripada mana pemimpin UMNO ini
mendapatkan wang? Sudah pasti mereka tidak akan mampu untuk mempunyai
kemewahan sedemikian rupa hanya dengan pendapatan atau elaun sebagai
pemimpin rakyat dan kakitangan kerajaan.
Disini mungkin Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah gagal teruk dalam menjalankan tugas untuk membasmi rasuah.
SPRM hanya
pandai mencari mereka yang lemah. Apabila ia datang kepada ahli politik
Barisan Nasional (BN) ia secara tegas telah memilih.
Mengikut
SPRM “Hidup diluar kemampuan anda” hanya boleh dipakai kepada lelaki di
jalanan bukannya kepada pemimpin peringkat atasan. Pernah juga
tertanya-tanya apa tindakan yang Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
lakukan terhadap golongan kaya raya yang menyerahkan borang cukai?
Pernahkan
anda mengingati Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam
membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk perkahwinan majlis kahwin
mega anaknya pada tahun 2012? Kira-kira 130,000 pengunjung atau tetamu
yang hadir pada majlis tersebut.
Beliau
sudah pasti mampu untuk memberi anaknya majlis perkahwinan besar-besaran
dengan membiayai bil itu sendiri dari poket sendiri.
Dan apakah anda boleh percaya dengan apa yang Ali beritahu kepada media: ahli perniagaan telah mengiklankan di dalam buku majlis perkahwinan anaknya! Sejak bila majlis perkahwinan menjadi platform kepada pengiklanan?

Sementara
itu, Setiausaha khas kepada Ketua Menteri Melaka, MS Mahadevan
dilaporkan memberitahu akhbar berbahasa Inggeris The Star bahawa di
majlis perkahwinan anak Ketua Menteri itu banyak katering dan ahli
perniagaan yang lain memberikan perkhidmatan mereka secara percuma.
Bukankah itu rasuah? Sebagai Ketua Menteri sudah semestinya Ali tidak perlu untuk bermurah hati menerima daripada perniagaan.
Mengapa tidak orang-orang perniagaan juga menawarkan perkhidmatan percuma kepada orang lain, orang biasa?- The Ant Daily
BUNG MOKHTAR TIDAK MAKAN KANGKUNG .. DIA MAKAN BROCCOLI.
Pergh!!! Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Mokhtar Radin dalam tweetnya memberitahu satu dunia apa barang dia mau makan kangkung .. dia langsung tak jamah pun kangkung .. dia hanya makan broccoli.
Inilah satu contoh pemimpin UMNO duduk di pendalaman tidak sedar diri berlagak sombong... dia hina rakyat yang makan kangkung... bagi dirinya mungkin kangkung itu suatu sayur yang amat hina dan jijik untuk dijamah dan dimakan. 1:18PM Jan 15, 2014
BBC petik sensasi 'kangkung' Najib
Selepas menjadi bahan ejekan di Internet, sensasi
ekoran ucapan perdana menteri berhubung penurunan harga kangkung kini
menarik perhatian media antarabangsa.
Agensi berita BBC bawah segmen trending beritanya melaporkan bagaimana Najib dikritik kerana mengeluarkan kenyataan itu.
“Ketika kerajaan dikritik kerana peningkatan harga barangan asas seperti bahan api dan elektrik, beliau (Najib) pilih untuk ketengahkan pengurangan kos sayur kangkung,” laporan itu dipetik.
Laporan itu menyebut, perlbagai pendekatan diambil rakyat Malaysia sebagai reaksi kepada ucapan Najib itu, termasuk ratusan ribu tweet, pembukaan laman Facebook dan ciptaan remix komen perdana menteri di YouTube.
Selain itu, BBC juga melaporkan kewujudan lirik lagu popular dan tradisional selain penjualan kemeja-t sinikal dengan tulisan “Keep calm and eat kangkung” (bertenang dan makan kangkung).
Najib pada 12 Januari lalu dilaporkan berkata:
"Kalau harga sayuran naik, sawi naik, kangkung naik, ada masa dia naik, ada masa dia turun. Hari ini dalam surat khabar, saya baca, ada yang dah turun.
“Kangkung dulu naik, sekarang ini dah turun. Bila turun apa pasal tak puji kerajaan? Bila naik salahkan kerajaan. Ini tidak adil sebab ini adalah (ekoran) keadaan, cuaca..."
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan bantahan Majlis Peguam terhadap perakuan bekas pegawai polis Jude Blacious Pereira sebagai peguam bela dan peguam cara.
Pereira sebelum ini menjadi penyiasat polis dalam perbicaraan kes Liwat II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kemudiannya dilepaskan.
Pereira memohon menjadi pengamal undang-undang di Ipoh selepas selesai latihan guaman (chambering) setelah bersara daripada pasukan polis dengan pangkat superintenden.
Peguam Malik Imtiaz Sarwar dan Pavendeep Singh berkata, Majlis Peguam membantah petisyen Pereira kerana mendapati dia “bukan saksi berwibawa” semasa pendengaran berkaitan hak asasi manusia dalam kes tangkapan lima peguam di Kuala Lumpur.
Justice Zaleha Yusof bersetuju dengan pandangan Majlis Peguam bahawa Pereira “tidak layak dan bukan orang yang sesuai untuk diakui sebagai peguam untuk beramal di Mahkamah Tinggi Malaya”.

MAHKAMAH TINGGI TELAH MEMBATALKAN PERMOHONAN PEGAWAI PENYIASAT KES SODOMI II DSAI UNTUK MENJADI SEORANG PEGUAMBELA DAN PEGUAMCARA ATAS ALASAN BELIAU SEORANG SAKSI YANG TIDAK BOLEH DI PERCAYAI!!!
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan bantahan Majlis Peguam terhadap perakuan bekas pegawai polis Jude Blacious Pereira sebagai peguam bela dan peguam cara.
Pereira sebelum ini menjadi penyiasat polis dalam perbicaraan kes Liwat II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kemudiannya dilepaskan.
Pereira memohon menjadi pengamal undang-undang di Ipoh selepas selesai latihan guaman (chambering) setelah bersara daripada pasukan polis dengan pangkat superintenden.
Peguam Malik Imtiaz Sarwar dan Pavendeep Singh berkata, Majlis Peguam membantah petisyen Pereira kerana mendapati dia “bukan saksi berwibawa” semasa pendengaran berkaitan hak asasi manusia dalam kes tangkapan lima peguam di Kuala Lumpur.
Justice Zaleha Yusof bersetuju dengan pandangan Majlis Peguam bahawa Pereira “tidak layak dan bukan orang yang sesuai untuk diakui sebagai peguam untuk beramal di Mahkamah Tinggi Malaya”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan