4:13PM Jan 25, 2014
PKNS salahtafsir keputusan Exco, kata Khalid
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim hari ini berkata Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
telah salahtafsir keputusan mesyuarat Exco, yang mengakibatkan Timbalan
Presiden PKR, Azmin Ali digugurkan daripada syarikat kerajaan negeri
itu.
Katanya, mesyuarat Exco tidak pernah menyatakan Amin digugurkan daripada lembaga pengarah PKNS, tetapi pegawai-pegawai tertentu dari syarikat tersebut telah mentafsirkannya sedemikian.
"PKNS kata beliau (Amin) telah memulangkan kenderaan (syarikat), itu
laporan dari PKNS, bukan kita (Exco)".
Jadi, katanya, ia dicatatkan sedemikian (dalam minit mesyuarat Exco) dan tidak ada perbincangan lanjut mengenainya, yang lainya akan difikirkan kemudian.
"Tetapi, PKNS mentafsirkannya berbeza daripada kita, jadi semua ini berlaku," katanya kepada wartawan selepas mengedarkan limau Mandarin di sebuah pasar di Bandar Tun Razak pagi ini.
Beliau merujuk kepada minit mesyuarat Exco pada 14 November tahun lepas yang menyatakan kedudukan Azmin akan dikaji walaupun tiada keputusan dibuat.
Bagaimanapun, mesyuarat exco itu telah digunakan sebagai asas oleh Pengurus Besar PKNS Othman Omar untuk menggugurkan Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangsa dalam surat bertarikh 8 Januari yang ditandatangani olehnya.

Kenyataan Dr Yusof Al-Qardhawi berhubung isu kalimah Allah
Artikel ini diambil berdasarkan teks khutbah Jumaat Dr Yusuf Al-Qardhawi pada 22 Januari 2010 yang lalu di Masjid Umar bin Al-Khattab di Doha, ibu negara Qatar. Anda boleh melihat kenyataan penuh beliau melalui laman web rasmi Dr Yusof Al-Qardhawi dan juga saya perolehi terjemahan beliau melalui laman web saudara Ridzuan Abdul Aziz. Syukran diatas perkongsian.
Ianya merupakan penjelasan yang ringkas dan padat dalam usaha untuk memahamkan orang Malaysia keseluruhannya berkaitan dengan keadaan dan situasi sebenar menurut kaca mata Islam berkenaan dengan isu penggunaan kalimah Allah. Apa yang dinyatakan oleh beliau terdapat beberapa perkara yang boleh disimpulkan bagi menutup isu ini yang kian berlarutan di Malaysia.
Pertama, kenyataan yang dikeluarkan oleh ulama' yang diiktiraf oleh ulama'-ulama' seluruh dunia hendaklah di hormati dan diakui kerana ketinggian ilmu beliau jika dibandingkan dengan pendapat sesetengah 'ustaz' atau ulama' mahupun sesetengah golongan di Malaysia ini.
Kedua, kalimah Allah adalah kalimah milik seluruh umat manusia, bukan milik umat Islam semata-mata. Ini dinyatakan jelas menerusi surah yang menjadi pembuka bagi kitab Al-Quran, الحمد لله رب العالمين iaitu segala pujian hanyalah bagi Tuhan sekalian alam, bukan Tuhan sekalian umat Islam.
Ketiga, mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab dalam mencetuskan rusuhan antara kaum dengan menyerang rumah-rumah ibadah antara Kristian dan juga umat Islam. Islam sendiri melarang umatnya sendiri merosakkan tempat ibadah kaum kuffar hatta di dalam perperangan sekalipun. Ini terbukti semasa Salahuddin Al-Ayubi sewaktu membebaskan Jerusalam (Baitul Maqdis) daripada cengkaman Kristian beliau tidak menyeksa tahanan perang dan memelihara gereja dan juga para pendeta kristian.
Yusuf Al-Qaradhawi Mengutuk Serangan terhadap orang Kristian di Malaysia.
Doha – Dr Yusuf Qaradhawi, Presiden dari 'International Union for Muslim Scholars' mengutuk kejadian yang berlaku antara Muslim dan Kristian di beberapa buah negara Arab dan Islam, dan serangan ke atas beberapa buah gereja membuktikan bahawa peristiwa-peristiwa itu disebabkan oleh ketidak fahaman dan kejahilan, bukanlah dari amalan orang Islam. Serangan terhadap beberapa buah gereja di Malaysia adalah berpunca dari penggunaan lafaz 'Allah' yang mulia oleh orang Kristian adalah tidak sesuai kerana Allah adalah Tuhan sekalian alam, dan bukan hanya umat Islam.
الدوحة- استنكر العلامة الدكتور يوسف القرضاوي رئيس الاتحاد العالمي لعلماء المسلمين الأحداث التي وقعت بين المسلمين والنصارى في عدد من الدول العربية والإسلامية، والاعتداءات التي نالت عددا من الكنائس، مؤكدا أن معظم تلك الأحداث سببها الجهل، وليس تعصب المسلمين، مشيرا إلى أن ما وقع في ماليزيا من اعتداءات على الكنائس بسبب استخدام النصارى للفظ الجلالة "الله" لا يليق؛ لأن الله رب العالمين وليس المسلمين فقط.
وفي خطبة الجمعة 22-1-2010 بمسجد عمر بن الخطاب بالعاصمة القطرية الدوحة قال القرضاوي إن: "الأحداث التي وقعت بين المسلمين والنصارى في عدد من الدول معظمها سببه الجهل، وليس تعصب المسلمين، فالمسلمون أمة متسامحة، القرآن علمهم التسامح لأن الله سبحانه وتعالى هو الذي خلق الناس متفاوتين".
وتابع قائلا: "ولو شاء الله أن يجمعهم على الهدى لجمعهم، ولكن كما قال تعالي: (هُوَ الَّذِي خَلَقَكُمْ فَمِنْكُمْ كَافِرٌ وَمِنْكُم مُّؤْمِنٌ)، (وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ لَجَعَلَ النَّاسَ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلاَ يَزَالُونَ مُخْتَلِفِينَ * إِلاَّ مَن رَّحِمَ رَبُّكَ…)، فاختلاف الناس في الأديان بمشيئة الله ولا يستطيع أحد أن يعارض مشيئة الله ويجبر الناس أن يكونوا كلهم مسلمين".
وأوضح أن "اختلاف الناس في الأديان بين مؤمن بدين وكافر بدين لا نفصل نحن (المسلمين) فيه في الدنيا، إنما الذي يفصل فيه الله تعالي يوم القيامة، كما قال عز وجل: ( وَإِن جَادَلُوكَ فَقُلِ اللهُ أَعْلَمُ بِمَا تَعْمَلُونَ * اللهُ يَحْكُمُ بَيْنَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فِيمَا كُنْتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ)، (اللهُ رَبُّنَا وَرَبُّكُمْ لَنَا أَعْمَالُنَا وَلَكُمْ أَعْمَالُكُمْ لاَ حُجَّةَ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمُ اللهُ يَجْمَعُ بَيْنَنَا وَإِلَيْهِ الْمَصِيرُ)".
وحول أحداث ماليزيا والهجمات التي تعرضت لها بعض الكنائس قال القرضاوي إن: "الاعتداءات التي وقعت على الكنائس في ماليزيا أمر لا يليق"، مستهجنا الأسباب التي أدت لوقوع تلك الأحداث، وهي استخدام النصارى لكلمة الله في ترجماتهم قائلا: "يا أخي الله رب العالمين جميعا، رب المسلمين والمسيحيين والعرب والعجم.. واللي بيفتح المصحف أول آية في القرآن بعد البسملة الحمد لله رب العالمين، وآخر سورة في القرآن قل أعوذ برب الناس ملك الناس، مش رب المسلمين، أو رب العرب، أو ملك العرب، إله العرب"، وتساءل مستفسرا: "لماذا إذن يزعل الماليزيين؟!".
وتعرض عدد من الكنائس في ماليزيا ذات الغالبية المسلمة لسلسلة من الهجمات التخريبية منذ أن قضت محكمة في ديسمبر الماضي بحق صحيفة كاثوليكية في استخدام كلمة "الله" للإشارة للرب في المسيحية في إصداراتها بلغة المالايو الذين يشكلون 60% من الشعب الماليزي، ويقول بعض المسلمين الماليزيين إن استخدام المسيحيين لكلمة ارتبطت بالمسلمين قد يكون وراءه محاولة لتحويلهم عن ديانتهم
Dalam khutbah Jumaat 22.1.2010 di masjid Umar bin Al-Khattab di ibu kota Doha, Qatar, Dr yusuf Al-Qaradhawi berkata: "Peristiwa-peristiwa yang berlaku antara Muslim dan Kristian di beberapa buah negara, sebahagian besarnya disebabkan oleh kejahilan dan sikap tidak bertoleransi seorang Muslim. Hakikatnya umat Islam adalah umat yang bertoleransi. Al-Quran mengajarkan toleransi, kerana Allah Subhanahu Wa Taala yang menjadikan kesemua umat manusia itu adalah sama.
Beliau menambah: "Jika Allah kehendaki untuk mengumpul semua manusia di atas petunjuk-Nya, nescaya Dia akan berbuat demikian tetapi sebagaimana firman Allah Taala: (Dia-lah yang mencipta kamu semua dan dikalangan kamu ada yang kafir dan ada yang beriman), (Sekiranya Tuhan kamu menginginkan, nescaya Dia menjadikan semua manusia sebagai satu umat dan tidak ada perbezaan * kecuali mereka yang dikasihi oleh Tuhan kami …) Justeru, perbezaan manusia menganut agama adalah kehendak dari Allah Taala dan tidak ada yang dapat menentang kehendak Allah dan memaksa semua orang untuk menjadi Muslim".
Beliau menjelaskan lagi bahawa "perbezaan manusia menganut bermacam-macam agama tidaklah memisahkan kita (umat Islam) dengan orang kafir di dunia ini, tetapi Allah akan memisahkan (di antara Muslim dan Kafir) pada hari kiamat kelak sebagaimana firman Allah Taala : (Sekiranya mereka (orang-orang kafir) membantahi kamu (wahai Muhammad) maka katakanlah Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan * Allah yang akan menghukum kamu pada hari kiamat berkaitan apa yang kamu perselisihkan (Allah adalah Tuhan kami dan Tuhan kamu untuk kami, dan setiap pekerjaan kami untuk kami dan perbuatan kamu adalah untuk kamu, tidak ada hujah di antara kami dan kamu dan Allah mengumpulkan kita semua dan hanya kepada-Nya kita akan dikembalikan). "
Dan tentang Malaysia dan peristiwa serangan di beberapa buah gereja, Dr Yusuf Al-Qaradhawi berkata: "Serangan-serangan yang terjadi pada gereja-gereja di Malaysia adalah tidak tepat," mencela alasan yang menyebabkan berlakunya peristiwa itu iaitu penggunaan kalimah Allah oleh orang-orang Kristian dalam penterjemahan. Beliau berkata:"Wahai saudara, Allah merupakan Tuhan semua alam, Tuhan kepada Muslim, Kristian, orang Arab, Parsi… Oleh itu lihatlah ayat pertama Al-Quran selepas Bismillah dan الحمد لله رب العالمين dan lihatlah pada surah terakhir dalam Al-Quran Allah berfirman "Katakanlah (wahai Muhammad) Aku berlindung daripada tuhan sekalian manusia" bukan Tuhan orang Muslim,bukan juga Tuhan orang Arab atau majikan, atau Raja Arab, bukan juga Tuhan yang orang Arab sembah, " justeru beliau tertanya-tanya: "Mengapa orang-orang Malaysia sejak kebelakangan ini tidak selasa (penggunaan kalimah 'Allah' oleh Kristian) ?!"..
Moga perkongsian ini beroleh manfaat dan menambah keimanan kita terhadap akidah Islam.
Ustazengineer,
Pasir Panjang,
January 2010.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Post by Iman Shauqah.
2:52PM Jan 25, 2014
Khalid: Jelaskan sumber 'peletakan jawatan' saya
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggesa akhbar Sin
Chew Daily menjelaskan sumber laporan salah bahawa beliau telah meletak
jawatan menteri besar Selangor.
Abdul Khalid berkata beliau tidak berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar berbahasa Cina itu, tetapi berkata sekurang-kurangnya ia tampil menjelaskan perkara itu.
Bercakap kepada pemberita selepas mengedarkan limau Mandarin di sebuah pasar di Bandar Tun Razak pagi ini, Abdul Khalid berkata walaupun akhbar tersebut telah memohon maaf tetapi katanya beliau mahukan lebih penjelasan.
Khamis lalu, Sin Chew Daily telah mengeluarkan SMS berita mendakwa Abdul Khalid telah meletakkan jawatan sebagai menteri besar, tetapi akhbar itu kemudian meminta maaf atas laporan salah tersebut.
Abdul Khalid berkata, pada hari khabar angin itu disebarkan, beliau dan semua exco serta kepimpinan tertinggi kerajaan negeri sedang menghadiri satu mesyuarat di di Pulau Carey, Selangor. [Baca berita penuh]
Akhbar itu mendakwa kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah membuat keputusan melantik Timbalan Presiden Azmin Ali, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, untuk menggantikan beliau sebagai Menteri Besar.
Sementara itu, Bernama melaporkan Abdul Khalid berkata akhbar itu diminta memberi penjelasan berkenaan berita itu sebelum sambutan Tahun Baharu Cina minggu depan.
"Spekulasi itu sangat tidak baik dan kita kita minta penjelasan daripada Sin Chew bagaimanapun cerita itu boleh timbul kerana ia akan menyusahkan dan mengelirukan rakyat," katanya.
"Jika cerita itu benar tak apa tapi kalau tak benar tidak elok," katanya.
Dalam perkembangan lain, Abdul Khalid berkata Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Datuk Mohammed Khusrin Munawi diberi tempoh dua minggu untuk membuat siasatan terhadap Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Datuk Othman Omar dan Setiausaha Eksekutif Kerja perbadanan itu Norita Mohd Sidek.
Kedua-dua pegawai kanan PKNS itu telah ditukarkan ke pejabat SUK sejak Isnin lepas untuk disiasat berhubung kes penamatan perkhidmatan Azmin sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS.3:32PM Jan 25, 2014

ADUN nafi terbabit laporan 'MB letak jawatan'
ADUN Kajang, Lee Chin Cheh menafikan spekulasi
bahawa dia telah memberi maklumat yang salah kepada sebuah akhbar
berbahasa Cina bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim telah meletak jawatan.
Lee dipetik dalam laporan akhbar Sinar Harian hari ini sebagai berkata ramai yang bertanya kepadanya mengenai perkara itu.
Katanya, ia tidak masuk akal kerana beliau bukan ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan beliau tidak bekerja di pejabat menteri besar itu.
Oleh kerana beliau bukan ahli MPP, Lee berkata beliau tidak menghadiri mesyuaratnya dan beliau tidak tahu apa yang berlaku di dalamnya.
Laporan tersebut tidak menamakan akhbar bahasa Cina yang terlibat, tetapi kemungkinan ia merujuk kepada Sin Chew Daily, yang menghantar SMS berita salah Khamis lalu dan kemudian meminta maaf.
Sementara itu, Abdul Khalid berkata hari ini bahawa beliau tidak merancang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar berkenaan, tetapi menuntut penjelasan mengenai perkara itu.10:52AM Jan 25, 2014

Ustaz Harun insan istimewa buat diriku...
DALAM KENANGAN Ustaz
Harun Taib nama yang sering menjadi sebutan oleh ahli PAS. Pandangannya
pedas dan tegas. Saya mula mengenali ayahanda Ustaz Harun secara dekat
sejak mula bertugas sebagai pegawai di Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP)
pada tahun 1998.
Rata-rata orang ramai bila disebut nama Ustaz Harun Taib seperti menikus kecuakan. Mungkin dari raut wajah dan pakaiannya kelihatan seperti seorang yang garang. Tapi itu adalah persepsi sahaja bagi siapa yang tidak mengenalinya.
Ketika itu kebanyakan kami petugas petugas di pejabat DPPP menjadikan pejabatku rumahku. Maka sememangnya segalanya di Markaz PAS Taman Melewar. Pejabat DPPP terletak di tingkat atas manakala Pejabat Dewan Ulama Pas pula terletak tingkat bawah. Selalunya almarhum Ustaz Harun akan bermalam di pejabat DUPP setiap kali selepas mesyuarat DUPP atau Jawatankuasa Harian PAS Pusat.
Maka tiap kali almarhum tidur di pejabat maka menjadi kelaziman kami akan diajak makan tengah malam. Faiz Nawi, Fadli Ghani dan Yusapiza adalah ahli minum malam tetap bersama almarhum. Wajah garang yang sering diwar-warkan tidak langsung terbit apabila kami bersama. Banyak sangat perkara kami berkongsi tatkala keluar minum malam.
Bila Allah beri kemenangan kepada PAS memerintah Terengganu, ayahanda Ustaz Harun dilantik menjadi Exco Pendidikan dan Dakwah Kerajaan Terengganu dibawah pimpinan Menteri Besar, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Tatkala itu saya merasakan mungkin suasana akan berubah, almaklumlah almarhum sudah menjadi Exco Kerajaan Negeri, kereta Mercedes model lama berlampu petak bertukar kepada kereta Mercedes masterpiece Exco tetapi ternyata sangkaan saya dan sahabat meleset apabila masih mendapat panggilan telefon beliau mengajak kami untuk minum malam bersamanya.
Banyak perkara kami kongsi terutama pandangan saya sebagai petugas parti terhadap kerajaan Terengganu yang almarhum sebagai salah seorang Exconya. Saya antara yang sering berkomunikasi dengannya, mungkin kerana atas sifat saya sebagai setiausaha politik Ketua Pemuda ketika itu.
Pada 2003 saya mengambil keputusan untuk meneruskan pelajaran saya ke peringkat PhD ke Manchester. Di antara pimpinan yang menghubungi saya menyokong hasrat saya adalah Ustaz Harun. Beliau juga berkata bahawa berhasrat untuk menghantar anaknya sendiri ke United Kingdom bagi menimba ilmu di sana.
Setelah saya berada dibumi UK hampir lima bulan. Tiba-tiba telefon saya berdering, terpapar nombor tidak dikenali dari Malaysia. Bila saya jawab,"Assalamualaikum Raja, Harun ni." Saya pelik.. ish sapa pulak Harun ni, jawab saya, "Harun mana ni", barulah dia balas Ustaz Harun.
Malu rasanya bila tak kenal suaranya. Tapi itulah Ustaz Harun tidak pernah memperkenalkan diri dengan gelaran Dato atau Ustaz kepada sesiapa yang dijumpainya. Panggilan telefon tadi rupanya nak memaklumkan kepada saya bahawa dia nak hantar sejumlah pelajar anak Terengganu bagi melanjutkan pelajaran ke United Kingdom. Pesannya pada saya, tolong tengok-tengokkan mereka setibanya di sana.
Sepanjang saya di UK, rumah saya adalah antara rumah persinggahan tetap pimpinan pimpinan PAS. Antara yang sering dan wajib singgah adalah Ustaz Harun sendiri. Nasi lemak ayam masakan isteri saya antara kegemarannya. Kambing panggang antara makanan kegemarannya juga di mana saya selalu membawanya ke kedai kebab Pakistan di Cheetham Hill.
Setiap Ustaz Harun bertandang ke UK sudah pastinya kami menganjurkan program bersamanya. Jika tempohnya kehadirannya lama, maka program tamrin kita aturkan untuk dikongsi dengannya.
Saya antara yang gembira jika Ustaz Harun datang menziarahi anak-anaknya di UK. Pernah sekali Ustaz Harun meluangkan masanya selama enam jam bermula 8 malam hingga 2 pagi ketika musim sejuk berdiskusi dan bertukar pandangan dengannya.
Hanya saya dan dia tanpa gangguan di rumah anaknya di Wigan kira kira 40 minit perjalanan dari Manchester. Begitu juga ketika Ustaz Harun menziarahi anaknya di Birmingham pada musim bunga. Saya tak lepaskan peluang bertemu dengannya bagi mendapat isu terkini dan penjelasan isu semasa terutama selepas PRU12.
Selepas saya pulang ke tanah air. Antara pimpinan yang saya hubungi sudah pastinya ustaz Harun Taib. Seperti biasa, nasihat dan pandangan dihembuskan kepada telinga saya sebagai kekuatan penerus perjuangan. Selepas dipilih dalam muktamar 2009 sebagai Exco dan ditaklifkan sebagai Exco Antarabangsa DPPP.
Ustaz Harun adalah salah seorang guru antarabangsaku, Ustaz Harun antara yang disegani oleh dunia islam. Gerakan Ikhwan Mesir terutamanya memanggilnya Maulana Harun Tayyib sebagai menghormati ilmu dan kepimpinannya. Tatkala beliau ke UK, saya antara yang mengiringi beliau dalam pertemuan pertemuan dengan pihak luar.
Semasa menjadi Naib Ketua Pemuda Pusat, Ustaz Harun sering menghubungi saya bagi mendapatkan penjelasan bagi beberapa tindakan saya terutama isu DAP. Begitu juga selepas muktamar baru ni, Ustaz Harun antara yang sering menasihati saya agar terus istiqamah. Kali terakhir saya bertemu ayahanda ustaz Harun ketika mesyuarat Pas Pusat bulan Januari di KUIZM dan itulah kali terakhir tangannya ku cium.
Semoga ciuman terakhirku menjadi azimat perjuanganku. Selamat jalan ayahandaku. Moga Allah tempatkan ayahanda ustaz Harun dikalangan yang terpilih. Al-Fatihan
Penulis adalah penolong setiausaha agung PAS pusat, exco Dewan Pemuda PAS Malaysia, ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak dan juga yang dipertua PAS Kawasan Kuala Kangsar.
SEBERANG JAYA:
Himpunan Aman Turunkan Kos Sara Hidup Rakyat atau TURUN 2.0 yang
dijadualkan esok dari jam 2.00 hingga 4.00 petang tetap akan
dilangsungkan di Business Centre dekat sini.
Koordinator TURUN 2.0 Khairul Ishak menyarankan semua peserta memakai baju hitam sebagai lambang bantahan serta datang lebih awal untuk mengelak kesesakan jalan raya memandangkan himpunan itu akan turut disertai para peserta dari negeri-negeri utara Semenanjung.
"Semua peserta yang datang hedaklah memakai baju berwarna hitam sebagai lambang bantahan. Jangan lupa datang lebih awal untuk parkir kenderaan di Tapak Pesta Seberang Jaya," ujarnya.
Beberapa lokasi perarakan telah ditetapkan dengan dipimpin para pemimpin Pakatan Rakyat dan badan bukan kerajaan (NGO).
Tempat perkumpulan di Bandar Sunway akan dipimpin Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli, aktivis Jingga 13, Fariz Musa dan Wanita PKR.
Koordinator Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Che’gu Bard akan memimpin kumpulan dari Stesyen Minyak Caltex dan Petronas bersebelahan Lebuhraya Sungai Nyiur.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato' Dr Mujahid Yusuf Rawa pula akan memimpin perhimpunan dari Masjid Taman Sembilang.
Para peserta juga digalakkan membawa bahan-bahan kempen untuk dipamerkan sepanjang bantahan dan mengawal tingkah laku bagi mengelak provokasi.
"Skuad Keadilan tidak teragak-agak untuk menarik mereka yang terbabit keluar daripada kawasan perarakan sekiranya ada yang bersikap tidak murni," jelas beliau.
Khairul turut memohon kerjasama pihak polis bagi menjaga ketenteraman awam sepanjang perhimpunan berlangsung.
KUALA LUMPUR: Parti KeADILan Rakyat (PKR) merakamkan
ucapan takziah buat keluarga Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ustaz
Harun Taib yang telah meninggal dunia awal hari ini.
Setiausaha Agungnya, Dato' Saifuddin Nasution dalam satu kenyataan media mengharapkan keluarga Allahyarham bersabar dan tabah menghadapi dugaan ini.
“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, dan menempatkan beliau di kalangan orang-orang yang beriman. Alfatihah,” kenyataan ringkas beliau dipetik.
Ustaz Harun Taib kembali ke rahmatullah di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada jam 12.05 tengah malam tadi.
Jenazah Allahyarham disolatkan di Markas Tarbiyah Kubang Lembik, Manir, Kuala Terengganu dengan diimamkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Alor Lerang.
Hadir sama Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan para pemimpin PAS semua peringkat.
SEREMBAN: Lebih 300 orang hadir pada 'roadshow' kempen "Faham GST, Tolak GST" yang diadakan di Dataran Tok Dagang, Paroi malam tadi.
Kempen anjuran Pakatan Rakyat yang bakal menjelajah ke seluruh negara itu bertujuan memberi penerangan kepada rakyat mengenai kesan yang akan dihadapi mereka apabila kerajaan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada April 2015 nanti.
Pakar Ekonomi, Dr Rosli Yaakob dalam ucapannya memberitahu GST adalah satu sistem cukai yang dilaksanakan jika sesebuah negara itu berada dalam kedudukan kewangan dan ekonomi yang teruk.
Jelasnya, jika GST itu dilaksanakan maka sebuah kerajaan yang memiliki negara yang teruk dari sudut kewangan mahupun ekonomi dapat memperolehi sumber pendapatan dari rakyat secara mudah.
"Kita kena faham, GST ini hanya dilaksanakan pada sesebuah negara yang teruk sumber kewangannya, mereka tidak ada sumber lain dan secara mudah dengan GST dapat mengambil wang rakyat bagi sumber kewangan.
"Tetapi Malaysia merupakan negeri yang kaya, sumber kewangan kita tetap ada dari cukai perniagaan, sumber minyak dan pelbagai hasil bumi.
"Jadi kenapa kerajaan terpaksa melaksanakan GST, ini bukti jelas kedudukan kewangan negara makin teruk sehingga ia dilihat tidak seimbang dengan sumber pendapatan negara," jelasnya.
Tegas beliau, pentadbiran di bawah Barisan Nasional (BN) mengamalkan konsep berbelanja terlebih dahulu baru memikirkan tentang hasil.
"Konsep BN ini menyongsang mereka berbelanja dulu baru fikir hasil. Jadi bila terlebih belanja boros baru pening kepala nak cari pendapatan.
"Akhir sekali BN ambil jalan mudah dengan melaksanakan GST, duit rakyat diambil untuk tampung perbelanjaan yang boros.
"GST menjadi platform mereka dari BN untuk kemewahan tanpa memikirkan perit rakyat, bagi mereka asal dapat berbelanja mewah dan apa berlaku itu masalah lain," sambung beliau.
Dr Rosli yang memberitahu kempen kerajaan mengatakan GST menjadikan membolehkan orang Melayu mendapat untung adalah satu penipuan serta mengelirukan rakyat.
"Penipuan dilakukan BN melalui iklan-iklan di media dan juga papan tanda mengatakan orang Melayu mendapat untung dari GST.
"Siapa yang untung sebenarnya, rakyat yang bayar cukai ke untung, yang pastinya keuntungan adalah mereka yang selalu berbelanja dan yang boros.
"Duit masuk banyak jadi boleh bermewah tanpa ada had sempadan," tegasnya lagi.
Sementara itu, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menggesa agar rakyat terus memberi tekanan agar kerajaan BN tidak dapat melaksanakan GST pada tahun hadapan.
Jelas beliau, sikap kerajaan yang sering kali menekan hidup rakyat tidak harus dipandang ringa dan rakyat perlu menyatakan hak mereka.
"Kita mengharapkan rakyat faham apa itu GST dan apa kesan yang mereka akan hadapi, momentum memberi tekanan kepada rakyat perlu diteruskan.
"Ini bagi memastikan kerajaan takut dengan suara rakyat, seterusnya meraka akan membatalkan pelaksanaan GST," ucap beliau.
Beliau yang dalam nada yang sama turut memaklumkan kedudukan ekonomi negara ini sudah berada pada satu tahan yang semakin parah.
"Saya menjangkakan ekonomi kita semakin teruk, kenaikan harga minyak akan berlaku pada tahun begitu juga harga-harga lain.
"Kerajaan terpaksa melakukannya bagi menampung pendapatan negara, mereka perlu lakukannya sebelum GST dilaksanakan.
"Kita akan melihat selepas April 2015 nanti, kadar harga barang berada pada satu tahap yang paling maksima dan pada waktu itu rakyat akan tahu apa yang sepatutnya mereka lakukan," sambung beliau.
Jelasnya, pelaksanaan GST pasti akan dilakukan oleh kerajaan kerana mereka berpendapat BN berada pada saat akhir pemerintahan mereka dan ini hanya jalan untuk mereka mengumpul kemewahan.
Turut hadir pada kempen tersebut adalah Ahli Parlimen Rasah, Teo Kok Seong dan beberapa pimpinan PAS Negeri Sembilan.

TURUN 2.0 tetap berlangsung di Seberang Jaya
- Jan 25, 2014
- Mohd Sabri Said
Koordinator TURUN 2.0 Khairul Ishak menyarankan semua peserta memakai baju hitam sebagai lambang bantahan serta datang lebih awal untuk mengelak kesesakan jalan raya memandangkan himpunan itu akan turut disertai para peserta dari negeri-negeri utara Semenanjung.
"Semua peserta yang datang hedaklah memakai baju berwarna hitam sebagai lambang bantahan. Jangan lupa datang lebih awal untuk parkir kenderaan di Tapak Pesta Seberang Jaya," ujarnya.
Beberapa lokasi perarakan telah ditetapkan dengan dipimpin para pemimpin Pakatan Rakyat dan badan bukan kerajaan (NGO).
Tempat perkumpulan di Bandar Sunway akan dipimpin Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli, aktivis Jingga 13, Fariz Musa dan Wanita PKR.
Koordinator Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Che’gu Bard akan memimpin kumpulan dari Stesyen Minyak Caltex dan Petronas bersebelahan Lebuhraya Sungai Nyiur.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato' Dr Mujahid Yusuf Rawa pula akan memimpin perhimpunan dari Masjid Taman Sembilang.
Para peserta juga digalakkan membawa bahan-bahan kempen untuk dipamerkan sepanjang bantahan dan mengawal tingkah laku bagi mengelak provokasi.
"Skuad Keadilan tidak teragak-agak untuk menarik mereka yang terbabit keluar daripada kawasan perarakan sekiranya ada yang bersikap tidak murni," jelas beliau.
Khairul turut memohon kerjasama pihak polis bagi menjaga ketenteraman awam sepanjang perhimpunan berlangsung.
PKR ucap takziah pemergian Ustaz Harun
- Jan 25, 2014
- HARAKAHDAILY
Setiausaha Agungnya, Dato' Saifuddin Nasution dalam satu kenyataan media mengharapkan keluarga Allahyarham bersabar dan tabah menghadapi dugaan ini.
“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, dan menempatkan beliau di kalangan orang-orang yang beriman. Alfatihah,” kenyataan ringkas beliau dipetik.
Ustaz Harun Taib kembali ke rahmatullah di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada jam 12.05 tengah malam tadi.
Jenazah Allahyarham disolatkan di Markas Tarbiyah Kubang Lembik, Manir, Kuala Terengganu dengan diimamkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Alor Lerang.
Hadir sama Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan para pemimpin PAS semua peringkat.
GST: Melayu ditipu lagi
- Jan 25, 2014
- MUHAMMAD FAIZAL
SEREMBAN: Lebih 300 orang hadir pada 'roadshow' kempen "Faham GST, Tolak GST" yang diadakan di Dataran Tok Dagang, Paroi malam tadi.
Kempen anjuran Pakatan Rakyat yang bakal menjelajah ke seluruh negara itu bertujuan memberi penerangan kepada rakyat mengenai kesan yang akan dihadapi mereka apabila kerajaan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada April 2015 nanti.
Pakar Ekonomi, Dr Rosli Yaakob dalam ucapannya memberitahu GST adalah satu sistem cukai yang dilaksanakan jika sesebuah negara itu berada dalam kedudukan kewangan dan ekonomi yang teruk.
Jelasnya, jika GST itu dilaksanakan maka sebuah kerajaan yang memiliki negara yang teruk dari sudut kewangan mahupun ekonomi dapat memperolehi sumber pendapatan dari rakyat secara mudah.
"Kita kena faham, GST ini hanya dilaksanakan pada sesebuah negara yang teruk sumber kewangannya, mereka tidak ada sumber lain dan secara mudah dengan GST dapat mengambil wang rakyat bagi sumber kewangan.
"Tetapi Malaysia merupakan negeri yang kaya, sumber kewangan kita tetap ada dari cukai perniagaan, sumber minyak dan pelbagai hasil bumi.
"Jadi kenapa kerajaan terpaksa melaksanakan GST, ini bukti jelas kedudukan kewangan negara makin teruk sehingga ia dilihat tidak seimbang dengan sumber pendapatan negara," jelasnya.
Tegas beliau, pentadbiran di bawah Barisan Nasional (BN) mengamalkan konsep berbelanja terlebih dahulu baru memikirkan tentang hasil.
"Konsep BN ini menyongsang mereka berbelanja dulu baru fikir hasil. Jadi bila terlebih belanja boros baru pening kepala nak cari pendapatan.
"Akhir sekali BN ambil jalan mudah dengan melaksanakan GST, duit rakyat diambil untuk tampung perbelanjaan yang boros.
"GST menjadi platform mereka dari BN untuk kemewahan tanpa memikirkan perit rakyat, bagi mereka asal dapat berbelanja mewah dan apa berlaku itu masalah lain," sambung beliau.
Dr Rosli yang memberitahu kempen kerajaan mengatakan GST menjadikan membolehkan orang Melayu mendapat untung adalah satu penipuan serta mengelirukan rakyat.
"Penipuan dilakukan BN melalui iklan-iklan di media dan juga papan tanda mengatakan orang Melayu mendapat untung dari GST.
"Siapa yang untung sebenarnya, rakyat yang bayar cukai ke untung, yang pastinya keuntungan adalah mereka yang selalu berbelanja dan yang boros.
"Duit masuk banyak jadi boleh bermewah tanpa ada had sempadan," tegasnya lagi.
Sementara itu, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menggesa agar rakyat terus memberi tekanan agar kerajaan BN tidak dapat melaksanakan GST pada tahun hadapan.
Jelas beliau, sikap kerajaan yang sering kali menekan hidup rakyat tidak harus dipandang ringa dan rakyat perlu menyatakan hak mereka.
"Kita mengharapkan rakyat faham apa itu GST dan apa kesan yang mereka akan hadapi, momentum memberi tekanan kepada rakyat perlu diteruskan.
"Ini bagi memastikan kerajaan takut dengan suara rakyat, seterusnya meraka akan membatalkan pelaksanaan GST," ucap beliau.
Beliau yang dalam nada yang sama turut memaklumkan kedudukan ekonomi negara ini sudah berada pada satu tahan yang semakin parah.
"Saya menjangkakan ekonomi kita semakin teruk, kenaikan harga minyak akan berlaku pada tahun begitu juga harga-harga lain.
"Kerajaan terpaksa melakukannya bagi menampung pendapatan negara, mereka perlu lakukannya sebelum GST dilaksanakan.
"Kita akan melihat selepas April 2015 nanti, kadar harga barang berada pada satu tahap yang paling maksima dan pada waktu itu rakyat akan tahu apa yang sepatutnya mereka lakukan," sambung beliau.
Jelasnya, pelaksanaan GST pasti akan dilakukan oleh kerajaan kerana mereka berpendapat BN berada pada saat akhir pemerintahan mereka dan ini hanya jalan untuk mereka mengumpul kemewahan.
Turut hadir pada kempen tersebut adalah Ahli Parlimen Rasah, Teo Kok Seong dan beberapa pimpinan PAS Negeri Sembilan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan