Isnin, 6 Januari 2014

NO 8 BERTUAH MENURUT KEPERCAYAAN KAUM TIONGHUA@CINA....8 MEMBAWA MAKSUD 'HIDUP'....ADA 'ONG' KONON...KEPERCYAN BEGINI BOLEH MEMBAWA KEPADA SYIRIK...SEOLAH2 NOMBOR ITU BERKUASA MENGUBAH TAKDIR MANUSIA

06 January 2014

Najib sudah hilang segala-galanya, ubahlah!

Isu ‘Allah’ tidak reda-reda. Tidak usah kita sebut tentang undang-undang. Kita bercakap tentang moral kita yang beragama dan bertuhan. Kalau kita bercakap diatas dasar undang-undang dan keputusan mahkamah, orang yang membunuh manusia lain pun boleh terlepas dengan berbagai-bagai cara. Undang-undang boleh melepaskan pesalah rasuah dan perogol dan sebagainya. Ini isu agama yang berkaitan dengan penganut berbagai agama yang sedang berkelahi tentang isu sensitif ini.
Perkelahian ini berlaku adalah  kerana politik. Tuduhan saya ini adalah tuduhan yang benar dan jika ada yang mengatakan ia tidak benar katalah sekehendak hati. UMNO Selangor cuba untuk berdemonstrasi. Puas saya mengkaji dan bertanya kepada alim ulamak muktabar, tidak ada siapa di antara mereka yang faham tentang Islam bersetuju ini adalah Islam sebenarnya.
Kalau boleh di kalangan UMNO Selangor memberitahu kita yang apa yang mereka lakukan adalah tuntutan agama kita. Setakat ini semuanya bersetuju apa yang diniatkan oleh UMNO Selangor itu amat bertentangan dengan Islam sendiri yang mengutamakan keharmonian hidup semua umat Tuhan ini.
Dalam isu ini bukan sahaja mendapat reaksi negatif dari orang Melayu beragama Islam yang benar-benar mengamalkan Islam yang sebenarnya. Hanya di negara ini sahaja isu ini hidup kerana isu seperti ini hidup adalah di sebabkan kelemahan pimpinan yang menonjol sekarang ini.
Tiada siapa dikalangan pimpinan dalam kabinet negara yang telah keluar untuk membuat keputusan yang muktamad dalam hal ini. PM Najib mungkin sedang sibuk untuk pergi merata-rata didunia ini untuk melihat matahari naik untuk tahun baru ini, dan mungkin beliau tidak dapat melapangkan masa untuk menyelesaikan isu hangat dan sensitif ini. Beliau pun telah begitu penat berucap dibanyak tempat maka sememangnyalah beliau merasakan terpaksa keluar negara dan melihat matahari tahun baru naik ditempat-tempat lain.
Saya tidak tahu hal ini dan tidak pula siapa memberitahu saya yang matahari tahun baru itu lain rupa dan keadaannya di tempat lain. Bagi saya matahari di mana-mana pun serupa sahaja keadaannya kerana matahari yang naik di negara ini adalah matahari yang sama dan matahari itu naik dari timur dan turun di barat. Saya pun jika ada rezki pada tahun hadapan, saya juga nak lihat apa bezanya matahari di negara ini naik sama dengan matahari naik di negara lain.
Tetapi saya tidak dapatlah hendak sampai ke Australia atau Amerika untuk melihatnya. Paling jauh mungkin saya mampu untuk melihat bagaimana matahari tahun baru naik di Golok atau Hadyaai sahaja. Saya tidak tahu pulak bagaimana hendak meminta kabinet kerajaan untuk membenarkan saya menggunakan jet eksekutif mewah tetapi cukuplah dengan kemudahan keretapi tambang murah yang diberikan kepada warga emas ke Golok atau ke Haadyai itu.
Dalam isu kalimah Allah yang menjadi isu perkelahian pada hari ini, terbitnya tidak lain dan tidak bukan kerana ‘vacuum’ yang besar dan meluas di kalangan kepimpinan negara. Jika kita mempunyai kepimpinan yang kuat dan dihormati isu ini tidak akan pernah timbul seperti yag kita semua alami sebelum ini. Isu ini hanya timbul apabila politik negara begitu lemah dan tidak ada tanda-tanda yang Perdana Menteri sendiri boleh menyelesaikannya.
PM Najib seolah-olah tidak memahami atau mengakui yang isu ini adalah lebih besar dari isu ekonomi dan isu-isu lain jika benar-benar hendak melihat kita mendiami negara yang maju dan ternama. Isu ini jika tidak dapat diselesaikan ia boleh membawa kehancuran kepada fabrik politik negara kita yang kita sayangi ini, tetapi pimpinan kita tidak membuat apa-apa untuk menyelesaikannya mungkin kerana tidak nampak jalan untuk penyelesaiannya. Tetapi yang pastinya ia adalah kerana kelemahan dan ketidak adanya maya kepada barisan kepimpinan kerajaan hari ini.
Muhyidin minggu lepas telah memberitahu orang ramai yang niat untuk berdemonstrasi itu adalah ‘prerogative’ mereka dari UMNO Selangor itu. Jawapan dari seorang pemimpin nombor dua Tertinggi Parti dan negara itu amat memalukan dan bagaimana beliau hendak menjadi pemimpin ‘alternative’ kepada Najib yang sedang dilambung kehidupan ‘glamour’ itu? Jawapan Muhyidin itu membenarkan pandangan banyak pihak yang beliau bukannya penyelesaian terhadap kepimpinan negara kita.
Alasan saya yang tidak ada di antara mereka dalam Majlis Tertinggi UMNO itu mampu untuk memikul tanggungjawab untuk penyelesaian isu negara pada hari ini, kerana mereka seperti yang saya sebutkan selalu adalah dari acuan yang sama.
Itu sebabnya saya selalu berkata, apa yang rakyat perlu lakukan sekarang ini ialah untuk mencari seorang yang lain untuk membina dan mewujudkan acuan yang lain supaya hasilnya, kita akan berada dalam ‘ambience’ politik yang baru dan sekali gus akan melenyapkan rasa tidak berkeyakinan terhadap kepimpinan negara sekarang ini. Sesungguhnya kita sedang menghadapi krisis keyakinan yang terlalu dan amat serius yang belum pernah kita alami sejak dari dulu lagi.
Tidak ada siapa yang sanggup bertanggungjawab untuk menyelesaikan isu ini. Isu negara sekarang isu besar dan jangan sekali-kali dibiarkan ia roboh. Saya mempunyai pendapat, mungkin pendapat ini pendapat yang ‘isolated’ tetapi saya amat yakin yang isu Allah inilah yang akan menjahanamkan politik di antara agama dan kaum serta di antara wilayah di negara ini.
Bagi saya Sabah dan Sarawak boleh membantu untuk penyelesaian keadaan ini. Sesiapa yang masih mempunyai pemikiran yang masih dingin dan jiwa yang kaya raya walaupun sebanyak mana pun usianya, boleh menyelesaikan masalah negara ini. Berjumpa dan berbincanglah untuk kebaikan ini. Kita sudah ‘conclusive’ di antara kepimpinan tertinggi UMNO hari ini tidak ada seorang pun yang mempunyai ‘cut’ untuk melakukan perubahan ini. Kelalaian parti UMNO ini adalah penyebab kenapa parti itu sudah tidak ada kepimpinan lagi.
Kita seolah-olah sudah tidak berkerajaan lagi dan segala masalah berlalu begitu sahaja tanpa penyelesaian. Ini amat menggerunkan kita. Masa sudah terlalu suntuk dan sesiapa yang berkedudukan dalam Dewan Legislatif negara wajar bertindak dan carilah pimpinan yang baru dan jangan terpilih pemimpin yang 'kontroversial' untuk menyelesaikannya.
Jika ini tidak dilakukan kita tunggu sahaja kehancuran yang tidak akan dapat diperbaiki lagi. Bersusah-susahlah dahulu dan lakukan apa sahaja untuk memperbaiki keadaan agar kita akan bersenang-senang di kemudian hari.
Bermula lah dari sekarang secara beransur-ansur. Kata orang tua-tua, 'kerja beransur itu tidak bertahan'. Najib sudah hilang punca bukan sahaja dalam memimpin negara tetapi kehilangan segala-galanya dalam kehidupan beliau sendiri.
Apa hikmahnya yang akan kita perolehi dengan kepimpinan buruk sekarang ini hanya Tuhan sahaja yang mengetahuinya.





KERAJAAN CINA DAP ROBOHKAN RUMAH MELAYU ? Siapa dan bangsa apa yang tukang roboh tu ? Rumah orang keturunan dan bangsa apa yang dirobohkan tu? Mana perginya UMNO ? Mana pergi PERKASA ? Mana perginya JATI ? Mana perginya NGO yang memperjuangkan Melayu disaat ini ? TV3, RTM, UTUSAN senyap jer tengah cari idea nak spin ke? HIDUP UMNO HIDUP MELAYU...!!! BN MEMANG RAKYAT SENANG..!!!

 



 
Ustaz Ahmad Tajudin Idris
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh,
Hadirin mukminin sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,
Tajuk yang dipilih untuk kita bahaskan pada hari Jumaat yang berbahagia ini adalah Jauhi Amalan-amalan Syirik kepada ALLAH SWT. Mengapa tajuk ini dipilih adalah kerana kita dapati masyarakat kita pada hari ini boleh dikatakan sebahagian besar mereka tidak terlepas daripada melakukan perkara-perkara syirik kepada Allah SWT sama ada mereka sedar ataupun mereka tidak sedar.
Adabeberapa amalan yang begitu sinonim di kalangan masyarakat melayu dalam melakukan hal-hal berkaitan dengan syirik ini.
Sebelum itu, apabila kita membaca di awal-awal tadi al-khutbah al-haajah yang sering dibaca oleh Nabi SAW, (menunjukkan) Allah SWT dan Nabi SAW  sering mengaitkan perkataan ittaqullah.
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah.” 
Tahukah kita apakah itu maksud kalimah takwa? Takwa bukan sekadar takutkan Allah SWT tetapi maksud sebenar takwa adalah kita melakukan apa yang ALLAH suruh dengan sebenar-benar perlakuan dan meninggalkan segala yang ALLAH larang dengan sebenar-benar tinggal.
Dan di antara suruhan ALLAH SWT ini, ada yang terbesar. Apakah suruhan ALLAH yang terbesar? Yang terbesar adalah mentauhidkan ALLAH SWT.
Jadi perkara pertama yang perlu kita tahu di dalam suruhan ALLAH adalah mengesakan ALLAH. Mengesakan ALLAH daripada segala perkara-perkara yang membawa kepada kesyirikan.
Adakah kita sudah mengetahui apakah itu tauhid yang sebenarnya?
Adakah kita telah mengetahui tauhid apakah yang perlu kita pelajari dan kita imani?
Ini adalah perkara penting di dalam kehidupan kita. Bahkan kebanyakan kitab-kitab yang ditulis oleh ulama-ulama Ahli Sunnah wal Jama’ah mereka membahaskan tauhid terbahagi kepada tiga. Kita perlu menguasainya iaitu tauhid rububiyah, tauhid uluhiyah dan tauhid asma was sifat. Beriman sepenuhnya kepada ketiga-tiga jenis tauhid ini.
Tauhid rububiyah iaitu kita beriman kepada kekuasaan ALLAH yang memberikan rezki, yang menciptakan kita. Tauhid uluhiyah iaitu kita beribadah kepada ALLAH, menyembah diri kepada ALLAH tanpa syirik kepadanya, dan Tauhid Asma wa Sifat iaitu kita beriman kepada nama-nama dan sifat-sifat ALLAH subhanahuwata’ala yang telah diwahyukan di dalam al-Quran dan apa yang dijelaskan oleh Nabi SAW tanpa takwil, tamsil, ta’thil, dan sebagainya.
Syirik
Dan perkara terbesar yang dilarang oleh ALLAH SWT di dalam perkara takwa adalah syirik kepada ALLAH, iaitu lawan kepada tauhid tadi. Sekecil-kecil syirik lebih teruk daripada sebesar-besar dosa maksiat. Perkara syirik adalah perkara yang paling pokok dan kita meneliti, muhasabah diri kita adakah kita tergolong di dalam orang-orang yang melakukan hal kesyirikan ini.
Sidang Jumaat yang dirahmati ALLAH sekalian,
Kalau boleh disimpulkan pada hari ini, saya mendatangkan empat perkara yang kebiasaannya masyarakat melayu tidak boleh tinggal daripadanya. Mungkin sebahagian kita mengetahui tetapi kita tidak bertindak dalam menghalangnya. Apakah yang pertama?
Bomoh
Pertama. Kita orang melayu banyak berjumpa dengan bomoh. Di dalam hadis sahih dari Nabi SAW yang bermaksud,
 “Barangsiapa yang datang datang berjumpa tukang tilik (bomoh) dan dia mempercayai apa yang dikatakannya, maka sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan ke atas Nabi Muhammad.” (riwayat Bazzar, Abu Dawud)
Bahkan di dalam hadis yang lain pula Nabi menyebutkan bahawa barangsiapa yang datang kepada bomoh sahaja, tidak diterima solatnya 40 hari. Solat kena buat juga, tetapi solat itu tidak diterima oleh ALLAH SWT.
Pada hari ini, bomoh, dukun mahupun pawang, mereka tidak lagi memakai nametag itu lagi. Mereka menggunakan nama lain supaya dapat mengelirukan masyarakat yang tidak mengetahui ciri-ciri bomoh. Mereka menggunakan nama yang baik, sedap didengar seperti ustaz dan sebagainya. Tetapi jika kita mempelajari, kita akan mengerti bahawa bomoh itu dikenal bukan pada namanya tetapi pada ciri-cirinya.
Apakah di antara ciri-ciri bomoh?
Di antara cirinya ialah mereka sentiasa mengetahui perkara yang ghaib, sedangkan ALLAH SWT sahajalah yang mengetahui perkara ghaib. Nabi SAW sendiri tidak mengetahui perkara ghaib melainkan apa yang diwahyukan kepadanya.
Apabila kita datang kepadanya, bomoh kebiasaannya akan mengatakan ayat seperti “Anda ini ada penyakit, penyakit anda sebab ada orang lain yang buat.” Bagaimana dia mengetahui? Ini antara bahayanya, kerana datang berjumpa bomoh itu termasuk di dalam perkara-perkara syirik kepada ALLAH. Maka saya menasihatkan diri saya dan hadirin sidang Jumaat yang dirahmati ALLAH sekalian.
Tangkal
Kedua. Di antara perkara yang kita lihat kebanyakan masyarakat kita melakukannya adalah mereka tidak dapat terlepas daripada menyingkirkan segala musibah ataupun bala kecuali dengan memakai tangkal.
Tahukah apa itu tangkal? Tangkal adalah sesuatu yang digantungkan di mana ia dipercayai dapat menghindarkan pemakainya dari mudharat. Segala penyakit yang kita takut terkena ke atas kita boleh terhindar. Maka itulah yang dinamakan tangkal. Hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan hadis ini sahih,
Maksudnya: “Barangsiapa yang menggantung tamimah (tangkal), maka sungguh dia telah syirik.” (Musnad Ahmad bin Hanbal, 4/156)
Kadang-kadang kita lihat masyarakat kita bila mana anaknya menangis tidak berhenti, dia pergi ke hujung kampung kepada orang yang boleh menghentikan tangisan anaknya. Diletakkannya benang supaya boleh menghilangkan tangisnya. Kadang-kadang memang betul tidak menangis budak itu. Maka percayalah dia kepada orang itu.
Sedangkan Nabi telah mengajarkan kepada kita doa-doa untuk menyingkir gangguan daripada ‘ain dan sebagainya, seperti doa ini
Maksudnya: “Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari keburukan syaitan dan binatang berbisa, dan dari segala keburukan mata (‘ain) yang jahat.”   (riwayat Bukhari no. 3191)
Inilah doa yang kita baca untuk diri kita dan anak kita dilindung dari segala gangguan jin dan syaitan, bukan pergi berjumpa orang untuk mendapatkan tangkal supaya kita terhindar daripada segala penyakit ini.
Kadangkala kita melihat juga bilamana kita hendak melakukan sesuatu perniagaan, membuka kedai, mahu untung di dalam perniagaan, maka kita meletakkan tangkal-tangkal. Kadang-kadang tangkal itu nampak seperti bercirikan islam, tetapi jika diteliti perkara itu adalah syirik terhadap Allah SWT.
Kalau kita baca fadhilat-fadhilat tangkal (yang dicipta pembuatnya), dikatakan benda ini sekiranya ditampal di dalam rumah nescaya rumahnya tidak akan terbakar. Pencuri tidak akan masuk. Perkara seperti ini; rumah dimasuki pencuri, rumah terbakar, semuanya adalah mudharat. Mudharat ini hanya ALLAH yang boleh hindarkan. Maka kita diajar agar memohon kepada ALLAH agar menghindarkan perkara-perkara buruk, bukan kita bergantung kepada tangkal yang kita gantungkan.
Adayang terus mengambil ayat al-Quran untuk melariskan perniagaannya. Diletakkan ayat seribu dinar, sedangkan ayat seribu dinar ini Nabi tidak pernah bagi tahu. Tetapi mereka beriman dan percaya sekiranya ayat tersebut diletakkan maka pelanggan akan datang dan perniagaan akan laris.
Jika ditanggalkan dan diturunkan ayat itu kemudian ditakdirkan tidak ramai pelanggan yang datang, nescaya dia percaya premisnya tidak dikunjungi kerana ayat itu sudah ditanggalkan. Inilah yang dikatakan syirik kepada ALLAH subhanahuwata’ala. Pergantungannya seratus peratus kepada ALLAH subhanahuwata’ala telah dihapuskan dengan tangkal-tangkal yang mereka ciptakan ini.
Tuan-tuan sidang Jumaat yang dirahmati ALLAH sekalian,
Bukan tangkal sahaja. Kekadang ada benda yang kita lihat keramat seperti keris, kita berubat dengannya, memohon pada keris, batu-batu, dan tangkal itu lebih daripada ALLAH subhanahuwata’ala. Di manakah kita campakkan akal kita?
Bahkan seharusnya kalau kita inginkan sesuatu bukan kita minta kepada keris, tangkal, batu-batu itu semua tetapi kita minta daripada ALLAH subhanahuwata’ala secara langsung, kerana sesungguhnya ALLAH pasti akan mengabulkan doa-doa orang yang tidak melakukan syirik kepada-NYA.
Tuan-tuan hadirin yang dirahmati ALLAH sekalian,
Saya ingin memetik satu kisah yang terjadi pada zaman Nabi berkaitan tangkal, iaitu kisah Imran bin Hushain. Nabi SAW melihat di tangan sahabatnya ini gelang kuning. Maka Rasulullah SAW bertanya, “Apakah ini?” Dia menjawab, “Penangkal sakit.” Nabi berkata, “Lepaskannya. Kerana ia hanya akan menambah kelemahan pada dirimu kerana jika kamu mati sedang gelang itu masih ada pada tubuhmu, maka kamu tidak akan beruntung selama-lamanya.” (riwayat Imam Ahmad dengan sanad yang hasan)
Hadirin mukminin yang dirahmati ALLAH sekalian,
Maka kita hendaklah berhati-hati dalam perkara ini supaya kita meninggalkannya.
Meminta pertolongan dari jin dan syaitan
Ketiga. Kebanyakan masyarakat pada hari ini memohon dan meminta pertolongan selain dari Allah SWT. Mereka meminta daripada Jin dan Syaitan. Contoh mudah, apabila diajarkan kepada anak-anak supaya meminta izin kepada penunggu sesuatu kawasan ataupun hutan apabila melalui di tempat tersebut. Lafaz yang biasa diajarkan seperti,
“Datuk Nenek, cucu minta tumpang lalu.”
Na’udzubillah. Ini syirik kepada ALLAH SWT. Kita mengajarkan anak-anak takutkan hantu syaitan sejak dari kecil. Bukan takut kepada ALLAH SWT. Disebabkan takut perkara itu kita melakukan perkara yang boleh mengeluarkan kita daripada ajaran Islam dan boleh menyebabkan kita syirik kepada ALLAH SWT.
Untuk kita mengetahui perkara-perkara syirik dan apakah yang bahaya, tidak dapat tidak kita perlu mempelajari ilmu agama, mempelajari ilmu tauhid, mempelajari ilmu syirik supaya kita terhindar dari melakukannya.
Tuan-tuan yang dirahmati Allah sekalian,
Nabi SAW mengajarkan kepada kita, sekiranya kita pergi ke satu tempat dan kita merasa takut dan sebagainya, Nabi mengajarkan kita membaca,
Maksudnya: “Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan apa yang diciptakan.” (riwayat Muslim, Kitab adz-Dzikr wa ad-Du’a, no. 2708)
Kata Nabi kalau dibacakan ayat ini pada satu tempat, ia tidak akan diganggu oleh apa-apa sehingga ia keluar dari tempat itu.
Nabi mengajarkan kita doa yang ringkas, doa yang boleh kita hafal untuk kita amalkan bahkan kita mesti mempercayainya dengan sebenar-benar kepercayaan bahawa apabila kita membacanya maka kita tidak perlu kepada yang lain. Kita tidak perlu takut dan tidak perlu meminta kepada selain-Nya.
Hadirin mukminin yang dirahmati Allah sekalian,
Meminta pertolongan dari orang yang telah mati
Keempat. Perkara ini barangkali ia sensitif tetapi di atas nama Islam kita harus menyatakannya, yakni perbuatan berdoa kepada selain daripada ALLAH SWT, meminta pertolongan dari orang-orang yang telah mati. Siapa orang mati yang mereka mohon dan berdoa kepadanya ini, iaitu orang-orang saleh yang telah meninggal dunia, wali-wali yang telah meninggal dunia.
Mereka berdoa dengan doa seperti “Ya Ghauts..Aghitsni – Wahai Ghauts, bantulah aku..” Mereka meminta pada kuburan, akhirnya menyembah kubur itu dan memohon keberkatan dari kubur itu, tidak kepada ALLAH SWT.
Ini dapat kita lihat seperti mana di dalam ajaran Syi’ah, kalau tuan-tuan boleh lihat di internet dan sebagainya, lihatlah bagaimana mereka pergi ke kuburan tokoh-tokoh mereka, mereka menyembah dan meminta segalanya terus kepada kubur bahkan berpaling daripada kiblat.
Begitu juga dengan kelompok-kelompok tarikat yang melampau dan sesat yang berdoa meminta daripada selain ALLAH SWT dan akhirnya mereka tidak sedar apa yang mereka lakukan itu telah mensyirikkan ALLAH SWT.
Kenapa perkara ini penting? Kerana Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran,
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa selain dari (syirik) bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya.” (surah An-Nisaa, 4: 48)
Inilah bahayanya perbuatan syirik dan bahayanya dosa syirik yang perlu kita ketahui supaya kita tinggalkan.
Hadirin mukminin yang dirahmati Allah sekalian,
Mudah-mudahan kita mengambil iktibar daripada khutbah pertama yang kita kongsikan tadi. Saya memohon kepada diri saya dan kepada tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati ALLAH sekalian agar kita menjauhi perkara-perkara yang telah saya sebut dan kita bincangkan tadi.
Sesungguhnya di antara ancaman ALLAH subhanahuwata’ala tentang bahayanya syirik ini sehingga ALLAH berfirman di dalam al-Quran memberikan peringatan kepada Nabi kita di dalam surah Az-Zumar,
Maksudnya: “Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada (nabi-nabi) yang sebelummu. ‘Jika kamu syirik kepada-Ku (ALLAH), nescaya akan Kami hapuskan amalmu dan termasuklah kamu dari kalangan orang-orang yang rugi.” (surah Az-Zumar, 39: 65)
Hadirin mukminin yang dirahmati Allah sekalian,
Jangan kita batalkan, jangan kita hapuskan amal kebaikan kita yakni solat kita, zakat kita, sedekah kita, haji kita, dengan melakukan perkara syirik terhadap ALLAH yang menyebabkan ALLAH murka kepada kita dan akhirnya ALLAH masukkan kita dalam kalangan orang yang rugi.
Apakah rugi? Rugi ini bilamana kita berjumpa dengan ALLAH subhanahuwata’ala di akhirat kelak kita akan dimasukkan ke dalam neraka. Seperti mana ayat yang saya bacakan pada khutbah pertama tadi, dosa syirik tidak akan ALLAH ampunkan dan jika kita syirik sehingga tidak sempat bertaubat kepada ALLAH subhanahuwata’ala, nescaya kita akan rugi selama-lamanya, kerana dosa syirik merupakan satu-satunya dosa yang api neraka tidak akan dapat menghapuskannya.
Dosa-dosa selain itu, insya-Allah bilamana dosa kita terhapus maka kita akan dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam syurga, tetapi kalau kita melakukan syirik tanpa bertaubat kepada ALLAH subhanahuwata’ala, maka na’udzubillah. Mudah-mudahan kita terhindarlah daripada perkara-perkara yang disebutkan tadi.
Tuan-tuan sidang Jumaat yang dirahmati ALLAH sekalian,
Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan, kalau kita ada melakukan perkara-perkara tersebut hendaklah kita bertaubat kepada ALLAH SWT kerana kita tidak tahu bila kita akan mati. Sesungguhnya pintu taubat masih terbuka dan Nabi SAW berkata kepada kita,
Maksudnya: “Semua anak Adam melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah orang yang bertaubat.” (riwayat Imam al-Tirmizi, Ibn Majah, dinilai hasan oleh al-Albani).
Maka tidak ada masalah kepada mereka yang melakukan dosa syirik dan selainnya kerana masih ada lagi peluang dan pintu taubat masih terbuka kepada kita.
http://www.youtube.com/watch?v=Gmcodi9uqIc

Apakah yang Dimaksud dengan Syirik?


Pertanyaan:
Apakah yang dimaksud dengan syirik? Dan apa tafsiran firman Allah berikut ini:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اتَّقُواْ اللّهَ وَابْتَغُواْ إِلَيهِ الْوَسِيلَةَ وَجَاهِدُواْ فِي سَبِيلِهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan.” (Qs. al-Maidah: 35).

Jawaban:
Syirik adalah menyekutukan Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan selain-Nya dalam hal ibadah, seperti berdoa, beristighatsah, bernadzar, shalat, puasa, atau mempersembahkan hewan sembelihan kepada berhala-berhala maupun selainnya. Misalnya, menyembelih hewan yang dipersembahkan kepada Syaikh al-Badawi dan ‘Idrus, shalat yang dipersembahkan kepada si fulan, dan meminta pertolongan kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, ‘Abdul Qadir, ‘Idrus di Yaman, orang-orang yang sudah mati ataupun orang yang tidak berada di tempatnya. Semua perbuatan ini disebut kesyirikan.
Demikian pula, apabila seseorang berdoa, ber-istighatsah, meminta pertolongan kepada bintang-bintang dan jin, atau mengerjakan perbuatan-perbuatan kesyirikan lainnya. Oleh karena itu, jika ia melakukan salah satu jenis ibadah tersebut, tetapi ditujukan kepada benda-benda mati, orang-orang yang sudah mati ataupun orang yang tidak berada di tempatnya, maka semua perbuatan ini termasuk menyekutukan Allah. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,
وَلَوْ أَشْرَكُواْ لَحَبِطَ عَنْهُم مَّا كَانُواْ يَعْمَلُونَ
Dan seandainya mereka mempersekutukan Allah, niscaya lenyaplah dari mereka amalan yang telah mereka kerjakan.” (Qs. al-An’am: 88).
لَئِنْ أَشْرَكْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
Jika kamu mempersekutukan (Allah), niscaya akan hapuslah amalmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang merugi.” (Qs. az-Zumar: 65).
Adapun mengenal wasilah (perantara) yang disebutkan dalam firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اتَّقُواْ اللّهَ وَابْتَغُواْ إِلَيهِ الْوَسِيلَةَ
Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya….” (Qs. al-Maidah: 35),
Maksudnya adalah ber-taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah dengan cara mengerjakan segala ketaatan kepada-Nya. Pernyataan ini adalah tafsiran yang dikemukakan oleh kebanyakan ahlul ‘ilmi.
Jadi, shalat adalah salah satu bentuk taqorrub kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, sehingga ia disebut suatu wasilah. Begitu pula dengan menyembelih hewan karena Allah, (tindakan tersebut) juga disebut sebagai suatu wasilah (perantaraan). Puasa juga suatu wasilah. Sedekah-sedekah juga suatu wasilah. Berzikir kepada Allah dan membaca al-Quran juga suatu wasilah. Inilah makna dari firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,
وَجَاهِدُواْ فِي سَبِيلِهِ
“…Dan bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya...” (Qs. al-Maidah: 35).
Maksudnya adalah carilah wasilah (jalan, perantaraan) yang dapat mendekatkan diri kepada Allah dengan cara mengerjakan ketaatan kepada-Nya. Seperti inilah yang dikatakan oleh Ibnu Katsir, Ibnu Jarir, al-Baghawi, dan ulama-ulama pakar tafsir lainnya.
Jadi, arti ayat tersebut adalah: carilah wasilah yang dapat mendekatkan diri kepada Allah dengan cara mengerjakan ketaatan kepada-Nya, dan di mana pun kalian berada mintalah pertolongan melalui segala wasilah yang disyariatkan oleh Allah, seperti shalat, puasa, sedekah-sedekah, dan lain sebagainya. Seperti ini pula maksud dari firman Allah dalam ayat lain berikut ini,
أُولَـئِكَ الَّذِينَ يَدْعُونَ يَبْتَغُونَ إِلَى رَبِّهِمُ الْوَسِيلَةَ أَيُّهُمْ أَقْرَبُ وَيَرْجُونَ رَحْمَتَهُ وَيَخَافُونَ عَذَابَهُ
Orang-orang yang mereka seru itu, mereka sendiri mencari jalan kepada Rabb mereka, siapa di antara mereka yang lebih dekat (kepada Allah) dan mengharapkan rahmat-Nya dan takut akan azab-Nya….” (Qs. al-Isra`: 57).
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan para pengikut setianya juga bertaqarrub kepada Allah dengan wasilah-wasilah yang telah Allah syariatkan tersebut, seperti dengan jihad, puasa, shalat, zikir, membaca al-Quran, dan hal-hal lain yang juga termasuk dalam kategori wasilah. Sedangkan keyakinan masyarakat umum, bahwa yang dimaksud dengan wasilah adalah menggantungkan diri kepada orang-orang yang sudah mati dan beristighatsah kepada para wali, maka keyakinan seperti ini adalah keyakinan yang batil.
Seperti itulah keyakinan orang-orang musyrik dahulu, yang telah Allah firmankan di dalam ayat berikut ini,
وَيَعْبُدُونَ مِن دُونِ اللّهِ مَا لاَ يَضُرُّهُمْ وَلاَ يَنفَعُهُمْ وَيَقُولُونَ هَـؤُلاء شُفَعَاؤُنَا عِندَ اللّهِ
Dan mereka menyembah selain daripada Allah apa yang tidak dapat mendatangkan kemadhorotan kepada mereka dan tidak (pula) kemanfaatan, dan mereka berakta, ‘Mereka itu adalah pemberi syafaat kepada kami di sisi Allah’.” (Qs. Yunus: 18).
Kemudian Allah membantah mereka dengan firman-Nya,
قُلْ أَتُنَبِّئُونَ اللّهَ بِمَا لاَ يَعْلَمُ فِي السَّمَاوَاتِ وَلاَ فِي الأَرْضِ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى عَمَّا يُشْرِكُونَ
Katakanlah, ‘Apakah kamu mengabarkan kepada Allah apa yang tidak diketahui-Nya baik di langit dan tidak (pula) di bumi?’ Mahasuci Allah dan Dia Mahatinggi dari segala sesuatu yang mereka mempersekutukan (itu).” (Qs. Yunus: 18).
Sumber: Fatwa-Fatwa Seputar Kubur, Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdullah bin Baaz, Al-Qowam.
(Dengan pengubahan tata bahasa oleh redaksi www.konsultasisyariah.com)

Syirik Dalam Masyarakat Melayu

by admin

by: Ustaz Shauqi
Syirik adalah merupakan sesuatu yang amat berbahaya. Hal ini adalah kerana apabila seseorang itu terlibat dengan perbuatan syirik, maka ia akan mengakibatkan tergelincirnya akidah seseorang muslim daripada landasan keimanan kepada Allah SWT. Allah SWT berfirman dalam al-Quran, di dalam surah al-Nisa’ ayat 116, maksudnya:
”Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua), dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukamNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh”.

Maksud daripada ayat ini ialah apabila seseorang itu meninggal dunia dalam keadaan syirik dan tidak sempat bertaubat kepada Allah, maka sudah tentu akan terjerumus dalam kebinasaan untuk selama-lamanya di akhirat kelak. Hal ini adalah kerana ia tidak akan memperoleh pengampunan daripada Allah SWT. Justeru, syirik adalah merupakan suatu kesalahan yang amat besar yang tidak boleh dipandang remeh oleh sesiapa pun jua. Sehubungan dengan itu, nabi SAW melalui hadis yang sahih telah memberi amaran agar menjauhkan diri daripada terjebak dalam perbuatan syirik kerana ia merupakan suatu kebinasaan.
Syirik merupakan suatu kezaliman yang besar. Allah SWT telah merakamkan di dalam al-Quran nasihat Luqman terhadap anaknya melalui surah Luqman ayat 13 yang bermaksud:
”Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:” Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar”.
Oleh yang demikian, menjadi suatu kewajipan kepada setiap individu muslim untuk mempastikan agar tidak terjebak dalam perbuatan syirik.
Mungkin masih ada yang tertanya-tanya, apakah maksud syirik sebenarnya? Syirik adalah perbuatan menyekutukan Allah dalam apa juga bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan dan iktiqad iaitu dengan menjadikan sesuatu yang lain iaitu makhluk sekutu bagi Allah. Firman Allah dalam al-Quran Surah al-Ma’idah, ayat 72 bermaksud:
“Bahawasanya, sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah ke neraka”.
Perbuatan syirik boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu syirik khafi (tersembunyi) dan syirik jali (terang dan nyata). Syirik jali ialah syirik yang dilakukan secara jelas dan terang yang menjerumuskan seseorang itu ke dalam lembah kekufuran. Syirik ini boleh berlaku melalui salah satu daripada tiga keadaan iaitu:
  • Menerusi iktiqad: Contohnya ialah meragui atau menafikan kewujudan Allah dan berkeyakinan bahawa sistem ciptaan manusia lebih baik dan sempurna daripada sistem dan perundangan yang diciptakan Allah.
  • Menerusi perbuatan atau amalan: Contohnya adalah seperti perbuatan menyembah patung, berhala, batu, pokok, matahari, bulan bintang atau objek tertentu. Begitu juga termasuk dalam kategori ini ialah perbuatan memuja kubur atas dakwaan kubur itu keramat atau meminta bantuan bomoh yang menggunakan makhlus halus dalam perubatan dan sebagainya.
  • Menerusi lidah atau perkataan: Contohnya adalah seperti menghalalkan perkara haram atau mengharamkan sesuatu yang dihalalkan.
Syirik khafi pula ialah syirik yang kecil dan tersembunyi yang menyebabkan hilang atau luputnya pahala seseorang. Syirik daripada kategori ini banyak berkaitan dengan perbuatan riyak di dalam beramal atau dalam melakukan sesuatu perkara. Rasulullah SAW pernah menasihatkan para sahabat supaya berhati-hati dan menjauhi syirik kecil, lantas ditanya oleh para sahabat apakah yang dimaksudkan dengan syirik kecil itu. Maka Rasulullah SAW pun menjawab bahawa syirik kecil yang dimaksudkan ialah riyak dalam melakukan amalan.

Syirik Melalui Bomoh
Antara amalan yang dilakukan oleh segelintir masyarakat Melayu Islam pada hari ini yang melibatkan perbuatan syirik ialah dengan meminta bantuan bomoh yang menggunakan perantaraan jin dan makhluk halus dalam perubatan. Sesuatu yang menghairankan ialah semakin dunia menjadi canggih dengan pelbagai kemajuan sains dan teknologi, keterlibatan masyarakat dalam hal-hal syirik seumpama ini pun semakin menjadi-jadi dan berleluasa.
Sesuatu yang lebih menghairankan ialah terdapatnya golongan terpelajar di bidang pengajian Islam pun terlibat dalam hal syirik yang seumpama ini. Apakah ilmu yang dipelajari itu tidak boleh dijadikan benteng untuk menyekat diri daripada melakukan syirik kepada Allah? Atau ilmu yang dipelajari hanyalah sekadar untuk ’mencari makan’ semata-mata?.
Larangan meminta bantuan, pertolongan dan perlindungan jin dalam sesuatu perkara sudah pun jelas dinyatakan hukumnya di dalam al-Quran. Antaranya ialah firman Allah dalam surah al-Jin ayat 6 yang bermaksud:
”Dan bahawasanya ada beberapa orang lelaki dalam kalangan manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki dalam kalangan jin, maka jin-jin itu menambahkan bagi mereka dosa dan kesalahan”.
Kekeliruan juga timbul apabila seseorang bomoh itu menyatakan bahawa yang mendampinginya untuk melakukan perubatan itu bukanlah jin tapi roh para wali seumpama Syeikh Abdul Qadir Jailani yang akan datang meresap dalam tubuh bomoh tersebut ketika upacara perubatan dilakukan. Apa yang lebih menariknya ialah amalan perubatan biasanya dimulakan dengan ayat-ayat suci al-Quran, menyebabkan pesakit yang datang begitu mudah mempercayainya.
Setelah itu iaitu setelah beberapa ketika, ’roh’ para wali yang dimaksudkan itu pun mula masuk ke dalam tubuh bomoh tersebut dan terus berkomunikasi dengan pesakit dengan bahasa Melayu atau dengan loghat Jawa dengan ia memperkenalkan dirinya. Sebagai contohnya, ia mengaku sebagai Syeikh Abdul Qadir Jailani. Amalan seumpama ini dinamakan juga sebagai amalan ’menurun’.
Persoalannya, sejak bilakah Syeikh Abdul Qadir Jailani mengikuti ’kursus’ Bahasa Melayu sehingga dapat bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik? Justeru, semua ini adalah suatu penipuan daripada jin ke atas manusia. Hal ini kerana sesuatu yang pasti ialah alam roh tidak akan bersatu dengan alam ‘syahadah’ dalam kalangan manusia. Oleh itu, sesuatu yang mustahil ‘roh’ akan datang bertemu manusia dalam keadaan sedar dan jaga. Akan tetapi sebaliknya yang datang itu bukanlah roh, namun ia adalah jin!. Lalu sama ada sedar atau pun tidak, seseorang itu telah melakukan syirik kepada Allah dengan meminta bantuan dan perlindungan ‘jin’ dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
Sehubungan dengan itu, masyarakat hendaklah sentiasa berhati-hati dan berwaspada dalam setiap tindakan dan amalan agar tidak terjebak dalam syirik yang membinasakan. Namun begitu, tidak dinafikan bahawa terdapatnya ‘bomoh’ atau pengamal perubatan Islam yang melaksanakan perubatan semata-mata dengan ayat-ayat suci al-Quran yang sudah tentu tidak mendatangkan syirik kepada Allah. Justeru, sebelum berjumpa dengan mana-mana pengamal perubatan tradisional, hendaklah terlebih dahulu dipastikan bahawa ia seorang yang berilmu serta tahu hukum-hakam agama dengan baik.
Sekiranya didapati bahawa pengamal perubatan itu boleh bertukar ‘suara’, atau menggunakan kaedah ‘menurun’ dan seumpamanya, maka hendaklah dijauhi daripadanya agar terselamat daripada syirik. Janganlah terpedaya dengan seseorang yang boleh melakukan sesuatu perkara ‘luar biasa’ sehinggakan terus menganggap ia sebagai wali dan keramat. Ingatlah pesanan Imam Syafei yang menyatakan : ‘sekiranya engkau melihat pelaku bid’ah boleh terbang di angkasa, maka janganlah engkau tertipu dan terpedaya dengannya’.

Sumber: http://www.ustazshauqi.com/

SYIRIK, DEFINISI DAN JENISNYA

A. Definisi Syirik

Syirik iaitu menyamakan selain Allah dengan Allah dalam hal-hal yang merupakan kekhususan Allah, seperti berdoa kepada selain Allah di samping berdoa kepada Allah, atau memalingkan suatu bentuk ibadah seperti menyembelih (kurban), bernadzar, berdoa dan sebagainya kepada selain-Nya.

Kerana itu barangsiapa menyembah selain Allah bererti dia meletakkan ibadah tidak pada tempatnya dan memberikan kepada yang tidak berhak, dan itu adalah suatu bentuk kezaliman yang paling besar. Allah berfirman,

Sesungguhnya rnenyekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar. (Luqman: 13)

Allah tidak akan mengampuni orang musyrik, jika ia meninggal dunia dalam kemusyrikannya. Allah berfirman,

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa selain (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya.” (An-Nisa: 48)

Syurga pun diharamkan atas orang musyrik. Allah berfirman,

Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah menghararnkan kepadanya syurga, dan ternpatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolong pun. (Al-Maidah: 72)

Dan Syirik menghapuskan pahala segala amal kebaikan. Allah berfirman,

Seandainya mereka menyekutukan Allah, nescaya lenyaplah dari mereka amalan yang telah mereka kerjakan. (Al-An’am 6: 88)

Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadarnu dan kepada (nabi-nabi) yang sebelummu, ‘Jika kamu menyekutukan (Tuhan), niscaya akan hapuslah arnalmu dan tentulah karnu termasuk orang-orang yang merugi. (Az-Zumar: 65).

Maka bunuhlah orang-orang musyrikin itu di mana saja kamu jurnpai mereka, dan tangkaplah mereka. Kepunglah mereka dan intailah di ternpat pengintaian.” (At-Taubah: 5)

Nabi bersabda,

Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sampai mereka menyatakan, ‘Tiada sesembahan yang haq melainkan Allah.’ Jika mereka telah menyatakannya, nescaya darah dan harta mereka aku lindungi kecuali kerana haknya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kerana itu, syirik adalah dosa yang paling besar. Rasulullah bersabda,

Mahukah kalian aku beritahukan tentang dosa yang paling besar?” Kami menjawab, “Ya, wahai Rasulullah!” Beliau bersabda, “Berbuat syirik kepada Allah dan derhaka kepada kedua orang tua.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Syirik adalah suatu kekurangan dan aib yang Allah s.w.t. menyucikan diri dari keduanya. Kerana itu, barangsiapa berbuat syirik kepada Allah bererti dia menetapkan untuk Allah apa yang Dia menyucikan diri daripadanya. Dan ini adalah puncak pembangkangan, kesombongan dan permusuhan kepada Allah.

B. Jenis Syirik

Syirik ada dua jenis: Syirik Besar dan Syirik Kecil.

Syirik Besar

Syirik besar bisa mengeluarkan pelakunya dari agama Islam dan menjadikannya kekal di dalam neraka, jika ia meninggal dunia dan belum bertaubat daripadanya. Syirik besar adalah memalingkan sesuatu bentuk ibadah kepada selain Allah, seperti berdoa kepada selain Allah atau mendekatkan diri kepadanya dengan menyembelih korban dan nadzar untuk selain Allah, sama ada untuk kuburan, jin atau syaitan. Termasuk juga takut kepada orang-orang yang telah mati, jin atau syaitan, meyakini bahawa mereka boleh mernbahayakan atau memberi mudharat, juga mengharapkan sesuatu kepada selain Allah yang tidak kuasa melakukannya kecuali Allah, berupa pemenuhan keperluan dan menghilangkan kesusahan, hal yang saat ini dilakukan di sekeliling bangunan-bangunan yang didirikan di atas kuburan para wali dan orang-orang soleh di sebahagian wilayah Islam. Allah berfirman,

Dan mereka menyembah selain daripada Allah apa yang tidak dapat mendatangkan kemudharatan kepada mereka dan tidak (pula) kemanfaatan, dan mereka berkata, Mereka itu adalah pemberi syafaat kepada kami di sisi Allah. (Yunus: 18)

1. Syirik Dakwah (doa):


Iaitu di samping dia berdoa kepada Allah ia berdoa kepada selain-Nya. Allah berfirman,

“Maka apabila mereka naik kapal mereka berdoa kepada Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya; maka tatkala Allah menyelamatkan mereka sampai ke darat, tiba-tiba mereka (kembali) mempersekutukan (Allah).” (Al-Ankabut: 65)

2. Syirik Niat, Keinginan dan Tujuan:
Iaitu ia menujukan suatu bentuk ibadah untuk selain Allah. Allah berfirman,

Barangsiapa menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, nescaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat, kecuali neraka, dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia, dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan. (Hud 11: 15-16)

3. Syirik Ketaatan:

Iaitu mentaati selain Allah dalam hal maksiat kepada Allah. Allah berfirman,

Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah, dan (juga mereka mempertuhankan) al-Masih putra Maryam; padahal mereka hanya disuruh menyembah Ilah Yang Maha Esa; tidak ada Ilah (yang berhak disembah) selain Dia. Mahasuci Allah dan apa yang mereka persekutukan.” (At-Taubah: 31)

4. Syirik Kecintaan (Mahabbah): Yaitu menyamakan selain Allah dengan Allah dalam hal kecintaan. Allah berfirman,

Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandigan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagai-mana mereka mencintai Allah.” (al-Baqarah: 165)

Syirik Kecil

Syirik Kecil tidak menjadikan pelakunya keluar dari agama Islam, tetapi ia mengurangi (mencemarkan) tauhid dan merupakan per-antara (wasilah) kepada syirik besar. Syirik kecil ada dua jenis.

1. Syirik Nyata (Zahir):

Iaitu syirik yang dalam bentuk ucapan dan perbuatan. Dalam bentuk ucapan misalnya, bersumpah dengan nama selain Allah. Rasulullah bersabda,

Barangsiapa bersumpah dengan nama selain Allah, maka ia telah berbuat kufur atau syirik. (Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan dihasankannya, serta dishahihkan oleh al-Hakim)

Termasuk di dalamnya adalah ucapan, (atas kehendak Allah dan kehendakmu). Ibnu Abbas menuturkan,

“Ketika ada seseorang berkata kepada Nabi, ‘Atas kehendak Allah dan kehendakmu’, maka ketika itu beliau bersabda, ‘Apakah engkau menjadikan diriku sebagai sekutu bagi Allah? Katakanlah, Hanya atas kehendak Allah saja’.” (HR. an-Nasai)

Termasuk juga ucapan, “Kalau bukan kerana Allah dan kerana si fulan.” Yang benar adalah hendaknya diucapkan,

“Atas kehendak Allah kemudian kehendak si fulan.”

“Kalau bukan kerana Allah kemudian karena si fulan.”

Sebab kata (kemudian) menunjukkan tertib berurut, yang bererti mejadikan kehendak hamba mengikuti kehendak Allah. Sebagaimana firman Allah,

Dan kamu tidak dapat menghendaki (sesuatu) kecuali apabila dikendaki Allah, Rabb semesta alam. (At-Takwir: 29)

Sedangkan (dan) maka untuk menunjukkan kebersamaan dan persekutuan, tidak menunjukkan tertib berurut.

Termasuk dalam larangan ini adalah ucapan ‘Tidak ada penolong bagiku kecuali Allah dan engkau’, ‘ini adalah atas berkah Allah dan berkahmu.’

Adapun yang berbentuk perbuatan adalah seperti memakai kalung atau benang sebagai pengusir atau penangkal mara bahaya, atau menggantungkan tamimah (Tamimah adalah sejenis tangkal yang biasanya di kalungkan di leher anak-anak) kerana takut kena ‘ain (penyakit mata) atau perbuatan lainnya, jika ia berkeyakinan bahawa perbuatannya tersebut merupakan sebab-sebab pengusir atau penangkal mara bahaya, maka ia termasuk syirik kecil. Sebab Allah tidak menjadikan sebab-sebab (hilangnya mara bahaya) dengan hal-hal tersebut. Sedang ia berkeyakinan bahawa hal-hal tersebut boleh menolak atau mengusir mara bahaya, maka ia adalah syirik besar, sebab ia bererti meletakkan kebergantungan diri kepada selain Allah.

2. Syirik tersembunyi (Khafi):
Iaitu syirik dalam hal keinginan dan niat, seperti ingin dipuji orang (riya’) dan ingin didengar orang (sum’ah). Seperti melakukan suatu amal tertentu untuk mendekatkan diri kepada Allah, tetapi ia ingin mendapatkan pujian manusia, misalnya dengan membaikkan solatnya atau bersedekah agar dipuji dan disanjung kerananya, atau ia melafazkan zikir dan memperindah suaranya dalam bacaan (al-Qur’an) agar didengar orang lain, sehingga mereka menyanjung atau memujinya. Jika riya’ itu mencampuri (niat) suatu amal, maka amal itu menjadi tertolak. Kerana itu,
ikhlas dalarn beramal adalah sesuatu yang perlu (sebagai syarat yang penting diterimanya amal). Allah berfirman,

Maka barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Rabbnya maka hendaklah ia mengerjakan amal soleh dan janganlah ia berbuat syirik sedikit pun dalam beribadah kepada Rabbnya. (Al-Kahfi: 110)

Yang paling aku takuti atas kalian adalah syirik kecil. Mereka bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah syirik kecil itu? Beliau menjawab, “Iaitu riya’. (Hadis Riwayat Ahmad, ath-Thabrani dan al-Baghawi dalam Syarhus Sunnah)

Termasuk di dalamnya adalah motivasi amal untuk kepentingan duniawi, seperti orang yang menunaikan haji atau berjihad untuk mendapatkan harta benda. Nabi bersabda,

Celakalali hamba dinar, celakalah hamba dirham, celakalah hamba khamisah dan celakalah haniba khamilah*, jika diberi, ia senang (gembira), tetapi jika tidak diberi ia marah. (Hadis Riwayat al-Bukhari)

* Khamishah dan khamilah adalah pakaian yang terbuat dari wool atau sutera dengan diberi sulaman atau garis-garis yang menarik dan indah. Maksud ungkapan Rasulullah s.a.w. (wallahu a’lam) dengan sabdanya tersebut adalah untuk menunjukkan orang yang sangat mengejar dengan kekayaan duniawi, sehingga menjadi hamba harta benda. Mereka tulah orang-orang yang celaka dan sengsara. (pent.)

Syirik, kufur, nifaq, fasik dan zalim

Syirik, kufur, nifaq, fasik dan zalim 
dari Kuliah Akidah Perbandingan Akidah Ahlus Sunnah dan Khawarij. Bahagian 6.

b4132405 

 Syirik, kufur, nifaq, fasik dan zalim. Lima perkara ini setiap satunya mempunyai dua bahagian iaitu akbar dan asghar.
Syirik besar ialah syirik akbar iaitu syirik yang berkaitan dengan menyembah Allah bersama dengan selain daripada Allah. Manakala syirik kecil ialah syirik asghar iaitu riak yang bermaksud menunjuk-nunjuk dengan perbuatan, sumaah pula menunjuk-nunjuk dengan percakapan seperti kita bercakap supaya orang mendengarnya dan menyampaikan pula kepada orang lain.
Jika perkataan syirik adakah Allah tidak mengampunkan syirik yang mana satu sebenarnya (syirik besar atau syirik kecil)?
Syirik akbar (syirik besar) tidak diampunkan oleh Allah melainkan taubat ketika masih hidup.
Syirik kecil sebagai contoh di dalam bentuk riak ada khilaf di kalangan ulama. Ada yang menyatakan boleh diampunkan dan ada yang menyatakan tidak boleh diampunkan. Tetapi masih lagi ada khilaf.
Kufur
Kufur besar ialah menolak agama Islam. Kufur kecil ialah sebahagian amalan yang disifatkan kufur. Contohnya mencaci orang Islam adalah fasik dan memerangi orang Islam hukumnya adalah kufur. Fasik kecil adalah maksiat. Fasik besar adalah menolak agama Islam. Nifaq besar adalah zahirnya Islam tetapi batinnya kufur.
Nifak @ Munafik 
Nifaq kecil adalah empat amalan iaitu tipu, mungkir janji, extreme dan kianat di dalam amanah. Nifaq biasanya digunakan untuk zahirnya Islam, batinnya kufur. Ertinya kita perlu tahu apakah yang biasa dan apakah yang jarang-jarang. Kita perlu melihat sesutau dalil berdasarkan kepada yang kebiasaan dan jarang-jarang ini.
Nifaq juga sama, apabila kita sebutkan dia ini munafiq ertinya hipokrit yang bermaksud menzahirkan Islam menyembunyikan kufur.
Adakah Munafiq itu masih Muslim?
Jawapannya sebenar-benarnya dia tidak Muslim tetapi hukum kita berurusan dengannya adalah urusan Islam. Contohnya jika dia menyembelih kambing bolehkah kita memakannya?
Jawapannya boleh tiada masalah. Jika dia mati adakah kita akan solat keatasnya iaitu solat jenazah? Jawapannya solat. Hakikat sebenarnya dia adalah kafir tetapi kita tidak tahu secara pasti. Kita hanya ada petanda-petanda kemungkinan dia ini munafik.
Perkataan munafik biasanya zahir Islam, batinnya kekufuran.
Tetapi ada juga perbuatan-perbuatan yang disebut sebagai munafik iaitu, ‘tanda-tanda munafik ialah tiga’. Di dalam riwayat lain ditambah kepada empat.
“Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tanda orang munafik itu ada tiga iaitu jikalau berkata dia berdusta, jikalau berjanji dia tidak menepati janjinya, dan jika diberi amanah dia akan berkhianat.” (HR Bukhari dan Muslim)
Jika dia khianat sahaja bolehkah kita sebutkan dia sebagai munafiq dan akan kekal di dalam neraka? Ianya tidak boleh kerana dia hanya ada satu ayat yang dipanggil nifak kecil. Nifak kecil tidak boleh digunakan hukum nifak besar.
Zalim 
Kemudian yang akhir sekali ialah zalim yang besar adalah syirik. Zalim kecil adalah tidak adil. Kebiasaannya syirik digunakan untuk menyembah Allah dan selain daripada Allah. Zalim pula biasanya digunakan untuk tidak adil.
Ramai orang marah pemerintah dan berkata pemerintah sebagai zalim. Maksud mereka zalim disitu ialah tidak adil. Itu kebiasaan yang digunakan tetapi zalim juga membawa maksud syirik.
“Sesungguhnya syirik adalah kezaliman yang besar” (Surah Lukman)
Jadi bolehkah kita gunakan ayat ini kita letakkan kepada orang-orang yang zalim di kalangan pemerintah bahawa mereka sebenarnya telah zalim dan hukum kezaliman itu adalah syirik? Dengan itu mereka adalah orang-orang yang musyrik. Ini tidak boleh kerana itu adalah tidak adil, bukanya mereka membuat syirik. Jadi ini adalah secara kasarnya maksud tentang perkara ini. Syirik kecil adalah termasuk di dalam dosa besar.
Kufur 
Kufur biasanya digunakan untuk yang menolak agama Islam. Kufur ini apabila Islam datang dia tahu tetapi dia menolaknya. Amalan yang bersifatkan kufur, boleh atau tidak seseorang itu berdasarkan hadith yang menyatakan memerangi orang Islam adalah kufur. Contohnya dia melihat orang yang sedang berperang seperti di Libya, maka dia menyatakan memerangi orang Islam adalah kufur. Dua-dua saling memerangai maka dua-duanya kafir dan dia menyatakan Libya bukan Negara Islam lagi. Perkara ini tidak benar kerana amalan ini adalah amalan kufur asghar iaitu kufur kecil tetapi kita berikan hukum sebagai kufur akbar, maka ini tidak benar.
Jika kita melihat orang melakukan kufur asghar bolehkah kita beri hukum kufur akbar? Iainya tidak boleh. 
Fasik
Fasik pula biasa digunakan untuk maksiat. Sebagai contoh dalam kes nikah yang perlu kepada saksi yang adil. Jika dua saksi itu fasik adakah nikah itu sah? Mengumpat adalah dosa kecil atau besar? Jawapan dosa besar. Menipu adalah dosa besar, maka seorang yang menipu adakah dia adil ataupun fasik?
Jawapannya ialah dia adalah orang yang fasik dan tidak adil. Contohnya apabila nikah tadi saksi duanya kita selalu melihat kerjanya mengumpat, batu api dan sebagainya, maka adakah dia adil? Jawapannya dia tidak adil maka sahkah nikah tersebut?
Ulama kita menyatakan disebabkan zaman telah bertukar, kurangnya orang yang adil, ramai orang yang fasik dan susah mencari orang yang adil, maka hukumnya dipermudahkan. Maksudnya di sini orang yang fasik juga boleh menjadi saksi dalam pernikahan itu tetapi carilah yang terbaik di kalangan yang fasik. Itu adalah maksiat, tetapi orang yang membuat maksiat bolehkah kita hukumnya sebagai orang yang melakukan fasik yang besar iaitu kufur. Ada beberapa ayat yang menunjukkan amalan kufur sebagai fasik dan juga nifaq sebagai fasik. Jadi kita perlu berikan setiap satu dalil itu di letakkan pada tempatnya.
Rakaman oleh Abu Aqif Studio
“Teks disediakan oleh Biro Penerbitan iLMU berdasarkan rakaman berikut: 
http://www.youtube.com/playlist?list=PL99617A8EF5F8F1EA

06 Januari 2014

HANGAT ! MARI TENGOK KOLEKSI KERETA RASMI MB KEDAH..SAKAN JUGAK ....!!!

Pautan kekal imej terbenam
KERETA TERKINI......NOMBOR  LAMA KERETA BARU.....

CUBA LIHAT DIBAWAH DARI SUMBER KICAUWAN TAK RASMI :
Hai @buletintv3 , pak cik nk gtau MB Kdh beli Mercedec S300 baru 28/12/2013, no plat KBV 8 sama mcm sblum ni.
Pak Cik Gopoh™ ‏@KingGopoh29 minit
Ada 2 buah merc berno. plat KBV 8 utk MB Kdh. Yg 1 lg digunakn isteri Mukhriz di KL. Yg baru bli tak gna lg sbb Mukhriz brada di Luar Ngara.



                               KCX 8....NIE SAPA PAKAI SEKARANG?



MOHON PENJELASAN DARI KERAJAAN NEGERI KEDAH....TAHUN 2013 BELI BERAPA BUAH DAN BERAPA HARGANYA......KAMI NAK TAHU JUGAK.............

BERAPA PULAK HUTANG KERAJAAN NEGERI KEDAH SEKARANG MASIHKAH RM2
 BILION......

GAMBAR DI BAWAH NIE LAGI JELAS FAKTANYA.....


BILA PULAK NAK BELI JET PRIBADI........BARU KEDAH NAMPAK SENANG DAN NAMPAK MACAM  NEGERI MAJU....
Percakapan manusia yg tak beriman....

Tiada ulasan: