Friday, 17 January 2014
KANAK-KANAK TIDUR DI TENGAH-TENGAH ANTARA KUBUR KEDUA IBU BAPANYA YANG MATI DIBUNUH OLEH REJIM BASHAR ASSAD KERANA TERLALU RINDU.
IBU... AYAH.... AKU RINDU.........
Kanak-kanak Syria ini yang kini menjadi anak yatim piatu setelah kedua ibubapanya dibunuh oleh regim Bashar Assad.
Kerana terlalu rindu, dia mengambil keputusan untuk tinggal dan tidur di tengah-tengah antara kuburan ibu dan ayahnya..
Semoga Allah ketemukan mereka sekeluarga di Syurga-Nya...
Amin Ya Rabbal 'Alamin.
17 Januari, 2014
Berita Menggemparkan Seluruh Malaysia..
Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menuntut penjelasan segera daripada
Kementerian Pendidikan isu guru wanita Islam diarahkan membuka tudung
jika ingin terus mengajar di SJKC Nan Ya di Kota Tinggi, Johor.
Penjelasan awal Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat
Othman seperti mana dilaporkan akhbar pada 14 Jan lalu mengesahkan telah
mengambil keterangan daripada empat individu berhubung isu tersebut dan
siasatan kes ini telah selesai dan dihantar ke Peguam Negara bagi
tindakan lanjut.
Katanya, kelewatan memberikan penjelasan akan mengundang pelbagai
persepsi negatif dan dibimbangi ada pihak yang cuba mengambil keuntungan
politik dengan mempolitikkan isu seumpama ini. ~hrkh
FIKIRKANLAH !!!
AMARAN KERAS DARI ALLAH ,
MENURUT AL QURAN .
ALLAH HARAMKAN SURGA KEPADA PEREMPUAN2 YG BERUGAMA ISLAM ,YG TIDAK MENUTUP AURAT ,
DAN YG MENUTUP AURAT , TETAPI IA TIDAK MENGIKUT SYARAT-SYARAT PEMAKAIAN YG DITETAPKAN OLEH ISLAM .
MAKA SIA-SIA , SEGALA AMALAN YG KITA LAKUKAN , DI SISI ALLAH , ALLAH TIDAK TERIMA
SEMUA AMALAN KITA , SELAGI KITA TIDAK MENUTUP AURAT DGN CARA YG BETUL , MENGIKUT PERATURAN YG DIBENARKAN OLEH UGAMA ISLAM .
(KATA NABI , KAUM WANITA YG PALING RAMAI JADI PENGHUNI NERAKA)
PERINGATAN !!!
(ALLAH YG MAHA BESAR & TUHAN SEKELIAN ALAM)
(AL QURAN & HADITH)
7 DOSA YG PALING BESAR DLM ISLAM .
1) SYIRIK KEPADA ALLAH .
2) SIHIR
3) MAKAN RIBA
4) MAKAN HARTA ANAK YATIM .
5) LARI DARIPADA MEDAN PERANG DIJALAN ALLAH .
6) MEMBUNUH ORANG ISLAM , KECUALI YG DIBENARKAN MENGIKUT HUKUM ISLAM .
7) MENUDUH/FITNAH PEREMPUAN YG BAIK MELAKUKAN ZINA TAMPA SEBARANG BUKTI YG NYATA .
(HIDUP TANPA ILMU , IBARAT
SAMPAN TANPA BERKEMUDI - ORG YG TIDAK MENAMBAH ILMUNYA - BERERTI KALAH
DLM PERJUANGAN HIDUP) - (Hukama) .
" SOMBONG ITU , ADALAH ORG YG BENCI PADA KEBENARAN DAN MENGHINA HUKUM ISLAM DAN PARA ULAMA "
" SESUNGGUHNYA, ORG YG
BERIMAN ITU, APABILA DISEBUT NAMA ALLAH, MAKA GEMENTARLAH , HATI MEREKA "
AL-ANFAL) ,
" (FIRMAN ALLAH " BARANG SIAPA YG TIDAK BERHUKUM DGN HUKUMAN YG
DITURUNKAN ALLAH MAKA MEREKA ITU ORANG - ORANG YANG KAFIR " (SURAH
AL-MAIDAH - AYAT : 44) "
" (FIRMAN ALLAH " ALLAH PELINDUNG ORANG-ORANG BERIMAN, DIA MENGELUARKAN
MEREKA DARI KEGELAPAN (KUFUR KEPADA CAHAYA IMAN) " (SURAH AL-BAQARAH -
AYAT : 257) "
(MANUSIA YG BONGKAK,
IBARAT LILIN, IA BOLEH MENYALA DGN TERANG, TAPI SUATU HARI IA AKAN
PADAM, INGATLAH !!! , KITA SEMUA MAKLUK CIPTAAN ALLAH)
(SETIAP YG HIDUP, PASTI AKAN MATI, ADAKAH KITA MATI DLM KEADAAN MENGHINA HUKUM ALLAH ???) .
" TANDA HARI QIAMAT
SEMAKIN DEKAT, DIHAPUSKAN ILMU UGAMA, LALU TIMBUL FITNAH, DIMANA-MANA
DIJUMPAI KEBAKHILAN DAN BYK PEMBUNUHAN" (RIWAYAT MUSLIM) .
" PERINGATAN ALLAH "
(ALLAH MAHA BESAR,
TUHAN SEKELIAN ALAM)
FIRMAN ALLAH "
" BARANG SIAPA YG TIDAK BERHUKUM DGN HUKUMAN YG DITURUNKAN ALLAH , MAKA
MEREKA ITU ORANG - ORANG YANG KAFIR "
(SURAH AL-MAIDAH , AYAT 44)
♥♥♥♥♥♥♥♥{ }♥♥♥♥♥♥♥♥
Salam Ukhwah shared Mohd Hanif's photo.
UNTUK DIKONGSI DGN. SAHABAT2, MUNGKIN ADA YG LEBIH MEMAHAMINYA......WALLAHU'ALAM
Al Ain : Kenapa Tidak Boleh Upload/Siarkan Gambar Bayi Al Ain Bukan Perkara Main-main.
SalaamULLAHu Alaykum... Perlu kita fahami, bayi yang berumur kurang
dari 40 hari berisiko kepada 4 keadaan, 2 keadaan permasalahan rohani, 2
keadaan permasalahan fizikal. Bagi permasalahan rohani, melibatkan Ain
dan Ummu Sibyan. Sang faqir garistebalkan pada posting kali ini adalah
permasalahan rohani, iaitu Ain dan Ummu Sibyan. Ummu Sibyan adalah dari
kalangan kaum jin yang gemar mendengar tangisan anak-anak kecil
terutamanya bayi, maka bagi mengelakkan gangguan ummu sibyan ini, maka
Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wassalam telah memberi panduan ,
antaranya: "Sesiapa yang mendapat cahaya mata maka diazankan pada
telinga kanannya dan diiqamahkan pada telinga kirinya maka akan
dijauhkan dari gangguan Ummu Sibyan (sejenis jin yang membawa penyakit)-
(Riwayat al-Baihaqi). " Selain dari itu, boleh jua diikhtiarkan
diazankan secara perlahan di telinga kanan bayi tersebut setiap kali
masuk waktu solat 5 waktu, hikmah bagi ikhtiar ini sangat bermanfaat,
ini antara amalan yang dilakukan oleh Syeikh Wan Abdullah lakukan kepada
anakandanya iaitu Al-Alim Allamah al-Arif ar-Rabbani Syeikh Wan Daud
bin Syeikh Wan Abdullah sewaktu Tok Syeikh Daud Patani (gelaran kepada
Syeikh Daud Al Fatani) masih bayi. Cuma, berkaitan dengan gambar atau
bayi muda (1hari-40hari), ianya lebih kepada Al Ain. Permasalahan Al-Ain
ini luas perbincangannya, kerana ia juga terkenal sebagai sihir tanpa
jin, malahan masalah ini sebenarnya dilihat lebih serius berbanding
permainan sihir lain. Al Ain ini seperti yang dimaktubkan di dalam
hadith : عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ قَالَ الْعَيْنُ حَقٌّ وَلَوْ كَانَ شَيْءٌ سَابَقَ الْقَدَرَ
سَبَقَتْهُ الْعَيْنُ وَإِذَا اسْتُغْسِلْتُمْ فَاغْسِلُوا Maksudnya :
Dari Ibnu Abbas RodhiyALLAHu Anhu, Nabi SallALLAHu Alaihi Wasallam
bersabda : “Ain (mata jahat) itu benar-benar adanya, jika seandainya ada
sesuatu yang mendahului qadar,maka akan didahului oleh ain. Apabila
kamu diminta untuk mandi maka mandilah." (hadith riwayat Muslim) عَنْ
عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ اسْتَعِيذُوا بِاللَّهِ فَإِنَّ الْعَيْنَ حَقٌّ Maksudnya :
Dari Aisyah RodhiyALLAHu Anha,RasulULLAH SallALLAHu Alaihi Wasallam
bersabda :" Mintalah kalian perlindungan kepada ALLAH dari ain (mata
jahat) kerana sesungguhnya ain itu haq (benar)" (HR ibnu Majah). Ain
adalah penyakit atau masalah yang disebabkan oleh pengaruh buruk
pandangan mata, iaitu pandangan mata yang disertai rasa takjub atau
bahkan iri dan dengki terhadap apa yang dilihatnya. Terdapat dua jenis
ain, iaitu : ain insi (‘ain berunsur manusia) dan ‘ain jinni (‘ain
berunsur jin). Malahan ain sering berlaku kepada bayi-bayi kecil, yang
mengakibatkan: 1. Tangisan yang tidak munasabah atau tidak bersebab
(kecuali masalah cholic atau hernia) yang tidak berhenti, tubuh
terkejut-kejut tanpa sebab yang jelas, tidak mahu menyusu kepada ibunya
tanpa sebab yang jelas. عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ دَخَلَ النَّبِيُّ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَمِعَ صَوْتَ صَبِيٍّ يَبْكِي فَقَالَ مَا
لِصَبِيِّكُمْ هَذَا يَبْكِي فَهَلَّا اسْتَرْقَيْتُمْ لَهُ مِنْ الْعَيْنِ
Aisyah RodhiyALLAHu Anha berkata : “Suatu ketika Nabi (SallALLAHu
Alaihi Wasallam) masuk (rumahnya) kemudian mendengar bayi sedang
menangis. Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) berkata,”Mengapa bayi
kalian menangis? Mengapa tidak kalian bacakan ruqyah-ruqyah (supaya
sembuh) dari penyakit ‘ain?) (Shahihul jami’ 988 n0.5662) 2. Keadaan
tubuh yang sangat kurus kering (seperti kurang zat) عَنْ جَابِرَ بْنَ
عَبْدِ اللَّهِ رَخَّصَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
لِآلِ حَزْمٍ فِي رُقْيَةِ الْحَيَّةِ وَقَالَ لِأَسْمَاءَ بِنْتِ عُمَيْسٍ
مَا لِي أَرَى أَجْسَامَ بَنِي أَخِي ضَارِعَةً تُصِيبُهُمْ الْحَاجَةُ
قَالَتْ لَا وَلَكِنْ الْعَيْنُ تُسْرِعُ إِلَيْهِمْ قَالَ ارْقِيهِمْ Dari
Jabir RodhiyALLAHu Anhu bahawa RasulULLAHi sallALLAHu Alaihi Wasallam
memberi rukhsah (keringanan) bagi anak-anak Ja’far menggunakan bacaan
ruqyah dari sengatan ular. Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) bersabda
kepada Asma’ binti Umais,”Mengapa Aku lihat badan anak-anak saudaraku
ini kurus kering? Apakah mereka kelaparan?” Asma’ menjawab : “tidak,
akan tetapi mereka tertimpa ‘Ain.” Kata Baginda (SallALLAHu Alaihi
Wasallam) ,”Kalau begitu bacakan ruqyah bagi mereka! (HR Muslim, Ahmad
dan Baihaqi) 3. Penyakit kulit yang tidak atau sukar sembuh,contohnya
ekzema dan seangkatan dengannya. Dari hadith dan permasalahan di atas,
cukup untuk menghuraikan apakah Ain dan bagaimanakah ianya terjadi?
Permasalahan ain ini bukan sahaja berlaku akibat rasa iri hati atau
takjub (tanpa kembalikan semula takjub tersebut kepada ALLAH), tetapi
juga berlaku apabila pemuji memuji bayi tersebut setelah melakukan
dosa-dosa mulut, contohnya mengumpat atau memaki hamun orang lain, maka
tarikan dari perbuatan tersebut menjadi warid kepada kalamnya, iaitu
apabila dia memuji seseorang itu cantik, maka warid dari keburukan kalam
sebelum itu diterbalikkan dari apa yang dipuji sebelum itu(cantik
lawannya hodoh), ini berikutan fitrah bayi atau kanak-kanak yang bersih,
begitu juga keadaannya jika mata si pemuji sebelum melihat bayi atau
kanak-kanak tersebut ada melihat perkara-perkara maksiat, maka ianya
akan terjadi hal yang serupa. NauzubILLAHi min Zalik. Kebanyakan kes
yang sang faqir terima di TIAF yang melibatkan bayi menangis tidak
berhenti, selain dari masalah cholic(kembung perut) dan hernia(angin
pasang), ianya kebanyakan melibatkan Ain, yang sering didakwa oleh
perawat-perawat sebelum itu dengan saka, sihir, pedamping dan
sebagainya, yang meleret sehingga timbul dakwaan yang pelik wal aneh,
padahal ianya Ain semata-mata. (Sabo je le) Permasalahan dengan Al Ain
ini, ada dua cara dalam menghadapinya, sama ada MENGELAK darinya atau
merawatnya. Berkaitan dengan merawat, ianya melibatkan banyak kaedah.
Cuma sang faqir kongsikan salah satu darinya di sini, yang paling
ringkas. Iaitu diberi mandi dengan air bekasan wudhuk ibu kepada bayi
tersebut (bertabaruk) Bersabit dengan hadith : عَنْ أَبِي أُمَامَةَ بْنِ
سَهْلِ بْنِ حُنَيْفٍ أَنَّهُ قَالَ رَأَى عَامِرُ بْنُ رَبِيعَةَ سَهْلَ
بْنَ حُنَيْفٍ يَغْتَسِلُ فَقَالَ مَا رَأَيْتُ كَالْيَوْمِ وَلَا جِلْدَ
مُخْبَأَةٍ فَلُبِطَ سَهْلٌ فَأُتِيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَامِرًا فَتَغَيَّظَ عَلَيْهِ وَقَالَ عَلَامَ
يَقْتُلُ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ أَلَّا بَرَّكْتَ اغْتَسِلْ لَهُ فَغَسَلَ
عَامِرٌ وَجْهَهُ وَيَدَيْهِ وَمِرْفَقَيْهِ وَرُكْبَتَيْهِ وَأَطْرَافَ
رِجْلَيْهِ وَدَاخِلَةَ إِزَارِهِ فِي قَدَحٍ ثُمَّ صُبَّ عَلَيْهِ فَرَاحَ
مَعَ النَّاسِ Dari Abu Umamah bin Sahl bin Hunaif, dia berkata bahawa
Amir bin Robi’ah melihat Sahl bin Hunaif sedang mandi, lalu berkatalah
Amir : "Aku tidak pernah melihat (pemandangan) seperti hari ini, dan
tidak pernah kulihat kulit yang tersimpan sebagus ini” Maka
terpelantinglah Sahl(pengsan). Kemudian RasulULLAH sallALLAHu Alaihi
Wasallam mendatangi Amir. Dengan tegas Baginda bersabda :”Atas sebab apa
kamu hendak membunuh saudaranya? Mengapa kamu tidak memohonkan
keberkahan (kepada hal yang kamu lihat)? Mandilah untuknya!Maka Amir
mandi dengan menggunakan suatu bekas air, dia mencuci wajahnya, dua
tangan, kedua siku, kedua lutut,hujung-hujung kakinya, dan bahagian
dalam sarungnya. Kemudian air bekas mandinya itu dituangkan kepada Sahl,
lantas dia (Sahl) sedar dan berlalulah bersama manusia. (HR Malik dalam
Al-Muwaththo 2/938, Ibnu Majah 3509, disohihkan oleh Ibnu Hibban 1424.
Sanadnya sohih, para perawinya tsiqah : Zadul Ma’ad tahqiq Syu’aib
al-Arnauth dan Abdul Qodir al-Arnauth 4/150 cetakan tahun 1424 H).
Merujuk kepada hadith tersebut, tentu menjadi kesukaran untuk mencari
siapa yang memberi Ain, malahan jika tahu siapa yang mengAinkan anak
kita, bagaimana mungkin untuk kita jelaskan kepadanya, maka diqiaskan
dengan tabaruk air wudhuk ibu(berserta doa), ditadahkan di dalam bekas
atau besen, seterusnya, diberi mandi kepada bayi atau anak yang terkena
ain. Untuk kaedah ini, tidak tertakluk kepada Ain sahaja, boleh juga
ikhtiar bagi permasalahan anak yang degil atau bermasalah dengan
pelajaran. Antara kaedah mengelakkan Ain dari berlaku: Setiap kali anak
menerima pujian dari sesiapa sahaja, letakkan tangan kanan di atas
kepalanya, dan ucapkan Taawudz (di dalam hati, kemudian mohon
perlindungan ALLAH dari segala mara bahaya). Pada malam hari sebelum
ibubapa tidur, bacakan Al Ikhlas 3x, dan tiupkan di ubun-ubun bayi
perlahan-lahan(sambil dalam hati berdoa mohon perlindungan ALLAH)
sehingga habis nafas, nafas yang akhir ditiup sehingga ke kaki dengan
kadar menghembus. Kepada ibubapa, terpulang di atas perkiraan kalian
untuk ikhtiar perlindungan anak-anak kalian, terutama yang memperolehi
'new baby' atau yang anak mereka sedang sakit, pertimbangkanlah
keputusan untuk upload gambar anak-anak anda. Kebanyakan kes Ain yang
sang faqir terima di klinik TIAF, 98% daripadanya adalah asbab
meng'upload' gambar bayi mereka di facebook atau laman sosial yang lain,
tambahan pula bayi mereka sedang bermasalah sewaktu itu. NauzubILLAHi
min zalik. Semoga perlindungan ALLAH beserta sekalian yang ikhlas dan
faham dengan setiap amal perbuatan mereka. Wassalam. Sumber : FB Wan
Asrul Al-Aydrus .
Pengendali
laman sosial fitnah isu Giat Mara akan disama!!!!!!
Blogger dan pengendali laman sosial ‘Facebook’ pro Umno
diminta untuk menarik balik kenyataan fitnah berhubung isu penutupan
Pusat Latihan Kemahiran Giat MARA Selayang atau terpaksa berdepan
tindakan saman.
Ahli Parlimen Selayang, William Leong, berkata kenyataan yang dikeluarkan kedua-dua pihak yang mengaitkan dirinya dengan penutupan pusat latihan berkenaan adalah tidak benar sama sekali serta bersifat jahat.
Jelasnya, sebagai ahli parlimen, beliau tidak mencampuri sebarang urusan berkaitan Pusat Latihan Kemahiran Giat MARA yang didirikan di atas tanah milik Kerajaan Negeri.
“Saya tidak mengetahui mengenai isu ini sehingga ianya dikeluarkan di media massa, lalu saya menghubungi Exco Negeri untuk penjelasan.
“Apa yang berlaku ialah keadaan pusat latihan ini didapati tidak memuaskan oleh penilaian ‘Task Force’ yang ditubuhkan Kerajaan Negeri, kerana itu notis dikeluarkan,” kata William dalam satu sidang media di pejabatnya di sini.
Sehubungan itu, beliau menggesa kedua-duanya iaitu blogger ‘Pahangku Media’ dan pengendali laman ‘Facebook’ Boikot Barangan Cina DAP untuk menarik balik kenyataan fitnah itu.

Thursday, 16 January 2014
Ketinggian Nikmat Syurga
Firman Allah SWT dalam sebuah hadis Qudsi,
Maksudnya : Aku sediakan bagi hambaku yang soleh, syurga yang tidak pernah mata nelihat, tidak pernah telinga mendengar dan tidak pernah terlintas di hati seseorang. (Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Allah SWT menjelaskan nikmat-nikmat syurga di dalam Al-Quran sebagai satu anugerah kepada hambanya yang taat. Setiap orang Islam hendaklah sentiasa beramal dengan ikhlas dan mengikut syarak supaya mendapat balasan syurga yang dijanjikan oleh Allah SWT. Antara nikmat-nikmat syurga ialah :
- Kata alu-aluan dan ucapan lunak yang diucapkan kepada penghuni syurga.
- Pakaian dan persalinan yang terdiri daripada sutera dan perhiasan daripada emas serta perak.
- Bidadari jelita sentiasa menemani dan melayan penghuni syurga.
- Pelayan-pelayan yang dipanggil Wildan yang terdiri daripada remaja-remaja lelaki sentiasa melayan penghuni syurga.
- Makanan yang lazat terhidang mengikut citarasa penghuninya.
- Mahligai daripada emas dan perak.
- Buminya daripada perak dan air sungainya daripada susu, madu, arak dan air yang lazat.
- Taman yang indah dan terbentang luas dipenuhi dengan pohon-pohon dan alunan suara dengan irama yang sangat merdu.
- Dapat melihat wajah Allah SWT, inilah nikmat paling besar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada penghuni syurga.
PANASSSSS!!!!!! ... KHALID IBRAHIM HAMPIR-HAMPIR KENA PECAT SEBAGAI MB SELANGOR TAPI DI SEKAT OLEH DSAI!!!!
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) hampir hilang pekerjaannya dua malam lalu apabila timbalan presiden parti Azmin Ali dan penyokong mencadangkan beliau disingkirkan daripada kerusi itu.
Ia berlaku rentetan kemarahan penyingkiran Azmin berkenaan penyingkirannya daripada lembaga pengarah PKNS, namun ia diselamatkan oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menolak cadangan itu.
The Malaysian Insider difahamkan cadangan itu hangat dibahaskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada malam Rabu lepas yang dipengerusikan oleh Anwar di ibu pejabat parti.
"Saya tidak menghadiri mesyuarat malam tadi kerana perkara-perkara lain tetapi saya diberitahu perkara itu," kata Exco Selangor Elizabeth Wong yang juga ahli MPP kepada The Malaysian Insider.
Seorang lagi ahli MPP mengesahkan bahawa Azmin membuat cadangan agar Khalid diminta berhenti daripada menjadi menteri besar tetapi Anwar menolaknya.
"Cadangan itu hangat dibincangkan dalam mesyuarat tetapi Anwar akhirnya menolak idea memecat Abdul Khalid,"satu lagi sumber kepada The Malaysian Insider.
Setiausaha akhbar Khalid, Arfa'eza Aziz memberitahu The Malaysian Insider, mereka juga ada mendengar cadangan yang dibuat pada mesyuarat itu.
Khalid sedang berkhidmat untuk penggal kedua sebagai Menteri Besar walaupun PKR hanya mempunyai 14 kerusi manakala DAP rakan kongsinya dan PAS masing-masing memegang 15 kerusi dalam Dewan Negeri yang mempunyai 56 kerusi itu selepas Pilihan Raya Umum 2013.
Walaupun popular, Khalid tidak memegang sebarang jawatan utama parti sedangkan Azmin juga adalah Pengerusi PKR Selangor. Kedua-duanya dilihat sebagai penyokong Anwar tetapi menjadi pesaing dalam parti yang akan mengadakan pemilihannya pertengahan tahun ini.
Azmin menjadi sorotan baru-baru ini apabila beliau dikatakan telah dipecat daripada lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Sumber berkata, rasa tidak puas hati kerana dipecat itu menjadi sebab utama mengapa beliau mencadangkan agar Abdul Khalid dipecat sebagai MB Selangor.
Anwar dalam sidang medianya semalam menolak cadangan kerajaan negeri untuk memecat Azmin kerana sepatutnya beliau berkhidmat sehingga 2015.
Bagaimanapun, Khalid telah menjelaskan bahawa beliau ataupun Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN atau Exco) tidak pernah membuat keputusan untuk membuang Azmin.
"Ia dibuat oleh Pengurus Besar (GM) PKNS," kata Khalid dalam sidang medianya selepas mesyuarat Exco Selangor semalam.
nwar dalam sidang medianya hari ini berkata pemecatan Azmin tidak sah kerana hanya MB dan Exco sahaja berkuasa membuat tindakan itu.
Pengurus Besar PKNS Othman Omar bertindak menghantar surat kepada Azmin bagi memaklumkan beliau (Azmin) telah dipecat daripada lembaga pengarah PKNS.
Surat ini berdasarkan kertas Exco yang dihantar balik kepada PKNS yang tidak memasukkan nama Azmin dalam senarai lembaga pengarah dengan hanya dibiarkan kosong.
Exco hanya memutuskan dua nama iaitu Iskandar Samad daripada PAS dan Datuk Teng Chan Khim daripada DAP manakala satu lagi nama tidak diisi.
Berdasarkan kertas ini PKNS mentafsirkan Azmin telah dipecat. Namun pejabat MB mempertikaikan apa hak PKNS membuat tafsiran sendiri dan bertindak tanpa merujuk kepada pengerusi lembaganya yang juga MB Selangor.
Pejabat MB berkata, besar kemungkinan Khalid mahu membuat perbincangan dengan partinya terlebih dahulu sebelum membuat sebarang perlantikan.
Khalid berkata, nasib Azmin akan dibincangkan oleh Exco namun tidak menetapkan tarikhnya.
Friday, December 27, 2013
Aman Patani Di Tanah Pusaka Yang Terluka Dan Berdarah
Baba telah pergi. Beliau syahid dibumi syuhada. Yang tinggal hanyalah pondok ,kitabnya,anak dan isterinya.
Isterinya,Puan Izzah meneruskan kerja-kerja dakwah suaminya. Kampung ini selalu mengalirkan darah.Namanya Kampung Pulau Gasing. Setiap tahun pasti ada darah para syuhada yang membasahi tanah ini. Keadilan masih jauh berbalam-balam. Belum nampak garis penamatnya.
Tetapi warga Kampung Pulau Gasing meneruskan hidup mereka seperti biasa.
Di sini kami dengar cerita sedih dan duka.Membantu sekadar yang mampu.Kami hanyalah sebuah NGO yang kecil.Yang didukung oleh orang kecil tetapi berjiwa kata setengah-tengah orang. Kami bersimpati dan berempati.Sumbangan yang dihulurkan tidaklah besar. Apa yang penting ialah Ukhuwah Islamiah.
Dengan bantuan sahabat di Jala kami dibawa ke Pulau Gasing. Kampung ini tenang dan damai. Tanahnya subur.Rambutan,durian dan dukung tumbuh subur. Sejuk mata memandang. Sekali sekala angin sepoi-sepoi bahasa mengusap muka.
(Setiausaha Aman Patani berkopiah putih bersama Ismail Wan Teh (HAP)
Naim seorang anak muda dari negeri Kedah. Beliau seorang usahawan muda selepasan Universiti Teknologi Mara turut sama sebagai sukarelawan Aman Patani.
Kertas in sebagai saksi nanti sewaktu As Syahid Abdul Ghaffur ditembak mati. Kesan darah beliau masih kukuh lagi di surat ini.
Dan rakyat cukup kenal siapa pembunuhnya.
Tentera hitam yang gila perang telah membunuh segala mesra!
Perang berlangsung mencari untung tanah jajahan
Langsung membunuh anak dalam buaian!
Langsung menghancur-lebur nilai kebudayaan!
Objektif AMANI MALAYSIA1. Membangun kesedaran dan sokongan masyarakat terhadap konflik Selatan Thailand.
2. Menyediakan program latihan dan pembangunan dokongan kerja kepada masyarakat Pattani.
3. Menyalurkan bantuan dan sumbangan kepada mangsa konflik.
Pertubuhan Kebajikan Aman Patani Malaysia
(AMANI MALAYSIA)
d/a Serambi Dakwah,
Lorong Bagan Lalang 22,
Taman Bagan Lalang,
13400 Butterworth, Pulau Pinang
Email : amanpatanimalaysia@gmail.com
Facebook; Aman Patani (AMANI)

Pertubuhan Kebajikan Aman Patani Malaysia (AMANI MALAYSIA)
Pada awal penubuhan sejak 2008, AMANI MALAYSIA bergerak secara aktif dan merupakan sebuah badan bertindak terhadap isu konflik Patani digerakkan di bawah naungan Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Pulau Pinang (PUMPP). Bagi menggerakkan usaha yang lebih serius dan bersungguh-sungguh dalam menyalurkan bantuan, sokongan padu dan membangunkan kesedaran masyarakat umat Islam dunia, AMANI MALAYSIA didaftarkan di bawah Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dengan nama Pertubuhan Kebajikan Aman Patani Malaysia (AMANI MALAYSIA)- (0523-12PPG)Objektif AMANI MALAYSIA1. Membangun kesedaran dan sokongan masyarakat terhadap konflik Selatan Thailand.
2. Menyediakan program latihan dan pembangunan dokongan kerja kepada masyarakat Pattani.
3. Menyalurkan bantuan dan sumbangan kepada mangsa konflik.
Pertubuhan Kebajikan Aman Patani Malaysia
(AMANI MALAYSIA)
d/a Serambi Dakwah,
Lorong Bagan Lalang 22,
Taman Bagan Lalang,
13400 Butterworth, Pulau Pinang
Email : amanpatanimalaysia@gmail.com
Facebook; Aman Patani (AMANI)
Gagal Rogol Syafikah, Suspek Bunuhnya & Tolak Adik-adiknya Ke Dalam Sungai
Akhirnya dua suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan tiga beradik dari Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar di sini tahun lalu ditahan Rabu.
Bernama melaporkan mereka merupakan dua remaja lelaki yang berusia 18 dan 19 tahun yang ditahan di rumah masing-masing di Kampung Gelam berhampiran Jalan Datuk Kumbar antara pukul 5.30 petang hingga 11 malam.
"Kita telah mendapat perintah tahanan reman untuk suspek sehingga 22 Jan ini untuk siasatan lanjut bersabit kes bunuh yang melibatkan tiga beradik pada November tahun lalu," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Mohd Nashir Ya pada sidang media di sini Khamis.
Beliau berkata kedua-duanya yang tidak bekerja ditahan hasil siasatan lanjut pihaknya serta maklumat orang awam.Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Suspek dipercayai menjadi orang terakhir bersama gadis-gadis pada malam kejadian itu.
Kes melibatkan kematian Noor Syafikah Naia Rusdi, 14, yang mayatnya ditemui di kawasan sawah Alor Senibong kira-kira 3.45 petang pada 30 November lalu.
Sementara mayat adik-adiknya Nur Izzati Husna, 12, dan Puteri Nurul Akma, 3, ditemui pula kira-kira 4 petang esoknya di gigi air sungai di Kampung Padang Tani, Langgar kira-kira 3.5 kilometer dari tempat mayat kakak mereka ditemui.
Tiga beradik itu dikatakan keluar dari rumah mereka dengan menaiki sebuah motosikal kira-kira pukul 7.30 malam pada 29 November untuk ke rumah seorang rakan Noor Syafikah Nadia di Kampung Gelam yang tidak jauh dari kampung mereka, dan tidak pulang-pulang sehingga mayat mereka ditemui.
Mereka dikatakan pergi ke rumah majikan Norsyafika Nadia di Kampung Gelam, kira-kira 6km dari sini. Norsyafika dikatakan mahu pergi mengambil bayaran upahnya hasil kerja membersihkan botol-botol.
Norsyafika Nadia telah berhenti persekolahan tahun lepas untuk membantu ibu bapanya untuk menyara kehidupan keluarganya.
Apabila kanak-kanak perempuan tidak pulang ke rumah pada tengah malam, ibu mereka Siti Aishah Ariffin, 41, telah membuat laporan pols di Balai Polis Langgar kira-kira jam 2 pagi pada 30 Nov.
Badan Norsyafika Nadia ditemui di swah padi kosong di Kampung Alor Senibong, Jalan Langgar, pada kira-kira 3:45 pada 30 Nov, manakala kedua-dua badan mangsa yang lain yang ditemui terapung di terusan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda di Kampung Padang Petani pada kira-kira 16:50 pada hari berikutnya.
Memetik laporan akhbar The Star, polis telah menemui petunjuk baru, yang menunjukkan bahawa tiga saudara perempuan telah dibawa ke sebuah rumah kosong di Kampung Gelam oleh kedua-dua remaja berkenaan. Salah seorang daripada mereka cuba untuk merogol Norsyafika Nadia namun gagal.
Ketiga-tiga baradik itu kemudiannya dibawa ke sawah padi di mana dia cuba untuk merogol Norsyafika Nadia sekali lagi. Apabila mangsa cuba melarikan diri, beliau dibunuh.
Nur Izzati Husna dan Puteri Nurul Akma kemudiannya ditolak ke terusan dan dibiarkan lemas setelah melihat kakak mereka itu meninggal dunia.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Komisioner Mohd Nashir Ya berkata kedua-dua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari.
"Mereka ditahan di rumah-rumah mereka berikutan maklumat awam," katanya.
"Kedua-dua suspek yang menganggur," kata beliau sambil menambah bahawa siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Bapa perempuan Rusdi Rani, 39, mendakwa bahawa Norsyafika Nadia muncul kepadanya dalam mimpi pada malam Selasa , dengan muka yang bercahaya, dan memberikan dia nama orang yang telah membunuhnya.
"Beliau berkata bahawa jika saya mahu menyelesaikan kes itu dengan cepat, saya perlu menangkap orang yang ia lakukan kepada beliau. Dia kemudian menyebut nama pembuuhnya," katanya ketika ditemui di rumahnya.
Rusdi berkata, walaupun ia agak sukar dipercayai , beliau terus membuat laporan di Balai Polis Alor Setar pada hari berikutnya berdasarkan kepada maklumat yang diberi dalam mimpi beliau.
Bagaimanapun, beliau enggan menyatakan sama ada nama yang disebut adalah diantara suspek yang ditangkap.
Beliau berkata sejak kematian anak-anak perempuannya, dia telah melakukan solat hajat setiap malam memohon petunjuk Allah untuk menyelesaikan misteri kematian anak-anak perempuannya.
"Saya tidak tahu kedua-dua kanak-kanak remaja telah ditahan tetapi saya tidak akan memaafkan orang yang membunuh anak-anak perempuan saya, " katanya, dan berharap kes itu akan diselesaikan tidak lama lagi dengan tangkapan terkini.
Sementara itu, nenek kepada gadis-gadis berkenaan Robiah Daud, 59, berkata dia gembira kerana polis berjaya memperolehi penemuan baru terhadap kes itu.
"Saya harap saya boleh melihat muka suspek dan bertanya kepada mereka mengapa mereka melakukannya. Ini merupakan kes yang serius dan apa yang mereka lakukan amat kejam ," kata beliau. (BERNAMA/MSTAR/The Star/GB)
klik untuk baca
Mukadimah zina: Guru besar, guru diarah bela diri
- Guru besar (kanan) dan tertuduh wanita tersebut turut keluar sambil menutup muka mengelak wajahnya dirakam media.
Perintah dibuat Hakim Syarie, Nik Najib Che Hassan terhadap guru besar berusia 54 tahun dari Kampung Perupok, Chetok, Pasir Mas, dan pasangan berusia 26 tahun dari Taman Lubok Jong, daerah sama.
Lelaki tersebut didakwa melakukan perbuatan mukadimah zina iaitu berada di atas tubuh seorang perempuan yang bukan isteri atau muhramnya dalam keadaan separuh bogel dalam sebuah kereta Perodua Kancil pada jam 8.30 malam, 28 April lalu.
Wanita tersebut pula didakwa atas tuduhan sama dalam keadaan separuh bogel dengan memakai t-shirt tetapi seluar ditanggalkan serta berada di bawah badan lelaki tersebut masa dan tarikh yang sama.
Perbuatan dilakukan dengan di tempat duduk hadapan dalam sebuah kereta yang dipakir di bahu Lebuh raya Pasir Mas-Rantau Panjang, Kampung Gaung, Pasir Mas.
Pada prosiding semalam, pihak pendakwaan berjaya menimbulkan prima facie kes pada keputusan pada akhir kes pendakwaan.
Peguam mereka, Yuslan Yusof bagaimanapun memohon tarikh lain berikutan kedua-dua anak guamnya belum bersedia untuk perintah itu. Nik Najib kemudian bersetuju dan menetapkan sebutan semula pada 27 Mac depan.
Kedua-dua ditahan dalam serbuan kakitangan Pejabat Agama daerah itu. Kes dikendalikan, Timbalan Pendakwa Syarie (Kanan), Norhasney Ridhwan Hassan.
Artikel Berkaitan
- Mukadimah zina: Guru besar, guru diarah bela diri
- 3 sahabat berdepan tuduhan cabul
- Bebas tuduhan rogol
- Tuduhan ceroboh melampau
- Hadapi 4 tuduhan lupus harta curi
Najib: 'Saya suka makan kangkung'
Mengulas isu 'kangkung' yang ditimbulkan
sesetengah pihak susulan penjelasannya sebelum ini berhubung harga
barang, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perkara itu
tidak patut dipermainkan.
Menurutnya, sayuran itu hanyalah contoh barangan yang digunakan ramai orang.
"Saya suka makan kangkung, anda semua suka makan kangkung... (sebab itu) saya beri contoh yang semua orang makan.
"Kalau saya beri contoh seperti burung puyuh, orang tertentu sahaja makan.
"Tidak seharusnya contoh itu dipermainkan oleh sesiapa kerana saya beri contoh sebagai prinsip 'supply and demand' (penawaran dan permintaan) yang tentukan harga sebahagian daripada barang makanan yang kita tidak kenakan harga kawalan," katanya.
Ahad lalu, Najib bercakap mengenai bagaimana kerajaan tidak patut dipersalahkan kerana harga ikan dan sayur-sayuran yang tidak menentu, yang menurutnya bergantung kepada cuaca.
Tambahnya, pengkritik menyalahkan kerajaan kerana harga makanan yang mahal tetapi tidak pernah memuji kerajaan apabila harga turun, dengan memetik kangkung sebagai contohnya.
Kenyataan beliau itu menjadi bahan ejekan di Internet. Sensasi ekoran ucapan perdana menteri berhubung penurunan harga kangkung kemudiannya menarik perhatian media antarabangsa apabila agensi berita BBC bawah segmen trending beritanya, melaporkan bagaimana Najib dikritik kerana mengeluarkan kenyataan itu.
Kementerian diarah tegas
Berucap di majlis jamuan malam bersama perdana menteri anjuran Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) di ibunegara malam tadi, Najib berkata beliau telah mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) supaya lebih tegas terhadap peniaga yang menaikkan harga barang sesuka hati.
Katanya, ia bagi memastikan peniaga lebih beretika dalam menjalankan aktiviti perniagaan, sekaligus membantu rakyat.
"Saya dah arahkan kementerian untuk gunakan akta sedia ada yang mana kuasa dan tindakan boleh diambil terhadap mana-mana peniaga yang umumkan bayaran atau caj yang terlalu tinggi, (semata-mata) untuk mendapat untung lebih.
"Ini satu cara bagaimana kita boleh bantu mengurangkan harga kepada pengguna dan rakyat, (akibat) peniaga tidak beretika yang cuba mencari kesempatan dalam masa sekarang," katanya.
Beliau turut menggesa pengguna supaya lebih proaktif dengan terus melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mereka mengesan peniaga yang sengaja menaikkan harga barangan.
Di samping itu, Najib berkata beliau dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri akan turun padang untuk melihat situasi harga barang dengan lebih dekat.
Menurutnya, kesempatan itu akan diambil untuk mempromosikan kedai yang menawarkan harga berpatutan kepada rakyat.
"Kita akan iklan atau maklumkan kepada semua pihak bahawa inilah kedai-kedai yang patut dikunjungi orang ramai," katanya.
Dalam pada itu, Najib memuji tindakan peniaga di bawah Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) yang menurutnya lebih bertanggungjawab dalam memastikan harga makanan dan minuman tidak dinaikkan sehingga membebankan pengguna.
"Presidennya (Noorul Hassan Saul Hameed) berkata kedai-kedai yang dikendalikan Presma atau anggotanya begitu bertanggung jawab sekali. Meskipun harga susu manis dan gula naik, tetapi beliau beri jaminan kepada saya harga teh tarik tak dinaikkan.
"Ini adalah contoh bagaimana peniaga yang amat bertanggungjawab dan tidak mahu mengambil kesempatan atau eksploitasi keadaan (berbanding pihak yang) memberi pelbagai alasan semata-mata untuk tujuan naikkan harga," katanya.
RM1 juta untuk KopKimma
Najib turut mengumumkan peruntukan RM1 juta untuk membolehkan Koperasi Kimma Bhd (KopKimma) membuka cawangan Al-Rahnu di perkarangan Masjid India di ibunegara.
Najib berkata beliau secara peribadi memandang tinggi usaha KopKimma untuk membuka cawangan itu bagi memastikan masyarakat India Muslim mempunyai peluang untuk memohon skim mikro kredit bagi meningkatkan taraf hidup mereka.
Mengulas pencapaian komuniti tersebut di negara ini, Najib berkata di bawah kepimpinan Kimma, masyarakat India Muslim tempatan mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang perniagaan seperti peruncitan, katering, kedai emas dan sebagainya.
Namun, beliau melahirkan harapan masyarakat itu terus mempelbagaikan lagi bidang keusahawanan yang diceburi untuk merangkumi bidang lebih mencabar seperti bioteknologi, teknologi hijau serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).
- Bernama
Isu kangkung dikaitkan dengan kaum pula
'Ejek PM bermakna anda ejek diri sendiri'
FB Najib dilanda komen kangkung
SKMM nafi sekat ISP 'kangkung'
ISP laporan berkaitan 'kangkung', PM 'disekat'
Demonstrasi 'kangkung' bantah kenaikan harga
Ungku Aziz nafi catatan 'kangkung' tulisannya
BBC petik sensasi 'kangkung' Najib

Yang Zie was tagged in Syed Abdul Rahim's photo.
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum warahmatuhi wabaratuh
LAAILAAHAILLALLAH MUHAMMADURRASULULLAH
Allahumma Sholli ' Ala Sayyidina Muhammad Wa Ala'Alihi
Sayyidina Muhammad .
Sejarah telah berkata bahawa manusia merupakan mahluk yang terbaik,
dengan anugerah kenikmatan yang tak terhitung banyaknya.diantaranya
dengan akhlakul karimah atau aklak yang baik.tetapi manusia juga ada
yang bertabiat dengan ahklak yang tercela diantara aklak yang tercela
adalah sifat Sombong.kesombongan adalah sumber kehancuran segalanya dan
Allah pun amat membencinya.
“Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang menyombongkan diri.”
(QS. An Nahl: 23)
Sombong adalah merasa lebih baik dan berada di jalan kebenaran dan
memadang dirinya diatas orang lain.meras lebih sempurna dan memandang
orang lain dibawahnya.
“Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan
janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah
tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (QS.
Luqman:18)
Iblis adalah mahluk yang pertama yang bersifat bongkak dan sombong
dihadapan Allah sebagaimana riwayat yang sering kita dengar ketika Allah
menyuruh iblis menghormat adam dengan bongkak dia mengatakan bahwa
dirinya merasa lebih baik karena dia diciptakan dari api dan adam dari
tanah. Iblis mencuba mempertikai dengan Allah, mengatakan bahwa dirinya
lebih baik kerana diciptakan dari api, sedangkan manusia diciptakan dari
tanah.“Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat:
“Sujudlah kalian kepada Adam,” maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia
enggan dan takabur (sombong) dan ia termasuk golongan orang-orang yang
kafir“ (QS. Al Baqarah:34)
Seolah-olah masih ada hal yang tidak diketahui oleh Allah SWT, dan baru
diketahui ketika Iblis mengatakannya.
Kita tidak tahu persis apa yang terjadi dalam fikiran Iblis ketika ia
menolak perintah Allah tersebut.
Yang jelas, Iblis benar-benar bersikap sombong.kerana kesombongannya
maka Allah pun melaknat Iblis dan dilempar keluar dari syurga Allah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
3 Tingkatan Ilmu ..
Abdullah bin al-Mubarak mengatakan bahawa:
“Belajar ilmu itu mempunyai 3 tingkatan:
1) Barangsiapa yang sampai ke tingkatan pertama, dia akan menjadi
seorang yang sombong.
2) Barangsiapa yang sampai ke tingkatan kedua, dia akan menjadi seorang
yang tawadhu`.
3) Barangsiapa yang sampai ke tingkatan ketiga, dia akan merasakan
bahawa dia tidak tahu apa-apa.”
Yang dimaksudkan dengan sombong bagi peringkat pertama di atas ialah dia
merasakan bahawa kononnya dia sudah tahu banyak perkara. Lalu dengan
perasaan sombong dia mula berani mengatakan itu dan ini, melabel itu dan
ini dan terburu-buru. Hal ini banyak kelihatan di sekeliling kita.
Ada yang sombong, angkuh dan besar diri dengan ilmu mereka. Ternyata
mereka ini adalah golongan yang baru di peringkat awal menuntut ilmu.
Ramai di peringkat ini. Bahkan kita semua juga masih di peringkat ini.
Kita selalu berasa diri sudah hebat dan mengatakan orang lain salah
disebabkan mereka tidak sama dengan pandangan atau pendapat atau ilmu
atau pengalaman kita.
Mengetahui bahawa kita masih di peringkat pertama, justeru bersabarlah.
Jangan terlalu lekas melabel. Teruskan belajar dan belajar supaya hikmah
semakin menebal di dalam diri.
Golongan yang lebih tinggi dari golongan pertama ialah segolongan yang
tawadhu` dengan apa yang ada pada mereka. Mereka merendah diri dengan
ilmu mereka walaupun di dalam dada mereka sudah banyak ilmu dan
pengalaman. Sebenarnya ilmu dan pengalaman yang banyak itulah yang
menyebabkan mereka faham tentang hakikat ilmu. Lalu mereka berasa
tawadhu`.
Dan yang paling tinggi dan hebat akan tingkatan ilmu mereka ialah
apabila mereka merasakan mereka tidak tahu apa-apa. Ini kerana hakikat
ilmu semakin jelas dan nyata di hadapan mata dan hati mereka. Semakin
banyak pintu dan jendela ilmu yang dibuka, semakin banyak didapati pintu
dan jendela ilmu yang belum dibuka. Justeru, mereka bukan sahaja
tawadhu`, bahkan lebih mulia dari itu, mereka lalu berasakan mereka
tidak tahu apa-apa lantaran terlalu luasnya ilmu sehingga mereka bisa
lemas di dalamnya.
Fikirkanlah dan renungkan maksud kata-kata Ibnu al-Mubarak di atas. Moga
kita dapat bermuhasabah dengannya.
~Wallahu a'lam bissowab~
Pas Bkt Sentosa shared Abdullah Dot My's photo.
Allahhuakbar!
KUALA
LUMPUR: Pasukan Unit Amal Dewan Pemuda PAS mendapat pengiktirafan
apabila diberi kepercayaan oleh pihak Polis untuk bertugas mengawal lalu
lintas sempena Thaipusam esok.
Unit Amal Gombak diminta membantu pihak polis berkawal di kawasan lampu
isyarat Pinggiran Batu Caves. Ia ekoran aduan orang ramai yang mendakwa
berlaku kesesakan teruk di sepanjang jalan memalui Kg. Laksamana, Kg.
Nakhoda dan Kg. Sg. Kertas apabila jalan utama ke Batu Caves telah
ditutup untuk Thaipusam esok.
Unit Amal PAS, atau lebih terkenal dengan jolokan 'tentera merah'
sebelum ini menjadi bualan rakyat
negara ini ekoran kepantasan mereka menghulur bantuan kemanusian ketika
banjir melanda beberapa negeri khususnya Pahang dan Terengganu Disember
lalu. Keikhlasan mereka dengan perinsip 'Beramal Kerana
Allah" menjadikan pasukan sukarelawan PAS itu disegani
kawan dan lawan.
p/s : Siapa komen kata Unit Amal balaci india atau gadai agama dekat
kaum hindu dia keturunan kangkung.
SENYUM
Blogger dan pengendali laman sosial Facebook pro Umno diminta menarik balik kenyataan fitnah berhubung isu penutupan Pusat Latihan Kemahiran GiatMara Selayang atau terpaksa berdepan tindakan saman.
Ahli Parlimen Selayang William Leong berkata, kenyataan yang dikeluarkan kedua-dua pihak yang mengaitkan dirinya dengan penutupan pusat latihan berkenaan adalah tidak benar sama sekali serta bersifat jahat.
Jelasnya, sebagai ahli parlimen beliau tidak mencampuri sebarang urusan berkaitan Pusat Latihan Kemahiran GiatMara yang didirikan di atas tanah milik kerajaan negeri.
“Saya tidak mengetahui mengenai isu ini sehingga ia dikeluarkan di media massa, lalu saya menghubungi exco negeri untuk penjelasan.
“Apa yang berlaku ialah keadaan pusat latihan ini didapati tidak memuaskan oleh penilaian ‘Task Force’ yang ditubuhkan kerajaan negeri dan kerana itu notis dikeluarkan,” kata William dalam satu sidang media di pejabatnya di sini, lapor Selangorkini, media kerajaan negeri Selangor.
Sehubungan itu, beliau menggesa kedua-dua blogger “Pahangku Media” dan pengendali laman Facebook “Boikot Barangan Cina DAP” untuk menarik balik kenyataan fitnah itu.
“Kami kini dalam proses mencari mereka yang terlibat dengan kedua-dua laman sosial ini. Kemudian kami akan hantar surat peguam secara rasmi untuk mereka menarik balik kenyataan.
“Sekiranya selepas tempoh tujuh hari daripada tarikh surat dikeluarkan mereka gagal untuk berbuat demikian, maka mereka perlu berdepan tindakan saman daripada saya,” kata William.
Antara lain, melalui blog Pahangku Media yang boleh dilayari di www.pahangku.com, William dikatakan bersetuju bersama anggota Exco DAP untuk meroboh pusat latihan berkenaan bagi membina kondominium bersaiz kecil di atas tapak itu.
Semalam, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan bahawa pihak kerajaan negeri bersedia menimbang kembali keputusan sebelum ini sekiranya pihak pentadbiran menambah baik bangunan sedia ada serta mempertingkatkan kursus dan program latihan.
ADUN Taman Templer, Zaidy Talib pula melawat Pusat GiatMara itu semalam untuk melihat perkembangan terkini mengenainya.
Beliau yang disambut mesra oleh pelajar dan kakitangannya mengesahkan keadaan bangunan di pusat itu sangat tidak sesuai dan perlu dinaik taraf.
"Saya difahamkan bangunan ini diubahsuai daripada dewan orang ramai yang terbiar sebelum ini," kata Zaidy.
Kerajaan negeri juga kata Zaidy telah menawarkan tanah yang lebih besar dan sesuai untuk dijadikan tapak baru Pusat GiatMara ini sekiranya mereka mahu berpindah memandangkan sekarang ia berada di tengah kawasan perumahan yang sempit.
Selaku Adun Taman Templer, saya akan berbincang dengan kerajaan negeri ke arah memastikan agar Pusat GiatMara ini dapat dikekalkan untuk kemudahan belia-belia Selayang mendapat latihan teknikal dan dalam masa yang sama mengharapkan agar GiatMara dapat bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk menaiktaraf Pusat GiatMara ini kepada yang lebih baik.
"Sekiranya memang kawasan itu tidak sesuai, saya akan membantu untuk mengenal pasti tempat yang lebih sesuai disekitar Selayang," katanya.
Zaidy berkata, beliau mual dengan sikap Umno yang seolah-olah jaguh orang Melayu tetapi hipokrit dengan sekian lama membiarkan pusat latihan itu yang memberi latihan kepada anak bangsa dalam keadaan tidak sah status dan juga keadaan bangunan serta kemudahan yang serba kekurangan.
"Saya minta kepada Umno supaya berhenti bersikap hipokrit dalam memperjuangkan bangsa dan agama seperti yang dilaung-laungkan tetapi buktikanlah dengan tindakan walaupun saya memang meragui akan keikhlasan dan keupayaan mereka," katanya
Friday, 17 January 2014
PARA BLOGGER DAN PENGGIAT SIBER PRO UMNO FITNAH TUTUP PUSAT GIAT MARA SELAYANG BAKAL HADAPI TINDAKAN SAMAN.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan