Selepas pesta hari jadi mewah, Zahid kata kerajaan tidak boleh beri subsidi selamanya
Selepas mengadakan pesta hari jadi mewah tengahari semalam, hari
ini Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar) berkata, kenaikan harga
barang suatu yang tidak boleh dielak kerana rakyat perlu sedar tidak
selamanya kerajaan boleh memberikan subsidi yang tinggi kepada mereka.
Menteri Dalam Negeri tersebut berkata rakyat perlu sedar atas bebanan kewangan yang terpaksa dihadapi oleh kerajaan sekiranya pemberian subsidi yang tinggi diteruskan.
"Dalam hal ini, yang penting kita bersimpati dengan masalah dihadapi rakyat yang berdepan kenaikan harga.
"Tapi rakyat harus diberi kesedaran tidak selamanya kerajaan boleh memberikan subsidi sebagaimana yang lalu kerana bebanan kewangan yang tinggi," kata Ahmad Zahid dalam sidang media pejabatnya pagi ini.
Semalam, Zahid menyambut hari jadi bersama cucunya di sebuah hotel lima bintang di Kuala Lumpur.
Tetapi majlis makan tengahari yang diadakan selepas Putrajaya mengumumkan 11 langkah untuk mengurangkan perbelanjaan awam, yang melibatkan pemotongan untuk hiburan dan pengangkutan elaun menteri dan pegawai tinggi kerajaan selain daripada membekukan permintaan pengubahsuaian pejabat amat menjolok mata.
Menerima maklumat mengenai majlis makan tengahari itu, The Malaysian Insider telah melawat hotel terkenal itu di mana semua tetamu berpakaian merah sebagai tema parti itu.
Naib presiden Umno juga berkata rakyat perlu menerima hakikat mengenai keputusan rasionalisasi yang dilakukan oleh kerajaan.
"Kita harus terima hakikat bahawa negara kita ini perlu kurangkan subsidi yang dinikmati oleh rakyat dan kita tidak mahu rakyat terlalu selesa dengan jumlah subsidi tinggi yang diberikan oleh kerajaan ini.
"Tapi rakyat perlu menerima hakikat kerajaan harus melakukan rasionalisasi dari segi pemberian subsidi ini," terangnya lagi.
Dalam mempertahankan langkah Putrajaya mengurangkan subsidi tersebut lagi, Ahmad Zahid menegaskan isu kenaikan harga barang bergantung kepada elemen pasaran.
"Hakikatnya, tidak ada sebuah negara pun yang tidak alami kenaikan barang.
"Bukan hanya dalam soal rasionalisasi subsidi, tapi hakikatnya apa yang berlaku di beberapa negara rantau Asean dalam kenaikan harga barang tidak dapat dielakkan kerana permintaan dan penawaran... ia ditentukan oleh elemen pasaran," katanya lagi.
Awal hari ini, The Malaysian Insider melaporkan Ahmad Zahid telah menganjurkan parti hari jadi yang 'mewah' di sebuah hotel lima bintang di Kuala Lumpur semalam ketika Putrajaya memotong bajet dan meminta rakyat mengetatkan tali pinggang mereka dan berjimat cermat dalam menghadapi kos hidup yang meningkat dan pengurangan subsidi tahun ini.
Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga hari ini mempertahankan tindakan pemotongan subsidi dengan menggesa rakyat bersedia melakukan pembaharuan agar pertumbuhan ekonomi negara terus melonjak pada 2014.
"Ini pilihan yang kita ada. Kita kena sedari keadaan ini dihadapi semua negara disebabkan persekitaran ekonomi telah pun berubah.
"Bagi sebuah negara yang ingin menentukan daya saing, kita perlu buat perubahan dan ia sudah digariskan dalam agenda transformasi negara," katanya ketika berucap di perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.
Selepas berakhir pilihan raya umum ke-13 lalu, Najib telah mengambil beberapa langkah pengukuhan defisit fiskal, antaranya mengumumkan pemotongan subsidi petrol sebanyak 20 sen, pemansuhan subsidi gula sebanyak 34 sen, menaikkan tarif elektrik hampir 15%, dan terbaru bakal menaikkan kadar tol di sekitar ibu kota dan Selangor.
Putrajaya juga mengumumkan pelaksanaan cukai GST yang akan bermula pada tahun 2015 sebagai langkah mengelak kebergantungan kepada pendapatan Petronas semata-mata.
Langkah pemotongan subsidi tersebut juga mengakibatkan harga barangan harian meningkat serta menambah kesempitan rakyat di Malaysia. - Sinar Harian

Buletin Utama malam ini,
Kan betul kami cakap, ibu bapa yang tak mampu beri duit banyak kepada anak-anak di sekolah, jangan beli makanan, bawa bekal.
Rakyat juga yang terpaksa menanggung
kesusahan. Peniaga juga kadang-kadang tak mampu buat apa-apa, harga
gula, letrik, minyak naik semua memberi kesan pada kos pembuatan
makanan.
Gerakan Turun Kos Sara Hidup - TURUN
BARU
AKU TAHU KENAPA TUANKU SULTAN MIZAN MENGAMUK KETIKA MELAWAT MANGSA
BANJIR KE KEMAMAN DISEMBER LALU. TUAMKU MARAHKAN MAT SAID KERANA DUIT
KILAT YANG TUANKU SENDIRI DERMAKAN TAPI
TAK SAMPAI KEPADA MANGSA BANJIR. SETELAH TUANKU MEMBUAT LAWATAN KE PUSAT
BANTUAN BANJIR, TUANKU DAPATI MASIH TIADA APA-APA BARANGAN BERUPA
MAKANAN ATAU PAKAIAN DI SITU. SETELAH TUANKU PULANG SETIAUSAHA MAT SAID
NAIK MARAH DAN TRANYA SIAPA YANG PECAH LOBANG KEPADA TUANKU.
RUPA-RUPANYA ADINDA TUAKU SENDIRI DATANG DAN MENYAMAR SEBAGAI
SUKARELAWAN. BILA ADINDA TUANKU MENGAKU BAHAWA DIA LAH YANG MEMBERITAHU
TUANKU SETELAH BELIAU MEMPERKENALKAN DIRINYA, SEMUA YANG ADA KAT PEJABAT
DAERAH KETIKA TU DIAM. NI BUKTI TUANKU TAK PERCAYA KEPADA MAT
SAID........
Puluhan tahun berpuasa akhirnya Terry peluk Islam
Oleh Hafizan Taib
ISLAM bukan asing buat pensyarah Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dari United Kingdom, Terry Fa’iz Kenneth Brougham.
Sudah puluhan tahun beliau mempraktik sebahagian ibadat Islam termasuk berpuasa pada Ramadan dan hanya makan juadah halal kerana disifatkannya amalan baik.
Beliau mempelajari Islam melalui sama ada hasil pembacaan buku dan internet serta bertukar pandangan dengan beberapa rakannya.
“Dari buku dan internet, saya juga mengkaji al-Quran terjemahan bahasa Inggeris,” kata kepada Selangor Kini.
Terry Fa’iz yang mendiami negara ini sejak 16 tahun lalu juga tertarik dengan corak kehidupan di Malaysia dan menanam impian untuk menjadi seorang Islam.
“Sebelum ini, saya seorang Kristian tetapi pegangan tidak kuat. Saya tinggal lama di Malaysia dan mendapati gaya kehidupan umat Islam sangat bagus dan sempurna.
“Sejak dulu, saya dapat merasakan satu hari nanti saya menjadi orang Islam,” katanya yang akhirnya menjadi kenyataan pada hujung Disember lalu.
Pensyarah Pendidikan Awal Kanak-kanak itu juga mengakui kemasukannya sebagai seorang Islam banyak didorong keluarga angkatnya yang membantu memahami Islam secara lebih mudah dan berkesan.
“Saya ada keluarga angkat Melayu, mereka banyak membantu. Saya kini boleh fokus mempelajari Islam dan beramal ibadah dengan lebih tekun,” katanya yang belum berkahwin walaupun berusia 67 tahun.
Beliau yang melafaz kalimah dua syahadah pada Majlis Syahadah di Masjid Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam bersama dua lagi mualaf, juga bercadang memperoleh taraf penduduk tetap di Malaysia.
Majlis itu turut disertai dua saudara baru, wanita Filipina, Fatimah Abdullah, 25, dan pemuda Dusun Sabah, Muhammad Nor Faizal Abdullah, 30.
Ia dipimpin Khalid Abdul Samad, pegawai Pemudahcara dan Perhubungan dari Islamic Outreach ABIM (IOA).
IOA menjalankan dakwah berterusan menerusi pelbagai program ilmu kepada masyarakat bukan Islam bagi meningkatkan kesedaran dan menimbulkan minat terhadap Islam.
Aktiviti dakwah itu dikendali tenaga pengajar sukarela terdiri dari pensyarah tempatan dan luar negara termasuk bahasa Hindi, Kembodia, China dan Jepun secara sukarela.
Ini mendorong ramai warganegara lain seperti Inggeris, Korea, China, India, Bangladesh selain sebahagian rakyat tempatan, menganut Islam menerusi IOA.
“Alhamdulillah, kita sudah mengIslamkan kira-kira 30 saudara baru sepanjang 2013. Angka itu ialah mereka yang diIslamkan melalui IOA dan pengurusan masjid ini secara rasmi.
“Selebihnya pula memilih memeluk Islam melalui bantuan pihak lain atau di negara masing-masing,” katanya.
IOA juga menjalankan aktiviti dakwah di satu ruang masjid dan merancang mengadakan kursus secara rasmi mulai tahun ini.
“Kursus bimbingan seperti Murabbiah yang mempraktik sistem mentor mentee juga ada. Mualaf digandingkan dengan pasangannya, seorang pendakwah Islam.
“Kita melatih 43 orang untuk tugas ini termasuk mengajar pembangunan ilmu agama. Kita juga ada kursus bimbingan saudara baru dalam bahasa Inggeris di pejabat IOA di Masjid Negara,” katanya.
- FZL

Isu 'bughah': DPPM buat laporan seluruh negara
KUALA LUMPUR - Pemuda Pas menyatakan akan membuat laporan polis
terhadap Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang didakwa
mengeluarkan kenyataan menghasut.
Timbalan Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh mufti itu boleh menggugat ketenteraman awam dan keselamatan nyawa warganegara.
Justeru katanya, Dewan Pemuda Pas di seluruh negara perlu mengambil tindakan dengan membuat laporan polis terhadap kenyataan yang dikeluarkan Harussani.
"Dewan Pemuda Pas di seluruh negara diarah membuat laporan polis secara serentak pada hari ini atau esok (6 dan 7 Januari 2014).
"Saya berharap pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan dengan menyiasat kenyataan beliau (Harussani) itu," katanya dalam satu kenyataan media yang turut menggesa Harussani menarik balik kenyataannya.
Media minggu lalu melaporkan Harussani sebagai berkata, peserta himpunan Turun pada 31 Disember 2013 yang lepas adalah 'bughah' dan halal darah mereka kerana disifatkan sebagai penderhaka kepada negara.
Susulan itu, Harussani telah dikecam pelbagai pihak. Namun mufti itu kemudiannya tampil menjelaskan, 'bughah' yang dimaksudkan beliau merujuk kepada demonstrasi pertama, iaitu 'guling kerajaan'.
Menurut Harussani, kenyataan berliau bersandarkan firman ALLAH menerusi surah al-Hujurat, ayat 9 yang bermaksud;
‘Dan jika dua puak daripada orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satu berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga dia kembali mematuhi perintah ALLAH; jika dia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum ALLAH), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya ALLAH mengasihi orang-orang yang berlaku adil.’

Artikel Berkaitan
Kisah adik Nurkhatijah, pelajar sekolah rendah tak cukup duit bayar yuran sekolah
Datuknya
membawa punjut duit syiling yang bernilai RM64.00 yang tidak cukup
untuk membayar yuran sekolah. Guru-guru ‘ topup’ untuk pelajar tersebut.
Bayangkan, semua orang menunggu untuk
guru mengira jumlah duit syiling yang di bawa oleh datuk tersebut. Kasih
seorang datuk untuk menyekolahkan anak ini.
Pelajar ini, kematian ibu sedari umurnya
sebulan lagi. Bapa dipenjara kerana masalah dadah. Nenek bekerja
sebagai cleaner dan akan tamat kontrak pada bulan Jun nanti. Datuknya
sudah tidak berdaya untuk bekerja dan menerima bantuan PERKESO RM350.00.
Berapalah sangat RM350.00 hidup di bandaraya Kuala Lumpur ini.
Dalam dunia semakin pantas ini, di ibu
kota ini, masih ada golongan yang dikategorikan sebagai miskin tegar.
Keluarga ini, sudah memohon beberapa kali bantuan zakat, namun kerana
kerenah birokrasi , bantuan tidak disalurkan kepada mereka.
Pagi – pagi saya terima whatsapp gambar
ini dari adinda saya. Ni gambar duit yuran seorang pelajar yang masuk
mendaftar ke sekolah semalam di Kuala Lumpur.
Datuknya membawa punjut duit syiling
yang bernilai RM64.00. Itu pun tak cukup untuk membayar yuran sekolah
tersebut. Guru – guru ‘ topup’ untuk pelajar tersebut. Pelajar ini,
kematian ibu sedari umurnya sebulan lagi.
Bapa dipenjara kerana masalah dadah.
Nenek bekerja sebagai cleaner dan akan tamat kontrak pada bulan Jun
nanti. Datuknya sudah tidak berdaya untuk bekerja dan menerima bantuan
PERKESO RM350.00. Berapalah sangat RM350.00 hidup di bandaraya Kuala
Lumpur ini.
Bayangkan, semua orang menunggu untuk
guru mengira jumlah duit syiling yang di bawa oleh datuk tersebut. Kasih
seorang datuk untuk menyekolahkan anak ini.
Semasa menulis cerita ini, saya beberapa
kali terbabas kerana sebak. Dalam dunia semakin pantas ini, di ibu kota
ini, masih ada golongan yang dikategorikan sebagai miskin tegar.
Keluarga ini, sudah memohon beberapa
kali bantuan zakat, namun kerana kerenah birokrasi , bantuan tidak
disalurkan kepada mereka.
Mungkin inilah sepatutnya tugas wakil
rakyat atau pemimpin masyarakat. Mencari mereka yang terpinggir ini.
Selalunya golongan ini, tidak akan meminta – minta untuk menagih simpati
ramai.
Malah mungkin hidup mereka lebih bahagia
dengan jumlah wang yang sedikit tetapi dimanfaatkan sepenuhnya.
Sebenarnya, inilah ladang pahala untuk kita yang setiap hari membazir.
Membazir makanan, membazir pakaian, membazir masa dan sebagainya.
Kisah anak ini, mungkin ada juga di
tempat lain. Cuma kita sahaja yang belum mencarinya. Saya juga
ditunjukkan gambar anak – anak ini. Comel – comel dan gembira sahaja
rupanya.
Seronok hendak ke sekolah seperti orang
lain juga. Namun bajunya tak serupa orang lain. Kekuningan, besar dan
lusuh, mungkin juga pemberian orang lain.
Gambar ini disebar bukan untuk menagih
simpati. Gurunya yang sebar di kalangan rakan – rakan kami sahaja kerana
sudah tidak tertahan lagi melihat kepayahan hidup yang anak ini bakal
tempuhi.
Mana tak sebak, belum pernah dalam sejarah sekolah, mengira duit syiling yang belum tentu cukup untuk dijadikan yuran sekolah.
Akhir kalam, duit gaji atau bonus yang
kita terima, sedekahlah kepada golongan seperti ini, kerana di dalam
duit gaji kita, pasti ada hak orang lain.
Pengajaran juga buat saya, agar tidak mewahkan anak – anak, mana tahu ada rakan – rakan yang tidak bernasib baik.
Pasti hati kecil mereka sayu dan
tersentuh hati, mereka tidak semewah anak-anak lain. Tiada ipad, tiada
tv mungkin, tablet pc jauh sekali. Mungkin pegang komputer hanya di
sekolah.
Cerita ini bukan rekaan. Berlaku di
sebuah sekolah rendah agama di Kuala Lumpur pada Januari 2014.
Alhamdulillah, masih ada yang berhati mulia untuk membantu.
Butiran secara ringkas.
Nama Sek: Sek Agama Integrasi Ar-Rahmaniah, Taman Dagang, Ampang
Nama Cikgu: Ustazah Khadijah Bt. Alang Abu Shuker
Nama Pelajar: 1. Nurkhatijah bt. Abdullah, 2. Norsyafiqah bt. Abdul Rahim,
No. HP Ustazah: 017-3078400

Terima kasih kerana prihatin.
Sumber: Zaleha Mustapha
KERAjaan
masih tidak mampu utk beri pendidikan percuma kepada semua lapisan
rakyat Malaysia.
KERAjaan BN tidak mampu selagi Rosmah jadi PM.. Rakyat marhein terpaksa
bersusah payah utk menanggung keborosan Rosmah dan kebaculan Najib!!
MANA PERGI HARUSSAINI...??
Kamu memihak kepada Pemimpin Munafiq dengan membiarkan rakyat tertindas, Demi Allah dan Rasul jawablah kamu di hadapn Allah di Yaumul Mahsyar nanti.. Anak kecil ini akan menuntut Haknya di hadapan Allah kelak..
Kami yang bangkit menuntut keadilan ini kamu tuduh sebagai Bughoh dan penkhianat.. mereka yang merompak harta negara kamu umpamakan bagai Malaikat..
" Atuk nya bawak duit siling nak daftar kan nya.tu pun tak cukup jugak.cikgu tambahkan. "
Nama Sek: Sek Agama Integrasi Ar-Rahmaniah, Taman Dagang, Ampang Nama Cikgu: Ustazah Khadijah Bt. Alang Abu Shuker Nama Pelajar: 1. Nurkhatijah bt. Abdullah, 2. Norsyafiqah bt. Abdul Rahim, No. HP Ustazah: 017-3078400 —
Note :
Di dunia ini kamu mampu menyembunyikan diri dari khalayak ramai tetapi ingat di akhirat nanti tiada suatu apa pun yg akan mampu kamu sembunyikam dari Allah.
Demi Allah kami haramkan setiap sen yang pemimpin negara ini ambil dgn cara yg salah dan penipuan dan kami akan tuntut ianya di alhirat kelak.
Teuku Zacharyah Iskandar.
Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO

Anwar: Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan pendirian mufti Perak, Tan Seri Harussani Zakaria ketika rakyat Malaysia terbeban dengan pelbagai kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.
“Bila orang kaya rompak, tindas rakyat, kamu diam. Rakyat yang tertindas di bawah, kamu cela. Kamu mewakili siapa sebenarnya? kata Anwar pada program pidato The Asian Renaissance di Centre for Reform Democracy & Social Initiatives, semalam.
“Ini tidak adil. Sepatutnya dengar dulu penjelasan daripada orang yang datang demonstrasi sebelum memutuskan hukuman,” tegasnya.
Kata Anwar, Harussaini gopoh dan keterlaluan menuduh peserta himpunan membantah kenaikan harga barang pada malam tahun baru 2014 di Dataran Merdeka sebagai bughah dan dihalalkan darahnya untuk dibunuh.
“Walaupun ini pendapat peribadi mufti , tapi kena ingat. Pendapat ini keterlaluan.
“Masalah orang dicincang (dibunuh) di Mesir, di Syria berpunca daripada pendapat yang sebegitu. Memang bahaya,” katanya.
— with Puteri Syakila IV.Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan pendirian mufti Perak, Tan Seri Harussani Zakaria ketika rakyat Malaysia terbeban dengan pelbagai kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.
“Bila orang kaya rompak, tindas rakyat, kamu diam. Rakyat yang tertindas di bawah, kamu cela. Kamu mewakili siapa sebenarnya? kata Anwar pada program pidato The Asian Renaissance di Centre for Reform Democracy & Social Initiatives, semalam.
“Ini tidak adil. Sepatutnya dengar dulu penjelasan daripada orang yang datang demonstrasi sebelum memutuskan hukuman,” tegasnya.
Kata Anwar, Harussaini gopoh dan keterlaluan menuduh peserta himpunan membantah kenaikan harga barang pada malam tahun baru 2014 di Dataran Merdeka sebagai bughah dan dihalalkan darahnya untuk dibunuh.
“Walaupun ini pendapat peribadi mufti , tapi kena ingat. Pendapat ini keterlaluan.
“Masalah orang dicincang (dibunuh) di Mesir, di Syria berpunca daripada pendapat yang sebegitu. Memang bahaya,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan