Janji yang belum tertunai buat Jamal Azahari
Ahmad Lutfi Othman, | 17 Mei 2013 |
Ahmad Lutfi dalam kunjungannya ke rumah keluarga Jamal Azahari, di Sandakan, enam tahun lalu.
Saya sebenarnya telah lama berjanji dengan ayah mereka -- tujuh anak-anak bekas tahanan ISA di Sandakan, Sabah -- untuk cuba menyelesaikan masalah berkaitan pendidikan yang terabai sejak sekian lama.
Dari dalam penjara di Manila. Jamal Azahari memohon kepada saya, paling tidak pun dapat memastikan anak-anaknya dapat belajar agama ekoran masalah tiada dokumen pengenalan diri. Saya menyanggupinya.
Kempen tidak rasmi PRU13 yang berlangsung begitu lama sebelum pembubaran Parlimen telah menangguhkan hasrat saya itu. Sukar mencari tarikh yang sesuai untuk "lari sekejap" melintasi Laut Cina Selatan.
Saya juga telah memberi komitmen kepada Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hamzah Abdullah, yang tinggal di Sandakan, untuk berkunjung ke sana sebelum PRU13.
Jamal, warga Filipina, yang dibebaskan daripada Kamunting lebih enam tahun lalu dihantar balik ke negara itu, meninggalkan anak-anak dan isterinya di Sandakan. Kalau tidak silap saya, beliau ditahan ISA atas dakwaan terlibat dengan perjuangan Islam Moro.
Saya dan beberapa teman, khususnya Cikgu Norlaila Othman, aktivis Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) sempat turun menyantuni keluarga tahanan di Sandakan. Kami membawa sumbangan pembaca Harakah yang tidak putus-putus terus menghantar bantuan.
Walaupun selepas tahanan dibebaskan, dan kembali bersama keluarga, melalui dana yang dikutip, mereka tidak pernah dilupakan, khususnya semasa hari raya, Aidil Fitri dan Aidil Adha.
Namun kepada keluarga Jamal Azahari, nasib mereka lebih malang. Ketiadaan Jamal cukup menyulitkan, apatah lagi mereka tiada dokumen pengenalan diri sebagai "pelarian" yang diiktiraf UNHCR.
Anak-anak Jamal sepatutnya berada di bangku sekolah tetapi mereka sukar mendapat pendidikan secara formal. Kakak yang sulung pula, Nasima, baru menginjak 20 tahun, terpaksa mencari rezeki, sekadar menjadi pembantu kantin.
Dua kali saya singgah ke rumah mereka yang lusuh, hampir roboh, dalam keadaan yang cukup menyedihkan. Kedah runcit yang diusahakan secara kecil-kecilan bagaikan gudang lama. Memang kehidupan mereka anak beranak begitu daif. Sebahagian lantai nampak reput.
Jamal, melalui panggilan telefon dari Manila, dalam keadaan menyedari saya juga sering uzur, amat mengharapkan saya dapat membantu keluarganya, terutama menyekolahkan anak-anak.
Dengan nada sedih dan terharu, beliau seperti berasa amat bersalah kerana gagal memenuhi tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga. Di hujung telefon, saya beberapa kali kehilangan kata-kata, terharu dan berkongsi kocakan rasa Jamal yang memedihkan itu.
Kesibukan berdepan PRU13 hampir melupakan saya dengan keluarga pejuang ini. Namun, sesekali saya dikejutkan dengan SMS anak-anak Jamal Azahari, yang bertanya khabar dan mohon sumbangan meringankan bebanan.
Saya kira, lebih penting daripada belanja dapur, anak-anaknya perlukan pendidikan. Kali terakhir, semasa kempen PRU13, isteri Jamal, Norhatta, memberitahu saya, mereka anak beranak membuat keputusan untuk pulang ke selatan Filipina, atas permintaan suaminya.
Saya yakin mereka tiada pilihan lain dan Jamal mahu memastikan pendidikan anak-anak yang lama terabai, terjamin, walaupun dalam keadaan minimum. Kalau ditanya pandangan isteri dan anak-anak. tentulah mereka lebih selesa di Sandakan, tetapi apalah daya...
Saya segera tersedar. Janji saya kepada Jamal belum tertunai. Justeru, saya membulatkan hati untuk terbang ke Sandakan, Ahad ini, 19 Mei, insya-Allah, bagi melihat sendiri, apa yang terbaik untuk Norhata dan tujuh anak-anaknya.
Jika ada pembaca yang mahu terus menyumbang khas untuk keluarga ini, sila salurkan terus kepada akaun Maybank HARAKAHDAILY DOT COM, no 5640 7000 0336. Terima kasih banyak. Terima kasih.
'Muhammad Ali tumbangkan Frazier, kalah pada Shamsul'
Ketua
Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin mengejutkan banyak pihak apabila
menumbangkan bekas Ketua Menteri Mohd Ali Rustam di Bukit Katil dalam
pilihan raya umum 5 Mei lalu.Keputusan itu menyebabkan Ali (kanan), ketua menteri untuk tiga penggal melangkah daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan penuh tidak bergaya.
Keputusan itu juga menyebabkan ramai orang tertanya-tanya, apa resipi Shamsul sebagai underdog, ditambah lagi dengan rekodnya yang tidak menarik setelah tewas pada 2008 di Tangga Batu dan 2009 di Dungun.
"Ketika berkempen, saya bergurau, pada tahun 1974 terdapat perlawanan tinju - perlawanan terhebat di abad ini antara (juara heavyweight) Muhammad Ali dan Joe Frazier. Pada masa itu Frazier tewas.
"Pada 2013 Muhammad Ali lawan lagi. Tetapi kali ini Shamsul Iskandar menang," katanya dalam sebuah forum semalam, mengundang ketawa kira-kira 200 peserta.
Bukit Katil kawasan campuran dengan 53 peratus pengundi Melayu, 41 peratus Cina dan enam peratus India. Shamsul menang dengan majoriti 5,447 undi.
Himpunan Kelana Jaya: ADUN PKR didakwa di mahkamah
Anggota
Dewan Undangan Negeri Seri Setia (ADUN) Nik Nazmi Nik Ahmad didakwa
bawah Akta Perhimpunan Aman kerana gagal memberi notis 10 hari kepada
polis untuk mengadakan perhimpunan mempertikaikan keputusan pilihan raya
umum di Kelana Jaya, Selangor sebelum ini.Beliau sebagai penganjur bagi Pakatan Rakyat dituduh melakukan kesalahan itu pada jam 8.30 malam di Stadium Kelana Jaya.
Nik Nazmi, yang juga ketua komunikasi PKR mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya Rohana Ayub dan dibebaskan tanpa ikatjamin.
Beliau dituduh bawah seksyen 9(1) yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM10,000.
Menurut undang-undang, beliau akan hilang kelayakan sebagai wakil rakyat sekiranya jumlah denda ditetapkan melebihi RM2,000.
Dalam perhimpunan 8 Mei lalu - tiga hari selepas keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) - lautan manusia membanjiri Stadium Kelana Jaya dengan berpakaian hitam bagi menyatakan bantahan mereka terhadap dakwaan penipuan pilihan raya yang menyaksikan Pakatan gagal menawan Putrajaya.
Perhimpunan yang rata-ratanya dihadiri anak muda itu juga menyebabkan kesesakan lalulintas luar biasa di Kuala Lumpur sehingga lewat pagi.
Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin memohon ikatjamin dikenakan kerana menurutnya ia perlu untuk memastikan kehadiran Nik Nazmi di mahkamah.
Bagaimanapun, peguam Eric Paulsan yang mewakili Nik Nazmi membalas bahawa Nik Nazmi bukan sahaja seorang ADUN, tetapi baru sahaja memenangi pilihan raya umum dengan majoriti yang lebih besar, dan oleh itu merupakan seorang anggota masyarakat yang berwibawa.
Rohana kemudian bertanya sama ada Nik Nazmi telah tiba di mahkamah pada masanya apabila disaman malam tadi, dan dijawab benar.
"Tidak akan ada perintah ikatjamin buat sekarang, tetapi mahkamah akan mempertimbangkan jaminan jika beliau tidak hadir untuk pendengaran," katanya.
Timbalan Menteri yang paling tidak layak datangnya dari Terengganu
Posted on Friday, May 17 @ 10:07:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: KasandraZain
"Berita yang paling mengemparkan masakini adalah Kbainet baru Datuk Seri Najib Razak, ramai yang tidak menjangkakan senarai yang pelik ini. Semua tertanya-tanya apakah ini kebinet Transformasi, jawabnya tidak kerana ini adalah kabinet cap ayam.
Ramai yang suka kerana Terengganu diberi 3 kuota kabinet pada kali ini, tetapi kuota ini langsung tidak masuk akal apabila jawatan Timbalan Menteri kabinet diberikan kepada seorang yang baru dan tidak tahu berpolitik.
Orang yang dimaksudkan adalah Datuk Jailani johari, lantikan beliau telah menimbulkan banyak keraguan dan membangkitkan kemarahan pemimpin Umno sendiri di Terengganu. Sebenarnya pencalonan beliau di Parlimen Hulu Terengganu juga langsung tidak masuk akal, kerana walaupun beliau lahir di Hulu Terengganu tetapi beliau bukan lah penduduk disitu.
Beliau adalah calon payung terjun, beliau tidak pernah duduk di Hulu Terengganu dan berkidmat pada rakyat di Hulu Terengganu, beliau juga tidak memegang apa-apa jawatan didalam Umno. Beliau bekerja di Kuala Lumpur dan hanya pulang apabila namanya dicalonkan. Kemenangan beliau di Hulu Terengganu menjadi bukti rakyat di Hulu Terengganu buta memilih calonnya.
Lantikan nya sebagai Timbalan Menteri langsung tidak wajar kerana beliau tidak pernah menyumbang pada kerajaan dan Umno sendiri, ternyata Najib sekali lagi telah tersilap langkah di Terengganu"
'Blackout 505' : Adun PR didakwa di mahkamah
17 Mei 2013
Nik Nazmi selaku penganjur untuk Pakatan Rakyat (PR) dituduh melakukan kesalahan itu pada jam 8.30 malam di Stadium Kelana Jaya.
Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya Rohana Ayub dan dibebaskan tanpa ikat jamin.
Nik Nazmi dituduh bawah seksyen 9(1) yang kita sabit kesalahan boleh tidak lebih daripada 10,000.
Menurut undang-undang, beliau akan hilang kelayakan sebagai wakil rakyat sekiranya jumlah denda ditetapkan lebih RM2,000.
Himpunan pada 8 Mei membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) itu dihadiri ratusan ribu orang.
Apa pasal Hindraf jadi Timbalan Menteri?
Posted on Friday, May 17 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: notan
"Assalamualaikum,,
Sebelum PRU 13 yang lalu, ada segelintir penyokong Hindraf berdemo membantah MOU yang ditandatangani oleh Bos mereka, Waythamoorty dengan Najib. Tiba tiba, mengejutkan semua orang selepas PRU, Waythamoorty dilantik Timbalan Menteri.
Waythamoorty ialah wanted personnel di zaman Pak Lah kerana menganjurkan dan mengetuai perhimpunan (yang diharamkan kerajaan) kaum India yang menuntut pampasan dari British. Kemudian Hindraf diharamkan kerana membahayakan negara yang turut bermakna pemimpin mereka adalah dari golongan orang yang bahaya dan ganas. Tapi hari ini orang yang ganas dan bahaya itu dilantik sebagai Timbalan Menteri, out of nothing!
Waythamoorty adalah pengkianat kepada kepercayaan bangsanya, bangsanya yang sering tertindas oleh arus pembangunan dan politik kerajaan. Waythamoorty adalah harapan bangsanya sesudah MIC tidak berfungsi, tetapi dengan kebijaksanaan Najib, segala yang diperjuangkan Waythamoorty menjadi sia sia.
Bangsanya yang jadi mangsa dan dia kini boleh bersenang lenang dengan habuan dan kemudahan yang diperolehi sebagai Timbalan Menteri.
Di pihak Najib, perlantikan ini amat mengejutkan kerana Hindraf bukan parti politik seperti IPF sedangkan tiada wakil IPF dalam kabinet berimbang Najib. Kalau alasannya untuk membuktikan kesungguhan Najib melahirkan kabinet yang berimbang yang turut disertai oleh NGO, maka kenapa tiada wakil PERKASA dan JATI atau KIMMA?
Apa diharap dari kerajaan yang menang pilihanraya kerana menipu untuk memberi kesenangan kepada rakyat? Bagaimana hendak membuat dasar dan perancangan yang baik kalau otak otak yang ada dalam kabinet berimbang Najib ialah otak penipu, penyangak, pembodek dan pengkianat?"
MESTI GELAK PUNYA :Kah...Kah...lawak dari Batu Pahat !
Posted on Friday, May 17 @ 10:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: tokpepijat
"Seperti biasa nama Anwar naik lagi.Ulangan bohong demi ulangan. Lama-lama orang percaya. Inilah propaganda Nazi yang diwarisi UMNO.
Sekonyong-konyong mantan MP Batu Pahat keluarkan "tesis"nya yang bertaraf kangkung.
PKR didanai Amerika. PKR agen Amerika. Sebut PKR, terus menuju ke dahi Anwar!
Semuanya Anwar. Beliau lupa nak sebut 1001 lagi "jahat" Anwar. Antaranya agen Yahudi, agen Barat, agen Israel, agen pluralisme dan agen Cina.
Orang kuat NGO Rasis PERKASA dan calon doktor falsafah dalam bidang geopolitik dan kajian keselamatan menulis dalam blognya sebut Hipotesis itu dan ini untuk kuatkan teorinya yang basi lagi kangkung.
Barangkali syarat baru untuk lulus Phd di Malaysia, calon-calonnya mestilah wajib menulis
"kejahatan" Anwar dalam tesis mereka untuk diluluskan Phd mereka. Jadi rukun tesis. Jika tiada, alamatnya gagallah anda!
Marah betul mantan MP Batu Pahat ini kepada Anwar dan PKR. Mengapa ya?
Adakah kerana P150 Batu Pahat jatuh ke tangan PKR dalam PRU 13 lalu dengan majoriti 1,732 undi?
Kah...Kah...lawak dari Batu Pahat!"
Kajian sokong 'Anwar bersara’ hanya palsu
Posted on Friday, May 17 @ 12:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Sumber Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Kajian laman web The Edge yang menunjukkan 81 peratus pembacanya bersetuju bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim harus bersara daripada politik rupa-rupanya palsu.
Mengikut laporan penjelasan The Edge, editor laman webnya Ho Wah Foon mendapati kajian yang berusia seminggu itu telah menarik 12,736 reaksi yang berat sebelah. Ini menyebabkan beliau menghentikan kajian tersebut pada 14 Mei yang lalu.
Setelah disemak, jabatan IT The Edge telah mendapati 6,354 reaksi datang daripada satu alamat IP yang sama, dan 1,700 datang daripada beberapa alamat IP yang lain dari bangunan yang sama.
“Manakala 2,000 lagi datang daripada tujuh alamat IP berlainan. Daripada ini, ia adalah jelas kajian telah digodam dan keputusannya tidak boleh diambil sebagai satu yang objektif dan boleh dipercayai,” kata The Edge.
Difahankan keadaan ituberlaku akibat telah digodam cybertroopers.
Dalam kajian yang keputusannya disiar media kelmarin, laman itu bertanya samada Anwar harus terus memimpin Pakatan Rakyat atau bersara ekoran kegagalan pakatan itu untuk memenangi pilihanraya 5 Mei yang lalu.
81 peratus atau 10,396 daripada 12,736 reaksi yang diterima berpendapat Anwar patut bersara.
Sumber
MESTI GELAK PUNYA :Kah...Kah...lawak dari Batu Pahat !
Posted on Friday, May 17 @ 10:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: tokpepijat
"Seperti biasa nama Anwar naik lagi.Ulangan bohong demi ulangan. Lama-lama orang percaya. Inilah propaganda Nazi yang diwarisi UMNO.
Sekonyong-konyong mantan MP Batu Pahat keluarkan "tesis"nya yang bertaraf kangkung.
PKR didanai Amerika. PKR agen Amerika. Sebut PKR, terus menuju ke dahi Anwar!
Semuanya Anwar. Beliau lupa nak sebut 1001 lagi "jahat" Anwar. Antaranya agen Yahudi, agen Barat, agen Israel, agen pluralisme dan agen Cina.
Orang kuat NGO Rasis PERKASA dan calon doktor falsafah dalam bidang geopolitik dan kajian keselamatan menulis dalam blognya sebut Hipotesis itu dan ini untuk kuatkan teorinya yang basi lagi kangkung.
Barangkali syarat baru untuk lulus Phd di Malaysia, calon-calonnya mestilah wajib menulis
"kejahatan" Anwar dalam tesis mereka untuk diluluskan Phd mereka. Jadi rukun tesis. Jika tiada, alamatnya gagallah anda!
Marah betul mantan MP Batu Pahat ini kepada Anwar dan PKR. Mengapa ya?
Adakah kerana P150 Batu Pahat jatuh ke tangan PKR dalam PRU 13 lalu dengan majoriti 1,732 undi?
Kah...Kah...lawak dari Batu Pahat!"
Kabinet Baru Datuk Seri Najib, Apa Kata Penganalisis??
Posted on Friday, May 17 @ 10:19:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: matuse68
"Apabila PM Datuk Seri Najib Razak mengumumkan barisan kabinetnya, maka penganalisis yang bersetuju dengan barisan ini menyatakan inilah kabinet transformasi terbaik, kabinet gabungan muka baru dan lama, dan kabinet yang mampu melonjakkan negara ke depan untuk menghadapi saingan globalisasi.
Bagi yang tidak bersetuju pula menyatakan inilah kabinet Datuk Seri Najib untuk menghadapi pemilihan UMNO tahun ini, kabinet kitar semua dan kabinet kayu mati yang mudah dimakan anai-anai.
Saya tidak ada masalah dengan barisan kabinet ini. Mereka yang dilantik adalah hebat.
Namun, yang menjadi masalah kepada saya ialah bilangan kementerian dan menterinya yang ramai. Untuk apa kita mempunyai 35 menteri berbanding hanya 31 menteri pada tahun 2008?
Kabinet Jepun dan AS cuma ada 16 dan 18 menteri sahaja; United Kingdom 23, Bolivia 27 dan Belgium 21 menteri kabinet. India pula dengan 1.1 bilion penduduk hanya mempunyai 32 menteri kabinet. Adakah Malaysia dengan jumlah menterinya yang ramai lebih baik dan lebih maju dari negara-negara di atas?
Meskipun Perlembagaan tidak menetapkan bilangan anggota kabinet, kita perlu bandingkan saiz kabinet Malaysia dengan kabinet di negara-negara lain. Kewujudan kementerian dan menteri adalah untuk menyempurnakan tugas dalam mentadbir negara, bukannya sebagai ganjaran kepada kawan-rakan yang menang.
Info terkini layari: Ini Kalilah..."
PERSOALAN: Belum lengkap lagi Kabinet Najib.... mengapa?
Posted on Friday, May 17 @ 10:12:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: tokpepijat
"Sesuai PRU 13 PM(kerusi)Najib sekonyong-konyong melantik pemimpin Rasis Hindraf P Waythamoorthy menjadi ahli Kabinetnya walaupun Timbalan Menteri.
Semua hairan mengapa Najib pilih Waytha ? Mengapa pilih orang yang lari ke Britain kerana takut ISA dan mencemarkan nama negara. Mengapa tidak pilih orang IPF atau KIMMA?
Cuba lihat kronologinya :
Najib pilih Rasis Melayu PERKASA Ibrahim Ali dan Zulkifli Nordin jadi calon PRU 13. Malangnya mereka berdua kalah teruk di Pasir Mas dan Shah Alam.
Tiba-tiba pada hari pembentukan kabinet oleh Najib, muncul nama Rasis India pula dari Hindraf.
Wathya tidak bertandingpun dalam PRU 13, tetapi dipilih jadi Timbalan Menteri. Lebih malang lagi ,Barisan Progresif India (IPF) menunggu mahu jadi kerabat BN dan setia dengan BN selama 25 tahun dipinggirkan.
Ini peliknya Kabinet Najib. Rasis Melayu tewas, dipilihnya Rasis India masuk kabinet. Peliknya macam kes polis yang bunuh Altantunya. Tiada arahan dan tiada sebab gadis itu dibunuh. Saja-saja je !
Jadinya jika ditanya Najib,akan dijawabnya " saja-saja je....pilih Waytha".
Pastinya, kabinet Najib belum lengkap lagi. Kabinet Najib perlu dihuni oleh Rasis Melayu dan Rasis Cina. Barulah ummmmph!
PERSOALAN: Belum lengkap lagi Kabinet Najib.... mengapa? "
Tiada ulasan:
Catat Ulasan