Jumaat, 3 Januari 2014

JANGAN KITA NGOK DAN JAHIL....SERTA PENYESAT BERTAULIAH


KUALA LUMPUR: Kehadiran ribuan anak muda ke himpunan di Dataran Merdeka pada 31 Disember lalu membuktikan golongan ini mampu menjadi golongan pendesak yang kuat kepada kerajaan.

Ahli jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Hatta Ramli berkata, isyarat yang ditunjukkan golongan muda pada malam tersebut jelas iaitu mereka berasa terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup.

"Isyarat yang mereka tunjukkan dengan memakai baju hitam sebagai satu gambaran setiakawan yang saya rasa kalau kita hidupkan lagi akan menjadi kuasa pendesak yang kuat.

"Saya anggap himpunan tersebut sangat berjaya dan saya yakin isyarat sudah sampai ke Putrajaya bahawa rakyat menentang kenaikan kos sara hidup," kata beliau yang juga Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat kepada Harakahdaily.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiyat berkata, tidak mustahil anak muda bersama parti politik dan NGO akan mengadakan satu perhimpunan lebih besar sekiranya kerajaan masih tidak bertindak secara serius bagi menurunkan kenaikan kos sara hidup.

"Kerajaan BN tak faham suara rakyat selain himpunan.

"Jika kerajaan tidak berganjak dengan sikap degil dan tidak bertoleransi dengan rakyat, himpunan yang jauh lebih besar dari ini akan digerakkan," kata Suhaizan dalam kenyataannya.

Pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Azan Safar juga menyatakan kesediaan yang sama.

Beliau berkata, himpunan pada 31 Disember itu hanya permulaan kepada perjuangan mereka mendesak kerajaan melakukan sesuatu bagi menurunkan kos sara hidup.

"Perhimpunan malam tadi hanya permulaan kepada perjuangan kita.

"Lepas ini kita akan gerakakn siri wacana dan akan pergi ke kampung-kampung bagi memberikan penerangan kepada rakyat," katanya.

Beliau juga berkata, Turun akan bersama parti politik dan NGO yang akan mengadakan himpunan besar-besaran membantah cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada 1 Mei depan.

"Ya, sudah tentu kita akan bersama-sama mereka untuk perhimpunan 1 Mei kerana GST merupakan isu rakyat dan pelu diperjuangkan," katanya.
KULIM: Seorang peniaga perkakasan rumah cedera parah terkena tembakan dengan pistol dari jarak dekat ketika sedang minum di sebuah restoran di Taman Kempas Indah, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kulim Supt Ghuzlan Salleh berkata kejadian berlaku kira-kira 10.30 malam apabila dua lelaki menaiki sebuah motosikal berhenti di hadapan restoran tersebut dan seorang daripada mereka melepaskan beberapa das tembakan.

"Tembakan itu mengenai badan mangsa yang berumur 46 tahun dari Taman Jati di sini. Keadaan lelaki itu dilaporkan stabil setelah diberi rawatan di Hospital Kulim," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata peniaga itu yang menjalankan perniagaan di Taman Kempas sempat lari sejauh 40 meter untuk menyelamatkan diri selepas ditembak sebelum terjatuh manakala penyerangnya memecut motosikal dan melarikan diri.

Peniaga itu bernasib baik orang ramai berhampiran tempat kejadian membantunya dan menghubungi polis untuk dihantar ke Hospital Kulim,  kata Ghuzlan.

Katanya polis yang menyiasat kejadian itu menjumpai lima kelongsong peluru pistol di kawasan restoran tersebut. Polis mengesyaki serangan itu bermotifkan dendam. - Bernama
KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia menyatakan sokongan terhadap usaha Gerakan Media Marah (Geramm) untuk mengadakan himpunan yang dinamakan Protes Pensel Merah (Red Pencil Protest) pada hari Sabtu, 4 Januari ini.

Menyifatkan himpunan tersebut dibuat atas yang kukuh, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Suhaizan Kaiat berkata, Geramm berhak menyatakan sikap mereka apatah lagi ia berhubung kait dengan hak dan kebebasan rakyat.

"DPPM menyokong apa juga langkah membela masyarakat atau golongan yang tertindas, dizalimi serta menghambat mereka yang zalim dan bertindak keterlaluan.

"Dalam hal ini, Geramm ada asas yang kukuh mengadakan demonstrasi tersebut dan mereka berhak menyatakan sikap mereka apatah lagi ia berhubung kait dengan hak dan kebebasan rakyat," katanya dalam satu kenyataan.

Protes Pensel Merah Sabtu ini akan diadakan di hadapan bangunan Majlis Peguam, Leboh Pasar Besar, Kuala Lumpur bermula jam 2 petang.

Himpunan ini adalah untuk mendesak kerajaan khususnya Kementerian Dalam negeri (KDN) agar segera mengembalikan hak penerbitan kepada akhbar mingguan The Heat yang digantung.

Geramm sebelum ini turut membidas alasan dangkal KDN kononnya penggantungan ini hanya bersifat sementara.

Bagi mereka, tindakan kerajaan itu telah menyekat kebebasan akhbar dan ia amat tidak demokratik.

Suhaizan berkata, hak penerbitan adalah hak asasi sebagaimana dijamin perlembagaan dan masyarakat bertamadun dan moden hari ini mengiktiraf kebebasan akhbar dalam ruang lingkup yang dibenarkan perlembagaan Malaysia, dan menolak kaedah rakus dan keterlaluan.

Menurut beliau lagi, KDN perlu memberi alasan kukuh atas sebab apa penerbitan The Heat digantung supaya rakyat boleh menilainya sama ada ia benar-benar melanggar etika pemberitaan serta berunsur fitnah.

Lebih dari itu katanya, KDN sepatutnya membawa The Heat ke mahkamah jika benar akhbar tersebut bersalah.

"Jika tiada alasan lain boleh diberikan selain alasan teknikal, kembalikan semula hak penerbitan kepada The Heat dan kementerian serta pemimpin negara perlu belajar menghormati hak yang diberikan kepada rakyat di negara ini.

"Menggantung akhbar berkenaan bukanlah kaedah demokrasi, malah ia mirip tindakan rejim diktator yang tersepit," tegasnya.
KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia menyatakan sokongan terhadap usaha Gerakan Media Marah (Geramm) untuk mengadakan himpunan yang dinamakan Protes Pensel Merah (Red Pencil Protest) pada hari Sabtu, 4 Januari ini.

Menyifatkan himpunan tersebut dibuat atas yang kukuh, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Suhaizan Kaiat berkata, Geramm berhak menyatakan sikap mereka apatah lagi ia berhubung kait dengan hak dan kebebasan rakyat.

"DPPM menyokong apa juga langkah membela masyarakat atau golongan yang tertindas, dizalimi serta menghambat mereka yang zalim dan bertindak keterlaluan.

"Dalam hal ini, Geramm ada asas yang kukuh mengadakan demonstrasi tersebut dan mereka berhak menyatakan sikap mereka apatah lagi ia berhubung kait dengan hak dan kebebasan rakyat," katanya dalam satu kenyataan.

Protes Pensel Merah Sabtu ini akan diadakan di hadapan bangunan Majlis Peguam, Leboh Pasar Besar, Kuala Lumpur bermula jam 2 petang.

Himpunan ini adalah untuk mendesak kerajaan khususnya Kementerian Dalam negeri (KDN) agar segera mengembalikan hak penerbitan kepada akhbar mingguan The Heat yang digantung.

Geramm sebelum ini turut membidas alasan dangkal KDN kononnya penggantungan ini hanya bersifat sementara.

Bagi mereka, tindakan kerajaan itu telah menyekat kebebasan akhbar dan ia amat tidak demokratik.

Suhaizan berkata, hak penerbitan adalah hak asasi sebagaimana dijamin perlembagaan dan masyarakat bertamadun dan moden hari ini mengiktiraf kebebasan akhbar dalam ruang lingkup yang dibenarkan perlembagaan Malaysia, dan menolak kaedah rakus dan keterlaluan.

Menurut beliau lagi, KDN perlu memberi alasan kukuh atas sebab apa penerbitan The Heat digantung supaya rakyat boleh menilainya sama ada ia benar-benar melanggar etika pemberitaan serta berunsur fitnah.

Lebih dari itu katanya, KDN sepatutnya membawa The Heat ke mahkamah jika benar akhbar tersebut bersalah.

"Jika tiada alasan lain boleh diberikan selain alasan teknikal, kembalikan semula hak penerbitan kepada The Heat dan kementerian serta pemimpin negara perlu belajar menghormati hak yang diberikan kepada rakyat di negara ini.

"Menggantung akhbar berkenaan bukanlah kaedah demokrasi, malah ia mirip tindakan rejim diktator yang tersepit," tegasnya.

KUALA LUMPUR: Sekumpulan penyokong Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) di Jubail, Saudi Arabia turut bersama-sama mengambil kesempatan untuk menyatakan protes mereka terhadap kenaikan kos sara hidup yang sedang dialami oleh rakyat Malaysia dan menyatakan tahun 2014 adalah merupakan tahun sengsara buat rakyat.

Solidariti untuk menyatakan protes ini bukan hanya dibuat di Malaysia malahan turut dirasai oleh rakyat Malaysia di Saudi dan di seluruh dunia untuk memberi mesej yang jelas kepada kerajaan yang dipimpin oleh Barisan Nasional bahawa rakyat Malaysia yang berada di Arab Saudi cintakan Malaysia dan mahu melihat Malaysia mempunyai kemampanan dari segi ekonomi yang stabil pada masa akan datang.

Sekumpulan penyokong gerakan ini yang mula berkumpul pada jam 9 malam di Royal Commision, Jubail dan memegang sepanduk menyokong usaha orang ramai menyertai Turun dan segala usaha-usaha yang bakal dilakukan oleh Gerakan Turun secara demokratik untuk mengurangkan sengsara rakyat pada tahun 2014.

Tahun 2014 merupakan tahun sengsara buat rakyat kerana kenaikan harga minyak sebanyak 30 sen seliter bagi RON95, kenaikan harga gula sebanyak RM0.34 sekilogram, kenaikan harga diesel sebanyak 20 sen seliter dan kesan daripada kenaikan ini akan menyebabkan seluruh harga-harga barang akan meningkat pada tahun 2014.

“Kita rakyat Malaysia di Jubail Saudi Arabia mengingatkan kerajaan supaya mengkaji semula penstrukturan kenaikan harga tol, tambang teksi dan tren, kadar taraf elektrik, dan perlaksanaan GST kerana sekiranya perkara ini tidak dapat dikawal, seluruh rakyat Malaysia sama ada di dalam negara atau di luar negara akan menggembleng usaha dan tenaga untuk tidak teragak-agak menukar kerajaan pada PRU 14 yang akan datang,” ujar jurucakap Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Jubail yang tidak mahu namanya disiarkan menerusi e-mel.

Beliau juga turut mengulas harga minyak di Saudi hanya 39 sen seliter bagi RON95 bebanding Malaysia RM1.90  seliter, sedangkan kedua-dua negara merupakan pengeluar minyak dan Malaysia mempunyai kualiti minyak yang lebih berkualiti daripada Saudi, tetapi menjualnya dan mengguna pakai minyak Saudi yang kualitinya lebih rendah berbanding Malaysia.

"Di Arab Saudi juga tidak mengenakan sebarang tol, malahan kerajaan Saudi telah menetapkan gaji minimum rakyat Saudi sebanyak SAR5,000 (RM4,250) berbanding Malaysia menetapkan gaji minumum sebanyak RM900, di samping mengenakan tol, GST, kenaikan harga minyak dan pelbagai-bagai lagi kenaikan harga yang tidak munasabah dikenakan oleh rakyat,” katanya.

Menurutnya, Malaysia bukan seperti Saudi yang hanya bergantung kepada minyak, Mekah dan Madinah sahaja untuk menjana pendapatan ekonomi negara, tetapi Malaysia mempunyai pelbagai hasil bumi seperti minyak, hasil tani, kelapa sawit, dan lain-lain lagi tetapi masih mengenakan cukai dan kenaikan harga yang tinggi malahan perbelanjaan negara saban tahun sentiasa defisit.

Sebab itu menurutnya, rakyat Malaysia di Jubail Saudi Arabia, mengesyaki terdapat urus tadbir yang lemah oleh kerajaan Malaysia dalam soal pengurusan harta negara dan mungkin ia berlaku disebabkan oleh pembaziran atau ketirisan yang tidak mampu dibendung oleh kerajaan.

"Sekali lagi, kami sebagai penyokong gerakan Turun di Jubail Saudi Arabia menyeru seluruh rakyat terutama anak muda supaya bangkit dan menyatakan rasa amarah kita terhadap kenaikan kos sara hidup di Malaysia yang begitu menghimpit untuk menyelamat dan melihat Malaysia yang lebih baik dalam urus tadbir ekonomi negara pada masa yang akan datang," tambahnya.
KUALA LUMPUR: 'Fatwa' terbaru Mutfi Perak Tan Sri Harussani Zakaria seperti yang disiar Berita Harian bahawa perserta perhimpunan pada 31 Disember lalu sepatutnya ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan “dihalalkan darah golongan bughah (pemberontak)” mengundang amarah rakyat marhaen.

Menyifatkan ianya sebagai menghina rakyat, luahan dan kekecewaan mereka dilemparkan di media sosial Facebook dan Twitter.

"Satu lagi mufti tak cerdik mula dah bercakap.Dia tak tau ke definisi bughah tu apa?" kata salah seorang pengguna Facebook.

"Mmg (memang) sahih ke Harussani cakap camtu? Jika mmg benar dia keluarkan kenyataan itu, wajib dia bertaubat nasuha dan semak kembali niat dan tujuan ilmu dia selama ni," soal seorang lagi pengguna Facebook.

"Huh..cuba tanya Harussani..halal ke biaq (biar) pemimpin tipu n (dan) sapu duit rakyat serupa mak bapak depa punya harta," tanya sorang lagi pemuda.

Harussani dalam kenyataan yang dipetik Berita Harian juga turut membidas PAS ekoran turut menyertai himpunan tersebut dan menyifatkan PAS sebagai cuba berlagak alim tetapi tidak memahami al-Quran.

“Sepatutnya semua peserta perhimpunan ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan dari hukum syarak, dihalalkan darah golongan bughah,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian hari ini.

“Pemimpin PAS menyertai perhimpunan itu kerana mereka gagal memahami al-Quran,” katanya lagi seperti dilaporkan Berita Harian.

Pada malam 31 Disember lalu, puluhan ribu rakyat marhaen turun ke Dataran Merdeka menyertai Himpunan Turun sebagai membantah tindakan BN menaikkan harga beberapa barangan keperluan yang mengundang kenaikan kos sara hidup.

Himpunan yang berlangsung aman itu sejak awal cuba dilabel sebagai himpunan mengguling kerajaan.

Bagaimanapun tiada sebarang insiden tidak diingi berlaku pada malam itu walaupun pihak berkuasa mendakwa menjumpai bukti senjata yang dikaitkan dengan himpunan itu.
KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat menyifatkan kenyataan terbaru Mutfi Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang melabel perserta perhimpunan pada 31 Disember lalu sebagai 'bughah' (pemberontak) dan halal darahnya, sebagai fatwa songsang.

Ketua penerangan dewan itu, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, 'fatwa' Harussani itu sangat mendukacitakan dan menggambarkan kegagalan seorang mufti memahami hukum bughah.

"Kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani bahawa para demonstrator pada 31 dis 2013 di Dataran Merdeka baru-baru ini sebagai "bughah" dan "halal darah" amat mendukacitakan kerana ia menggambarkan kegagalan seorang mufti memahami hukum bughah dalam Islam.

"Ia satu penyelewengan fakta tentang hukum-hakam Islam yang sangat ketara dan menyesatkan," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurut beliau, 'bughah' atau pemberontak dalam Islam ialah penentangan bersenjata oleh rakyat terhadap kerajaan Islam dan ia termasuk sebagai salah satu kesalahan jenayah hudud dalam Islam.

Sedangkan katanya, peserta himpunan pada itu hadir dengan tangan kosong dan membawa sepanduk menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap urus tadbir negara yang membawa kepada peningkatan kos hidup.

Tambah beliau lagi, takrifan pemberontak dalam perlembagaan Malaysia merujuk kepada melancarkan peperangan kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara bagi Malaysia.

"Adakah peserta perhimpunan 31 Dis 2013 turun berhimpun dengan senjata menentang pemerintah?

"Sangat jahil seorang mufti yang mengkategorikan mereka ini sebagai pemberontak. Lebih malang dan merbahaya apabila darah demonstrator ini pula diisytiharkan sebagai halal darah," ujar beliau lagi.

Kenyataan mufti itu kata beliau lagi satu 'fatwa' yang sangat berbahaya yang boleh membawa kepada huru-hara kepada negara dan tergugatnya keharmonian antara rakyat.

"Sangat dibimbangi "fatwa" seumpama itu membawa kepada pertumpahan darah sesama rakyat.

"Saya menyeru seluruh pihak yang prihatin terhadap keamanan bernegara dan keharmonian bermasyarakat membantah kenyataan-kenyataan songsang seumpama ini," tegasnya.
KUALA LUMPUR: Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) mendesak Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria supaya perlu berlaku adil dalam mengeluarkan kenyataan.

“Jangan hanya tahu salahkan rakyat semata-mata,” ujar Presiden PMIUM, Mohd Bukhairy Sofian.

Tambahnya, tujuan himpunan adalah untuk memberi isyarat kepada kerajaan rakyat terbeban dengan kenaikan harga barang bukannya mengguling kerajaan.

“Kalau guling kerajaan yang adil barulah bughah (pemberontak) namanya di dalam Islam,” katanya.

Beliau menambah, dalam keadaan negara yang menangung hutang yang banyak, pembaziran terus berlaku, adakah mufti tidak nampak perkara ini.

“Adakah itu tidak zalim? Peruntukan untuk konsert di dataran merdeka sebanyak 15 juta, adakah mufti melihat ini sebagai langkah bijak menyambut tahun baru?” tanya beliau.

Menurutnya, mufti harus berfungsi menasihati pemerintah, bukan mengampu semata-mata.

“Orang di bawah dan rakyat begitu susah untuk mendapat sesuap nasi. Mereka tidak ada elaun dan dibayar gaji seperti mufti,” katanya.

Justeru, tegasnya PMIUM mendesak Harussani menarik balik label bughah dan harus memohon maaf kepada rakyat kerana menisbahkan mereka sebagai bughah (pemberontak) yang mana gelaran yang begitu menghina rakyat.
SHAH ALAM: Bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press (NSTP), Datuk A. Kadir Jasin , menimbulkan persoalan ramai berhubung ke mana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor ketika sambutan tahun baru 2014.
Dalam tulisannya, Kadir menulis ketika orang ramai berhimpun di Dataran Merdeka bagi memprotes kenaikan harga barang dan kos sara hidup, Najib tiada di Malaysia untuk mendengar tuntutan mereka.
“Ketika penunjuk perasaan, menentang kerajaan, menuntut itu dan ini, mereka perlu tahu bahawa perdana menteri, Mohd Najib Abdul Razak, tiada di sini untuk mendengar tuntutan mereka secara langsung,” tulis Kadir diblognya, kadirjasin.blogspot.com.

Menurut Kadir, maklumat diperolehi menyatakan Najib berada di luar negara ketika sambutan tahun baru walaupun pada awalnya dinafikan kumpulan ‘Penasihat Komunikasi Najib’ (CAG).
Katanya, dalam satu kiriman di blognya bertajuk “Wanita Chief and the Grandmaster” pada 11 Disember lalu, seorang bernama Zainol memberi komen Najib dan isterinya, bercuti ke Los Angeles (LA) dan terbang ke Sydney, Australia sempena tahun baru.

“…Dia kata Najib akan pergi cuti di LA dengan Isteri… Mereka terbang dari LA ke Sydney nak tengok matahari naik di Sydney.
“Jam itu kita masih tidur di Malaysia. Lepas itu mereka akan terbang dari Sydney pergi ke Las Vegas untuk tengok kali kedua matahari naik. Sebab Amerika satu hari lambat dari Australia,” komen itu dipetik Kadir.

Menurut Kadir, beliau mengirimkan pesanan ringkas (SMS) kepada ‘anggota CAG’ untuk bertanyakan kebenaran perkara itu, namun ia dinafikan.
Bagi mengesahkan ia bukan sekadar gossip atau fitnah, Kadir pada 30 Disember lalu mengirim SMS kepada Setiausaha Najib, Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad yang mengesahkan Najib ke luar negara dan tugasnya diambil alih oleh timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kadir menambah, beliau juga bertanya kepada editor dua buah akhbar, salah seorangnya juga anggota ‘CAG’ melalui SMS, bagi mengetahui sekiranya ada kenyataan rasmi dibuat.
Editor berkenaan kemudian mengesahkan bahawa tiada kenyataan rasmi dikeluarkan, namun enggan namanya dipetik.
Kadir yang sebelum ini dianggap bekas orang kuat Tun Mahathir Mohamad mencuri perhatian apabila menyindir Najib dan isterinya, Rosmah Mansor di blognya.

Secara sinis beliau mencadangkan Rosmah dilantik ke jawatan menteri, malah ke jawatan perdana menteri kerana peranannya mengambil tugas menteri-menteri kabinet.
Ia ekoran pujian Najib terhadap isterinya itu pada Perhimpunan Agung Umno awal Disember lalu, selepas mendapat kritikan menggunakan jet kerajaan untuk lawatan peribadi ke luar negara.
Tulisan Kadir itu, dilihat oleh ramai pemerhati politik sebagai serangan awal terhadap kepimpinan Najib dan mewakili pandangan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. -  Keadilan Daily

DEMO BUGHAH!!!! .. RASUAH BAGUIH!!!!


Nampaknya kisah bughah ini sudah menjadi kata-kata persenda dan bahan ejekkan hanya disebabkan fatwa yang dikira songsang bahawa para peserta yang hadir di Perhimpunan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) pada malam 31 hb Disember 2013 oleh Mufti Perak TS Harussani Zakaria bahawa darah mereka halal.

Tapi rakyat masih ternanti-nanti akan fatwa mengenai gejala rasuah ..

Mungkin lakaran kartun ini bunyinya agak lawak tetapi intipati dan maksudnya cukup mendalam sekali .. tiada perlu pakar tafsir untuk menfasirkan apa tujuan dan makna kartun ini.

Kalau rakyat masih tidak boleh nak tangkap maksudnya lebih baik berhenti jadi manusia atau pergi terjun lombong.

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA AKAN PANDANGAN 2 AGAMAWAN NEGARA KITA YANG MENGUNDANG KONTROVERSI.




Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut menyatakan orang Islam yang mempertikaikan keputusan Mahkamah Rayuan berhubung penggunaan kalimah ALLAH boleh menjadi kafir serta murtad.

"Kalau jatuh murtad, gugurlah amalan mereka di dunia dan akhirat. Segala amalan kebaikan tidak akan diterima.

"Oleh itu, mereka wajib segera bertaubat dengan mengucap dua kalimah syahadah dan berjanji tidak akan mengulangi dosa itu lagi,"

Mutfi Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata, sepatutnya semua peserta perhimpunan pada 31 Disember lalu ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan “dihalalkan darah golongan bughah (pemberontak)”.

“Sepatutnya semua peserta perhimpunan ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan dari hukum syarak, dihalalkan darah golongan bughah, ... haram bagi mana-mana pihak menyertai perhimpunan itu.

Kerajaan terlalu bertoleransi sehingga menunjukkan kelemahan mereka kepada pihak yang menentang.

“Kerajaan British juga tidak pernah tunduk kepada penunjuk perasaan. Jadi kenapa kerajaan selepas merdeka perlu akur dengan tekanan mereka,”
 


MELAKA: Faktor infrastruktur ialah antara punca ramai pelajar cemerlang tidak dapat menyambung pelajaran di sekolah menengah terbaik di negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi Hijau dan Inovasi Melaka Datuk Md Yunos Husin.
    
Sehubungan itu katanya kerajaan negeri akan memohon peruntukan tambahan daripada Kementerian Pendidikan bagi membina bangunan baharu di beberapa sekolah yang menjadi pilihan pelajar cemerlang di Melaka.
    
Sekolah berkenaan ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sharifah Rodziah, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar, SMKA Sultan Muhammad dan Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
    
Menurut Md Yunos sekolah terbabit menerima permohonan kemasukan yang tinggi namun tidak ramai yang diterima kerana kekurangan bilik darjah.
    
"Kita cuba memenuhi semua permintaan ibu bapa dan pelajar cemerlang untuk ke sekolah terbaik ini namun ia terhad dan kita tidak mahu mengambil sesuka hati sehingga menjejaskan prestasi guru dan pelajar di kemudian hari," katanya.

Justeru beliau berharap ibu bapa dan pelajar yang berkenaan tidak menyalahkan mana-mana pihak atas masalah yang berlaku.
    
Mengulas perkembangan lain, beliau meminta pengusaha bas sekolah di negeri itu mempertimbang semula keputusan menaikkan kadar tambang.
    
"Dalam keadaan sekarang ini adalah tidak sesuai untuk menaikkan tambang bas ini dan mereka perlu ada rasa tanggungjawab dan prihatin terhadap masalah ibu bapa," katanya.
    
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenaikan tambang bas sehingga 40  peratus di beberapa negeri termasuk di Pulau Pinang dan Sarawak semalam.
    
Terdahulu beliau melakukan lawatan di Sekolah Kebangsaan Jalan Datuk Palembang di sini sempena hari pertama sesi persekolahan 2014 bagi negeri-negeri yang berkenaan. - Bernama







AKHBAR Utusan Malaysia nampaknya tiga hari berturut-turut melakukan perang saraf bertujuan membuli hasrat rakyat berhimpun bagi membantah kenaikan kos sara hidup. Muka depannya, pada 29 Disember dengan jelas memuatkan kenyataan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh yang menuding jari kepada empat NGO, perancang perhimpunan.

Hari berikutnya, Amar Singh ditampil lagi (di muka depan) mempertahankan kenyataannya itu berasaskan, kononnya polis ada bukti kukuh atas dakwaan penglibatan empat NGO yang didakwa cuba mengguling kerajaan.

Empat NGO yang dimaksudkan adalah Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Jingga 13, Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

Empat NGO terbabit bersetuju ‘mengajak’ rakyat untuk hadir bersama-sama berhimpun pada malam 31 Disember bertempat di Dataran Merdeka. Menariknya, kenyataan polis itu mendapat reaksi daripada NGO terbabit. Malah pihak NGO itu mengambil langkah lebih praktis dengan bersetuju menubuhkan gabungan “Gerakan3112-TURUN” dan mendapat sokongan lagi daripada beberapa NGO lain seperti kumpulan anak muda aktivis dan mahasiswa.

Justeru tuduhan pihak polis itu adalah suatu propaganda yang jelas cuba membantai moral golongan rakyat yang sedia mendukung hak kebebasan berhimpun sebagaimana dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Paling mengecewakan, pihak polis cuba untuk mengelirukan kefahaman rakyat kepada bukti-bukti yang dicipta bertujuan menakutkan rakyat. Maka dalam hal ini, polis dilihat cuba memanipulasi hak dan kebebasan yang dibenarkan oleh perlembagaan negara (baca: Perlembagaan Persekutuan).

Oleh kerana itu, syabas diucapkan kepada kepimpinan PAS dan Pakatan Rakyat serta aktivis NGO kerana tegas pendirian dalam memahami dan memenuhi realiti––membela rakyat sedang dihimpit oleh kenaikan kos sara hidup akibat amalan pentadbiran BN yang banyak mendera rakyat. Sesungguhnya pendirian (membela) kehidupan rakyat ini adalah selari dengan hak dan kebebasan menurut perlembagaan negara

Mendukung perlembagaan

Sehubungan itu, penulis mengajak untuk menelusuri asas-asas kefahaman perlembagaan negara, terutama berkaitan dengan Perkara 10 dalam Perlembagaan Persekutuan yang  berkaitan dengan hak di sisi rakyat menikmati “kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.” Maksudnya, rakyat diajak mendukung prinsip kebebasan ini tanpa ragu, malah dengan penuh sedar bagi menuntut sebarang hakl dalam sebuah negara demokrasi.

Sebagaimana dinyatakan dalam Perkara 10 fasal (1), semua lapisan rakyat diajak mendukung perlembagaan negara. Namun maksud mendukung itu hendaklah tertakluk kepada fasal-fasal berikutnya dalam Perkara 10 ini, iaitu fasal (2), (3) dan (4)––perenggan (a), tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara; perenggan (b), semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata; dan perenggan (c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.

Selanjutnya, menurut Perkara 10 fasal (2) menjelaskan Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan—ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (a) dalam fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, hubungan baik dengan negara-negara lain, ketenteraman awam atau prinsip moral dan sekatan-sekatan yang bertujuan untuk melindungi keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan atau untuk membuat peruntukan menentang penghinaan mahkamah, fitnah, atau pengapian apa-apa kesalahan; ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (b) dalam fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persektuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam; ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (c) dalam fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam atau prinsip moral.

Akta Perhimpunan Aman

Berdasarkan maksud fasal-fasal yang menyekat ini––Perkara 10, fasal (2), fasal (3) dan fasal (4), kerajaan Barisan Nasional mewujudkan Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) yang memberi kuasa kepada kerajaan, termasuk polis mengenakan beberapa sekatan atas kebebasan (hak) di sisi rakyat.

Aspek sekatan itu kononnya selari dengan Perkara 10, misalnya dalam fasal (3) menyatakan sekatan-sekatan ke atas hak untuk membentuk persatuan yang diberikan oleh perenggan (c) dalam fasal (1) boleh juga dikenakan oleh mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan perburuhan atau pendidikan.

Demikian pula, Perkara 10 fasal (4) menyatakan, pada mengenakan sekatan-sekatan demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam di bawah fasal (2) perenggan (a), iaitu Parlimen boleh meluluskan undang-undang melarang dipersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III, Perkara 152, 153 atau 181 melainkan yang berhubungan dengan pelaksanaannya sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-undang itu.

Bagi memahami sekatan-sekatan menurut fasal (4) ini, sekatan dan hak serta kebebasan yang termasuk adalah berkaitan dengan kewarganegaraan (maksud Bahagian III), bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan (Perkara 152) dan tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain (Perkara 153).

Hak menjaga kedaulatan

Dalam pada itu, rakyat yang dijamin hak dan kebebasan––di sebalik adanya sekatan-sekatan menurut Perkara 10 fasal (2), (3) dan (fasal (4)––juga bertanggungjawab untuk untuk menjaga kedaulatan, prerogatif, kuasa dan bidang kuasa Raja-Raja dan prerogatif, kuasa dan bidang kuasa Pembesar-Pembesar Memerintah Negeri Sembilan di bawah wilayah-wilayah mereka masing-masing sebagaimana yang telah ada dan dinikmati hingga kini adalah tetap dan tidak terjejas (Perkara 181).

Justeru di sebalik nilai hak dan kebebasan serta sekatan-sekatan yang ada, timbang taranya adalah semua rakyat hendaklah menghormati pemerintah. Simbol pemerintah adalah institusi raja-raja bukannya pemimpin eksekutif yang dipilih melalui pilihan raya.

Oleh kerana itu, rakyat tidak seharusnya disekat-sekat ruang berhimpun bagi menyatakan bantahan dan ketidaksetujuan terhadap keputusan pemimpin eksekutif berhubung isu-isu kehidupan seharian mereka, termasuk isu kenaikan harga barang dan kos sara hidup.

Maka tidaklah salah untuk rakyat berhimpun, sebaliknya amatlah salah apabila melabelkan perhimpunan Gerakan TURUN itu sebagai berhimpun mengguling kerajaan.

Maka hormatilah kedaulatan pemerintah, sekaligus menghormati perlembagaan negara dan bersama-sama menghormati hak (baca: kedaulatan) rakyatnya.
__________________________
Wan Nik Wan Yussof ialah Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan

Tiada ulasan: