Ahad, 26 Januari 2014

AKHIRAT BUKAN FANTASI TETAPI BENAR DAN WAJIB BERIMAN KEPADA HARI KIAMAT

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan telah memaafkan seorang anggota Pemuda Umno Hulu Selangor yang menumbuknya di pejabat wakil rakyat itu di Hulu Selangor, dua minggu lepas.
Ahli Parlimen Hulu Selangor itu berkata insiden itu merupakan isu peribadi antara beliau dengan Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno Hulu Selangor, Muhammad Rizuan Suhaimi.
Beliau berkata apa yang berlaku adalah satu tindakan emosi yang tidak disengajakan.
"Manusia tidak terlepas daripada kesilapan dan tiada sebab untuk saya terus berasa kecewa dengan kejadian ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Pada kejadian 12 Jan lepas itu, Kamalanathan cedera ringan di bahagian leher selepas ditumbuk oleh Muhammad Rizuan, yang juga seorang guru.
Muhammad Rizuan dikatakan kecewa dengan timbalan menteri itu yang tidak membantu isterinya yang mengajar di sebuah sekolah di Batu Pahat supaya ditukarkan ke Selangor.
Bagaimanapun, Kamalanathan menegaskan insiden itu bukan isu politik tetapi berkaitan dengan permohonan pertukaran di bawah Kementerian Pendidikan.
"Saya sudah menjelaskan proses permohonan pertukaran kepadanya dan memaklumkan bahawa pegawai kementerian akan mempertimbangkan setiap permohonan mengikut merit.
"Saya tidak campur tangan dalam soal pentadbiran mana-mana jabatan. Saya ada mengeluarkan surat sokongan untuk rayuan berdasarkan faktor belas kasihan atau perikemanusiaan," katanya.
Kamalanathan juga berkata beliau tidak akan campur tangan dengan siasatan polis berhubung kejadian itu. - Bernama
KUALA LUMPUR: Seorang guru sekolah rendah di Sungkai, Perak, yang mendenda dua murid dengan merotan serta mengepin loceng pada baju mereka dan mengkiaskannya seperti lembu berloceng makan rumput, Jumaat lepas, ditukar ke sekolah lain.

Selain itu, guru tersebut akan diberi surat amaran yang tegas kerana bertindak keterlaluan mendenda murid yang tidak menyiapkan kerja sekolah.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Khair Mohamad Yusof berkata hasil siasatan oleh Jabatan Pendidikan Perak mendapati tindakan guru berkenaan memberikan imej yang kurang baik kepada Kementerian Pendidikan.

Beliau berkata adalah tidak wajar guru berkenaan mendenda murid dengan sedemikian rupa yang boleh dianggap keterlaluan.

"Hal ini kerana murid berkenaan masih di peringkat sekolah rendah yang mana kaedah bimbingan adalah paling wajar dan sesuai," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
  
Khair berkata isu murid tidak menyiapkan kerja sekolah bukan merupakan kesalahan disiplin kerana ia adalah sebahagian daripada proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dan perlu ditangani menerusi bimbingan berterusan.

Dalam insiden di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khai Meng itu, guru Bahasa Inggeris itu mendenda dua murid tahun empat selepas mereka gagal menyiapkan kerja sekolah.

Tindakan guru lelaki berusia 26 tahun itu menyebabkan ibu kedua-dua murid tersebut membuat laporan di Balai Polis Sungkai, semalam.

Isu itu juga mengundang reaksi pelbagai pihak sehingga menyaksikan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri Perak memberi kaunseling kepada murid terbabit bagi mengembalikan semula semangat mereka untuk ke sekolah esok. - Bernama
Masa Tun Razak sebagai Perdana Menteri agak  singkat – tahun 1970 hingga 1975. Sebahagian besar dari perkhidmatan politiknya adalah sebagai Timbalan Perdana Menteri.
   
Sebagai orang kanan Tunku Abdul Rahman Putra, baik dalam kerajaan mahu pun dalam Umno ramai yang melihatnya sebagai seorang yang lebih bertenaga dari Tunku dan ramai yang mengharapkan dia jadi lebih besar dan lebih hebat dari Tunku.
    
Banyak yang merasakan kejayaan pentadbiran Tunku adalah atas peranan dan kerja kuat Tun Razak. Tun Razak muncul sebagai imej orang yang bekerja dan seorang pemikir. Serius dan kurang gelak ketawa. Berbeza dengan imej Tunku yang dirasakan seorang yang suka dikelilingi orangramai, sentiasa riang dan gelak ketawa, suka berjenaka. Dengan imej itu dia dikira kurang bekerja.
    
Lalu orang terasa kewujudan Bilik Gerakan – tempat pengumpulan data dan pelan pembangunan negara, pembentukan Bank Bumiputera, MARA, Felda, Penyata Razak – perakam falsafah dan dasar pelajaran kebangsaan, dan lain-lain  yang  wujud  pada zaman Tunku dikira dicetuskan oleh Tun Razak.
   
Kata Setiausaha Politik Tunku, Yap Chin Kui, cicit Yap Ah Loy kepada saya, Tunku adalah pemimpin. Pemimpin biasanya memanfaatkan orang-orang di bawahnya membuat itu dan ini mengikut apa yang dikehendakinya. Pemimpin mahu itu dan ini, Tun Razaklah yang melaksanakan perancangannya sebagai pemimpin.
    
Sebelum Tun Razak menjadi Perdana Menteri tetapi sudah mengambil alih pimpinan kerajaan, benda besar yang diadakan ialah Rukun  Negara. Yang terbesar sesudah menjadi Perdana Menteri melahirkan Dasar Ekonomi Baru, mengeluarkan Malaysia daripada sebuah negara pro-barat kepada sebuah negara berkecuali, mewujudkan Asia Tenggara sebagai rantau aman, bebas dan berkecuali.
    
Tetapi penuh masa sebagai Perdana Menteri Tun Razak berdepan dengan krisis berat Umno, perpecahan antara Umno yang dipimpinnya dengan Pemuda Umno yang  dipimpin oleh Datuk Harun Idris. Isu besar tidak dapat diselesaikannya - Umno diserapi komunis. Ketika beliau meninggal dua isu ini – krisis Umno dan komunis memasuki Umno – diwariskan kepada penggantinya.
    
Jika Tun Razak itu dirasakan disanjung tinggi oleh semua khususnya orang Melayu, tetapi dua pertiga dari tempoh Perdana Menterinya, pimpinan dan pemerintahannya dikritik terus menerus oleh Tunku Abdul Rahman.
   
Kebanyakan tulisan mingguan Tunku dalam Sunday Star adalah menyentuh kelemahan Tun Razak sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri.
   
Isi rencana Tunku itu adalah tentang kekecewaannya terhadap kepimipinan Tun Razak, lebih lantang dari kritik Dr Mahathir terdapat kekecewaannya terhadap pimpinan Najib.
   
Kritik Mahathir adalah sekali sekala dan tidak diperincikan. Kritik Tunku adalah setiap minggu dan diperincikan dengan fakta dan hujah.
   
Kalau kita kata Tunku nyanyuk, mengkritik orang kanan yang pernah dipercayainya, dia bukanlah orang celupar seperti Mahathir. Tulisan Tunku menjadi perhatian dan perbulan ramai dan sumber maklumat pentng bagi diplomat dan wartawan asing.
    
Pandangan Tunku itu berbeza dengan apa yang ramai orang persepsi tentang Tun Razak. Orang ramai kenal dan mengetahui Tun dari jauh dan Tunku mengenal Tun dari dekat sejak sebelum merdeka. Adalah orang awam lebih memahami Tun dari Tunku dan apakah pandangan orang ramai lebih baik dari pandangan seorang Bapa Malaysia, bekas Presiden Umno dan Bekas Perdana Menteri.
    
Saya rasa belum ada ahli sejarah dan sarjana membuat kajian tentang kritik Tunku itu. Dengan teguran berterusan Tunku terhadap penggantinya itu menyebabkan saya menangguhkan tentang kedudukan Tun Razak sebagai  pemimpin besar dan berwibawa. Keputusan hanya boleh saya buat setelah ada kajian mendapati teguran Tunku itu tidak berasas.
KUALA LUMPUR: Artikel “Kali keempat suruh saya buka tudung - Marinatasha”mengisahkan nasib penyanyi Marinatasha Isnariah Mustapar menjadi artikel yang paling diminati para pembaca Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu ke 4, 2014.

Artikel tersebut mengalahkan artikel bertajuk “Sudah terlambat Dr Mahathir kritik Najib” dan “Sultan Johor menang bidaan W1N dengan harga RM748,000” yang berada di kedudukan kedua dan ketiga.

Berikut ialah 10 artikel terhangat Harakahdaily bagi minggu 19 hingga 25 Jan 2014:

1
Kali keempat suruh saya buka tudung - Marinatasha
2
Sudah terlambat Dr Mahathir kritik Najib
3
Sultan Johor menang bidaan W1N dengan harga RM748,000
4
Beri ruang peribadi pada waktu ini - Nurul Izzah
5
Kita bangga dengan Syeikh Ahmad Yassin, kenapa tidak dengan Ustaz Harun?
6
Anwar dihalang masuki Jepun
7
Terkenang saat manis bersama Ustaz Harun di UK
8
Dokumen sulit dedah bagaimana Azmin 'terpecat' dari PKNS
9
Kenapa saya nak bebankan rakyat? - Najib
10
Sayangnya Najib membaiki labu
SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong (gambar) berkata adalah penting bagi rakyat Singapura memperkukuh ikatan demi menjamin semua kaum dapat hidup selesa sebagai sebuah bangsa yang bersatu.
Semalam Lee mengadakan pertemuan dengan tokoh-tokoh masyarakat dan agama, bersama beberapa orang Menteri dan Anggota Parlimen, membincangkan secara terus terang dan bermanfaat isu pemakaian tudung.  
Lee berkata isu pemakaian tudung oleh wanita Muslim adalah perkara penting bagi kebanyakan orang Islam di Singapura.
"Saya memberitahu kumpulan berkenaan bahawa saya cukup memahami hasrat mereka untuk membenarkan wanita Muslim yang memakai uniform mengenakan tudung. 
"Tetapi isu lebih besar jadi pertaruhan: Apakah bentuk masyarakat yang kita inginkan?," kata beliau.
"Memang, keharmonian kaum yang kita nikmati tidak sempurna, ia sebenarnya lebih rapuh dan berharga dari apa yang kita sedari.
"Mari kita berusaha gigih untuk memperkukuhkannya supaya semua kaum boleh hidup bersama dengan selesa sebagai satu bangsa yang bersatu-padu," kata beliau.
Sambil menyatakan bahawa Singapura adalah sebuah masyarakat berbilang bangsa dan agama yang harmoni, Lee berkata kaum minoriti sudah sebati dengan masyarakat lebih besar namun tetap memiliki peluang sepenuhnya untuk mengekalkan identiti dan mengamalkan agama masing-masing.
"Jadi saya sedar betapa gentingnya untuk memperkukuh ikatan kita bersama dan mengekalkan keyakinan dan kepercayaan yang mendatangkan manfaat untuk kita semua, lebih-lebih lagi kaum minoriti. 
"Dalam isu tudung, keadaan yang kita lihat hari ini tidak akan kekal begini. Sikap akan berubah dan dikemaskini. Sepanjang sedekad lalu, ada kemajuan yang bertahap dalam isu ini. 
"Kini, banyak badan berkanun membenarkan kakitangan mereka memakai tudung bersama pakaian seragam misalnya Lembaga Pengangkutan Darat (LTA), dan Agensi Alam Sekitar Nasional (NEA).
"Dalam lima, 10 tahun lagi, saya yakin keadaan akan berubah, tidak seperti hari ini.
 kita terus bergerak secara bertahap dan berhati-hati," kata Lee. - Bernama
Kala masih ramai yang terasa dengan pemergian al-Fadhil Tuan Guru Harun Taib, suka saya mengajak sekalian pembaca khususnya para pendokong dan pejuang Islam merenung sejenak ranjau liku perjuangan yang mendepani kita.

Allahyarham Tuan Guru Harun Taib yang lebih mesra dengan panggilan Haji Harun dalam kalangan orang-orang kampung di Manir telah meninggalkan kita batas-batas perjuangan yang perlu terus dituai dengan semangat jihad. Soal bilakah kemenangan dalam perjuangan dapat dituai, terserahlah kepada Allah SWT. Tugas kita adalah sehabis daya perlu diusahakan agar cahaya Islam mampu menembusi setiap jiwa dengan sifat rahmat yang telah sedia dikurniakan Ilahi.

Sekadar mengkagumi ketokohan dan kehebatan yang ada pada Allahyarham tanpa dituruti dengan pemerkasaan gerak kerja akan hanya meletakkan kita pada tempat yang sama. Apatah lagi sebarang kritikan yang dilontarkan terhadap cara gerak kerja Allahyarham tanpa disusuli dengan penambahbaikan hanya akan menjadikan kita jauh ketinggalan dalam pertarungan ideologi dan idealisme sengit seperti hari ini.

Jika kita sebagai pendokong Parti Islam Semalaysia PAS, usah kita bersedap hati dengan tanggapan bahawa parti United Malay National Organisation (UMNO) itu kian lemah. Jika kita pendokong Pakatan Rakyat, jangan kita bersenang lenang dengan anggapan Barisan Nasional kian lemah. Bila kita meyakini Islam itu benar, ia bukannya masa untuk kita hanya melakukan sekadar atas kepercayaan perjuangan lain adalah batil.

Apabila kita meyakini apa-apa yang diperjuangkan adalah suatu kebenaran yang berasaskan prinsip-prinsip keadilan, bermati-matian pada jalan perjuangan adalah kewajipan yang perlu dipikul. Tambahan pula pertarungan hari ini adalah berkisar siapa yang mampu menampilkan keyakinan atau kepercayaan yang paling praktikal.

Dalam kita mempertaruhkan perjuangan Islam melalui medan demokrasi, dapat kita saksikan bagaimana cabaran yang datang sentiasa berubah mengikut peredaran masa dan pertumbuhan pengetahuan yang ada. Di sinilah kita amat memerlukan satu pasukan ketumbukan yang kuat dan mampu bertindak dokong mendokong antara satu sama lain.

Medan demokrasi adalah berkait rapat dengan kehendak rakyat. selagi kita akur dengan penyertaan di medan ini, mahu tidak mahu perlu kita pastikan kehendak rakyat dan kehendak kita adalah sama. Di sinilah betapa pentingnya kekuatan pasukan yang mampu bergerak seiring agar kita mampu memimpin kehendak-kehendak yang berbeza untuk menerima apa yang kita perjuangkan.

Justeru kasihnya kita kepada Allahyarham dan kritisnya kita kepada apa yang pernah dilakukan oleh beliau boleh dijadikan titik penyatuan bagi mewujudkan ketumbukan pasukan yang cukup mantap bagi memastikan Islam itu berdaulat. Rahmatnya Islam bukan untuk diperkata bahkan lebih dari itu adalah untuk dirasai dan dikecapi oleh setiap jiwa.
SHAH ALAM: Laporan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengenai hasil siasatan rampasan sejumlah naskah Bible berbahasa Melayu dalam serbuan ke atas Persatuan Bible Malaysia di Damansara 2 Jan lepas dijangka siap seminggu selepas sambutan Tahun Baharu Cina.
         
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pihaknya meminta Jais menyiasat secara teliti dan berharap ia dapat diselesaikan dalam masa terdekat.
         
"Kita sudahpun menulis surat kepada Kementerian Dalam Negeri mengenai isu ini dan mereka secara lisan bagi tahu walaupun bersetuju dengan cara-cara benarkan Bible versi bahasa Melayu dilakukan, tetapi itu tertakluk kepada negeri.
         
"Saya masih menunggu jawapan secara bertulis (dari Kementerian Dalam Negeri) berhubung perkara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2014 peringkat negeri Selangor di sini hari ini.
  
Abdul Khalid juga meminta penjelasan dari pihak berkuasa terlibat mengenai kemasukan Bible versi bahasa Melayu yang dirampas Jais menerusi Pelabuhan Klang.
         
"Saya diberitahu Bible ini diimport. Jadi kalau masuk ke Pelabuhan Klang, sudah tentu kerajaan negeri tak ada kuasa jagaan, itu saya hendak cuba tanya," katanya.
         
Dalam perkembangan lain, Abdul Khalid menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan beliau semakin tertekan berikutan isu pengguguran Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai anggota lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor.  - Bernama
Sebaik membaca tajuk berita “Harga kereta bakal turun lagi” dalam sebuah akhbar pro Umno beberapa hari lalu. Saya tersenyum sinis sendirian. Yang pertama, sejak bila pula harga kereta turun selepas PRU13 lalu – apabila disebut bakal turun lagi! Memang Umno-BN tidak pernah turunkan harga kereta pun. Sepatutnya tajuk berita tersebut hanya berbunyi “Harga kereta bakal turun”.

Keduanya, saya berpendapat tiada apa yang menarik daripada pengumuman tersebut. Harga kereta CBU hybrid bakal naik. Dan kerajaan tidak bersedia mengurangkan duti eksais – dan ini bermakna tiada penurunan harga! Yang disebut akan turun secara berperingkat pada 2018 nanti – boleh percaya ke?

Pada masa yang sama tiada satupun pelan yang kukuh dibentangkan bagaimana harga kereta boleh dikurangkan. Sekadar mengadakan sidang akhbar memberitahu harga kereta akan turun beberapa tahun lagi – tanpa pelan yang munasabah – hanyalah retorik untuk menyejukkan kemarahan rakyat ketika kos sara hidup meningkat dengan drastik.

Kerajaan juga tidak menyediakan pelan untuk membantu para peniaga kereta terpakai dan pembeli yang sedia ada. Sepatutnya, jika harga kereta akan diturunkan 2 – 3 tahun akan datang, kerajaan wajar menyediakan pelan kepada peniaga kereta terpakai seperti merendahkan kadar faedah pinjaman kereta terpakai kepada kurang dari 1 peratus mulai sekarang.

Bagi pembeli sekarang dan sebelum penurunan, mereka di beri peluang untuk refinance serta kadar faedah yang rendah supaya semua pihak dapat manfaatnya. Jika tidak, dalam tempoh 2 – 3 akan datang industri automotif mungkin akan terjejas kerana sudah pasti rakyat akan menangguhkan pembelian sehingga baru yang lebih rendah.

Walau bagaimanapun, pengumuman ini tidak memberi apa-apa manfaat langsung kepada rakyat dalam tempoh terdekat kerana yang rakya mahukan ialah realiti bukan fantasi.
Kalaulah dihimpunkan kata-kata hikmat para menteri, tidak mustahil kata-kata hikmat menteri Malaysia akan tersenarai dalam 10 terhebat aka terlawak di dunia. Apa tidaknya, sejak belakangan ini kata-kata pak menteri sering dijadikan bahan lawak jenaka rakyat.

Siapa yang tidak pernah dengar ungkapan “harga minyak (petrol dan diesel) di Malaysia masih murah berbanding negara jiran” – kata-kata yang sering dijadikan alasan setiap kali berlaku kenaikan harga minyak. Selepas ungkapan ini menjadi klise – kerajaan menukar pula kepada “kerajaan mengurangkan subsidi minyak...” – perkara yang sama tetapi cuba diselindung daripada sudut sebenar.

Selain itu, ungkapan “Kalau ayam mahal, jangan makan ayam,” – ujar menteri berkaitan berhubung rungutan rakyat apabila harga ayam yang semakin mahal. Juga – “kerajaan menaikkan harga gula untuk mengelakkan rakyat kena kencing manis.” – perihatinnya kerajaan pada kesihatan rakyat.

Apabila rakyat marah-marah kerana tol bakal dinaikkan, maka menteri berkaitan, berkata, “Guna jalan yang tidak bertol...” Ketika tarif elektrik naik, kerajaan dengan rendah hatinya menyatakan bahawa kerajaan akan memastikan kenaikan tidak membebankan rakyat!

Tidak lupa juga bahawa sang penasihat menyeru rakyat supaya menerima segala kenaikan itu sebagai ketentuan Allah dan rakyat tak perlu merusuh sehingga menyusahkan diri sendiri. Namun yang peliknya ketika harga kangkung turun, rakyat disuruh berterima kasih kepada kerajaan. Bukankah penurunan harga kangkung itu juga ketentuan Allah, kenapa pula mesti berterima kasih kepada kerajaan?

Yang pasti, jika tidak suka segala kenaikan ini, silalah pindah ke negara lain. Ya, betul, jika tidak sukakan apa-apa yang kerajaan Selangor, Pulau Pinang & Kelantan buat – jangan bising-bising, silalah keluar dari negeri tersebut! Amacam?

Kesimpulannya, kadang kala rakyat perlukan penglipur lara ini untuk mengubat kerisauan akibat kos hidup semakin meningkat. Terima kasih bapak menteri kerana sudi menghiburkan kami.
 
 

Tiada ulasan: