Rabu, 1 Mei 2013

SENANG AJE...TENTANG DAKWAT....BUAT SECARA TERUS "LIFE"...SAPU DAKWAT TU...CUCI@BASUH...KALAU BOLEH....MAKA SAHLAH....JIKA TAK BOLEH...MAKA BETUL LAH...JANGAN DAKWAT YANG DIBEKALKAN BERBEZA2 DAH...TAK USAH LAH TIPU...KITA KAN ISLAM....ALLAH TAHU JIKA KITA TIPU...AKHIRAT KITA AKAN SUSAH....KECUALI TAK BERIMAN HARI AKHIRAT

Bergelumang selut perkara biasa bagi Dr Azman

Harakahdaily, 01 Mei 2013


SETIU: Calon PAS bagi N.05 Dun Jabi, Dr. Azman Ibrahim, 38, seorang pengamal pergigian swasta dan merupakan tokoh muda yang aktif, diketengahkan oleh PAS Terengganu untuk menjadi pilihan utama para pengundi.

Beliau yang pernah berkhidmat di beberapa klinik dan hospital kerajaan dengan jawatan terakhir sebagai Pensyarah Pergigian di Pusat Pengajian Sains Pergigian, Universiti Sains Malaysia menerima amanah yang dipertanggungjawabkan oleh parti untuk menjadi khadam yang berkhidmat kepada rakyat Jabi.

“Amanah ini mampu dilaksanakan dengan izin dan pertolongan Allah serta sokongan para pengundi sekalian,” ujarnya yang memiliki ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian dari University of Baghdad, Iraq.

Mengenai kempen, ujarnya sepanjang tempoh berkempen PRU13 ini adalah penerusan dari kerja-kerja yang telah berlangsung sejak lebih kurang 5 tahun yang lepas.

Dengan makna lain, setelah tidak berjaya mencapai kemenangan dalam PRU12, penerusan aktiviti bersama rakyat tidak pernah dinokhtahkan oleh beliau.

Aktiviti rutin seperti tazkirah di masjid dan surau, menyampaikan khutbah jumaat, menangani isu-isu serta perkara berbangkit dalam masyarakat, program-program kebajikan, cakna dan menyantuni rakyat tanpa mengira usia dan latar belakang sudah sebati dengan hidupnya sejak diamanahkan parti menjadi calon dalam PRU12 lagi.

Pada PRU lalu, beliau memperolehi 5,560 undi sementara calon BN, Ramlan Ali mendapat 6,364 undi. Pada PRU13 ini, beliau ditentang calon BN, Mohd Iskandar Jaafar. Jumlah pengundi kali ini seramai 16,787 orang dengan 99.45 peratus adalah Melayu, Cina (0.49%), India (0.01%) dan lain-lain (0.31%).

Dengan latar belakang sebagai anak kampung, anak kepada pasangan petani Ibrahim Saman dan Habidah Mat Nor yang dilahirkan di Kampung Bukit Tanah, Besut yang membesar di sini, beliau melangkah dewasa sebagai seorang anak tani, bergelumang dengan selut dan lumpur.

Kehidupan masyarakat Jabi adalah juga sebahagian kehidupan beliau. Kerana itulah jadual harian berulang-alik dari Kota Bharu ke Jabi adalah lumrah setiap kali mempunyai urusan bersama parti dan masyarakat sejak sekian lama.

Di dalam parti, Dr Azman diamanahkan beberapa tanggungjawab antaranya, AJK Badan Perhubungan PAS Terengganu, Pengerusi Lujnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Terengganu, AJK Lujnah Pendidikan PAS Pusat, Pengurus Dana Pendidikan PAS Pusat, Naib Yang Dipertua PAS Setiu, Pengerusi Lujnah Petani, Nelayan dan Peneroka PAS Setiu serta Pengarah Majlis Tindakan Dun Jabi.

Beliau bersyukur, tiada sebarang kejutan luar biasa yang terpaksa dilalui menjelang kempen PRU13 membuka tirai. Ianya adalah penerusan aktiviti yang telah berjalan sekian lama secara 'natural dan humble'.

Dr Azman tampil bersama masyarakat sehingga ke peringkat yang paling bawah, masuk ke bendang dan kebun getah, bersila di serambi-serambi rumah rakyat Jabi, mengunjungi rakyat di tempat-tempat awam, mengimamkan sembahyang di masjid dan surau, menyampaikan tazkirah dan khutbah, menghadiri program-program bersama wanita.

“Markas-markas BN juga turut saya kunjungi dengan isyarat kita tidak pernah bersengketa secara peribadi tapi saya adalah calon yang diamanahkan membawa dasar parti dan membentangkan kepada rakyat manifesto parti, menghadiri mesyuarat dan pertemuan-pertemuan semuanya dengan matlamat supaya mesej parti yang mengamanahkan kepada saya tanggungjawab sebagai calon dilaksanakan sebaik-baiknya.

“Alhamdulillah, 'post mortem' sepanjang kempen, rakyat Jabi tak menganggap saya sebagai orang asing bagi mereka. Rombongan kempen kami diterima baik dan disambut mesra,” ujarnya.

Katanya, kerosakan angkara Umno telah sedia dimaklumi rakyat, tinggal lagi adalah untuk meyakinkan mereka bahawa PAS yang mengamanahkan kepada beliau untuk menjadi calon bagi mewakili rakyat Jabi di Dewan Undangan Negeri adalah alternatif terbaik dengan izin Allah.

Justeru, sekiranya rakyat Jabi memilih PAS dan beliau mewakili mereka, beberapa agenda bertindak akan menjadi fokus utama.

1.    Merangka pelan pembangunan seimbang rohani dan jasmani untuk rakyat Jabi.

2.    Menyelesaikan isu-isu berbangkit terutamanya soal hak milik tanah dan penerokaan tanah kerajaan.

3.    Pemulihan semula tanah-tanah sawah terbiar ekoran masalah pengairan antaranya dilokasi sekitar Kampung Baru Tok dor supaya boleh dimanfaatkan untuk aktiviti ekonomi.

4.    Memulihkan fungsi masjid-masjid di seluruh Jabi selaras dengan peranannya di dalam masyarakat sebagai pusat ibadat, ilmu dan kemasyarakatan.

5.    Masalah kemiskinan tegar masih menjadi antara rintihan masyarakat di sini. Mereka telah dan akan disantuni dengan penuh kasih sayang. Apatah lagi Terengganu adalah negeri yang mengemukakan bajet tahunan melebihi RM2 bilion. Memperbaiki kelemahan agihan sumber kekayaan negeri agar ianya dinikmati oleh adalah tanggungjawab besar yang menunggu.

6.    Pemulihan kemudahan asas  seperti padang bola yang terbiar. Di beberapa lokasi, kemudahan padang bola tempat riadah anak-anak muda telah ditukar menjadi kawasan perumahan. Ianya perlu diganti.

7.    Sebenarnya masih ada kampung-kampung di Jabi yang boleh dimasuki hanya dengan melalui jalan becak seperti Kampung Jebak Puyoh, Kerandang. Perbezaan fahaman politik menyebabkan mereka dipinggirkan. Agenda saya adalah adalah untuk menjadi wakil rakyat yang berkhidmat untuk semua sama ada yang mengundi saya ataupun tidak. Agihan peruntukan pembangunan mesti mengikut keperluan bukan ikut suka wakil rakyat.

8.    Anak-anak muda adalah aset hari ini dan masa depan untuk keluarga, masyarakat, negeri dan negara. Mereka mempunyai kedudukan terhormat di mata kami. Sebagai calon muda, saya menyelami dan cukup memahami gaya pemikiran, kehidupan, minat dan hobi mereka. Anggaplah saya sebagai saudara dan sahabat untuk kita bersama menelusuri arus perubahan yang dipimpin PAS bersama Pakatan Rakyat.

9.    Warga tua dan dewasa, anggaplah saya sebagai anak atau adik yang menawarkan diri untuk berkhidmat, sedia ditunjuk ajar dan dibimbing demi memastikan khidmat terbaik untuk warga Jabi.

10.    Agenda terbesar adalah untuk bersama rakyat Jabi mencorakkan bumi Jabi menjadi ‘Bumi yang baik dan berkat serta mendapat keampunan Allah.’

“Marilah rakyat Jabi sekelian, kita bersama mengambil kesempatan berharga ini untuk membuat perubahan bersama saya dan Pakatan Rakyat,” ujar Dr Azman lagi.

Tampal stiker R, pegawai GLC digantung tugas

Harakahdaily, 01 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Pasukan Pemantau Pilihan Raya Kelantan kecewa dengan sebuah syarikat berkaitan kerajaan pusat (GLC) yang didakwa bertindak tidak profesional menggantung tugas seorang pegawainya hanya kerana menampal stiker R di kereta.

Ketuanya, Mohammad Faizal Che Yusof berkata, tindakan syarikat yang menyediakan khidmat kesihatan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia itu merupakan satu pencabulan hak pekerja.

"Di saat kerajaan pimpinan Barisan Nasional melaungkan slogan “Pekerja Pemangkin Transformasi Negara” sempena hari pekerja tahun 2013, pencabulan hak-hak asasi terhadap golongan pekerja terus berlaku.

"Pemantau Rakyat telah didatangi oleh seorang pegawai atasan GLC terbabit dan mengadu beliau telah dikenakan tindakan gantung dan dikhianati oleh majikannya hanya kerana meletakkan stiker R di kereta beliau," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Harakahdaily bagaimanapun tidak menyiarkan nama GLC terbabit bagi mendapat maklumbalas terlebih dahulu dari pihak mereka.

Apa yang dibimbangi kata Faizal, jika tindakan tersebut boleh dilakukan kepada seorang pegawai atasan, tentu sekali hal yang sama mudah untuk dikenakan kepada kakitangan bawahan.

Menurutnya, dalam suasana kerajaan mendakwa golongan pekerja diberi penghargaan dan keadilan, tindakan GLC tersebut amat bertentangan dengan apa yang dilaungkan oleh pihak kerajaan.

Apatah lagi ujarnya dalam suasana negara berhadapan dengan pilihan raya umum PRU 13, tindakan GLC tersebut nyata mencabul hak pekerja yang merupakan seorang warga Negara untuk bersuara dan menyatakan pendapat serta berpersatuan.

"Sempena hari pekerja pada hari ini, , kami menggesa setiap tindakan yang hendak diambil terhadap kakitangan bawahan hendaklah mengambilkira merit tanpa dipengaruhi oleh nilai-nilai luar seperti fahaman politik.

"Setiap pekerja mesti dihormati sebagai seorang warga Negara yang mempunyai hak-hak yang telah dijamin kukuh oleh undang-undang dan perlembagaan Negara," katanya.

Semaikan semangat ukhuwwah sekalipun berbeza pemikiran

Ustaz Nasrudin bin Hasan, 30 Apr 2013
Apabila saya menegur dan mengkritik bukan sahaja saya mesti bersedia untuk menerima respon balas (dalam bentuk penghujahan positif atau negatif) daripada pihak yang dikritik, tetapi saya juga mestilah jujur dan benar dalam teguran dan kritikan yang bakal dilontarkan. Malah saya jua mesti terikat dengan etika mengkritik sekalipun berhadapan dengan kemungkinan hujah balas yang tidak beretika dan berdisiplin.

Tidaklah bermakna hanya saya yang benar. Berkemungkinan besar, saya salah dan silap dalam mengemukakan pandangan dan setiap kali saya berbeza pendapat dengan pihak lain, apa yang saya harapkan agar Allah menunjuk jalan-Nya yang benar. Inilah prinsip yang akan terus saya "genggam" bersama sedikit nikmat ilmu anugerah Allah.

Tidak senang sebenarnya untuk mengkritik, justeru kritikan adalah melahirkan rasa tidak setuju terhadap pihak lain yang berkemungkinan boleh mengguris perasaannya dan mungkin juga boleh mengendurkan tali persahabatan yang telah lama terjalin.

Namun begitu, selamanya saya tidak boleh berdiam diri terhadap suatu yang saya tidak bersetuju dengannya. Terutama dalam perkara yang melibatkan penyelewengan fakta, kekeliruan maklumat, tuduhan tanpa bukti, fitnah tanpa asas dan keangkuhan yang berpanjangan.

Lantaran itu, sebagaimana saya mesti tabah, terbuka dan berhati-hati dalam menatah kalimah bernada kritikan, saya juga sangat mengharapkan pihak lain (yang dikritik) tidak cepat melatah, berjiwa besar, jujur dalam menilai dan apa yang paling penting ialah, tidak menganggap kritikan itu sebagai satu peluru yang membunuh nilai persahabatan dan juga nilai keintelektualan atau kesarjanaan.

Saya percaya jika yang dikritik itu bertaraf sarjana, sebagaimana ia tidak mudah tewas hujah begitulah seharusnya ia tidak mudah terpengaruh dengan elemen-elemen yang mengheretnya ke medan pergaduhan atau perbalahan yang menimbulkan rasa benci di hati dan kecewa di jiwa.

Sebaliknya ia mestilah sangat menghormati kritikan dan pandangan pihak lain biarpun ia menganggap kritikan itu hanyalah hujah picisan atau pandangan yang dangkal (sebab kita boleh tidak menerimanya), justeru menghormati pandangan dan kritikan pihak lain adalah suatu sikap terpuji dan selayaknya itulah penampilan seorang sarjana apatah lagi jika dia seorang ahli politik.

"Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna." (Surah az-Zumar : ayat 18)


Sikap tidak menghormati hujjah dan kritikan pihak lain hanya mempamerkan keangkuhan dan keegoan diri yang mungkin "teruja" dengan pencapaian ilmunya atau anugerah kesarjanaannya. Soalnya, apakah hujah dari pihak kita sahaja menepati ciri-ciri ilmiah sedang hujjah dari pihak lain dinilai picisan biarpun sarat dengan hujjah dan dalil?

Saya suka membawa pendekatan para sarjana agung dalam sejarah peradaban Islam. Ternyata mereka sangat tinggi disiplin dalam menangani khilaf dalam apa jua isu, terutama dalam isu-isu yang tidak menjejaskan akidah.

Ilmu dan tawaduk (merendah diri) menjadi asas disiplin tersebut di samping mereka mengetengahkan adab-adab ikhtilaf yang cukup wibawa dan berkualiti.

Lihat sahaja bagaimana imam-imam mazhab mengendalikan khilaf dalam kalangan mereka. Biarpun mereka menafikan sekeras-kerasnya hujah pihak lain, tidak sedikit pun mencalarkan penghormatannya terhadap orang yang mereka kritik apatah lagi meremehkan hujjah pihak lain. Imam Ahmad bin Hanbal pernah berkata terhadap imam As-Syafii, “Beliau (Imam As-Syafii) adalah manusia yang paling faqih (paling faham) tentang Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya.” (Lihat : Tarikh at-Tasyri’ al-Islami. hlmn:312.)

Imam Ahmad bin Hanbal juga ada menyebut dalam rujukan yang sama, “Aku tidak mengetahui nasikh hadis daripada mansukhnya melainkan aku duduk bersama As-Syafii.”

Walapun masing-masing membentuk mazhab, mereka berkhilaf di atas pentas ilmu yang dihiasi dengan keikhlasan dan ketakwaan bukan semangat menegakkan benang basah dan bersikap prejudis terhadap pihak lain.

Wajarnya disiplin mereka dalam menangani medan perbahasan dan penghujahan ini diterima pakai dalam setiap pertikaian antara kita dewasa kini.

Saya akur, bahawa khilaf tidak mungkin boleh dihapuskan. Terlalu banyak punca dan sebab yang menghela ke arah khilaf. Perbezaan latar belakang menuntut ilmu sudah cukup meletakkan para ilmuwan ini berkhilaf antara mereka. Tahap pencapaian ilmu, perbezaan manhaj dan method, jurang usia, perbedaan zuruf (suasana), perbedaan kefahaman dan (maslahah) kepentingan turut menjadi penyumbang penting berlakunya khilaf.

Kita tidak perlu sempit dada dan sesak nafas dengan fenomena ini. Ia sihat, malah terlalu sihat andainya para ilmuwan Islam ini dapat menanganinya dengan disiplin khilaf yang tinggi dan baik.

http://www.tarbawi.my

Ikrar kami rakyat Malaysia
Posted on Wednesday, May 01 @ 13:56:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: notan

"Maka, kami rakyat Malaysia dengan ini berjanji dan berikrar untuk menolak Najib dan BN dan menyokong PR dalam PRU 13 atas sebab sebab berikut :


Wakil calon parti kunci sembilan peti undi awal di Port Dickson

1 Mei 2013
KUALA LUMPUR - Polis menyiasat perbuatan seorang wakil kepada calon parti yang mengunci sembilan peti undi di sebuah pusat pengundian awal Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di Port Dickson, Negeri Sembilan semalam.
  
Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) ACP Ramli Mohamed Yusoof berkata kejadian berlaku pada pukul 7.10 malam dan selepas siasatan awal, individu itu dibebaskan malam tadi dengan ikat jamin.
  
"Individu itu telah bertindak mengunci sembilan peti undi tanpa kebenaran daripada Penolong Pegawai Urusetia Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bertugas di pusat berkenaan," katanya pada taklimat media di Bukit Aman, hari ini.
 
Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954.
  
Sementara itu, Ramli berkata dua laporan polis berhubung dakwat kekal yang hilang sejurus dicuci telah dibuat oleh Naib-naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar di Balai Polis Travers dan Tian Chua di Balai Polis Jinjang semalam.
 
Menurut SPR, dakwat kekal itu sepatutnya hanya boleh hilang sepenuhnya selepas 7 hari.
  
Ramli berkata SPR sedang menyiasat kedua-dua laporan itu.
  
Dalam pada itu, katanya sebanyak 1,068 aktiviti kempen PRU13 berlangsung di seluruh negara semalam iaitu 543 ceramah, perjumpaan dan mesyuarat (145), kunjungan rumah ke rumah (35), kempen (195) dan lain-lain sebanyak (150). - Bernama
  • Gagal menurunkan harga minyak
  • Gagal menghapuskan PTPTN
  • Gagal menghapuskan tol
  • Gagal menghapuskan rasuah
  • Gagal memenuhi tuntutan BERSIH 

  • Kami sebagai orang ISLAM juga berikrar untuk menyokong perjuangan :
    1. Menegakkan hukum ALLAH sebagai hukum negara
    2. Menegakkan amal maaruf  nahi mungkar
    3. Menentang kebathilan dan kezaliman
    4. Menyokong kepimpinan ulamak 
    5. Menghormati ugama ugama lain selagi mereka menghormati Islam.
    6. Menentang sebarang percubaan untuk mengubah Islam yang syumul.
     Najib si bidan kampung akhirnya mengaku cuma PR layak memerintah!
    Posted on Wednesday, May 01 @ 13:52:37 MYT
    Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

    Oleh: notan

    "Assalamualaikum,,

    Si bidan kampung yang menjelajah negara untuk memberitahu rakyat hanya dia yang layak jadi PM dan Rosmah Mansur sebagai 1st lady tanpa disedari telah membuat pengakuan bahawa cuma PR yang layak jadi kerajaan ketika berucap merasmikan(maaf lupa apa yang dirasmikannya kerana musim inilah banyak perasmian berlaku) di Kedah semalam.Antara lain, Si bidan kampung 1Malaysia  berkata rakyat perlu memilih kerajaan yang layak, mampu merancang dan mampu melaksanakan perubahan.Nah, apa lagi rakyat tunggu, pilihlah PR kerana PR mampu dan berani melakukan perubahan demi rakyat yang disayangi.


    BN yang diterajui Najib selama empat tahun sudah menunjukkan kepada kita betapa mikronya otak mereka untuk melakukan perubahan.Najib gagal berubah kerana Najib sendiri tidak bersedia untuk berubah, terus menjadi bidan kampung!
    Kita lihat sendiri dasar transformasinya hanyalah usaha mikro tak ubah seperti usaha seorang penjaja untuk memajukan perniagaannya.Mana mungkin kerajaan yang berotak mikro dipilih memimpin sebuah negara yang kaya dengan hasil buminya?
    Dalam ilmu ekomoni dan sosiologi, dihuraikan kepentingan kerajaan yang berotak makro, yang boleh menyediakan keperluan asas kepada rakyatnya dan kerana itu rakyat diwajibkan membayar cukai sebagai balasan kepada khidmat makro kerajaan ini.Kerajaan inilah masih dicari oleh rakyat Malaysia bagi menggantikan kerajaan berotak mikro kerana kerajaan berotak mikro dalam suasana kutipan haisil yang besar merugikan rakyat.Kenapa? kerana akan terdapat lebihan hasil yang kemudianya diagihkan kepada orang orang yang tidak layak menerimanya seperti anak beranak dan kroni.Inlah yang berlaku di Malaysia selama lebih 50 tahun ini.
    Rakyat yang sepatutnya mendapat nikmat dari kekayaan negara terpaksa pula membayar kepada setiap hasil yang disonglap oleh anak beranak dan kroni. rakyat yang sepatutnya mendapat pendidikan percuma dipaksa membayar balik setiap perbelanjaan yang dihabiskan untuk mendapatkan pendidikan itu sedang kroni mereka terus mencuri harta rakyat.Rakyat yang tinggal di negara pengeluar minyak wajib diberi minyak yang murah, kemudahan infrastruktur tidak perlu dibayar, rakyat yang miskin perlu dibela, kemudahan kesihatan juga perlu meluas dan mudah diperolehi .
    Ini bermakna janji PR bukanlah sesuatu yang baru, tetapi merupakan tanggungjawab kerajaan yang sepatutnya dilaksanakan lebih 50 tahun yang lalu.Ternyata kerajaan BN dan kerajaan Najib tidak mampu melakukan perubahan makro yang terlalu lama due untuk rakyat.Pengenalan produk 1Malaysia cumalah usaha mikro kerajaan yang tidak patut diterima sebagai jasa kerajaan kepada rakyat kerana rakyat membayar harga yang terlalu malah untuk sebuah kerajaan berbanding bantuan mikro yang disediakan kerajaan.
    Bidan kampung yang sinonim dengan menakutkan rakyat kepada hospital dan kaedah perubatan moden nampaknya meresap terlalu ke dalam diri Najib dan sesungguhnya keadaannya tidak dapat diselamatkan lagi.
    Tolak bidan kampung , tolak Najib, tolak BN... 

     Selagi umno/BN berkuasa...
    Posted on Wednesday, May 01 @ 10:00:00 MYT
    Dilulus untuk paparan oleh memo

    Oleh: IbnuSabah

    "Kata-kata hukama : Untuk membaiki dunia, maka baikilah manusianya. Untuk membaiki manusia, maka terlebih dahulu baikilah hatinya.

    Untuk merubah Malaysia kena ubahlah pemimpinnya. Untuk merubah pemimpinnya. Maka rakyatnya wajib berubah. Ini Kali Lah!

    Rakyat Malaysia yang tercinta, percayalah selagi umno/BN terus berkuasa dalam politik negeri dan Negara yang kita sayangi ini PERUBAHAN KE ARAH LEBIH BAIK DALAM PENTADBIRAN, PENGURUSAN, PENDIDIKAN, EKONOMI, PERUNDANGAN, SOSIAL, KEBAJIKAN, KESELAMATAN DAN APA JUA TIDAK MUNGKIN akan kita kecapi lagi perubahan terbaik itu untuk rakyat...

    Percayalah slogan Rakyat didahulukan hanyalah slogan manis indah umno/BN untuk memperdaya dan memerangkap kita semua...

    Betul Rakyat didahulukan dengan beban hidup yang menghimpit hidup rakyat harga MINYAK TERUS MENINGKAT NAIK...harga barangan asas gula, susu, tepong juga naik...

    Hutang Negara juga terus NAIK KINI MENCECAH ANGKA YANG AMAT MEMBIMBANGKAN...RM500 billion bukan 500 juta, tapi 500 ribu juta.

    PRU 13 pada hari Ahad 5 Mei 2013 inilah peluang rakyat Malaysia untuk berubah bersama para pemimpin Pakatan Rakyat PAS/PKR/DAP untuk Malaysia yang baru, pemerintah Malaysia yang baru.

    Dengan sosok peribadi para pemimpin Pakatan Rakyat PAS/PKR/DAP seperti Nik Aziz, Anwar Ibrahim, Haji Hadi, Dr Harun Din, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Husam, Mahfuz, Salahuddin Ayub, Mat Sabu, Azmin, Saifuddin Nasution, Sivarasa, Nurendren, Tian Chua, TS Khalid Ibrahim, Khalid Samad, Dr Dzulkiley, Dr Mariah,Ustaz Idris Ahmad, Ustaz Azizan, Takiyuddin Hassan, Lim Guan Eng, Anthony Loke, Tony Pua, Teresa, Dr Manuty, Mustafa Kamil, Mazlan Aliman, Dr Mujahid Yusof Rawa, Nasrudin Tontowi, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Ibrahim, Dato' Fauzi Abdul Rahman, Dato Chua Jui Meng, Fauziah Saleh, Nurul Izzah dan lain-lain sebenar lebih berwibawa untuk memimpin dan mentadbir negeri dan Negara Malaysia dengan lebih baik.

    Berbanding sosok dan peribadi para pemimpin umno/BN dari Najib, Mahyuddin, Chua Soi Lek, Shafie Afdal, Mahathir, Zahid Hamidi, Noh Omar, Nazri, Azalina Said, Jamil Khair, Mashitah, Koo So Kun, Rosnah Shirlin, Hanifah Aman, Musa Aman, Ahmad Said, Ghani Othman, Isa Samad, Ali Rustam, Dr Zambry, Adnan, Mohamed Hassan, Taib Mahmud dan lain-lain yang dimaklumi majority rakyat terpalit dengan berbagai-bagai isu dan skandal.

    Rakyat Malaysia kena bijak dan cerdik. 12 kali pilihanraya tak kan selama-lama masih diperbodohkan.

    Andai umno/BN terus berkuasa lagi selepas PRU 13 ini, percayalah kesombongan, keangkuhan dan kezaliman umno/BN juga akan terus-menerus mencengkam kuasa milik rakyat Malaysia.

    Rakyat Malaysia akan dipersetankan, rakyat Malaysia akan diperbodohkan lagi, rakyat Malaysia akan menerima banyak lagi beban hidup yang menghimpit kehidupan di dalam semua bidang...

    Ya kalian sebagai rakyat Malaysia kurang pendapatan RM3,000 dihamburkan RM500 BR1M, dihambur lagi RM500 BR1M kali kedua, pelajar dapat RM100, mahasiswa dapat baucar buku RM200.

    Dianggarkan 5.2 juta rakyat daripada 28 juta rakyat dapat BR1M kali pertama sejak merdeka 56 tahun dulu. BR1M ini cuma bernilai makanan terselit dicelah gigi.

    Mereka para pemimpin umno/BN yang tamak dan rakusnya mereka meratah dan menyamun harta rakyat, harta negeri dan Negara melalui nama-nama projek itu projek ini puluh juta untuk seorang keluarga menteri, ada ratus juta untuk keluarga menteri.

    Ambil beberapa contoh seperti kes projek lembu yang tak jadi RM250 juta untuk seorang keluarga menteri, projek dibawah kementerian belia seorang anak menteri dapat RM30 juta.

    Boleh anda sebagai rakyat yang cerdik dan tak buta hati, tak juga buta akal budi membandingkan rakyat 5.2 juta setiap seorang dapat RM500. Seorang keluarga menteri mungkin ada 5, 6 orang anak dapat atas nama projek kerajaan RM250 juta.

    Seorang lagi anak menteri yang memang dah kaya raya dapat RM30 juta atas nama projek kerajaan juga.

    Beberapa orang lagi anak bekas perdana menteri menjadi orang terkaya di Malaysia kerana meratah harta rakyat, khazanah negeri dan Negara semasa bapak jadi perdana menteri.

    Apa punya umno/BN, mereka ingat wang dan harta negeri dan Negara ini mereka punya anak beranak ka...boleh agih sesuka hati mereka. Sekian banyak untuk anak bini aku jalankan projek kerajaan, sekian banyak lagi kamu agih-agihkan la sesama kamu.

    Rakyat tak cemburu menteri, anak menteri mau jadi kaya. Tapi biarlah kaya ikut jalan yang betul. Yang rakyat marah anak-anak kamu kaya raya sebab bapa kamu jadi perdana menteri, jadi menteri, jadi menteri besar, ketua menteri...

    Allah Subhanahu wa Ta'ala tunjukkan bukti yang zahir dapat dilihat rakyat, bilamana ada menteri besar umno/BN didapati salah kerana rasuah, nyatalah mereka kaya raya kerana wang haram itu.

    Rakyat Malaysia MESTI BANGUN, WAJIB BANGKIT untuk menghentikan semua angkara jahat para pemimpin umno/BN...untuk menyelamatkan harta dan khazanah negeri dan Negara dari diratah dan disamun oleh para pemimpin umno/BN.

    Untuk selamatkan wang rakyat dari diagih-agihkan sesama anak beranak dan adik beradik para pemimpin umno/BN yang rasuah dan tidak amanah itu.

    Untuk menyelamatkan wang dan harta rakyat, negeri dan Negara dari diagih-agihkan sesama krooni dan juga tauke belaan umno/BN.

    Kuasa rakyat Malaysialah yang akan menamatkan nafsu jahat, nafsu serakah, nafsu tamak, nafsu rakus para pemimpin umno/BN itu.

    Rakyat Malaysia WAJIB UNDI PAKATAN RAKYAT PAS/PKR/DAP pada PRU 13 hari Ahad 5 Mei 2013 ini.

    Insya Allah bi izniLlah dengan UNDI RAKYAT MALAYSIA kemenangan Pakatan Rakyat PAS/PKR/DAP akan membawa sinar baru di bumi Malaysia. Dengan kepimpinan yang bertaqwa, amanah, adil dan tidak rasuah memimpin dan mentadbir negeri dan Negara ini, insya Allah, insya Allah kata Maher Zain... rakyat, negeri dan Negara kita Malaysia bumi bertuah ini akan lebih aman, damai dan berkat.

    Sebagai rakyat yang bijak, cerdik dan merdeka ANDA JANGAN TAKUT, JANGAN BIMBANG UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN PARTI KERAJAAN YANG BARU UNTUK MENTADBIR DAN MEMIMPIN NEGERI DAN NEGARA KITA.

    Ya Allah makbulkan doa-doa kami hamba-hamba-Mu yang lemah ini, kurniakanlah kami, negeri dan Negara kami Malaysia ini pemimpin-pemimpin yang bertaqwa, pemimpin-pemimpin yang baik, pemimpin-pemimpin yang amanah, pemimpin-pemimpin yang adil untuk memimpin dan mentadbir negeri dan Negara kami dengan lebih baik.

    Ya Allah bukakanlah pintu hati seluruh rakyat Malaysia yang layak mengundi agar mereka bersatu hati memilih dan mengundi calon-calon Pakatan Rakyat PAS/PKR/DAP dalam PRU 13 ini.

    Ya Allah kurniakanlah kemenangan calon-calon Pakatan Rakyat PAS/PKR/DAP sesungguhnya Ya Allah Engkau Maha Kuasa, Maha Mengetahui kebaikan, keikhlasan dan sifat jujur dan amanah para pemimpin Pakatan Rakyat untuk berusaha membawa perubahan dalam kepimpinan dan pentadbiran dalam negeri dan Negara kami, amin ya Rabbal'alamin

    TaqabalaLlahu minna wa minkum!!!

    UNDILAH CALON-CALON PAKATAN RAKYAT PAS/PKR/DAP DI TEMPAT ANDA

    INI KALI LAH!!! ALLAHU AKBAR!!! REFORMASI!!!!!!!!!!!!!!"

    Tiada ulasan: