Blog pro-Umno dedah PM ada jet mewah baru?
KUALA LUMPUR, 3 JAN: Dua blog pro-Umno bigdogdotcom dan Rocky’s Bru mempersoalkan sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini terbang ke seluruh negara menggunakan jet mewah baru.
Dalam tulisan di blog tersebut kedua mereka membangkitkan pesawat Airbus ACJ320 dengan nombor 9H-AWK – dikenali “Perdana 2″ atau “NR2″ – yang kebetulan sama dengan huruf singkatan Najib.
Pesawat itu didaftarkan di Malta dan disewa daripada kumpulan penerbanganComlux, lapor Malaysiakini.
Menurut laman web penerbangan itu Aviation Week, Jet Premier One (M) Sdn Bhd, syarikat yang menguruskan penerbangan orang kenamaan di Malaysia, termasuk Najib, ada menyewa Airbus ACJ320 daripada Comlux.
Sewaan itu dikatakan bertujuan menggantikan sementara pesawat yang biasa digunakan Najib, Airbus ACJ319.
ACJ319 dengan nombor 9M-NAA beroperasi menggunakan nama “NR1” atau “Perdana 1” dan merupakan pesawat rasmi perdana menteri, sama seperti Air Force One yang digunakan presiden Amerika Syarikat.
Kedua-dua blogger pro-Umno ini dikatakan penyokong kuat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir.
Selangor mahu SOP JAIS diperkemas
Kerajaan Selangor bercadang mahu memperkemaskan tatacara operasi standard (SOP) Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) susulan serbuan dan rampasan Bible berbahasa Melayu ke atas Persatuan Bible Malaysia baru-baru ini."JAIS telah buat laporan (mereka) dan kita akan perkemas dari sudut SOP," kata Exco hal ehwal agama Islam, Sallehen Mukhyi dalam sidang medianya di Shah Alam, pagi ini.
Beliau juga menegaskan pihaknya tidak akan mengulas lagi berhubung serbuan dan rampasan tersebut memandangkan kes itu kini dalam siasatan polis.
"Sebab kes ini dah jadi kes polis, jadi kita serah kepada kebijaksanaan JAIS dan PDRM untuk selesaikan kes ini, mengikut peringkat undang-undang," katanya.
Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan kenapa SOP berkaitan perlu diperkemas dan bahagian mana yang perlu penambahbaikan
Anwar Ibrahim Kecam Harussani!!!
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengecam Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang mendakwa
peserta himpunan Turunkan Kos Sara Hidup (Turun) baru-baru ini sebagai
"bughah" dan halal darah mereka.
Anwar mempersoalkan pendirian Mufti Perak itu ketika rakyat Malaysia
terbeban dengan pelbagai kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.“Bila
orang kaya rompak, tindas rakyat, kamu diam. Saat rakyat tertindas di
bawah, kamu cela. Kamu mewakili siapa sebenarnya.“Ini tidak adil.
Sepatutnya dengar dulu penjelasan daripada orang yang datang demonstrasi
sebelum memutuskan hukuman,” katanya yang dipetik daripada Keadilan
Daily di program pidato The Asian Renaissance di Centre for Reform
Democracy & Social Initiatives, semalam.Anwar berkata, Harussaini
gopoh dan keterlaluan menuduh peserta himpunan membantah kenaikan harga
barang pada malam tahun baru 2014 di Dataran Merdeka sebagai bughah dan
dihalalkan darahnya untuk dibunuh.
“Walaupun ini pendapat peribadi mufti, tapi kena ingat bahawa ia
keterlaluan.“Masalah orang dicincang (dibunuh) di Mesir, dan Syria
berpunca daripada pendapat yang sebegitu. Memang bahaya,” katanya
sebagaimana dilaporkan oleh Selangorkini.Katanya, kenyataan itu akan
mendatangkan persepsi negatif terhadap masyarakat bukan Islam.
“Hendak jatuhkan hukum itu, dia patut rujuk kepada Jawatankuasa Majlis
Fatwa dan ulama, bincang baik-baik terutama dalam isu bughah ini.“Kita
patut ambil sikap menyampaikan dengan baik, bukan menghukum. Isu ini
menyebabkan kekeliruan di kalangan umat dan kebencian bagi bukan Islam,”
katanya.Walaupun dikecam oleh pelbagai pihak, Harussani mempertahankan
kenyataannya itu.
Turut menyokong kenyataan beliau adalah Pegawai Agama Kementerian Dalam
Negeri, Zamihan Mat Zin.Mufti Perak itu berkata, kenyataan asal beliau
adalah berdasarkan demonstrasi yang berhasrat untuk menggulingkan
kerajaan berikutan kos sara hidup yang semakin meningkat tetapi nama
“guling kerajaan” ditukar kerana tidak mendapat sokongan ramai dan
diganti dengan Turun.
“Bughah atau darah halal disebut dalam konteks membahayakan nyawa orang
lain dan niat mereka mahu menggulingkan kerajaan. Mereka kata mereka
benar tetapi cara mereka salah. Lihat sahaja pada hari kejadian, polis
menjumpai pelbagai senjata seperti parang dan bom buatan sendiri.“Saya
kaitkan dengan firman Allah dalam surah Al-Hujurat, ayat 9 yang
bermaksud: Dan jika dua puak daripada orang yang beriman berperang, maka
damaikanlah di antara keduanya; jika salah satu berlaku zalim terhadap
yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga dia kembali
mematuhi perintah Allah; jika dia kembali patuh maka damaikanlah di
antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah),” katanya seperti
dilapor akhbar Sinar Harian hari ini.
Sementara itu, Zamihan berkata, pandangan yang dikeluarkan oleh
Harussani berhubung peserta perhimpunan pada 31 Disember lalu tidak
dihuraikan dengan baik sehingga mendatangkan pelbagai andaian.Katanya,
Harussani membuat kenyataan tersebut selepas membuat pertimbangan
terhadap beberapa aspek dan perlu dianggap sebagai peringatan supaya
tidak terlalu ghairah mencari perubahan yang mana akhirnya hanya akan
mengundang mudarat. [TMI]
-----------------
SEBELUM NAK KELUARKAN HUKUM, PERLU MENGAMBIL PENJELASAN KEDUA BELAH
PIHAK! INI LAH AKIBATNYA BILA TERPENGARUH DENGAN DAKYAH PROPAGANDA MEDIA
REGIM UMNO SEHINGGA TIDAK BOLEH MELIHAT ISU YANG SEBENAR!
LETAK JAWATAN SEBAGAI MUFTI! JADI KETUA UMNO BAHAGIAN LEBIH SESUAI UNTUK
HARUSSANI! BANGANG!
-AP-
Umpama bertelanjang di khalayak ramai - Ustaz Aswad Nasron
Written By canang on Selasa, 7 Januari 2014 | 1/07/2014 12:51:00 PTG
Harussani, siapa itu kerajaan?
Ada kritikan yang bersifat ad rem (to the point) yang menyanggah pendapat Tan Sri Harussani Zakaria terhadap perhimpunan TURUN, yang dikatakan sebagai bughah (pemberontak) dan ‘halal darah’.Selaksa kritikan dihamburkan terhadap mufti Perak itu.
Tetapi ada juga kritikan yang bersifat ad hominem (to the man) yang bertujuan untuk menjatuhkan keperibadian beliau. Saya kesal dan bersimpati terhadap beliau dalam perkara ini dan ia tidak sepatutnya terjadi.
Namun begitu Harussani masih tekal mempertahankan pendapatnya.
Kapasiti Harussani sebagai seorang mufti juga membuatkan orang awam keliru bahawa hukum bughah itu adalah bertaraf fatwa.
Tetapi sefaham saya, ia bukannya fatwa dan sekadar pendapat peribadi beliau. Ini kerana sesuatu fatwa mestilah proses istinbat yang teliti dan bukan sekadar pendapat melulu yang berdasarkan berita di televisyen atau naskah suratkhabar.
Namun begitu, saya melihat Harussani juga keliru dengan pendapatnya tentang bughah.
Pertamanya ialah tentang tindakan yang sebagaimana yang dikatakan sebagai bughah?
Apakah mereka yang berhimpun aman tanpa senjata itu boleh dikatakan sebagai berbahaya? Apakah mereka yang berhimpun itu menentang kesemua undang-undang negara? Perkara ini telah banyak dibincangkan oleh mereka yang telah terlebih dahulu menegur pendapat Harussani.
Antara kitab klasik & realiti semasa
Apa yang ingin saya bincangkan di sini yakni isu kedua, ialah alasan atau sebab musabab Harussani mengeluarkan pendapat bughah. Ini kerana menurut beliau himpunan tersebut bertujuan
menggulingkan kerajaan.
Persoalan utama yang saya kira perlu diselesaikan dalam perkara ini ialah bahawa siapa itu kerajaan?
Dalam menentukan letak duduk isu ini, para agamawan perlu membandingkan dan menyesuaikan maksud kerajaan yang dinyatakan di dalam kitab-kitab klasik Islam dengan kerajaan yang wujud pada hari ini.
Segala apa yang tertulis di dalam kitab-kitab klasik Islam tidak boleh diambil secara bulat-bulat kerana suasana politik telah berubah. Jika pada zaman dahulu sosok khalifah dan para menterinya diiktiraf sebagai kerajaan, namun sesuaikah pentafsiran itu terhadap bentuk kerajaan sekarang?
Apakah perdana menteri dan kabinetnya layak dikatakan sebagai kerajaan secara keseluruhannya?
Oleh kerana sistem pemerintahan Malaysia berasaskan sistem parlimen ala Westminster, maka perdana menteri cenderung dianggap sebagai ketua kerajaan manakala Yang Di-Pertuan Agong adalah ketua negara.
Tetapi sebenarnya dari sudut perundangan, istilah ketua kerajaan terhadap perdana menteri cuma bersifat de facto.
Jika tidak silap pada pengetahuan saya, gelaran perdana menteri sebagai ketua kerajaan tidak pernah dicatatkan secara rasmi di dalam Perlembagaan Persekutuan. Ia cuma persetujuan berbentuk konvensyen sahaja.
Yang dicatatkan cuma kedudukan perdana menteri sebagai ketua jemaah menteri atau kabinet. Sekadar itu sahaja.
Kerajaan Britain, pentadbiran Amerika
Kedudukan Agong sebagai ketua negara secara de jure tetap menunjukkan bahawa baginda adalah ketua kerajaan yang sebenar-benarnya.
Oleh kerana itu juga kerajaan yang memerintah dinamakan sebagai – Kerajaan Seri Paduka Baginda, yakni kerajaan Agong. Maka taat-setia atau baiah rakyat tetap tertumpah kepada Agong dan bukannya perdana menteri.
Cuma dalam urusan kerajaan, Agong bertindak atas nasihat perdana menteri dan pengaruh perdana menteri adalah amat besar. Tetapi Agong tetap mempunyai kuasa-kuasa tertentu yang telah diperuntukkan.
Pembahagian komponen di dalam Kerajaan Persekutuan Malaysia boleh dirujuk melalui Perlembagaan Persekutuan pada Bahagian IV.
Bawah prinsip pembahagian kuasa, maka Kerajaan Malaysia boleh ditafsirkan sebagai terdiri daripada komponen berikut;
1. Ketua utama negara (Agong).
2. Majlis Raja-raja.
3. Badan Eksekutif (perdana menteri dan kabinetnya).
4. Badan Perundangan Persekutuan (Ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara).
5. Tatacara Perundangan (Kehakiman atau Perundangan).
Oleh kerana sistem politik Malaysia bersifat British-centric rakyat sering mentafsirkan badan eksekutif sebagai kerajaan walhal badan eksekutif adalah cuma sebahagian daripada komponen kerajaan.
Badan eksekutif di England dan Britain dipanggil sebagai government disebabkan istilah governance. Ini kerana badan eksekutiflah yang mengurus tadbir negara.
Di Amerika Syarikat pula, perbezaannya lebih jelas. Badan dksekutif dinamakan sebagai administration (pentadbiran) manakala istilah kerajaan pula dirujuk terhadap kesemua badan yang berperanan dalam pemerintahan negara, termasuklah badan eksekutif dan badan perundangan atau kehakiman.
Tak tentang Agong
Maka saya tetap percaya bahawa peserta ‘himpunan TURUN’ pada tempoh hari bukan bertujuan untuk menggulingkan Kerajaan Malaysia atau mana-mana pihak.
Tetapi sekalipun mereka ingin menggulingkan kerajaan, maka siapa yang mereka maksudkan?
Maka persoalan saya terhadap Harussani:
Apakah menjatuhkan badan eksekutif yakni perdana menteri dan menteri kabinetnya adalah sama seperti maksud bughah seperti yang tercatat di dalam kitab-kitab klasik Islam?
Mereka tidak menentang Agong, Majlis Raja-raja, badan perundangan persekutuan dan badan
kehakiman. Mereka tidak menentang kerajaan secara keseluruhannya dalam erti kata yang sebenar.
Jika menentang badan eksekutif disamakan dengan menentang kerajaan dan natijahnya perlakuan itu ditafsirkan sebagai khianat, maka bagaimana pula jika seorang sultan yang memecat menteri
besarnya yakni ketua badan eksekutif negeri?
Sultan itu kerajaan atau menteri besar dan barisan exconya yang kerajaan? Dalam hal yang berkaitan, apakah Agong itu kerajaan atau perdana menteri dan kabinetnya yang kerajaan?
Saya merasakan bahawa Harussani keliru dalam mengeluarkan pendapatnya. Pendapat tersebut gagal mengimbangi keilmuan kitab-kitab klasik Islam dan bentuk kerajaan moden pada
hari ini.
Sesungguhnya kitab-kitab klasik Islam karangan para ulama terdahulu tidak melakukan kesilapan.
Kesilapan itu berlaku pada pentafsiran sesetengah daripada kita yang gagal untuk menyesuaikannya terhadap semangat zaman. Jangan mengkhianati keilmuan para ulama terdahulu.
RIZUAN ABDUL HAMID ALUMNUS Akademi Pak Sako ‘Tulis.Ubah.Dunia.’
Perbuatan keji pelajar sekolah terbongkar
REMBAU – Hasrat seorang remaja perempuan berusia 15 tahun untuk berkahwin akhirnya berjaya membongkar perbuatan kejinya bersama pasangan kekasih berusia 27 tahun.Sumber berkata, remaja berkenaan yang mengenali suspek menerusi laman sosial Facebook selama beberapa bulan bertindak tinggal bersama kekasihnya semasa musim cuti sekolah.
Menurut sumber, bapa remaja berkenaan yang curiga dengan hasrat anaknya itu terkejut apabila anaknya memberitahu perkara sebenar.
“Sebelum ini, remaja perempuan berkenaan memberitahu bapanya yang dia tinggal bersama kawan perempuannya sewaktu cuti sekolah lalu.
“Bagaimanapun, dia menceritakan kejadian malang menimpa dirinya apabila telah dirogol kekasihnya yang bekerja sebagai penjual buah lebih 10 kali selama tempoh cuti berkenaan,” katanya.
Susulan insiden itu, ayah mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Nilai pada Ahad lalu dan suspek berjaya ditangkap di Chembong malam kelmarin.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mizan Md Dom ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan kes kini sedang disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan, menurut sumber Sinar Harian.
Tiada Hard Rock Cafe di Putrajaya
Hard Rock International menjelaskan ia tidak ada
niat untuk membuka cawangan baru di Malaysia ataupun mengeluarkan
apa-apa kenyataan berkenaan itu, selain daripada yang telah diumumkan
sebelum ini.
"Hard Rock International mempunyai prosedur operasi yang ketat untuk mengenal pasti dan mengkaji satu-satu pasaran sebelum membuka cawangan baharu, mengambil kira budaya tempatan dan permintaan pasaran.
"Pengumuman pembukaan cawangan baharu akan datang daripada Hard Rock International dan bukan daripada mana-mana pihak ketiga," katanya dalam satu kenyataan yang diterbitkan semalam.
Sebelum ini, dilaporkan Hard Rock International dijangka membuka satu cawangan Hard Rock Cafe di Putrajaya tahun ini.
-Bernama
"Hard Rock International mempunyai prosedur operasi yang ketat untuk mengenal pasti dan mengkaji satu-satu pasaran sebelum membuka cawangan baharu, mengambil kira budaya tempatan dan permintaan pasaran.
"Pengumuman pembukaan cawangan baharu akan datang daripada Hard Rock International dan bukan daripada mana-mana pihak ketiga," katanya dalam satu kenyataan yang diterbitkan semalam.
Sebelum ini, dilaporkan Hard Rock International dijangka membuka satu cawangan Hard Rock Cafe di Putrajaya tahun ini.
-Bernama
2 hours ago via mobile ·
Wang saku anak sekolah rendah RM5 sehari
KUALA NERUS – Ibu bapa terpaksa memperuntukkan antara RM4 dan RM5
sehari sebagai wang saku anak yang bersekolah di sekolah rendah kerana
harga makanan di kantin sekolah agak mahal berikutan kenaikan harga
barang.
Sinar Harian difahamkan harga sepinggan nasi yang mengandungi seketul ayam dijual antara RM1.50 dan RM2, manakala mi goreng RM1 hingga RM1.50.
Bagi minuman pula, segelas air sirap atau oren berharga 50 sen manakal minuman panas seperti milo dijual pada harga RM1.50 segelas.
Turut berkongsi pengalaman sama, Hishamuddin Salleh berkata, berikutan harga makanan yang agak mahal dia juga terpaksa memperuntukkan RM4 hingga RM5 untuk anaknya yang bersekolah rendah.
“Tahun lepas saya bagi wang saku sebanyak RM3 sahaja tetapi apabila tahu harga sepinggan nasi dan lauk dijual pada RM2, saya tambah wang belanja anak,” katanya.
Bagaimanapun, kata Hishamuddin, dia dimaklumkan anaknya bahawa harga sepinggan nasi memang RM2 sejak tahun lepas.
Namun, dia tetap menambah wang belanja anaknya memandangkan ada kala dia dan isteri lambat menjemput anaknya dari sekolah.
“Isteri saya juga bekerja dan dia memang tak sempat menyediakan bekal kepada anak kami,” katanya.
Katanya, pihak yang berkenaan perlu mencari jalan penyelesaian terbaik bagi mengatasi harga makanan yang agak mahal di kantin sekolah.
“Jika sekarang harga yang dijual sudah mencapai tahap agak mahal, kita bimbang pada masa akan datang kenaikan berlaku tidak dapat dibendung lagi.
“Tambahan pula kini, harga pelbagai barangan meningkat dan ini akan mempengaruhi harga makanan yang dijual,” katanya.
Kata Hishamuddin, ibu bapa yang mempunyai ramai anak tentunya akan berasa terbeban dengan keadaan ini.
Sinar Harian difahamkan harga sepinggan nasi yang mengandungi seketul ayam dijual antara RM1.50 dan RM2, manakala mi goreng RM1 hingga RM1.50.
Bagi minuman pula, segelas air sirap atau oren berharga 50 sen manakal minuman panas seperti milo dijual pada harga RM1.50 segelas.
Turut berkongsi pengalaman sama, Hishamuddin Salleh berkata, berikutan harga makanan yang agak mahal dia juga terpaksa memperuntukkan RM4 hingga RM5 untuk anaknya yang bersekolah rendah.
“Tahun lepas saya bagi wang saku sebanyak RM3 sahaja tetapi apabila tahu harga sepinggan nasi dan lauk dijual pada RM2, saya tambah wang belanja anak,” katanya.
Bagaimanapun, kata Hishamuddin, dia dimaklumkan anaknya bahawa harga sepinggan nasi memang RM2 sejak tahun lepas.
Namun, dia tetap menambah wang belanja anaknya memandangkan ada kala dia dan isteri lambat menjemput anaknya dari sekolah.
“Isteri saya juga bekerja dan dia memang tak sempat menyediakan bekal kepada anak kami,” katanya.
Katanya, pihak yang berkenaan perlu mencari jalan penyelesaian terbaik bagi mengatasi harga makanan yang agak mahal di kantin sekolah.
“Jika sekarang harga yang dijual sudah mencapai tahap agak mahal, kita bimbang pada masa akan datang kenaikan berlaku tidak dapat dibendung lagi.
“Tambahan pula kini, harga pelbagai barangan meningkat dan ini akan mempengaruhi harga makanan yang dijual,” katanya.
Kata Hishamuddin, ibu bapa yang mempunyai ramai anak tentunya akan berasa terbeban dengan keadaan ini.
MP: Guna cukai judi untuk bukan Islam
DAP menegaskan gesaan supaya kerajaan meletakkan hasil cukai daripada perjudian dalam akaun secara berasingan dan menggunakannya untuk kebajikan, pendidikan dan aktiviti kebudayaan yang memberi manfaat kepada kebanyakan bukan Islam.Anggota Parlimen Seremban Anthony Loke berkata, seperti menyelam sambil minum air, ia bagi membantu orang Islam yang bimbangkan sumber tidak halal.
Ia juga sekali gus membantu masyarakat bukan Islam, khususnya dalam bidang pendidikan vernakular, katanya lagi.
Membangkitkan jawapan bertulis di Parlimen pada Oktober lalu, beliau berkata, daripada 2008 hingga 2012, penjudi menyumbangkan RM6.3 bilion dalam bentuk cukai haram daripada Cabutan Khas sahaja.
Jabatan menteri kewangan itu menjelaskan, hasil cukai (Cabutan Khas) digunakan untuk sukan, kebajikan, sosial, kebudayaan dan program kesihatan yang memberi manfaat kepada orang ramai dan negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan