Mahkamah Rayuan batal pengharaman Bersih 3.0
- Jan 06, 2014
- HARAKAHDAILY
PUTRAJAYA: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali dan Ketua Cabang PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin atau 'Chegubard', hari ini berjaya dalam permohonan mereka untuk mengetepikan Perintah Mahkamah Majistret yang melarang perhimpunan Bersih 3.0 diadakan di Dataran Merdeka pada 28 April 2012.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Linton Albert membuat keputusan itu sebulat suara.
Dua lagi hakim yang menganggotai panel itu ialah Datuk David Wong Dak Wah dan Datuk Seri Zakaria Sam.
Linton memaklumkan mahkamah akan memberi alasan penghakiman pada tarikh lain.
Peguam S.N Nair, yang mewakili Chegubard, memaklumkan pemberita bahawa susulan keputusan itu pembelaan akan meminta Jabatan Peguam Negara menggugurkan kesemua pertuduhan berhubung perhimpunan berkenaan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.
"Mereka (pendakwaan) membuat pertuduhan dengan hanya berdasarkan Perintah Mahkamah Majistret bertarikh 26 April yang melarang perhimpunan itu diadakan.
Kini Mahkamah Rayuan mengetepikan perintah itu selepas menerima hujah kami iaitu majistret berkenaan gagal mematuhi Seksyen 98 Kanun Tatacara Jenayah ketika mengeluarkannya," katanya.
Pada prosiding hari ini, Chegubard turut diwakili peguam utama Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden manakala Mohamed Azmin oleh Datuk C.V Prabakaran.
Sementara itu, Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria yang mengetuai pendakwaan berkata beliau akan memfailkan notis rayuan di Mahkamah Persekutuan.
Pada 26 April 2012, Majistret Zaki Asyraf mengeluarkan perintah itu yang melarang sebarang perhimpunan di Dataran Merdeka antara 28 April dan 1 Mei 2012 serta memberi amaran agar orang ramai tidak menyertainya.
Chegubard dan Mohamed Azmin memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi bagi membatalkan pertuduhan terhadap mereka mengikut Akta Perhimpunan Aman atas alasan perintah itu tidak sah kerana dikeluarkan di luar bidang kuasa Zaki.
Selain Mohamed Azmin dan Chegubard, penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tangam Raju, Rajesh Kumar Gejinder serta Farhan Ibrahim berdepan pertuduhan serupa.
Mereka merupakan kumpulan pertama yang didakwa mengikut Akta Perhimpunan Aman. - Bernama
Petugas PAS usung rumah ahli Umno dihanyut banjir
- Jan 06, 2014
- KHAIRIL ABDUL RAHIM
KUANTAN: Bagi merealisasikan tema 'Rahmat Untuk Semua' berlainan anutan parti politik tidak menghalang PAS Kawasan Paya Besar melaksanakan kebajikan dengan bergotong-royong mengusung rumah hanyut akibat banjir besar yang bermula 3 Disember lalu.
Menurut Yang Dipertua PAS Kawasan Paya Besar, Mohd Tarmizi Yahaya, dalam gotong-royong tersebut PAS kawasan bersama 120 orang daripada Unit Amal, ahli PAS cawangan dan penduduk kampung berjaya mengalihkan semula rumah milik seorang ahli Umno di Kampung Bukit Rangin di sini.
Katanya, rumah tersebut hanyut daripada tapak asal sejauh kira-kira 15 meter akibat banjir paling buruk yang melanda ibu negeri Pahang ini bulan lalu dan tersadai di tanah jiran sebelahnya.
“Alhamdulillah, hari ini (semalam) hanya dalam tempoh dua jam kami telah berjaya mengembalikan semula rumah hanyut itu ke tapak asal dengan kerjasama semua.
“Kami membantu mereka yang memerlukan tanpa mengira parti, mana-mana pihak yang memerlukan bantuan, kami sedia membantu sejak awal-awal banjir lagi,” katanya.
Menurut Tarmizi, daerah Kuantan dilanda bencana banjir paling buruk dalam sejarah sehingga hampir 30,000 penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir.
Tambahnya, Kampung Bukit Rangin antara yang paling teruk terjejas kerana berada tidak jauh dari Sungai Kuantan.
Mohd Tarmizi berkata, sejak awal banjir atas inisiatif Unit Amal PAS Kawasan Paya Besar telah turun membantu seperti menyelamatkan nyawa dengan memindahkan mangsa, mengagihkan makanan kepada yang terputus hubungan hinggalah kepada banjir surut dengan bergotong-royong pula mencuci rumah mangsa dan memberi bantuan persekolahan.
“Ini ujian Allah kepada kita, tetapi dari sudut positif, kita dapat mengeratkan hubungan serta menjalin kerjasama antara satu sama lain," katanya.
Sementara itu, pemilik rumah yang hanyut, Wan Badrol Shah, 25, berkata, kejadian banjir penghujung tahun lepas merupakan yang terburuk pernah berlaku di kampung tersebut yang menyebabkan kebanyakan penduduk tinggal sehelai sepinggang.
“Akibat arus deras, rumah milik keluarga saya hanyut, dan kami masih bersyukur kerana ia tidak dihanyutkan jauh.
“Sekurang-kurangnya ada harapan untuk kami membaiki dan berjayanya ‘meletakkan’ rumah ini ke tapak asalnya,” katanya.
Bughah: Peserta Turun rasa terancam, buat laporan polis
- Jan 06, 2014
- MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR
IPOH: Seorang peserta Himpunan Turun hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang mendakwa peserta himpunan pada malam 31 Disember lalu adalah 'bughah' dan halal darah mereka.
Laporan tersebut dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini kira-kira pukul 3.00 petang bersama Dewan Pemuda PAS Perak yang diketuai oleh Ketuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss bersama Penolong Setiausahanya, Ustaz Hafez Sabri.
Khamisah Abdul Hamid, 55, berkata, kenyataan Harussani itu telah mengancam keselamatan keseluruhan ahli keluarganya yang menyertai himpunan itu.
Menurutnya, ramai yang mengetahui akan kehadiran mereka memandangkan tersiar gambar mereka di himpunan itu di dada-dada akhbar.
"Kami sekeluarga rasa diancam dengan kenyataan Mufti Perak itu, kami terpaksa melalui kehidupan yang tidak tenteram selepas fatwa itu dikeluarkan.
"Darah kami dianggap halal untuk dibunuh, ianya adalah satu kenyataan yang menggalakkan berlakunya keganasan termasuklah pembunuhan," katanya ketika ditemui Harakahdaily.
Dalam pada itu, Dr Raja Iskandar ketika ditemui berkata, fatwa songsang yang dikeluarkan oleh Harussani sangat tidak bertanggungjawab, merbahaya dan telah melanggar kepentingan awam.
Menurutnya, ianya mengundang kepada berlakunya hasutan yang mendorong kepada terjadinya keganasan hatta pembunuhan oleh kerana kenyataannya bahawasanya darah peserta himpunan itu adalah halal.
"Beliau yang berjawatan Mufti negeri Perak boleh menyebabkan masyarakat boleh salah tafsir dengan menyatakan kenyataan tersebut adalah fatwa.
"Ianya juga boleh memberi kesan negatif kepada rakyat negara ini untuk melakukan pembunuhan dan pertumpahan darah serta ketegangan orang ramai sedangkan tidak ada didalam mana-mana peruntukan undang undang boleh mengambil nyawa seseorang seperti itu," katanya.
Tegas beliau, pihak polis diharap dapat membuat satu siasatan yang terperinci tentang kenyataan itu demi kepentingan awam kerana ianya berunsur hasutan ke arah melakukan keganasan.
Angin kencang bahayakan aktiviti pantai, perkapalan dan pelantar minyak
- Jan 06, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Angin kencang dan laut bergelora kategori kedua yang kini melanda perairan Condore & Reef North dijangka berterusan sehingga Jumaat ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia berkata angin berkelajuan 50-60kmsj dengan ombak mencapai ketinggian 4.5 meter yang berlaku di kawasan itu berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.
Angin kencang dan laut bergelora kategori kedua yang kini melanda perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur pula dijangka berterusan sehingga hari ini.
Angin berkelajuan 40-50kmsj dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter yang berlaku di kawasan itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut, kata jabatan itu dalam kenyataan hari ini.
Jabatan itu berkata ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Sarawak (Kuching, Mukah, Bintulu dan Miri) serta Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah (Pantai Barat dan Kudat) dijangka berterusan sehingga awal petang ini. - Bernama
Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib
- Jan 06, 2014
- HAZAYANI ZAKARIA
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, inilah masa sebenar dan terbaik bagi mewujudkan Rekonsiliasi Nasional antara Kerajaan BN dan Pakatan Rakyat khususnya bagi menangani kemelut ekonomi dan pertentangan agama yang sedang melanda negara.
Menurutnya, dengan keadaan yang berlaku sekarang ini, nampaknya BN seolah-olah tidak mampu lagi menanganinya.
"Saya menyambut usul yang dibawa oleh perdana menteri tentang agenda rekonsiliasi selepas pilihan raya umum yang lalu.
"Kalaulah kerajaan dalam kemelut ini sudah tidak boleh menangani isu ekonomi dan pertentangan agama maka sudah sampai masanya rekonsiliasi dilaksanakan tapi bukan kerajaaan perpaduan yang kita mahu," kata beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini.
Beliau berkata, BN dan Pakatan Rakyat harus mengambil langkah-langkah tertentu bagi menangani krisis ini.
"Kedua-dua pihak mengadakan langkah-langkah untuk menangani dua krisis ini yang pastinya melibatkan reform dan langkah penambahbaikan institusi kerajaan," katanya.
Ujarnya lagi, antara cadangan merealisasikan agenda itu ialah membentuk kaukus di parlimen secara dwipartisan dan sidang parlimen khas untuk membincangkan agenda tersebut.
Samy Vellu bawa rombongan ke India
- Jan 06, 2014
- M. Saraswathi
Difahamkan semasa acara itu, Samy Vellu akan membuat kunjungan hormat ke atas beberapa menteri utama di India.
Perbincangan semasa pertemuan itu dijangka mengenai isu projek berkaitan infrastruktur kepentingan bersama antara Putrajaya dan New Delhi.
PBD diadakan sejak 9 Jan 2003 untuk mengiktiraf sumbangan komuniti India di luar negara bagi pembangunan India.
PBD ke-12 yang akan diadakan di New Delhi dari 7 hingga 9 Jan 2014 bertemakan 'Engaging Diaspora: Connecting Across Generations'.
Turut akan menghadiri persidangan itu ialah Presiden MIC yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel, Timbalan Presiden MIC yang juga Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam, Naib Presiden MIC yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M. Saravanan, Penyelaras Putera MIC Kebangsaan yang juga Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan dan pegawai kerajaan pusat dan negeri.
Konvensyen ini menyediakan platform kepada masyarakat India di luar negara melibatkan diri dengan kerajaan dan rakyat dari negara nenek moyang mereka untuk aktiviti yang memberi manfaat bersama.
Ia juga berguna bagi tujuan perhubungan antara masyarakat India di luar negara yang menetap di serata dunia dan bagi membolehkan mereka berkongsi pengalaman dalam pelbagai bidang.
Semasa acara itu, individu yang memiliki merit luar biasa akan menerima anugerah berprestij 'Pravasi Bharatiya Samman Award' untuk menghargai peranan mereka dalam pembangunan India.
PBD juga menyediakan forum untuk membincangkan isu-isu utama berkaitan diaspora India. - Bernama
Halal darah: Pemuda PAS Kelantan lapor polis
- Jan 06, 2014
- Salmah Mat Husain
KOTA BHARU: Pemuda PAS Kelantan turut membuat laporan polis ke atas kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang menyifatkan peserta Himpunan Turun 31 Disember 2013 lepas sebagai 'bughah' dan halal darah mereka.
Laporan polis tersebut dibuat serentak di seluruh negeri Kelantan oleh semua Dewan-Dewan Pemuda PAS Kawasan di negeri itu petang semalam.
Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari, ketika ditemui berkata, laporan polis itu dibuat bertujuan memohon polis menyiasat dakwaan Mufti Perak itu yang disifatkan boleh menyebabkan huru-hara dan menghasut.
Bahkan katanya, jika dibiarkan tidak mustahil fatwa 'halal darah' yang dikeluarkan itu akan digunakan oleh pihak tertentu untuk mencetuskan kejadian yang tidak diingini.
"Hari ini sahaja, 6 kawasan di seluruh negeri Kelantan membuat laporan polis iaitu Pasir Mas, Rantau Panjang, Kuala Krai, Machang, Kota Bharu dan Pengkalan Chepa.
“Laporan polis ini dibuat di kawasan masing-masing. manakala selebihnya akan membuat laporan hari ini, katanya ketika mengetuai rombongan Dewan Pemuda PAS Kawasan Pasir Mas dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Rantau Panjang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas semalam.
Beliau berharap, dengan laporan polis yang dibuat di seluruh negeri itu, pihak keselamatan mengambil serius dan melakukan siasatan segera.
Katanya, sebarang kelewatan di dalam menyelesaikan siasatan itu akan menyebabkan rakyat beranggapan fatwa 'halal darah' itu diterima dan tidak merupakan satu kesalahan.
“Ianya juga akan mengelirukan rakyat berhubung perkara itu," ujarnya lagi.
PROSEDUR PENGELUARAN FATWA PERINGKAT KEBANGSAAN
PENDAHULUAN
Pada
era masa kini, fatwa dilihat begitu penting dalam menyelesaikan
permasalahan atau isu yang timbul di kalangan umat Islam. Sesuatu isu
yang timbul itu berlaku adalah rentetan daripada perubahan zaman yang
makin bertambah maju. Ianya adalah amat berbeza sekali jika dibandingkan
dengan situasi zaman dahulu seperti zaman kehidupan junjungan besar
yang mulia iaitu Rasulullah S.A.W. Pada zaman tersebut isu-isu yang
menjadi kesamaran bagi umat Islam agak sedikit. Sekiranya sesuatu isu
itu timbul, umat Islam akan terus merujuk perkara tersebut pada Baginda
yang merupakan satu-satunya sumber rujukan utama dalam segala
permasalahan.
Kembali semula pada era masa kini, pengeluaran sesuatu fatwa
itu mempunyai adab, kaedah dan juga cara serta syarat yang telah
ditetapkan bagi membolehkan sesuatu fatwa itu dikeluarkan.
Perkara-perkara yang telah ditetapkan ini adalah untuk mengelakkan
daripada berlakunya sebarang kesilapan atau kekhilafan dalam memberikan
jawapan pada sesuatu masalah yang timbul.
Di negara Malaysia ini sendiri turut mengaplikasikan cara
ataupun kaedah seperti di atas dalam melakukan proses mengeluarkan
sesuatu fatwa. Oleh hal demikian, telah ditubuhkan satu institusi fatwa
dalam negara ini. Ia adalah satu badan yang ditubuhkan untuk menguruskan
penjelasan hukum mengenai masalah yang berkaitan dengan agama Islam di
Malaysia.
PENGERTIAN FATWA
Setiap
istilah yang ada di muka bumi ini mempunyai maksud yang tersendiri,
begitu juga dengan fatwa. Fatwa boleh dibahagikan kepada dua, iaitu dari
sudut bahasa dan dari sudut istilahnya. Perkataan fatwa sebenarnya
berasal daripada bahawa Arab, oleh yang demikian segala rujukan makna
dan maksudnya diambil dan dipetik daripada buku-buku bahasa Arab yang
muktabar. Perkataan fatwa mempunyai tiga perkataan bagi menunjukkan
makna tersebut iaitu fatwa, futya dan futwa.( Zulkifli Mohamad al-Bakri 2008:3)
Dalam ketiga-tiga perkataan yang dinyatakan, kesemuanya
menunjukkan maksud yang hampir sama. Pertama ialah memberi penjelasan
tentang sesuatu perkara oleh seseorang yang faqih. Dalam hal ini, mereka yang bergelar faqih
akan menerangkan dan menjelaskan masalah atau sesuatu perkara sama ada
yang telah berlaku mahupun yang belum berlaku. Maksud yang kedua ialah
penerangan perkara yang musykil dan kesamaran tentang hukum. Manakala
yang terakhir pula ialah memberi jawapan bagi sesuatu masalah oleh
seorang faqih.
Asal ketiga-tiga sebutan di atas adalah daripada perkataan
fatwa yang bermaksud pemuda yang sihat, cergas dan gagah (Zulkifli
Mohamad al-Bakri 2008:4). Hal ini dikaitkan dengan fatwa kerana apabila
seseorang mufti mengeluarkan fatwa kepada perkara yang menjadi
kesamaran, maka fatwanya itu menjadikan suatu hukum tersebut lebih kuat
dan kukuh. Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa perkataan fatwa itu
seperti pemuda yang berusia muda. Lantaran itu, seseorang mufti yang
mengeluarkan fatwa tentang sesuatu hukum akan turut memberi maksud telah
memperbaharui hukum tersebut. (Zulkifli Mohamad al-Bakri 2008:4)
Manakala apabila dilihat fatwa menurut istilah pula, ulama
usul telah memberikan pelbagai definisi mengenai fatwa. Antaranya ialah
fatwa merupakan hasil ijtihad. Hal ini kerana apabila mufti ingin
mengeluarkan sesuatu hukum maka perlu kepada usaha ijtihad bagi
menyelesaikan sesuatu perkara. Fatwa juga didefinisikan sebagai jawapan
kepada soalan terhadap perkara yang berlaku. Selain itu, fatwa dianggap
sebagai mengkhabarkan hukum Allah pada sesuatu perkara yang mesti atau
harus. (Zulkifli Mohamad al-Bakri 2008:5)
HUKUM FATWA
Dalam
konteks masyarakat Islam sekarang ini, fatwa sangat diperlukan dan
penting bagi mengetahui satu-satu hukum syarak dengan tepat dan benar.
Hukum fatwa mengikut pandangan kebanyakan ulama adalah fardhu kifayah.
Hal ini kerana fatwa termasuk sebahagian daripada keperluan agama yang
sepatutnya dan semestinya wujud demi maslahah dan manfaat umum. Dengan
adanya fatwa, masyarakat dapat menyelesaikan banyak masalah dan
kemusykilan hidup yang berkaitan dengan agama. (Zulkifli Mohamad
al-Bakri 2008:3)
MUFTI DAN KELAYAKANNYA
Pada
zaman kehidupan Rasullah S.A.W dan para Sahabat, Baginda merupakan
satu-satunya mufti yang berkelayakan dalam mengeluarkan sesuatu fatwa
dalam sesuatu masalah atau isu yang timbul. Baginda juga merupakan
utusan Allah S.W.T yang terakhir dan kebanyakkan perkataan yang
diucapkan adalah wahyu yang telah diturunkan oleh Allah kepada Baginda.
Begitulah juga hal keadaan Baginda dalam mengeluarkan fatwa pada ketika
itu yang sememangnya tidak boleh dinafikan dari segi kelayakan Baginda
selaku mufti. Selepas kewafatan Baginda, kedudukan mufti ini telah
disandang oleh para sahabat dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang
timbul.
Selepas sekian lama, zaman dan masa turut berubah. Kelayakan
seseorang sebagai mufti juga telah berubah kerana tidak ada lagi
individu-individu yang mampu mengeluarkan fatwa sebagaimana kemampuan
yang telah dimiliki oleh para Sahabat dan zaman selepasnya. Maka tugas
seorang mufti bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan kerana
seseorang yang menjadi mufti mestilah mempunyai kelayakan untuk memegang
jawatan tersebut. Ini adalah kerana seseorang yang menjadi mufti perlu
mempunyai pengetahuan dan ilmu yang tinggi dalam menyelesaikan sesuatu
masalah atau isu yang timbul.
Seseorang yang menjadi mufti juga hendaklah celik dan mahir
tentang realiti kehidupan semasa disamping dapat mengaitkan fatwanya
dengan kehidupan manusia. Mufti juga tidak boleh hanya sekadar menulis
teori-teori yang bersifat kosong ataupun memberikan fatwa yang bersifat
tergantung. Dengan hasil usahanya untuk membuat penelitian dan juga
memahami realiti semasa kehidupan masyarakat. Secara tidak langsungnya
juga, ia dapat membuat batasan yang tertentu serta menetapkan
kepentingan-kepentingan yang perlu dijaga. (Hasnan Kasan 2008:52)
Dari segi kelayakan seseorang mufti untuk mengeluarkan
fatwa, ia telah dikategorikan oleh Ibnu ‘Abidin kepada tujuh jenis:
(Hasnan Kasan 2008:54)
i) Mufti
bertaraf mujtahid yang telah mewujudkan kaedah perundangan Islam
sendiri (qawa’id al-usul) dan cara mengeluarkan hukum furuk melalui
al-Quran, al-Sunnah, Ijmak dan qiyas
tanpa berpegang kepada mana-mana dasar yang diamalkan oleh seseorang
imam mujtahid lain. Imam mazhab yang empat telah termasuk dalam kategori
ini.
ii) Mufti
yang mampu mengeluarkan hukum melalui dalil-dalil dan kaedah-kaedah
yang telah diterangkan oleh imam mereka yang bertaraf mujtahid.
Kadangkala mereka mengeluarkan hukum furuk yang bercanggah dengan hukum
yang telah ditetapkan oleh imam yang mereka ikuti. Namun demikian, mufti
kategori ini masih berpegang dengan kaedah perundangan telah ditetapkan
oleh imam mereka yang bertaraf mujtahid.
iii) Mufti
yang hanya mengeluarkan fatwa mengenai masalah furuk tanpa bercanggah
dengan kaedah yang telah ditetapkan oleh imam mereka serta tidak lari
dari kaedah-kaedah perundangan yang telah dijelaskan oleh imam mereka.
Fatwa yang telah dikeluarkan oleh mufti kategori ini hanylah berkenaan
masalah yang belum jelas hukumnya dengan berlandaskan kaedah yang telah
ditetapkan oleh imam mereka.
iv) Mufti yang bertaraf muqallid.
Mereka ini tidak boleh melakukan ijtihad, akan tetapi disebabkan oleh
mereka telah menguasai kaedah-kaedah dan tempat sandaran hukum yang
telah ditetapkan oleh imam mereka, maka mereka berkemampuan untuk
mentafsirkan hukum yang tidak jelas dan yang ada andaian dua tafsiran
yang telah diasaskan oleh imam mereka. Mufti kategori ini boleh
mengeluarkan hukum berdasarkan al-Qiyas terhadap masalah yang berlaku.
v) Mufti
yang tidak boleh melakukan ijtihad tetapi berupaya mentarjihkan
pendapat imam yang perlu diutamakan dan sesuai dengan kepentingan
masyarakat.
vi) Mufti yang bertaraf muqallid
serta tidak boleh melakukan ijtihad dan tidak dapat mengeluarkan fatwa
secara sendiri. Mereka hanya mampu membezakan tingkatan pendapat imam
mereka. Selain itu, mereka lebih mirip kepada orang yang memberitahu
fatwa yang telah ditetapkan oleh imam mereka.
vii) Mufti muqallid
yang tidak boleh melakukan ijtihad dalam mengeluarkan fatwa serta tidak
berupaya langsung membezakan antara tingkatan pendapat imam mereka
serta tidak mengetahui kaedah perundangan dan dalil yang digunakan oleh
imam mereka. Mufti kategori ini adalah tidak diiktiraf oleh syarak dan
orang awam dilarang mengikut fatwa yang dikeluarkannya.
Kategori-kategori
mufti yang telah dinyatakan seperti di atas sudah berkurangan pada masa
kini akibat daripada perubahan masa yang berlaku. Selain itu, tidak ada
mufti yang mujtahid dalam mengeluarkan fatwa pada masa kini. Maka dalam
konteks Malaysia, kerajaan telah menubuhkan jawatankuasa fatwa seperti
Majlis Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi menyelaras serta menguruskan
hal ehwal fatwa dalam negara ini. Melalui jawatankuasa ini juga dilihat
lebih sesuai berbanding dari pernyataan individu seperti mufti dalam
mengeluarkan sesuatu fatwa.
KAEDAH PENGELUARAN FATWA
Di
dalam mengeluarkan sesuatu fatwa ianya terdapat beberapa kaedah atau
prosedur yang perlu dipatuhi. Di antaranya ialah terdapat satu badan
yang menjadi penyelaras bagi mengendalikan urusan pengeluaran sesuatu
fatwa. Berikut adalah penerangan mengenai kaedah ini:
Organisasi
Struktur
organisasi di dalam setiap pentadbiran melibatkan beberapa jawatankuasa
yang mempunyai peranan dan tugas masing-masing. Setiap institusi pula
mempunyai organisasi untuk mentadbir dan mengurus perjalanannya, begitu
juga dengan fatwa. Perkara yang ingin disentuh dalam perkara ini ialah
mengenai jawatankuasa bagi Majlis Fatwa Peringkat Kebangsaan dan ia
diketuai oleh seorang pengerusi. Skop tugas pengerusi tersebut ialah
bertanggungjawab untuk memanggil ahli-ahli majlis untuk bermuzakarah
sekiranya terdapat sesuatu isu yang timbul.
Seterusnya,
tugas setiausaha pula ialah bertanggungjawab untuk mengendalikan urusan
memanggil atau menjemput setiap ahli majlis untuk bermuzakarah.
Ahli-ahli majlis ini pula terdiri daripada mufti bagi setiap negeri di
Malaysia. Setiap daripada mereka akan dipanggil jika ada sesuatu isu
baru yang timbul dan kemudiannya akan pulang ke negeri masing-masing
dengan membawa keputusan hasil daripada muzakarah peringkat kebangsaan.
Urusetia turut tersenarai dalam organisasi ini dan ia
dipertanggungjawabkan kepada Bahagian Keurusetiaan dan Perhubungan
Antarabangsa, JAKIM. (Zaini Nasohah 2005:9)
Prosedur
mengeluarkan fatwa pada peringkat kebangsaan pula adalah berbeza
berbanding dengan prosedur mengeluarkan fatwa bagi setiap negeri. Ia
adalah membabitkan fatwa bagi sebuah negara dan negeri-negeri yang ada
akan terletak di bawah bidang kuasa fatwa kebangsaan ini. Selain itu,
telah wujud satu Majlis Fatwa Kebangssan bagi memantau dan menyelaraskan
Jawatankuasa Fatwa peringkat negeri-negeri khususnya dalam sesuatu
permasalahan atau isu yang besar yang melibatkan persoalan negara
ataupun akidah umat Islam itu sendiri. Di antara isu yang telah
diselesaikan atau diputuskan ialah sama ada halal atau haram Amanah
Saham Malaysia, pegangan al-Arqam, golongan anti hadis dan lain-lain
lagi.(Zaini Nasohah 2005:8).
Langkah-langkah pengeluaran fatwa
Berikut adalah langkah-langkah yang perlu ada dalam prosedur pengeluaran fatwa peringkat kebangsaan :
1) Permohonan keputusan fatwa.
Pada
peringkat ini, sesuatu isu yang timbul sama ada dari masyarakat mahupun
mufti akan dibawa oleh pengerusi untuk diperbincangkan dalam sesi
muzakarah yang diadakan. Sebelum isu tersebut dibawa dalam sesi
muzakarah, ianya telah melalui satu proses kajian atau penyelidikan oleh
beberapa ahli yang dilantik seperti panel kajian. Golongan ini akan
melakukan semakan hasil draf atau kertas kerja yang mengandungi masalah
atau isu yang timbul. Mereka juga akan memperbaiki kesalahan yang
berlaku pada draf atau kertas kerja tersebut. Seterusnya, selepas draf
atau kertas kerja mengenai isu itu lengkap, ia akan diperbahaskan dengan
baik pada sesi muzakarah.
2) Pertimbangan oleh jawatankuasa fatwa
Pada
peringkat ini, semua ahli majlis akan bermuzakarah bagi kes atau isu
yang timbul dan selanjutnya akan membuat keputusan yang sewajarnya hasil
daripada sesi muzakarah tersebut. Di sini setiap ahli akan menggunakan
kepakaran masing-masing dalam mencari jawapan bagi kes atau isu yang
timbul berdasarkan kepada sumber-sumber pengeluaran hukum seperti
al-Quran, al-Sunnah, Ijmak, qiyas dan Ijtihad ahli fuqaha semasa.
3) Keputusan fatwa dikeluarkan
Pada
peringkat ini pula, hasil keputusan muzakarah tersebut akan dikeluarkan
oleh Pengerusi Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan dan hasil
keputusan tadi hanya disebut sebagai pemberitahuan hukum walaupun ia
telah diumumkan pada masyarakat.
4) Keputusan fatwa dibawa ke peringkat negeri
Pada
peringkat ini, setiap mufti yang mewakili negeri masing-masing akan
membawa keputusan muzakarah pada peringkat kebangsaan ini untuk
diperbincangkan atau diperbahaskan dengan setiap ahli majlis pada
peringkat negeri.
Walaupun sudah terdapatnya fatwa yang telah diputuskan oleh
Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, tetapi masih berlaku kecenderungan bagi
setiap negeri untuk meminda teks fatwa tersebut selepas ia dibawa balik
ke negeri masing-masing dan ditentukan oleh jawatankuasa fatwa negeri
masing-masing. Biarpun keputusan fatwa yang dibuat di peringkat
Kebangsaan itu merupakan keputusan majoriti para mufti yang menjadi
anggota, namun perubahan masih berlaku apabila ia dibincangkan semula di
peringkat negeri walaupun fatwa tersebut adalah keputusan majoriti dari
para mufti. (Zaini Nasohah 2005:8)
Pada peringkat yang terakhir, fatwa tersebut akan disiarkan
sama ada melalui media elektronik dan media cetak selepas diwartakan. Ia
bertujuan bagi mengelakkan dari berlakunya lagi kesamaran di kalangan
masyarakat terhadap sesuatu permasalahan isu yang baru timbul.
PERCANGGAHAN FATWA
Mengenai
hal percanggahan fatwa-fatwa yang dikeluarkan, ia sebenarnya telah
berlaku semenjak zaman para Sahabat lagi. Percanggahan yang berlaku pada
zaman itu adalah disebabkan beberapa faktor dan di antara faktor yang
kebanyakannya berlaku ialah perbezaan sumber hadis yang diterima.
Perkara ini berlaku kerana ada setengah sahabat yang menerima hadis
tertentu tetapi hadis yang sama tidak diterima oleh sahabat yang lain.
(Hasnan Kasan 2008:58)
Dalam soal percanggahan fatwa yang melibatkan dua orang
mufti atau lebih dalam masalah yang sama, hendaklah kita memilih fatwa
yang telah diputuskan oleh mufti yang lebih alim dan warak. Apabila
kedua-dua mufti mempunyai persamaan dalam sifat-sifat tersebut hendaklah
pula mengikut fatwa yang telah diputuskan oleh mufti yang lebih tegas
dan berhati-hati dalam mengeluarkan fatwa. Sekiranya kedua-dua mufti ini
sama juga dalam perkara-perkara ini, maka boleh memilih fatwa apa yang
hendak dituruti. (Hasnan Kasan 2008:58)
Jikalau seorang mufti yang mengikut fatwanya telah meninggal
dunia, kedudukannya akan diganti oleh mufti lain yang baru. Apabila ia
mengeluarkan fatwa yang baru dan ternyata berbeza fatwa dengan yang
telah dibuat oleh mufti yang sebelumnya mengenai masalah yang sama, maka
para ulama usul telah berselisih pendapat dalam menentukan fatwa mana
yang perlu diikuti. Bagi yang berpendapat perlu mengikuti hukum fatwa
yang dibuat oleh mufti yang telah meninggal, mereka memberi alasan
bahawa hukum tersebut tidak terbatal kerana yang meninggal ialah mufti
bukannya fatwa. Manakala yang berpendapat perlu mengikut hukum yang
telah dibuat oleh mufti baru berpendapat mufti yang ada pada masa itu
adalah lebih mengetahui tentang suasana dan keperluan semasa. Hal ini
kerana hidup atau mati seorang mufti itu bukanlah faktor utama sama ada
untuk menggunakan atau meninggalkan fatwa tersebut.
Para
ulama usul mempunyai lima pendapat dalam masalah ini, yang pertamanya
ialah mengambil fatwa yang paling ketat. Kedua ialah mengambil fatwa
yang paling ringan. Ketiga, hendaklah berijtihad untuk menentukan mufti
mana yang lebih utama untuk diikut. Keempat, hendaklah bertanya kepada
mufti lain dan mengikut salah satu mufti yang bercanggah dan menepati
sebagaimana fatwa yang ketiga. Kelima ialah boleh memilih mana-mana
fatwa yang disukai dan dianggap sesuai pada masalah yang dihadapi.
(Hasnan Kasan 2008:59)
Percanggahan
fatwa juga kadangkala berlaku hanya hasil daripada seorang mufti
sahaja. Ianya berlaku kerana adanya perubahan pada fatwa yang
dikeluarkan. Sekiranya mufti ini berijtihad dan menetapkan hukum bagi
satu-satu masalah dan kemudiannya telah berubah ijtihad lalu menetapkan
hukum yang berlainan dengan hukum yang telah diputuskan sebelum ini.
(Hasnan Kasan 2008:59)
KESIMPULAN
Penetapan
fatwa yang telah ditetapkan pada hukum yang telah diputuskan dahulu
berdasarkan dalil qat’ie maka tidak perlu lagi seseorang itu merujuk
fatwa. Hal ini kerana secara jelasnya fatwa terbatal hukum yang
diputuskan berdasarkan dalil yang qat’ie lebih jelas dan benar.
Selain
itu juga, fatwa yang diputuskan hanya dirujuk pada masalah yang masih
belum ada hukum. Hal ini adalah sebagai usaha mengeluarkan fatwa dan
menjaga kemaslahatan manusia agar tidak terlalu menyusahkan. Oleh itu,
hukum yang diputuskan hendaklah dihormati dan dijaga agar dapat
dijadikan rujukan kepada waris akan datang.
Oleh
itu, dapatlah kita ketahui bahawa institusi fatwa adalah satu institusi
yang sangat berguna dan sangat diperlukan dalam menyelesaikan setiap
masalah masyarakat sama ada masalah itu kecil mahupun besar, Institusi
fatwa juga akan turut mengeluarkan hukum bagi masalah yang baru. Oleh
yang demikian, institusi fatwa negara perlu sentiasa diangkat
martabatnya sebagai sebuah institusi yang penting dalam negara dan ia
juga menunjukkan satu kepentingan bagi sebuah negara yang mempunyai
majoriti masyarakat Islam untuk memelihara undang-undang syariah dalam
kehidupan mereka.
RUJUKAN
Ahmad Hidayat Buang (pyt.). 2004. Fatwa di Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan Syariah
dan Undang-Undang Akademi Islam Universiti Malaya.
Hasnan Kasan. 2008. Institusi fatwa di Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Hasnan Kasan. 2010. Institusi fatwa di Malaysia, Temu Bual, 16 Mac.
Jamaluddin al-Qasimi. 1986. Kitab al-fatwa fi al-Islam. Beirut: Dar al-Kutub al-cIlmi .
Zaini Nasohah. 2005. Undang-undang Penguatkuasaan Fatwa di Malaysia. http://pkukmweb.ukm.my/~penerbit/jurnal [1 Mac 2010].
Zulkifli Mohamad al-Bakri. 2008. Fatwa dan mufti: hukum, etika dan sejarah. Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia.
hasil :
MUHAMMAD HAIKAL BIN SUBAHIR
MOHD LUTFI BIN AHMAD KHUZAINI
LUQMAN BIN MAHADI
ULAMA DAN
FATWA
Saya selamanya berpendirian bahawa perkara yang membabitkan
hukum Islam hendaklah terlebih dahulu dibahaskan dikalangan mereka yang ahli
tentangnya untuk diambil kata sepakat sebelum dihebahkan untuk pengetahuan
umum. Ini bagi mengelakkan
timbulnya kekeliruan di kalangan orang ramai disebabkan percanggahan pendapat di
kalangan ahli agama dalam memperjelaskan hukum bagi masalah-masalah yang
berbangkit. Namun perkembangan
akhir-akhir ini memperlihatkan kepada kita bahawa bagi sesetengah pihak,
kepentingan parti dan keghairahan membela kumpulan sendiri semacam telah
menenggelamkan perkiraan-perkiraan tentang kepentingan umum dan keperluan
memelihara kemurnian hukum Islam serta menjaga martabat dan maruah umat
khususnya di kalangan orang bukan Islam.
Dengan
perkembangan ini, perbahasan secara terbuka isu-isu tentang masalah hukum yang
berbangkit menjadi satu keperluan yang tidak dapat dielakkan supaya masyarakat
dapat membuat penilaian manakah hukum yang berpandukan Quran dan Sunnah seperti
yang difahami oleh para ulama yang muktabar, dan hukum yang dipengaruhi oleh
fahaman politik tertentu.
Persoalan
halal dan haram adalah perkara yang sangat besar kedudukannya dalam Islam,
kerana ia merupakan salah satu daripada tugas-tugas utama para Rasul S.A.W. :
"
Orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi yang ummi yang (namanya) mereka dapati
tertulis didalam Taurat dan Injil yang ada disisi mereka, yang menyuruh mereka
mengerjakan yang ma'ruf dan melarang mereka mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang
baik dan mengharamkan bagi mereka
segala yang buruk........ (Maksud ayat 157 Surah
Al-A'raf)."
Dalam
kehidupan muslim ia merupakan kewajipan yang membabitkan aspek kepercayaan dan
amalan. Seseorang muslim wajib
mempercayai setiap hukum yang ditentukan oleh Allah, seperti mempercayai wajib
perkara yang diwajibkan dan haram perkara yang dlharamkan. Kemudian ia wajib beramal dengan hukum
tersebut, iaitu melaksanakan yang wajib dan meninggalkan yang haram
umpamanya.
Menurut
Ibnu al-Qayyim, memperkatakan tentang
halal dan haram tanpa ilmu yang mencukupi dan tanpa dalil merupakan dosa yang
paling besar seperti yang dapat difahami daripada firmannya yang
bermaksud:
"Dan
janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut oleh lidah kamu secara
dusta, ini 'halal dan ini haram,' untuk kamu mengada-adakan pembohongan terhadap
Allah. Sesungguhnya orang-orang
yang ada-adakan pembohongan terhadap Allah tidaklah akan beroleh kejayaan" (An-Nahl :116).
Di
dalam Sunnah juga terdapat banyak
Hadis yang memberi amaran berat terhadap mereka yang memberi fatwa tanpa
kelayakan, antaranya Hadis-Hadis berikut yang bermaksud: " Sesiapa yang
bercakap tentang hukum Quran tanpa ilmu, maka hendaklah ia bersedia mengambil
tempatnya dalam neraka" (AI-Tirmizi).
"Orang
yang paling berani memberi fatwa dikalangan kamu, bermakna ia paling berani
mengharung api neraka" (AlDarami).
Berdasarkan
peringatan-peringatan diatas, para ulama salaf amat takut dan sangat berhati-hati
dalam memberi fatwa. Apabila timbul
sebarang kemusykilan tentang hukum, para Khulafa' Rasyidin mengumpul
Sahabat-Sahabat yang alim bagi mendapatkan pandangan mereka sekalipun
Khalifah-Khalifah itu sendiri merupakan ulama besar. Ata' Bin Al-Saib menyatakan: " Aku
menemui ramai daripada kalangan para sahabat; apabila salah seorang daripada
mereka ditanya mengenai sesuatu masalah hukum, badannya kelihatan menggeletar
ketika memberi jawapan". Al-Qasim Bin Muhammad, salah seorang
daripada tujuh orang ulama terkemuka di Madinah daripada kalangan Tabi'in,
ketika ditanya tentang suatu masalah hukum, beliau inenjawab: " Aku tidak
tahu. Janganlah kamu lihat kepada
panjangnya janggut aku dan ramainya orang disekeliling aku, demi Allah aku tidak
tahu". Imam Malik berkata: " Sesiapa yang
ditanya tentang suatu masalah hukum, sebelum memberi jawapan ia perlulah
terlebih dahulu mengingatkan dirinya bahawa fatwanya itu akan menentukan
nasibnya samada ke syurga atau ke neraka".
Memandangkan
pentingnya kedudukan fatwa dalam Islam, maka para ulama membincangkan persiapan
yang perlu ada pada orang yang ingin berijtihad dan memberi fatwa. Daripada huraian yang dibuat oleh
imam-imam mujtahid seperti Syafiei,
Malik, Ahmad dan lain-lain, Dr Yusof
Qaradawi merumuskan seperti berikut: Tidak harus memberi fatwa bagi mereka
yang tidak mahir dalam ilmu Usul Fiqh;
tentang qias dan illatnya, dan bila qias boleh digunakan. Begitu juga tidak harus memberi fatwa
mereka yang tidak mengkaji pendapat-pendapat ulama dalam kitab-kitab mereka,
dalil-dalil yang digunakan serta masalah-masalah yang terhadap persepakatan dan
perbezaan pandangan mereka (Dr Yusof
al-Qaradawi, al-Fatwa).
Dalam
pengajian Syariah, ilmu yang khusus
membicarakan tentang kaedah berijtihad bagi mengeluarkan hukum daripada Quran
dan Sunnah serta dalil-dalil yang lain dikenali dengan ilmu Usul al-Fiqh. Imam Syafi'ei yang begitu alim
tentang Quran dan Sunnah serta mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bahasa Arab
dan kesusasteraannya, memerlukan kaedah tertentu untuk
berijtihad.
Beliau
telah berusaha mengkaji dan merumuskan kaedah-kaedah yang perlu digunakan dalam
berijtihad dan dimuatkan dalam kitabnya al-Risalah. Menurut Imam Syafiei, "Tidak halal bagi
seseorang memberi fatwa dalam agama Allah melainkan mereka yang arif tentang
ilmu al Quran; tentang ayat nasikh dan mansukh, arif tentang al-Hadis, serta mempunyai pengetahuan
yang mendalam dalam bahasa Arab dan kesusasteraannya. Kemudian ia mengetahui pula hukum-hukum
yang telah dibahaskan oleh para ulama"(lihat Ibnu alQayyim, I'laam al
Muwqqi'in).
Setelah
mengetahui persyaratan yang perlu ada pada orang yang memberi fatwa seperti yang
disebutkan oleh para ulama diatas, adalah dirasakan munasabah diambil kira latar
belakang Haji Abdul Nik Aziz sebagai orang yang memberi fatwa, sebelum fatwanya
dihujahkan khususnya daripada segi kemampuan ilmiah berdasarkan pengkhususan
yang beliau miliki.
"Orang
yang paling berani memberi fatwa dikalangan kamu, bermakna ia paling berani
mengharung api neraka" (AlDarami).
Di
dalam Sunnah juga terdapat banyak
Hadis yang memberi amaran berat terhadap mereka yang memberi fatwa tanpa
kelayakan, antaranya Hadis-Hadis berikut yang bermaksud: " Sesiapa yang
bercakap tentang hukum Quran tanpa ilmu, maka hendaklah ia bersedia mengambil
tempatnya dalam neraka" (AI-Tirmizi).
"Orang
yang paling berani memberi fatwa dikalangan kamu, bermakna ia paling berani
mengharung api neraka" (AlDarami).
Di
dalam Sunnah juga terdapat banyak
Hadis yang memberi amaran berat terhadap mereka yang memberi fatwa tanpa
kelayakan, antaranya Hadis-Hadis berikut yang bermaksud: " Sesiapa yang
bercakap tentang hukum Quran tanpa ilmu, maka hendaklah ia bersedia mengambil
tempatnya dalam neraka" (AI-Tirmizi).
"Orang
yang paling berani memberi fatwa dikalangan kamu, bermakna ia paling berani
mengharung api neraka" (AlDarami).
Berdasarkan
peringatan-peringatan diatas, para ulama salaf amat takut dan sangat berhati-hati
dalam memberi fatwa. Apabila timbul
sebarang kemusykilan tentang hukum, para Khulafa' Rasyidin mengumpul
Sahabat-Sahabat yang alim bagi mendapatkan pandangan mereka sekalipun
Khalifah-Khalifah itu sendiri merupakan ulama besar. Ata' Bin Al-Saib menyatakan: " Aku
menemui ramai daripada kalangan para sahabat; apabila salah seorang daripada
mereka ditanya mengenai sesuatu masalah hukum, badannya kelihatan menggeletar
ketika memberi jawapan". Al-Qasim Bin Muhammad, salah seorang
daripada tujuh orang ulama terkemuka di Madinah daripada kalangan Tabi'in,
ketika ditanya tentang suatu masalah hukum, beliau inenjawab: " Aku tidak
tahu. Janganlah kamu lihat kepada
panjangnya janggut aku dan ramainya orang disekeliling aku, demi Allah aku tidak
tahu". Imam Malik berkata: " Sesiapa yang
ditanya tentang suatu masalah hukum, sebelum memberi jawapan ia perlulah
terlebih dahulu mengingatkan dirinya bahawa fatwanya itu akan menentukan
nasibnya samada ke syurga atau ke neraka".
Memandangkan
pentingnya kedudukan fatwa dalam Islam, maka para ulama membincangkan persiapan
yang perlu ada pada orang yang ingin berijtihad dan memberi fatwa. Daripada huraian yang dibuat oleh
imam-imam mujtahid seperti Syafiei,
Malik, Ahmad dan lain-lain, Dr Yusof
Qaradawi merumuskan seperti berikut: Tidak harus memberi fatwa bagi mereka
yang tidak mahir dalam ilmu Usul Fiqh;
tentang qias dan illatnya, dan bila qias boleh digunakan. Begitu juga tidak harus memberi fatwa
mereka yang tidak mengkaji pendapat-pendapat ulama dalam kitab-kitab mereka,
dalil-dalil yang digunakan serta masalah-masalah yang terhadap persepakatan dan
perbezaan pandangan mereka (Dr Yusof
al-Qaradawi, al-Fatwa).
Dalam
pengajian Syariah, ilmu yang khusus
membicarakan tentang kaedah berijtihad bagi mengeluarkan hukum daripada Quran
dan Sunnah serta dalil-dalil yang lain dikenali dengan ilmu Usul al-Fiqh. Imam Syafi'ei yang begitu alim
tentang Quran dan Sunnah serta mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bahasa Arab
dan kesusasteraannya, memerlukan kaedah tertentu untuk
berijtihad.
Beliau
telah berusaha mengkaji dan merumuskan kaedah-kaedah yang perlu digunakan dalam
berijtihad dan dimuatkan dalam kitabnya al-Risalah. Menurut Imam Syafiei, "Tidak halal bagi
seseorang memberi fatwa dalam agama Allah melainkan mereka yang arif tentang
ilmu al Quran; tentang ayat nasikh dan mansukh, arif tentang al-Hadis, serta mempunyai pengetahuan
yang mendalam dalam bahasa Arab dan kesusasteraannya. Kemudian ia mengetahui pula hukum-hukum
yang telah dibahaskan oleh para ulama"(lihat Ibnu alQayyim, I'laam al
Muwqqi'in).
Setelah
mengetahui persyaratan yang perlu ada pada orang yang memberi fatwa seperti yang
disebutkan oleh para ulama diatas, adalah dirasakan munasabah diambil kira latar
belakang Haji Abdul Nik Aziz sebagai orang yang memberi fatwa, sebelum fatwanya
dihujahkan khususnya daripada segi kemampuan ilmiah berdasarkan pengkhususan
yang beliau miliki.
MARI TENGOK KELULUSAN HARUSSANI - LAYAKKAH DIA JADI MUFTI?
Written By canang on Jumaat, 3 Januari 2014 | 1/03/2014 12:04:00 PTG
Pendidikan
• Sekolah Melayu Kampung Kedah, Parit Buntar, Perak
• Anglo Chinese School, Parit Buntar, Perak
• 1956 – 1959: Sekolah Idrisiah, Kuala Kangsar, Perak
• 1959 – 1960: Kuliah Al-Attas, Johor Bharu,Johor
• 1960 – 1964: Diploma Pendidikan, Sijil Tertinggi Kolej Islam Malaya, Klang, Selangor.
• Kursus pendedahan di Muslim College of London, United Kingdom (10 Januari – 29 Jun 1989)
Kerjaya
• 1964 – 1967: Cawangan Khas, Kementerian Dalam Negeri
• 1967 – 1973: Kadi, Jabatan Agama Pulau Pinang
• 1968 – 1978: Pensyarah Sambilan, Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang, Gelugor, Pulau Pinang.
• 1970 – 1984: Pensyarah Sambilan, Sekolah Latihan Pergigian Pulau Pinang
• 1973 – 1985: Kadi Besar, Jabatan Agama Pulau Pinang
• 1985 – 1992: Mufti Kerajaan Negeri Perak, Jabatan Agama Perak
• 1992 – Sekarang: Mufti Perak, Jabatan Mufti Negeri Perak
Layakkah dgn kelulusan yg dipegang oleh En Harusani menjawat jawatan mufti?
***Tahukah anda ada ramai ustaz ambil PHD di London bergurukan seorang yahudi yang hafal Al-Quran dan hadis???
Jika belajar Islam bergurukan yahudi adakah anda yakin si yahudi itu tidak menanam doktrin kepercayaannya diselitkan dalam ilmu Islam?
Pelajar yang tidak sependapat dengannya GAGAL dalam kursus PHD tersebut. Pulang kosong tanpa PHD. Tetapi pelajar yang menurut fahamannya akan lulus dan pulang bergaya dengan PHD agama Islam.... Inilah haramjadah sebenar. Gua sedang mencungkil maklumat penuh isu bergurukan yahudi ini
Gendang Perang
perrggghhh !! Mufti ku ... kiki
PATUT LA PUN!!!! PEPATAH MENGATAKAN "KAWAN DENGAN SAUDAGAR MINYAK WANGI KITA PUN BERBAU WANGI JUGA, KAWAN DENGAN TUKANG BESI KITA PUN JADI MACAM BESI JUGA" BETOI KA ??? KAKAKAKAKAKA...
Monday, January 6, 2014
Ini jer kelususan Harussani patut la kena sekolahkan
Tan Sri Datuk Harussani Zakaria, mufti Perak sejak tahun 1985 merupakan mufti paling lama berkhidmat di negara ini dan juga satu-satunya mufti yang tidak mempunyai kelulusan ikhtisas iaitu sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda.
Beliau adalah mufti yang dilihat paling cenderung menyokong kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) dan mengeluarkan kenyataan dan fatwa mengelirukan. Hari ini, melalui portal Malaysiakini, Harussani mendakwa mereka yang menyertai perhimpunan Turun pada malam menyambut tahun baru, halal darahnya dikorbankan. Beliau menggelar mereka ini sebagai pemberontak ataupun di dalam terma bahasa Arabnya ialah “bughah”.
Harussani pada zamannya pada tahun-tahun 1985 di mana ketika itu para cendekiawan Islam berkelulusan luar negara tidak ramai. Jika ada sekalipun, ramai yang memilih menyertai fakulti pengajian Islam di universiti-universiti awam Malaysia sebagai tenaga pengajar.
Namun, ramai kurang gemar dengan tindakan membiarkan Harussani terus menjawat jawatan tertinggi agama di negeri itu sedangkan hari ini sudah ramai anak negeri Perak yang sudah berjaya di peringkat pengajian tertinggi seperti Doktor Falsafah di dalam pengajian berkaitan Islam. Walaupun begitu, perlantikan ke jawatan mufti ini tidak di bawah kerajaan negeri tetapi terus di bawah Sultan yang merupakan ketua agama negeri.
Harussani yang dilahirkan di Parit Buntar, Perak kini dilihat sebagai mufti yang kuat berpolitik hanya mempunyai kelulusan peringkat sijil di pusat pengajian tempatan. Beliau hanya mempunyai kelulusan Sijil Tertinggi Kolej Islam Kelang pada tahun 1964 di mana ketika itu kelulusan tersebut sama tarafnya dengan diploma. Seperti dinyatakan pada zaman awal tersebut, tidak ramai mereka yang berpengajian Islam yang tinggi maka Harussani mempunyai peluang berjaya di dalam pentadbiran Islam yang luas.
Malah, dengan pengalamannya sebagai pengajar agama Islam di beberapa maktab perguruan juga memberi peluang kepadanya untuk memperoleh jawatan yang baik kerana kekurangan mereka yang berpendidikan ijazah sarjana muda berkaitan agama Islam pada ketika itu dalam pentadbiran awam.
Beliau dilantik oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah menjadi mufti pada tahun 1985 dan sehingga kini tiada lagi anak watan Perak yang dilantik untuk menggantikan beliau meskipun sudah ramai yang belajar sehingga ke Timur Tengah dalam pengajian Islam. Namun begitu, beliau dianugerahkan dengan Doktor Kehormat yang membawa gelaran “Doktor” dalam kurungan oleh Sultan sendiri yang merupakan Canselor Universiti Malaya pada tahun 2001.
Namun begitu, semua sedia maklum anugerah Doktor Kehormat Syariah hanya bersifat mengiktiraf tugas dan sumbangan dan ini tidak mencerminkan ilmu sepertimana yang ada dalam pemberian Doktor Falsafah yang hanya boleh diambil selepas menyelesaikan ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan mempunyai kemampuan menulis jurnal berwasit dan bersifat pengkaji ilmiah.
Malah, tidak salah untuk mengatakan mana-mana anugerah Doktor Kehormat di kebanyakan universiti di Malaysia bersifat politik dan perniagaan. Contohnya apabila sebuah universiti di Malaysia yang menganugerahkan Doktor Kehormat Ekonomi kepada pemimpin diktator Korea Utara, Kim Jong Un yang belum pun berumur 30 tahun semata-mata untuk berharap dapat menarik lebih banyak pelajar dari Korea Utara untuk dihantar belajar di universiti swasta berkenaan.
Tindakan terbaru Harussani ini yang cuba “”menumpahkan” darah adalah amat dikesali ramai pihak. Tindakan beliau yang memprovokasikan keadaan memburukkan nama baik Sultan yang merupakan ketua agama Islam di negeri Perak. Terlalu banyak yang sudah dilakukan Harussani sejak dahulu lagi yang mengguris hati umat Islam meskipun beliau hanya mufti di sebuah negeri di Malaysia.
Meskipun Harussani banyak menulis di majalah dan buku (walaupun bukan dikategorikan sebagai ilmiah), ia masih jauh meletakkan beliau sebagai ulama sebenarnya. Namun sekarang, Harussani perlu berlapang dada dan menyedari kedudukan diri sendiri yang sebenarnya seorang yang tidak layak pada abad hari ini kerana sudah terlalu ramai anak watan Perak yang jauh lebih baik kelulusan akademiknya daripada Harussani.
Biarlah artikel ingatan ini ditujukan kepadanya supaya ingat bahawa ramai orang tahu kecetekan ilmunya itu tetapi malas sebelum ini untuk membuat bising. Tetapi kali ini Harussani melampau dan ego besar, sudah sampai masanya Harussani diingatkan bahawa Harussani ini tidak ada apa-apa pun yang baik tentangnya dalam pembangunan ummah di negeri Perak dan Malaysia.
EDISI BONGKAR SAMPAI TERBURAI!!!! ... HARUSSANI HANYA LULUSAN DIPLOMA PENDIDIKAN ISLAM???????
Tan Sri Datuk Harussani Zakaria, mufti Perak sejak tahun 1985 merupakan mufti paling lama berkhidmat di negara ini dan juga satu-satunya mufti yang tidak mempunyai kelulusan ikhtisas iaitu sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda.
Beliau adalah mufti yang dilihat paling cenderung menyokong kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) dan mengeluarkan kenyataan dan fatwa mengelirukan. Hari ini, melalui portal Malaysiakini, Harussani mendakwa mereka yang menyertai perhimpunan Turun pada malam menyambut tahun baru, halal darahnya dikorbankan.
Beliau menggelar mereka ini sebagai pemberontak ataupun di dalam terma bahasa Arabnya ialah “bughah”.
Harussani pada zamannya pada tahun-tahun 1985 di mana ketika itu para cendekiawan Islam berkelulusan luar negara tidak ramai. Jika ada sekalipun, ramai yang memilih menyertai fakulti pengajian Islam di universiti-universiti awam Malaysia sebagai tenaga pengajar.
Namun, ramai kurang gemar dengan tindakan membiarkan Harussani terus menjawat jawatan tertinggi agama di negeri itu sedangkan hari ini sudah ramai anak negeri Perak yang sudah berjaya di peringkat pengajian tertinggi seperti Doktor Falsafah di dalam pengajian berkaitan Islam. Walaupun begitu, perlantikan ke jawatan mufti ini tidak di bawah kerajaan negeri tetapi terus di bawah Sultan yang merupakan ketua agama negeri.
Harussani yang dilahirkan di Parit Buntar, Perak kini dilihat sebagai mufti yang kuat berpolitik hanya mempunyai kelulusan peringkat sijil di pusat pengajian tempatan. Beliau hanya mempunyai kelulusan Sijil Tertinggi Kolej Islam Kelang pada tahun 1964 di mana ketika itu kelulusan tersebut sama tarafnya dengan diploma. Seperti dinyatakan pada zaman awal tersebut, tidak ramai mereka yang berpengajian Islam yang tinggi maka Harussani mempunyai peluang berjaya di dalam pentadbiran Islam yang luas.
Malah, dengan pengalamannya sebagai pengajar agama Islam di beberapa maktab perguruan juga memberi peluang kepadanya untuk memperoleh jawatan yang baik kerana kekurangan mereka yang berpendidikan ijazah sarjana muda berkaitan agama Islam pada ketika itu dalam pentadbiran awam.
Beliau dilantik oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah menjadi mufti pada tahun 1985 dan sehingga kini tiada lagi anak watan Perak yang dilantik untuk menggantikan beliau meskipun sudah ramai yang belajar sehingga ke Timur Tengah dalam pengajian Islam. Namun begitu, beliau dianugerahkan dengan Doktor Kehormat yang membawa gelaran “Doktor” dalam kurungan oleh Sultan sendiri yang merupakan Canselor Universiti Malaya pada tahun 2001.
Namun begitu, semua sedia maklum anugerah Doktor Kehormat Syariah hanya bersifat mengiktiraf tugas dan sumbangan dan ini tidak mencerminkan ilmu sepertimana yang ada dalam pemberian Doktor Falsafah yang hanya boleh diambil selepas menyelesaikan ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan mempunyai kemampuan menulis jurnal berwasit dan bersifat pengkaji ilmiah.
Malah, tidak salah untuk mengatakan mana-mana anugerah Doktor Kehormat di kebanyakan universiti di Malaysia bersifat politik dan perniagaan. Contohnya apabila sebuah universiti di Malaysia yang menganugerahkan Doktor Kehormat Ekonomi kepada pemimpin diktator Korea Utara, Kim Jong Un yang belum pun berumur 30 tahun semata-mata untuk berharap dapat menarik lebih banyak pelajar dari Korea Utara untuk dihantar belajar di universiti swasta berkenaan.
Tindakan terbaru Harussani ini yang cuba “”menumpahkan” darah adalah amat dikesali ramai pihak. Tindakan beliau yang memprovokasikan keadaan memburukkan nama baik Sultan yang merupakan ketua agama Islam di negeri Perak. Terlalu banyak yang sudah dilakukan Harussani sejak dahulu lagi yang mengguris hati umat Islam meskipun beliau hanya mufti di sebuah negeri di Malaysia.
Meskipun Harussani banyak menulis di majalah dan buku (walaupun bukan dikategorikan sebagai ilmiah), ia masih jauh meletakkan beliau sebagai ulama sebenarnya. Namun sekarang, Harussani perlu berlapang dada dan menyedari kedudukan diri sendiri yang sebenarnya seorang yang tidak layak pada abad hari ini kerana sudah terlalu ramai anak watan Perak yang jauh lebih baik kelulusan akademiknya daripada Harussani.
Biarlah artikel ingatan ini ditujukan kepadanya supaya ingat bahawa ramai orang tahu kecetekan ilmunya itu tetapi malas sebelum ini untuk membuat bising. Tetapi kali ini Harussani melampau dan ego besar, sudah sampai masanya Harussani diingatkan bahawa Harussani ini tidak ada apa-apa pun yang baik tentangnya dalam pembangunan ummah di negeri Perak dan Malaysia...TMI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan