Khamis, 30 Januari 2014

KITA TAK BOLEH ....MEREKA BOLEH SAJA

Thursday, January 30, 2014

NAJIB MENGELUPUR - TEMUI PENYOKONG MALAM INI GARA-GARA DISERANG MAHATHIR

TMI melaporkan bahawa Najib akan menemui para penyokongnya pada malam ini untuk menerangkan situasi yang dialaminya berikutan serangan bertali arus DR Mahathir.

Berita ini menunjukkan nasib Najib kini tidak menentu. Pengalaman Abdullah Ahmad badawi membuatkan Najib panas pungkoq hingga meraban tak menentu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak malam ini memulakan langkah untuk mempertahankan diri daripada serangan pengkritik yang tidak henti-henti menyerangnya sejak bulan lalu selepas pemilihan Umno pada Oktober. 
The Malaysian Insider difahamkan bahawa presiden Umno itu akan mengadakan pertemuan dengan ketua bahagian, pemberi pendapat dalam parti dan penyokongnya untuk menangani kritikan yang dilemparkan terhadap kepimpinannya oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Daim Zainuddin dan beberapa veteran parti yang lain. 
Najib dijangka menggariskan apa yang beliau percaya sebagai motif di sebalik semua serangan di ruang siber, hampir serupa dengan kempen yang akhirnya menyebabkan Tun Abdullah Badawi melepaskan jawatannya pada 2009. 
Susulan daripada taklimat tertutup itu, pengikut setia Najib dijangka turun ke akar umbi dan menyebarkan pesanan PM untuk terus berjuang dan jangan menghiraukan sebarang kritikan.
Taklimat itu adalah tanda yang menunjukkan Najib dan barisan penasihat akhirnya menerima hakikat bahawa serangan bertubi-tubi dan berterusan terhadapnya adalah perkara yang serius serta memberi kesan terhadap pegangan kuasanya. 
Najib dilantik sebagai presiden Umno bagi penggal kedua selepas menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti dan hampir semua orangnya berada dalam Majlis Tertinggi Umno, tetapi itu tidak menghentikan kritikan yang menggunung mengenai kepimpinannya.
Sementara itu Rafizi Ramli dalam penjelasannya terhadap perletakan jawatan ADUN Kajang bagi memberi laluan kepada DSAI bertanding di sana turut menyebut tentang usaha besar-besaran untuk menyingkirkan Najib dari jawatan PM.
"Sudah menjadi rahsia terbuka langkah untuk menyingkirkan Najib kini bermula.
"Sebagai seorang anggota strategi parti, saya tidak boleh menolak kemungkinan Najib disingkir dan Umno jatuh kepada kem ultra Dr Mahathir," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 
Rafizi membayangkan perkara lebih buruk berlaku sebaik usaha tersebut berjaya kerana usaha untuk merampas negeri Selangor akan dilakukan sedaya upaya sebaik sahaja Najib tersingkir 
"Serangan dan rancangan tidak bermoral untuk sedaya upaya merampas Selangor akan bermula selepas Najib yang lemah disingkirkan," katanya. - tmi

Selagi umno yang memerintah, siapa PM pun sama saja. Kekayaan negara dikutip untuk buncitkan perut kroni. Kepincangan pentadbiran akan terus berlaku. Pembaziran wang rakyat jadi darah daging mereka.

PM jumpa penyokong malam ini, bendung pemberontakan parti

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak malam ini memulakan langkah untuk mempertahankan diri daripada serangan pengkritik yang tidak henti-henti menyerangnya sejak bulan lalu selepas pemilihan Umno pada Oktober.
The Malaysian Insider difahamkan bahawa presiden Umno itu akan mengadakan pertemuan dengan ketua bahagian, pemberi pendapat dalam parti dan penyokongnya untuk menangani kritikan yang dilemparkan terhadap kepimpinannya oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Daim Zainuddin dan beberapa veteran parti yang lain.
Najib dijangka menggariskan apa yang beliau percaya sebagai motif di sebalik semua serangan di ruang siber, hampir serupa dengan kempen yang akhirnya menyebabkan Tun Abdullah Badawi melepaskan jawatannya pada 2009.
Susulan daripada taklimat tertutup itu, pengikut setia Najib dijangka turun ke akar umbi dan menyebarkan pesanan PM untuk terus berjuang dan jangan menghiraukan sebarang kritikan.
Taklimat itu adalah tanda yang menunjukkan Najib dan barisan penasihat akhirnya menerima hakikat bahawa serangan bertubi-tubi dan berterusan terhadapnya adalah perkara yang serius serta memberi kesan terhadap pegangan kuasanya.
Najib dilantik sebagai presiden Umno bagi penggal kedua selepas menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti dan hampir semua orangnya berada dalam Majlis Tertinggi Umno, tetapi itu tidak menghentikan kritikan yang menggunung mengenai kepimpinannya.
Tetapi, tidak ada bahaya yang mendesak menunjukkan Najib akan kehilangan kuasanya dalam parti atau Parlimen, walaupun wujudnya spekulasi menyatakan pengkritiknya mahu beliau meletakkan jawatan sebelum akhir tahun ini.
Mandat Najib sebagai presiden parti adalah sehingga 2016 manakala kerajaan pemerintah Barisan Nasional ada sehingga 2018 sebelum penggal tamat.
Langkah berdiam diri yang diambilnya terhadap serangan dalam parti dan di alam siber dilihat sebagai tanda kelemahan, hampir serupa dengan sikap “senyap bergaya” Abdullah ketika bekas perdana menteri itu dikutuk dan dilabelkan sebagai “Slumberjack”.
Orang kuat Najib yang juga Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor mengarahkan pengkritik menggunakan saluran dalam parti untuk menyuarakan kegusaran dan tidak puas hati masing-masing.
Secara jelas pesanan itu ditujukan kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang sebelum itu mengeluarkan kenyataan potongan subsidi Najib akan memberi kesan kepada sokongan terhadap BN pada pilihan raya akan datang.
Bapa Mukhriz, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga mengkritik BN di bawah pentadbiran Najib dengan berkata gabungan itu lemah dan kerajaan sepatutnya memotong perbelanjaan, bukan subsidi.
Daim, bekas penasihat ekonomi kerajaan dan menteri kewangan, dalam satu mesyuarat tertutup di Umno Merbok, 10 hari lalu, turut berkata BN boleh kehilangan kerajaan jika pilihan raya diadakan pada waktu sekarang dengan polisi semasa BN terkini.
Perdana menteri juga menjadi bahan lawak di alam siber berhubung kenyataannya yang meminta rakyat bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan apabila berlaku kejatuhan harga, bukan hanya tahu menyalahkan kerajaan ketika harga naik.
Sumber dalam Pejabat Perdana Menteri berkata pembantu khas Najib menuduh adiknya, ketua CIMB, Datuk Seri Nazir Razak berniat “jahat, serangan tertutup” terhadap abangnya menerusi artikel yang disiarkan sempena mengingati pemergian ayah mereka, Tun Abdul Razak Hussein ke rahmatullah pada 1976.
Dalam artikel yang disiarkan oleh The Malaysian Insider dan dua media lain, Nazir memuji allahyarham bapanya yang memegang sifat integriti dan langkah berjimat dan berkata, pemimpin negara patut kembali ke pangkal jalan untuk membangunkan negara.
Najib yang mula memegang tampuk kuasa pada April 2009 berjanji untuk berubah dan melaksanakan liberalisasi menerusi landasan 1Malaysia dan berkata, zaman “kerajaan tahu yang terbaik” sudah berlalu.
Tetapi, perubahan yang dilaungkannya menyebabkan BN kalah lebih banyak kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 dan ekonomi Malaysia merudum dengan ramalan global agak suram sehingga memaksa Najib memotong subsidi dan memperkenalkan cukai penggunaan untuk memastikan kadar kewangan yang positif.
Potongan subsidi dan gaji minimum mandatori serta peningkatan kos sara hidup datang serentak bersama serangan terhadap perdana menteri yang sering melakukan lawatan ke luar negara dan kegagalannya mengawal perbelanjaan awam.
Selepas teruk dikritik, Najib mengumumkan 11 langkah untuk berjimat tetapi pengkritik berkata, ia terlalu sedikit dan sudah terlambat hingga memerlukan Dr Mahathir kembali ke Putrajaya untuk memulihkan nasib Malaysia. - TMI

Wednesday, 29 January 2014

PRK DUN N25 KAJANG .. PAS TIDAK AKAN BOIKOT MALAHAN MEMBERIKAN KERJASAMA DAN MENYOKONG PENCALONAN DSAI.

Kenyataan ini sudah pasti bakal mengundang tidak senang dikalangan yang menentang keras pencalonan DSAI sebagai calon PR DUN N25 Kajang dan sekali gus melenyap dan mensenyapkan terus kata-kata dan pandangan songsang kalangan penyokong dan pendokong PAS.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata parti itu tidak akan memboikot kempen Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil (PRK) DUN Kajang.

Beliau menegaskan demikian walaupun mengakui pandangan keras PAS Selangor dan Dewan Pemudanya semalam, yang mengkritik tindakan PKR mengosongkan kerusi tersebut untuk memberi laluan kepada PRK.

Bercakap dalam satu sidang akhbar bersama dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, Mohamad berkata PAS tidak akan memboikot PRK tersebut dan akan menyokong PKR.

Anwar yang juga ketua umum PKR akan dicalonkan bertanding kerusi DUN Kajang berikutan peletakan jawatan mengejutkan penyandangnya,  Lee Chin Cheh dua hari lepas.

Rabu, 29 Januari 2014

TG Nik Aziz: Umno jangan lupa dosa rampasan kuasa di Perak

SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mencabar Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk tidak meletakkan calon mereka sekiranya menganggap pengosongan kerusi di Dun Kajang itu sebagai satu pembaziran dan penghinaan terhadap proses demokrasi.

Menurutnya yang juga bekas Menteri Besar Kelantan itu, beliau sendiri muak  dengan akhbar-akhbar pro Umno yang memainkan isu kononnya langkah mengosongkan kerusi itu ialah langkah memanipulasi demokrasi padahal Umno sendiri lupa, bahawa  langkah mereka di Perak pada tahun 2009 itulah langkah yang lebih teruk.

"Adakah mereka lupa pasal Perak pada tahun 2009... iaitu membelakangkan terus demokrasi dan merampas kerajaan melalui pintu belakang. Umno jangan berlagak baik sedangkan dosa-dosa mereka di Perak masih segar dalam ingatan.

"...oleh itu saya suka mencabar Umno dan BN, jika mereka berpandangan pengosongan kerusi di Dun Kajang itu satu pembaziran dan penghinaan terhadap proses demokrasi, jangan sekali-kali mereka meletakkan calon di dalam pilihan raya kecil itu nanti," katanya memetik kenyataan terbaru di entri Facebooknya.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan pendirian Pas dalam hal itu (peletakan jawatan Lee Chin Cheh) adalah lebih wajar diputuskan sendiri oleh Presidennya, Datuk Abdul Hadi Awang.

"Ramai yang menghubungi saya untuk bertanyakan pandangan tentang isu Dun Kajang yang dikosongkan oleh wakil rakyatnya.

"...saya tidak tahu menahu tentang strategi atau isu yang berlaku sehingga membawa kepada pengosongan tersebut.

"...justeru, saya perlu menunggu penjelasan dari pihak PKR sendiri yang tentunya mempunyai sebab-sebab tertentu sehingga langkah ini terpaksa dilakukan.

"...dalam hal ini, sikap Pas tentunya lebih wajar diputuskan oleh Tuan Guru Presiden Pas selaku kuasa eksekutif di dalam parti berdasarkan pertimbangan-pertimbangan semasa," katanya.

Kelmarin, Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Hannah Yeoh mengumumkan peletakan jawatan Lee Chin Cheh.

Berikutan kekosongan kerusi itu, mesyuarat pimpinan PR memutuskan untuk meletakkan Anwar sebagai calon yang akan mewakili gabungan parti itu, sementara Umno-BN belum mengumumkan calon mereka bagi mencabar Anwar di Dun tersebut.
 
Mudahnya umNO lupa.. BN sendiri pernah mengatur satu pilihan raya kecil di Permatang dan kerusi Parlimen Kuala Selangor pada 29 Mei 1997 bagi membolehkan Tan Sri Abu Hassan Omar dilantik sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib!. Tak membazir ke? Tak salah ke? Tapi bila PKR membubarkan kerusi N25 DUN Kajang dan mencalonkan DS @anwaribrahim bertanding di sana.. bukan main marah lagi menteri2 dan macai2 umNO kata membazirlah!! salahlah!! Sah Melayu umNO sudah nyanyuk!!! ~phr
 
Ahmad Maslan bukan saja bangang tapi buta sejarah
Dia taktau yang sejarah letak jawatan untuk bagi laluan kat orang lain tu Umno dah buat lama dulu tapi jenis buta sejarah nak buat macamana walaupun berjawatan Ketua Penerangan Umno.

Bharian melaporkan:
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Peguam Negara mengkaji meminda Akta Pilihan Raya bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap wakil rakyat yang sengaja meletak jawatan tanpa alasan.

Ahmad berkata ia perlu selepas tiga wakil rakyat pembangkang sengaja meletak jawatan bagi memberi laluan kepada orang lain menjadi Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sejak 2008. - Bharian.
Dia ingat dia ada hujjah yang cukup kuat kut nak salahkan Pakatan Rakyat isu Adun Kajang Lim Chen Cheh letak jawatan tu.

Dia taktau yang sejarah letak jawatan untuk bagi laluan kat orang lain tu Umno dah buat lama dulu tapi jenis buta sejarah nak buat macamana walaupun berjawatan Ketua Penerangan Umno.

mStar semalam melaporkan:
Mengadakan pilihan raya kecil untuk menggantikan khidmat menteri besar telah dilakukan sebelum ini di Selangor.

Ia telah ditetapkan pada tahun 1997 apabila Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk (kini Tan Sri) Abu Hassan Omar menggantikan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memilih beliau selepas Muhammad terpaksa meletak jawatan berikutan dua pertuduhan di mahkamah Australia berikutan kegagalannya mengisytiharkan tunai RM2.4 juta ketika meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Brisbane pada Disember 1996.

Abu Hassan, yang menjadi timbalan ketua perhubungan Umno Selangor, meletak jawatannya dari Kabinet dan sebagai Ahli Parlimen Kuala Selangor untuk bertanding kerusi DUN Permatang, melalui pertukaran secara langsung dengan kerusi yang disandang Datuk Jamaluddin Adnan. - mStar.
Aku dok tunggu jugak Dr. Mahathir nak komen pasai isu perletakan jawatan Adun Kajang ni, tapi ternyata Dr. Mahathr bukan jenis buta sejarah macam Ahmad Maslan.

Tiada ulasan: