Selasa, 7 Januari 2014

BILA RAKYAT BANYAK JAHIL...MAKA ULAMAK JAHAT SENANG TIPU






KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) berpendapat bahawa adalah sangat penting para ulama berperanan menjernihkan keadaan ketika umat menghadapi kemusykilan isu kenaikan kos sara hidup dan pelbagai kemelut hidup akibat kepincangan urustadbir pemerintah.

“Di kala umat sangat mengharapkan kefahaman dan keprihatinan dari pemerintah dan apabila umat hilang arah untuk menyalurkan aduan agar masalah mereka didengari, ulama adalah tempat umat mengharap dan mengadu,” ujar Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid.

Katanya, rakyat mengharapkan ulama menegur umara supaya tidak terus mengenepikan keresahan rakyat.

Beliau berkata, untuk mendakwa penyaluran maklumat mengenai isu kos sara hidup kepada Perdana Menteri tidak diusahakan adalah tidak tepat.

Katanya lagi, suara rakyat, termasuk ahli akedmik dan pemimpin politik dari dalam dan luar kerajaan yang dikumpul dan disiar dalam media sepatutnya sudah cukup untuk PM memberi respons yang wajar terhadap keresahan rakyat.

Tambahnya, tidak timbul isu mahu menggulingkan kerajaan kerana rakyat hanya menuntut agar kos sara hidupkan diturunkan.

Menurut Azmi, sudah banyak pengajaran dari negara-negara di seluruh dunia apabila rakyat bangkit kerana pemerintah tidak telus dalam membuat keputusan dan akhirnya menambah beban rakyat.

Lagipun, ujar beliau perkataan mengguling kerajaan telahpun dinafikan oleh pihak yang penganjur perhimpunan dan siasatan telahpun dijalankan oleh pihak polis.

“Ternyata yang menjadi arahan polis ialah perhimpunan haram tidak boleh diadakan bukan soal hendak menggulingkan kerajaan.

“Jika tuduhan niat asal untuk menggulingkan kerajaan masih diungkit maka ia hanya persepsi yang perlu dibuktikan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, perhimpunan Turun yang diadakan oleh pihak penganjur jelas bermakna mendesak pihak kerajaan menurunkan kos sara hidup bukan menggulingkan kerajaan.

Tegasnya, pilihan menubuh atau menukar kerajaan melalui pendekatan demokrasi masih menjadi pilihan rakyat.

“Rakyat sudah biasa dengan terlibat beramai-ramai dalam perhimpunan yang tidak dibenar oleh pihak keselamatan namun tidak berlaku usaha penggulingan kerajaan seperti yang diwar-warkan.

“Kerap ditegaskan bahawa perhimpunan yang hendak diadakan adalah perhimpunan aman,” ujarnya.

Namun, kata beliau jika ada pihak yang mahu mengambil kesempatan untuk melakukan provokasi ganas dengan bertindak liar atau membawa senjata maka ia harus disiasat dan bukan terus didakwa ia bukti pihak penganjur mahu melakukan kekerasan.

Oleh yang demikian, kata Mohd Azmi adalah tidak wajar ulama bersikap simplistik dengan membuat rumusan dari maklumat yang tidak tepat dengan hanya bersandar kepada media lalu mengeluarkan pandangan yang boleh mengelirukan umat dan menegangkan suasana.

“Kami sangat mengharapkan ulama dan pemimpin politik menyantuni resah rakyat agar penyelesaian yang lebih bermakna dapat dicapai dan supaya mengelakkan emosi saling mencabar dan menuding berterusan,” katanya lagi.
KUALA LUMPUR: Insiden serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap Persatuan Bible Malaysia (PBM) baru-baru tidak seharusnya berlaku kerana ia boleh mengeruhkan keadaan perpaduan antara kaum dan agama, kata pengerusi Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) Tan Sri Samsudin Osman.
  
Katanya MKPN percaya isu membabitkan sensitiviti agama Islam yang hangat diperdebatkan ketika ini boleh diselesaikan dengan kaedah perbincangan tanpa mencemarkan agenda perpaduan nasional.
  
"MKPN kesal dengan serbuan tersebut dan menggesa kerajaan supaya mematuhi resolusi penyelesaian 10 perkara yang dicapai bersama kumpulan-kumpulan Kristian di negara ini pada April 2011," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pertama MKPN di sini semalam.
  
Penubuhan MKPN diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 23 Nov lalu, sebagai sebahagian daripada komitmen kerajaan untuk memastikan perpaduan kaum terus teguh.
  
Antara ahli MKPN yang hadir adalah Ahli Lembaga Pengarah Sisters in Islam (SiS) Datin Paduka Marina Mahathir, anggota Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusof Rawa, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Mohamed Maliki Mohamed Rapiee dan selebriti Wardina Safiyyah.

Samsudin berkata MKPN menggesa kerajaan supaya mematuhi resolusi penyelesaian 10 perkara yang dicapai bersama kumpulan-kumpulan Kristian di negara ini pada April 2011.
  
"Itu antara 10 penyelesaian daripada ahli-ahli MKPN dalam mesyuarat hari ini berhubung isu kalimah Allah, serbuan Jais dan demonstrasi aman di Selangor," katanya sambil menambah usul penyelesaian ini akan dibawa ke pengetahuan kerajaan secepat mungkin.
  
Beliau berkata tindakan serbuan Jais itu jelas melanggar kandungan resolusi Penyelesaian 10 Perkara yang diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala pada 2011, yang mana Putrajaya akan mengizinkan pengimportan Alkitab dalam semua bahasa, termasuk terjemahan Bahasa Malaysia/Indonesia.
  
Samsudin berkata antara penyelesaian lain adalah pihaknya akan mengadakan perbincangan tertutup dengan pemimpin agama, pihak berkuasa dan kumpulan berkaitan secepat mungkin.
  
Pada insiden Khamis lepas, Jais menyerbu pejabat Persatuan Bible Malaysia (PBM) di Damansara Kim dan merampas 300 bible versi Bahasa Malaysia dan Iban sebagai usaha membanteras penggunaan kalimah Allah dalam kitab itu yang didakwa melanggar Enakmen 1988.
  
Samsudin berkata tugas MKPN ketika ini adalah mengadakan dialog perpaduan di seluruh negara bersama masyarakat bagi mendapatkan maklum balas tentang perpaduan negara sebelum dibentangkan kepada kerajaan dalam tempoh enam bulan.
  
"Sasaran kita adalah apa yang diharapkan kerajaan iaitu menyediakan rangka tindakan untuk perpaduan. Kita akan berusaha memenuhi apa yang diminta perdana menteri (sediakan laporan)," katanya. - Bernama


VIDEO - Dr MAZA : Islam tidak ajar ganggu tempat ibadat agama lain 

Dicatat oleh ustazcyber.

 

Bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (gambar) menegaskan agama Islam tidak mengajar penganutnya untuk mengganggu tempat ibadat penganut agama lain.

Dr Mohd Asri, 42, yang dihubungi The Malaysian Insider bagi memberikan komen mengenai kontroversi serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) serta rancangan berdemo di gereja Selangor, berkata walaupun semasa perang pun agama Islam melarang umatnya daripada menyentuh rumah ibadat.

"Dalam agama Islam, hatta dalam masa perang pun, orang yang sedang beribadat pun tidak boleh diganggu... inikan masa aman kenapa pula perlu diganggu?" kata Dr Mohd Asri.

Tengahari semalam, Jais menyerbu pejabat Persatuan Bible Malaysia (BSM) di Damansara Kim dan merampas kira-kira 320 Bible berbahasa Melayu dan Iban.

Dua pegawai BSM iaitu pengerusinya Lee Min Choon dan Sinclair Wong diarahkan ke Balai Polis Damansara untuk diambil keterangan mereka dan hanya dilepaskan dua jam kemudian.....
Dalam pada itu, Umno Selangor juga telah mendesak Pengarang Herald, Paderi Lawrence Andrew, menarik balik kenyataannya yang tetap mahu menggunakan kalimah Allah di semua gereja di Selangor.

Umno Selangor juga merancang untuk mengadakan demonstrasi di hadapan pejabat Lawrence di Klang pada Ahad ini sekiranya tidak tunduk kepada desakan mereka.

Ketua Umno Shah Alam, Azhari Shaari berkata kenyataan paderi itu bertentangan dengan enakmen syariah negeri malah ia juga melanggar titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di negeri itu.

Dr Mohd Asri menyifatkan rancangan tersebut bukanlah berlandaskan ajaran Islam bahkan tidak mengajar penganutnya menyentuh mana-mana rumah ibadat bukan Islam.

"Agama Islam tidak pernah ajar penganutnya berbuat perkara-perkara begini, tempat-tempat ibadat Islam ajar supaya tidak sentuh.

"Apa yang mereka lakukan tersebut bukan berlandaskan ajaran Islam," tambah Dr Mohd Asri lagi.

"Jangan sentuh tempat ibadat bukan Islam."

Dalam pada itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Mujahid Yusof Rawa juga menggesa Putrajaya halang badan Islam keruhkan hubungan antara agama susulan kontroversi terbaru yang tercetus di Selangor baru-baru ini.

Beliau menyeru kerajaan merujuk Majlis Perundingan Perpaduan Kebangsaan yang ditubuhkan Kabinet baru-baru ini, yang dijangka mengadakan mesyuarat mengenai kontroversi penggunaan kalimah Allah pada Isnin depan.

Mujahid, yang turut dilantik Putrajaya sebagai ahli panel majlis tersebut, berkata insiden hari ini perlu dibincang pada mesyuarat itu.

Jelas beliau, badan agama Islam tidak harus bertindak oleh kerana isu penggunaan kalimah Allah masih dibicarakan di mahkamah. – 3 Januari, 2014.TMI.

USTAZCYBER.COM

Tahun baru 2014 seolah-olah tidak menjaminkan hubungan antara agama yang menjanjikan kedamaian hubungan dan hidup dalam keadan hormat menghormati antara satu sama lain.

Tindakan Jais (Jabatan Agama Islam Selangor) dalam serbuannya ke atas premis Persatuan Bible Selangor hari ini walaupun berasaskan Enakmen 1988 (Kawalan Penyebaran Agama kepada Orang Muslim) telah meninggalkan kesan yang berbekas dalam hubungan antara agama di negara ini. Sebanyak 300 naskhah injil telah dirampas menurut berita yang diterima.

Persoalan kebebasan agama yang termaktub dalam perlembagaan kita dengan mengambil kira Islam sebagai agama rasmi Persekutuan seolah-olah tercemar dengan tindakan Jais dan mengisyaratkan sesuatu yang bercanggah dengan perintah dan firman Allah yang maksudnya ' tiada kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk membawa Rahmat ke Alam ini (Al Anbiya: 107).

Hubungan Islam dengan bukan Islam adalah bersandarkan 'Tiada paksaan dalam agama' (Baqarah: 256) dan itu adalah janji dan jaminan kerahmatan Islam kepada penganut agama lain termasuk hak memiliki kitab agama masing-masing. Oleh kerana itu apa saja tindakan yang bertentangan dengan prinsip ini dianggap mencemari nama baik Islam. Maka dengan ini, saya menyeru supaya:

1.  Kuasa hendaklah digunakan dengan hikmah apatah lagi yang melibatkan prinsip hubungan antara agama yang telah jelas digariskan oleh Syariat Islam. Dalam hal ini memelihara prinsip Islam lebih utama dari segala perkiraan sentimen atau kepentingan politik.

2. Jika ada apa-apa bukti bahawa pihak tertentu menyebarkan atau menimbulkan kekeliruan kepada umat Islam dengan menggunakan kalimah 'allah' maka pihak yang terlibat hendaklah diambil tindakan kerana menyalahi semangat kebebasan agama dengan mengambil kira Islam sebagai agama resmi Persekutuan. Hanya dengan tertera perkataan 'allah' dalam injil bukan alasan untuk mengambil tindakan tanpa bukti kukuh unsur penyebaran dan menggugat akidah Tauhid umat Islam.

3. Merampas kitab suci penganut agama lain walaupun atas nama larangan menggunakan perkataan 'allah' perlu ditangani dengan hikmah dan teliti kerana ia akan memburukkan sifat Rahmat Islam kepada semua penganut beragama, antara lainnya ialah hak kebebasan beragama mereka termasuk kitab suci mereka.

4. Memaksa orang lain dalam agama bukan bererti secara fizikal sahaja tetapi menentukan apa yang boleh dan tidak boleh ke atas agama lain juga adalah bentuk paksaan yang dilarang oleh Islam seperti perintah Allah: "Jika Tuhan mu mengkehendaki(wahai Muhaamd) nescaya akan beriman seluruh manusia di mukabumi ini, apakah engkau (wahai Muhammad) mahu memaksa orang sehingga mereka menjadi beriman?, Tiada jiwa yang boleh beriman melainkan dengan izin Allah lalu Allah jadikan azab pada mereka yang tidak beraqal" ( Yunus: 99-100)

5. Pihak Gereja dan  Majlis Kristian Persekutuan juga perlu tampil menyatakan pendiriannya dengan tegas bahawa mereka tidak ada agenda tersembunyi yang boleh menjejaskan keharmonian kehidupan beragama di Malaysia bagi menghilangkan keraguan pihak tertentu yang mendakwa proses Kristianisasi sedang berlaku.

Atas alasan di atas, saya menyeru dan merayu supaya hak kitab suci agama lain termasuk penganut Kristian hendaklah dipelihara haknya kepada penganutnya dan menjadi tanggungjawab autoriti agama Islam di Selangor memelihara prinsip ini seperti yang dituntut oleh Islam.
Sekian.
2 Jan 2014

Dr Mujahid ialah Ahli Parlimen Parit Buntar merangkap AJK PAS Pusat.



Cukupkah kita hanya menjadi Muslim yang baik dengan Allah, tetapi membiarkan kefasadan yang melanda di dalam masyarakat.

Orang Islam mempunyai tanggungjawab terhadap Islam dan membela Islam di atas muka bumi ini. Haram kita membiarkan Islam dipermainkan dan dihina. Islam tidak iktiraf manusia yang membisu seribu bahasa dan beriktikaf di dalam masjid tanpa mengambil peduli apa yang berlaku sekelililngnya.

Kehadiran kita sebagai manausia, bukan diminta, tetapi semuanya adalah takdir Allah SWT yang Maha Mengetahui apakah hikmah yang tersurat dan tersirat. Yang jelas kewujudan manusia di atas muka bumi ini sebagai khalifah Allah SWT untuk memakmur dan menguruskan bumi ini dengan agama.

Tidak ada siapa yang terlepas daripada tanggungjawab di hadapan Allah SWT. Mungkin di dunia, ia dapat melepas lari, tetapi tidak di akhirat.

Sabda Rasulullah SAW, "Semua kamu adalah pemimpin, dan semua kamu adalah bertanggungjawab terhadap rakyatnya."

Hadis ini sebagai satu penyataan umum kepada kita bahawa semua manusia yang mukallaf bertanggungjawab atas kehidupannya ketika berada di dunia. Mereka boleh memberi berjuta alasan ketika berada di atas dunia, tetapi di akhirat medannya sudah berlainan. Waktu itu amalan yang menjadi saksi atas pebuatan mereka.

Muslim Haraki ialah ahli Pas yang telah berjanji setia dan akur kepada Perlembagaan Parti dan disiplin parti selagi tidak bertentangan dengan syariat. Mereka bersedia untuk melaksanakan amanah parti yang produktif dan mempunyai nilai tambah kepada parti. Mereka bukan ahli yang jumud dan tidak memberi manfaat kepada orang ramai di dalam rangka untuk membina masyarkat Islam dan negara yang berpandukan kepada syariat Allah SWT.

Kita kesti menjadi muslim Haraki, kerana ini merupakan sunnah para Rasul yang terdahulu sehingga terpaksa mengorbankan diri mereka semata-mata untuk melihat dakwah subur di atas muka bumi ini. Nabi SAW tidak akan berhijrah ke Madinah jika baginda merupakan orang yang mempunyai kepentingan diri. Baginda boleh selamatkan diri jika baginda mahu. Sebagaimana tawaran dunia yang cukup lumayan, bukan Jusa A atau Turus.

Pembesar Quraish menawarkan "Wahai Anak Saudaraku jika kamu bawa agama kerana hendak harta kekayaan, maka kami akan mengumpul kekayaan sehingga engkau menjadi orang yang paling kaya dalam kalangan kami. Jika engkau bawa agama ini untuk hendak menjadi ketua, Maka kami akan tabal kamu menjadi pembesar di Makkah". Kesemuanya ini ditolak. Kerana apa?. Semuanya ialah kerana baginda bukan hendak menjaga kepentingan diri, tetapi untuk maslahah umum.

Jika baginda mempunyai kepentingan diri, baginda tidak perlu meninggalkan kampung halaman baginda. Baginda boleh melepaskan diri dengan membiarkan pengikutnya terseksa. Baginda juga boleh menyelamatkan diri sendiri, kerana keluarga baginda adalah golongan kenamaan. Kerana menjadi adat di dalam masyarakat jahiliah cukup menghormati darjat dan keturunan. Mereka malu untuk membuat sebarangan terhadap batang tubuh baginda.

Muslim haraki mempunyai tanggungjawab yang besar di dalam masyarakat. Kehadiran mereka dirasai dan ketiadaan mereka dirindui. Mereka mengembelingkan tenaga mereka di tengah- tengah masyarakat dengan menjual produk Islam kepada orang lain sehingga terasa Islam itu rahmat untuk semua.  Sabdara Rasulullah SAW, "Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang kuat daya hidupnya (sensitif) di tengah-tengah manusia."

Mereka mesti menjadi juara kepada ummah, bukan sahaja kepada kelompok tertentu sahaja. Mereka begitu sensitif terhadap perkembangan semasa yang membabitkan akidah, ekonomi, politik dan moral.

Muslim haraki bukan sahaja pandai berbicara tetapi melaksanakan. Bukan Muslim Haraki jika hanya pandai mengkritik tetapi tidak membawa penyelesaian. Muslim haraki bukan sahaja pandai menghukum, tetapi mesti menjinakkan mad'u (sasaran). Di dalam dunia hari ini orang sudah tidak mahu "talk no action" (bercakap tetapi tidak bertindak). Jangan kita marah jika masyarakat jauh dengan perjuangan kita jika kita hanya berteori tetapi tidak melaksanakan. Jangan kita rasa pelik masyarakat akan mendekatkan diri dengan ideologi lain lantaran kita tidak menjadi Muslim Haraki yang menunjukkan suri teladan yang baik. Muslim haraki mesti buktikan mereka adalah amanah kepada harta rakyat apabila diberi amanah.


RANTAU PANJANG: Kira-kira 60 unit kedai di Kompleks Zon Bebas Cukai Rantau Panjang yang terkenal di kalangan pelancong musnah dalam  kebakaran pada kira-kira 11.30 malam tadi.
  
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan Abdul Jalil Ishak berkata jentera bomba bersama 33 anggota yang tiba di tempat kejadian beberapa minit kemudian berjaya mengawal api sepenuhnya dalam tempoh sejam.
  
"Bomba terpaksa mendapatkan sumber air dari Sungai Golok yang terletak berhampiran selepas air dari pili bomba berdekatan tidak mencukupi," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini, tengah malam tadi.
  
Abdul Jalil berkata kesemua kedai berkenaan dengan binaan kayu, yang beroperasi lebih 20 tahun di kawasan zon bebas cukai itu, terletak sebelah menyebelah menyebabkan api cepat merebak.
  
"Sebahagian besar kedai berkenaan menjual pakaian dan selimut menyebabkan api lagi cepat marak," katanya.

Beliau berkata punca kebakaran dan nilai kerugian belum dapat dipastikan. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.
  
Terdapat lebih 300 kedai yang menjual pelbagai jenis barangan di kompleks itu yang menjadi tumpuan pelancong pada cuti hujung minggu dan cuti sekolah.
  
Tinjauan Bernama mendapati rata-rata peniaga mengetahui kedai mereka terbakar kira-kira setengah jam kebakaran itu berlaku.
  
Seorang peniaga Suhaida Shafie, 25, berkata dia kerugian kira-kira RM50,000 apabila semua pakaian dan selimut di kedainya musnah.
  
"Keluarga saya dah berniaga di sini sejak 20 tahun lalu dan saya pilu melihat kedai milik kami musnah sama sekali," katanya.
  
Seorang lagi peniaga Shamsiah Mohamad, 30, berkata dia kini buntu memikirkan masa depannya apabila kedainya musnah dalam kebakaran itu.
  
"Saya dah berniaga 15 tahun dan saya sedih memikirkan masa depan saya kerana ini adalah satu-satunya punca pendapatan saya sekeluarga," katanya. - Bernama
Malam itu orang turun ke Dataran  Merdeka, kecil dan besar, untuk tunjuk perasaan supaya diturunkan kesengsaraan kos sara hidup dan untuk naik saksi memeriahkan hiburan kedatangan detik tahun baru 2014.

Apa  saya buat malam itu?
   
Saya ke surau untuk membaharui yuran khairat kematian bagi tahun 2014. Saya mahu menjadi orang pertama menjelaskan yuran itu dan saya jadikan menunaikan yuran itu sebagai kerja pertama saya bagi tahun baru itu.
   
Walaupun pada kiraan masihinya masa saya menjelaskan bayaran itu detik tahun baru belum tiba - beberapa jam lagi – tetapi pada kiraan hijrahnya, maghrib petang itu hari tahun baru itu sudah bermula. Maka permulaan tahu bagi  saya kira dari maghrib itu.
    
Sesudah tanggungjawab itu saya tunaikan barulah saya menunaikan yang lain seperti membayar cukai tanah dan cukai-cukai yang lain.
   
Saya utamakan tentang hal-hal bersabit kematian dulu.
   
Saya dahulu ia kerana Islam  mengajar kita supaya sentiasa mengingatkan kematian. Kadang-kadang masa lain tak teringatkan kematian, tetapi bagi memulakan tahun baru, saya dahulukan dengan mengingat mati.
    
Mengingatkan mati itu sunat dan diberi pahala. Bila kita mengingat mati, kita boleh mengurang kegiatan yang membawa kepada maksiat dan mengurangkan nafsu cintakan dunia. Ia mndorongkan kita bersedia menghadapi mati.
    
Saya syukur kerana dianugerah Allah usia yang panjang – sudah 73 tahun. Kalau usia saya 100 tahun, 27 tahun lagi baru saya mati. Kalau 90 tahun, 17 tahun  lagilah hidup. Kalau 74 tahun, tinggal setahun lagi. Kalau cukup dengan 73, maka saya menunggu saat yang mesti dilalui oleh setiap yang bernyawa.
    
Mengapa saya cepatkan menunaikan bayaran khairat kematian?  Saya takut yuran itu dinaikkan berikut kenaikan harga barang yang  menggila sekarang. Saya  sangat bimbang kain kapan naik harga dan semua keperluan kapan terpaksa dinaikkan.
   
Saya sangat bimbang khairat kematian tidak dapat menampung keperluan pengkebumian dengan bayaran yang dikenakan sekarang. Barayan van kematian mungkin naik berikutan dengan kenaikan  harga minyak. Upah gali kubur mungkin naik dan batu nisan pun mungkin naik.
    
Baru-baru ini khairat kematian menghantar surat pekeliling bahawa penguasa kubur sudah mengenakan bayaran RM200 bagi satu kematian bagi menyediakan binaan benteng kubur masing-masing. Khairat kematian tidak menyediakan perkhidmatan itu tetapi duit itu mesti  disediakan dan urusan adalah antara waris si mati  dengan penguasa kubur.
    
Di Kuala Lumpur tiada lagi amalan waris bersedekah kepada setiap orang yang menunaikan  solat jenazah. Tapi di setengah tempat masih meneruskan amalan itu. Masa saya kanak-kanak dulu sedekahnya seringgit. Masa bapa saya mennggal tahun tahun 1962 dulu keluarga memberi RM4. Sebabnya orang mulai memberi banyak itu, maka tidak sedap memberi kurang.
   
Orang yang solat tidak minta, tetapi orang semua sudah jadikan begitu. Saya tidak tahu yang orang kampung perlu tunaikan sekarang.
   
Maka sekarang bukan saja si mati menghadapi semua yang perlu dilalui di alam kubur, keluarga si mati pun menghadapi banyak masalah bagi penyengaraan kematian. Banyak masalah itu dilakukan oleh khairat kematian. Tetapi orang Melayu masih meneruskan majlis tahlil. Bila tidak tahlil, panas pula isu kaum muda kaum tua dan berbangkit pula isu Wahabi dan lain-lain.
    
Dengan harga barang naik ini belanja tahlil bertambah. Orang sekarang tidak masak sendiri untuk tahlil. Semuanya pakai catering.
    
Dengan suasana baru di negara kita, kematian pun sudah jadi perniagaan dan beban.

Kalau sebelum ini Menteri Ayam dah sarankan seluruh rakyat Malaysia supaya tidak makan ayam kerana harganya mahal.. Apa pulak sarananya bila harga telur ayam dah naik ni..

Adakah beliau akan mencadangkan supaya rakyat tidak makan telur ayam pula kerana harganya dah naik?..

Lihat di sini




Tiada ulasan: