Ahad, 12 Januari 2014

YANG JAHAT DAN YANG BAIK MATI....YANG PENIPU SERTA PUTAR ALAM PUN MATI...YANG ISLAM DAN NON MUSLIM MATI JUGAK....SEMUA MESTI MATI....BERTAUBATLAH....BERTAQWALAH

SHAH ALAM: Cadangan Tan Sri Zainuddin Maidin agar Tun Dr Mahathir Mohamad kembali menerajui kabinet memberi tamparan hebat bukan sahaja kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, malah seluruh ahli kabinetnya.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, dalam skop yang lebih luas, cadangan tersebut menggambarkan semua anggota dalam kabinet Najib hari ini, lemah dan tidak boleh diharap.

"Kenyataan beliau itu benar-benar menunjukkan bahawa Najib gagal dalam pentadbirannya, malah terlalu lemah serta tidak layak untuk memegang jawatan sebagai Perdana Menteri.

"Beliau jua tidak mencadangan nama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebaliknya nama Dr Mahathir dicadangkan, ini jelas membuktikan barisan kabinet Najib ini tidak ada seorang pun yang layak untuk mentadbir negara ini," jelasnya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas Zainuddin yang juga bekas Menteri Penerangan, yang mengakui kelemahan pentadbiran Najib sehingga mencadangkan Dr Mahathir yang juga bekas Perdana Mneteri kembali semula menerajui negara.

Zainuddin ketika mengulas kewajaran Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) diwujudkan semula berkata, akta itu tidak perlu malah lebih perlu adalah Dr Mahathir itu dikembalikan dalam kabinet bagi mengatasi kelemahan Najib.

Najib katanya terlalu lemah khususnya apabila diancam dari sudut perkauman, agama dan tekanan ekonomi.

Mengulas lanjut Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, kenyataan Zainuddin itu turut membuktikan negara ini sedang dalam krisis terutama dari sudut ekonomi, perkauman dan agama.

Jelasnya, Zainuddin dan bekas Perdana Menteri itu perlu mendesak agar Najib segera membubarkan parlimen bagi memberi peluang kepada rakyat membuat pilihan dalam pilihanraya.

"Dari sudut perundangan itu tidak boleh dilakukan, adalah lebih baik kedua-dua mereka mendesak kerajaan agar membubarkan parlimen bagi memberi laluan pilihanraya yang baru.

"Rakyat boleh membuat pilihan, apatah lagi mereka berada dalam keadaan yang tertekan akibat dari kos sara hidup yang begitu tinggi, mereka mengharapkan sebuah kerajaan yang lebih perihatin dan bukan sebuah kerajaan yang lemah," sambung beliau yang juga merupaka Ahli Parlimen Pokok Sena.

Mahfuz turut berpendapat pembubaran parlimen adalah satu langkah terbaik bagi memastikan negara ini tidak terjerumus dalam keadaan yang lebih teruk.

Ditanya adakah gesaan agar ISA dikembalikan menjadi isu utama, jelas beliau perkara itu hanya menjadi sandaran semata-mata tetapi motif utama adalah untuk meminta agar Dr Mahathir kembali dalam kerajaan yang semakin lemah sepanjang berada di bawah pentadbiran Najib.
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom telah diminta oleh seorang mufti untuk meletakkan jawatan atas tanggapan gagal membela agama Islam.

Tambahan pula dengan kedudukan Jamil Khir yang berlatar-belakangkan tentera yang seharusnya mempamerkan sikap tegas dan tidak mudah berkompromi.

“Jika mahu dikira aib dan malu, Jamil Khir jelas lebih malu berbanding Hasan,” tulis Shahbudin Husin di dalam blognya, semalam.

Kelmarin tersebar khabar angin mengenai perletakan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Hasan Malek sehingga sekumpulan Pemuda Umno yang diketuai oleh anaknya sendiri membuat laporan polis kerana menganggapnya fitnah yang mengaibkan.
Baca di sini
Hujan masih menitik perlahan usai ceramah bob Lokman untuk 130 orang peserta motivasi pelajar sempena cuti sekolah di Tahfiz An Nur Kampung Desa Jaya, Setiu Terengganu. Nafas Bob kelihatan tersekat-sekat dan kelihatan wajahnya agak pucat, 360 darjah tiba-tiba sosok selebriti itu berubah berbanding semasa beliau beraksi di hadapan peserta motivasi.

Ceramah motivasi Bob bukan sahaja menyebabkan peserta menjadi terkesima, berselang dengan riuh rendah ketawa, malah menarik perhatian masyarakat awam sekitar yang juga tumpang mendengar perkongsian pengalaman Bob.

"Mengapa abang Bob...enta ok ke?" Saya melontar soalan apabila melihat dia bersendirian dalam temaram cahaya di luar surau tahfiz. Kelihatan dia menggosok bahagian dada, matanya memandang kosong ke hadapan. Tetamu lain sedang menjamu selera tetapi Bob enggaan menjamah makan malam yang disediakan.

"Ana terlebih minum air hari ini dan ini tidak baik untuk paru-paru ana...tak apa ana dah makan petang tadi sebelum program," balas Bob perlahan, menolak dengan hormat jemputan kudapan pihak penganjur.

Pulang daripada program di Terengganu, beliau dimasukkan ke Hospital Sungai Buluh kerana komplikasi paru-paru dan jantung.

Teman-teman aktivis terus menziarahi Bob dan berita keuzuran anak seni ini dengan pantas berjangkit di alam siber. Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim bin Lokman bin Ahmad bin Yusuf al Kenali dengan nekad telah meninggalkan kerlipan industri hiburan dan menyertai PAS dalam himpunan 30k Pemuda Pas di Alor Setar.

Namanya tetap menggunguli pentas ceramah PAS, berbekal bakat dalam bidang pengacaraan yang puluhan tahun diceburi beliau. Bob adalah alumni Maahad Hamidiah Kajang, pernah membesar di Pondok Tok Kenali kubang kerian, juga merupakan cicit Tok Kenali dan cucu Tuan Guru Haji Ahmad Bangkok. Bakat berdakwah ada dalam darahnya dan beliau juga merupakan anak saudara Almarhum Ustaz Mawardi Ahmad, bekas Adun Lundang.

Beliau semenjak berhijrah daripada alam selebriti terus menjadi pentaksub ilmu, menghadiri majlis ilmu, berusrah serta turun menjelajahi negara untuk berkongsi pengalaman. Bob juga berusaha menarik kawan-kawan artis untuk menyokong PAS seterusnya berhijrah ke alam fitrah. Rumah beliau di Sungai Buluh sering menjadi tempat berusrah serta majlis silaturrahim.

Semenjak Bob jatuh sakit, aktivitinya terhenti dan sedikit sebanyak kondisi ekonominya juga terjejas. Biaya hospital UiTM juga melepasi ratusan ringgit setiap hari dan kita sebenarnya tidak cukup hanya melontar simpati. Isteri Bob tidak bekerja dan saya terkenangkan Bob yang turut berjualan kacang semasa beliau berceramah. Saya merayu teman-teman aktivis untuk menjenguk Bob dan membantu meringankan beban beliau kerana sewaktu jasadnya sihat kita memanfaatkan bakat dan popularitinya.

"Bob...lepas ini kalau keluar hospital, kena ambil masa berehat," saya memberikan cadangan sambil memandang tepat wajahnya yang agak pucat di katil hospital.

"Oh, keluar hospital ana nak terus berjuang," tukas Bob pantas dan saya tidak melihatnya bercanda, kerana itulah Bob yang saya kenal dalam medan amal Islami ini. Kerana kekurangan rehat dan jadual yang padat juga menyumbang kepada sakit yang dialami Bob Lokman.

Moga Bob sembuh dan akan kembali beraksi menarik anak-anak muda kepada perjuangan Islam. Mata saya juga melirik kepada anak-anak bujang Bob yang bergilir menyuap makanan pada ayah mereka yang penyayang.

Untuk teman- teman yang ingin menghulurkan bantuan kepada Bob Lokman, boleh disalurkan ke akaun isteri beliau, Relawati Daud: Public Bank 4416206406
LUBNAN: Warga Palestin di kem pelarian Ain Al-Hilweh di Lubnan menyambut gembira dengan merayakan berita kematian mantan perdana menteri Israel, Ariel Sharon .

Kegembiraan itu disambut dengan melepaskan tembakan ke udara sebagai bentuk perayaan atas kematian Sharon yang dianggap sebagai dalang insiden pembunuhan Sabra-Shatilla.

Ain Al-Hilweh, yang terletak di Lubnan selatan, merupakan rumah bagi sekitar 70,000 warga Palestin.

Di kem pelarian Shatila di ibu negara Lubnan, Beirut, warga Palestin membahagi-bahagikan gula-gula selepas mendengar berita kematian tokoh yang sangat mereka tidak suka itu.

Sharon, yang dikenali oleh majoriti orang Palestin sebagai " Tukang Sembelih ", mati pada usia 85 tahun .

Dia mati di Sheba Medical Center di dekat Tel Aviv , setelah selama lapan tahun dalam keadaan koma sejak 2006 , setelah terkena stroke .

Sharon memimpin Israel dalam perang dengan Lebanon pada tahun 1982 dan bertanggungjawab atas pembunuhan ratusan warga Palestin di kem pelarian Sabra dan Shatila di luar Beirut , setelah pasukannya membenarkan militia Lebanon masuk ke dalam kem tersebut .

Di Gaza, beberapa warga Palestin juga membahagi-bahagikan gula-gula kepada orang ramai sementara beberapa warga lain memijak-mijak foto Sharon.
KUALA LUMPUR: Johor adalah kunci untuk Pakatan Rakyat “membuka gerbang Putrajaya” khususnya bagi Semenanjung Malaysia dan pelaksanaan strategi untuk menawan Putrajaya perlu terlebih dahulu dijayakan di Johor, kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang. 
Sehubungan itu beliau menyifatkan usaha menawan Johor bagi menawan Putrajaya dalam PRU14 adalah cabaran terbesar yang perlu ditanggapi Pakatan Rakyat dan menjadi isu penting dibincangkan dalam Konvensyen Negeri DAP di Batu Pahat, hari ini..
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, Pakatan Rakyat telah meleburkan status Johor sebagai “negeri selamat” untuk BN dengan memenangi 5 kerusi parlimen dan 18 kerusi negeri.
Beliau menyifatkan kejayaan itu sebagai pencapaian yang wajar dibanggakan jika diambil kira jumlah sumber yang dikeluarkan oleh BN untuk memenangi pilihan raya di negeri itu.
“Namun pencapaian itu tidak mencukupi. Untuk mencapai matlamat menawan Putrajaya dalam PRU14, Pakatan perlu menetapkan sasaran untuk memenangi separuh daripada kerusi parlimen di Johor.
“Untuk mencapai sasaran ini, kita perlu terlebih dahulu mempertahankan kawasan marginal kita (Bakri dan Batu Pahat) dan kawasan yang baru dimenangi (Kluang, Kulai dan Gelang Patah).
“Setelah itu, kita mesti melakukan gerak menyerang untuk menawan kawasan marginal BN, iatu Segamat, Sekijang, Labis, Ledang, Muar, Tebrau, Pasir Gudang dan Pulai,” ujarnya.
Menurut Kit Siang (gambar), jika Pakatan Rakyat berjaya memenangi semua kawasan marginal BN sebelum ini, ia  mampu mengumpul 13 daripada 26 kerusi yang dipertandingkan dalam PRU13.
Bagi mencapai matlamat itu, beliau menggariskan enam daripada 12 strategi yang pernah diutarakan sebelum ini iaitu:
  1. Komitmen penuh dan segera daripada ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat DAP, PKR, dan PAS di peringkat kebangsaan, negeri, atau tempatan, untuk meningkatkan sokongan orang awam sepanjang tempoh empat tahun mendatang bagi membolehkan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan persekutuan di Putrajaya pada PRU14.
  2. Memastikan persempadanan semula yang adil.
  3. Memberi penekanan terhadap kempen di luar bandar.
  4. Meningkatkan kerjasama Pakatan di semua peringkat.
  5. Memberi penekanan terhadap kepimpinan antara-generasi.
  6. Mematahkan pembohongan dan propaganda BN.
Merujuk kepada persempadanan semula kawasan pilihan raya yang adil, beliau memberi contoh kawasan parlimen terkecil di Johor iaitu Labis yang hanya mempunyai 37,714 pengundi berbanding 106,726 di Gelang Patah.
“Tidak cukup jika pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Tan Sri Abdul Aziz hanya berjanji untuk tidak mewujudkan kerusi yang mempunyai lebih daripada 100,000 pengundi dalam proses persempadanan semula akan datang.
“SPR boleh memenuhi janjinya dengan melakukan persempadanan semula dan mengurangkan jumlah pengundi bagi kerusi seperti Gelang Patah, Pulai, dan Pasir Gudang yang mempunyai lebih daripada 100,000 pengundi kepada 80,000 hingga 90,000 pengundi, tetapi pada masa yang sama tidak adil dan tidak demokratik jika ia membentuk kerusi baru yang mempunyai kurang daripada 40,000 pengundi,” ujarnya.
Dalam persempadanan semula 2013, SPR jelas beliau telah membentuk kerusi Pengerang daripada parlimen Kota Tinggi, menghasilkan dua kerusi parlimen yang masing-masing mempunyai 32,484 dan 30,420 pengundi, sedangkan kerusi seperti Johor Bahru kekal dengan lebih 90,000 pengundi.
“Untuk memastikan persempadanan semula yang adil, SPR tidak boleh hanya menambah kerusi baru di kawasan yang mempunyai jumlah pengundi yang tinggi, khususnya kawasan selatan Johor yang sedang mengalami pembangunan dan peningkatan penduduk yang pesat. Ia mesti juga memberikan komitmen untuk mengurangkan kesenjangan antara kawasan bandar dan luar bandar,” tegas Kit Siang.
Beliau menyarankan SPR agar memastikan kerusi parlimen terkecil di Johor tidak mempunyai kurang daripada separuh jumlah pengundi berbanding kerusi terbesar di Johor.
Penggunaan nisbah maksimum 2:1 antara kawasan bandar dan luar bandar, ujarnya akan memberi sumbangan besar ke arah mencapai matlamat melaksanakan persempadanan semula yang saksama.
BAITULMAQDIS: Selepas mengalami koma panjang selama lapan tahun, bekas Perdana Menteri regim Israel, Ariel Sharon meninggal dunia di sebuah hospital berhampiran Tel Aviv pada usia 85 tahun.
Agensi berita AFP yang memetik kenyataan pejabat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu bagaimanapun melaporkan, tiada pengesahan dari Hospitam Sheba, tempat Sharon dirawat tentang kematian bekas pemimpin entiti Israel itu namun seorang jurucakap hospital berkata, satu kenyataan rasmi akan diberikan pada jam 3 petang (waktu tempatan). 
Sharon berada dalam keadaan koma sejak 4 Januari 2006 selepas mengalami strok.
Keadaan beliau dilaporkan semakin parah sejak 1 Januari lalu apabila mengalami masalah buah pinggang yang serius selepas menjalani pembedahan.
KOTA BAHARU: Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) menyarankan supaya diadakan majlis dialog tertutup melibatkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Persatuan Bible Malaysia (PBM) bagi mencari kata sepakat berhubung isu penggunaan kalimah Allah.
       
Ketua Pengarahnya, Datuk Azman Amin Hassan berkata perkara itu perlu ditangani dengan baik di meja rundingan bagi mengekalkan perpaduan yang sedia terjalin antara penganut pelbagai agama di negara ini, sekali gus mengelak perkara tidak diingini daripada berlaku.
       
"Kita melihat jangan ada pihak menggunakan isu ini untuk tujuan meraih keuntungan politik dan meneruskan usaha-usaha yang boleh membakar semangat (sentimen) kerana soal agama adalah sensitif.    
       
"Kalau kedua-dua pihak beri fokus dan berniat ikhlas untuk selesaikan, benda ini boleh kita selesaikan secara damai dan bukan dengan cara menghimpunkan lebih ramai orang untuk berdemonstrasi," katanya.
       
Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Transformasi Minda dan Perjumpaan Awal Tahun jabatan itu di sini hari ini.

Mahkamah Rayuan sebelum ini membuat keputusan tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan majalah Herald. Penerbit majalah itu telah membawa perkara ini untuk rayuan di Mahkamah Persekutuan yang dijangka bersidang dan membuat keputusan pada 24 Feb ini.
       
Isu itu terus menarik perhatian apabila Paderi Katolik Lawrence Andrew dilaporkan bertegas bahawa gereja di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah walaupun Mahkamah Rayuan telah mengeluarkan larangan itu.
       
Selain itu, Jais merampas lebih 300 naskah bible versi bahasa Melayu dan Iban sebagai usaha membanteras penggunaan kalimah Allah dalam kitab berkenaan dalam serbuan terhadap PBM di Petaling Jaya awal bulan ini.
       
Di SHAH ALAM, Umno Selangor kesal dengan tindakan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menurutnya tidak memegang kepada aku janji yang dilafazkan di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk memelihara dan melindungi kesucian agama Islam di negeri itu.
       
Abdul Khalid dilaporkan berkata baru-baru ini bahawa kerajaan Selangor mengarahkan Jais mendapatkan pengesahan Kementerian Dalam Negeri berhubung status naskah Bible versi bahasa Melayu dan Iban yang dirampas itu.
       
Noh berkata Umno Selangor akan memulakan satu 'road show' dalam tempoh terdekat untuk menjelaskan mengenai isu kalimah Allah serta rampasan Bible itu. - Bernama

 

 

 

 

Tiada ulasan: