Posted on Monday, January 27 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
SHAH ALAM 26 JAN: Negeri Selangor dijangka mencapai status pendapatan per kapita menepati definisi ‘negara maju’ menjelang 2016 meninggalkan Kerajaan Pusat yang mensasarkannya pada 2020 nanti.
Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail, berkata rumusan itu diperolehi berdasarkan data kajian Malaysia Institut of Economic Research (MIER) yang dibentangkan panel institut kajian itu dalam pemungkiman Menteri Besar bersama Exco Kerajaan Negeri dan Ketua-ketua Jabatan baru-baru ini.
Sebelum ini, MIER pada sesi taklimat itu menyatakan bahawa Selangor dijangka mencapai pendapatan per kapita menepati definisi ” negara maju” dengan mengandaikan Senario A (Model Ekonomi Baharu) dan Senario C (berdasarkan prestasi pertumbuhan historikal Selangor).
Malah, bersandarkan dua senario yang sama, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Selangor diunjurkan berkembang masing-masing pada kadar 6.8 peratus dan 6.5 peratus secara purata di antara 2013 dan 2023.
Ini bukan sekadar kenyataan seronok nak bercakap tetapi dari ukuran dan kajian yang dah dibuat. Kita berlari lebih laju dan jauh ke hadapan.
“Kalau dahulu Selangor menyumbang satu perlima pendapatan negara melalui cukai tetapi sekarang sumbangan Selangor sudah bertambah besar kepada satu perempat,” kata Rodziah.
Rodziah berkata demikian selepas beliau merasmikan Program Hormat Diri Anda yang dianjurkan Exco Hal Ehwal Wanita Selangor,semalam.
Rodziah memberitahu, kajian sama juga menunjukkan bahawa pendapatan purata bagi keluarga golongan sederhana yang mempunyai empat ahli keluarga di Selangor ketika ini berjumlah RM5,753 sebulan.
Kata beliau lagi, Kerajaan Negeri ketika ini sedang giat melipat gandakan usaha bagi membantu meningkatkan lagi pendapatan golongan berpendapatan rendah kepada sasaran pendapatan isi rumah minimum RM4,000.-selangorkini
Muhamad Saad Shaari shared End Justice's photo.
Musuh Yahudi yang sebenarnya bukanlah Palestin tetapi Bani Jawi. Bani Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau “Golden Chersonese” dan kemudiannya dikenali sebagai Tanah Melayu. Bani Jawi menerima Islam tanpa peperangan dan mendukung Islam dengan sempurna. Telah lama Yahudi Illuminati mencari bani Jawi@ kaum yang hilang. BANI JAWI @ BANGSA JAWI /MELAYU Tanah Jawi – ialah gelaran kepada Tanah Melayu Orang Jawi – ialah gelaran orang Arab kepada orang Melayu Tulisan Jawi – ialah tulisan yang digunakan oleh orang Melayu Masuk Jawi – berkhatan iaitu salah satu amalan yang diajar Nabi Ibrahim dan menjadi amalan orang jawi zaman berzaman. Ketahuilah sesungguhnya terdapat satu kajian bahawa bangsa Melayu adalah berasal dari keturunan Nabi Ibrahim dari isteri ketiga yang bernama Siti Qaturah@Keturah. Sebelum meninggal dunia Nabi Ibrahim AS telah mewasiatkan kepada anak-anaknya untuk mencari sekeping tanah semenanjung di hujung dunia. Kerana di sana nanti akan lahir dari keturunan ini satu Raja akhir zaman bernama al Mahdi. Diceritakan juga al Mahdi akan pulang semula ke tanah asal bersama kaumnya dan akan memusnahkan bangsa Yahudi. Wasiat ini dilaksanakan oleh anak-anak Nabi Ibrahim dan kisah ini dicatit dalam kitab-kitab Yahudi. Sejarah berlalu zaman berzaman. Kisah ini juga diceritakan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat. 60 para sahabat mengembara ke Timur mencari Bani Jawi. Akhirnya Bani Jawi menerima Islam tanpa peperangan. Bani Jawi terkenal dengan akhlak dan kelemahlembutan mereka kerana mereka berdarah bangsawan dan kesatria perang yang dihormati. Jawi or Jiwi ikut bahasa sanskrit Ji=satu & Wi=Tuhan. yakni maksud nya bangsa yg percaya kpd 1 tuhan (mentauhidkan tuhan) Dimanakah negara dihujung dunia ini yang masih beramal dengan mempercayai adanya Tuhan yang satu?? Wahai Bani Jawi, wahai keturunan kaum yang hilang. Rahsia bangsa misteri ini masih terpelihara di dalam Kotak Tabut rahsia sejak beribu-ribu tahun. Tiada siapa yang tahu dari mana asalnya bangsa ini. Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah paling selatan benua Asia, ’di penghujung dunia’
Post by Super Hit Videos.
D'Din Din shared Dpp Pendang's photo.
PERUTUSAN KEPIMPINAN PAS DI ATAS PEMERGIAN DATO TUAN GURU HJ HARON TAIB Saya bagi pihak seluruh kepimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS) bersama dengan ahli-ahli serta pendokongnya ingin merakamkan ucapan takziah kepada isteri al-Marhum, ahli keluarga, sahabat handai dan Dewan Ulama PAS di atas pemergian al-Marhum Dato' Tuan Guru Hj. Haron Taib ke rahmatullah pada jam 12.10 awal pagi Sabtu 25 Januari 2014. Sesungguhnya al-Marhum telah pergi dahulu bertemu Tuhan Rabbul Jalil di saat PAS dan ummah masih memerlukan bimbingan dan ilmu beliau. Al-Marhum sudah tidak bersama kita, tetapi peninggalan ilmu al-Marhum amat berbekas di hati para ahli PAS serta pendokongnya yang tidak jemu mendidik dan berjuang walaupun beliau keuzuran di akhir hayat beliau. Semoga al-Marhum mendapat keampunan dan rahmat berkekalan dari Allah SWT. Sekian. Wassalam. PRESIDEN PAS Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
Muhamad Saad Shaari shared Suara Rakyat's photo.
ISLAM MODERATE ALA UMNO......
D'Din Din shared Sokong Produk Melayu Islam's photo.
Teh
Cap Masjid bukanlah pengeluaran Bumiputera. Nampaknya kita tertipu
dengan penjenamaan. Selain menggunakan jenama cap Masjid, nama teh
tersebut pun menggambarkan seperti ia
adalah keluaran orang Islam iaitu dengan perkataan "Guru" iaitu Teh Guru
Cap Masjid
Selain dari mengelirukan dari aspek penjenamaan, syarikat tersebut juga
cuba menipu dengan menggunakan pewarna..
Umat Islam lambat sangat nak keluarkan produk sendiri sehingga bangsa
lain mengambil kesempatan kerana prospek benefit yang diorang dah
nampak. Rakyat beragama Islam di Malaysia adalah yang tertinggi dan
semestinya mempunyai permintaan yang tinggi juga terutama bab makanan.
http://hpakajangblog.blogspot.com/2009/05/baru-ku-tahu-rupanya-teh-cap-masjid.html
Ilham El Danish shared Pejuang Muda MasaKini's photo.
Gambar pertama kali tentera Turki menunaikan solat secara berjemaah di zaman PM Tayyip Erdorgan selepas beliau memansuhkan larangan menunaikan solat jemaah kepada tentera yang dikuatkuasakan di zaman Kamal Attaturk. Rujukan: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=713280498705017&set=a.206131722753233.56019.185412838158455&type=1
Perutusan khas Presiden Perkasam Dari Mekah
Posted on Sunday, January 26 @ 23:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
"Meleleh Air Mati Gua baca Perutusan Dari Presiden Perkasam ni beb...
Jangan lu orang ingat yang Ketua Pembangkang Datuk Seri Ibrahim (DSAI) aje ada PERUTUSAN KHAS beb, lu orang jangan pandang sebelah mata dengan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASAM) Datuk Ibrahim Ali kerana beliau pun ada Perutusan gua cakap lu.
Kalau DSAI menyampaikan Perutusan beliau dari Sunway Resort Hotel di bandar Sunway Petaling Jaya tapi Perutusan yang dibuat oleh Presiden Perkasam Datuk Ibrahim Ali ialah dari Mekah Arab Saudi, lu orang tengok barapa punya lah jauh Perutusan tersebut dibuat oleh beliau beb.
Perutusan dari Presiden Perkasam tersebut berbunyi begini beb, kata beliau "Perkasam mahu Sinar Harian MEMBATALKAN DEBAT antara Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar dengan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad. Ianya adalah untuk KEBAIKAN ISLAM, tidak perlu Debat antara mereka mengenai isu KALIMAH ALLAH daripada aspek Undang-Undang. Debat ini akan banyak MUDARAT nya dan KEBURUKAN kepada Islam. Ianya tidak setakat Undang-Undang tapi ianya akan jadi DEBAT POLITIK KALIMAH ALLAH"
"Terus terang Debat yang ingin dibuat itu MENGHINA MAHKAMAH, kerana Kes ini masih DBICARAKAN di Mahkamah tidak boleh DIBINCANGKAN atau DIULAS oleh mana-mana pihak, siapa yang menjadi Penasihat kepada mereka berdua ini, manakala akhbar Sinar Harian seperti biasa mendapat KEUNTUNGAN dan perhatian lebih utama daripada Islam. Fikirkanlah sebelum banyak lagi KEKELIRUAN SESAMA ISLAM dan yang bukan Islam akan BERTEPUK TANGAN,” katanya lagi yang menghantar sms dari Mekah.
Perrrrggghhhhh.... rasa nak meleleh air mata gua baca Perutusan dari Presiden Perkasam ni beb, punya lah AMBIL BERAT tentang KEKELIRUAN SESAMA ISLAM dan yang BUKAN ISLAM akan BERTEPUK TANGAN, siap bagi nasihat lagi yang ianya MENGHINA MAHKAMAH beb. Lu orang tak rasa TERSENTUH HATI ke dengan Perutusan beliau tu beb, kalau lu orang TAK TERSENTUH HATI memang lah lu orang ni jenis KERAS HATI macam Datin Seri Rosmah Mansor... kah kah kah!.
Gua ni kan sampai sekarang ni rasa nak meleleh air mata, tapi gua tahan aje beb sebab nak sampaikan Perutusan beliau kepada lu orang. Lu orang fikir-fikirkan lah Perutusan dari beliau tersebut, kerana beliau IKHLAS TAPI JAUH beb demi Islam. Mana lu orang nak cari seorang yang berjuang SESUCI EMBUN PAGI macam beliau beb, sudah TERGOLEK DOG dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang namum pun masih BERJUANG DEMI ISLAM, MELAYU dan RAJA macam Datuk Hassan Ali JATI... kah kah kah !.
Oiiii... Datuk Ibrahim Ali Perkasam, baik lu simpan aje le Perutusan lu punya tu buat kertas BUNGKUS NASI LEMAK untuk bagi kat Ahli-Ahli Perkasam semasa buat DEMO nanti. Apa lu ingat Rakyat tak tahu ke yang Pengerusi Perhubungan Umno Selangor sekarang ni tengah mencuba Pampers yang terbaik bagi dipakai pada esok hari... kah kah kah... lu jangan ingat yang Rakyat tak tahu ini semua Permainan Umno bagi MENGGAGALKAN DEBAT setelah merasa yang PERANGKAP akan MAKAN TUAN... kah kah kah !.
JALAN TERBAIK hanya ada satu aje kalau mahu Debat tersebut DIBATAKAN, cara nya ialah lu suruh suruh Baginda Sultan Selangor BATALKAN DEBAT, atau Pengerusi Perhubungan Umno Selangor Datuk Noh Omar tu TARIK DIRI. Lu suruh lah beliau buat ALASAN demi PERPADUAN ISLAM maka beliau MENARIK DIRI, atau pun kalau payah-payah sangat lu suruh aje beliau BERLAKON SAKIT kerana KERACUNAN MAKANAN akibat terlalu banyak makan UDANG dari Kolam Udang beliau... kah kah kah !.
Gua bukan apa beb cuma tak nak Pengerusi Perhubungan Umno Selangor tu MALU aje, lebih baik MALU TARIK DIRI dari MALU kerana TERGAGAP-GAGAP dan TERKENCING-KENCING semasa Debat tersebut. Kalau sampai itu terjadi jawapnya belum sampai PRU14 maka sudah tahu usahkan untuk Umno/Bn MENANG tapi untuk MEMPERTAHANKAN 8 Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi serta 2 Kerusi DUN yang EHSAN kerana KEBODOHAN PR pun jawap KIRIM SALAM untuk menang beb... kah kah kah !.
http://inderasipejuang.blogspot.com/
hemmmmm..... itu sebab lah lain kali bila bercakap gunakan kepala otak bukan nya kepala udang tahu tak datuk seri noh omar, kalau gunakan kepala udang ini lah jadi... sekarang tak pasal-pasal cari 1 tanjung karang pampers yang boleh menampung kencing semasa debat... kah kah kah... A B U."
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: inderasipejuang
Posted on Sunday, January 26 @ 23:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Debat kalimah ALLAH dibatalkan
SHAH ALAM – Debat Sinar Harian mengenai isu kalimah ALLAH antara
Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Ahli Jawatankuasa Pas
Pusat, Khalid Samad yang dijadualkan hari ini (27 Januari 2014)
terpaksa dibatalkan.
Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Abd Jalil Ali berkata, keputusan di saat akhir ini dibuat setelah mengambil kira pelbagai sudut situasi terkini.
“Setelah meneliti pandangan dan nasihat daripada tokoh-tokoh agama, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan juga mereka yang prihatin, kami mengambil keputusan untuk membatalkan debat ini,” katanya.
Beliau berkata, pandangan dan nasihat telah disuarakan pelbagai pihak menerusi akhbar, media sosial, e-mel dan surat-surat yang dihantar ke pejabat Sinar Harian.
“Kami memahami perasaan dan sentimen umum semasa dan justeru itu kami mengambil keputusan ini,” tegas beliau.
Sinar Harian turut memohon maaf kepada mereka yang telah bersedia untuk mengikuti wacana ini tetapi keputusan dibuat walaupun berat atas semangat keharmonian dan perpaduan.
Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Abd Jalil Ali berkata, keputusan di saat akhir ini dibuat setelah mengambil kira pelbagai sudut situasi terkini.
“Setelah meneliti pandangan dan nasihat daripada tokoh-tokoh agama, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan juga mereka yang prihatin, kami mengambil keputusan untuk membatalkan debat ini,” katanya.
Beliau berkata, pandangan dan nasihat telah disuarakan pelbagai pihak menerusi akhbar, media sosial, e-mel dan surat-surat yang dihantar ke pejabat Sinar Harian.
“Kami memahami perasaan dan sentimen umum semasa dan justeru itu kami mengambil keputusan ini,” tegas beliau.
Sinar Harian turut memohon maaf kepada mereka yang telah bersedia untuk mengikuti wacana ini tetapi keputusan dibuat walaupun berat atas semangat keharmonian dan perpaduan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan