Jumaat, 17 Januari 2014

MAHKAMAH ALLAH TAK TOLAK....DEMI KEADILAN....PERSALAH2 DIDUNIA TAK KAN LEPAS DIAKHIRAT KELAK...DIDUNIA NI BERLAGAKLAH SEBAB ADA KUASA...MATI DALAM KUBUR JUGA

Friday, 17 January 2014

BERITA YANG MEMBAWA PERKHABARAN GEMBIRA KEPADA PARA PENEROKA FELDA???? ... KESEMUA KOLEJ YAYASAN FELDA BAKAL DITUTUP.



Dalam kesibukkan menjana fitnah kononnya kerajaan negeri Pakatan Rakyat akan tutup GiatMara .. rupa-rupanya Felda sudah pasang niat dan hasrat mau tutup semua Kolej Yayasan Felda.

Felda difahamkan sedang memikirkan untuk menutup kesemua kolej Yayasan Felda sebagai sebahagian daripada pemotongan bajet tahun ini. Ianya merupakan suatu berita tamparan maut  kepada lebih 1,000 anak-anak peneroka yang mendaftar di institusi pendidikan tersebut bakal terjejas.


Menurut sumber, difahamkan Ketua Pengarah Felda Datuk Faizoull Ahmad telah memutuskan untuk mengurangkan pembiayaan kepada RM5 juta tahun ini untuk mengendalikan semua empat kolej, walaupun kos tahunan operasi secara kasarnya RM16 juta.

Sumber berkata dengan pemotongan bajet, kolej yang terletak di Kelana Jaya ( Selangor) , Trolak (Perak ), Mempaga (Pahang ) dan Raja Alias ​​( Negri Sembilan ) akan kemungkinan besar  akan ditutup setelah keputusan muktamad bakal di buat oleh pihak pengurusan.


Menurut sumber itu lagi, bahawa keputusan muktamad terhadap bajet kolej akan ditentukan pada mesyuarat lembaga Felda minggu depan, tetapi menambah bahawa kemungkinan besar adalah Datuk Faizoull akan mendesak agar keputusannya untuk menutup kolej diterima .


Percubaan The Malaysian Insider untuk menemubual Faizoull untuk mendapatkan komen telah ditolak walaupun beliau sebelum ini beliau berjanji untuk ditemu cara.

Apakah maklumat ini bakal menjadi kenyataan ... Sama-sama kita tunggu perkembangannya.

KEJADIAN MENJIJIKAN INI BERLAKU DI NEGERI YANG DIPERINTAH UMNO/BN .... KETIKA MAJORITI UMAT ISLAM BERSELAWAT DAN MELAKUKAN PELBAGAI IBADAT SEMPENA MAULIDUR RASUL, SEKUMPULAN WARGA EMAS DISEBUAH KAMPONG DI PERLIS ASYIK BERJOGET DENGAN MAK NYAH.



Kangar: Ketika majoriti umat Islam sibuk berselawat dan melakukan pelbagai ibadat sempena Maulidur Rasul Selasa lalu, sekumpulan warga emas di sebuah kampung di sini pula asyik berjoget dengan mak nyah di satu pesta joget lambak.

Pesta yang bermula jam 1 pagi itu bukan saja mencemarkan kemuliaan sambutan Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW, malah turut memalukan penduduk lain di kampung berkenaan kerana ia dilakukan secara terbuka di depan sebuah rumah penduduk.

Seorang penduduk kampung itu yang mahu dikenali sebagai Amir 30-an berkata, dia difahamkan pesta joget lambak itu dianjurkan seorang penduduk dan turut menjemput sekumpulan 10 hingga 15 mak nyah.

“Difahamkan juga, semua mak nyah itu yang berpakaian seksi dibawa khas dari Kedah dan mereka turut diiringi lima atau enam pemuzik tradisional yang mengalunkan muzik latar,” katanya.

Menurutnya, kumpulan mak nyah itu seperti pelayan pelanggan (GRO) yang menjadi teman menari kepada 20 lelaki kampung berkenaan yang berusia 50-an dan 60-an.1:16PM Jan 17, 2014
 
Beras # hancur 15% bagi # rakyat # makan .. Kata menteri # CAP AYAM dengan bangganya.

SPRM cadang 'kesalahan hidup di luar kemampuan'

Ia akan menjadi satu kesalahan bagi penjawat awam memiliki kemewahan di luar kemampuan mereka, jika cadangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenainya dibentangkan dan dimasukkan ke dalam Akta SPRM.

Menurut Timbalan Pengarah Kanan Penyiasatan SPRM, Han Chee Rull, cadangan itu selaras dengan undang-undang anti-rasuah di Hong Kong yang menjadikannya satu kesalahan bagi seorang pegawai awam hidup di luar kemampuannya.

SPRM juga telah mencadangkan perubahan kepada undang-undang untuk menjadi kecuaian seseorang pegawai awam sehingga mengakibatkan pembaziran wang awam, seperti kes dalam Laporan Ketua Audit Negara, sebagai satu kesalahan.

Di Hong Kong, katanya, ia bukan kesalahan jika seorang pegawai awam mengekalkan taraf hidup yang setimpal dengan sumber pendapatan yang diketahui.

Tetapi jika dia tidak dapat memberikan alasan yang memuaskan kepada mahkamah, ia menjadi satu kesalahan, dan SPRM sedang cuba untuk mempunyai peruntukan itu dalam undang-undang, kata Hall malam tadi.

Ini boleh dilakukan dalam pakej pindaan yang kerajaan mungkin bentangkan di sidang Dewan Rakyat, seperti yang dijangkakan oleh Pakatan Rakyat.

Bercakap dalam forum anjuran Malaysiakini mengenai kuasa dan rasuah, Han bagaimanapun, berkata beliau secara peribadi memandang berat apa yang akan berlaku jika peruntukan ini dimasuk ke dalam undang-undang.

"Mengetahui senario di Malaysia, kita tidak mahu orang ramai datang ke pejabat SPRM dan berkata 'orang itu ada lima kereta Mercedes Benz' .

"Kita mungkin perlu menyiasat kes-kes seperti ini, tetapi itu pandangan peribadi saya, bukan SPRM," katanya.

Pengalaman buruk

Sepertimana yang ada sekarang, katanya, SPRM tidak boleh hanya meminta seseorang mengisytiharkan hartanya atas dasar kekayaan yang melampau tanpa "sebab untuk mempercayai" bahawa suatu kesalahan telah dilakukan.

"Seseorang pegawai yang berpangkat pesuruhjaya dalam SPRM perlu mempunyai sebab untuk mempercayai (bahawa suatu kesalahan telah dilakukan) berdasarkan kepada siasatan yang dijalankan, bahawa harta yang diperolehi atau dimiliki ada kaitan dengan kesalahan itu.

"Kemudian kami boleh meminta orang itu membuat perisytiharan," katanya.

Bgaimanapun, katanya, SPRM sangat berhati-hati dalam perkara itu disebabkan oleh 'pengalaman buruk' di mahkamah berkaitan pengisytiharan harta dalam kes peguam Rosli Dahlan dan bekas pegawai tinggi polis, Datuk Ramli Yusuff.

"Mahkamah berpendapat bahawa adalah salah untuk meminta orang ramai mengisytiharkan harta jikatidak dapat ditunjukkan bahawa suatu kesalahan telah dilakukan," tegasnya.

Timbalan pendakwa raya, tambahnya, telah diasak di mahkamah kenapa notis diberikan sedangkan siasatan masih dijalankan dan tidak ada bukti yang harta itu ada kaitan dengan sesuatu kesalahan.

"Undang-undang perlu dipinda," katanya di forum tersebut di majlis pelancaran pelancaran Pusat untuk Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) di ibunegara semalam.

Beliau menjelas demikian dalam respons kepada bekas pengerusi NGO BERSIH, Datuk S Ambiga yang mempersoalkan mengapa SPRM tidak memaksa pengisytiharan harta dibuat dalam kes-kes berprofil tinggi.
pemuda umno kebal??
 
国阵的支持者你们自己看吧~ 史上最cheap的教育部长.. Guru Besar lebih bernilai drp Menteri Pendidikan.?? Tumbuk pemandu dipenjara seminggu.. Tumbuk peguam dipenjara 6 tahun.. Tumbuk Guru Besar dipenjara 4 bulan.. tapi.. tumbuk Timbalan Menteri Pendidikan TIADA TINDAKAN TEGAS.. Sedar laah penyokong BN.. Undi laah BN demi kemaruahan anda.. Kami bersyukur lehernya diTUMBUK ja..bukan diBUNUH dgn bom C4..hii..hi. http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0428&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=77831 _AP
KUALA LUMPUR: Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) telah mengenal pasti kecenderungan sokongan 57 peratus responden Melayu yang tidak bersetuju dengan penggunaan Kalimah Allah oleh penganut agama lain.

“Daripada 57 peratus ini, pola sokongan terhadap parti digunakan untuk menentukan parti manakah yang mendapat manfaat daripada isu Kalimah Allah ini,” jelas Umcedel daripada hasil kajian yang dilakukan terhadap isu berkenaan.

Hasilnya, 45 peratus responden memihak kepada Barisan Nasional, 40 peratus responden berpihak kepada Pakatan Rakyat dan bakinya 15 peratus tidak pasti.

Oleh itu, jelas Umcedel kedua-dua parti ini dilihat tidak mendapat kelebihan daripada isu Kalimah Allah ini kerana perbezaan antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat hanya 5 peratus sahaja.

Kesimpulan berhubung kajian isu kalimah Allah sebagaimana di bawah.

Penggunaan Kalimah Allah merupakan satu isu yang sangat sensitif dalam kalangan responden Melayu berbanding responden Cina dan India.

Secara keseluruhannya, seramai 77 peratus responden Melayu menyatakan bahawa Kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain.

Bagi responden Cina dan India pula, masing-masing 21 peratus dan 28 peratus tidak bersetuju Kalimah Allah digunakan oleh penganut agama lain selain daripada Islam.

Isu yang paling kritikal berkaitan dengan polemik penggunaan Kalimah Allah oleh penganut bukan Islam ialah parti manakah yang mendapat paling banyak manfaat jika isu ini dijadikan bahan kempen pada pilihan raya yang terdekat.

Walaupun majoriti responden Melayu yang terdiri daripada pelbagai aspek latar belakang tidak bersetuju mengenai penggunaan Kalimah Allah oleh penganut agama lain, namun hasil kajian UMcedel menunjukkan hanya 45 peratus responden sahaja memihak kepada Barisan Nasional, 40 peratus kepada Pakatan Rakyat dan 15 peratus tidak pasti.

Dalam konteks politik Malaysia, perbezaan 5 peratus tidak mampu memberi kelebihan kepada mana-mana parti jika isu ini dieksploitasi untuk tujuan politik.

Jelas menunjukkan bahawa isu Kalimah Allah yang hangat dimainkan oleh pihak media ini tidak membawa kepada perubahan secara drastik sokongan pengundi Melayu kepada parti yang disokong sebelum ini.

Isu ini lebih banyak menimbulkan ketegangan hubungan antara kaum daripada mendapat manfaat politik kepada mana-mana parti jika terus dimainkan.
IPOH: Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Lubok Merbau selepas Mahkamah Pilihan Raya di sini sekali lagi menolak petisyen yang difailkan seorang pengundi untuk membatalkan keputusan pilihan raya umum (PRU13) bagi kawasan berkenaan dengan kos.

Hakim Abdul Rahman Sebli membuat keputusan itu selepas prosiding pendengaran bantahan awal serta hujahan yang dikemukakan pempetisyen Mohd Ridzuan Hasif serta tiga pihak responden lain selama tiga hari selesai pada minggu lepas.

Dalam penghakimannya hari ini, beliau berkata petisyen itu mempunyai kecacatan selain fakta yang dikemukakan pempetisyen tidak dijelaskan dengan sempurna.

Walaupun kes berkenaan melibatkan prinsip dan undang-undang pilihan raya, mahkamah itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar petisyen yang tidak mematuhi kaedah petisyen pilihan raya selain penafsiran adalah tertakluk kepada peraturan ketat petisyen pilihan raya, katanya.

Beliau berkata mahkamah juga tidak mempunyai bidang kuasa untuk meneruskan merit petisyen dengan perbicaraan penuh.

Mahkamah turut memutuskan responden pertama iaitu Datuk Siti Salmah Mat Jusak dari BN dipilih sebagai Adun Lubok Merbau dengan sewajarnya.

Abdul Rahman juga memerintahkan Mohd Ridzuan membayar RM30,000 masing-masing kepada Siti Salmah dan responden kedua iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad mengetuai barisan peguam mewakili Siti Salmah dan Peguam Kanan Persekutuan Alice Loke serta Norazmi Narawi mewakili SPR.

Siti Salmah yang ditemui pemberita di luar mahkamah berkata beliau merayu supaya urusan pentadbiran di pusat khidmatnya, seluruh pengundi dan penyokongnya, urusan rumah tangga serta keluarga tidak diganggu lagi oleh pihak-pihak tertentu.

"Selama lapan bulan saya tidak tenteram selain terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk urusan undang-undang bersama-sama peguam...pada pilihan raya umum 2008 apabila pembangkang menang dengan 72 undi di Lubok Merbau, BN tidak ganggu tetapi apabila pada 2013 kita menang dengan 53 undi, semua dikatakan tidak adil," katanya.

Sementara itu, Mohd Ridzuan ketika bercakap kepada penyokongnya berkata beliau akan berbincang dengan peguamnya sebelum menfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan dalam tempoh dua minggu.

Pada 23 Dis lepas, Mahkamah Persekutuan memutuskan petisyen pilihan raya bagi kerusi Parlimen Bagan Datoh dan Dun Lubok Merbau diremit semula ke mahkamah pilihan raya untuk mendengar merit kes selepas membenarkan rayuan petisyen pilihan raya yang difailkan pembangkang.

Pada PRU13, Siti Salmah, calon BN, mengalahkan calon PAS Mohd Zainudin Mohd Yusof dengan majoriti 53 undi bagi kerusi itu. - Bernama
 
 
SAYA INGIN MINTA PENJELASAN DARI KERAJAAN KENAPA TANAH KOMPLEKS KASTAM JB (CIQ) LAMA KINI DIMILIKI DAN DIKAWAL OLEH SYARIKAT NEGARA ASING?

KENAPA TANAH CIQ LAMA TIDAK DIPULANGKAN KEPADA RAKYAT UNTUK FUNGSI ASALNYA DAHULU IAITU TAMAN BUNGA RAKYAT ATAU TAMAN MERDEKA JIKA TIDAK DIGUNAKAN LAGI UNTUK CIQ KERANA ADA CIQ BARU ?

KENAPA HARGA YANG DI BAYAR KEPADA KERAJAAN TERLALU MURAH DAN KURANG 10 PERATUS DARI HARGA PASARAN ?

BERIKAN JAWAPAN YANG LOGIK?KENAPA NEGARA RUGI LEBIH 90 PERATUS NILAI HARGA PASARAN DAN TANAH ASAL MILIK KERAJAAN KINI DIPEGANG SYARIKAT NEGARA ASING , MANA MARUAH KITA RAKYAT MALAYSIA.

APAKAH NEGARA KITA SUDAH "TERUK" SANGAT SEHINGGA PERLU LUPUS TANAH KEPADA SYARIKAT NEGARA ASING.

KALAU DULU , DATUK DAN NENEK KITA BERJUANG MENGADAI NYAWA UNTUK MEMPERTAHANKAN SETIAP INCI TANAH NEGARA DARI ORANG ASING, TETAPI KINI KENAPA BEGITU MUDAH TANAH KERAJAAN TERLEPAS KEPADA PEMILIKAN ASING ????

Tiada ulasan: