Rabu, 29 Januari 2014

KITA TAHU YANG TERSURAT...YANG TERSIRAT KITA TAK TAHU...JIKA DAH BERLAKU ITU TELAH JADI TAKDIR...TAKDIR NI TELAH JADI KETETAPAN ALLAH...KITA TAK BOLEH PERTIKAI LAGI

Aku pun sedang menilai supaya tanggapan aku tak silap....
DSAI TIDAK BERSALAH DALAM ISU INI..DSAI BERTINDAK UNTUK MENYELAMATKAN PARTI.WAJAH DAN TUTUR KATA DSAI SEWAKTU SIDANG MEDIA BERSAMA TSRI KHALID SEPERTI MENANGGUNG SATU BEBANAN UNTUK MELAKSANAKANNYA.DEMI MENYELAMATKAN MASA DEPAN PARTI DSAI TERPAKSA MELAKUKANNYA.DSAI TERPERANGKAP DENGAN AZMIN ALI YANG BERCITA2 TINGGI UNTUK JAWATAN MB YANG PERNAH DIJANJIKAN KEPADANYA OLEH DSAI SENDIRI....AZMIN DAN DSAI PUNYAI IKATAN DAN PERJANJIAN ..DSAI KINI TERPERANGKAP .....!!! Desas-desus ini bermula selepas TWITTER Azmin Ali ‘menegur’ Anwar Ibrahim menjadi antara bahan siaran yang popular sejak bulan Mei 2013. Lebih menarik lagi ialah apabila ramai penulis blog dan penyokong Pakatan Rakyat sendiri membuat teori kononnya Azmin Ali dan Zuraidah Kamaruddin akan keluar dari PKR bersama-sama 11 orang ADUN PKR Selangor yang lain. Namun bagi yang berfikiran waras, tindakan keluar parti, tidak mungkin akan dilakukan oleh Azmin Ali dan Zuraidah Kamaruddin, apatah lagi ADUN-ADUN PKR Selangor. Walaupun mereka mungkin sedar bahawa mereka adalah pemain kuasa utama di Selangor, namun dengan kelebihan yang ada pada mereka sekarang, keluar parti bererti membunuh segala peluang yang terhidang di hadapan mata. Tidak mungkin tindakan keluar parti akan diumumkan oleh Azmin Ali kerana sidang media berkenaan akan dibuat di Ibu Pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya walaupun program asalnya sepatutnya dilangsungkan di Hotel De Palma, Ampang.
PRK DUN Kajang: SPR mesyuarat 5 Februari
pada 28-01-2014 04:01 Ditulis Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
SHAH ALAM: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 5 Februari depan bagi membincangkan perkara berkaitan mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Kerusi bagi DUN Kajang kosong berikutan perletakan jawatan oleh penyandangnya, Lee Chin Cheh dari PKR.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof akan mengadakan sidang media selepas mesyuarat berkenaan yang dijangkakan berlangsung di Ibu Pejabat SPR.
"SPR telah menerima makluman rasmi daripada Speaker Selangor, Hannah Yeoh pada 28 Januari pada jam 12.05 tengah hari tadi mengenai perletakan jawatan ADUN Kajang (N25) Lee Chin Cheh," demikian menurut kenyataan suruhanjaya itu hari ini.
PRK DUN Kajang bakal diadakan selepas Lee melepaskan kerusi itu sebagai memberi laluan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.
Ia sekaligus membuka peluang untuk Anwar menjadi menteri besar dan kononnya langkah meredakan ketegangan dalaman yang berlaku di dalam PKR.
Dalam pada itu, bekas Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang dihubungi Antarapos bagi mengulas tentang anggaran kos perbelanjaan untuk mengadakan PRK, beliau berkata ia bergantung kepada beberapa perkara.
Walau bagaimanapun beliau enggan memberitahu anggaran kos yang akan dibelanjakan kelak.
"Saya tak mahu sebut anggaran sebab saya tidak lagi di dalam SPR. Tetapi apabila ia melibatkan DUN, kosnya tidaklah begitu tinggi sepertimana yang dijangkakan.
"Dalam menentukan kos sesuatu PRK, ia meliputi kos persiapan logistik, program latihan, bayaran elaun petugas bergantung kepada jumlah petugas dan kos pencetakan. Ini antara perkara kos yang besar. Kos yang kecil seperti pengangkutan dan keraian. 
"Tapi saya jangka, kos bukanlah faktor dalam melaksanakan sesuatu pilihan raya sebab ia wajib di dalam perlembagaan apabila ada kekosongan," katanya.
Untuk rekod kos perbelanjaan bagi PRK DUN Sungai Limau adalah RM1.336 juta yang melibatkan seramai 27,222 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 27,220 pengundi biasa dan dua pengundi tidak hadir luar negara.
Manakala tiada pengundi awal bermakna tiada anggota polis dan tentera berdaftar sebagai pemilih di DUN Sungai Limau.
Sebanyak 17 pusat mengundi dibuka yang mempunyai 58 saluran, dan 492 petugas semasa PRK tersebut yang berlangsung pada 4 November tahun lalu.
 

Fatwa Mufti Pelaburan ASN ASB Tidak Halal

e fatwa

Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, maka Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Seumpamanya adalah tidak halal kerana masih belum menepati hukum syarak dengan alasan seperti berikut:-
  1. Skim Amanah Saham Nasional ( ASN ) dan Amanah Saham Bumiputera ( ASB ) secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan konvensional. Ini berdasarkan hadis riwayat Jabir Al-Ja’fi daripada Ibnu Mas’ud:

    ما اجتمع الحلال والحرام إلاغلب الحرام الحلالMaksudnya : “ Tidak bercampur antara yang halal dan yang haram, melainkan mengalahkan yang haram atas yang halal . ”
  2. Skim Amanah Saham Nasional ( ASN ) dan Amanah Saham Bumiputera ( ASB ) diklasifikasikan sebagai dana unit amanah tidak patuh syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti kerana terlibat dalam pelaburan tidak lulus syariah iaitu pelaburan dalam kaunter perbankan konvensional berteraskan faedah melalui Maybank dan pasaran wang.
  3. Sumbangan kepada tidak patuh syariah adalah terbesar yang tidak bertepatan dengan kehendak syarak serta kadar yang berubah-ubah ini menyukarkan pelabur untuk membuat pembersihan terhadap hasil dividen.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 – 3 Februari 2008 telah membincangkan Pelaburan Dalam ASN, ASB Dan Seumpamanya. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:
Setelah mendengar taklimat dan penjelasan serta meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa bagi menjaga kepentingan dan maslahah umat Islam serta mengelakkan kemudharatan yang lebih besar, hukum melabur dalam skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus.
Keterangan/Hujah:
  1. Hifz al-mal merupakan salah satu masalah daruriyah yang perlu diberi perhatian serius oleh pemerintah. Soal kekukuhan ekonomi umat adalah merupakan salah satu faktor penting kepada penerusan kemajuan umat Islam. Islam menegah umatnya menjerumuskan diri dalam kemudharatan dan kefakiran yang boleh menggugat kekuatan ummah.
  2. Setiap hukum yang diputuskan perlu memenuhi tuntutan keadilan, maslahah dan menghindar daripada kerosakan dan keruntuhan yang lebih besar. Dalam hal ini, Maybank adalah satu institusi perbankan Islam terbesar di Asia Pasifik. Sekiranya PNB melepaskan pegangan dalam Maybank, ia bukan hanya akan meruntuhkan ekonomi pemegang saham yang majoriti adalah orang Melayu Islam, bahkan ia juga akan memberi kesan besar kepada situasi ekonomi negara dan banyak organisasi berkaitan orang Islam. Begitu juga peluang pekerjaan yang melibatkan 16,531 kakitangan Bumiputera Islam juga akan turut terjejas
  3. Dalam menentukan hujah keharusan Islam dalam pelaburan ASN dan ASB ini, adalah tidak tepat hujah bersandarkan maslahah ummah ditafsirkan sebagai mengenepikan prinsip-prinsip Islam kerana maslahah juga adalah prinsip Islam yang perlu dipegang dalam penentuan sesuatu hukum.
  4. Prinsip pensyariatan Islam yang telah digariskan iaitu kewajipan menjaga lima(5) perkara iaitu agama, nyawa, akal, zuriat dan keturunan serta harta benda perlu dipertahankan kerana ia menjadi tunjang kehidupan seluruh umat Islam. Sekiranya terjejas salah satu daripada perkara ini, maka umat Islam akan ditimpa kehinaan yang akan menjejaskan agama dan kehidupan. Dalam hal ini, hukum ke atas pelaburan ASN dan ASB tidak boleh dilihat dari aspek tertentu sahaja, tetapi perlu mengambilkira semua kesan yang akan dihadapi oleh agama dan umat Islam.
  5. Dalam isu pelaburan yang bercampur antara halal dan haram, telah jelas bahawa PNB tidak melabur dalam sektor yang berkaitan dengan arak dan judi. Percampuran hanya berlaku dalam sektor kewangan di mana 70% pelaburan menepati syariah, hanya 30% sahaja pelaburan dalam Maybank yang dianggap masih tidak comply dengan syariah. Dalam keadaan ini, pelaburan dalam sektor yang halal lebih banyak daripada yang haram. Menurut sebahagian besar fuqaha’ iaitu Hanafi, Maliki, Shafi‘i dan Hanbali, pendekatan untuk mengharuskan masyarakat Islam melabur dalam saham syarikat yang bercampur aktiviti halal dan haram adalah berasas. Ini kerana fuqaha’ muktabar tidak mengharamkan syarikat sedemikian ketika menilai status syarikat yang dikongsi oleh orang Islam dan bukan Islam.
  6. PNB telah melaksanakan perubahan yang terbaik khususnya dalam aspek pelaburan bagi membolehkan penguasaan umat Islam. Dalam hal ini, maslahah umat Islam adalah penting dan kemudharatan yang lebih besar perlu dielakkan.
Baca lanjut klik sini E-Fatwa 
PERINGATAN KEPADA SEMUA PENGGUNA:
Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Bank Negara Malaysia (BNM) ingin memberitahu orang ramai mengenai senarai syarikat dan laman sesawang yang tidak diberi kebenaran atau kelulusan di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang ditadbir oleh BNM.


[Image: 1004477_633369263340051_652105047_n.jpg]
[Image: 994536_633369376673373_231272176_n.jpg]
Sila ambil perhatian bahawa senarai ini bukan senarai sepenuhnya. Senarai ini hanya bertujuan sebagai panduan kepada orang ramai berdasarkan maklumat dan pertanyaan yang diterima oleh BNM. Senarai ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa untuk rujukan orang ramai.

Pihak PDRM dan BNM sentiasa bekerjasama dalam memberi kesedaran dan peringatan kepada masyarakat bagi memerangi "Jenayah Kewangan". Jangan Menjadi Mangsa..!!

Untuk melihat paparan yang lebih jelas, klik pada pautan di bawah.
BNM
Sumber: BNMTELELINK


credit : Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )
 8:00PM Jan 28, 2014

'Saya hanya akan berhenti dengan keputusan sendiri'


Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau hanya akan berhenti dengan kemahuan beliau sendiri.
Beliau yang memegang kerusi panas itu berkata beliau tidak akan meletakkan jawatan kerana tekanan atau desakan dari sesiapa pun.
"Jika saya berhenti, ia keputusan saya sendiri. Itu sahaja," kata beliau dalam temuramah bersama Malaysiakini hari ini.
Beliau memberi komen kemungkinan jawatan beliau bakal digantikan oleh ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bakal bertanding di pilihan raya kecil DUN Kajang tidak lama lagi.
Menurut Khalid (kanan) beliau hanya membuat keputusan sekiranya sampai masa yang sesuai dan sehingga kini, tiada perbincangan mengenai pertukaran menteri besar.
Beliau menyifatkan tekanan dan desakan dari semua pihak termasuk parti beliau sendiri hanya merupakan sebahagian dari asam garam dunia dan perjuangan politik beliau. 
"Tekanan adalah perkara kecil saya fikirkan. Orang tanya bagaimana saya tidak gila dengan semua tekanan ini. Saya jawab 'turun naik' adalah sebahagian hidup. Saya bermula di pasaran saham," kata beliau.
Bagaimanapun Khalid berkata beliau mungkin memberi laluan dan mengundur diri sekiranya diminta oleh Anwar sendiri.
"Saya akan (berhenti) jika perlu. Tapi jika saya tak rasa perlu (berhenti), dua perkara akan berlaku. Jika saya tak boleh nak ubah saya berhenti. Jika saya boleh, saya akan teruskan (kerja politik)," kata beliau.
Pengunduran Lee tak dirancang
Bekas ADUN Kajang Lee Chin Cheh meletakkan jawatan semalam, dikatakan memberi laluan kepada Anwar untuk menjadi ADUN negeri itu.
Khalid hari ini turut mengumumkan pencalonan Anwar untuk bertanding bersama pimpinan Pakatan Rakyat 
Beliau berkata, keputusan dibuat bagi memastikan "Selangor terus menjadi asas kukuh buat Pakatan Rakyat bagi mengambil alih Putrajaya".
Pengumuman itu menguatkan lagi desas-desus Anwar (kiri) akan mengambil alih jawatan menteri besar daripada Khalid bagi menyelesaikan pertelingkahan antara Khalid dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali di negeri itu.
Ditanya tentang perkara tersebut, Anwar berkata "ia hanya spekulasi" dan beliau mahu menumpukan perhatian kepada pilihan raya kecil akan datang.
Khalid turut mengatakan perkara itu sebenarnya dalam perancangan cuma peletakan jawatan Lee tidak dirancang.
"Ia bukannya dirancang sejak Mei 2013. Ada perbincanganlah, penilaian politik dan perbincangan (mengenai Anwar bertanding).1:29PM Jan 27, 2014

Anwar nafi laporan jadi MB ganti Khalid


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan laporan media bahawa beliau akan menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

Menepisnya dengan menyifatkan ia sebagai spekulasi, Anwar memberitahu pemberita bahawa beliau tidak bertemu Khalid minggu lalu berbincang mengenai surat peletakan jawatan.

"Kami jumpa setiap minggu... Paling baru pada Jumaat lepas," katanya.

Beliau mengulas laporan portal The Star Online hari ini bahawa Khalid bersetuju untuk melepaskan jawatannya bagi memberi laluan kepada ketua pembangkang Dewan Rakyat itu.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail juga mengesahkan Khalid terus kekal sebagai menteri besar.

4 Gambar suspek kes bunuh tiga beradik di Alor Setar


Alor Setar: Seorang remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini atas tuduhan membunuh seorang daripada tiga beradik perempuan, tahun lalu.

Tertuduh, Mohd Firdaus Mohd Faridul, 19, hanya mengangguk tanda faham terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mohd Khairul Hafizuddin Ramli.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan niat melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian Noor Syafikah Nadia Abdullah, 14, di Kampung Alor Senibong, Mukin Tajar, di sini, Bagi pertuduhan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan. - Harian Metro, Gambar - Bernama
PAS, DAP sokong Anwar tanding di Kajang Jan 28, 2014 Muhammad Faizal PETALING JAYA: PAS hari ini menyatakan sokongan penuh terhadap keputusan PKR yang meletakkan Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang. Naib Presiden PAS, Slahudin Ayub berkata, PAS sebagai sebuah komponen dalam Pakatan Rakyat sentiasa mendokong semangat kebersamaan dan muafakat bersama PKR dan juga DAP. "Ini semangat yang ada dalam Pakatan Rakyat, setiap parti akan memberi sokongan sepenuhnya bagi memastikan kemenangan itu milik Pakatan Rakyat, khususnya (kali ini) PKR," jelas beliau kepada Harakahdaily. Beliau ditemui selepas hadir mewakili PAS pada sidang media PKR hari ini di mana Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan Anwar sebagai calon PRK Dun Kajang. Turut hadir pada sidang media itu Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Mohd Hatta Ramli, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan Anthony Loke. Mengulas lanjut, Salahudin berkata memang sudah menjadi kebiasaan mana-mana parti dalam Pakatn Rakyat yang bertanding, akan disokong oleh rakan parti yang lain dengan mengambil semangat calon itu adalah calon Pakatan Rakyat. Mengulas pemilihan Anwar pula, Salahuddin berkata, ianya adalah keputusan terbaik yang dirasakan oleh PKR bagi menyelesaikan masalah dalaman parti itu, dan menerima secara terbuka. "Pencalonan Anwar itu bagi saya isu dalaman PKR dan ia sebagai penyelesaian terbaik, kita diberitahu kekosongan dan tanggungjawab sebagai rakan Pakatan Rakyat kita akan memberi sokongan. "Begitu juga jika berlaku dalam PAS mahupun DAP, parti-parti akan memberi sokongan," jelasnya. Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang pada sidang media turut menyatakan sokongan kepada calon pilihan PKR itu. Jelasnya, DAP akan memberi kerjasama penuh bagi memastikan Pakatan Rakyat di Selangor boleh mencipta kecemerlangan yang lebih baik.-HD

Tiada ulasan: