Kamilia lbrahim sepatutnya menyertai PAS
Subky Latif, | 16 Mei 2013 |
Adakah adil bagi PM Najib dan Umno tidak memuatkannya dalam senarai calon Parlimen BN buat PRU13 itu? Memang tidak patut dan tidak adil.
Sekalipun Najib mendakwa, dia sudah ditawarkan untuk DUN tetapi ditolaknya. Tawaran itu pun tidak adil juga. Dato’ Kamilia yang adalah orang nombor dua dalam Wanita Umno. Orang pertama sudah tidak dapat dicalonkan di Parlimen, maka orang nombor dua patut dicalonkan. Bagi DUN dan Exco buat apa kerana dia patut ke Parlimen.
Adalah betul dia sudah dimalukan.
Lalu pilihannya ialah bertanding sebagai calon Bebas di Kuala Kangsar. Kita tidak boleh takwil atas pilihannya.
Tetapi kalau saya ditanya pada masa itu, saya akan nasihatkan supaya dia membuat pilihan lain. Dia sudah meletakkan semua jawatannya dalam Umno. Ertinya dia sudah sedia menentang Umno. Pilihan betulnya ialah mengistihar diri menyertai PAS, bukan bertanding sebagai calon Bebas.
Kecederungan banyak pihak masa itu adalah untuk menggantikan Umno dan BN sebagai kerajaan dan menggantikan Najib ssebagai Perdana Menteri. Mana-mana tenaga yang tidak lagi mahu bersama Umno dan tidak puas hati dengan Najib sepatutnya mari beramai-ramai bersama PAS dan Pakatan Rakyat.
Sebarang penyertaan orang Umno dalam PAS sekalipun seorang akan ada kesannya pada PAS dan kesan sebaliknya kepada Umno. Penyertaan Tamrin Ghafar dalam PAS memang mengelirukan setengah orang Umno khususnya keluarga Tun Ghafar. Penyertaan pemimpin polis dan pemimpin tentera memberi sedkit sekanyak sokong moral kepada PAS.
Jangan perkecil kesan kemasukan Tan Sri Mohamad Mohd Taib. Penjelajahannya ke semua daerah di Selangor jangan sangka tidak membantu kemenangan besar semula Pakatan di Selangor.
Jika Kamalia, Dato Seri Sharif Omar dalam saat yang demikian mengumumkan menyertai PAS dan mengambil langkah menyokong calon PAS di mana-mana saja sudah tentu ia boleh mencemaskan Umno dan ia membuka minat pula ssetengah penyokong Umno untuk bersama mereka.
Kita pula memperkecil pilihan menjadi calon Bebas. Ia juga unjuk rasa membantah dan tidak setuju dengan Umno dan pemimpinnya. Sebarang perkembangan mencabar Umno adalah baik untuk perubahan.
Tetapi politik di Malaysia buat sekarang tidak memberi ruang besar kepada calon Bebas. Memang ada calon Bebas menang sebelum ini. Dato Shahrir Samad pernah menang sebagai calon Bebas di Johor Bahru. Tetapi itu dalam keadaan tertentu saja. Kiranya dia bertanding Bebas sekali lagi di Johor Bahru, dia tidak mungkin mengulangi sejarahnya dulu.
Ibrahim Ali bukan calang tokoh. Anggota Perkasanya kononnya sudah 400,000. Betulkah? Mungkin. Dia pun sudah dikenali sebagai MP Bebas di Parlimen. Dikenal semua orang. Dia sendiri tidak pernah menang sebagai calon Bebas. Dia pernah jadi calon Bebas di kubunya di Pasir Mas. Dia hilang deposit. Dia jadi MP Bebas kerana menang sebagai calon PAS.
Bila dia jadi calon Bebas semula selepas memperdaya calon BN, dia tumpas tang, tang, tang!
Justeru suasana yang ada calon Bebas tidak banyak menggerhanakan Umno dan Najib.
Memang dalam keadaan cemas satu dua hari sebelum penamaan calon, jadi calon Bebas adalah pilihan yang mudah. Dalam keadaan semua sudah disusun, payah seorang terkenal seperti Kamilia dan Sharif Omar boleh menjadi calon PAS. Sudah merombak suatu yang terjalin.
Jika ia disabarkan sejenak, Kamilia dan Sharif mengumumkan jadi ahli PAS dan menyokong calon PAS, maka akan kelamkabut Umno seketika. Macam-macam kesannya. Ramai orangnya mungkin bersamanya untuk bersama dengan jamaah PAS yang sememangnya ramai dan mariah.
Bagaimanapun kalau sekarang Kamalia dan Sharif masuk PAS pun masih belum terlambat. Kamilia akan lihat kesannya lima tahun lagi.
Selamat Hari Guru 2013, guru agen perubahan
., | 16 Mei 2013 |
Dewan
Pemuda PAS Malaysia ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada warga
pendidik yang berada di seluruh negara. Segala persiapan untuk meraikan
jasa mu para guru sebenarnya terlalu kecil jika hendak dibandingkan
dengan apa yang telah dicurahkan untuk mendidik anak bangsa. Malah
sambutan ini juga merupakan satu peringatan kepada kita semua bahawa
tanggungjawab mendidik itu tidak harus ditimpakan kepada warga guru
semata-mata malah bebanannya merupakan suatu perkongsian sepanjang hayat
kita.
Di sebalik kalungan bunga dan kata-kata pujian untuk warga pendidik
hari ini, terdapat banyak cabaran struktural yang menghambat usaha untuk
mengangkat martabat profesion perguruan. Usaha untuk mengatasi
cabaran-cabaran tersebut memerlukan komitmen berterusan pihak
kementerian yang nampaknya lebih gemar berslogan dengan janji-janji
transformasi dikala warga guru mendambakan inisiatif sebenar.
Kontroversi perlaksanaan sistem PBS sebagai contohnya masih tidak mendapat perhatian sewajarnya dari pihak yang berwajib. Legasi permasalahan seperti isu penempatan guru yang memisahkan pasangan berkeluarga adalah sebenarnya satu bentuk kezaliman yang telah berlarutan sejak sekian lama. Sebagai pemerintah yang mengangkat dirinya sebagai kerajaan yang mendahulukan Rakyat, rentetan isu yang belum diselesaikan menimbulkan persoalan sejauh mana kerajaan cakna dengan kebajikan warga guru.
Sambutan Hari Guru kali ini juga berlangsung di dalam suasana politik yang rencam dengan persoalan perkauman. Mengambilkira keadaan ini, saya ingin mengajak warga guru untuk menyelami intipati sambutan Hari Guru ini dengan mengimbau sejarah gemilang warga pendidik terdahulu yang berjuang menuntut dan mengisi kemerdekaan serta gigih menyulam semangat perpaduan di antara kaum.
Lakukan pula satu muhasabah jujur mengenai peranan guru waktu ini dengan mengaplikasi piawaian Murabbi bagi melihat penambahbaikan yang perlu dilakukan demi manfaat generasi muda negara. Sudah tiba masanya bagi warga guru kembali mendepani cabaran nasional dan menjadi kompas moral masyarakat di dalam membina Malaysia yang lebih baik.
Untuk itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia beriltizam untuk terus mendokong usaha warga guru menjadi agen perubahan di dalam masyarakat dan akan melakukan segala yang terdaya untuk berjuang mengangkat taraf kebajikan dan profesion perguruan.
Selamat Hari Guru. Sesungguhnya kemurnian jasa dan pengorbanan para guru sekalian hanya Allah sahaja yang mampu membayarnya.
Dari anak muridmu,
Nasrudin Hassan
Ketua Pemuda PAS Malaysia
Cikgu Ibrahim mengajar di sebuah sekolah rendah. Di depan kelas darjah 4 pada hari pertama persekolahan, beliau memberitahu para pelajar satu pembohongan.
Seperti guru-guru yang lain, Cikgu Ibrahim memberitahu para pelajarnya bahawa beliau sayang mereka secara setara. Tapi mustahil, kerana di depan kelasnya ada seorang pelajar lelaki bernama Jimmy yang tidak bermaya dan lemah semangat.
Cikgu Ibrahim telah memperhatikan Jimmy sejak tahun lepas. Dia ini tak bergaul dengan rakan-rakan sekolah dan suka menyendiri. Pakaiannya dan rambutnya tidak terurus. Nampak comot dan kurang bersih. Cikgu Ibrahim tidak suka kepadanya.
Cikgu Ibrahim tidak berniat nak mengajar Jimmy. Kerja rumahnya yang teruk dipangkah “X” dengan besar-besar tanpa diajar. Peperiksaan bila Jimmy gagal, Cikgu Ibrahim sudi menulis dengan pen warna merah. Kadang-kala terasa juga nak tulis “Padan Muka!” di atas kertas tersebut.
Tiba masa untuk menulis rekod pelajar pertengahan tahun. Cikgu Ibrahim meninggalkan buku rekod Jimmy di bahagian terakhir. Menyampah nak baca dan tulis untuk pelajar yang malas, tak bermaya, tak terurus dan dibencinya ini.
Cikgu Ibrahim menyiapkan laporan untuk pelajar-pelajar yang lain dahulu. Akhirnya tiba giliran buku rekod Jimmy.
Mahu tidak mahu, Cikgu Ibrahim terpaksa membaca rekod Jimmy sejak Darjah 1 sehinggalah sekarang sebelum mencatat prestasi Jimmy berdasarkan pengamatan beliau.
Darjah 1, cikgu Jimmy menulis:
“Jimmy seorang pelajar yang sangat pintar dan kemas kerjanya. Senyumannya begitu bersemangat sehinggakan seluruh kelas mencontohi tingkahlaku beliau. Beliau mendapat tempat nombor 1 di sekolah dan aktif dalam sukan.”
Darjah 2, cikgu Jimmy menulis:
“Jimmy seorang pelajar yang sangat disukai semua guru dan rakan-rakan sekolah. Jimmy masih mengekalkan keputusan cemerlangnya meskipun bapanya terkena penyakit kronik dan ibunya terpaksa sara keluarga. Kehidupan di rumahnya tentu mencabar.”
Darjah 3, cikgu Jimmy menulis:
“Bapa Jimmy meninggal. Jimmy cuba sedaya untuk fokus tapi ibunya kerana terpaksa sara keluarga terus mengabaikannya. Bantuan mesti diberikan jika tidak kehidupan keluarga akan ada negatif impak pada Jimmy. Keputusan Jimmy dah mula merundum dan lebih menyendiri. Jimmy dah mula tak buat kerja rumah dan tidur di dalam kelas.”
Setelah membaca ketiga-tiga laporan itu, Cikgu Ibrahim berasa bersalah mempunyai sangka buruk pada Jimmy sejak awal. Beliau sebak seketika dan tidak menulis laporan dalam buku rekod Jimmy.
Rupa-rupanya Jimmy jadi begitu ada kisahnya – Cikgu Ibrahim berasa malu.
Pada sambutan Hari Guru, Cikgu Ibrahim menerima hadiah daripada semua pelajar dalam kelasnya termasuk dari Jimmy. Semua hadiah dibungkus dengan cantik kecuali hadiah Jimmy yang hanya dibalut dengan kertas kuning comot.
Cikgu Ibrahim memilih untuk membuka hadiah Jimmy dulu di depan kelas. Rakan-rakan sekelasnya ketawa hadiah comot yang dihadiah oleh Jimmy. Dalamnya ada satu cincin dan sekotak bedak usang.
Cikgu Ibrahim menyuruh kelasnya diam. Beliau memakai cincin tersebut dan meletakkan sedikit bedak di lehernya.
Jimmy tersenyum tapi tidak berkata apa-apa. Ini pertama kali Cikgu Ibrahim melihat Jimmy tersenym.
Selepas habis sekolah, Cikgu Ibrahim terserempak Jimmy yang menunggu di tepi keretanya seorang diri.
“Apa hal Jimmy?”
“Tak ada apa. Cuma nak beritahu, Cikgu hari ini bau dan nampak seperti bapa saya. Terima kasih,” kata Jimmy sebelum beredar.
Masya-Allah. Mata Cikgu Ibrahim menjadi merah.
Mulai hari itu, Jimmy menjadi pelajar yang diberi perhatian khusus oleh Cikgu Ibrahim. Cikgu Ibrahim berhenti mengajar matematik, menulis dan membaca. Beliau kini mula mendidik para pelajarnya sebagai seorang ibubapa.
Hubungan Cikgu Ibrahim dengan Jimmy bertambah baik. Jimmy memberikan perhatian dalam kelas dan setiap kata Cikgu Ibrahim. Pada akhir tahun, Jimmy kembali mendapat nombor 1 di dalam sekolah.
Pada akhir tahun darjah 4, Jimmy meninggalkan sekeping nota di kereta Cikgu Ibrahim.
“Cikgu adalah cikgu terbaik di dalam hidup saya. Dalam pepatah Cina, satu hari sebagai cikgu saya ialah sama dengan seumur hidup menjadi bapa saya. Saya sayang cikgu. Terima kasih kerana memakai bedak dan cincin bapa saya. Akhirnya, saya jumpa bapa saya kembali ke sisi saya.”
Cikgu Ibrahim sekali lagi menitis air mata.
Semenjak itu, Cikgu Ibrahim dan Jimmy menjadi sangat rapat sehinggalah ke sekolah menengah yang hanya di depan sekolah rendah. Setiap kali Jimmy mendapat keputusan cemerlang, Jimmy akan mengirimkan nota, “Cikgu masih cikgu terbaik dalam hidup saya. Tanpa cikgu, takkan ada Jimmy hari ini.”
Sebelum Jimmy ke Universiti di sebelah selatan, Cikgu Ibrahim mengajak Jimmy berjumpa untuk memberikan sedikit duit sebagai bekalan.
“Cikgu harap hubungan ini berterusan sampai akhir hayat,” kata Cikgu Ibrahim.
Jimmy berfikir sejenak…
“Apa kata cikgu jadi ayah angkat saya? Macam ini, pasti takkan putus hubungan,” kata Jimmy.
“Cikgu dah lama anggap Jimmy sebagai anak. Cuma Jimmy tak panggil ayah saja lagi,” jawab Cikgu Ibrahim.
Jimmy terus memeluk Cikgu Ibrahim, “Ayah. Saya dah lama nak panggil ayah. Sejak bapa tiada, anakanda dah lama anggap cikgu sebagai ayah. Kalau bukan ayah masih percayakan anakanda darjah 4 dulu, anakanda dah tak tahu hanyut ke mana.”
“Terima kasih anakanda. Ayah yang patut ucap terima kasih. Ayah selama ini tak tahu mendidik sehinggalah ayah terjumpa anakanda darjah 4 lalu,” jawab Cikgu Ibrahim.
Selamat Hari Guru.
Senyum.
Jangan baca saja jika suka. Sharelah juga ya.
LAWAN SAPE PUN NAK KITA NAK LAWAN.....TAPI JANGAN SAMPAI LAWAN ALLAH....NANTI KITA YANG NAHAS
KUALA LUMPUR:
“Ini adalah barisan kabinet untuk (Datuk Seri) Najib menyediakan
pertahanan terhadap serangan (Tun) Dr Mahathir, (Tan Sri) Muhyiddin dan
(Datuk Seri) Anwar.”
Demikian kata sumber Umno ketika mengulas barisan kabinet baru yang diumumkan Datuk Seri Najib Razak petang semalam.
Bagi beliau, barisan kabinet yang diumumkan Najib ini bukannya dipilih untuk menjaga negara mahupun rakyat.
“Ia untuk menjaga kedudukannya sebagai Presiden Umno. Pertahanan rapi diletak terutamanya perlantikan Khairy (Jamaluddin) dan Abdul Rahman Dahlan sebagai anggota kabinet yang berani mengkritik (bekas Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir apabila perlu,” kata sumber Umno kepada Harakahdaily.
Barisan kabinet ini juga kata beliau, dibuat untuk mengekang kemaraan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada mencabar Najib sebagai Presiden Umno.
“Najib tahu dan ingat bagaimana Tun Abdullah diturunkan dari takhta. Masa itu, Muhyiddin yang mulakan serangan dulu. Kini, Najib lebih berhati-hati. Muhyiddin sudah tentu dapat menghidu gerakgeri Najib kerana beliau hanya dikekalkan Menteri Pelajaran,” kata sumber Umno itu lagi.
Kata sumber Umno itu, beliau menjangkakan pelantikan P Waythamoothy, pemimpin Hindraf bakal mengundang bala kepada Najib.
“Perkasa India dengan Perkasa Melayu – sudah tentu akan berbalah – tunggulah ledakannya,” kata beliau.
Bagaimana pula Najib cuba menghalang Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim?
“Untuk mengambilalih Malaysia daripada BN, Pakatan Rakyat perlukan Sabah dan Sarawak. Dalam Kabinet terbaru ini Najib melantik 13 menteri dan lapan timbalan menteri daripada Borneo – satu anjakan yang amat besar jika dibandingkan dulu.
"Ini untuk menyekat Anwar untuk mendapatkan sokongan ahli-ahli parlimen di Sabah dan Sarawak dan mengekalkan dua negeri tersebut sebagai fixed deposit BN,” jawab sumber Umno itu.
Harakahdaily juga sempat bertanya apakah muslihat di sebalik tindakan MCA dan Gerakan yang enggan memasuki kabinet.
“Ego tak bertempat dan macam budak-budak kononnya ingin mengajar kaum Tionghua mengenai pilihan mereka. Kaum Tionghua sanggup undi parti PAS yang perjuangkan Islam dan tak mahu MCA dan Gerakan, apa lagi nilai yang ada pada mereka?
"Yang pasti kabinet Najib kali ini melambangkan kematian BN secara tidak rasminya. BN sekarang secara rasminya hanya Umno dan PBB. Yang lain dah berkubur. Umno menjadi PAS 30 tahun yang lalu – yang tidak boleh menang di kawasan bandar tanpa sokongan bukan Islam,” terang sumber Umno itu.
Harakahdaily sempat bertanya, “Apakah ini bermaksud persempadanan semula kali ini akan banyakkan kerusi di kawasan pendalaman?”
“Ya. Tapi saya rasa akan makan tuan. 5 tahun ini lama. Masa itu semua dah berinternet. Melainkan Umno nak kekal masyarakat tanpa internet.
"Dalam PRU13, Umno kena sedar, ia adalah pilihan raya masyarakat berinternet menolak mereka secara total bukannya tsunami orang Cina. Anak muda berinternet tolak BN secara total.
"Lukislah sempadan macam mana pun, tiada siapa yang boleh ramal, tsunami anak-muda berinternet ini akan tiba dan meresap di kampung-kampung dan kawasan Felda – 5 tahun ini lama, susah BN dan SPR nak kawal tsunami ini walaupun dengan persempadanan semula,” tegas beliau sebelum telefon terputus.

Alkisah Cikgu Ibrahim…
Tuan Ibrahim Tuan Man, | 16 Mei 2013 |

Kabinet: Pertahanan lawan Mahathir, Muhyidin dan Anwar
Harakahdaily, | 16 Mei 2013 |

Kenapa Timbalan Menteri Wilayah bukan dari WP?
Harakahdaily, | 16 Mei 2013 |
KUALA LUMPUR:
PAS Wilayah Persekutuan (PAS WP) mengucapkan tahniah di atas pelantikan
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai Menteri Wilayah
Persekutuan serta Datuk Dr. J. Loga Bala Mohan sebagai Timbalan Menteri
Wilayah Persekutuan bagi sesi 2013.
Ketua Penerangannya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz (gambar) berkata, PAS WP berpandangan pelantikan Datuk Seri Tengku Adnan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan dialu-alukan kerana beliau adalah Ahli Parlimen Putrajaya namun PAS WP agak terkilan kerana pelantikan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan bukan dari kalangan Ahli Parlimen BN Wilayah Persekutuan.
“Apakah BN sudah ketandusan pemimpin tempatan WP yang menang dalam PRU13 lalu untuk dilantik ke jawatan tersebut?” tanya beliau dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Walau bagaimanapun, katanya PAS WP mengharapkan supaya Menteri Wilayah Persekutuan bersama timbalannya akan mampu menjadikan Wilayah Persekutuan sebagai wilayah yang maju, makmur, aman dan sejahtera.
Beliau berkata, sebagai ibu negara dan pusat pentadbiran negara, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan perlu mencerminkan nilainya yang tinggi pada peradaban dunia serta menjadi contoh pembangunan bandar terbaik di negara ini.
Tambah beliau, Menteri Wilayah Persekutuan perlu menjadi pemimpin kepada semua rakyat di Wilayah Persekutuan tanpa mengira bangsa, agama, warna kulit mahupun fahaman politik.
“Rakyat dinilai sama pada pandangan pemimpin serta meletakkan setiap kawasan parlimen sebagai sama penting dan perlu diberi keutamaan tanpa mewujudkan sikap prejudis atau ‘wilayah terasing’ terhadap mana-mana parlimen yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat atau hanya tertumpu di kawasan sendiri sahaja,” ujarnya lagi.
Bahkan, ujar beliau ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan juga seharusnya diberikan peranan memberikan buah fikiran, pandangan dan kerjasama erat bagi membina kesejahteraan rakyat serta pembangunan Wilayah Persekutuan.
“Selain itu, beliau juga perlu memahami budaya dan gaya hidup masyarakat Wilayah Persekutuan. Rakyat mengharapkan Menteri Wilayah Persekutuan turun lebih kerap merasai sendiri keperitan hidup masyarakat kota,” katanya.
Katanya lagi, dengan kos hidup yang meningkat, kadar pengangguran yang tinggi, ekonomi yang menjerat, jenayah yang membimbangkan, gejala sosial yang semakin bertambah, serta isu-isu seperti perumahan dan trafik perlu diberi perhatian utama.
“Idea, pandangan dan gerak langkah yang berkesan mesti dilakukan bagi menyelesaikan seribu satu masalah yang berlaku di Wilayah Persekutuan.
“Akhirnya, PAS WP meminta supaya kebajikan rakyat menjadi agenda penting Kementerian Wilayah Persekutuan,” katanya.
Justeru, ujar beliau ambillah tauladan dan contoh terbaik negeri-negeri Pakatan Rakyat seperti Selangor yang mampu memberikan khidmat kebajikan buat rakyatnya sebagai usaha berterusan kerajaan membela rakyat.
KUALA LUMPUR: Ahli
Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar akan merasmikan penubuhan
"Cartoonists Against Election Fraud (CAEF)" atau Kartunis Lawan Penipuan
Pilihanraya.
(Zunar bersama rakan-rakannya yang memperlopori CAEF)
CAEF yang diusahakan oleh Zunar serta Kumpuan Kartunis Independen akan dirasmikan pada Sabtu 18 Mei, jam 3 -6 petang bertempat di Padang berhadapan Amcorp Mall, Petaling Jaya.
Antara kartunis yang turut menyertai CAEF ialah Azman MatNoh, Nor Azlin Ngah (Jonos), Johnny Ong, Amir Hakim (Ahyat), Ronasina, Haili, Azmie Taha, Lawrence Jeyaraj, (Loren), Firdaus, Megat, Baba dan Amier Hamzah Hashim (Ibnukaduk).
Dalam PRU 13, Pakatan Rakyat mendapat 50.3% undi popular berbanding 46.8% oleh Barisan Nasional, namum Najib Tun Razak tetap ditabal sebagai Perdana Menteri.
"CAEF berpendirian bahawa Najib dan Barisan Nasional tidak mempunyai kelayakan dari segi perundangan untuk memerintah Malaysia.
"Sehubungan itu, kami tidak mengiktiraf keputusan PRU-13 dan mendesak sebuah pilihanraya diadakan semula paling minima di 30 Parlimen yang terbukti berlaku penipuan dengan pemantauan oleh badan berwibawa seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu," kata Zunar.
Sehubungan itu, menurut beliau lagi, gerakan itu akan menerbitkan karya-karya kartun dalam internet, buku, risalah dan animasi bagi membangkitkan kesedaran orang ramai tentang betapa besarnya penipuan dalam PRU ke 13 dan supaya rakyat bangun melawan penipuan tersebut.
CAEF sedia berkerjasama dengan BERSIH serta lain-lain NGO di seluruh negara serta menjalin rangkaian dengan gerakan kartunis dan NGO di peringkat antarabangsa bagi melawan penipuan.
KUALA LUMPUR:
Gelombang #black505 demi menzahirkan suara bantahan rakyat menentang
penipuan pilihanraya diteruskan di negeri-negeri Kedah, Terengganu,
Melaka dan Negeri Sembilan.
Demikian beritahu Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR dalam kenyataannya hari ini.
Black505 yang seterusnya akan diadakan di Negeri Sembilan pada hari Jumaat 17 Mei 2013, bertempat di kawasan parkir Jalan Haruan 4/7, Pusat Komersial Oakland, Seremban. Orang ramai dinasihatkan hadir awal untuk mengelakkan kesesakan.
Tarikh-tarikh bagi #black505 yang seterusnya adalah seperti berikut:
21 Mei 2013 (Selasa) – Kedah
23 Mei 2013 (Khamis) – Terengganu
24 Mei 2013 (Jumaat) - Melaka
Tempat akhir perhimpunan akan dimaklumkan melalui laman media sosial dan kenyataan rasmi yang akan dikeluarkan oleh PKR, beritahu Rafizi.
Menurutnya, semua perhimpunan telah berjalan dengan aman dan mematuhi nasihat Polis Diraja Malaysia (PDRM) walaupun beberapa tempat perhimpunan terpaksa diubah di saat akhir.
Penganjur telah menghormati nasihat PDRM untuk menukar tempat perhimpunan di Pulau Pinang, Pahang dan Johor walaupun ia dibuat beberapa jam sebelum perhimpunan.
"Ini tidak sedikit pun melemahkan semangat rakyat terutamanya orang muda untuk turun menyuarakan bantahan dalam simbolik #black505 ini," katanya.
Mengikut anggaran kasar penganjur, seramai lebih 400,000 rakyat Malaysia telah menyerti #black505 setakat ini (120,000 – Kelana Jaya, 120,000 – Batu Kawan, 60,000 – Ipoh, 60,000 – Kuantan dan 60,000 – Ulu Tiram).
"Saya yakin menjelang minggu depan apabila gelombang #black505 tiba di Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Melaka, lebih setengah juta rakyat Malaysia telah turun menyatakan bantahan terhadap penipuan pilihanraya dan menolak kerajaan tidak sah yang diterajui Dato’ Seri Najib Tun Razak," katanya.
Semangat kerjasama dengan pihak PDRM demi menjamin kelancaran dan keselamatan rakyat akan diteruskan.
"Oleh itu, saya menyeru seberapa ramai rakyat untuk turun menyertai #black505 sebagai bantahan terhadap penipuan pilihanraya dan sokongan kepada reformasi pilihanraya yang perlu diadakan segera," katanya.
Ketua Penerangannya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz (gambar) berkata, PAS WP berpandangan pelantikan Datuk Seri Tengku Adnan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan dialu-alukan kerana beliau adalah Ahli Parlimen Putrajaya namun PAS WP agak terkilan kerana pelantikan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan bukan dari kalangan Ahli Parlimen BN Wilayah Persekutuan.
“Apakah BN sudah ketandusan pemimpin tempatan WP yang menang dalam PRU13 lalu untuk dilantik ke jawatan tersebut?” tanya beliau dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Walau bagaimanapun, katanya PAS WP mengharapkan supaya Menteri Wilayah Persekutuan bersama timbalannya akan mampu menjadikan Wilayah Persekutuan sebagai wilayah yang maju, makmur, aman dan sejahtera.
Beliau berkata, sebagai ibu negara dan pusat pentadbiran negara, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan perlu mencerminkan nilainya yang tinggi pada peradaban dunia serta menjadi contoh pembangunan bandar terbaik di negara ini.
Tambah beliau, Menteri Wilayah Persekutuan perlu menjadi pemimpin kepada semua rakyat di Wilayah Persekutuan tanpa mengira bangsa, agama, warna kulit mahupun fahaman politik.
“Rakyat dinilai sama pada pandangan pemimpin serta meletakkan setiap kawasan parlimen sebagai sama penting dan perlu diberi keutamaan tanpa mewujudkan sikap prejudis atau ‘wilayah terasing’ terhadap mana-mana parlimen yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat atau hanya tertumpu di kawasan sendiri sahaja,” ujarnya lagi.
Bahkan, ujar beliau ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan juga seharusnya diberikan peranan memberikan buah fikiran, pandangan dan kerjasama erat bagi membina kesejahteraan rakyat serta pembangunan Wilayah Persekutuan.
“Selain itu, beliau juga perlu memahami budaya dan gaya hidup masyarakat Wilayah Persekutuan. Rakyat mengharapkan Menteri Wilayah Persekutuan turun lebih kerap merasai sendiri keperitan hidup masyarakat kota,” katanya.
Katanya lagi, dengan kos hidup yang meningkat, kadar pengangguran yang tinggi, ekonomi yang menjerat, jenayah yang membimbangkan, gejala sosial yang semakin bertambah, serta isu-isu seperti perumahan dan trafik perlu diberi perhatian utama.
“Idea, pandangan dan gerak langkah yang berkesan mesti dilakukan bagi menyelesaikan seribu satu masalah yang berlaku di Wilayah Persekutuan.
“Akhirnya, PAS WP meminta supaya kebajikan rakyat menjadi agenda penting Kementerian Wilayah Persekutuan,” katanya.
Justeru, ujar beliau ambillah tauladan dan contoh terbaik negeri-negeri Pakatan Rakyat seperti Selangor yang mampu memberikan khidmat kebajikan buat rakyatnya sebagai usaha berterusan kerajaan membela rakyat.
Nurul Izzah lancar CAEF Sabtu ini
Harakahdaily, | 16 Mei 2013 |
(Zunar bersama rakan-rakannya yang memperlopori CAEF)
CAEF yang diusahakan oleh Zunar serta Kumpuan Kartunis Independen akan dirasmikan pada Sabtu 18 Mei, jam 3 -6 petang bertempat di Padang berhadapan Amcorp Mall, Petaling Jaya.
Antara kartunis yang turut menyertai CAEF ialah Azman MatNoh, Nor Azlin Ngah (Jonos), Johnny Ong, Amir Hakim (Ahyat), Ronasina, Haili, Azmie Taha, Lawrence Jeyaraj, (Loren), Firdaus, Megat, Baba dan Amier Hamzah Hashim (Ibnukaduk).
Dalam PRU 13, Pakatan Rakyat mendapat 50.3% undi popular berbanding 46.8% oleh Barisan Nasional, namum Najib Tun Razak tetap ditabal sebagai Perdana Menteri.
"CAEF berpendirian bahawa Najib dan Barisan Nasional tidak mempunyai kelayakan dari segi perundangan untuk memerintah Malaysia.
"Sehubungan itu, kami tidak mengiktiraf keputusan PRU-13 dan mendesak sebuah pilihanraya diadakan semula paling minima di 30 Parlimen yang terbukti berlaku penipuan dengan pemantauan oleh badan berwibawa seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu," kata Zunar.
Sehubungan itu, menurut beliau lagi, gerakan itu akan menerbitkan karya-karya kartun dalam internet, buku, risalah dan animasi bagi membangkitkan kesedaran orang ramai tentang betapa besarnya penipuan dalam PRU ke 13 dan supaya rakyat bangun melawan penipuan tersebut.
CAEF sedia berkerjasama dengan BERSIH serta lain-lain NGO di seluruh negara serta menjalin rangkaian dengan gerakan kartunis dan NGO di peringkat antarabangsa bagi melawan penipuan.
Gelombang #black505 ke Kedah, Terengganu lepas ini
Harakahdaily, | 16 Mei 2013 |
Demikian beritahu Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR dalam kenyataannya hari ini.
Black505 yang seterusnya akan diadakan di Negeri Sembilan pada hari Jumaat 17 Mei 2013, bertempat di kawasan parkir Jalan Haruan 4/7, Pusat Komersial Oakland, Seremban. Orang ramai dinasihatkan hadir awal untuk mengelakkan kesesakan.
Tarikh-tarikh bagi #black505 yang seterusnya adalah seperti berikut:
21 Mei 2013 (Selasa) – Kedah
23 Mei 2013 (Khamis) – Terengganu
24 Mei 2013 (Jumaat) - Melaka
Tempat akhir perhimpunan akan dimaklumkan melalui laman media sosial dan kenyataan rasmi yang akan dikeluarkan oleh PKR, beritahu Rafizi.
Menurutnya, semua perhimpunan telah berjalan dengan aman dan mematuhi nasihat Polis Diraja Malaysia (PDRM) walaupun beberapa tempat perhimpunan terpaksa diubah di saat akhir.
Penganjur telah menghormati nasihat PDRM untuk menukar tempat perhimpunan di Pulau Pinang, Pahang dan Johor walaupun ia dibuat beberapa jam sebelum perhimpunan.
"Ini tidak sedikit pun melemahkan semangat rakyat terutamanya orang muda untuk turun menyuarakan bantahan dalam simbolik #black505 ini," katanya.
Mengikut anggaran kasar penganjur, seramai lebih 400,000 rakyat Malaysia telah menyerti #black505 setakat ini (120,000 – Kelana Jaya, 120,000 – Batu Kawan, 60,000 – Ipoh, 60,000 – Kuantan dan 60,000 – Ulu Tiram).
"Saya yakin menjelang minggu depan apabila gelombang #black505 tiba di Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Melaka, lebih setengah juta rakyat Malaysia telah turun menyatakan bantahan terhadap penipuan pilihanraya dan menolak kerajaan tidak sah yang diterajui Dato’ Seri Najib Tun Razak," katanya.
Semangat kerjasama dengan pihak PDRM demi menjamin kelancaran dan keselamatan rakyat akan diteruskan.
"Oleh itu, saya menyeru seberapa ramai rakyat untuk turun menyertai #black505 sebagai bantahan terhadap penipuan pilihanraya dan sokongan kepada reformasi pilihanraya yang perlu diadakan segera," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan