Pengganti Nik Aziz sudah ada
3 Mei 2013
Mursyidul Am Pas yang berusia 82 tahun itu, bagaimanapun tidak mahu mendedahkan siapa calon pilihannya, selain tidak menyatakan bila tempoh peralihan kuasa itu akan berlaku.
“Dalam parti memang ada timbalan, parti mana-mana pun. Ada naib dan dewan harian, orang inilah kita latih...tapi nama kita tak boleh sebut, memang ada (nama bakal menteri besar),” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Antara nama-nama yang dikatakan menggantikan Nik Aziz adalah timbalannya, Datuk Ahmad Yakob dan Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. Spekulasi terbaru turut menyatakan Nik Aziz dikatakan sedang melatih speaker Dun, Datuk Nasuruddin Daud bagi menjawat jawatan itu.
Dalam Pilihan Raya Umum kali ini, Nik Aziz mempertahankan kerusi Dun Chempaka, manakala anaknya, Nik Abduh buat pertama kali bertanding di Pasir Mas menentang calon Bebas, Ibrahim Ali.
Ketika ditanya kriteria yang dikehendaki bagi mengganti beliau, Nik Aziz berkata, “Saya tak suka sebut benda akan datang, suka sebut dasar...dasar...dasar. Akan datang tu nanti akan datang la”.
Nik Aziz berkata, pihaknya kini tidak menekankan soal pengganti, sebaliknya fokus mahu kerajaan Kelantan dipertahankan.
Dalam masa yang sama, Nik Aziz turut mendedahkan, sepanjang karier politiknya, beliau tidak pernah memohon jawatan sama ada parti mahupun kerajaan, namun mengakui pernah sekali meminta dicalonkan bagi meredakan ketegangan dalam Pas.
“Sepanjang umur, saya minta nak jadi calon hanya sekali, saya minta nak jadi calon, bukan menteri besar, masa Allahyarham Bakar Hamzah (pemimpin Pas) ada lagi, saya kata ustaz, tolong usahalah saya nak jadi calon.
“Bila kita bercakap dengan (gelaran) calon ni ada nilai. Ia berlaku sebelum Pas sertai Barisan Nasional (BN), ketika itu kalut, Tun Razak (Hussein) minta kita sertai BN, orang Pas pecah empat, ketika itu saya minta nak jadi calon untuk bercakap sebagai orang yang berhormat, lepas pada tu saya tidak pernah minta untuk jadi calon. tapi dah parti calon, saya terima la,” katanya.
Manifesto Pakatan mampu dilaksanakan - TG Haji Hadi
Harakahdaily, | 03 Mei 2013 |
Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) dalam kenyataan medianya berkata, semuanya telah dikaji dengan mendalam oleh pakar-pakar ekonomi, sosial, masyarakat dan agamawan untuk menentukan ianya boleh dan mampu dilaksanakan oleh kerajaan baru nanti.
Sehubungan dengan itu, beliau menyeru semua lapisan rakyat negara ini memberikan kepercayaan penuh kepada PAS, PKR dan DAP dalam pilihan raya umum ini.
"Berdirilah dengan bangga, yakin dan jiwa merdeka, dengan tanpa ragu-ragu untuk mengundi parti-parti dalam Pakatan Rakyat – PAS, PKR dan DAP dalam PRU-13 ini," ajak Tuan Guru Haji Hadi dalam kenyataannya.
Berikut adalah kenyataan penuh beliau.
KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS
Jumaat 3 Mei 2013/22 Jamadil Akhir 1434
“MANIFESTO PAKATAN RAKYAT ADALAH KOMITMEN IKHLAS KAMI”
1. Parti Islam SeMalaysia (PAS) bersama rakan-rakan dalam gagasan Pakatan Rakyat (PR) ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia berbagai agama, kaum dan etnik, untuk menjadi pengundi yang bebas dan merdeka dengan menjadikan peluang mengundi dalam PRU-13 ini sebagai saat penting dalam sejarah Malaysia.
2. Lihatlah bahawa PR menawarkan calon-calon yang lebih amanah dan berkelayakan, disamping lebih memahami penat lelah rakyat yang menjadi warganegara Malaysia yang tercinta ini.
3. Rakyat Malaysia telah dihidangkan dengan manifesto PR yang menyentuh pelbagai aspek. Semuanya telah dikaji dengan mendalam oleh pakar-pakar ekonomi, sosial, masyarakat dan agamawan untuk menentukan ianya boleh dan mampu dilaksanakan oleh kerajaan baru nanti.
4. Pimpinan UMNO/ BN mengatakan bahawa manifesto PR ini adalah mencabar perlembagaan, karut dan hanya janji yang tidak boleh dilaksanakan. Pimpinan UMNO/BN berfikir demikian kerana itulah cara kerja mereka selama puluhan tahun ini, dengan memerah hasil negara melalui pengurusan kewangan yang lemah, kos projek yang meningkat berganda, ketirisan dan salah guna kuasa. Bacalah dengan fikiran terbuka Laporan Global Financial Integrity (GFI) (Illicit Financial Flows from Developing Countries: 2000-2009 - Update with a Focus on Asia). Pengaliran wang dari Malaysia ke luar bertambah tiga kali ganda dari USD 22.2 billion pada tahun 2000 ke USD 68.2 billion pada 2008. Akhirnya Malaysia menjadi negara ke tiga paling banyak berlaku pengaliran wang keluar selepas China dan Mexico untuk tempoh 2001 – 2010. Itulah kepandaian pimpinan UMNO/BN dalam menguruskan kewangan negara !.
5. Saya juga ingin mengulangi komitmen bahawa pembayaran royalti petroleum 20% kepada negeri-negeri pengeluar minyak iaitu Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu dan termasuklah Pahang dan Johor boleh dilakukan, pengurangan harga minyak, penghapusan tol, pemansuhan PTPTN, pendidikan percuma, pengurangan tarif elektik kediaman; semuanya adalah BOLEH dan MAMPU dilaksanakan oleh kerajaan PR sekiranya memerintah Malaysia nanti.
6. Peluang pekerjaan baru akan diwujudkan. Bagaimana?. Sektor pembuatan dan perkhidmatan akan berkembang dengan lebih pesat apabila dipacu oleh modal insan yang berkualiti dan berkemahiran tinggi, manakala gejala rasuah dan ketirisan akan dibanteras ke akar umbinya serta menghalang pengaliran wang haram ke luar negara. Ini semua mampu merancakkan aktiviti pelaburan domestik seterusnya menjana lebih peluang pekerjaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi.
7. Kakitangan kerajaan sektor awam pula akan terus dijaga kepentingan kebajikan dan imbuhan mereka. Kerajaan baru nanti tidak akan bertindak mengugut dan memenjarakan fikiran kakitangannya dengan peraturan yang menakutkan seperti dalam notis oleh Bahagian Pengurusan Hartanah Jabatan Perdana Menteri. Lantaran itu, peruntukan undang-undang yang menekan seperti AUKU akan dimansuhkan manakala reformasi institusi kehakiman dan kamar peguam Negara, PDRM dan SPRM akan dilakukan.
8. Golongan wanita akan menikmati Caruman Wanita Malaysia oleh kerajaan dan suami mereka mengikut kadar yang akan ditentukan. Pusat jagaan anak anak di tempat kerja sektor kerajaan akan diwujudkan megikut kesesuaiannya manakala di sektor swasta akan diberikan galakan menerusi insentif kewangan dan percukaian.
Berdirilah dengan bangga, yakin dan jiwa merdeka, dengan tanpa ragu-ragu untuk mengundi parti-parti dalam Pakatan Rakyat – PAS, PKR dan DAP dalam PRU-13 ini.
MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN
PAKATAN HARAPAN RAKYAT
ABDUL HADI AWANG
PRESIDEN PAS
Keajaiban pemikiran penyokong BN (tengok)
http://shalehudin.blogspot.com, | 03 Mei 2013 |
TU DIA... Ni la KEAJAIBAN pemikiran Be End [Tengok laa...]
Keajaiban pemikiran penyokong BN yang semakin kita fikir semakin kita tidak faham...
Takbir bergema di stadium halau pengundi hantu
Aslani M, | 03 Mei 2013 |
(Suasana di Stadium Sultan Muhamad Kota Bharu awal pagi tadi)
KOTA BHARU: Laungan takbir bergema berkali-kali di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV awal pagi ini bagi menghalau pengundi hantu yang cuba merosakkan sistem demokrasi di negara ini.
Puluhan ribu rakyat Kelantan yang datang seawal jam 3 pagi mengangkat tangan ke langit mengaminkan bacaan doa dibaca anggota jawatankuasa Dewan Ulama PAS Kelantan, Ustaz Nik Razi Nik Abdul Aziz.
Biar pun keadaan padang agak lembab akibat hujan pada tengah malam tadi, namun ia tidak menghalang rakyat bersesak-sesak di dalam stadium bagi memohon dihancurkan mereka yang bergelar pengundi hantu.
Ketika orang lain sedang nyenyak dibuai mimpi namun puluhan ribu rakyat datang dengan satu misi mahu menghalau pengundi hantu yang cuba merosakkan demokrasi di negara ini.
“Kita memohon kepada Allah Taala yang mempunyai kuasa di langit dan bumi supaya menghancurkan pengundi hantu yang dibawa masuk ke negara ini. Dipanjatkan kepada Ilahi supaya dimakbulkan perjuangan rakyat Malaysia untuk mewujudkan sebuah kerajaan baru di Putrajaya 5 Mei ini.
“Kita juga memohon kepada Tuhan supaya proses piilihan raya umum kali ke-13 yang akan berlangsung Ahad ini dapat dijalankan dengan teratur, telus dan lancar,” katanya ketika berdoa selepas solat hajat.
Sebelum itu munajat dan solat tahajut yang diketuai Ustaz Hafizi Ramli Al Hafiz. Solat witir tiga rakaat juga diimamkan Ustaz Nik Razi. Solat Subuh pula diimamkan Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Mohamed Daud.
Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu beliau agak terlewat datang disebabkan keuzuran dan terperangkap dengan kesesakan lalu lintas di jalan menuju ke stadium biar pun sebelum jam 5 pagi.
“Saya tumpang tuah rakyat Kelantan yang sanggup datang awal lagi dengan meninggalkan tidur dan rehat di rumah semata-mata mahu munajat kepada Allah bagi memberi kemenangan kepada perjuangan menegakkan Islam.
“Kefahaman terhadap agama tidak diajar oleh fahaman kebangsaan. Kerajaan kena mendidik rakyat bagi mendekatkan diri dengan agama. Kalau tidak mampu mendidik rakyat dengan agama buat apa hendak jadi kerajaan,” katanya pada kuliah Subuh.
Menurutnya juga proses pilihan raya yang akan berlangsung pada Ahad ini seumpama projek tanam semula bagi pekebun untuk menukar pokok yang sudah tua.
Katanya begitu juga bagi sistem demokrasi, pilihan raya diadakan antara empat dan lima tahun sekali.
“Kita perlu ingat bagi melantik kerajaan baru hendaklah dipilih kerajaan yang mampu memberi didikan dan mendaulatkan agama. Oleh itu saya meminta rakyat Kelantan sama ada Cina, India dan Melayu serta penyokong Umno turut menyokong mengundi PAS pada Ahad ini.
“Penyokong Umno hendak kekal dalam Umno itu hak mereka, tetapi hendaklah gunakan peluang mengundi pada 5 Mei ini bagi memilih PAS dan Pakatan Rakyat kerana terbukti kami ada kesungguhan menjaga agama,” ujarnya.
Menurutnya PAS mengubah minda rakyat menggunakan ilmu agama dan bukannya wang ringgit.
Kata beliau PAS tidak menggunakan duit bagi menarik sokongan rakyat, sebaliknya orang ramai pula menderma kepada PAS sebagai sumbangan kepada perjuangan Islam.
Oleh itu beliau berpesan pada hari mengundi ini hendaklah solat sunat dua rakaat sebelum keluar mengundi dan membetulkan niat undi bagi mendaulatkan agama Allah.
Menurutnya juga ketika musim kempen sekarang bermacam-macam tomahan dan tuduhan dilemparkan pihak lawan terhadap PAS dan Pakatan Rakyat, namun rakyat sudah sedar dengan apa yang sebenar berlaku.
“Kalau ada yang bagi duit, ambil, bagi gula kacau, bagi kain pakai. Tetapi ingat ketika mengundi nanti hendaklah pilih PAS dan Pakatan Rakyat,” tambahnya.
Program tersebut berakhir dengan solat sunat Dhuha Hadir sama Timbalan Besar, Datuk Ahmad Yakub, anggota-anggota Exco dan calon-calon yang bertanding.
Klik untuk saksikan video.
Royalti: PR untuk rakyat, BN kayakan kroni
Khairul Azlam Mohamad, | 03 Mei 2013 |
KUALA TERENGGANU: PAS Terengganu menyangkal dakwaan Perdana Menteri sementara, Datuk Seri Mohd Najib Razak jika rakyat memilih PAS dan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ke-13, seolah-olah negeri ini kembali ke zaman kegelapan.
Calon PAS bagi N.16 Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata dakwaan kononnya jika kerajaan PAS dan Pakatan Rakyat memerintah Terengganu akan kembali ke zaman ‘kegelapan’ itu bersifat dangkal.
Menurutnya, kenyataan pemimpin nombor satu Umno dan Barisan Nasional (BN) itu cukup-cukup dangkal serta tidak benar.
“Rakyat Terengganu menyokong PAS-Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum yang ke-13 ini adalah untuk masa depan rakyat Terengganu yang lebih baik, lebih cerah dan lebih telus.
“Kita (PAS) akan membawa ‘zero’ (kosong) salah guna kuasa, ‘zero’ terhadap penyelewengan. Maka, jika rakyat memberi mandat kepada Pakatan Rakyat di negeri Terengganu ini, kita akan mentadbir negeri dengan lebih baik dan akan menguruskan hasil sumber minyak untuk kebaikan rakyat Terengganu,” jelasnya ketika berucap pada satu majlis di Kampung Cina, dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Bandar, di sini, kelmarin. (Gambar atas)
Beliau menjelaskan, apa yang berlaku waktu pemerintahan kerajaan PAS Terengganu hasil royalti disekat dan dirampas oleh kerajaan BN di peringkat Persekutuan.
Namun, katanya kerajaan PAS Terengganu masih boleh mentadbir negeri dengan baik serta melaksanakan pentadbiran yang lebih telus tanpa rasuah.
“Walau pun tanpa royalti minyak kita (PAS) dapat memberi balik (pulangan) kepada rakyat negeri Terengganu seperti kita beri tanah, kita menghapuskan cukai pintu rumah kediaman kepada isi rumah rakyat Terengganu.
“Kita dapat juga memberi bantuan kebajikan kepada rakyat yang miskin,” ujarnya.
Beliau yang juga Penolong Setiausaha Agung PAS turut menempelak sikap kepimpinan Umno Terengganu yang lebih mengkayakan kroni-kroni dalam kalangan pemimpin BN dengan hasil minyak negeri ini.
Menurutnya, kerajaan PAS dan Pakatan Rakyat berjanji jika diberi mandat memerintah semula segala kekayaan negeri akan dikembalikan bagi kepentingan rakyat Terengganu.
“Bukan sebagaimana yang berlaku sekarang. Hasil minyak (petroleum) yang ada sekarang tidak menjamin kepada rakyat negeri Terengganu.
Pemantau bagi sokongan kepada pejawat awam
Harakahdaily, | 03 Mei 2013 |
(Pemantau Rakyat membuat flasmob di depan Wisma Persekutuan, Kota Bharu semalam)
KOTA BHARU: Sebagai tanda sokongan kepada profesyenalisme penjawat awam, Pemantau Rakyat mengadakan flashmob di hadapan Wisma Persekutuan, Kota Bharu pagi semalam.
Sokongan kepada penjawat awam ini bertujuan menunjukkan kebersamaan rakyat untuk mendokong kebebasan penjawat awam dari sebarang anasir ugutan dan pengaruh tak berpatutan dari parti-parti politik tertentu.
Demikian kata Ketua Pasukan Pemantau Pilihan Raya Kelantan, Mohammad Faizal Che Yusof
Bagi beliau, penjawat awam yang selama ini banyak mencurahkan bakti untuk rakyat dan negara seharusnya berada dalam keadaan yang selesa untuk membuat pilihan sendiri pada 5 Mei ini tanpa diugut dengan pelbagai cara oleh pihak yang berkepentingan.
Selain Jabatan Pelajaran Negeri, pihak Pemantau Rakyat juga menerima aduan berlakunya ugutan di lain-lain jabatan.
Terbaru melalui Pasukan Pemantau Rakyat Kota Bharu, satu laporan polis telah dibuat berkaitan salahguna kuasa oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan yang berkempen untuk sebuah parti politik di dalam program anjuran pihak tersebut.
Laporan polis tersebut dibuat setelah pihak Pemantau Rakyat Kota Bharu menerima beberapa aduan daripada orang awam yang turut menyerahkan rakaman audio ucapan Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan di dalam satu program pada 29 April 2013 di Pasir Mas.
Antara kandungan ucapan Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Ahmad Razin Ahmad Maher adalah beliau meminta kakitangan kementerian kesihatan supaya setia kepada Barisan Nasional malah menyuruh mereka untuk meletak jawatan sekiranya tidak bersetuju dengan pihak kerajaan yang diterajui Barisan Nasional.
Salinan surat kerahan dan rakan audio ucapan telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan.
Ketua Pemantau Rakyat Kota Bharu Dr. Syed Abdul Khaliq Syed Abd Hamid yang membuat laporan tersebut menegaskan perkara seperti ini tidak wajar berlaku.
Ia perlu dibendung agar profesionalisme penjawat awam tidak diganggu gugat dengan kempen politik sewaktu tugas rasmi.
Demikian juga satu laporan polis juga dibuat semalam terhadap Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan yang dilihat sewenang-wenang terus menggunakan institusi pendidikan termasuk sekolah-sekolah di Kelantan untuk berkempen bagi pihak Umno dan Barisan Nasional.
Gesa Nik Aziz bersara
3 Mei 2013
Katanya, sudah tiba masanya Nik Aziz beri peluang kepada Barisan Nasional (BN) mentadbir Kelantan agar mengubah negeri ini menjadi lebih maju, memandangkan banyak daripada pembangunan dilaksanakan oleh kerajaan Pusat, berbanding kerajaan Pas, selama ini.
“Ambo (saya) hormat juga Nik Aziz ini. Orang lebih tua pada ambo, tetapi kita harus lakukan reality check (semakan hakikat), sebab kita perlukan pembaharuan. Umur dia dah 82 tahun, tapi nak tanding lagi. Dia tak leh (boleh) jadi ahli politik dah, tapi kalau jadi orang agama bolehlah,” katanya ketika berucap pada majlis bantuan tuisyen Satu Malaysia di Maktab Sultan Ismail di sini, semalam.
Najib berkata, pimpinan Pas hanya mementingkan kepentingan politik ‘yang tak tahu hala tujunya’.
“Hari ini kita nak kecek (cakap) tentang pembaharuan dan abad ke-21, tapi kalau pimpinan dah 82 tahun boleh ke bawa pembaharuan?" katanya.
Beliau berkata untuk mentadbir negara dan membawa pembaharuan perlu mempunyai pimpinan yang mempunyai tenaga yang kuat.
“Tengok di negara China. Dia buat dasar, pemimpinnya tadbir negara sampai umur 70-an, (kemudian) bersara. Ini tidak. Kelantan masih lagi simpan pemimpin yang sebegitu dan rakyat harus lakukan perubahan," katanya.
Bapa Altantuya rayu keadilan untuk anaknya
Shaariibuu
Setev - bapa kepada Altantuya yang mati dibunuh - merayu kepada rakyat
Malaysia yang akan mengundi Ahad ini supaya memberi keadilan kepada
Altantuya yang tarikh lahirnya jatuh pada tanggal 6 Mei.Dalam satu kenyataan empat perenggan, Shaariibuu (kiri) berkata
kedua-dua anak lelaki Altantuya - wanita Mongolia yang dibunuh dengan kejam di Malaysia - telah kehilangan ibu mereka sejak 2006.
"Hak anak-anak itu untuk memanggilnya 'ibu' telah dicabuli. Sejak pembunuhan itu, kami rakyat Mongolia menunggu permohonan maaf daripada rakyat Malaysia," katanya.
Beliau berkata, anak-anak tersebut telah menunggu untuk akses kepada dan sokongan dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selama tujuh tahun.
Shaariibuu turut menegaskan bahawa ianya masih penting untuk mengadakan pendengaran baru mahkamah dan mencari keadilan.
"Saya ingin meminta semua rakyat Malaysia supaya mengundi untuk keadilan kerana pilihan raya berlangsung sehari sebelum hari lahir Altantuya, pada 6 Mei," kata Shaariibuu dalam kenyataan tersebut.
Kalaulah Altantuya masih hidup, kata Shaariibuu, anak perempuannya itu akan berusia 35 tahun pada hari Isnin ini.
Peguam NGO hak asasi manusia Suaram, Fadiah Nadwa Fikri (kiri)
bertemu dengan Shaariibuu minggu lalu, ketika menghadiri satu persidangan di Ulaanbataar, iaitu ibunegara Mongolia.
Shaariibuu bertemu dengan Fadiah dan mengeluarkan kenyataan tersebut yang beliau mahu dikeluarkan di Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan