Sabtu, 4 Mei 2013

MEMBUAT TAK MEMIKIRKAN AKIBAT

Temerloh akan jadi tapak buangan sisa Lynas?

Harakahdaily, 04 Mei 2013


TEMERLOH: Penemuan sebuah tapak seluas 150 hektar yang sedang dalam pembinaan sebagai kawasan pelupusan sisa pepejal negara di Belengu, Temerloh telah menimbulkan rasa resah di kalangan penduduk.

“Apa yang menimbulkan keraguan di ramai pihak, khususnya penduduk di kawasan Temerloh, yang banyak bertanya – terkejut dengan projek sebesar begini – kalau tempat ini dianggap sebagai tempat pelupusan sisa sampah – ia sebagai satu benda yang pelik kerana kawasan ini digali dengan begitu luas,” kata Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam sidang akhbar di sini petang tadi.

Tuan Ibrahim berkata rakyat perlu mengetahui tujuan sebenar tapak seluas ini, kos pembinaan dan pihak yang terlibat.

“Dan bagaimana mekanisme projek tersebut diberi – runding terus atau tender? Kita mendapati projek ini menimbulkan satu tanda tanya kepada penduduk kerana mekanisme menyediakan tapak yang begitu luas – apakah ia mempunyai kaitan dengan syarikat Lynas?” tanya beliau.

Ini kerana, katanya, sehingga kini rakyat masih tidak mengetahui di mana tapak pelupusan sisa radioaktif Lynas akan ditempatkan. Lebih-lebih lagi, apabila Nicholas Curtis, pengerusi Syarikat Lynas berkata tidak peruntukan untuk membawa sisa-sisa Lynas ke luar negara sebelum ini.

“Penduduk ingin mengetahui apa tapak sisa pepejal ini akan digunakan sebagai tapak pelupusan sisa Lynas? Kerajaan perlu berterus-terang dengan penduduk kerana kita dapati seolahnya satu projek yang tersembunyi – kita tidak dibenarkan masuk ke kawasan tersebut – kita dapat ambil gambar dari luar. Rakyat perlukan maklumat lebih detail mengenai projek ini,” tegas beliau.

Tuan Ibrahim juga berharap Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan kerajaan negeri Pahang tampil menjelaskan keadaan sebenar di belakang projek ini dan berterus-terang ke manakah sisa radioaktif daripada Lynas hendak dibuang.

“Apakah Temerloh akan menjadi satu lokasi baru bagi pembuangan sisa tersebut? Dan kalau ini berlaku, ini satu malapetaka yang terpaksa dihadapi oleh penduduk Temerloh.

"Sehubungan itu, PAS Pahang harap kerajaan dapat memberikan penjelasan mengenai projek tersebut pada kadar yang segera kerana perlu mendapat maklumat dalam memilih kepimpinan negara,” tegas beliau.

Di sidang akhbar yang sama, calon PAS di Temerloh, Ustaz Nasrudin Hassan berkata dalam isu ini, PAS Pahang mementingkan isu alam sekitar dan keselamatan penduduk.

“Sudah tentu, kita perlukan jaminan daripada pihak berkuasa. Jadi, bagi pihak kami, pada bila-bila masa, kepada mana-mana pihak jua – kita akan pastikan alam sekitar terjaga dan keselamatan penduduk terpelihara.

Apa yang paling ialah ketelusan dalam apa jua tindakan dan projek. Perlunya sikap berterus-terang supaya rakyat mengetahui betul-betul keadaan sebenar,” tegas beliau, yang juga Ketua Pemuda PAS Pusat.

Saya terharu pengorbanan ummi - Husam

Salmah Mat Husain, 04 Mei 2013


KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yakin calon PAS P.125 Putrajaya, Datuk Husam Musa, mampu menghadapi ujian getir kematian ibu hari ini, sehari sebelum PRU13.

Katanya, beliau juga berharap Husam diberi ganjaran pahala kerana kesabarannya dan menganugerahkan kemenangan untuknya.

“Datuk Husam ni memang terkenal sebagai aktivis yang tidak ada kerenah sejak zaman muda lagi.

“Mudahan dia bersabar begitu juga adik beradiknya yang lain bersabar banyak-banyak, moga Allah tempatkan allahyarham ibunya di kalangan orang yang soleh,” ujarnya.

Tuan Guru berkata demikian ketika ditemui sewaktu mengunjungi kediaman bonda Datuk Husam, di Kampung Kota, dekat sini petang tadi. (Gambar)

Sementara itu, Husam ketika ditemui mengakui kematian ibunya begitu menyedihkan apa lagi di saat akhir untuk menghadapi PRU13.

Jelasnya, sebagai anak sulung beliau begitu rapat dengan ibu, malah setiap tindak tanduk dan apa saja yang ingin dilakukan terlebih dahulu memohon restu ibu.

Ibu yang dipanggil ummi, memberi keizinan kepadanya untuk bertanding pada PRU ini di Dun Salor dan Putrajaya.

“Sebelum penamaan calon, pada 19 April lalu, saya bertemu ummi, memohon restu untuk bertanding, ummi mengizinkan.

“Saya cukup terharu di atas pengorbanan ummi untuk saya dan keluarga semua sepanjang hayatnya, moga doa restu ummi memberikan kejayaan besar untuk kita di sini, Malaysia khususnya,” ujarnya.

Hajjah Salma Idris, 72, meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Kelantan ll kira-kira jam 11.55 pagi tadi.

Allahyarham meninggalkan 11 orang anak, 51 orang cucu dan seorang cicit.

Jenazahnya dikebumikan malam ini di Tanah Perkuburan Islam Kota yang kebetulan di hadapan kediaman allahyarham.

Turut menziarahi bonda saudara Sultan Kelantan, Tengku Salwani Sultan Yahya Petra dan isteri Menteri Besar Kelantan, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak.

Hatinya terbuka untuk sertai PAS

Suhaila Lukman, 04 Mei 2013
Alhamdulillah.. Saya telah mendapat keizinan dari tuan punya tubuh untuk berkongsi pengalaman menarik beliau dan kenapa beliau boleh terbuka hati untuk sertai PAS. Saya telah mengenali beliau dalam tempoh yang yang lama dan menganggap beliau seperti ahli keluarga sendiri, setelah mengenali latar belakangnya dan seringkali berkunjung ke rumahnya dan membalas kunjungan, dari kacamata saya, beliau seorang yang hebat dan cekal. Kini beliau sedang aktif dalam berdakwah, juga merupakan seorang pengasas Maahad Tahfiz Lil Aytam. Saya rapat dengan anak-anak beliau, anak sulungnya fasih berbahasa Mandarin sejak kecil dan kini sedang giat memperkasakan hafalan Al-Qur'an. Rumahnya dijadikan sebagai Maahad Tahfiz.
Pada mulanya, saya terkejut apabila melihat wall beliau penuh dengan artikel berkenaan PAS dan diiringi pula gambar-gambar yang menghijaukan wall beliau di Facebook. Setelah diteliti, saya membuat kesimpulan bahawa beliau telah berhijrah. Saya teruja dengan penghijrahannya. Hati terus terdetik untuk bertanyakan sesuatu. Kenapa PAS menjadi pilihannya dan bagaimana permulaan beliau jatuh hati dengan PAS.

Ringkas jawapannya tapi cukup menyentuh hati saya, sebak. Saya cuba mengulas jawapan beliau. Katanya, "Tok Guru lebih kecil & lemah tubuhnya dari yang dibayangkan selama ini. Bukanlah seorang yang tinggi, kuat, garang seperti yang kakci bayangkan. Bila tengok TG untuk pertama kali semasa program Abg Mu'adz Dzulkefly Full di tepi pantai Kelantan, wajah TG sangat tenang, berseri2 dengan NUR ISLAM. Kci terasa bertuah dapat tengok wajah TG dan tidak boleh lupa. Percakapan TG simple, tidak seperti ketua-ketua Barisan Nasional (BN) yang selalu kci pernah jumpa. Terpikat dengan akhlak TG." -Buktinya boleh lihat printscreen di bawah:-

Sedikit celahan, Kematian tidak mengira umur dan pangkat. Mohon Najib Razak untuk hadham hadis ini memandangkan umur pun sudah meningkat:

Rasulullah s.a.w bersabda:

Tidak seorang pun yang dikehendaki Allah memimpin rakyat, kemudian ketika mati dia masih dalam keadaan menipu rakyatnya, melainkan Allah pasti mengharamkan syurga ke atasnya.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Point yang saya dapat, beliau tertarik untuk sertai PAS kerana akhlak Tok Guru kita. Kerana AKHLAK. Dan kerana perjuangan yang dibawa oleh PAS. Dan sehingga saat ini, beliau aktif berkempen dan memperjuangkan PAS.

Dear Kakci, "Tahniah su ucapkan! Kerana membuat pilihan yang terbaik. Teruskan perjuangaan kakci dan jangan lupa pangkah PAS pada 505 ini. Tunggu su balik Malaysia, banyak perkara nak dikongsi bersama.. :)

Sengaja saya kongsikan kisah ini supaya dapat membuka mata rakyat dalam memilih dan menilai. Pentingnya memilih pemimpin demi masa depan negara, masa depan rakyat, untuk generasi akan datang dan yang penting untuk ISLAM.

Kebenaran yang tidak terancang akan kalah dengan kebatilan yang terancang. Walaupun mereka menggunakan segala taktik kotor dan penipuan, ingatlah Allah sedang memerhati segala kerja kamu. Dan jangan kamu lupa bahawa Allah lebih berkuasa. Seperti yang saya lihat perkasanya dan giatnya Munajat PRU yang dibuat di kelantan yang disusuli di tempat-tempat lain sehingga ke saat terakhir. Terfikir saya, BN ada buat macam tu? Buktikan pada saya kalau pemimpinnya ada menganjurkan sebegitu dan suasananya seperti itu. Benarlah dakwaan Bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib mendakwa Umno BN tidak pernah "membuka" al-Quran semasa menguruskan parti sepanjang pengalaman beliau menjadi ahli dan pemimpin parti berkenaan.

Ini menunjukkan betapa tingginya kebergantungan kita kepada Allah. Kita ada ALLAH. InsyaAllah suasana seperti di Kelantan akan dilihat di seluruh Malaysia selepas 505!

505 segalanya akan berubah. Masanya sudah tiba. Saya sokong BN untuk jadi pembangkang. Dan kami PR telah bersedia untuk melangkah ke kota Konstantinopel (Putrajaya) bersama tentera-tentera. 1 undi anda penentu masa depan negara. Buat pilihan yang tepat.

SELAMAT MENGUNDI BUAT SELURUH RAKYAT MALAYSIA KHASNYA!
(Ucapan ini tertolak sama sekali untuk para pengundi Bangla)

Mu'tah Jordan
(04.05.13)

Ulama kelindan dan ulama imam

Subky Latif, 04 Mei 2013
UMNO boleh ditempelak lagi kerana ia juga menampilkan ramai  calon ulama dalam PRU13 ini yang diyakini oleh pemimpinnya Datuk Seri  Najib sebagai calon boleh menang.
Maka bukan saja PAS yang ramai  calon ulama, UMNO juga ada ulamanya.

Bukanlah ini kali  saja UMNO mengemukakan calon ulama, bahkan sejak sebelum merdeka lagi ada calon ulamanya. Contohnya, Haji Ahmad Badawi sudah jadi  calon Perikatan sejak awal. Datuk Haji Hassan Yunus, lulusan Azhar, Mesir jadi Menteri Besar Johor pertama selepas merdeka.

Dalam semua masa ada calon ulama di sana  satu, di sini satu.

Tetapi dalam era Islam Hadhari dan Wasatiyah, UMNO dilihat seolah-olah kalah dalam menampilkan ulamanya. Kebanyakan  ulama yang diketengahkannya tidak angkat muka berdepan dengan PAS sehingga orang ramai terasa ulama ada dalam PAS saja. Dalam UMNO kalau pun ada, dirasakan seperti tak ada.

Bagi mengatasi rasa rendah itu dalam PRU13 ini ramai ulama muda jadi calon UMNO, maka media pun kata tak boleh lagi PAS mendakwa, ia  saja yang penuh dengan ulama.

Tidak  berbangkit UMNO tidak  ada ulama. Ada ulamanya. Apakah mereka lantang seperti ulama PAS mahukan pentadbiran Islam, itu adalah masalah mereka. Kehadairan mereka dalam UMNO sejak dari mula tidak pernah mencerminkan  UMNO sebagai parti yang memperjuangkan Islam sebabgai addin dan mahu menjadikan Islm sebagai teras perundangannya.

Hingga orang berkata kalau memperjuangkan Islam dan tauhid sertalah PAS, Kalau mahukan Islam sebagai falsafah pentadbiran negara, tempatnya bukan UMNO.

UMNO bermati-mati mendakwa ia adalah pejuang Islam  tulen di negara ini. PAS tidak lebih dari sebuah parti  politik yang hendakan kekuasaan saja.

Bagi membukti UMNO tak kalah, ia menambah calon ulamanya, moga-moga mulut PAS dan penyokongnya dapat ditutup.

Sekarang ia sudah ramai calon ulama.PAS hndak kata apa lagi?

Maka PAS boleh kata, bahawa ulama dalam PAS itu adalah pemimpin dan memimpin. Dia bukan dipimpin. Dalam PAS ulamanya adalah imam.

Dalam UMNO ulama bukan pemimpin, mereka adalah kelindan. Kellindan  itu dikira baik dan penting. Yang ramainya ia sebagai penumpang. Mereka cium tangan Najib.

Petugas buat flashmob dipukul 'I Love PM'

Harakahdaily, 04 Mei 2013

(Seorang petugas PAS sedang dirawat setelah dipukul ketika membuat flashmob)

IPOH: Beberapa penyokong PAS cedera parah apabila dipukul oleh kirra-kira 40 orang yang memakai baju T I Love PM hari ini.

Ada antara mereka yang pecah muka dan kepala berdarah, kini sedang dirawat di hospital berdekatan.

Mereka hanya sekadar angkat sepanduk untuk para pemandu kereta bunyikan hon jika sokong Pakatan Rakyat.

(Petugas ini terpaksa diusung selepas dipukul)

Namun kerena tidak bertamadun, mereka dipukul hingga berdarah sebegini.

"Mengapakah petugas-petugas yang memakai baju I love PM itu sanggup melakukan perkara sekejam ini... pohon doa teman-teman... kita sayang Malaysia," tulis satu laporan dalam facebook.

Flashmob atau menaikkan poster di tepi jalan kini menjadi pendekatan kempen terbaru menjelang pilihan raya umum ke 13 esok.

Para petugas dan sukarelawan ini biasanya berdiri di simpang-simpang jalan.

Mereka yang menyokong biasanya akan membunyikan hon kereta mereka.

Jangan pilih pemimpin rasuah – Zaid Ibrahim

Aslani M, 04 Mei 2013

(Zaid Ibrahim memberikan ceramah di atas pentas PAS di Kota Bharu)

KOTA BHARU: Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim memberikan ingatan kepada rakyat agar jangan memilih pemimpin yang amalkan rasuah.

Zaid ketika menyampaikan pesanan kepada rakyat Kelantan berkata, jangan pilih pemimpin yang jahat, rasuah dan kronisme kerana ia akan merosakkan negara.

“Ada pemimpin pada slogan kempennya menulis ‘Tolong Saya Untuk Membolehkan Saya Tolong Najib’. Dia ingat rakyat Kelantan boleh dibeli dengan wang ringgit.

“Perdana Menteri akan terus bercakap hendak bagi itu dan ini. Kita perlu sedar tidak ada negara yang maju kerana amalan rasuah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis ceramah anjuran PAS dekat sini.

Hadir sama pada program itu Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Naib Presiden, Datuk Husam Musa, calon PAS Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan dan Yang Dipertua PAS Ketereh, Wan Ismail Wan Jusoh.

Presiden Kekal (K), Zulkapli Yaacob bertindak sebagai pengerusi. Orang ramai memenuhi segenap ruang di Dataran Stadium. Kehadiran cukup luar biasa sekali.

Zaid pernah menjadi anggota parlimen Kota Bharu pada 2004. Beliau juga bekas Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan.

Fatmi pada pemilihan Umno 2008 pernah menghalang kemaraan Zaid bagi mengekalkan kedudukan sebagai Ketua Umno Kota Bharu dengan menghalang cawangan-cawangan Umno yang mencalonkan nama Zaid ketika itu.

Namun mengumumkan daripada Umno kerana tidak sanggup lagi berdepan dengan banyak kebejatan yang berlaku dalam parti itu.

Zaid juga berkata, pilihan raya kali ini paling hangat apabila kira-kira 70 peratus rakyat menyatakan mereka inginkan perubahan.

“Melayu, Cina, India dan penduduk peribumi di Sabah serta Sarawak sekarang boleh bersatu, di mana situasi itu sukar dilihat sebelum ini,” ujarnya.

Oleh itu kata beliau bayangan keputusan pengundian esok seperti sudah kelihatan sekarang.

Wan Ismail pula mendakwa berdasar kepada maklumat Umno Kelantan telah mengeluarkan kira-kira RM43 juta sejak beberapa hari lalu bagi membantu kempen calon BN.

Takiyuddin juga mendedahkan semalam terdapat lapan penerbangan tambahan AirAsia ke Pengkalan Chepa, yang dibimbangi kemungkinan membawa pengundi tidak dikenali.

Tiada ulasan: