Sabtu, 4 Mei 2013

SAPE YANG MENGEMIS SELAMA NI...TADAH DUIT KUTIP TOL...SAPE LAH MERAYU2 MINTA PELUANG PADA RAKYAT...DULU2 BUAT KEZALIMAN TAK FIKIR MASAK2

Dr M: PAS, Anwar mengemis pada DAP
10:26AM Mei 4 2013  
Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai parti yang menjadi penyebab kepada berlakunya perpecahan dalam kalangan masyarakat Melayu di negara ini.

Bekas perdana menteri itu berkata Melayu yang dulunya kuat dan bersatu padu di bawah satu parti menjadi lemah apabila golongan ulama Umno kecewa mendapatkan kerusi bertindak keluar daripada parti itu dan menubuhkan PAS.

NONE"PAS memecah belahkan orang Umno. Ramai juga yang masuk PAS, pecah orang Umno biar Umno jadi lemah dan bermula dari situ orang Melayu berpecah kepada dua kumpulan," katanya.

Sampai hari ini pun, PAS di bawah kepimpinan Datuk Nik Abdul AZiz Nik Mat masih gilakan kuasa, katanya demikian di hadapan kira-kira 5,000 penyokong Barisan Nasional (BN) pada majlis bacaan Yassin dan solat hajat di Pusat Komersial Permatang Pauh, di Bukit Mertajam malam tadi.

Turut hadir Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dan calon BN bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh Dr Mazlan Ismail, Datuk Mohamad Nasir Abdullah (DUN Seberang Jaya) dan Anuar Faisal Yahaya (DUN Permatang Pasir).

Dr Mahathir berkata perpecahan masyarakat Melayu di negara ini menjadi semakin ketara apabila Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menubuhkan PKR untuk membolehkan angan-angannya untuk menjadi Perdana Menteri tercapai.

Beliau berkata perpecahan itu menyebabkan masyarakat Melayu bertambah lemah dan terpaksa 'mengemis' di negara sendiri seperti mana PAS dan Anwar mengemis kepada DAP untuk mendapatkan sokongan.

Selain itu, Dr Mahathir mengingatkan penduduk di Permatang Pauh supaya tidak bersubahat dengan Anwar dan perlu menolak Ketua Umum PKR itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Ahad ini.

Justeru, beliau menyeru rakyat supaya terus menyokong BN bagi memastikan gabungan itu kekal sebagai kerajaan yang memerintah negara ini.

- Bernama
Najib: Saya rayu tuan fikir masak-masak
10:41AM Mei 4 2013  
Dua puluh empat jam sebelum pengundian esok, Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak hari ini merayu rakyat Malaysia supaya berfikir masak-masak sebelum membuat keputusan memilih pihak mana dalam pilihan raya umum ke-13.

Katanya, sokongan rakyat Malaysia terhadap BN amat penting untuk memastikan negara ini terus berada di landasan pembangunan dan meneruskan perjalanannya ke arah melaksanakan transformasi secara menyeluruh, lapor Bernama.
NONE"Saya merayu kepada tuan-tuan dan puan-puan supaya meneliti, mendengar dan berfikir dengan semasak-masaknya sebelum membuat keputusan tentang masa depan negara ini," beliau dipetik sebagai berkata.

Sementara itu, agensi berita nasional juga melaporkan Najib sebagai berkata, pilihan raya umum kali ini perlulah ditentukan bersandarkan menepati janji, mendukung harapan dan kebolehpercayaan.

"Tidak sepatutnya wujud ruang untuk mereka yang menabur janji kosong dan akhirnya tidak mampu ditunaikan, gemar menyebar fitnah, memanipulasi fakta serta meraih sokongan berasaskan kebencian serta perpecahan," kata perdana menteri dalam surat terbuka kepada rakyat Malaysia.

Lebih 13 juta rakyat Malaysia layak mengundi pada pilihan raya umum kali ini.

'BN, Zul Noordin sudah minta maaf'
Sementara itu, bercakap kepada masyarakat India di Klang hari ini, Najib meminta kelompok itu memberi mandat yang besar kepadanya dalam pilihan raya umum bagi membolehkan beliau terus menerajui negara.

Beliau berkata setiap undi untuk BN daripada masyarakat India akan memastikan kebajikan yang berterusan diberi oleh parti gabungan itu, lapor Bernama lagi.

NONENajib juga berkata, kerajaan dan calon BN sentiasa mengamalkan sikap terbuka dengan meminta maaf atas kesilapan mereka dan berjanji tidak akan mengulanginya.

"Kita minta maaf atas kesilapan dulu, calon BN di Shah Alam (Zulkifli Noordin) meminta maaf atas kesilapan beliau dan berjanji akan membina sebuah kuil di Shah Alam apabila menang nanti, tapi Pakatan tidak berbuat demikian.

"Mereka merobohkan tujuh kuil di Selangor dalam masa lima tahun ini," beliau dipetik sebagai berkata.

Zulkifli sebelum ini meminta maaf kepada masyarakat India selepas menerima kritikan hebat ekoran rakaman video di YouTube yang
Saya bukan 'Super Woman’
RAZIF ROSLI
4 Mei 2013
Saya bukan 'Super Woman’
Hamidah memangku Mohd Razlan Rajis (32 hari) sambil diperhatikan Noraini Albaris Maulad Karim, ketika Hamidah melawat keluarga terbabit yang terlibat dalam kebakaran.
IPOH – Ketua Penerangan Wanita Umno, Datuk Hamidah Osman menafikan dakwaan kononnya beliau merampas peralatan untuk menaikkan bahan kempen dalam satu kejadian di Kampung Tersusun, Tasek Idaman Batu Gajah, Khamis lepas.

Hamidah yang juga calon Barisan Nasional (BN) Dun Sungai Rapat menempelak pihak pembangkang dan meminta mereka mengemukakan bukti jika benar beliau merampas barang berkenaan.

“Mereka tuduh saya macam-macam. Adakah mereka punya bukti dan jika benar saya rampas peralatan mereka, mengapa mereka tidak pertahankan? Takkan semudah itu saya boleh rampas.

“Kuat sangat kah saya ni sampai boleh buat perkara sedemikian? Dulu kata saya cekak kolar calon PKR (Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye) dan sekarang kata saya rampas pula peralatan mereka, adakah saya ni ‘Super Women’ hingga boleh buat begitu?,” katanya.

Terdahulu, seorang petugas Pas di Batu Gajah, Razelah Ahmad Bistamam, 30, membuat laporan polis mendakwa peralatan yang digunakan untuk menaikkan bahan kempen dirampas Hamidah dan pengikutnya.

Kejadian berlaku di Kampung Tersusun, Tasek Idaman di Batu Gajah kira-kira jam 2 pagi ketika Razelah bersama 20 orang petugas parti menaikkan papan iklan dan bendera.

Mengulas lanjut, Hamidah berkata, tuduhan yang dilemparkan kepadanya membuktikan pembangkang semakin terdesak untuk mendapat sokongan ramai menjelang pilihan raya 5 Mei ini.

“Mereka sudah tidak yakin akan menang di Sungai Rapat hingga memanggil ‘orang luar’ Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin untuk berceramah. Kononnya ingin membongkar isu rasuah.

“Jika Mohammad Nizar mempunyai bukti kemukakan pada pihak berkuasa. Kalau setakat cakap sesiapa pun boleh bercakap dan membuat pelbagai tuduhan. Malah saya juga boleh mengatakan Mohammad Nizar terlibat rasuah dan salah guna kuasa,” katanya lagi.
Sangsi jumlah pengundi
Wartawan Sinar Harian
4 Mei 2013
Sangsi jumlah pengundi
Hian Wah menunjukkan senarai nama pengundi berusia lebih 80 tahun yang didakwanya sebagai tidak logik.
SERI KEMBANGAN – Calon DAP kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah mendakwa sangsi dengan jumlah pengundi berusia lebih 80 tahun di kawasan ditandinginya.

Beliau mendakwa berdasarkan maklumat diperoleh daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seramai 527 daripada 37,000 senarai pemilih berdaftar adalah mereka yang  berusia 80 tahun ke atas.

Katanya, usia paling tua pemilih berdaftar masih direkodkan dalam senarai itu berusia 105 tahun.

Jelasnya, beliau mengesyaki sesuatu yang tidak logik kerana berpendapat ramai daripada senarai nama itu sudah meninggal dunia.

Hian Wah berkata, beliau kecewa meski isu sudah banyak kali dibangkitkan namun senarai nama yang bersih dan tepat masih gagal dikeluarkan SPR.

“Kita sangsi kerana secara purata golongan lelaki di negara ini hanya hidup sehingga berusia 70 tahun manakala perempuan berusia 75 tahun.  Saya minta SPR beri penjelasan berhubung perkara ini, mengapa mereka tidak kemas kini senarai nama sedangkan data kematian boleh diambil daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan pihak polis,” katanya.

Hian Wah berkata, apa yang dibimbangi identiti nama pemilih yang sudah meninggal dunia disalah guna pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Jelasnya, rakyat sudah tiga kali lancar kempen Bersih mendesak pilihan raya yang bersih. Justeru beliau mendesak SPR melaksanakan pilihan raya secara bersih 5 Mei ini.
Tiada istilah 'rakan BN'
NOR ‘ASYIKIN MAT HAYIN
4 Mei 2013
Tiada istilah 'rakan BN'
Muhyiddin ketika melakukan tinjauan mesra sekitar pekan Bukit Gambir sebelum melancarkan Gelombang Biru Wanita BN Parlimen Ledang, semalam. - Bernama
LEDANG - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, calon Bebas yang merupakan bekas anggota Umno atau Barisan Nasional (BN) tidak harus diberi simpati kerana mereka jelas menentang parti apabila membuat keputusan bertanding sebagai calon Bebas.

Beliau berkata, tiada istilah 'rakan BN’ dan simpati buat mereka walaupun antaranya ada yang pernah menjadi  wakil rakyat, pemimpin dan ahli Umno.

“Saya nak jelaskan mereka bukan lagi ahli Umno dan mereka adalah musuh kerana menentang kita.

“Jawatankuasa Disiplin dah pecat mereka, jangan bagi simpati pada mereka,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Rakyat 1Malaysia dan Pelancaran Gelombang Biru Wanita BN Ledang di Stadium Foong Yoon Kong, di Bukit Gambir, dekat sini, semalam.

Turut hadir calon BN Parlimen Ledang, Ir Hamim Samuri; calon Dun Gambir, M Asojan; calon Dun Tangkak, Goh Tee Tee dan calon Dun Serom, Abdul Razak Minhat. Muhyiddin berkata, tiada maaf kepada mereka (calon Bebas) yang sudah dianggap musuh nombor satu.

“Jika kita kasihan, parti akan kalah dan maruah akan tergadai. Jadi jangan bagi satu undi pun kepada mereka,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau menggesa jentera BN melipatgandakan usaha untuk memastikan kemenangan besar dapat diperoleh oleh calon dipilih.

“Saya bangga gelombang biru kini berada di mana-mana dan diterima baik rakyat  seluruh negara dengan sambutan luar biasa.

“Memang tidak diduga (sambutan gelombang biru) bukan dalam kalangan orang Melayu tetapi kaum lain juga. Kita harap BN akan sekali lagi diberi kepercayaan (sebagai kerajaan Pusat) di Putrajaya dan (kerajaan negeri) di Nusajaya,” katanya.

Katanya, respons penerimaan rakyat kepada BN semakin baik hasil perkhidmatan terbaik yang diberikan dan  usaha penolakan pembangkang perlu diteruskan sampai bila-bila.
Isu video seks: Mustafa Ali sedia lafaz sumpah laknat

4 Mei 2013
Mustafa Ali
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali
MARANG - Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali berkata beliau bersedia melafazkan sumpah laknat berhubung video seks yang dikaitkan dengannya, jika isu itu menjejaskan parti itu.
  
Mustafa berkata beliau meminta pandangan dua pemimpin tertinggi Pas iaitu Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung perkara itu.
  
Bagaimanapun, katanya mereka memaklumkan bahawa beliau tidak perlu berbuat demikian.
  
"Jadi, sebab itu, walaupun macam-macam surat khabar sebut, saya tak kisah, tak gugur pun bulu roma saya, apa yang disebut surat khabar dan blog, saya masih boleh melaksanakan (tugas) dan tak jejas apa-apa.
  
"Ini adalah pandangan yang diberikan oleh autoriti dalam Pas, tak ada pandangan yang lebih tinggi selain Mursyidul Am dan Presiden yang mengatakan demikian," katanya dalam satu ucapan di Rusila malam tadi.
  
Dalam ucapan itu, Mustafa turut menafikan beliau adalah individu dalam video seks berkenaan.
  
"Saya tetap dengan pendirian saya, penyebaran video itu adalah kerja Umno, saya ada bukti tetapi tidak boleh kemukakannya sekarang, kita akan bertemu di mahkamah," katanya.  - Bernama
Kajiselidik: Populariti Najib merosot, BR1M tak jalan...
5:40PM Mei 3 2013  
Ketika negara semakin menghampiri hari pengundian Ahad ini, kajiselidik terbaru Merdeka Centre mendapati rating Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak merosot 3 peratus berbanding tinjauan terakhirnya sebelum ini.

najib announcing affordable house penang 300413 01Kajiselidik di kalangan pengundi di Semenanjung antara 28 April hingga 2 Mei itu juga meletakkan Pakatan Rakyat mendahului BN dari segi parti pilihan untuk membentuk kerajaan.

Populariti Najib menurun sedikit daripada 64 peratus dalam kajiselidiknya yang dijalankan pada bulan Mac, kepada 61 peratus sekarang - beberapa hari sebelum hari pengundian Ahad ini.

Merdeka Centre berkata angka itu mencerminkan penurunan faktor "feel good" yang sebelum ini dijana ketika pengagihan besar-besaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan juga bentuk sumbangan wang tunai yang lain.

Kebimbangan terhadap ekonomi mendahului senarai isu-isu yang pengundi mahu diperbincangkan, iaitu pada 25 peratus.

Kerusi marginal tentukan pemenang
Berdasarkan hasil kajiselidik, Merdeka Center berkata pemenang pilihan raya umum kali ini akan ditentukan oleh pihak mana yang berjaya memenangi sebahagian besar daripada 46 kerusi marginal parlimen di seluruh negara - semuanya dalam margin 3 peratus undi.

Tiga puluh empat daripada kerusi marginal itu adalah di Semenanjung Malaysia manakala masing-masing enam kerusi di Sabah dan Sarawak.

Selain daripada kerusi marginal, pusat itu meramalkan bahawa BN akan menang kira-kira 81 kerusi Parlimen manakala Pakatan akan menang kira-kira 89 kerusi.

Kajiselidik itu dijalankan di kalangan 1,600 pengundi berdaftar melalui temubual telefon, dengan 59 peratus responden Melayu, 32 peratus Cina dan 9 peratus India. 
NONE



 
 

Tiada ulasan: