Alkisah menukar kereta…
Tuan Ibrahim Tuan Man, | 03 Mei 2013 |
Disebabkan Pak Ali meminati BlueN sejak dulu, maka dipastikannya semua kereta anak dan isterinya juga berjenama BlueN.
Kereta-kereta jenama BlueN pada pandangan Pak Ali adalah paling berbaloi – dari segi harga insurannya, harga kereta, paling jimat minyak dan harga servis yang memuaskan.
Pak Ali yang berumur 56 tahun tidak pernah mencuba sebarang kenderaan lain – dalam dunia Pak Ali cuma hanya ada BlueN.
Satu hari anak sulung Pak Ali, Jamali menyatakan hasratnya untuk menukar kereta.
“Li, beli BlueN yang baru itu, ya,” pesan Pak Ali.
Jamali sebenarnya sudah terpikat dengan sebuah kereta berjenama PackR. Designnya sungguh cantik, dan harganya pun lebih rendah berbanding kereta kelas yang sama yang dijual oleh BlueN.
“Yah, PackR jenis ini lebih cantik dan berbaloi. Minyak pun lebih jimat kata orang,” kata Jamali.
“Li jangan kena tipu salesman. Salesman ini janji macam-macam. Dalam hidup ayah, ayah tak pernah jumpa kereta yang lebih jimat minyak daripada BlueN. Salesman itu menipu sahaja,” tegas Pak Ali.
“Tapi ayah, BlueN tak bagi free servis 40,000 km yang pertama. PackR bagi. Dan kalau anakanda tempah awal dapat rebat RM3,000 dan free radio. BlueN tak ada,” kata Jamali lagi.
“Li. Kau percaya salesman itu buat apa? BlueN tak bagi kerana kualitinya lebih baik. PackR tak baik jadi kena bagi free itu ini supaya orang macam Li masuk perangkap. Beli lepas itu menyesal. Kereta ini bukan murah. Tak boleh beli main-main. Lepas beli kalau tak suka, tak boleh menyesal. Beli BlueN sahaja,” tegas Pak Ali lagi.
“Tapi ayah. Yah lihat insurans dia pun offer 15 percent rebate kalau anakanda tak claim untuk mana-mana tahun. BlueN tak bagi. Lagipun BlueN designnya tak taste anak muda. PackR ini taste anak muda – cantik designnya,” Jamali cuba berhujah lagi.
“Design cantik itu untuk pikat anak-anak muda yang mudah ditipu macam Li lah. Kereta berkualiti bukan dinilai dari segi design. Ia dinilai daripada pengalaman. Pengalaman ayah kata BlueN lebih baik daripada PackR. Pandu PackR anakanda akan menyesal. Ramai kawan ayah yang berkata PackR kereta selalu bermasalah. Servis sparepart susah dicari,” kata Pak Ali lagi.
“Ya ke. PackR sparepart mudah dicari lah yah, dan sparepart dia lebih murah. Anakanda pernah kaji harga mereka. Servis – caj labor PackR baru RM30, BlueN RM60 buat benda yang sama lagi. PackR ini – anak-anak muda yang pakai semua kata lebih baik daripada BlueN – lebih stabil, lebih jimat dan free banyak benda ketika servis. BlueN ini apapun tak ada,” hujah Jamali lagi.
Pak Ali bertambah marah kata-katanya tidak didengar oleh anaknya sendiri.
“Nak beli, belilah. Jangan menyesal datang mengadu dengan ayah sudah nanti,” tegas Pak Ali.
Jamali pun membeli kereta PackR. Sebulan Pak Ali tidak mahu bercakap dengannya kerana menyampah melihat kereta PackR di rumah. Selama ini Pak Ali dah war-warkan pada seluruh kampung bahawa kereta dia peminat BlueN, tak akan cuba kereta yang lain – tapi kini tindakan Jamali seperti menamparnya.
Satu hari, hanya Jamali dan Pak Ali berada di rumah. Jamali ketika di dapur terpotong tangan mengalami pendarahan yang agak banyak. Pak Ali bergegas hendak membawanya ke hospital. Pada masa itu, kereta BlueN Pak Ali tidak dapat dihidupkan.
Pak Ali terpaksa menggunakan kereta PackR anaknya – walaupun tak rela, tapi keadaan cemas menyebabkan Pak Ali tidak memikir panjang.
Setibanya di hospital, Jamali dibawa ke unit rawatan. Sambil Pak Ali menunggu, Pak Ali sempat membelek akhbar. Terlihat iklan BlueN.
“BlueN kini menawarkan free servis 42,000km (2,000km melebihi jenama TXXXXX), insuran offer 15 rebate, cash back RM4,000 pembelian dalam masa 2 minggu…”
Iklan itu seolah-olah meniru apa yang PackR sedang lakukan beberapa bulan lepas ketika Pak Ali bertengkar dengan Jamali. Pak Ali teringat hujahnya yang berkata BlueN kualiti lebih baik, tak perlu buat benda-benda ini.
Rupa-rupanya Pak Ali tersilap. Tadi ketika memandu ke hospital, Pak Ali terasa kereta PackR lebih stabil dan menyeronakkan untuk dipandu. Tadi semasa memandu, terlihat sebuah buku servis kereta yang tertera harga servis – 30% lebih murah daripada BlueN.
Selepas anaknya keluar dari unit rawatan, melihat Jamali dalam kesakitan, Pak Ali membuat gurau untuk menghiburkan hatinya.
“Kereta PackR ini bagus juga ya. Tak tahu pulak. Lepas cuba, macam best,” kata Pak Ali.
“Tulah ayah. Anakanda kan dah bagitahu. Ayah ini kena tipu BlueN salesman hidup-hidup ingat kereta dialah paling best. Sekarang ayah tahu siapa yang kena tipu salesman? Ada kereta di luar yang lebih bagus dan lebih murah dijaga berbanding BlueN. Tak cuba manalah kita boleh banding. Sekarang dah cuba, ayah kan tahu siapa lebih baik,” kata Jamali dengan gurau-senda.
Kedua-dua mereka bersenyum dan Pak Ali menepuk bahu Jamali tanda akur bahawa beliau tersilap.
Dapat cerita ini?
Jangan cepat menghukum seseorang sebelum memberi peluang, sekurang-kurangnya sekali kepada seseorang itu untuk membuktikan kata-katanya.
Jangan pula cepat mempercayai seseorang yang telah berkali-kali didapati menipu dengan janji-janjinya.
Senyum.
Jangan baca sahaja - ingat sebarkan - pastikan ramai baca sebelum mengundi 5 Mei ini.
INI KALILAH!
'Saya sudi maafkan bapa'
3 Mei 2013
Saiful yang kelihatan tenang sepanjang sidang media berlangsung, menegaskan beliau akan terus konsisten dapatkan keadilan bagi dirinya dalam kes diliwat bekas majikannya.
Beliau turut mendedahkan sebuah klip video sumpah laknat di depan pintu Kaabah. Beliau menayangkan klip video yang direkodkan di Makkah menunjukkan beliau melafazkan sumpah laknat buat kali kedua yang dilakukan pada April tahun lepas semasa mengerjakan Umrah.
“Selepas sahaja solat fardu Zohor, saya terus ke kawasan Pintu Kaabah, lalu melafazkan sumpah di hadapan Baitullah. Selepas saya melafazkan sumpah laknat itu, secara tiba-tiba saya rasa seperti hilang segala rasa tekanan dan beban dipikul. Saya yakin lafaz sumpah di hadapan Baitullah ini bukanlah sesuatu boleh dipermainkan,” katanya.
Menurutnya, rakaman sumpah laknat itu adalah untuk rekod peribadinya, namun demi menjaga maruah dan nama baik seluruh keluarganya beliau mengambil keputusan untuk disiarkan kepada media.
“Secara jujur, saya amat tertekan setelah bapa saya membuat tuduhantidak benar, memohon maaf pada Anwar Ibrahim pada Mac lepas. Namun semalam (kelmarin), apabila bapa saya tarik semula tuduhan beliau, saya percaya ia boleh kelirukan semua dan timbulkan banyak persoalan.
“Oleh sebab itu, saya ambil keputusan siarkan rakaman sumpah laknat ini bagi membersihkan nama saya dan keluarga dari apa jua tohmahan yang tidak sepatutnya,” katanya.
Kelmarin Azlan Mat Lazim, 60, bapa kepada Saiful menarik balik kenyataan Mac lepas dan mengatakan dakwaan liwat ke atas anaknya oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah satu konspirasi politik tetapi kejadian itu benar-benar menimpa anaknya.
PR masih dominasi kempen media sosial
3 Mei 2013
PRU13 boleh juga kita andaikan sebagai ibu kepada segala pilihan raya dengan kempen meluas semua parti-parti politik yang bertanding, sama ada secara maya mahupun realiti.
'Perang' bukan hanya menerusi poster, bendera, manifesto, ceramah mahupun siri jelajah, namun ia ditambah baik menerusi kempen media sosial yang diperhebat dari semasa ke semasa.
Pakatan Rakyat (PR) yang boleh kita gelar sebagai perintis kepada penggunaan laman media sosial ini dilihat menggunakan sepenuhnya ruang ini pada PRU13.
Menurut Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Mohammad Agus Yusoff, kelebihan PR kerana mereka mempunyai penyokong yang sanggup melakukan kerja-kerja kempen media sosial ini secara sukarela.
"Barisan Nasional (BN) kurang individu-individu semulajadi ini.
"Tetapi kesannya seimbang sekarang. Inilah yang saya kata kehebatan (Datuk Seri) Najib," ujar beliau.
Umno terutamanya dahulu yang digelar sebagai parti tradisional mula mengorak langkah ke hadapan dengan penekanan dan komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memperkasakan peranan media sosial dalam parti itu.
Najib pernah disenaraikan sebagai seorang daripada 25 pemimpin dunia yang paling aktif berhubungan di Twitter, dalam laporan yang diterbitkan oleh Burson-Marsteller.
Sehingga analisis ini ditulis, laman mikro Twitter milik beliau memiliki 1,517, 426 pengikut.
Sementara Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai 280,964 pengikut.
Kedua-dua pemimpin utama ini aktif menggunakan laman sosial masing-masing untuk menyampaikan mesej kepada rakyat Malaysia dan berkongsi perkembangan semasa mereka.
Menurut Agus, penggunaan media sosial termasuk blog ini memberi pengaruh cukup besar kepada pengundi untuk memilih Ahad ini.
"Tetapi pengguna internet ini rata-ratanya orang yang bijak.
"Maklumat yang mereka terima tidak akan diterima bulat-bulat. Mereka ini akhirnya akan menganalisis," ujar beliau.
Menurut seorang lagi penganalisis politik, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, penggunaan media sosial oleh parti-parti politik, diperhebat selepas pengumuman calon-calon yang bertanding pada Ahad ini.
"Calon-calon ini kebanyakannya menggunakan Facebook, Twitter malah mereka menghasilkan blog mereka sendiri.
"Youtube juga turut digunakan sepenuhnya oleh parti-parti politik untuk memaparkan ceramah-ceramah mereka," ujar beliau.
Menyifatkan penggunakan media sosial disasarkan kepada kelompok-kelompok tertentu seperti golongan muda dan pengundi kawasan bandar, Azizuddin berkata, kempen ini memberi pengaruh cukup hebat kepada kelompok berkenaan.
"Mereka ini boleh mendapatkan maklumat dari rumah. Tetapi saya tidak setuju sekiranya calon menggunakan cara ini dan kurang bertemu rakyat.
"Paling penting, rakyat mahu melihat calon. Ia mesti seimbang," ujar beliau.
Seorang lagi penganalisis politik, Profesor Dr Jayum Jawan, kedua-dua parti utama berjaya menyampaikan mesej mereka kepada pengundi dengan kempen yang dilakukan setakat ini.
"PR menggunakan sepenuhnya penggunaan media sosial ini tetapi BN juga menggunakan sepenuhnya ruang media arus perdana.
"Jadi kedua-duanya berjaya menyampaikan maklumat," jelasnya.
Meskipun begitu katanya, BN sedikit terkebelakang dalam kempen media sosial ini kerana mempromosikan perkara yang sama.
"Tak nampak apa lagi yang boleh diutakan oleh BN kerana ia perkara sama," ujar Jayum.
SPR nafi tuduhan
3 Mei 2013
Ini kerana katanya, mereka adalah daftar pemilih berdaftar yang pulang tunaikan tanggungjawab mengundi.
“Adakah salah jika mereka pulang mengundi. Realitinya ramai rakyat negara ini bekerja dan mengundi di tempat lain,” katanya kepada pemberita selepas meninjau undi pos luar negara di Wisma Putra, semalam.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa SPR dan Pejabat Perdana Menteri (PMO) mendalangi kemasukan sejumlah besar pengundi diragui dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung Malaysia.
Anwar berkata, kemasukan besar-besaran pengundi itu ketika negara akan hadapi pilihan raya umum pada 5 Mei ini sangat mencurigakan.
Abdul Aziz berkata, bukan pengundi dari Sabah dan Sarawak sahaja, malah ramai kalangan pengundi di Semenanjung sendiri pulang mengundi ke kawasan masing-masing.
“Anwar Ibrahim juga menetap di Segambut, tetapi mengundi di Permatang Pauh,” katanya.
Tegas Abdul Aziz lagi, SPR adalah badan bebas, berkecuali dan tidak bersekongkol dengan parti politik.
“SPR tidak memihak kepada mana-mana pihak waima kerajaan. SPR tidak menipu dan tidak mempunyai sebarang agenda. Tuduhan itu tidak berasas sama sekali,” katanya.
Dalam perkembangan lain, kira-kira 70 peratus pengundi pos luar negara keluar mengundi di 100 pejabat perwakilan Malaysia, Ahad lalu.
Katanya, pengundi luar negara yang berdaftar berjumlah 8,756 orang, dan daripada jumlah itu, 6,092 hadir pada masa penyerahan dan penerimaan balik sampul undi pada hari itu.
Abdul Aziz berkata, pengundi tidak hadir seramai 2,633 orang dan mereka bertanggungjawab menghantar sendiri kertas undi secara pos ke pejabat Pegawai Pengurus (RO) pilihan raya masing-masing di Malaysia sebelum 5 petang, 5 Mei ini.
“Saya sangat gembira dengan respons daripada rakyat Malaysia di luar negara,” katanya.
Beliau berkata, beg diplomatik yang mengandungi kertas undi pos diterima pihaknya itu dihantar terus ke pejabat SPR negeri sebelum disalur ke pejabat RO di seluruh negara.
Beliau berkata, kertas undi pos dan undi awal itu akan dibuka dan dikira pada hari yang sama dengan kertas undi biasa iaitu pada 5 Mei.
Pemantau bagi sokongan kepada pejawat awam
Harakahdaily, | 03 Mei 2013 |
(Pemantau Rakyat membuat flasmob di depan Wisma Persekutuan, Kota Bharu semalam)
KOTA BHARU: Sebagai tanda sokongan kepada profesyenalisme penjawat awam, Pemantau Rakyat mengadakan flashmob di hadapan Wisma Persekutuan, Kota Bharu pagi semalam.
Sokongan kepada penjawat awam ini bertujuan menunjukkan kebersamaan rakyat untuk mendokong kebebasan penjawat awam dari sebarang anasir ugutan dan pengaruh tak berpatutan dari parti-parti politik tertentu.
Demikian kata Ketua Pasukan Pemantau Pilihan Raya Kelantan, Mohammad Faizal Che Yusof
Bagi beliau, penjawat awam yang selama ini banyak mencurahkan bakti untuk rakyat dan negara seharusnya berada dalam keadaan yang selesa untuk membuat pilihan sendiri pada 5 Mei ini tanpa diugut dengan pelbagai cara oleh pihak yang berkepentingan.
Selain Jabatan Pelajaran Negeri, pihak Pemantau Rakyat juga menerima aduan berlakunya ugutan di lain-lain jabatan.
Terbaru melalui Pasukan Pemantau Rakyat Kota Bharu, satu laporan polis telah dibuat berkaitan salahguna kuasa oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan yang berkempen untuk sebuah parti politik di dalam program anjuran pihak tersebut.
Laporan polis tersebut dibuat setelah pihak Pemantau Rakyat Kota Bharu menerima beberapa aduan daripada orang awam yang turut menyerahkan rakaman audio ucapan Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan di dalam satu program pada 29 April 2013 di Pasir Mas.
Antara kandungan ucapan Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Ahmad Razin Ahmad Maher adalah beliau meminta kakitangan kementerian kesihatan supaya setia kepada Barisan Nasional malah menyuruh mereka untuk meletak jawatan sekiranya tidak bersetuju dengan pihak kerajaan yang diterajui Barisan Nasional.
Salinan surat kerahan dan rakan audio ucapan telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan.
Ketua Pemantau Rakyat Kota Bharu Dr. Syed Abdul Khaliq Syed Abd Hamid yang membuat laporan tersebut menegaskan perkara seperti ini tidak wajar berlaku.
Ia perlu dibendung agar profesionalisme penjawat awam tidak diganggu gugat dengan kempen politik sewaktu tugas rasmi.
Demikian juga satu laporan polis juga dibuat semalam terhadap Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan yang dilihat sewenang-wenang terus menggunakan institusi pendidikan termasuk sekolah-sekolah di Kelantan untuk berkempen bagi pihak Umno dan Barisan Nasional.
Dr M: Dakwaan hanya Melayu dapat nikmat tidak benar
Dakwaan
Pakatan rakyat bahawa hanya kaum Melayu mendapat nikmat daripada
limpahan pembangunan negara yang diterajui BN adalah tidak benar, kata
bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata bagi meraih undi, DAP melemparkan kenyataan itu yang berunsur fitnah agar Cina di negara ini benci kepada orang Melayu.
"Ini adalah tidak benar kalau DAP berkata hanya orang Melayu yang mendapat nikmat. Kaum Cina dan India tidak dapat. Ini satu fitnah. DAP matanya buta, tak nampak bangunan pencakar langit, adakah ia milik Melayu sahaja?
"Kaum Cina pun ada perniagaan besar-besaran seperti Tan Sri Vincent Tan, sama juga dengan kaum India iaitu Datuk Seri Tony Fernandes yang memiliki 100 kapal terbang," katanya pada Wacana Khas Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di Dataran Lapang Simpang malam tadi.
Dr Mahathir, yang berucap di depan kira-kira 5,000 orang, berkata sejak negara merdeka pada 1957, ahli perniagaan berbilang kaum diberi peluang berniaga tanpa sekatan sehingga ada yang mampu memperluas perniagaan mereka ke luar negara.
Beliau berkata pengkongsian kuasa di kalangan parti komponen BN membawa kepada keamanan negara, yang membolehkan pembangunan dilaksanakan.
"BN, yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India, telah bersetuju semua kaum mendapat nikmat. Inilah BN yang memerintah negara selama 56 tahun sejak merdeka.
"Negara bukan sahaja aman tetapi maju, rakyat hidup lebih selesa dan bahagia daripada dahulu," katanya.
Dr Mahathir berkata persefahaman antara parti komponen BN terbukti apabila calon pilihan raya daripada kaum India mendapat sokongan orang Cina serta Melayu, dan sebaliknya.
"Di Malaysia, tiada kawasan pilihan raya di mana jumlah pengundi India melebihi 20 peratus. Kalau ikut perkiraan, calon kaum India tidak akan menang tetapi calon MIC mendapat sokongan daripada orang Melayu dan Cina," katanya.
Beliau juga berkata BN patut diberi mandat pada pilihan raya umum ke-13 bagi memastikan keamanan negara terpelihara dan pembangunan diteruskan.
- Bernama
Beliau berkata bagi meraih undi, DAP melemparkan kenyataan itu yang berunsur fitnah agar Cina di negara ini benci kepada orang Melayu.
"Ini adalah tidak benar kalau DAP berkata hanya orang Melayu yang mendapat nikmat. Kaum Cina dan India tidak dapat. Ini satu fitnah. DAP matanya buta, tak nampak bangunan pencakar langit, adakah ia milik Melayu sahaja?
"Kaum Cina pun ada perniagaan besar-besaran seperti Tan Sri Vincent Tan, sama juga dengan kaum India iaitu Datuk Seri Tony Fernandes yang memiliki 100 kapal terbang," katanya pada Wacana Khas Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di Dataran Lapang Simpang malam tadi.
Dr Mahathir, yang berucap di depan kira-kira 5,000 orang, berkata sejak negara merdeka pada 1957, ahli perniagaan berbilang kaum diberi peluang berniaga tanpa sekatan sehingga ada yang mampu memperluas perniagaan mereka ke luar negara.
Beliau berkata pengkongsian kuasa di kalangan parti komponen BN membawa kepada keamanan negara, yang membolehkan pembangunan dilaksanakan.
"BN, yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India, telah bersetuju semua kaum mendapat nikmat. Inilah BN yang memerintah negara selama 56 tahun sejak merdeka.
"Negara bukan sahaja aman tetapi maju, rakyat hidup lebih selesa dan bahagia daripada dahulu," katanya.
Dr Mahathir berkata persefahaman antara parti komponen BN terbukti apabila calon pilihan raya daripada kaum India mendapat sokongan orang Cina serta Melayu, dan sebaliknya.
"Di Malaysia, tiada kawasan pilihan raya di mana jumlah pengundi India melebihi 20 peratus. Kalau ikut perkiraan, calon kaum India tidak akan menang tetapi calon MIC mendapat sokongan daripada orang Melayu dan Cina," katanya.
Beliau juga berkata BN patut diberi mandat pada pilihan raya umum ke-13 bagi memastikan keamanan negara terpelihara dan pembangunan diteruskan.
- Bernama
JPM nafi halang penjawat awam sertai aktiviti politik Pakatan
Jabatan
Perdana Menteri (JPM) menafikan Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) di
bawah jabatan itu, mengeluarkan notis melarang warga perkhidmatan awam
yang tinggal di Putrajaya melibatkan diri dalamsebarang aktiviti politik
Pakatan Rakyat.
Timbalan Ketua Setiausaha Kanan JPM Datuk Othman Mahmood berkata notis itu, yang menggunakan nama serta logo BPH, mendakwa tindakan akan diambil ke atas penghuni Putrajaya yang berbuat demikian.
"Pihak JPM ingin menegaskan bahawa BPH tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan atau Notis Peringatan tanpa pengesahan cap rasmi jabatan, dan juga tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak untuk menggunakan lambang serta logo rasmi BPH seperti yang disebar dalam media massa dan media sosial, serta ditampal di beberapa tempat di kuarters Putrajaya," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata JPM sudah membuat laporan di Balai Polis Putrajaya petang ini agar perkara itu disiasat.
Othman turut mengingatkan warga perkhidmatan awam, terutama yang tinggal di Putrajaya, agar berhati-hati dengan sebaran maklumat palsu menggunakan nama serta logo jabatan dan agensi di bawah JPM oleh pihak tidak bertanggungjawab.
- Bernama
Timbalan Ketua Setiausaha Kanan JPM Datuk Othman Mahmood berkata notis itu, yang menggunakan nama serta logo BPH, mendakwa tindakan akan diambil ke atas penghuni Putrajaya yang berbuat demikian.
"Pihak JPM ingin menegaskan bahawa BPH tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan atau Notis Peringatan tanpa pengesahan cap rasmi jabatan, dan juga tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak untuk menggunakan lambang serta logo rasmi BPH seperti yang disebar dalam media massa dan media sosial, serta ditampal di beberapa tempat di kuarters Putrajaya," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata JPM sudah membuat laporan di Balai Polis Putrajaya petang ini agar perkara itu disiasat.
Othman turut mengingatkan warga perkhidmatan awam, terutama yang tinggal di Putrajaya, agar berhati-hati dengan sebaran maklumat palsu menggunakan nama serta logo jabatan dan agensi di bawah JPM oleh pihak tidak bertanggungjawab.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan