Rabu, 15 Januari 2014

DAH....PENDIDIKAN SEKULAR....NEGARA SEKULAR DAN UNDANG2 SEKULAR

SUATU riwayat dalam Sunannya, An-Nasa’I ada menyebut suatu perihal bagaimana Baginda Rasulullah SAW menyantuni seorang sahabat Baginda yang merupakan seorang OKU penglihatan.

Mahmud bin Rabi' al-Ansari RA menceritakan, “Bahawa ‘Itban bin Malik adalah salah seorang sahabat Rasulullah SAW dari golongan Ansar yang ikut berperang dalam peperangan Badar. Dia datang kepada Rasulullah SAW dan berkata, “Ya, Rasulullah! Penglihatanku sudah lemah (buta). Sedangkan aku solat menjadi imam bagi kaumku. Apabila hari hujan, maka air mengalir di lembah yang terbentang antara rumahku dan mereka, sehingga aku tak dapat datang ke masjid untuk solat bersama-sama dengan mereka. Aku ingin, ya Rasulullah, supaya anda datang ke rumahku, kemudian anda solat di sana dan jadikanlah rumahku itu jadi musolla. Maka Rasulullah SAW datang dan bertanya, “Di mana tempat yang kamu harapkan saya solat?” Maka Itban tunjuk ke arah satu di tempat di rumahnya, maka Rasulullah SAW pun solat di situ.

Dalam meneliti hadith Baginda Rasulullah SAW di atas, ia adalah berkaitan tuntutan solat di masjid secara berjemaah. Pun begitu, saya bukanlah mereka yang layak untuk menghuraikan hadith tersebut dalam aspek yang khusus.

Apa yang ingin saya kemukakan di sini adalah hebatnya Baginda Rasulullah SAW dalam memperkenalkan suatu model sosiologi dalam membangunkan potensi seorang OKU atas dasar kewajipan dalam syariat. Islam itu bukan sekadar agama peribadatan khusus. Bahkan ia mencangkupi setiap aspek kehidupan.

Sememangnya benar tidak banyak ungkapan khusus dikemukakan sama ada melalui al-Quran mahupun sabda Baginda Rasulullah SAW tentang bagaimana cara membangunkan OKU. Namun al-Quran dan sunnah telah cukup menggariskan prinsip-prinsip umum yang sesuai hingga ke hari qiamat bagaimana kaedah untuk OKU dibangunkan sesuai dengan fitrah kejadiannya.

Ayuh, kita teliti pengajaran dari catatan An-Nasa’I di atas!

‘Itban bin Malik dalam riwayat di atas telah menjadi seorang OKU penglihatan. Disebabkan kecacatan yang dialaminya, beliau telah berhadapan dengan suatu halangan atau kesukaran. Halangan atau kesukaran tersebut terjadi bila air yang bertakung antara rumah dan masjid telah menghalang beliau pergi ke masjid untuk mengimami solat jemaah.

Prinsip penting di sini, seorang OKU akan menjadi kurang upaya apabila adanya halangan. Kecacatan itu sendiri bukanlah suatu factor penghalang utama bahkan ia akan sentiasa tertakluk pada persekitaran. Persekitaran yang sesuai akan membolehkan seorang OKU mampu menonjolkan potensi diri sebenar sebaliknya persekitaran yang tidak bersifat mesra OKU akan menjadi penghalang kepada keupayaan OKU menonjolkan potensi diri.

Justeru, dalam kisah ‘Itban bin Malik ini, prinsip yang diketengahkan oleh baginda Rasulullah SAW bagi mengupayakan OKU adalah hapuskan halangan. Secara tradisinya, ‘Itban bin Malik perlu keluar dari rumah untuk mengimami solat berjemaah di masjid.

Amalan tradisi ini akan menghalang potensi diri sebenar ‘Itban bin Malik sebagai imam. Dengan menjadikan rumahnya sebagai tempat solat berjemaah, ‘Itban bin Malik tidak lagi berhadapan dengan halangan untuk menjadi seorang imam kepada kaumnya.

Jelas baginda Rasulullah SAW telah menunjukkan kepada kita bagaimana potensi diri seorang OKU mampu digilap dengan menghapuskan setiap halangan kepada kecacatan yang ada pada diri OKU tersebut.

Demikianlah prinsip-prinsip umum ini perlu disesuaikan dengan peredaran masa dan suasana. Pada hari ini, OKU berhadapan dengan pelbagai halangan dalam segenap aspek kehidupan.

Bermula dengan saat-saat kelahiran hinggalah ke lanjut usia, seorang OKU amat memerlukan suatu usaha menyeluruh dari pihak berwajip bagi menghapuskan setiap halangan agar kecacatan yang ada tidak menjadi faktor kepada membina potensi diri.

Ada OKU yang hanya mampu hidup di dalam kediamannya sahaja. Justeru, OKU sebegini perlu diadakan program khusus bagaimana beliau dapat menyumbang suatu pada agama dan tanah airnya dari kediamannya. Ada OKU yang boleh bergerak ke sana ke mari apabila ada sistem pengangkutan yang cekap dan kemudahan awam yang mesra OKU.

Ada OKU yang kurang dari aspek intelak tetapi cukup hebat dalam aspek-aspek kemahiran. Begitu juga adanya OKU yang secara fizikal dilihat daif namun mempunyai keupayaan intelktual yang cukup baik.

Bagi menggilap setiap potensi OKU yang pelbagai katagori, ia bukan suatu yang mudah. Ia cukup menagih komitmen bersungguh-sungguh dari pihak kerajaan dengan dokongan setiap pihak yang terbabit.

Demikianlah sempurnanya Islam untuk setiap insan. Begitu benarnya bila Allah SWT berfirman bahawa Baginda Rasulullah SAW itu adalah rahmat untuk sekalian alam. Apa lagi yang ada pada kita selain berusaha sehabis daya bagi membenarkan isi kandungan al-Quran dan sunnah baginda untuk dirasai oleh setiap manusia?
MENJELANG sahaja 12 Rabiul Awal, maka kita umat Islam pasti terkenangkan Baginda Muhammad s.a.w. kerana pada tarikh tersebut junjungan mulia dilahirkan.

Sungguhpun begitu, mengingati Rasulullah s.a.w. pastinya tidak sekadar khusus pada 12 Rabiul Awal semata-mata. Junjungan kita yang menyampaikan pesan wahyu itu haruslah dingati sepanjang masa.

Risalah yang berpaksi tauhid, mengithbatkan Allah, menafikan patung dan menuntut pembaharuan dan perubahan menyeluruh sistem kehidupan. Demikian di rumuskan sebagai obor yang membawa pencerahan, membebaskan manusia, dasar zalim dan bobrok.

Justeru, dalam menghadapi malapetaka yang menimpa umat dari Afghanistan ke Iraq, Syria, Mesir dan bumi Palestin, serta kekeliruan dan kedangkalan fahaman umat termasuk dalam negara kita, marilah kita jadikan sambutan Maulud untuk memperkuat tekad, meningkat ilmu dan amal selaras dengan risalah perdamaian, keadilan dan rahmatan Lil aalamin!

Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
KUCHING: Mayat seorang pelajar wanita ditemui dalam parit di kampus universiti berkenaan di Kota Samarahan di sini lewat hari ini dan dipercayai dibunuh.

Ini merupakan mayat kedua pelajar universiti di Sarawak dibunuh selang 10 hari.

OCPD Samarahan DSP Lee Chong Chern yang mengesahkan kes itu malam ini berkata mayat itu ditemuI kira-kira 6 petang dan telah dihantar ke hospital besar di sini untuk bedah siasat. 

Pada 4 Jan, mayat pelajar lelaki tahun dua universiti ditemui dibunuh di sebuah rumah sewa di Miri.

Setakat ini belum ada tangkapan dibuat.

TULISAN TENTANG DIRI BUDAK SEKOLAH DAN KELUARGANYA YANG MASIH BERUMUR 9 TAHUN PASTI UTUSAN DAN BERITA HARIAN TIDAK TERBITKAN!!!!


Inilah luahan hati seorang budak sekolah rendah yang masih berumur 9 tahun apabila di minta gurunya untuk menulis tentang dirinya dan keluarga beliau.

Ayahnya seorang yang berjuang dalam Islam ...Hobinya suka ikut ayahnya pergi dengar ceramah PAS ... Bercita-cita nak jadi Wakil Rakyat PAS .. Cukup minta dengan TGNA dan bercita-cita besar mau mati syahid lawan Yahudi Laknatullah.

Dia tidak bercita-cita nak jadi penerbit filem Hollywood.




Najib kangkong.... kikikiki....

Jatuhkah Najib dan Khalid.?

klik disini.
Video ini tersebar luas di pendalaman terutamanya kawasan pengundi melayu. dan tentunya suara Tun Mahathir ini akan berkemundang sehingga kepada PRU14 sekiranya Najib tidak turun ataupun melepaskan jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

Perlu diingat sudah 3 orang Perdana Menteri terpaksa turun atau pun berhenti dari jawatan Perdana Menterui ekoran kritikan Tun Mahathir. Dan Najib mungkin akan menjadi orang yang ke 4 bersekali tumbangnya UMNO dalam mentadbir negara.

UMNO akan tumbang sekiranya PR (Pakatan Rakyat) masih relevan dalam politik tanahair, tapi melihat kepada kemelut dalam Parti Keadilan sekiranya para pemimpin lebih bersikap mementingkan diri, edah kesegaran Parti Keadilan tidak begitu lama.

Apakah Wan Azizah mampu merelaikan kekusutan yang berlaku dalam Keadilan sekarang, terutamanya perbalahan diantara Azmi Ali dan Khalid Ibrahim secara terbuka. Dalam politik Malaysia, rakyat akan benci kepada pemimpin yang dilihat berbalah sesama sendiri.

Apakah UMNO akan tumbang kerana Najib dikritik secara terbuka oleh Tun Mahathir dan Keadilan akan hancur kerana Azmin Ali berbalah dengan Khalid Ibrahim.

Walaupun PRU ke 14 masih jauh, tapi persiapan untuk menjatuhkan Najib Razak dan Khalid Ibrahim sedang rancak berlaku. Persoalannya apakah benar ada usaha untuk menjatuhkan Najib dan Khalid atau Najib dan Khalid sendiri asyik ketawa sehingga tidak sedar diri.
TAZKIRAH KASIH SAYANG SESAMA KITA

Assalamualaikum Wrt Wb

Saya agak khuatir dengan kecenderungan berfikir secara liberal yang dianggap tidak apa oleh sesetengah kita dikeranakan mungkin oleh kekurangan minat untuk mengikuti majlis-majlis ilmu atau kurang merujuk kepada ulama bagi mendapat kepastian sama ada sikap atau pandangan yang berlegar dalam kotak fikiran kita itu selari atau tidak dalam konteks ajaran Islam, atau setakat lojik akal kita yang singkat.

Semalam Ustaz Kamal, di dalam Kuliah Maghrib di Surau (Masjid Lama) Durian Burung, Kuala Terengganu mendedahkan ada yang berani melontarkan pandangan sesat ini secara upload video syarahan mereka yang antara lain mengandungi ayat-ayat sesat seperti berikut:

"Kalau betul Allah haramkan babi, mengapa Allah ciptakan babi?"

Atau

"Semua agama sama sahaja, semua mengajar perkara yang baik.."

Atau

" Sama saja masuk kumpulan mana pun, semua cakap pasal nak perjuangkan Islam, liberal, nasionalis pun Islam juga"

Atau

" Wasothiyyah ni maksudnya kita bersederhana dalam pegangan dan amalan Islam kita, tak perlu ikut semua, ikut adat-adat orang jer..Kalau ikut semua itu ekstrim, pelampau agama"

Sempena Maulid junjungan Besar kita nabi Muhammad s.a.w saya tertarik dengan soalan seorang sahabat saya semalam yang saya rasa berpunca dari ada di kalangan bukan Islam cuba menafikan agama Islam sebagai satu-satunya agama yang diredhai Allah SWT. Misalnya berkata Nabi Isa a.s beragama Kristian, Nabi Musa a.s beragama Yahudi dan seumpamanya. sedangkan jawapan dan kebersamaan semua nabi alaihissalaatuwassalam ini adalah terkandung jawapannya pada seruan yang satu kalimah tauhid yang benar tersimpul pada Surah Al Ikhlas yang selalu kita bacakan. Qul huwallaahu Ahad!

Saya cuba jawab sebagai orang biasa yang cetek pengetahuan moga diperkayakan oleh tambahan dari yang lebih memahami.

Sejak Adam a.s semua Nabi2 mengajak menyembah Tuhan yg Esa, Allah SWT. Hanya Allah SWT sebagai tempat mengadu dan meminta pertolongan. Allah SWT yg tidak beranak dan tidak pula ada yg memperanakkan. Ia tiada ibu bapa dan tiada anak pinak. (Tiada Tuhan Ibu, Tuhan Bapa, Tuhan Anak, Tuhan Sepupu). Dan segalanya yg ada di alam maya ini ada makhluk ciptaanNya, tidak pantas dijadikan sekutu dalam penyembahan atau wakil sembahan.

Inilah agama yg benar dan satunya yang direstui di sisi Allah SWT. Melalui Nabi2 dan Rasul Nya Allah SWT mengutuskan sebagsi pemberi Kesaksian (syaahidan), khabar yg baik kpd yg taat dan patuh kpd Allah SWT (mubashiran) dan pemberi amaran kepada yg derhaka enkar arahan dan melakukan apa yg dilarang Allah SWT. (Naziira).

Agama yg satu ini disebut Allah SWT sbg Islam. Innaddiina indallaahil Islam.

Sesuai dgn kelompok manusia dan zaman syariat dibawa oleh masing2 Nabi2 berubah nasikh dan mansuh sesuai kehendak Allah SWT melalui wahyu.

Nabi Muhammad s.a.w adalah penutup para Nabi. Rasul dan nabi terakhir utk seluruh umat manusia dan jin, serta sekalian alam, bukan untuk kelompok tertentu sahaja atau tempoh masa tertentu sahaja.

Wamaa arsalnaa ka illa rohmatallil aalamiin.

Tidak kami utuskan kamu (Wahai Muhammad s.a.w) melainkan sbg Rahmat Untuk Sekalian Alam.

Syariat itu kekal sehingga lah hari akhir hayat dunia ini Kiamat Akbar.

Wallahua'lam.

Wssalam Wrt Wb.

Haji Ahmad Amzad Hashim
Presiden
Gerakan Anak Terengganu Insaf - GANTI
GANTI TUNTUT PERUBAHAN


KUALA LUMPUR: Apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diserang tentera siber atau jentera maya Pakatan Rakyat (PR) berkaitan ‘kangkung’, satu perkara yang paling nyata ialah betapa berkesan dan ampuhnya mereka dalam melakukan kerja itu.

Menurut blogger Shahbudin Husin, serangan yang dilakukan bagaikan bertali arus dan tidak henti-henti sehingga masyarakat umum juga dapat merasakan bahawa Najib telah tidak bertindak bijak dengan mengambil kangkung sebagai contoh dalam ucapannya.

“Dalam masa yang sama, berikutan serangan bertubi-tubi dan bertali arus ini, Najib akhirnya telah menjadi bahan jenaka dan ketawa masyarakat,” tulis beliau di dalam blognya, semalam.

Lebih malang lagi, katanya di sebalik serangan yang dilakukan terhadap Najib ini, jentera maya Umno kelihatan langsung tidak berperanan dalam mempertahankan Perdana Menteri, seolah-olah sudah lumpuh dan tutup kedai.

Menurutnya lagi, sementera Najib, Muhyiddin, Zahid Hamidi dan lain-lain pemimpin kanan Umno berulang kali menyatakan kepentingan peranan media baru dalam tahun-tahun mendatang dan dalam pilihanraya 2018 nanti, tentera siber atau jentera maya Umno seolah-olah tidak wujud langsung dalam persaingan yang sedang berlaku ini.

Katanya, ketika Najib dikangkungkan adalah contoh terbaik bagaimana jentera maya Umno langsung tidak bermaya dan seolah-olah tidak wujud saja layaknya.

Baca lagi
TANDA-TANDA ORANG CELAKA

1. Melupakan dosa yang pernah dilakukan, padahal dosa itu tersimpan disisi Allah.

2. Bangga terhadap kebaikan yang pernah dilakukannya, padahal ia tidak tahu apakah kebaikan itu diterima oleh Allah atau tidak.

3. Terlalu tertarik dengan kehidupan dunia.

4. Kurang perhatian dengan perkara-perkara agama.
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Malaysia negara sekular, bertentangan kenyataan menteri, kata pakar undang-undang

Oleh Debra Chong dan Ida Lim
October 23, 2012
KUALA LUMPUR, 23 Okt  — Malaysia adalah dan sentiasa merupakan sebuah negara sekular walaupun tidak dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan. Ini kerana undang-undang tertinggi negara ini dan dokumen penubuhan negara adalah sekular, kata beberapa pakar undang-undang meneruskan perdebatan tentang status negara yang mana majoriti penduduknya adalah Muslim.
Pakar undang-undang menafikan kenyataan menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz di Parlimen semalam bahawa Malaysia bukan sebuah negara sekular kerana tidak pernah diisytiharkan atau disahkan sedemikian dan tidak ditulis dalam Perlembagaan walaupun beliau berhenti sebelum melabel negara sebuah negara Islam.
“Ini adalah tidak benar,” kata Tommy Thomas, yang dianggap sebagai salah satu pakar undang-undang perlembagaan di negara ini.
“Bagi saya, untuk mengatakan bahawa Malaysia bukan negara sekular kerana Perlembagaan Persekutuan tidak mengatakan demikian adalah hujah yang benar-benar terlalu mudah. Sama seperti Perlembagaan Persekutuan tidak mengatakan Malaysia adalah sebuah negara Islam,” kata beliau kepada The Malaysian Insider malam tadi.
Peguam veteran itu, yang mengkaji subjek berkenaan dan pernah menyampaikan satu esei membongkar Malaysia sebagai Negara Islam pada Persidangan Undang-undang Malaysia tujuh tahun lalu, berkata kajian beliau menunjukkan bahawa pengasas negara dan yang pakar undang-undang yang mendraf Perlembagaan ingingkan negara ini kekal sekular walaupun ia mengakui hak-hak pemerintah negeri Melayu dan kuasa ke atas hal-hal agama — sesuatu yang beliau tegaskan, merupakan peruntukkan upacara.
Thomas merujuk kepada Abdul Hamid, seorang Hakim Mahkamah Persekutuan Pakistan yang menjadi salah seorang daripada lima lelaki yang menganggotai Suruhanjaya Reid — dibentuk pada tahun 1956 untuk membantu menulis Perlembagaan Malaysia — tidak pernah pun pergi sejauh untuk mengatakan Malaysia perlu mempunyai status negara Islam dalam Perlembagaannya.
Beliau berkata kenyataan Abdul Hamid tentang hal itu adalah petunjuk jelas bahawa negara harus kekal sekular.
Abdul Hamid adalah penyokong utama untuk peruntukan yang mengatakan: “Islam hendaklah menjadi agama Malaya, tetapi tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh menghalang mana-mana warganegara yang menganut mana-mana agama selain agama Islam untuk menganut, mengamalkan dan menyebarkan agama itu, mahupun mana-mana warganegara dikenakan sebarang halangan asalkan dia bukan Islam.”
Thomas berkata, Abdul Hamid, yang berasal dari Pakistan, yang telah mencapak kemerdekaan dari Britain pada tahun 1947 — 10 tahun sebelum Malaya — dan mempunyai Perlembagaan Islam yang jelas menyatakan sebagai sebuah negara Islam, telah menyatakan bahawa apa-apa proviso adalah “tidak merbahaya” dan tidak akan menyebabkan sebarang “kesusahan” kepada sesiapa sahaja, tetapi cadangan beliau telah kemudiannya ditolak oleh Majlis Raja-Raja yang menentang cadangan tersebut.
Peguam berpengalaman lebih daripada 30 tahun itu memberitahu The Malaysian Insider bahawa beliau masih mempertahankan eseinya pada tahun 2005 bertajuk “Adakah Malaysia sebuah negara Islam?” yang menyimpulkan bahawa negara ini adalah dan kekal sekular, dan sehingga kini tiada siapa telah mempertikaikan hujahnya.
“Tiada siapa yang pernah menulis untuk mengatakan ianya karut,” kata Thomas, yang menyalahkan perdana menteri keempat dan yang paling lama berkhidmat, Tun Dr Mahathir Mohamad, untuk mencetuskan kekeliruan ke atas status Islam atau sekular di Malaysia.
Bekas setiausaha agung Majlis Peguam itu mencatatkan dalam eseinya tahun 2005 bahawa Dr Mahathir secara unilateral mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam dalam ucapan politik di persidangan kebangsaan perwakilan parti Gerakan pada 29 September, 2001.
Dr Mahathir secara bersendirian telah menidakkan pengumuman sekular yang dibuat oleh pendahulu beliau termasuk perdana menteri pertama dan pengasas negara Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan perdana menteri ketiga, Tun Hussein Onn, dengan berkata: “Umno ingin menyatakan dengan jelas bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam. Ini berdasarkan pendapat ulama yang telah menjelaskan apa yang dimaksudkan sebagai negara Islam. Jika Malaysia bukan sebuah negara Islam kerana ia tidak melaksanakan hudud, maka tiada negara Islam di dunia ini”.
Pandangan Thomas tentang sekularisme Malaysia disokong kuat oleh tiga pakar-pakar undang-undang lain.
Bekas menteri de facto undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim, yang paling lantang melawan pengenalan undang-undang hudud, suatu kanun keseksaan Islam yang ketat, menulis di laman Twitter semalam sebagai reaksinya kepada kenyataan Nazri.
“Perlembagaan tidak mendefinasikan banyak perkara. Ia tidak mendefinisikan demokrasi, jadi apakah ini bermakna kita tidak demokratik?” kata bekas peguam yang memulakan firma guaman terbesar di Malaysia melalui akaun Twitter @zaidibrahim.
“Jika Malaysia bukan sekular atau teokratik, maka ia adalah apa sahaja BN kata,” kata Zaid, merujuk kepada parti pemerintah Barisan Nasional.
Peguam kebebasan sivil, Syahredzan Johan, menyetujui pendangan dua veteran undang-undang tersebut.
“Hanya kerana Perlembagaan Persekutuan tidak mempunyai perkataan ‘sekular’, tidak bermakna bahawa Malaysia bukan sebuah negara sekular.
“Sama seperti bagaimana perkataan ‘demokrasi’ tidak muncul dalam Perlembagaan kita, tetapi kita adalah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen,” katanya dalam perbahasan yang telah menular di Parlimen semalam berikutan kenyataan Nazri sebagai menteri de facto undang-undang.
Syahredzan menjelaskan bahawa Malaysia adalah sekular kerana Perlembagaan kita sekular.
“Sebuah negara Islam akan meletakkan Al-Quran sebagai pihak berkuasa tertinggi, tetapi Perlembagaan kita menyatakan dalam Perkara 4 bahawa Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi negara ini.
“Kesahihan undang-undang itu mestilah menjadi ukuran apabila kayu pengukur Perlembagaan, dan bukan prinsip-prinsip Islam, sekali gus menjadikannya satu Perlembagaan sekular,” katanya melalui email kepada The Malaysian Insider.
Beliau menegaskan bahawa Mahkamah Agung telah menetapkan satu duluan (precedent) pada tahun 1988 apabila ia menolak hujah dalam kes Che Omar Che Soh, pengedar dadah Islam menghadapi hukuman mati mandatori, kerana Islam adalah agama Persekutuan, undang-undang yang diluluskan oleh mercu tanda Parlimen mesti disemai dengan prinsip-prinsip Islam dan bahawa hukuman mati adalah tidak sah kerana ia mengikut hudud, atau undang-undang Islam.
Tun Salleh Abas, yang pada ketika itu Ketua Hakim dan Ketua Hakim Negara, telah berkata dalam ketetapan penghakimannya, “Bagaimanapun, kita perlu mengetepikan perasaan peribadi kita kerana undang-undang di negara ini adalah masih apa yang ia adalah hari ini, undang-undang sekular, di mana moral tidak diterima oleh undang-undang dan tidak menikmati status undang-undang. “
Pensyarah undang-undang Universiti Malaya, Azmi Sharom, juga bersetuju dengan pandangan Syahredzan dan pergi langkah seterusnya untuk menjelaskan mengenai kekeliruan dwi-trek sistem kehakiman yang membolehkan mahkamah Islam atau Syariah untuk diamalkan bersama-sama dengan mahkamah sivil.
“Malaysia adalah sebuah negara sekular dalam pandangan saya kerana SEMUA undang-undang mesti selaras dengan perlembagaan dan Perlembagaan adalah satu dokumen sekular.
“Kami mempunyai sistem syariah kerana perlembagaan sekular membenarkannya. Kami mempunyai agensi kerajaan Islam tetapi tingkah laku mereka dikawal oleh prinsip-prinsip perlembagaan sekular,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.
Azmi sangat yakin bahawa status sekular Malaysia akan kekal tidak dicabar walaupun kenyataan Nazri semalam dan perisytiharan 2001 oleh Dr Mahathir.
“Satu-satunya cara bahawa Malaysia boleh kehilangan status sekular adalah melalui pindaan Perlembagaan secara serius dan memerlukan persetujuan majoriti dua pertiga dalam kedua-dua rumah Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-Raja dan negeri-negeri Sabah dan Sarawak,” katanya, dan menambah, “Tidak Mungkin.”
Tetapi Syahrezan kurang pasti, menyatakan bahawa pada ketika pengamal undang-undang mempunyai pandangan berbeza mengenai tentang Malaysia adalah negara Islam atau sekular, trend yang lebih membimbangkan telah muncul di mahkamah dimana mahkamah sivil muncul menyerahkan kuasa mereka kepada mahkamah Islam dalam pertikaian yang melibatkan orang Islam.
“Kami melihat satu trend baru-baru ini untuk meletakkan apa yang pihak berkuasa isifatkannya sebagai ‘Islam’, lebih tinggi daripada Perlembagaan itu sendiri.
“Jika negara adalah seperti bagaimana menteri sifatkan ia, ‘diasaskan pada asas kerajaan Islam’, maka ia menjadikannya lebih mudah untuk menjustifikasikan undang-undang tidak mengikut perlembagaan dan bertindak kerana mereka adalah ‘Islam’,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Peguam tersebut berkata bahawa pada keseluruhannya perdebatan atas status sekular atau bukan-sekular di negara ini adalah berkaitan hudud, yang sedang hangat dibahaskan di khalayak ramai menjelang pilihan raya umum ke-13, yang mesti diadakan pada April tahun hadapan.
“Malangnya, kita seolah-olah menari mengikut lagu-lagu mereka dengan motif politik, dengan apa jua sebab mahu Malaysia akan berubah menjadi sebuah negara teokratik, atau sekurang-kurangnya dilihat menjuarai perkara tersebut.
Ketakutan adalah ini akan membenarkan sesuatu dengan melampirkan makna tambahan di luar perlembagaan kepada satu frasa dalam Perkara 3, ‘agama Persekutuan’, sehinggakan undang-undang dan tindakan yang tidak berperlembagaan akan dibenarkan semata-mata dengan melampirkan label 'Islam'.
“Kita mungkin melihat lebih banyak pencerobohan ke atas kebebasan asasi, dan tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa tidak konsisten dengan Perlembagaan atas nama agama,” kata Syahredzan.


Pakar undang-undang pertahan Malaysia negara sekular
Published on: November 03, 2012 at 12:44 PM

Tags:-

KUALA LUMPUR (Herald Malaysia): Malaysia adalah dan sentiasa merupakan negara sekular walaupun tidak dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan. Ini adalah kerana undang-undang tertinggi negara ini dan dokumen penubuhan negara adalah sekular, kata beberapa orang pakar undangundang yang terus berdebat mengenai status negara yang majoriti penduduknya adalah Islam.

Pakar undang-undang menafikan kenyataan menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz di Parlimen pada Oktober 22 lalu yang menyatakan Malaysia bukan sebuah negara sekular kerana tidak pernah diisytiharkan atau disahkan sedemikian dan tidak ditulis dalam Perlembagaan.

“Ini adalah tidak benar,” kata Tommy Thomas, yang merupakan salah seorang pakar undang-undang perlembagaan di negara ini. “Bagi saya, untuk mengatakan bahawa Malaysia bukan negara sekular dengan dakwaan Perlembagaan Persekutuan tidak mengatakan demikian adalah hujah yang terlalu mudah. Perlembagaan Persekutuan juga tidak mengatakan Malaysia adalah sebuah negara Islam,” kata beliau kepada The Malaysian Insider pada Oktober 22.

Peguam veteran itu, yang mengkaji subjek berkenaan dan pernah menyampaikan satu esei yang menolak Malaysia adalah negara Islam pada Persidangan Undang-undang Malaysia kira-kira tujuh tahun lalu, berkata, kajian beliau menunjukkan bahawa pengasas-pengasas negara dan pakar undang-undang yang merangka Perlembagaan, inginkan negara ini kekal sekular dan ia tetap mengakui hak-hak pemerintah negeri Melayu dan kuasa ke atas hal-hal agama — di mana ini beliau menegaskan — merupakan peruntukan upacara.

Thomas mengatakan bahawa Abdul Hamid, seorang Hakim Mahkamah Persekutuan Pakistan, merupakan salah seorang daripada lima tokoh yang menganggotai Suruhanjaya Reid 1956 untuk membantu perangkaan Perlembagaan Malaysia — tidak pernah menyebut bahawa Malaysia perlu mempunyai status negara Islam dalam Perlembagaannya.

Beliau berkata bahawa petunjuk jelas bahawa Malaysia harus kekal sekular boleh dirujuk pada kenyataan Abdul Hamid.

Abdul Hamid adalah penyokong utama untuk peruntukan yang mengatakan: “Islam hendaklah menjadi agama Malaya, tetapi tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh menghalang mana-mana warganegara yang menganut mana-mana agama selain agama Islam untuk menganut, mengamalkan dan menyebarkan agama itu, mahupun mana-mana warganegara dikenakan sebarang halangan asalkan dia bukan Islam.”

Thomas berkata, Abdul Hamid, yang berasal dari Pakistan yang mempunyai Perlembagaan Islam dan mencapai kemerdekaan dari Britain pada tahun 1947,10 tahun sebelum Malaya — dan mempunyai Perlembagaan Islam, menyatakan apa-apa proviso adalah “tidak merbahaya” dan tidak akan menyebabkan sebarang “kesusahan” kepada sesiapa sahaja, tetapi cadangan beliau telah ditolak oleh Majlis Raja-Raja.

Peguam berpengalaman lebih daripada 30 tahun itu masih mempertahankan eseinya pada tahun 2005 bertajuk “Adakah Malaysia sebuah negara Islam?” yang menyimpulkan bahawa negara ini kekal sekular, dan sehingga kini tiada siapa telah mempertikaikan hujahnya.

“Tiada siapa yang pernah menulis untuk mengatakan ianya karut,” kata Thomas, yang menyalahkan perdana menteri keempat dan yang paling lama berkhidmat, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang mencetuskan kekeliruan ke atas status Islam atau sekular Malaysia.

Bekas setiausaha agung Majlis Peguam itu mencatatkan dalam eseinya tahun 2005 bahawa Dr Mahathir mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam dalam ucapan politik beliau di persidangan kebangsaan perwakilan parti Gerakan pada September 29, 2001.

Dr Mahathir secara bersendirian telah menidakkan pengumuman sekular yang dibuat oleh pendahulu beliau termasuk Perdana Menteri pertama dan Pengasas Negara, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Perdana Menteri ketiga, Tun Hussein Onn.

Tun Mahathir berkata, “Umno ingin menyatakan dengan jelas bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam. Ini berdasarkan pendapat ulama yang telah menjelaskan apa yang dimaksudkan sebagai negara Islam. Jika Malaysia bukan sebuah negara Islam kerana tidak melaksanakan hudud, maka tidak akan ada negara Islam di dunia ini”.

Pandangan Thomas tentang Malaysia sebuah negara sekular disokong kuat oleh tiga pakar-pakar undang-undang lain iaitu bekas Menteri De Facto Undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim, Peguam kebebasan Sivil, Syahredzan Johan dan Pensyarah undang-undang Universiti Malaya, Azmi Sharom.

Azmi Sharom menyatakan, “Malaysia adalah sebuah negara sekular dalam pandangan saya kerana SEMUA undang-undang mesti selaras dengan perlembagaan dan Perlembagaan adalah satu dokumen sekular.

“Kita mempunyai sistem syariah kerana perlembagaan sekular membenarkannya. Kami mempunyai agensi kerajaan Islam tetapi tingkah laku mereka dikawal oleh prinsipprinsip perlembagaan sekular,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Azmi sangat yakin bahawa status sekular Malaysia akan kekal tidak dicabar oleh kenyataan Nazri dan perisytiharan 2001 oleh Dr Mahathir.

“Satu-satunya cara bahawa Malaysia boleh kehilangan status sekular adalah melalui pindaan Perlembagaan secara serius dan memerlukan persetujuan majoriti dua pertiga dalam kedua-dua rumah Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-Raja dan negeri-negeri Sabah dan Sarawak,” katanya, dan menambah, “Tidak Mungkin.” -- Dipetik dari The Malaysian Insider

Bukan sehari dua Malaysia mengiktiraf sistem kewangan Islam berlandaskan syariah. Sistem perbankan Islam telah mendapat tempat di Malaysia sejak 1983 lagi, apabila tertubuhnya Bank Islam Malaysia Berhad sebuah bank Islam pertama di Malaysia. Lebih 30 tahun ia dilaksanakan secara ‘legal’ dan ini bermakna sistem kewangan Islam Malaysia boleh dianggap usia matang dan mantap.

Kepercayaan masyarakat Malaysia bukan sahaja kaum Islam malah bukan Islam juga mulai menceburi perbankan Islam setelah melihat ketahanannya menghadapi badai ekonomi dunia. Menurut Zulkifli Hasan daripada fakuti Undang-undang dan Syariah USIM, industri perbankan Islam di Malaysia berkembang pada kadar 10 hingga 15 peratus setahun manakala sebaliknya, sektor perbankan konvensional yang diwakili oleh bank-bank yang sama saiznya menyaksikan deposit purata tahunan mengembang lima peratus, ekuiti enam peratus, pelaburan empat peratus dan aset enam peratus . Tambahan pula semasa kegawatan ekonomi yang melanda Asia pada tahun 1997 dan 1998 sektor perbankan Islam di Malaysia terus berkembang sedangkan bank-bank konvensional mencatatkan pertumbuhan negatif.

Namun begitu GESA melihat senario ini dalam perspektif perlaksanaan kesyumulan syariah. Sejauh mana perlaksanaan undang-undang kewangan Islam ini berlaku secara menyeluruh tanpa ada campur tangan sekularisme.

Penulis merujuk tulisan Najahudin Lateh yang dibentangkan dalam Seminar Syariah & Undang-undang Peringkat Kebangsaan yang diadakan pada 2-3 November 2010 di USIM. Kata beliau bahawa  kerangka perundangan sistem kewangan Islam di Malaysia masih lagi tertakluk kepada undang-undang Sivil dan terkongkong oleh sekular.

Hal ini kerana Perlembagaan Persekutuan yang membahagikan bidang kuasa negeri dan pusat telah meletakkan Mahkamah Syariah tidak mempunyai kuasa untuk mendengar kes-kes pertikaian berkaitan kewangan Islam. Perkara ini menyebabkan banyak tafsiran mahkamah sivil berkaitan kontrak dan aplikasi kewangan Islam yang bertentangan dengan prinsip syariah dan masih tertakluk dengan undang-undang Inggeris.

Menurut Dr Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Ahli Jawatankuasa Syariah Bank Muamalat Malaysia Berhad pula, masyarakat hari ini termasuk golongan Muslim melihat produk perbankan Islam tidak jauh beza daripada produk konvensional yang menawarkan produk simpanan, pelaburan dan pinjaman. Mereka tidak memahami konsep dan falsafah ekonomi secara syariah.

Malah perbankan Islam dikatakan sebagai hasil pengubahsuaian konsep dan amalan perbankan konvensional agar patuh kepada Syariah. Kesannya, amalan ini menyebabkan potensi dan fungsi sebenar kontrak-kontrak Islam tidak digunakan secara sepenuhnya dan amalan perbankan Islam dilihat secara luaran atau dari pandangan kasar menyerupai amalan perbankan konvensional. Lebih menyedihkan dalam beberapa kes pertikaian transaksi perbankan Islam di mahkamah sivil, hakim (bukan aliran syari’e) beranggapan bahawa pembiayaan Islam sama seperti pinjaman konvensional.

Penulis juga merujuk Jurnal Undang-undang dalam makalah bertajuk Sistem Kewangan Islam di Malaysia: Perlukah ke Mahkamah'Syariah? (Islamic Financial System in Malaysia: A Needfor Recource to Syariah Court?) tulisan Jasri Jamalruzian Markom. Menurut tulisan ilmiah itu, kerangka perundangan kewangan Islam didasari oleh Perlembagaan Persekutuan iaitu urus niaga perbankan adalah tertakluk kepada perundangan Persekutuan. Justeru, semua undang-undang berkaitan urus niaga kewangan Islam mestilah digubal mengikut prosedur yang telah ditentukan di Parlimen.

Hasilnya Akta Bank Islam 1983 telah digubal untuk mengeluarkan lesen urus niaga perbankanIslam. Akta ini juga mendefinisikan urus niaga perbankan Islam adalah tertakluk kepada undang-undang Syariah. Pada tahun 1983 juga Akta Pelaburan Kerajaan 1983 telah diluluskan bagi membolehkan kerajaan membuat pelaburan kepada Bank Islam melalui mekanisme Qardul Hasan. Pada tahun berikutnya, Akta Takaful 1984 telah digubal untuk memberi laluan kepada urus niaga takaful di Malaysia.

Sepuluh tahun kemudian Akta Suruhanjaya Sekuriti telah digubal bagi mengawal pasaran modal di Malaysia termasuk pasaran modal Islam.

Akta-akta yang bersifat peraturan ini perlu disokong dengan undang-undang substantif seperti Akta Kontrak 1950 yang mengawal kandungan kontrak jual beIi Islam, Kanun Tanah Negara 1960 dan beberapa undang-undang yang lain.

Jika ada pertikaian berkaitan perbankan Islam di manakah kuasa Mahkamah Syariah? Walau pindaan telah dibuat ke atas Perkara tersebut yang memasukkan fasal 121(1a) yang memperuntukkan bidang kuasa Mahkamah Syariah. Namun begitu, peruntukan tersebut tidak mempunyai bidang kuasa.

Kuasa ruang lingkup mahkamah syariah Malaysia memang cukup menyedihkan. Dalam Senarai    2, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan menetapkan beberapa isu mal sahaja serta pertikaian berkaitan orang Islam sahaja tertakluk kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Bagaimana jika ingin dibawa juga kes perbankan Islam ke Mahkamah Syariah? Halangan wujud apabila Seksyen 3 dan 5 Akta Undang -undang Sivil menyatakan bahawa common law akan dirujuk dan digunapakai oleh mahkamah sivil ke atas isu -isu berkaitan hal komersial (lex mercatoria) seperti perbankan, insurans, agensi, syarikat, urusan perdagangan dan lain -lain.

Halangan seterusnya ialah Senarai 1 Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa hal ehwal kewangan adalah tertakluk di dalam bidang kuasa Parlimen dan kerajaan persekutuan. Ia juga disokong oleh Perkara 74 Perlembagaan Persekutuan.

Satu kes Mahkamah Sivil dalam kes perbankan Islam boleh dijadikan indikator. Dalam kes Bank Islam Malaysia Berhad v Adnan Omar iaitu Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa Mahkamah Sivil mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes-kes berkaitan dengan perbankan Islam. Dalam kes ini Hakim N.H. Chan menyebutkan bahawa:

The Civil Courts have jurisdiction to hear all cases falling under the Federal List. Thus, banking and its related matters fall within the ambit ofthe Federal List, i.e. the Civil Courts have the authority to decide on the matter.

Kes Bank Islam Malaysia berhad vs.Adnan Omar [1994] 3 AMR 2291

Kes ini melibatkan pembiayaan secara BBA. Dalam kes ini Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa mahkamah sivil mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan kes perbanbankan dan perkara yang berkaitan dengannya termasuklah perbankan Islam. Malah hakim telah tersilap dengan merujuk pembiayaan secara BBA (Bai' Bithaman Ajil -perjanjian jual beli balik) sebagai pinjaman konvensional.

Walaupun kes-kes perbankan muamalat adalah berasaskan prinsip-prinsip Islam, tetapi ia masih ditadbirkan di dalam lingkungan sistem keadilan sivil. Justeru, mana-mana peguambela dan peguamcara dibenarkan hadir untuk kes-kes perbankan Islam tersebut asalkan mereka mempunyai kelayakan di bawah Akta Profesion Undang-undang 1976.

Persoalannya ialah adakah hakim dan peguam Mahkamah Sivil mempunyai pengetahuan yang cukup dalam bidang perbankan Islam untuk menentukan supaya keputusan-keputusan yang akan dibuat tidak bercanggah dengan kehendak syariah Islam?

Misalnya dalam hal kepakaran ilmu Islam, syariah di Malaysia sekali lagi diperlekeh apabila hakim tidak merujuk kepada yang arif. Walaupun Seksyen 16B, Akta Bank Negara 1968 menghendaki supaya hakim-hakim Mahkamah Sivil merujuk perkara berkaitan hukum Islam kepada Majlis Penasihat Syariah Kebangsaan di Bank Negara tetapi ia tidak dipatuhi.

Majlis Penasihat Syariah Bank Negara (MPS) adalah autoriti tertinggi di dalam sistem kewangan Islam Malaysia.

Merujuk Akta Bank Negara Malaysia 2009, Seksyen 55 menyatakan pihak Bank dan institusi kewangan hendaklah merujuk MPS dalam hal pertikaian dan laras syariah.

Manakala Seksyen 56 menegaskan Mahkamah atau Penimbangtara perlu merujuk MPS dalam isu Syariah.

Dalam Seksyen 58 pula menyatakan keputusan MPS lebih tinggi daripada komiti Syariah lain.

Misalnya dalam kes Affin Bank Berhad vs Zulkijli Abdullah, Mahkamah enggan merujuk kepada Majlis Penasihat Syariah Kebangsaan

Walaupun Akta Bank Negara 1968 meminta hakim merujuk Majlis Penasihat Syariah Kebangsaan atau kemudiannya ditubuhkan MPS, ianya sebenarnya dengan cara mahkamah sivil boleh berpendapat bahawa kes tidak melibatkan isu Syariah. Mahkamah sivil masih boleh melakukan semakan kehakiman berdasarkan ‘inherent jurisdiction’.

MPS adalah merupakan unit daripada Badan Eksekutif (Bank Negara). MPS tidak memiliki kuasa memberi keputusan muktamad seperti badan kehakiman.

Dalam isu lain, perlembagaan yang memberi kuasa kepada Mahkamah Sivil untuk membicarakan kes-kes kewangan Islam seolah-olah mengetepikan peranan hakim syariah dan peguam syarie. Ini sepatutnya tidak berlaku kerana pentafsiran muamalat Islam hendaklah dilakukan oleh ahli dalam bidang tersebut dan bukannya hakim serta peguam sivil yang biasanya lebih merujuk kepada tafsiran konvensional dan bukannya atas prinsip syariah.

Oleh itu, langkah uutuk meluaskan kuasa Mahkamah Syariah sedia ada atau sekurang-kurangnya menubuhkan mahkamah khas untuk kes-kes perbankan Islam amat tepat. Walau bagaimanapun perlulah dipastikan bahawa hakim-hakim yang diberi tanggungjawab untuk mendengar kes-kes di mahkamah itu mempunyai kepakaran yang tinggi dalam hal berkaitan perbankan Islam.

Dari aspek lain, kita juga melihat ‘double standard’ juga berlaku melalui Seksyen 3 (1) AktsBank Islam 1983 yang membataskan lesen perbankan Islam hanya kepada ‘company’ (perbadanan) yang di bawah Akta Syarikat 1965. Ini menyebabkan Bank Rakyat sebuah bank yang mengaplikasikan prinsip Islam tidak boleh beroperasi seperti Bank Islam kerana Bank Rakyat tertakluk kepada Akta Persatuan Koperasi 1993 dan Akta Bank Rakyat 1978 dan bukannya Akta Syarikat 1965.

Sebagai penutup penulis sekali lagi membawa cadangan Najahudin Lateh dalam kertas kerjanya untuk direnungi oleh semua pencinta syariah.

Pertama pinda Perlembagaan Persekutuan terutama Perkara 74 (2) dan Jadual Kesembilan, Senarai I (Senarai Persekutuan) dan akta-akta berkaitan supaya undang-undang Islam secara menyeluruh termasuk sistem muamalat Islam dimasukkan dalam Senarai Persekutuan. Ini bagi membolehkan sistem kewangan Islam dapat beroperasi dan Mahkamah Syariah diberi bidang kuasa mendengar kes-kes berkaitan kewangan dan muamalat Islam.

Kedua tafsiran yang luas berkaitan bidang kuasa Mahkamah Syariah pada klausa ‘hukum syarak’ dalam Jadual Kesembilan, Senarai II (Senarai Negeri) merangkumi bidang kewangan Islam dan bukan terbatas kepada undang-undang keluarga dan diri sahaja.

Langkah tambahan boleh diambil adalah menggubal perundangan kewangan Islam seperti undang-undang kontrak, jual beli atau syarikat yang sememangnya wujud dalam muamalat Islam bagi mengantikan Akta Kontrak 1950, Akta Sewa Beli 1956 dan Akta Syarikat 1965.

Pinda juga Seksyen 3 dan Seksyen 5 (1) Akta Undang-undang Sivil 1956 yang memperuntukan bahawa mahkamah boleh mengguna pakai undang-undang Inggeris jika tiada peruntukkan undang-undang dalam persoalan atau isu berkaitan bank dan perbankan sama ada dengan (i) menghapuskan akta tersebut; atau (ii) memasukkan undang-undang Islam sebagai rujukan mahkamah terutama kes melibatkan isu syariah.

Jika benar sesebuah kerajaan komited dan optimis dengan keberkesanan ekonomi Islam memakmurkan ekonomi negara, mereka wajar mencuba mengikuti saranan ahli akademik dan pakar undang-undang untuk memperkasakan sistem ekonomi Islam yang dijamin syuarga bagi pengamalnya bukan sekadar ‘survival’ duniawi.

 * Muhammad Nuruddin Bashah ialah Aktivis Gerakan Sokong Syariah (GESA), Unit Kajian Ilmiah MAPIM Utara.

Kontrak sosial (Malaysia)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Untuk teori falsafah, lihat kontrak sosial; untuk dasar politik, lihat Kontrak Sosial (Ontario) atau Kontrak Sosial (Britain).

Malaysia

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Malaysia


Negara-negara lain · Atlas
 Portal Politik
Kontrak sosial di Malaysia merujuk kepada perjanjian oleh bapa-bapa kemerdekaan negara dalam Perlembagaan, dan merupakan penggantian beri-memberi atau quid pro quo melalui Perkara 14–18 yang berkenaan dengan pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada orang-orang bukan Melayu, dan Perkara 153 yang memberikan hak istimewa rakyat kepada mereka daripada kaum bumiputera. Istilah ini juga kekadang digunakan untuk merujuk kepada bahagian-bahagian yang lain dalam Perlembagaan, seperti Perkara yang mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular.
Dalam konteks biasa yang berkaitan dengan hubungan ras, kontrak sosial telah kerap kali dibidaskan, termasuk juga oleh ahli-ahli politik dalam kerajaan campuran Barisan Nasional yang menegaskan bahawa tidak habis-habis bercakap tentang hutang orang-orang bukan Melayu kepada orang-orang Melayu terhadap kewarganegaraan yang diberikan telah merenggangkan golongan-golongan bukan Melayu daripada negara mereka. Kritikan-kritikan seumpama ini telah ditentang oleh media Melayu dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti politik yang terbesar dalam Barisan Nasional. Banyak orang Melayu, biasanya daripada UMNO, telah mempergunakan kontrak sosial ini untuk mempertahankan prinsip Ketuanan Melayu.



Syarat-syarat kontrak

Perlembagaan Malaysia tidak merujuk kepada sebuah "kontrak sosial" (dari segi hak kewarganegaraan dan hak istimewa) secara ketara, dan tidak terdapat sebarang undang-undang atau dokumen yang pernah menjelaskan syarat-syarat kontrak sosial secara penuh. Pembela-pembelanya sering merujuk kepada Perlembagaan sebagai mengemukakan kontrak sosial, dan bapa-bapa kemerdekaaan juga bersetuju dengannya, walaupun rujukan kepada kontrak sosial tidak dibuat dalam Perlembagaan. Sebaliknya, kontrak sosial biasanya dianggap sebagai suatu persetujuan yang memberikan kewarganegaraan kepada orang-orang bukan Melayu dan bukan orang asli (kebanyakannya orang Malaysia Cina dan Malaysia India) sebagai ganti untuk pemberian hak keistimewaan kepada orang-orang Melayu dan orang-orang asli (dirujuk secara kolektif sebagai Bumiputera). Sebuah buku teks kajian Malaysia pendidikan tinggi yang menepati sukatan pelajaran kerajaan mengatakan: "Oleh sebab pemimpin-pemimpin Melayu bersetuju untuk melonggarkan syarat-syarat kewarganegaraan, pemimpin-pemimpin komuniti Cina dan India telah menerima kedudukan istimewa Melayu sebagai penduduk asli Malaya. Dengan penubuhan Malaysia, status kedudukan istimewa itu diperluas untuk merangkumi komuniti-komuniti penduduk asli Sabah dan Sarawak." [1]
Perlembagaan secara ketara memberikan tanah rizab Bumiputera, kuota dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam, kuota untuk lesen perniagaan, dan kebenaran untuk memonopoli industri-industri yang tertentu, jika kerajaan membenarkan. Bagaimanapun pada hakikatnya, khususunya selepas pengenalan Dasar Ekonomi Baru Malaysia (NEP), akibat rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 ketika kaum Melayu hanya memiliki 4% daripada ekonomi Malaysia, hak-hak istimewa Bumiputera diperluas kepada bidang-bidang yang lain; kuota-kuota ditentukan untuk ekuiti Bumiputera dalam perbadanan awam, dan diskaun-diskaun sebanyak 5% hingga 15% untuk membeli kereta dan harta tanah diberikan.
Setengah-setengah orang mengatakan bahawa kecondongan terhadap orang-orang Melayu dalam pendidikan dan politik sebahagiannya merupakan tindak balas terhadap keupayaan orang-orang Malaysia Cina untuk memperoleh kebanyakan kekayaan negara itu. Bagaimanapaun, orang-orang Malaysia India boleh mengemukakan hujah bahawa merekalah yang mengalami kerugian yang paling banyak, walaupun ini boleh dipertikaikan.
Kerajaan ada mengundurkan sistem kuota untuk kemasukan ke universiti-universiti awam pada 2003 dan memperkenalkan dasar "meritokrasi". Bagaimanapun, sistem baru ini dikritik secara meluas oleh orang-orang bukan Bumiputera kerana hanya memanfaatkan kaum Bumiputera yang ditempatkan dalam rancangan matrikulasi yang menonjolkan kerja kursus yang agak mudah sedangkan orang-orang bukan Bumiputera terpaksa mengambil Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Walaupun secara teori, orang-orang bukan Bumiputra boleh masuk aliran matrikulasi, ini jarang berlaku pada hakikatnya. Meritokrasi juga dikritik oleh sebilangan pihak dalam UMNO sebagai berdiskriminasi kerana ia mengakibatkan orang-orang Melayu luar bandar terkebelakang dalam kadar kemasukan universiti.
Suruhanjaya Reid yang menyediakan kerangka Perlembagaan menyatakan dalam laporannya bahawa Perkara 153, tulang belakang kontrak sosial, adalah bersifat sementara, dan menyesyorkan bahawa ia dikaji semula 15 tahun selepas kemerdekaan. Suruhanjaya juga menyatakan bahawa perkara itu dan peruntukan-peruntukannya hanya diperlukan untuk mengelakkan keadaan tiba-tiba yang tidak menguntungkan kepada orang-orang Melayu dalam persaingan dengan ahli-ahli masyarakat Malaysia yang lain, dan hak-hak istimewa yang diberikan kepada orang-orang Melayu oleh perkara itu harus dikurangkan secara beransur-ansur dan akhirnya dihapuskan. Bagaimanapun, disebabkan Peristiwa 13 Mei yang menyebabkan pengisytiharan darurat, tahun 1972 yang merupakan tahun kajian semula Perkara 153 berlangsung tanpa sebarang peristiwa.
Menurut penyokong-penyokong kontrak sosial, sebagai balasan untuk enakmen peruntukan-peruntukan yang pada asalnya bersifat sementara, orang-orang Malaysia bukan Melayu diberikan kewarganegaraan di bawah Bab I Bahagian III dalam Perlembagaan. Perlu diingatkan bahawa hak-hak istimewa orang-orang bukan Bumiputera juga telah diberikan apabila negara mendapat kemerdekaan, antaranya penubuhan sekolah-sekolah vernakular seperti sekolah cina dan tamil. Hak-hak ini juga bersifat sementara apabila di dalam Perlembagaan, iaiya mesti dimansuhkan 10 tahun selepas merdeka. Walaubagaimanapun, ianya sudah termaktub di dalam Akta Pelajaran 1996 bilamana kewujudan sekolah-sekolah vernakular dibenarkan untuk diteruskan.
Justeru, kecuali hak-haki istimewa Bumiputera, orang-orang bukan Bumiputera dianggap sebagai sama saja dengan orang-orang Bumiputera dan diberikan semua hak kewarganegaraan di bawah Bahagian II dalam Perlembagaan. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, sebilangan orang telah mencuba untuk membekalkan warganegara-warganegara Melayu dengan lebih banyak hak politik menurut falsafah ketuanan Melayu. Kebanyakan penyokong ketuanan Melayu memperdebatkan bahawa hak-hak tambahan ini telah ditulis dalam undang-undang dan hanya perlu dipertahankan daripada pembangkang-pembangkang.
Apabila mengambil alih jawatan presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman (kemudian menjadi Perdana Menteri Malaysia pertama) menyatakan bahawa "...apabila kami (orang-orang Melayu) menentang Malayan Union (yang menjejaskan kedudukan hak-hak orang Melayu), kaum-kaum lain tidak mengambil bahagian kerana mereka mengatakan ini hanya merupakan masalah Melayu, dan bukan masalah mereka. Mereka juga menunjukkan bahawa kesetiaan mereka adalah kepada negara-negara asal mereka dan oleh itu, menentang Laporan Barnes yang bertujuan untuk menjadikan bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan. Jika kami menyerahkan orang-orang Melayu kepada orang-orang yang dikatakan orang Malaya ketika kerakyatan mereka masih belum ditakrifkan, kami akan menghadapi banyak masalah pada masa hadapan." Bagaimanapun, dia menambah bahawa "Bagai mereka yang mencintai dan berasi bahawa mereka terhutang kesetiaan yang tidak berbelah bagi, kami menyambut mereka sebagai orang Malaya. Mereka harus merupakan orang Malaya yang benar, dan mereka akan mempunyai hak-hak dan hak-hak istimewa yang sama dengan orang-orang Melayu." [2]

Kritikan awal

Artikel 153, dan diterangkan oleh kontrak sosial, telah merupakan satu sumber kontoversi semenjak hari-hari mula bagi Malaysia. Ahli politik Singapura, Lee Kuan Yew (kemudian menjadi Perdana Menteri Singapura) Parti Tindakan Rakyat (PAP; cawangannya di Malaysia kemudiannya menjadi Parti Tindakan Demokratik atau DAP) secara umumnya mempersoalkan keperluan Artikel 153 dalam Parliamen, dan menyeru satu "Malaysian Malaysia". Mempersoalkan kontrak sosial , Lee telah menyatakan: "Merujuk kepada sejarah, orang Melayu telah mula untuk berhijrah ke Malaysia dalam bilangan yang banyak hanya kira-kira 700 tahun yang lalu. Dalam 39 peratus orang Melayu di Malaysia hari ini, kira-kira sepertiga secara perbandingan hanya imigran seperti setiausaha agung UMNO, Dato' Syed Ja'afar Albar, yang datang ke Malaya dari Indonesia sebelum perang ketika berumur lebih tiga puluh tahun.
Namun begitu kita juga perlu sedar bahawa penghijrahan orang melayu adalah dari Gugusan Kepulauan Melayu (Tanah Melayu,Indonesia,Brunei,Filipina,Singapura dan Thailand) ketika itu yang mempunyai agama, bahasa dan adat yang seakan sama seperti orang melayu di tanah melayu. Justeru perkara ini tidak boleh dipertikaikan berbanding kaum lain seperti cina dan india yang dibawa oleh penjajah ketika itu datang dari negara China dan negara India yang mempunyai agama,bahasa dan adat yang jauh berbeza.


Penggunaan dalam konteks lain

Kontrak sosial kadangkala digunakan untuk merujuk kepada konteks yang tidak melibatkan hubungan kaum. Dalam pilihanraya umum Malaysia 2004, DAP bertanding atas dasar untuk mempertahankan "kontrak sosial" dengan menentang teokrasi Islam, yang dilarang oleh Perlembagaan, tetapi disokong oleh bekas Perdama Menteri,Mahathir bin Mohamad, Lim Keng Yaik dan PAS, parti politik Melayu yang kedua terbesar dalam negara.

Pelbagai bantahan

Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik yang juga Presiden Gerakan dilaporkan meminta supaya formula itu diketepikan kerana ia membuatkan kaum Cina dan India 'kecil hati'. Beliau merasmikan Konvensyen Anak Malaysia anjuran Pergerakan Pemuda Gerakan pada 13 Ogos 2005.

Subjek Kontrak Sosial[sunting | sunting sumber]

Pada 22 Oktober 2008, Sultan Perak Sultan Azlan Shah mencadangkan supaya subjek kontrak sosial diperkenalkan di di institusi pendidikan supaya generasi muda di negara ini memahaminya dengan lebih mendalam.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyarankan kontrak sosial menjadi subjek ko kurikulum di universiti-universiti kerana bukan semua faham dengan kontrak sosial ini. Isu kontrak sosial sebenarnya sudah lama selesai dan ia harus diterima oleh semua pihak.[3] Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah 'Politik Melayu-Islam Kemelut dan Penyelesaian' di Dewan Budaya Universiti Sains Malaysia (USM) pada 21 Oktober 2008.
Memanglah semua kaum ada rasa tidak puas hati sedikit sebanyak. Kita akui hakikat ini tetapi jangan cuba persoalkan hak orang Melayu melalui cara yang tersirat .Kita harus berpijak di bumi yang nyata. Lagipun kontrak sosial sudah termeterai dan dipersetujui bersama sejak sekian lama.[4]
Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan subjek ini / penekanan topik dalam subjek Sejarah hanya boleh diperkenalkan pada 2010. Ini kerana ia perlu kajian menyeluruh , tenaga pengajar, peralatan, dan prasarana yang mencukupi. Jika tidak , ia akan dipolitikkan dan menjadi polemik berpanjangan.
Pada 16 Ogos 2008, Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman menegaskan formula kontrak sosial yang berteraskan Perlembagaan Malaysia bukanlah diskriminasi kaum. Sebaliknya ia terbukti menjamin perpaduan antara kaum.[5]

Nota dan rujukan

  1. Jump up Shuid, Mahdi & Yunus, Mohd. Fauzi (2001). Malaysian Studies, p. 50. Longman. ISBN 983-74-2024-3.
  2. Jump up Putra, Tunku Abdul Rahman (1986). Political Awakening, p. 31. Pelanduk Publications. ISBN 967-978-135-6.
  3. Jump up Universiti Disaran Wujudkan Ko-kurikulum Jelaskan Isu Kontrak Sosial
  4. Jump up Senator Tidak Setuju Akhbar Tabloid Bangkitkan Isu Kontrak Sosial
  5. Jump up Kontrak Sosial Kekal Relevan Sampai Bila-bila, Kata Ghani

Rujukan lain

Pautan luar

Tiada ulasan: