INILAH BIODATA IBLIS LENGKAP
UN1X PROJECT - Iblis merupakan sosok yang
sangat berpengaruh di dunia jin bahkan lebih berpengaruh lagi di dunia manusia,
tapi apakah kalian mengenal sosok Iblis itu..?
Nama : Iblis
Gelar : Laknatullah ‘Alaihi (semoga Allah melaknatnya)
Lahir : Sebelum diciptakan manusia
Tempat tinggal : Toilet dan rumah yang tidak disebut nama Allah ketika memasukinya
Singgasana : Di atas air
Rumah masa depan : Neraka Jahanam, seburuk-buruk tempat tinggal
Agama : Kafir
Jabatan : Pimpinan Umum orang-orang yang dimurkai Allah dan sesat
Masa Jabatan : Hingga hari Kiamat
Karyawan : Setan jin dan setan manusia
Partner dalam bekerja : Orang yang diam dari kebenaran
Agen : Dukun dan paranormal
Musuh : kaum muslimin
Kekasih di dunia : Wanita yang hobi telanjang dan pamer aurat
Keluarga : Para thaghut
Cita-cita : Ingin membuat semua manusia kafir
Motto : Kemunafikan adalah akhlak yang paling utama
Hobi : Menyesatkan manusia dan menjerumuskan ke dalam dosa
Lukisan kesayangan : Tato
Mata pencaharian : Mencari harta yang haram
Makanan favorit : Bangkai manusia (ghibah)
Tempat favorit : Tempat-tempat najis dan tempat maksiat
Tempat yang dibenci : Majlis ilmu dan temat-tempat ketaatan
Alat komunikasi : ghibah (menggunjing), namimah (adu domba) , dan dusta
Jurus Andalan :
1. Memoles kebathilan
2. Menamakan Maksiat dengan nama yang indah
3. Menamakan Ketaatan dengan nama yang tidak disukai
4. Masuk melalui pintu yang disukai manusia
5. Menyesatkan manusia secara bertahap
6. Menghalang-halangi manusia dari kebenaran
7. Berlagak sebagai penasihat
Kelemahan :
1. Tidak berkutik di hadapan orang yang ikhlas
2. kewalahan menghadapi orang yang berilmu
3. Lari dari suara adzan
4. Lari dari rumah yang dibacakan al-Baqarah
5. Menyingkir dari orang yang berdzikir kepada Allah
6. Menangis ketika melihat orang bersujud kepada Allah
Thursday, 23 January 2014
INILAH WAJAH-WAJAH SUSPEK UTAMA KES BUNUH KANAK-KANAK PEREMPUAN 2 TAHUN DENGAN KEJAM KELMARIN.
Seperti yang diketahui umum, negara sekali lagi di gemparkan dengan kejadian jenayah kejam apabila seorang kanak-kanak perempuan yang baru berusia dua tahun, Nursyafiqah Adawiyyah Abdullah ditemui mati dibunuh dengan kejam di sebuah rumah tidak berpenghuni di Taman Permint, Seri Paka Fasa Dua, Dungun kelmarin.
Dan semalam, polis mengesahkan empat orang termasuk ibu kanak-kanak malang itu telah ditahan dalam usaha menyelesaikan kes berkenaan.
Berikut adalah gambar tiga daripada mereka yang sedang digari dan berada dalam tahanan polis.
Walaupun marah dan kesedihan tidak hilang begitu sahaja, namun melihat mereka-mereka ini ditahan dan bergari memberikan sedikit kelegaan sebenarnya.
Jutaan tahniah kepada PDRM atas kecekapan selesaikan kes of public interest ini dengan pantas dan jayanya.
Lampias nafsu di rumah sewa
TAMPIN – Seorang anggota Rela berusia 30-an ditangkap khalwat bersama seorang gadis berusia 20-an di rumah sewa keluarga gadis berkenaan di Taman Repah Baru, dekat sini, malam kelmarin.Sumber berkata, pasangan berkenaan diserbu lebih 10 individu terdiri daripada penduduk taman, polis dan imam masjid berdekatan, pada jam 11.20 malam iaitu kira-kira selepas sejam pasangan berkenaan dilihat pulang bersama.
Menurutnya, ketika serbuan dibuat, lelaki yang sudah berkahwin dan mempunyai anak hanya bertuala ketika membuka pintu, manakala si gadis berada di dalam bilik.
“Ketika itu, keluarga gadis berkenaan tiada di rumah dan penduduk melihat pasangan berkenaan pulang ke rumah dengan menunggang dua motosikal berbeza,” katanya.
Seorang penduduk, Amir Riduan Abdullah, 52, berkata, dia menerima panggilan daripada penduduk untuk meminta bantuannya menghubungi polis dan individu berkaitan sekitar jam 10.45 malam.
“Selepas menghubungi polis saya terus ke lokasi kejadian bersama-sama penduduk yang lain untuk membuat serbuan. Ketika mengetuk pintu, sebahagian penduduk berada di hadapan rumah, manakala selebihnya berada di pintu belakang.
“Pasangan berkenaan akhirnya dibawa ke Balai Polis Tampin untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Wooi Kooi Cheang yang mengesahkan kejadian itu berkata, kes berkenaan diserahkan kepada Pejabat Agama Islam Daerah Tampin untuk tindakan selanjutnya, menurutr sumber Sinar Harian.
Anggota polis mengaku berkhalwat
- Zainurul Azilawaty mengaku bersalah pertuduhan khalwat di Mahkamah Syariah Kuala Selangor, semalam. - Foto Sinar Harian
Tertuduh, Mohd Che’ Puteh Omar, 28, dan pasangannya, Zainurul Azilawaty Azizan, 31, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Shukran Yusof.
Kedua-dua tertuduh yang berasal dari Johor itu faham dengan pertuduhan yang dibacakan dan mengaku bersalah berkhalwat di sebuah rumah di Taman Paduka, di sini pada jam 5.55 pagi pada 19 Ogos 2013 lalu.
Mereka dipercayai sudah bertunang ketika itu didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang boleh dihukum denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Bagaimanapun tertuduh memohon rayuan supaya hukuman diringankan dengan alasan mereka sudah bernikah dengan sah pada Disember 2013 lalu manakala Zainurul kini mengandung.
Pegawai Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Shafezan Rusli memberitahu mahkamah, tertuduh faham dengan pertuduhan dan masing-masing menjawat jawatan berlatarbelakangkan penguatkuasaan.
“Mereka ini lebih arif dengan undang-undang dan meskipun penjawat awam namun moral mereka dipertikaikan. Sewajarnya hukuman setimpal diambil bagi memberi pengajaran orang ramai di luar sana,” katanya.
Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM3,000 atau 60 hari penjara jika gagal membayar denda berkenaan.
Artikel Berkaitan
- Anggota polis mengaku berkhalwat
- Polis Sabah siasat penyebar gambar suspek tembakan
- Polis Machang rampas 128kg daun ketum
- Senda Agong: Gesa polis bertindak
- Tiga anggota polis didakwa peras pekerja swasta
- Polis tahan pasangan Thai miliki 31 botol heroin
- Tindakan tegas terhadap anggota polis cuai
- Polis: Hilang pistol sebab cuai
- Anggota polis mabuk diambil tindakan
- Gempar gambar anggota polis mabuk tepi jalan
Thursday, 23 January 2014
TIAN CHUA DI HUKUM PENJARA 1 BULAN DAN DENDA RM1,000 ATAS KESALAHAN AKTA KAWASAN LARANGAN 1959 (AKTA 298).
KUALA LUMPUR 23 Jan - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua hari ini dihukum penjara sebulan dan denda RM1,000 setelah didapati bersalah atas tuduhan melanggar arahan di bawah Perintah Kawasan Larangan, dua tahun lalu.
Hakim Mahmud Abdullah yang membuat keputusan itu di Mahkamah Seksyen di sini mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan peguam bela, Eric Paulsen untuk menangguhkan hukuman penjara.
Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 51, didakwa tidak mematuhi arahan Deputi Superintendan A Rajakopal, untuk beredar dari kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan larangan mengikut Perintah Kawasan-kawasan Larangan 1975.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amirah Mohamed Yusoff, manakala peguam Eric Paulsen mewakili Tian Chua.
Mengikut laporan, Tian Chua dikatakan melakukan kesalahan itu di Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (PULAPOL), Jalan Semarak, jam 2.39 pagi, pada 29 April 2012 dan didakwa mengikut Seksyen 4(2) Akta Kawasan Larangan 1959 (Akta 298), yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Seramai sembilan saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan manakala pembelaan mengemukakan dua saksi.
Perogol dan liwat kanak-kanak 2 tahun dicari
Posted on Thursday, January 23 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Gambar di bawah adalah suspek kepada kematian kanak kanak malang yang dipercayai dirogol dan diliwat hingga mengakibatkan kematian kerana usus keluar melalui dubur.
Si pelaku yang diatas dikatakan seorang penagih dadah dan menjadi rakan kepada ibu mangsa.
Gambar diatas pula adalah ibu kepada mangsa yang juga merupakan seorang penagih dadah dan pengedar dadah secara kecil kecilan.
Ibu kepada kanak kanak malang ini dikatakan telah bertindak menjual anaknya yang berumur 2 tahun (mangsa) unyuk dijadikan pemuas nafsu kepada penagih penagih dadah ini dan mereka bergilir gilir merogol mangsa hingga mati.
Baca DISINI..
Kalau benar dengan apa yang dikatakan dalam artikel rakan blogger Sangkakala tersebut, memang Sangkakala sendiri menyumpah makhluk yang Sangkakala dah tak anggap sebagai manusia ini.
Terlalu kejam dan kurang ajar dan Sangkalala rasa tidak ada kompromi untuk mereka mereka ini.
Kes pecah rumah makin menjadi di Senawang
23 Januari 2014
Demikian luahan penduduk di D’Latania, Taman Bandar Senawang yang resah memikirkan masalah kes pecah rumah yang didakwa mereka semakin menjadi-jadi di kawasan perumahan itu sejak tahun lalu.
Difahamkan, dalam tempoh enam bulan lalu, sebanyak 15 buah rumah di situ menjadi mangsa penjenayah walaupun perkhidmatan pengawal keselamatan disediakan.
Penduduk, Mohd Faizul Abdan, 30, berkata, dia kini trauma setiap kali mengenangkan dua kejadian rumahnya dipecah masuk tahun lalu.
“Kali pertama rumah saya dipecah masuk pada Jun tahun lalu dan enam bulan kemudian sekali lagi rumah saya menjadi sasaran menyebabkan saya mengalami rugi hampir RM10,000.
Bagi Norhayati Mohd Nasir, 38, turut mengalami nasib sama apabila rumahnya pernah dipecah masuk ketika dia pergi bekerja.
“Dalam kejadian bulan enam tahun lalu, saya rugi sekitar RM14,000 apabila televisyen LCD, telefon bimbit, kamera dan wang tunai dilarikan.
“Saya difahamkan pada hari sama sebanyak empat rumah di situ menjadi sasaran penjenayah,”katanya.
23 Januari 2014
Demikian luahan penduduk di D’Latania, Taman Bandar Senawang yang resah memikirkan masalah kes pecah rumah yang didakwa mereka semakin menjadi-jadi di kawasan perumahan itu sejak tahun lalu.
Difahamkan, dalam tempoh enam bulan lalu, sebanyak 15 buah rumah di situ menjadi mangsa penjenayah walaupun perkhidmatan pengawal keselamatan disediakan.
Penduduk, Mohd Faizul Abdan, 30, berkata, dia kini trauma setiap kali mengenangkan dua kejadian rumahnya dipecah masuk tahun lalu.
“Kali pertama rumah saya dipecah masuk pada Jun tahun lalu dan enam bulan kemudian sekali lagi rumah saya menjadi sasaran menyebabkan saya mengalami rugi hampir RM10,000.
Bagi Norhayati Mohd Nasir, 38, turut mengalami nasib sama apabila rumahnya pernah dipecah masuk ketika dia pergi bekerja.
“Dalam kejadian bulan enam tahun lalu, saya rugi sekitar RM14,000 apabila televisyen LCD, telefon bimbit, kamera dan wang tunai dilarikan.
“Saya difahamkan pada hari sama sebanyak empat rumah di situ menjadi sasaran penjenayah,”katanya.
Khamis, 23 Januari 2014
KALI KE BERAPA PUN DAH TAK INGAT..BANYAK SANGAT KEMALANGAN NI.
USTAZ MISBAH KEMALANGAN RINGAN KETIKA MAHU MENGHADIRI MESYUARAT PAS NEGERI AHAD LALU.
Kemalangan kecil dan
lari itu berlaku ketika beliau menaiki motorsikal menuju ke Pejabat
Perhubungan PAS Negeri Perak, hanya alami luka dan kecederaan kecil.
IPOH, 19 Jan-
Ketua Penerangan PAS Negeri Perak, Ustaz Mohd Misbahul Munir bin Masduki
telah terbabit dalam kemalangan kecil di sebatang jalan di Ipoh. Beliau
yang menaiki sebuah motorsikal jenis EX5 menuju ke Pejabat Perhubungan
PAS Negeri Perak dikatakan mengekori sebuah teksi yang berada di
hadapannya. Secara tiba-tiba teksi tersebut dikatakan membelok ke arah
kiri setibanya di persimpangan jalan.
Lantaran itu, Ustaz
Misbah yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Bagan Datoh yang
berada dibelakang teksi tersebut tidak sempat mengelak dan menghentikan
motorsikalnya lalu melanggar bahagian belakang teksi itu. Ekoran ensiden
itu, beliau terjatuh dan terbabas ke tepi jalan. Namun beliau hanya
mengalami kecederaan ringan dan luka luaran serta mendapat rawatan luar
di Hospital Ipoh.
Teksi yang terlibat sebaliknya terus meninggalkan Ustaz Misbah berada di lokasi kejadian tanpa berhenti dan memberi bantuan.
Terdahulu sebelum ini,
beliau juga pernah terlibat dalam beberapa siri kemalangang jalan raya
yang mengakibatkan kecederaan parah dan ringan. Menurutnya, beliau
merasakan syukur kerana masih lagi diberikan kesihatan dan keselamatan
oleh ALLAH SWT. Jelasnya lagi, ini lumrah kehidupan dan perjuangan dalam
menegakkan syiar dan agama Islam. Bahkan kemalangan kali ini adalah
kali keberapa pun beliau sendiri tidak pasti.
ARTIS BERTUDUNG: KENA PANDAI DAN TAHU PILIH MAJLIS YANG SESUAI..
- JAN 22, 2014
- HAZAYANI ZAKARIA
KUALA LUMPUR: Artis
berhijab dinasihatkan lebih berhati-hati dan bijak memilih undangan
membuat persembahan agar tidak menimbulkan masalah di kemudian hari.
Pengerusi Lajnah Kesenian, Kebudayaan dan Rekreasi Dewan Muslimat PAS
Pusat, Wan Aishah Wan Ariffin berkata, pihak penganjur juga perlu
membuat pertimbangan sebelum memanggil mana-mana artis membuat
persembahan di majlis mereka.
Merujuk kepada insiden membabitkan artis Marinatasha Isnariah Mustapar
yang diarah membatalkan persembahan kerana bertudung, Aishah berkata,
garis panduan kepada artis bertudung dalam membuat persembahan amat
penting.
"Dalam kes Marinatasha, apabila keadaan sekeliling yang tidak sesuai
dengan imej artis bertudung, mungkin ada baiknya dia tidak meneruskan
persembahan. Pihak penganjur pun adil pilih artis yang sesuai.
"Bagi PAS, lajnah kesenian akan mesyuarat tak lama lagi dan salah satu
agenda penting ialah membentuk garis panduan bagi artis-artis wanita
berhijab.
"Kita tidak mahu kes begini tidak berulang," katanya kepada Harakahdaily hari ini.
Aishah juga menegaskan, mana-mana pihak termasuk media tidak harus
mengheret isu hijab bagi mensensasikan sesuatu isu untuk perhatian
pembaca.
"Isu artis berhijab bukan baru. Yang penting adalah penambahbaikan dan
wujudkan garis panduan yang terbaik dan mufti dan majlis fatwa sangan
memainkan peranan penting.
"Bila ada masalah begini, masing-masing kena hormat dan selesaikan secara profesional dan adil.
"Jangan heret isu hijab untuk sensasikan satu-satu isu bagi menarik
perhatian pembaca dan media juga kena bertangungjawab. Silap main isu ia
jadi macam main api, membakar semua orang," katanya yang merupakan
bekas calon PAS di kerusi Parlimen Jempol pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
Pada sidang media semalam, Marinatasha melahirkan rasa kesal beliau
dengan tindakan penganjur yang menghalang beliau dari membuat
persembahan di satu majlis keramaian 18 Januari lalu atas alasan kerana
berhijab.
Menurut penyanyi itu lagi, insiden tersebut adalah yang keempat bagi
dirinya apabila diminta membuka tudung jika mahu membuat persembahan.
Sementara itu, syarikat penganjur Castmet Sdn Bhd menjelaskan insiden
halangan itu bukan didasari sikap rasis atau diskriminasi, tetapi kerana
penyanyi itu bukan artis yang dipersetujui oleh pengurusan majlis.
Ini kerana, perjanjian antara syarikatnya dengan sebuah syarikat
pengurusan yang telah melantik kumpulan nyanyian malam itu tidak
melibatkan penyanyi wanita bertudung kerana majlis malam itu ada
menghidangkan minuman keras.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan