- Jan 28, 2014
- MUHAMMAD FAIZAL
Ketua Pembangkang itu juga berkata, dakwaan bahawa beliau ke arah menggantikan kerusi Menteri Besar yang kini disandang Tan Sri Abdul Khalid itu hanya spekulasi.
"Itu hanya spekulasi, sekarang kita tumpukan kepada pilihanraya kecil yang akan datang.
"Tan Sri Khalid teruskan kerja dia sebagai Menteri Besar," jelas beliau pada sidang media hari ini.
Ketika ditanya bahawa timbul persepsi negatif sebahagian rakyat terhadap perletakaan jawatan Adun Kajang Lee Chin Cheh kemudian disusuli pula pengumuman beliau bertanding, Anwar berkata keputusan itu perlu dilihat ke arah menambah baik perkhidmatan untuk rakyat.
"Tidak bangkit isu persepsi dari rakyat dari keputusan yang telah dibuat, ini merupakan peluang untuk kita membuat lonjakan kepada rakyat," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.
Sementara itu, Pengerusi Perhubungan PKR Selangor, Mohamad Azmin Ali menyambut baik keputusan yang dibuat oleh pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.
"Keputusan telah dibuat dan saya menyambut baik keputusan dari pucuk pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.
"Bagi PKR Selangor kita akan bermesyuarat bagi membincangkan perkara tersebut bagi menghadapi pilihan raya kecil nanti," jelas beliau.
Syukur, saudara kita tak perlu bakar rumah
- Jan 28, 2014
- DR AZMAN IBRAHIM
Ketika seorang hamba Allah yang miskin dari Sura, Dungun terpaksa menjalani kehidupan merempat selama 10 tahun dengan menempati rumah yang lebih layak digelar kandang kambing, ia menyerlahkan bagaimana rendahnya tahap keprihatinan pihak berwajib dengan realiti sebenar kehidupan rakyat.
Biasa kita dengar orang uzur tunggu bantuan, sampai mati tak sempat rasa.
Jangan terkejut kalau saya maklumkan di kawasan Jabi ada hamba Allah yang tinggal di sebuah rumah dengan keadaan yang sangat uzur bertaraf sebuah dangau tunggu durian, berkali-kali minta bantuan rumah PPRT tetapi hampa.
Akhirnya ada orang nasihatkan kalau nak bantuan mudah, baik bakar rumah uzur tu. Apabila rumahnya ‘terbakar’, barulah beliau mendapat bantuan rumah kebajikan.
Saya tak salahkan beliau atas tindakannya menyebabkan rumah sendiri terbakar kerana Umno mengajar rakyat supaya jadi penipu untuk mendapatkan hak mereka.
Kenapa saya tak percaya bahawa rumah tersebut terbakar? Sebabnya bila saya pergi mengunjungi keluarga malang ini selepas kebakaran ini berlaku, didapati keseluruhan barang-barang dalam rumah dapat diselamatkan termasuklah pinggang dan kerusi buruk.
Logiknya dengan rumah kayu uzur seperti itu, api yang marak hanya mengambil masa beberapa minit untuk memusnahkan keseluruhan strukturnya.
Maknanya tuan rumah telah sedia kemaskan semua barang-barang, dikeluarkan dari rumah kemudian barulah rumahnya ‘terbakar’. Siapa yang salah dalam hal ini?
Syukur kepada Allah kerana saudara kita di Dungun ini tak perlu bakar rumah sendiri untuk mendapatkan bantuan sebuah rumah atas keprihatinan PAS Dun Sura tampil menghulurkan bantuan membina sebuah rumah sebagai tempat berlindung bagi mereka.
Bagaimana dalam masa yang sama, boleh ada rumah PPRT yang dijadikan markas BN semasa Pilihanraya Umum ke 13 lalu. Ada juga rumah PPRT yang disewa oleh tuan asalnya disebabkan beliau sendiri telah sedia memiliki rumah yang selesa untuk didiami.
Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk memiliki rumah sendiri yang sempurna dan selesa.
Harga pembiayaan di bawah akan diberikan subsidi sebanyak satu pertiga (1/3) daripada kos pembiayaan oleh Kerajaan sementara dua per tiga (2/3) lagi adalah pinjaman tanpa faedah yang berlandaskan konsep qardhul hassan.
Pemohon mestilah warganegara Malaysia, berumur 18 hingga 65 tahun, berpendapatan kasar seisi rumah tidak melebihi RM1,500 sebulan, tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang serta tidak sempurna. Mempunyai tanah atau tapak yang bersesuaian. Berkahwin atau, ibu / bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.
Saya senaraikan syarat-syarat di atas ini yang dipetik dari sebuah laman web pihak berwajib yang menguruskan program PPRT ini dengan cuba meneliti dan mendalami kalau-kalau ada di antara syarat-syarat tersebut yang tidak memenuhi kelayakan sehingga ada saudara kita yang tak bernasib baik seperti contoh di atas tadi terpaksa menunggu sehingga 10 tahun atau terpaksa bakar rumah sendiri barulah dikategorikan layak terima bantuan!
Bantuan atau sumbangan yang disasarkan untuk orang ramai yang memerlukan tetapi sekadar berlegar di kalangan kroni adalah sifir cara Umno bekerja.
Sebab itulah Mat Said sendiri pernah merungut apabila kurma dan air zam-zam sumbangan Ramadhan berlonggok di rumah Pengerusi JKKK merangkap ketua cawangan Umno sekaligus mengagalkan cita-cita Mat Said untuk melihat botol air zam-zam yang terpampang wajahnya sampai ke setiap pintu rumah rakyat Terengganu.
Minta maaf, Exco Kebajikan Terengganu jangan pula jawab, “Dun Sura tu kawasan PAS!”
Umno adalah Umno dulu, kini dan selamanya.
Penulis adalah Ketua Lajnah Kebajikan PAS Terengganu.
Anak Ziana Zain mahu ibunya berhijab
- Jan 28, 2014
- HARAKAHDAILY
Jelas Ziana, Aiman malah turut berpesan kepadanya jika mahu melawatnya di asrama atau sekolah, dia perlu memakai hijab sebagai tanda menghormati status sekolah anaknya itu.
"Aiman memang pernah menyuruh saya memakai tudung. Dia tanya; '... bila Mama nak pakai tudung’?
"Terkejut juga apabila dia suarakan perkara itu. Tapi, saya jelaskan kepadanya, jika saya mengambil keputusan untuk bertudung, biarlah ia datang dari hati dan ikhlas. Bukan kerana terpaksa. Jadi dia faham. Namun sempat juga ingatkan yang kita tidak tahu tentang tarikh kematian kita.
"Pesan Aiman lagi, kena tutup aurat sebab berdosa kalau tidak buat. Pernah sekali dia menemani saya membeli kuih. Waktu itu dia memakai pakaian sekolah dan saya memakai skirt. Aiman cepat-cepat tutup lencana sekolahnya kerana tidak mahu orang tahu dia bersekolah di mana,” kongsi Ziana perihal anak sulungnya itu kepada Gua.com.my.
Dalam masa yang sama, Ziana juga turut berkongsi tentang pengalamannya beberapa kali berada di sekolah anaknya. Jelasnya, ramai juga rakan-rakan anaknya yang seronok bertemu dengannya.
“Sesekali apabila saya berjumpa Aiman di sekolah, ramai juga kawan-kawan dia yang seronok dapat berjumpa dengan saya. Aiman pun rasa pelik sebab mungkin dia tidak sangka ramai pula yang meminati saya. Selain itu, setiap kali Aiman pulang ke rumah mesti ada kawan-kawan atau emak kawan-kawan dia yang berkirim salam,” cerita Ziana lagi.
Biarpun beberapa kali sudah ditegur oleh anaknya tentang berhijab dan memakai menutup aurat, Ziana tidak pernah memarahi anaknya itu. Malah dia bersyukur kerana sebagai anak sulung, Aiman diharap dapat membimbing adik-adiknya nanti.
Lantai rumah runtuh ketika sedang angkat jenazah
- Jan 28, 2014
- HARAKAHDAILY
Kesemua mangsa adalah lelaki berusia lingkungan 60-an dan terpaksa menerima rawatan di Hospital Duchess of Kent Sandakan.
Seorang penduduk kampung, Abdul Ghani Amat, 49, berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 11.30 pagi ketika mereka sedang mengangkat jenazah abang sepupunya yang meninggal dunia semalam untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Sim-Sim.
Katanya ketika kejadian dia bersama beberapa lelaki lain yang mengangkat jenazah sudah melalui beranda rumah itu dan berada di tangga.
"Tiba-tiba lantai beranda rumah runtuh dan mereka yang masih berdiri di atas lantai itu dianggarkan 20 orang jatuh ke tanah," katanya kepada Bernama.
Abdul Ghani berkata empat orang mengalami luka setelah terkena serpihan kayu lantai yang patah dengan tiga daripada mereka dihantar oleh penduduk kampung ke hospital dan seorang lagi oleh ambulans.
Lantai beranda rumah itu runtuh disebabkan tidak dapat menampung berat orang ramai yang berdiri di atas lantai dalam satu masa, katanya. - Bernama
Pegawai sembunyikan duit suapan RM700,000 dalam telekung, di dapur
IPOH: Seorang pegawai Jabatan Perhutanan Perak dikesan menyembunyikan wang tunai lebih RM700,000 ($287,450) disyaki hasil suapan yang diterimanya di serata tempat di kediamannya, termasuk dalam kain telekung, selain di bilik tidur, ruang tamu dan dapur.
Suspek yang berusia dalam lingkungan 50-an dikatakan turut mengagihkan wang suapan yang keseluruhannya dipercayai melebihi RM4 juta di dalam beberapa akaun bank milik anggota keluarganya, berdasarkan buku bank yang turut ditemui di rumahnya.
Perbuatan suspek terbongkar apabila sepasukan lebih 10 pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), melakukan serbuan mengejut di kediaman anggota perkhidmatan awam itu di Gerik, awal pagi kelmarin.
Sumber berkata, suspek yang bekerja di Jabatan Perhutanan Perak, ditahan ketika berada di rumahnya bersama isteri dan anak-anaknya.
'Hasil pemeriksaan, pegawai SPRM menemui sejumlah wang yang disembunyikan suspek di dalam bilik, dapur dan ruang tamu rumahnya, selain dalam telekung,' kata sumber itu.
Serbuan dan tangkapan itu dibuat pada 2 pagi itu susulan penahanan seorang lagi pegawai kanan jabatan sama, bersama seorang 'tauke balak' berkaitan kes mencuri balak bernilai lebih setengah juta ringgit di Hutan Kuak Luar, berdekatan Pengkalan Hulu, tengah hari Rabu lalu.
Tangkapan mereka dibuat berikutan penemuan lebih 300 balak siap dipotong bernilai kira-kira RM600,000 di kawasan pembalakan Hutan Kuak Luar, berdekatan Pengkalan Hulu.
Dalam serbuan itu, SPRM turut menahan tiga lori yang sedang mengangkut balak dan merampas beberapa jentera berat di kawasan pembalakan berkenaan.
Siasatan awal SPRM juga mendapati balak itu ditebang di luar kawasan tender.
Sumber berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut mengenai kes itu berikutan penemuan sejumlah wang tunai yang banyak, selain pelaburan saham membabitkan jutaan ringgit.
'Pegawai kanan itu dan dua lagi suspek yang ditangkap Rabu lalu masih ditahan untuk siasatan,' kata sumber itu. -- BHM, Harian Metro.
Pasukan khas pantau keselamatan Pulau Pinang
- Jan 28, 2014
- HARAKAHDAILY
Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata selain memberi fokus terhadap kawalan keselamatan di kawasan masjid dan gereja, pasukan khas 73 pegawai kanan dan 210 anggota itu juga akan bertanggungjawab menjaga keamanan serta keharmonian pelbagai kaum dan agama di negeri ini terus terpelihara.
"Syukur semalam tidak ada insiden yang tidak diingini berlaku dan setakat ini sudah ada 16 laporan yang dibuat berhubung isu kain rentang yang digantung di gereja serta tindakan membaling molotov cocktail atau bom botol.
"Tiga kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 4 (1) (a) Akta Hasutan dan satu kertas siasatan di bawah Seksyen 436/511 Kanun Keseksaan berhubung kes membaling molotov cocktail. Setakat ini polis telah menjalankan 40 peratus siasatan dan telah mengambil sembilan keterangan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian sijil kelulusan polis bantuan Perbadanan Bekalan Air Holdings Berhad (PBAHB) di sini hari ini. Turut hadir pada majlis itu Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi semalam, perkarangan sebuah gereja di Lebuh Farquhar dibaling molotov cocktail oleh dua suspek yang menunggang sebuah motosikal. Siasatan mendapati hanya satu daripada dua botol yang dilemparkan itu meletup dan mengakibatkan kebakaran bagaimanapun tiada kerosakan serius dilaporkan.
"Setakat ini pihak polis hanya boleh pastikan terdapat dua lelaki menaiki sebuah motosikal, imej itu diperoleh daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di jalan berkenaan kerana di gereja tiada CCTV," kata Abdul Rahim.
Beliau berharap orang awam dapat memberikan kerjasama kepada polis dalam usaha menyelesaikan isu ini. Beliau turut memberi amaran keras kepada pihak yang cuba mewujudkan ketidaktentuan tentang isu sensitif yang boleh membangkitkan kemarahan kaum.
Dalam perkembangan lain, Abdul Rahim berkata di Pulau Pinang terdapat 32 agensi dan badan berkanun yang telah mendapat kelulusan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menubuhkan pasukan polis bantuan dengan jumlah perjawatan yang wujud ialah sebanyak 1,959 manakala jumlah kekuatan adalah sebanyak 903.
"Daripada 32 agensi dan badan berkanun itu terdapat enam agensi yang menubuhkan pasukan polis bantuan dengan tujuan mencegah jenayah, agensi itu ialah Penang Port Sdn Bhd, Majlis Perbandaran Seberang Perai, Tenaga Nasional Berhad, Malaysia Airport Berhad, Bank Negara dan Universiti Teknologi Mara," katanya.
Abdul Rahim berkata pasukan polis bantuan yang ditubuhkan PBAHB bertujuan mencegah jenayah di premis PBAHB iaitu sembilan loji rawatan air, 65 kolam takungan air, 40 menara takungan air terawat dan 87 stesen pam yang membekalkan air kepada 533,916 pelanggan berdaftar di seluruh Pulau Pinang.
Katanya 11 pengawal keselamatan sedang mengikuti latihan polis bantuan dan akan menamatkan sesi latihan pada 14 Feb ini, kesemua mereka ditempatkan di loji utama Sungai Dua, Seberang Perai Utara.
"Pasukan yang kedua iaitu 11 anggota lagi akan menjalani latihan pada penghujung bulan Mac, program ini akan diteruskan secara berperingkat dan dijangka tamat dalam tempoh tiga tahun," katanya. - Bernama
Idea tahaluf siyasi dicetus Almarhum Dr Karim Zaidan
- Jan 28, 2014
- ASLANI M
Tokoh ulama dan pemikir Islam itu meninggal dunia semalam di San’aa, Yaman ketika usia 93 tahun.
Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari (gambar) berkata, pemikiran yang dicerna almarhum melalui kitab Ahkam Al-Zimmiyyin Wal Musta’minin Fi Daril Islam.
Katanya, kitab itu menjadi rujukan hampir semua gerakan Islam di dunia dalam mendepani arus politik semasa.
“Di Kelantan Kolej Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) turut menjadikan salah satu kitab karangan Almarhum iaitu Usul Dakwah (Asas-asas Ilmu Dakwah) sebagai rujukan penting.
“Ia terkandung dalam silibus subjek Madkhal Dakwah dan Al-Dakwah Islamiah. Subjek ini wajib lulus sebelum bergraduan,” katanya di sini.
Fadhli yang juga bekas pensyarah KIAS berkata, kerajaan Kelantan menyifatkan Almarhum sebagai tokoh penting dalam menerapkan idea-idea ilmu dakwah.
Menurutnya pemergian Almarhum merupakan kehilangan kepada seluruh dunia Islam.
“Sesungguhnya Almarhum Sheikh Abdul Karim Zaidan merupakan seorang tokoh yang tidak asing dalam kalangan anak-anak muda yang mendokong gerakan Islam di seluruh dunia,” katanya.
Shahnaz Laghari pilot wanita pertama berniqab
- Jan 28, 2014
- http://bloggerpakatan.com
SHAHNAZ LAGHARI PILOT WANITA PERTAMA BERNIQAB - GUINESS BOOK OF WORLD RECORD
Kapten PILOT Shahnaz LAGHARI adalah seorang juruterbang wanita pertama di dunia yang berniqab ketika menjalankan tugas menerbangkan pesawat. Beliau berkemampuan mengendalikan kapalterbang secara solo dengan pakaian niqab penuh.
.
Beliau adalah pemegang rekod dunia Guinness Book of World Record sebagai juruterbang wanita pertama berniqab penuh. Beliau adalah pejuang hak kemanusiaan di Pakistan yang memperjuangkan hak-hak wanita.dan pernah bertanding dalam pilihanraya Pakistan 2012 sebagai calon bebas dengan menggunakan logo lembu.. (ini yg tak sedap ni... teringat umno la pulak... wakaka)
Selain menjawat jawatan pengerusi Persatuan Pilot Wanita Pakistan, beliau juga melakukan khidmat masyarakat dengan membuka pusat pendidikan percuma dan pusat latihan menjahit untuk orang miskin Pakistan.
Beliau turut aktif dalam menyertai program persatuan-persatuan Islam Pakistan
bergambar dengan kapal terbangnya |
Sebaik selesai penerbangan |
Berucap dalam seminar Minhaj-ul-Quran Women League
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan