'Fatwa' Harussani songsang, menyesatkan - Dewan Ulamak
- Jan 02, 2014
- HARAKAHDAILY
Ketua penerangan dewan itu, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, 'fatwa' Harussani itu sangat mendukacitakan dan menggambarkan kegagalan seorang mufti memahami hukum bughah.
"Kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani bahawa para demonstrator pada 31 dis 2013 di Dataran Merdeka baru-baru ini sebagai "bughah" dan "halal darah" amat mendukacitakan kerana ia menggambarkan kegagalan seorang mufti memahami hukum bughah dalam Islam.
"Ia satu penyelewengan fakta tentang hukum-hakam Islam yang sangat ketara dan menyesatkan," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Menurut beliau, 'bughah' atau pemberontak dalam Islam ialah penentangan bersenjata oleh rakyat terhadap kerajaan Islam dan ia termasuk sebagai salah satu kesalahan jenayah hudud dalam Islam.
Sedangkan katanya, peserta himpunan pada itu hadir dengan tangan kosong dan membawa sepanduk menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap urus tadbir negara yang membawa kepada peningkatan kos hidup.
Tambah beliau lagi, takrifan pemberontak dalam perlembagaan Malaysia merujuk kepada melancarkan peperangan kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara bagi Malaysia.
"Adakah peserta perhimpunan 31 Dis 2013 turun berhimpun dengan senjata menentang pemerintah?
"Sangat jahil seorang mufti yang mengkategorikan mereka ini sebagai pemberontak. Lebih malang dan merbahaya apabila darah demonstrator ini pula diisytiharkan sebagai halal darah," ujar beliau lagi.
Kenyataan mufti itu kata beliau lagi satu 'fatwa' yang sangat berbahaya yang boleh membawa kepada huru-hara kepada negara dan tergugatnya keharmonian antara rakyat.
"Sangat dibimbangi "fatwa" seumpama itu membawa kepada pertumpahan darah sesama rakyat.
"Saya menyeru seluruh pihak yang prihatin terhadap keamanan bernegara dan keharmonian bermasyarakat membantah kenyataan-kenyataan songsang seumpama ini," tegasnya.
10 Bandar dengan Kos Sara Hidup Paling Mahal di Malaysia
On
1 Jan, 2014 In
Isu Semasa
Dipetik daripada kajian yang dilakukan oleh The Malaysian Insider, berikut merupakan 10 tempat/bandar paling mahal di Malaysia dari segi kos sara hidup.
1. Pulau Pinang (bahagian pulau)
2. Bintulu, Sarawak
3. Paka/ Kerteh, Terengganu
4. Miri, Sarawak
5. Kuala Lumpur
6. Kuala Terengganu, Terengganu
7. Kuching, Sarawak
8. Klang
9. Labuan
10. Johor Bahru
Perkara yang dikaji pula adalah harga barangan keperluan harian seperti ayam, sayuran seperti sawi dan cili merah, ikan, kadar sewa rumah dan juga keperluan pendapatan minima untuk hidup sempurna.
Dengan kadar sewa rumah serta harga rumah yang tinggi dan harga barangan keperluan harian yang agak mahal, seseorang memerlukan gaji sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan untuk tinggal di sebelah pulau di Pulau Pinang.
Ia dikira paling tinggi berbanding bandar-bandar lain di Malaysia. Turut mengiringi Pulau Pinang adalah bandar perindusrian Bintulu di Sarawak dan Paka di Terengganu.
Namun, harga barangan di Pulau Pinang jauh lebih rendah jika mereka tinggal di tanah besar iaitu di Seberang Prai. Mungkin kerana itulah ramai penduduk Pulau Pinang tinggal di tanah besar walaupun bekerja di pulau.
Mungkin ini juga menjadi punca kesesakan berlaku setiap hari di jambatan Pulau Pinang dan feri sehingga menyebabkan jambatan kedua terpaksa dibuat untuk disambungkan ke pulau Mutiara itu.
Harga sekilo ayam di pasar George Town adalah RM9 berbanding RM7.00 di Kuala Lumpur, RM6.50 di Klang.
Kadar sewa rumah juga tinggi di Pulau Pinang. Sebuah rumah teres satu tingkat tiga bilik di Tanjung ToKong disewa dengan kadar RM1,000 sebulan. Namun kadarnya lebih rendah di Batu Kawan atau Nibong Tebal yang boleh diperolehi sekitar RM500 sebulan.
Walau kos sara hidup agak rendah di Kuala Terengganu, namun harga barangan keperluan hariannya antara yang tertinggi berbanding bandar-bandar lain di Semenanjung Malaysia.
Harga ayam di Kuala Terengganu adalah RM7.50 sekilogram berbanding Kuala Lumpur RM7.00 dan Klang hanya RM6.50. Begitu juga harga ikan, walaupun Terengganu ramai nelayan, tetapi harga ikannya antara yang termahal, mungkin kerana kesegarannya.
Harga ikan kembong di pasar Chabang Tiga, Kuala Terengganu adalah antara RM10.00 ke RM15.00 sekilogram bergantung kepada kualiti ikan itu.
Namun oleh kerana kos sewa rumah dan jalan raya tanpa tol di Kuala Terengganu, ia menyebabkan kos hidupnya tidaklah terlalu tinggi. Dengan pendapatan RM2,500 sebulan, sebuah keluarga boleh hidup di Kuala Terengganu dengan memiliki sebuah kereta dan rumah sewa.
Namun di Paka dan Kerteh yang terletak di daerah Kemaman, kos sara hidupnya agak tinggi. Ini kerana kedua-dua bandar ini menjadi tempat tinggal pekerja industri gas dan petroleum. Ia memberikan kesan pahit kepada penduduk tempatan yang terpaksa bersaing untuk mendapatkan barangan keperluan harian dengan pekerja industri yang mempunyai pendapatan lebih baik berbanding mereka.
Keadaan sama berlaku di Sarawak, bandar Bintulu dan Miri yang menjadi pusat industri gas dan petroleum yang menjadikan penduduk bandar ini terpaksa menghadapi kos sara hidup yang tinggi.
Harga rumah di kawasan ini naik mendadak di samping harga barangan meningkat dengan ketara.
P/s; Menjelang tahun 2014 ini, sememangnya ia adalah tahun yang mencabar bagi rakyat Malaysia. Mana tidaknya dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, minyak, tol dan elektrik serta makanan adalah sebahagian utama keperluan rakyat Malaysia, ditambah pula dengan harga rumah yang semakin meningkat naik.
Adakah dengan mencari alternatif lain seperti bekerja sambilan mampu mengurangkan tekanan kos sara hidup yang dialami oleh rakyat?
Pada pendapat kami kerajaan perlulah mengurangkan atau tidak lagi menaikkan harga keperluan asas seperti minyak dan elektrik kerana ia memberi impak yang amat besar kepada seluruh penduduk Malaysia. Kerajaan juga perlulah mencari/merangka alternatif selain pemberian BR1M, ada lagi insentif lain yang sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban rakyat.
Selamat menyambut Tahun Baru 2014
Mahasiswa Islam desak Mufti Perak minta maaf atas kenyataan darah peserta Turun ‘halal’
"Jangan hanya tahu salahkan rakyat semata-mata," kata Presiden PMIUM, Mohd Bukhairy Sofian dalam kenyataannya.
Harussani sebelum ini berkata peserta perhimpunan pada 31 Disember lalu perlu ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan, sambil berkata darah mereka “dihalalkan" kerana tergolong dalam kategori pemberontak.
Mufti itu juga membidas pembabitan pembangkang, khususnya PAS, dalam perhimpunan “haram” malam kelmarin, yang disifatkannya cuba berlagak alim tetapi tidak memahami al-Quran.
Beliau juga dilaporkan berkata bahawa adalah haram bagi mana-mana pihak menyertai perhimpunan itu.
Bukhairy bagaimanapun berkata tujuan himpunan adalah untuk memberi isyarat kepada kerajaan rakyat terbeban dengan kenaikan harga barang, bukannya mengguling kerajaan.
"Kalau guling kerajaan yang adil barulah bughah (pemberontak) namanya di dalam Islam," katanya.
Beliau bertanya, dalam keadaan negara yang menanggung hutang yang banyak, pembaziran terus berlaku,
"Adakah mufti tidak nampak perkara ini. Adakah itu tidak zalim?"
Bukhairy juga mempersoalkan pendirian mufti itu berkenaan peruntukan untuk konsert di Dataran Merdeka sebanyak RM15 juta.
"Adakah mufti melihat ini sebagai langkah bijak menyambut tahun baru?" soalnya.
Bagi beliau, mufti harus berfungsi menasihati pemerintah, bukan mengampu semata-mata.
"Orang di bawah dan rakyat begitu susah untuk mendapat sesuap nasi. Mereka tidak ada elaun dan dibayar gaji seperti mufti," tambahnya. – 2 Januari, 2014.
Ulama PAS kecam Harussani ‘sangat jahil’ selepas ‘fatwa’ darah halal ke atas peserta himpunan
Kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang melabel peserta perhimpunan anti-kenaikan harga baru-baru ini sebagai pemberontak yang halal darah mereka terus dikecam, termasuk oleh Dewan Ulama PAS.
"Sangat jahil seorang mufti yang mengkategorikan mereka ini sebagai pemberontak. Lebih malang dan merbahaya apabila darah demonstrator ini pula diisytiharkan sebagai halal darah.
"Ia merupakan kenyataan yang sangat berbahaya yang boleh membawa kepada huru-hara kepada negara dan tergugatnya keharmonian antara rakyat," kata ketua penerangan Dewan Ulama PAS, Khairudin Aman Razali.
Harussani sebelum ini dilaporkan berkata peserta perhimpunan di Dataran Merdeka pada 31 Disember lalu perlu ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan, sambil berkata darah mereka “dihalalkan" kerana tergolong dalam kategori "bughah", atau pemberontak.
“Sepatutnya semua peserta perhimpunan ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan dari hukum syarak, dihalalkan darah golongan bughah,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian hari ini.
Bagi Khairudin, kenyataan itu menyeleweng dari hukum Islam dan sangat menyesatkan.
Ahli parlimen Kuala Nerus itu menjelaskan bahawa dalam Islam, 'bughah' atau pemberontak merujuk kepada penentangan bersenjata oleh rakyat terhadap kerajaan Islam, dan termasuk salah satu kesalahan jenayah hudud.
"Adakah peserta perhimpunan 31 Disember 2013 turun berhimpun dengan senjata menentang pemerintah?" tanya beliau dalam kenyataannya.
Lagipun, katanya, takrifan pemberontak dalam perlembagaan Malaysia merujuk kepada melancarkan peperangan terhadap Yang diPertuan Agong.
Katanya, para peserta perhimpunan malam Selasa lepas hanya turun dengan membawa sepanduk menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap urus tadbir negara yang membawa kepada peningkatan kos hidup.
"Saya menyeru seluruh pihak yang prihatin terhadap keamanan bernegara dan keharmonian bermasyarakat membantah kenyataan-kenyataan songsang seumpama ini," kata Khairudin, sambil berkata "fatwa" yang dikeluarkan Harussani itu dibimbangi membawa kepada pertumpahan darah sesama rakyat. - 2 Januari, 2014.4:27PM Jan 2, 20141:14PM Jan 2, 2014
Harussani: Peserta demo 'bughah', halal darah
Mutfi Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata,
sepatutnya semua peserta perhimpunan pada 31 Disember lalu ditangkap
kerana menderhaka kepada kerajaan dan “dihalalkan darah golongan bughah (pemberontak)”.
“Sepatutnya semua peserta perhimpunan ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan dari hukum syarak, dihalalkan darah golongan bughah,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian hari ini.
Harian itu juga melaporkan, mufti itu membidas pembabitan pembangkang, khususnya PAS dalam perhimpunan 'haram' malam kelmarin yang disifatkannya cuba berlagak alim tetapi didakwanya tidak memahami al-Quran.
Sambil melabelkan peserta perhimpunan itu sebagai bughah, beliau dilaporkan berkata, haram bagi mana-mana pihak menyertai perhimpunan itu.
“Pemimpin PAS menyertai perhimpunan itu kerana mereka gagal memahami al-Quran,” katanya lagi seperti dilaporkan Berita Harian.
Harussani juga dilaporkan berkata, kerajaan terlalu bertoleransi sehingga menunjukkan kelemahan mereka kepada pihak yang menentang.
“Kerajaan British juga tidak pernah tunduk kepada penunjuk perasaan. Jadi kenapa kerajaan selepas merdeka perlu akur dengan tekanan mereka,” beliau dipetik sebagai berkata.
“Sepatutnya semua peserta perhimpunan ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan dari hukum syarak, dihalalkan darah golongan bughah,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian hari ini.
Harian itu juga melaporkan, mufti itu membidas pembabitan pembangkang, khususnya PAS dalam perhimpunan 'haram' malam kelmarin yang disifatkannya cuba berlagak alim tetapi didakwanya tidak memahami al-Quran.
Sambil melabelkan peserta perhimpunan itu sebagai bughah, beliau dilaporkan berkata, haram bagi mana-mana pihak menyertai perhimpunan itu.
“Pemimpin PAS menyertai perhimpunan itu kerana mereka gagal memahami al-Quran,” katanya lagi seperti dilaporkan Berita Harian.
Harussani juga dilaporkan berkata, kerajaan terlalu bertoleransi sehingga menunjukkan kelemahan mereka kepada pihak yang menentang.
“Kerajaan British juga tidak pernah tunduk kepada penunjuk perasaan. Jadi kenapa kerajaan selepas merdeka perlu akur dengan tekanan mereka,” beliau dipetik sebagai berkata.
MP: Harussani mufti tak ada umat
Pemimpin Pemuda Pakatan Rakyat membidas Mufti
Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang menyatakan bahawa sepatutnya semua
peserta perhimpunan pada 31 Disember lalu ditangkap kerana menderhaka
kepada kerajaan dan “dihalalkan darah golongan bughah (pemberontak)”.
Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin (bawah) menyifatkan kenyataan Harussani itu seperti 'seorang mufti yang tak ada umat (penyokong)' berbanding tokoh agama tersohor Dr Yusuf al-Qaradhawi.
"Jika kita bandingkan dengan protes di Mesir, ada mufti Mesir, ulama kerajaan keluar kenyataan jangan (terlibat dalam) protes tapi Yusof al-Qardawi menyangkal dakwaan tersebut dan protes itu dihalalkan.
"Maka pandangan mufti Perak ini, boleh digambarkan dalam konteks begitu yang (mana) beliau tidak mempunyai umat (untuk mendapat sokongan)," kata ahli parlimen Bukit Katil itu ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.
Shamsul juga berkata himpunan membantah kenaikan harga barang itu berlangsung dengan aman memandangkan ia berkait dengan masalah ekonomi, sekali gus tidak berniat untuk menjatuhkan kerajaan.
"Ini bukan berlaku pertumpahan darah malah protes yang 50 peratus disertai orang muda berlaku aman. Pemimpin harus ditegur sekiranya mereka dalam sindrom penafian.
"Dan ada hadis juga berkata raja atau pemimpin yang demikian harus ditegur demi iman kita. Yang ditegur adalah kenaikan harga dan juga perbelanjaan yang dilakukan oleh kerajaan yang merupakan pembaziran, adakah teguran demikian dianggap pengkhianat?" kata Shamsul.
'Keras dan keterlaluan'
Bersependapat dengan Shamsul, Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat berkata perhimpunan itu diadakan bagi rakyat menyatakan hasrat tidak tidak bersetuju dengan kenaikan harga barang sekali gus mendesak kerajaan supaya memberi perhatian.
Bahkan, kata Suhaizan (bawah), tindakan Harussani yang menyifatkan peserta demonstrasi sebagai pemberontak (bughah) sebagai satu kenyataan yang "keras dan keterlaluan".
"Dalam Perkara 10 perlembagaan negara, rakyat dibenarkan untuk berhimpun tanpa senjata. Perhimpunan yang dilaksanakan oleh anak muda bersama-sama rakyat jelata itu bukan nak menentang kerajaan.
"Jadi saya tidak bersetuju dan tidak timbul bughah kerana kita bergerak dalam konteks demokrasi. Kecuali kalau membawa senjata untuk menggulingkan kerajaan.
"Itu satu tuduhan yang keterlaluan. Terbukti ia himpunan aman dan bergerak dalam lingkungan perlembagaan. Apa masalahnya?" kata Suhaizan.
"Kita tidak bersetuju. Pandangan itu terlalu keras terhadap anak muda. Kita hanya mahu kerajaan menyelesaikan masalah kenaikan harga barang tapi dituduh bughah pula," katanya.
Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin (bawah) menyifatkan kenyataan Harussani itu seperti 'seorang mufti yang tak ada umat (penyokong)' berbanding tokoh agama tersohor Dr Yusuf al-Qaradhawi.
"Jika kita bandingkan dengan protes di Mesir, ada mufti Mesir, ulama kerajaan keluar kenyataan jangan (terlibat dalam) protes tapi Yusof al-Qardawi menyangkal dakwaan tersebut dan protes itu dihalalkan.
"Maka pandangan mufti Perak ini, boleh digambarkan dalam konteks begitu yang (mana) beliau tidak mempunyai umat (untuk mendapat sokongan)," kata ahli parlimen Bukit Katil itu ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.
Shamsul juga berkata himpunan membantah kenaikan harga barang itu berlangsung dengan aman memandangkan ia berkait dengan masalah ekonomi, sekali gus tidak berniat untuk menjatuhkan kerajaan.
"Ini bukan berlaku pertumpahan darah malah protes yang 50 peratus disertai orang muda berlaku aman. Pemimpin harus ditegur sekiranya mereka dalam sindrom penafian.
"Dan ada hadis juga berkata raja atau pemimpin yang demikian harus ditegur demi iman kita. Yang ditegur adalah kenaikan harga dan juga perbelanjaan yang dilakukan oleh kerajaan yang merupakan pembaziran, adakah teguran demikian dianggap pengkhianat?" kata Shamsul.
'Keras dan keterlaluan'
Bersependapat dengan Shamsul, Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat berkata perhimpunan itu diadakan bagi rakyat menyatakan hasrat tidak tidak bersetuju dengan kenaikan harga barang sekali gus mendesak kerajaan supaya memberi perhatian.
Bahkan, kata Suhaizan (bawah), tindakan Harussani yang menyifatkan peserta demonstrasi sebagai pemberontak (bughah) sebagai satu kenyataan yang "keras dan keterlaluan".
"Dalam Perkara 10 perlembagaan negara, rakyat dibenarkan untuk berhimpun tanpa senjata. Perhimpunan yang dilaksanakan oleh anak muda bersama-sama rakyat jelata itu bukan nak menentang kerajaan.
"Jadi saya tidak bersetuju dan tidak timbul bughah kerana kita bergerak dalam konteks demokrasi. Kecuali kalau membawa senjata untuk menggulingkan kerajaan.
"Itu satu tuduhan yang keterlaluan. Terbukti ia himpunan aman dan bergerak dalam lingkungan perlembagaan. Apa masalahnya?" kata Suhaizan.
"Kita tidak bersetuju. Pandangan itu terlalu keras terhadap anak muda. Kita hanya mahu kerajaan menyelesaikan masalah kenaikan harga barang tapi dituduh bughah pula," katanya.
Pemuda Pas Kota Raja and 2 other friends were tagged in Jeneral Yakuza Ogawa's photo.
Teguran Keras Dr Maza kepada harussani dan pengampu2 umno! untuk semua agamawan di negara mana pun mereka berada patut ditanya: apakah ayat-ayat Tuhan ini hanya ditujukan kepada rakyat bawahan? Sementara golongan atasan –samada sultan ataupun menteri- ayat-ayat Tuhan tidak terkena mereka? rakyat sahajakah yang patut selalu diingat agar taat pemerintah?! Bukankah pemerintah lebih utama diingatkan agar takutkan Allah dalam pengurusan harta rakyat jelata.. kedamaian negara terletak di tangan pemerintah bukan hanya di tangan rakyat....ada agamawan yang menghalalkan darah orang bawahan yang berkumpul secara aman tanpa senjata. Kononnya mereka itu bughah yang dihalalkan untuk bunuh. Padahal bughah adalah istilah yang mempunyai takrifan dan konteks yang tersendiri. Tidak dinamakan bughah yang boleh diperangi oleh pemerintah pada rakyat yang berkumpul tanpa senjata. ..apakah bughah rakyat yang masih membayar cukai dan mengikut pelbagai peraturan yang tetapkan oleh negara?.. kita boleh saja untuk tidak bersetuju dengan perhimpunan itu tapi apakah patut untuk dihalalkan darah rakyat awam yang menyertainya atas alasan selekeh sedemikian rupa?..menghalalkan darah rakyat atas nama agama adalah satu jenayah yang sangat besar..sesiapa yang memanipulasi agama untuk kepentingan tertentu telah merosakkan nama Tuhan dan utusanNYA yang mulia.. [DRMAZA] -admin power-
Wednesday, January 1, 2014
Rosmah dan Najib sambut tahun baru di Los Angeles dan Sydney?
Sehari sebelum tahun 2014 menjelang, Presiden UMNO yang amat disayangi oleh macai-macainya telah mengumumkan 11 langkah penjimatan dengan mengurangkan perbelanjaan sektor awam berkuat kuasa mulai 1 Januari 2014.
Selain elaun keraian menteri dan timbalan menteri, elaun keraian bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (JUSA C) juga dipotong antara 5 hingga 10 peratus.
Menurut Najib, langkah-langkah itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan berhemah pada tahun depan.
"Langkah-langkah penjimatan yang lain untuk sektor awam akan diperkenalkan dari semasa ke semasa berdasarkan kepada keperluan dan keadaan semasa," katanya dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun seperti juga manifesto BN yang dimungkir begitu saja, apa yang Najib nyatakan di atas juga hanyalah retorik semata-mata.
Langkah penjimatan yang langsung tak memberi faedah kepada rakyat itu hanalah sekadar kata-kata untuk meredakan kemarahan rakyat berikutan harga barangan yang melonjak sempena sambutan tahun baru.
Perbelanjaan berhemah lah sangat... orang lain dia minta berjimat cermat tapi dia laki bini pulak perhabis duit sambut tahun baru di Los Angeles dan Sydney.
Mereka terbang dari LA ke Sydney nak lihat matahari naik di Sydney, lepas itu mereka akan terbang pula dari Sydney pergi ke Las Vegas untuk tengok kali kedua matahari naik..
Bukan aku reka cerita tapi aku terbaca di Blog A. Kadir Jassin (orang UMNO ni...tapi bukan kategori macai)..
Dalam tulisannya, Kadir menulis- ketika orang ramai berhimpun di Dataran Merdeka bagi memprotes kenaikan harga barang dan kos sara hidup, Najib tiada di Malaysia untuk mendengar tuntutan mereka.
“Ketika penunjuk perasaan, menentang kerajaan, menuntut itu dan ini, mereka perlu tahu bahawa perdana menteri, Mohd Najib Abdul Razak, tiada di sini untuk mendengar tuntutan mereka secara langsung,”..
Menurut Kadir, maklumat diperolehi menyatakan Najib berada di luar negara ketika sambutan tahun baru walaupun pada awalnya dinafikan kumpulan ‘Penasihat Komunikasi Najib’ (CAG).
Katanya, dalam satu kiriman di blognya bertajuk “Wanita Chief and the Grandmaster” pada 11 Disember lalu, seorang bernama Zainol memberi komen Najib dan isterinya, bercuti ke Los Angeles (LA) dan terbang ke Sydney, Australia sempena tahun baru.
“…Dia kata Najib akan pergi cuti di LA dengan Isteri… Mereka terbang dari LA ke Sydney nak tengok matahari naik di Sydney.
“Jam itu kita masih tidor di Malaysia. Lepas itu mereka akan terbang dari Sydney pergi ke Las Vegas untuk tengok kali kedua matahari naik. Sebab Amerika satu hari lambat dari Australia,” komen itu dipetik Kadir.
Menurut Kadir, beliau mengirimkan pesanan ringkas (SMS) kepada ‘anggota CAG’ untuk bertanyakan kebenaran perkara itu, namun ia dinafikan.
Bagi mengesahkan ia bukan sekadar gossip atau fitnah, Kadir pada 30 Disember lalu mengirim SMS kepada Setiausaha Najib, Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad yang mengesahkan Najib ke luar negara dan tugasnya diambil alih oleh timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kadir menambah, beliau juga bertanya kepada editor dua buah akhbar, salah seorangnya juga anggota ‘CAG’ melalui SMS, bagi mengetahui sekiranya ada kenyataan rasmi dibuat.
Baca ni..
PM Not Here to Hear
WHILE the protestors, be they for or against the government, may be demanding this and that, they should know that the man who could make things happen, i.e the Prime Minister, Mohd Najib Abdul Razak, is not here to hear their demands firsthand.
He will be abroad for the New Year celebrations. Despite an earlier denial by a member of his Communication Advisory Group (CAG), the PM is indeed abroad.
A Kedai Kopi Assembly (KKA) regular said he left soon after Christmas celebrations in Penang and is not due back until Jan. 5. Some readers and commentators may consider this article a gossip and “fitnah” (libel/slander) or even sacrilegious.
But the following is the sequence of event to drive home my point.
1. In the posting entitled “Wanita Chief and the Grandmaster” on Dec. 11, a debater going by the name of Zainol, had, among other things, commented: “…Dia kata Najib akan pergi cuti di LA dengan Isteri…Mereka terbang dari LA ka Sydney nak tengok matahari naik di Sydney. Jam itu kita masih tidor di Malaysia. Lepas itu mereka akan terbang dari Sydney pergi ka Les vagas untok tengok kalimkedua matahari naik. sebab Amerika satu hari lambat dari Australia.”
2. I asked a member of the CAG via SMS if this is true. The response: “NO!!!..” which I duly posted in the comment section of the posting entitled “Suspending Newspapers May Not Be The Answer.”
3. I then made the following notation: “Jadi, kalau ikut penasihat CAG itu, berita/dakwaan PM akan bercuti di luar negara pada tahun baru tidak betul. Tetapi tahun baru masih 7 hari lagi.”
4. Today, on the advise of the CAG member (one who denied the PM was going abroad) I sent the following SMS to the PM’s Press Secretary, Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad: “Salam Tengku. This is akj. I have published a denial that the PM and wife are going to sydney and las vegas on the new year’s eve. The source asked me to confirm with you. Tq.”
5. He replied “Dato.. PM is on leave and overseas.” (So the CAG member was wrong!)
6. Just to be absolutely sure and not be accused of gossiping, libelling and slandering, I sent another SMS to Tengku Sharifuddin: “Sorry, I assume he will not be around for the new year. Tq.”
7. His response: “Overseas on leave. Dpm will be around.” (Good luck Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin. Tired or not our well being is in your hand for the next few days.)
8. Just to be super sure that I wasn’t missing anything, I asked two very senior newspaper editors, one of whom is also a member of the CAG, via SMS: “Sdr, akj here. Was there official announcement that the PM is on leave abroad? For my blog. Help appreciated. Tq.”
9. One responded: “No. I don’t think so. Don’t quote me plse.”
10. My response to him; “…May I say, a newspaper editor said no official media statement to that effect? Tq.”
11. He replied: “Ok.”
12. To be fair to all, I shot another SMS to Tengku Sharifuddin: “So the allegation that he might be in sydney and las vegas to see the sunrise on the new year could possibly be true. Someone from the CAG said pm wasn’t going abroad. I have to clarify in my blog. Anything u would like to add? Tq.”
The PM was also away at this time last year. But he is not alone. Many other ministers are also out of the country.
Macai tentu bangga dengan cara Najib laki bini sambut tahun baru ni ya.. mana ada dalam dunia ni orang yang tengok matahari terbit diawal pagi tahun baru sebanyak dua kali..
7 contoh isteri yang sering diceraikan
January 2nd, 2014 | 11:11 am | Perkahwinan
Rasulullah Shallallahu’ alaihi Wasallam bersabda, ” Mahukah kamu keberitahu suatu harta simpanan (perhiasan) yang sangat baik? Iaitu wanita solehah, yang apabila kamu melihatnya, ia menyeronokkan. Apabila kamu perintah, dia patuh. Dan apabila ditinggal pergi, dia selalu menjaga diri dan harta suaminya. ” (Riwayat Abu Dawud)
Kalau dilihat dia menyenangkan, itu disebabkan budi yang luhur, pakaian bersih, dandanan yang serasi di hadapan suaminya dan berusaha yang terbaik untuk tampil menarik hanya di depan suami dan anak-anaknya.
Sentiasa memelihara diri dan harta suaminya, menggambarkan betapa besar kekuatan agama dan ketebalan imannya terhadap ALLAH dan Rasul-Nya. Apabila suaminya tidak ada, dia tetap memelihara kehormatan diri dan harta suaminya.
Bila seorang wanita tidak solehah dan mempunyai sifat atau kebiasaan yang buruk, suka menyusahkan suaminya tentulah itu bukan perhiasan bagi seorang suami. Bahkan, boleh jadi suami tidak suka bersamanya, kemudian menceritakannya.
Jika engkau, wahai isteri menginginkan rumah tangga yang bahagia di dunia dan akhirat, buanglah jauh-jauh dari dirimu tujuh sifat tersebut. Bila tidak, engkau celaka di dunia dan akhirat .
Berikut ini tujuh jenis wanita yang sering diceraikan suami.
1. Tidak punya rasa malu . Yang tidak malu melakukan hal-hal yang dilarang ALLAH. Dia jauh dari sifat takwa dan banyak melakukan maksiat.
2. Ausyarah (kotor) iaitu tidak pandai mengatur rumah, malas mengemas diri, dan malas melakukan apa-apa sehingga dirinya, anak-anak dan rumahnya kotor dan tidak menyenangkan.
3. Asysyakasah (berani/mencabar) iaitu suka membebankan suaminya di luar kemampuannya sehingga mendorong suami melakukan hal hal yang dimurkai ALLAH.
4. Innah (berani/mencabar) yang tidak mahu diperintah suaminya untuk melakukan hal-hal yang baik. Berani melanggar apa yang diperintahkan, bahkan menentang si suami dengan tetap melakukan maksiat.
5. Bitnah (mementingkan isi perut dan banyak menuntut) yang tidak suka berinfak dan enggan mengeluarkan zakat. Selalu terkumpul harta kekayaan dan mengenyangkan perut dengan makanan-makanan yang tiada habisnya. Tidak terlintas dibenaknya untuk menyumbangkan kepada fakir miskin dan anak yatim. Untuk memenuhi segala keinginan nafsunya, dia mendorong suaminya untuk melakukan hal-hal yang boleh mendatangkan kemurkaan ALLAH.
6. Bahriyah (mendorong suami untuk berbuat jahat) iaitu selalu menghalang suami untuk berbuat baik. Jika melihat suami menyisihkan beberapa peratus dan pendapatan untuk zakat dan infak, dia sibuk mencerca dan mengadu pada suami tentang keadaan ekonomi rumah tangga, keperluan anak yang semakin membesar, pakaian yang telah koyak, kasut yang telah usang dan sebagainya sehingga suami menjadi ragu- ragu.
7. Tidak aktif iaitu malas berbuat apa-apa. Tidak mempunyai keinginan untuk menambah ilmu duniawi maupun ukhrawi .
Sumber : Majalah Fatwa Jilid IV No 12 I Zulhijjah 1429 H
*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com
Thursday, January 02, 2014
Blog OmakKau mengukuhkan penguasaan No#1 - Ranking Blog pro PR terkini 16 Dis 2013
Nampaknya blogger Omak Kau makin mengukuhkan penguasaan sebagai blogger No#1 blog pro Pakatan Rakyat dengan ranking Malaysia bawah 400. Blog AmenoWorld pulak jatuh ke tangga ketiga dipintas Anak Sungai Derhaka.
Untuk ranking pertama untuk tahun baru 2014 ranking 1 Januari 2014 naik sikit 16,904 kepada 209,175 mata.
Untuk ranking kali ni aku masukkan lagi 1 blog baru, blog Paria Jalanan, posting pertama pada 10 Disember 2013, tak sampai sebulan dah berjaya duduk ranking 42 carta ni dan 7,021 ranking Malaysia. Ada kesan kut aku masukkan rss blog tu dalam blog aku ni bawah widget 'blog baru'.
Malas nak ulas panjang-panjang, hangpa tengok sendiri laa...
TopBlog PR Pilihan Cenangau |
M'sia
1/1/14
|
PRblog
1/1/14
|
M'sia
16/12/13
|
PRblog
16/12/13
| M'sia +/- | Turun Naik |
Omak Kau | 347 | 1 | 494 | 1 | 147 | 0 |
Anak Sungai Derhaka | 456 | 2 | 538 | 3 | 82 | 1 |
AmenoWorld | 482 | 3 | 504 | 2 | 22 | -1 |
Kelab Greenboc | 579 | 4 | 565 | 4 | -14 | 0 |
Tukar Tiub | 820 | 5 | 1176 | 7 | 356 | 2 |
Addin | 1001 | 6 | 1280 | 9 | 279 | 3 |
Gendang Perang | 1011 | 7 | 1077 | 6 | 66 | -1 |
ek-eleh | 1269 | 8 | 1060 | 5 | -209 | -3 |
IdaMan | 1497 | 9 | 1780 | 11 | 283 | 2 |
Cenangau | 1548 | 10 | 1185 | 8 | -363 | -2 |
Biaqpila | 1585 | 11 | 2046 | 12 | 461 | 1 |
Kedah.kini | 1689 | 12 | 3003 | 19 | 1314 | 7 |
Kerengga | 1913 | 13 | 2139 | 13 | 226 | 0 |
Mohd Sayuti Omar | 1928 | 14 | 1672 | 10 | -256 | -4 |
Kedahlanie.info | 2214 | 15 | 2233 | 15 | 19 | 0 |
Manjongmari | 2304 | 16 | 2304 | 16 | 0 | 0 |
Pahang Daily | 2442 | 17 | 2174 | 14 | -268 | -3 |
Ajensifakap | 2551 | 18 | 3972 | 25 | 1421 | 7 |
Dunia Cacamerba | 2588 | 19 | 3654 | 22 | 1066 | 3 |
Zakri Ali | 2651 | 20 | 3020 | 20 | 369 | 0 |
Kerajaan Rakyat | 2777 | 21 | 2582 | 17 | -195 | -4 |
Naimnikmat | 3164 | 22 | 4931 | 28 | 1767 | 6 |
Kachip Emas | 3215 | 23 | 2661 | 18 | -554 | -5 |
AnjungRakyat | 3832 | 24 | 11371 | 52 | 7539 | 28 |
Sedaka Sejahtera | 3934 | 25 | 3790 | 24 | -144 | -1 |
Cananglahnie | 3968 | 26 | 5022 | 29 | 1054 | 3 |
Bloglist Malaysia | 4157 | 27 | 3610 | 21 | -547 | -6 |
Milosuam | 4276 | 28 | 4009 | 26 | -267 | -2 |
Batu vs kayu | 4376 | 29 | 5053 | 30 | 677 | 1 |
Bicara World | 4446 | 30 | 6451 | 39 | 2005 | 9 |
Warta Maya | 4512 | 31 | 3698 | 23 | -814 | -8 |
Penburuk | 4598 | 32 | 6049 | 35 | 1451 | 3 |
Mimpi Senja | 4701 | 33 | 8592 | 44 | 3891 | 11 |
Ibnu Hasyim | 4775 | 34 | 4456 | 27 | -319 | -7 |
Aspan Alias | 4809 | 35 | 6203 | 38 | 1394 | 3 |
Pakat-pakat kalih | 4875 | 36 | 5875 | 33 | 1000 | -3 |
Shahbudindotcom | 4998 | 37 | 6111 | 37 | 1113 | 0 |
Cipan Tapir Tenuk | 5762 | 38 | 10177 | 49 | 4415 | 11 |
Yong suka kuning | 6572 | 39 | 6101 | 36 | -471 | -3 |
Mountdweller | 6814 | 40 | 5101 | 31 | -1713 | -9 |
Sakmongkol | 6930 | 41 | 6969 | 40 | 39 | -1 |
Paria Jalanan | 7021 | 42 | baru | baru | baru | baru |
Idah Salam | 7109 | 43 | 7990 | 42 | 881 | -1 |
The Cyber Sniper | 7556 | 44 | 9859 | 47 | 2303 | 3 |
Kita Bantai | 8515 | 45 | 15472 | 57 | 6957 | 12 |
Sisi Bukit | 8602 | 46 | 8107 | 43 | -495 | -3 |
Al-Husseyn | 9613 | 47 | 6004 | 34 | -3609 | -13 |
Haluan Kiri | 10699 | 48 | 5529 | 32 | -5170 | -16 |
Wfauzdin | 10721 | 49 | 18121 | 65 | 7400 | 16 |
Orang Ni | 10973 | 50 | 8869 | 45 | -2104 | -5 |
Tempayan Retak | 11181 | 51 | 11405 | 53 | 224 | 2 |
Mutaligat | 11384 | 52 | 12840 | 54 | 1456 | 2 |
Era Pasca | 11943 | 53 | 9869 | 48 | -2074 | -5 |
Sharpshooter | 12152 | 54 | 21608 | 70 | 9456 | 16 |
Utusankini | 12385 | 55 | 22848 | 72 | 10463 | 17 |
Wartawan Lmn Reformasi | 12732 | 56 | 17657 | 63 | 4925 | 7 |
UstrazCyber | 12842 | 57 | 15987 | 58 | 3145 | 1 |
Dango Mamamat | 12972 | 58 | 26972 | 80 | 14000 | 22 |
Sokong PR | 12996 | 59 | 10890 | 51 | -2106 | -8 |
Ikutsukaaku ISA | 13338 | 60 | 9143 | 46 | -4195 | -14 |
Freezone Terengganu | 13342 | 61 | 17885 | 64 | 4543 | 3 |
PASPB | 13874 | 62 | 17216 | 62 | 3342 | 0 |
Bebaskan Malaysia | 14065 | 63 | no data | 124 | - | 61 |
Bawean Termenung | 14280 | 64 | 33481 | 91 | 19201 | 27 |
Blog Hangit | 14439 | 65 | 20359 | 68 | 5920 | 3 |
Faqar | 14622 | 66 | 26607 | 79 | 11985 | 13 |
Malaysiaberih | 14923 | 67 | 13826 | 55 | -1097 | -12 |
Karat Hijau | 15152 | 68 | no data | 100 | - | 32 |
Fendi Tazkirah | 17349 | 69 | 23592 | 75 | 6243 | 6 |
Al-Brangi | 17447 | 70 | 28344 | 84 | 10897 | 14 |
Demo Lonie | 17773 | 71 | no data | 103 | - | 32 |
AnakMudaMalaysia | 17938 | 72 | no data | 107 | - | 35 |
LensaHp | 18128 | 73 | 16888 | 61 | -1240 | -12 |
Siyasahsyariah | 18198 | 74 | 10330 | 50 | -7868 | -24 |
AgenDSAI | 19069 | 75 | 21502 | 69 | 2433 | -6 |
Pak Karamu | 19097 | 76 | 23442 | 74 | 4345 | -2 |
Paapaada | 19431 | 77 | 28736 | 85 | 9305 | 8 |
Gaya Peneroka | 19697 | 78 | 28746 | 86 | 9049 | 8 |
Salehudin | 21038 | 79 | 16367 | 59 | -4671 | -20 |
Laksamana Bkt Bintang | 21490 | 80 | 26058 | 78 | 4568 | -2 |
Lagi Berita | 21524 | 81 | 24717 | 77 | 3193 | -4 |
Pas Caw Bkt Sentosa2 | 22304 | 82 | 23258 | 73 | 954 | -9 |
Ibnu Mustaffa | 22581 | 83 | 31064 | 89 | 8483 | 6 |
Dialog Rakyat | 22843 | 84 | 14093 | 56 | -8750 | -28 |
Aiyang | 23220 | 85 | 19680 | 66 | -3540 | -19 |
Kerabu Bersuara | 24567 | 86 | 24097 | 76 | -470 | -10 |
Ini-yang-aku-rasa | 26308 | 87 | 28166 | 82 | 1858 | -5 |
Perakite Daily | 28607 | 88 | 30715 | 88 | 2108 | 0 |
Penyapusial | 28868 | 89 | no data | 144 | - | 55 |
Bujang Susah | 30169 | 90 | 28182 | 83 | -1987 | -7 |
Mat Indera Sipejuang | 32558 | 91 | no data | 93 | - | 2 |
() Musafir Lalu | 39940 | 92 | no data | 132 | - | 40 |
Macam biasa, kalau nak tengok carta yang sebelum-sebelum ni, boleh klik di sini.
Kut-kut ada yang teringin nak bubuh widget Carta Daun kari (carta terkini) kat sidebar blog hangpa macam yang kat bawah ni, hangpa boleh highlight dan copy bawah ni, tambah gadget HTML/JavaScript kat dashboard blogger dan paste script ni kat dalam tu.
Akhir sekali macam biasa, kalau ada yang patut masuk carta ni tapi tak masuk, jangan segan-segan bagitau. Kalau segan nak tulis suruh masukkan blog sendiri kat ruang komen, email terus kat aku pun takpa. Aku takdak masalah, "tanpa prejudis." Pun begitu, aku akan screen dulu untuk pastikan "bukan blog part-time prono/hiburan sensasi melampau"
Cumanya, nak tambah sikit, kalau boleh tu, 'paparkan' la blog aku dalam bloglist hangpa sebagai tanda sokongan.
Kalau blog hangpa patut masuk ranking tapi tak masuk jangan segan-segan bagitau kat aku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan