Isnin, 6 Januari 2014

FIKIRLAH DENGAN WARAS....TANYALAH KEPADA YANG BENAR2 BERILMU DAN KERJA UNTUK ALLAH SWT......MEREKA INI HANYA TAKUT KEPADA ALLAH SAJA.... BUKAN KERJA NAK KEJAR HARTA...PANGKAT SERTA INGIN HIDUP MEWAH





Mufti yg menjadi penghasut kpd perbalahan dan permusuhan tdk layak dikekalkan sbgai mufti..kalau dah terlampau minat nk libatkan diri dlm kancah politik..letak jawatan dan bertanding dlm mana2 prk/pru..tiada guna dikekalkan jawatan sebagai seorg mufti jika hanya jelas nmpak kesalahan org lain tapi jadi buta dan rabun terhadap kesalahan drp phk yg kamu suka dan sokong...
·


 


 

Fatwa SONGSANG !!!!
Harakah terbaru , dapatkan maklumat terkini untuk info ilmiah anda ...

Ust Rosli Jabar - Gi Dataran Bwk iPad, Nok Guling Kerajaan Mende

Written By canang on Ahad, 5 Januari 2014 | 1/05/2014 10:45:00 PTG



- kalu nok guling, masa BERSIH 1.0 lg buleh doh..
- cara Iran melakukan revolusi ...
* Kuliah penuh : http://www.youtube.com/watch?v=OUfIP55e-3M

'Fatwa' Harussani songsang, menyesatkan - Dewan Ulamak JAN 02, 2014 HARAKAHDAILY KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat menyifatkan kenyataan terbaru Mutfi Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang melabel perserta perhimpunan pada 31 Disember lalu sebagai 'bughah' (pemberontak) dan halal darahnya, sebagai fatwa songsang. Ketua penerangan dewan itu, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, 'fatwa' Harussani itu sangat mendukacitakan dan menggambarkan kegagalan seorang mufti memahami hukum bughah. "Kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani bahawa para demonstrator pada 31 dis 2013 di Dataran Merdeka baru-baru ini sebagai "bughah" dan "halal darah" amat mendukacitakan kerana ia menggambarkan kegagalan seorang mufti memahami hukum bughah dalam Islam. "Ia satu penyelewengan fakta tentang hukum-hakam Islam yang sangat ketara dan menyesatkan," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily. Menurut beliau, 'bughah' atau pemberontak dalam Islam ialah penentangan bersenjata oleh rakyat terhadap kerajaan Islam dan ia termasuk sebagai salah satu kesalahan jenayah hudud dalam Islam. Sedangkan katanya, peserta himpunan pada itu hadir dengan tangan kosong dan membawa sepanduk menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap urus tadbir negara yang membawa kepada peningkatan kos hidup. Tambah beliau lagi, takrifan pemberontak dalam perlembagaan Malaysia merujuk kepada melancarkan peperangan kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara bagi Malaysia. "Adakah peserta perhimpunan 31 Dis 2013 turun berhimpun dengan senjata menentang pemerintah? "Sangat jahil seorang mufti yang mengkategorikan mereka ini sebagai pemberontak. Lebih malang dan merbahaya apabila darah demonstrator ini pula diisytiharkan sebagai halal darah," ujar beliau lagi. Kenyataan mufti itu kata beliau lagi satu 'fatwa' yang sangat berbahaya yang boleh membawa kepada huru-hara kepada negara dan tergugatnya keharmonian antara rakyat. "Sangat dibimbangi "fatwa" seumpama itu membawa kepada pertumpahan darah sesama rakyat. "Saya menyeru seluruh pihak yang prihatin terhadap keamanan bernegara dan keharmonian bermasyarakat membantah kenyataan-kenyataan songsang seumpama ini," tegasnya.


Macai-macai UMNO mengamuk naik histeria apabila Pengerusi Biro Media UMNO yang baru dilantik KJ berkata tiada lagi himbuhan dan bayaran untuk para blogger dan pengiat siber pro UMNO .. jika difikirkan akan alasan-alasan diberikan memang tepat pun .... tidak mampu untuk mematahkan secara ilmiah dan fakta segala hujah dan serangan yang datang dari para pejuang PR... menghabiskan wang dan tenaga akhirnya nama UMNO juga dapat bertambah malu.
3 daripada banyak lagi berfrolile tinggi yang lenyap begitu saja ,,tutup kes 1) kes allahyarham abd jalil,,,,,,,bank bumiputra 2) kes altantuya !,,,,,,,,,kapal selam 3)kes norliza shamsuddin ,,,,,mati d bunuh pada 2000 d puncak perima sri hartsmas Bank lagi yang polis tutup atas arahan ,,,,rakyat perlu fakta bukan auta

Malaysia ku aman dan selamat !
Kalau dilanggar, jangan berhenti, mesti lari untuk elak dirompak 6 Jan 2014 Serdang: “Saya berjalan hampir dua kilometer dalam keadaan berlumuran darah untuk meminta bantuan selepas ditembak. “Ketika itu saya hanya memikirkan keselamatan isteri yang dilarikan penjenayah terbabit bersama kereta,” kata Nazaruddin Mat Ali@Ibrahim, 35. Dia dan isteri menjadi mangsa samun langgar lari dua lelaki dan ditembak dari jarak dekat apabila cuba melawan penyamun terbabit ketika melalui Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) menghala Kajang, dekat sini, jam 12.15 tengah malam kelmarin. Suspek dipercayai berusia 20-an bukan saja melarikan Honda Accord berwarna emas milik Nazaruddin, malah menculik isterinya, Alawiyah Harun, 36, yang berada dalam kenderaan itu sebelum memecut laju dari tempat kejadian. Bagaimanapun, wanita terbabit terselamat dan tidak dicederakan walaupun dilarikan suspek kira-kira 12 kilometer sebelum dibebaskan selepas penjenayah merampas barang kemas, telefon bimbit dan wang tunai serta meninggalkannya di tepi jalan di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi. http://www.hmetro.com.my/articles/Jalan2kmberlumurdarah//Article?HarianMetro



Isu kalimah ‘Allah’: Mahathir mahu gulingkan Najib

KOMEN: Ketika usianya hampir mencecah 90 tahun, Tun Dr Mahathir tetap membawa kecelaruan di dalam politik Malaysia.
Beliau terus melakukan provokasi ke atas orang-orang bukan Melayu-Islam.
Nyata sekali, mantan Perdana Menteri itu tidak akan bersara dari arena politik dan mahu kekal menentukan halatuju Umno.
Mengapa agaknya?
Agar membolehkan anaknya yang juga Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengekalkan legasinya selaku peneraju utama di dalam kerajaan satu hari kelak.
Mahathir juga dilihat terus menyerang Perdana Menteri serta presiden Umno Datuk Seri Najib Razak yang dirasanya enggan menyokong Mukhriz ketika pemilihan parti baru-baru ini.
Sebagai penaung pertubuhan Perkasa, Mahathir kini mahu menggulingkan Najib dari tampuk pemerintahan di Putrajaya.
Berbekalkan agenda agama dan perkauman, Mahathir menekan Najib dengan pelbagai kenyataan agar Najib dilihat pemimpin yang lemah di kalangan orang-orang Melayu.
Objektifnya, agar Najib tidak lagi dianggap mampu melindingi hak-hak orang Melayu atau mempertahankan agama Islam, sambil memperlekehkan laungan 1Malaysia yang didokong Najib.
Mahathir sedar, sebagai Perdana Menteri tentu tidak bertindak ke atas orang-orang bukan Melayu yang tidak menganut ajaran Islam, kerana Perdana Menteri berperanan menegakkan Perlembagaan Persekutuan.
Maka mudah bagi pihak-pihak pelampau agama di dalam Umno menjatuhkan beliau.
Dalam kenyataan terbaru beliau, Mahathir mempersoalkan motif penganut agama Kristian yang katanya berdegil di dalam isu kalimah ‘Allah’. Penganut Kristian, ujarnya, mahu menyakitkan hati orang-orang Melayu-Islam.
Siapa yang menyakitkan hati siapa?
Soal saya: “Mengapa Mahathir dan Perkasa menyakitkan hati rakyat Malaysia serta penduduk dunia?”
Ini terjadi ketika pihak penguasa agama di Selangor bersiap-sedia mahu melakukan pemburuan terhadap orang-orang bukan Islam yang masih menggunakan kalimah ‘Allah’.
Mengapa mereka membelakangi hak serta amalan orang-orang bukan Islam? Sudah tentu mereka tidak boleh bertindak ke atas kepercayaan serta amalan saya sebagai orang bukan Islam.
Jika orang-orang Kristian dibenarkan menggunakan kalimah tersebut, maka jelaslah kerajaan persekutuan melakukan sesuatu yang bertentangan.
Bagaimana pula keadaan di Semenanjung berbeza dengan di Sabah dan Sarawak?
Atau penduduk di Semenanjung mendapat layanan berbeza dari penduduk di kedua-dua negeri itu?
Pengarang mingguan Herald bagi penganut Katholik Paderi Lawrence Andrew dilaporkan berkata gereja Katholik di Selangor akan tetap menggunakan kalimah ‘Allah’ di dalam perjumpaan mingguannya, yang menggunakan Bahasa Malaysia bagi pengunjung-pengunjung dari Sabah dan Sarawak.
Beliau berkata begitu ketika mengulas kenyataan pengarah JAIS Ahmad Zaharin Mohd Saad yang menjelaskan bahawa pihaknya akan menghantar surat kepada gereja-gereja di Selangor memohon mereka menuruti Peraturan bagi orang-orang bukan Islam (kawalan dari penyebaran kepada penganut Islam) 1988.
Perlukah Ahmad Zaharin mencampuri urusan penganut-penganut ajaran bukan Islam?

ooo..baru ku tahu..ce konfom dgn diorg..ce..ce..*smpi mati pun diorg xkkan mengaku*

05 Januari, 2014


Pegawai Agama KDN Sokong Fatwa Songsang

Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah (Aswaja) menyokong kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang melabelkan peserta himpunan Turun 31 Disember lalu sebagai penderhaka kepada kerajaan dan ‘dihalalkan darah pemberontak (bughah)’ .

Presiden Aswaja Dr Zamihan Mat Zain Al Ghari berkata, Harussani mengeluarkan kenyataan selepas menilai beberapa pertimbangan sepanjang himpunan berlangsung.

Katanya, tindakan ‘guling kerajaan’ boleh dianggap sebagai subversif kerana bersifat kekerasan.“Siri rusuhan dan rampasan kuasa di negara kita kelihatan tak berjaya tetapi bibitnya sudah ada dan kesan kerosakan serta kecederaan sudah nyata.

“Jadi hukumnya adalah haram. Jika pihak berkuasa diserang dengan senjata atau kekerasan maka pihak berkuasa boleh mempertahankan diri.“Inilah yang dimaksudkan dengan halal darah bughah itu,” katanya dalam kenyataan semalam.

Demontransi aman bertukar keras

Beliau yang juga Pegawai Agama Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkata, pendapat peribadi Harussani dibuat berdasarkan ada kronologi bahaya yang dimunculkan puak pelampau di sebalik tabir susulan penemuan beberapa alat senjata dan insiden kecederaan yang berlaku memperlihatkan demontransi aman bertukar keras.

Menurut beliau, demonstrasi Turun secara realitinya tidak bawa senjata tetapi sebilangan kecil mereka menyimpannya ditempat strategik tertentu yang berjaya ditemui Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Disebab itu katanya, kebarangkalian penggunaan senjata seperti ini bila-bila masa saja boleh berlaku kerana ada kumpulan yang ikhlas mahukan keadilan, tetapi ada juga yang mengambil kesempatan menangguk di air keruh.

“Demontrasi Turun hanya kosmetik kerana di belakang tabirnya adalah guling kerajaan.“Lihatlah seruannya di media sosial dan maklumat ini juga telah diklasifikasikan oleh sumber risikan PDRM. Bukan semata-mata provokasi media,” jelasnya.

Namun katanya klasifikasi bahaya ini sukar didedahkan kepada umum memandangkan ia berkait dengan bukti risikan.

‘Anggap tahzir’

“Jadi anggaplah pandangan Mufti itu sebagai tahzir (peringatan) untuk umat Islam yang lalai dan ghairah mencari perubahan yang akhirnya bakal mengundang mudarat yang lebih besar pada kita,” katanya.

Beliau turut menyeru orang ramai supaya bersangka baik kerana Harussani, sebagai seorang ulamak yang mempunyai hubungan baik dengan Sultan dan pemerintah itu cuma menyampaikan satu nasihat agama untuk panduan umat Islam.

“Beliau juga sudah mempunyai kedudukan yang baik di mata masyarakat. Justeru beliau bukan pengampu politik kepartian sebagaimana yang ditohmah sesetengah pihak yang sakit hati dengan beliau.

“Mengapa kita begitu teruja untuk menyerang mufti umat Islam? Adakah dengan mufti berkenaan mengharamkan ajaran Wahabi, Syiah, dan liberal di Perak lalu kita terus berteriak histeria mencercanya sekehendak hati?

“Atau hati kita ini telah lama bergelap dengan hijab kepartian lalu kita hanya nampak kebenaran dicelah-celah politik yang sempit,” soalnya.

Sehubungan itu, Zamihan berkata pihaknya menyokong penuh pandangan Harussani dalam isu golongan bughah ini supaya dikenakan tindakan tegas memandangkan perbuatan guling kerajaan mampu mendatangkan ancaman keselamatan dan menggugat kedaulatan sesebuah negara. ~fmt

Two Rela members arrested as suspects in break-in of deputy minister’s house

The home of the Deputy Home Minister Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar

The home of the Deputy Home Minister Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
KUCHING: Two Rela members who were assigned to guard the home of the Deputy Home Minister Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar here were among three suspects held by the police in connection with a break-in at the house on Dec 24.
Acting Kuching District Police Chief DSP Amihizam Abd Shukor, who confirmed the arrests, said investigations also found the two had previous criminal records.
"The first suspect, who is 34 years old and has 12 criminal records, was arrested in Meludam (about 250 km from Kuching), while the second Rela member is 30 and has two previous records," he said on Saturday.
He added that the third man, who is 36 years old, had two criminal records.
"All three suspects will be presented in court tomorrow to be remanded to help in the investigations of the case," he said.
Wan Junaidi praised the efforts of the police in making the speedy arrests and said he would recommend to the ministry to review the criteria for the intake of Rela members.
This is to ensure that those who apply for membership do not have previous criminal records and are sincerely interested to carry out their responsibilities.
"More stringent measures have to be taken to ensure the correct selection of members," he said.
Admitting that although he was "slightly disappointed" about the involvement of the Rela members in the case, he said the organisation could not be blamed.
"I cannot be angry with the organisation because the concept of Rela is volunteerism. Perhaps this experience shows us the need for a different module in the intake of members," he said. – Bernama 




Yang perlu sahaja ketika kahwin: 1. Mas kahwin: ikut harga negeri, lebih murah lebih baik (untuk nikah) 2. Pakaian pengantin: ikut harga pasaran (tutup aurat fully, sekadar mampu, tak perlu terlalu cantik) 3. Kenduri kahwin (untuk hebahan): makanan yang mampu disediakan, walau sekadar kuih-muih (tempat tetamu lelaki dan perempuan di asingkan) 4. Hiburan yang tidak bertentangan syarak: kompang dan sebagainya (jika mampu) Perkahwinan yang diberkati adalah perkahwinan yang memudahkan dan tidak dicampur aduk dengan maksiat seperti bersalaman antara bukan mahram, bercampur gaul antara bukan mahram, adat istiadat yang bertentangan dengan syarak dan lain2. Ia turut disertakan dengan memuji Allah dan Rasul terlebih dahulu serta para tetamu yang hadir hendaklah mendoakan pengantin dengan ucapan "بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ" yang bermaksud "Semoga Allah memberikan keberkahan kepadamu, memberikan keberkahan atasmu, dan menyatukan kamu berdua di dalam kebaikan" dan bukannya dengan ucapan "Selamat Pengantin Baru".. { Bercinta Selepas Nikah }

Cerita Panas Harian Brunei Baca kerana ini penting Assalam, Inshaa Allah Start bulan 4 tahun dapan, isteri-isteri di negara Brunei di wajibkan pakai tudung menutup aurat. Bertudung labuh sikit, jgn nampak bentuk b/dada, pakaian jgn fit/hanging, klu pakai seluar jgn fit. Boleh kena dakwa tu. Sila rujuk Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah 2013. LELAKI BERLAGAK MENYERUPAI PEREMPUAN ATAU SEBALIKNYA 198 (1) mana2 lelaki yg memakai pakaian perempuan dan berlagak menyerupai perempuan atau mana2 perempuan yg memakai pakaian lelaki dan berlagak menyerupai lelaki di mana2 tempat awam tanpa alasan yg munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $1000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 3bulan atau kedua-duanya sekali. (2) mana2 lelaki yg memakai pakaian perempuan dan berlagak menyerupai perempuan atau mana2 perempuan yg memakai pakaian lelaki dan berlagak menyerupai lelaki di mana2 tempat awam untuk tujuan yg tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali. TIDAK MEMBAYAR ZAKAT ATAU FITRAH 236 (1)mana2 orang Islam yang telah ditaksirkan dengan sah sebagai wajib untuk membayar zakat atau fitrah di bawah Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi (Penggal 77) dan gagal untuk memperolehi secara rayuan atau selainnya, pembatalan atau pengubahsuaian bagi penaksiran demikian, dengan sengaja gagal untuk membayar zakat atau fitrah tersebut adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $8,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 2 tahun atau keduanya sekali. KHALWAT 196. (1) Mana-mana orang Islam yg melakukan khalwat adalah melakukan kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali. (2) Mana-mana orang bukan Islam yg melakukan khalwat dengan orang Islam adalah melakukan kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali. (3) Dalam bab ini KHALWAT bermakna (a) bersekediaman, bersekedudukan, berkurung; atau (b) Mengasingkan diri dalam keadaan berhampiran yg mendatangkan syak bahawa mereka sedang melakukan perbuatan maksiat, TIDAK MENUNAIKAN SEMBAHYANG JUMAAT 194. Mana-mana lelaki mukallaf yang tidak menunaikan sembahyang Jumaat di masjid dengan tiada uzur syar'ie atau tiada alasan-alasan yang munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $200 bagi kesalahan pertama, dikenakan suatu denda tidak melebihi $300 bagi kesalahan kedua, dan dikenakan suatu denda tidak melebihi $1,000 bagi kesalahan ketiga atau berikutnya. TIDAK MENGHORMATI BULAN RAMADHAN 195. (1) Mana-mana orang yang memakan atau meminum atau menghisap apa jua tembakau ditempat awam semasa waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali. (2) Mana-mana orang yg menjual atau menghidang ada jua makanan atau tembakau untuk dimakan,diminum atau dihisap dengan serta merta di tempat itu juga, di tempat awam, semasa waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua- duanya sekali. (3) Ceraian (2) hendaklah tidak dikenakan kepada mana-mana pengamal perubatan atau mana-mana orang lain yang menghidang apa jua makanan, minuman atau ubat kepada mana-mana pesakit semasa waktu-waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan yang tanpanya pesakit itu terjejas. (4) Jika mana-mana orang yg gagal mematuhi ceraian (2) dalam kedudukannya sebagai pekerja kepada orang lain, majikannya hendaklah dianggap telah bersubahat melakukan kesalahan tersebut dan telah menyebabkan kesalahan itu dilakukan oleh sebab subahat itu melainkan dia dapat membuktikan bahawa kesalahan tersebut telah dilakukan tanpa kebenaran, kuasa, pengetahuan atau keizinannya dan dia telah mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk mencegah daripada perbuatan itu dilakukan. HUKUMAN ZINA 69. (1) Mana-mana orang Islam yang melakukan zina dan dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid menurut Hukum Syara' setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman hadd seperti berikut - (a) jika dia muhshan, direjam sehingga mati dengan disaksikan oleh sekumpulan orang Islam; atau (b)jika dia ghairu muhshan, disebat 100 sebatan dengan disaksikan oleh sekumpulan orang Islam dan dihukum penjara selama tempoh satu tahun. (2) Mana-mana orang Islam yang melakukan zina dan dibuktikan dengan keterangan selain yang diperuntukan di bawah ceraian (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan- (a) jika dia muhshan, disebat tidak melebihi 30 sebatan dan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 7 tahun; atau (b) jika dia ghairu muhshan, disebat tidak melebihi 15 sebatan dan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun. (3) Mana-mana orang bukan Islam yang melakukan zina dengan seorang Islam dan dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak- kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum dengan hukuman yang sama sebagaimana yang diperuntukan di bawah ceraian (1). (4) Mana-mana orang bukan Islam yang melakukan zina dengan seseorang Islam dan dibuktikan dengan keterangan selain daripada yang diperuntukan di bawah ceraian (3) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan, dihukum dengan hukuman yang sama sebagaimana yang diperuntukan dibawah ceraian (2). HUKUMAN ZINA JIKA PESALAH BUKAN MUKALLAF ATAU BELUM MENCAPAI UMUR BALIGH. 70. Jika mana-mana orang yang bukan mukallaf atau belum mencapai umur baligh melakukan zina dan- (a) dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid menurut Hukum Syara' setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum sebat tidak melebihi 30 sebatan dan ditahan di mana-mana pusat pemulihan yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah selama suatu tempoh tidak melebihi 3tahun; atau (b) dibuktikan dengan keterangan selain daripada yg diperuntukan dibawah perenggan (a) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum sebat tidak melebihi 15 sebatan dan ditahan di mana-mana pusat pemulihan yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun.

Tiada ulasan: