3 kerusi utama majoriti Melayu di P Pinang jadi tumpuan
PULAU PINANG
Pada tahun 2008, Pakatan Rakyat menang dengan majoriti selesa di
sepuluh daripada 13 kerusi Parlimen di Pulau Pinang. Bagaimanapun, ia
menang tipis dengan 708 undi di Balik Pulau, tetapi tewas kepada BN di
Tasek Gelugor dan Kepala Batas.Dalam pilihan raya umum ke-13 ini, beberapa calon Bebas muncul bertanding selepas digugurkan dan tidak dicalonkan oleh parti masing-masing.
Ironinya, calon-calon Bebas ini - yang kebanyakannya terdiri daripada ahli-ahli yang tidak puas hati - mungkin menarik undi dari rakan-rakan parti mereka dan seterusnya menguntungkan pesaing mereka.
Peningkatan pengundi baru - dari 6,714 (Bukit Bendera) kepada 18,594 (Bayan Baru) - juga telah menambahkan unsur ketidakpastian dalam pilihan raya dengan persoalan sama ada kehadiran mereka akan mengubah landskap politik di Pulau Pinang.
Secara umumnya, 40 peratus pengundi adalah dalam kumpulan umur yang lebih muda dan sebahagian daripada mereka telah berkempen secara aktif sama ada untuk BN atau Pakatan.
Ramai yang dilihat memasang bendera pada lewat malam (dengan bayaran RM50 hingga RM80 bagi setiap bendera), manakala yang lainnya menunggang motosikal mengiringi kunjungan pemimpin partipolitik.
Walaupun pengundi muda dilihat lebih anti-establishment, tetapi ia boleh berlaku sebaliknya.
Dengan pelbagai pemberian oleh BN seperti wang tunai, makan malam percuma, cabutan bertuah dan mega konsert, sehingga kepada elaun untuk petugas parti, maka adalah sukar untuk mengatakan siapa yang mereka akan pangkah.
Kerusi-kerusi utama yang menjadi perhatian di Pulau Pinang adalah Tasek Gelugor, Nibong Tebal dan Balik Pulau:
Tasek Gelugor
Ia akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Shabudin Yahaya, calon PAS Datuk Abdul Rahman Maidin dan calon Bebas Datuk Shariff Omar, bekas ahli parlimen kawasan tersebut.
Pada tahun 2008, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcob memenangi kerusi itu dengan menewaskan calon PAS Ismail Salleh dengan majoriti 4,547 undi.
Nor Mohamed bagaimanapun digugurkan kali ini dan penggantinya Shabudin masuk gelanggang dengan berdepan dengan pertelingkahan dalaman dan kekurangan kerjasama daripada ahli-ahli parti.
Manakala Shariff (kiri), yang juga bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang, telah mengisytiharkan dirinya sebagai mesra Pakatan dan kempennya menarik sokongan yang lebih baik berbanding dengan calon BN.
Shariff telah dipecat daripada Umno kerana bertanding bebas dan secara terbuka mengkritik kepimpinan kerana meletakkan calon "menang-kabel" (win-cable) dan bukannya calon "winnable" di beberapa kerusi.
Menurut Shariff, calon-calon "menang-kabel" adalah mereka yang mempunyai hubungan yang kuat dengan personaliti tertentu yang berkuasa dalam Umno.
Bagaimanapun, Shariff boleh menarik undi Umno Shabudin, dan memberikan kemenangan kepada Abdul Rahman, yang juga bekas Presiden Dewan Perniagaan Melayu, di kerusi Tasek Gelugor, yang mempunyai 54,141 pengundi, yang terdiri daripada 78 peratus Melayu, 15 peratus Cina dan 7 peratus kaum India.

Memilih Nakhoda
Hana al-Amin, | 02 Mei 2013 |
yang mualim lagi kesatria
bakal mengemudi sebuah bahtera
yang akan menempuh badai gelombang
mengharungi samudera yang luas terbentang
ribut taufan datangnya tidak menentu
akan mencabar haluan yang dituju
saat getir begini ketokohan nakhoda teruji
mengembang layar, sepintar menujah kemudi
Ditengah lautan luas yang tidak bertepi
siang disimbahi terik sang mentari
dan malam ditemani bulan dan bintang lestari
gelora getir menghempas gelombang berkecai
meluruh hujan petir ombak ganas membadai
Sepertinya tanah pusaka yang dilaung merdeka
diterajui sang nakhoda wibawa
seiring leluhur budi pekerti
dan tidak luntur warna integriti
bakal terpimpin negara tulen demokrasi
terhimpun khalayak menanti dikota segala janji.
Hana al-Amin
Koa Bharu / 15 Jan 2013.
Komen Karpal atas Mat Taib
Subky Latif, | 02 Mei 2013 |
Pandangannya adalah kerana rekod lamanya dalam Umno dulu. Bagaimanapun komen Karpal itu ada atas kapasiti pribadinya, bukan sikap partinya.
Karpal berhak menyatakan pandangan seperti yang dibenarkan oleh Perlembagaan dan kebebasan bersuara dalam demokrasi. Latar belakang undang-undangnya menyebabkan dia terpaksa sampaikan begitu.
Bagaimanapun PAS tidaklah perlu apolojetik apabila menerima Tan Sri Mohamad sebagai ahli. Ajaran Islam yang menjadi landasan perjuangan PAS membuka ruang kepada semua orang untuk bersamanya tanpa mempersoal sangat pengalaman lama seseorang.
Firaun misalnya adalah sekejam-kejam pemerintah dalam sejarah manusia. Tetapi Nabi Musa AS datang mengajaknya kepada kebaikan. Tanpa mengira latar belakang Firaun, kiranya dia bersetuju menyertai Nabi Musa, maka segala kekejaman lampau Firaun itu dilupakan. Dia akan dikira sebagai orang baru.
Pada hari dia mahu bersama Nabi Musa, bererti dia meninggalkan dunia lamanya. Dia berubah dari kezaliman kepada kehidupan yang adil dan hak.
Islam itu adalah agama pengampunan. Ia menerima sesiapa saja yang hendak berbuat baik dan mengampunkan segala kelemahan orang yang mula berbuat baik itu.
Firaun itu lebih ranggi daripada iblis. Iblis tidak mengaku dirinya tuhan. Tetapi Firaun mengaku dirinya tuhan. Pada Allah tidak ada kesalahan lebih besar daripada mengaku tuhan. Makhluk yang seteruk itu jika menerima seruan Nabi Musa, serta merta jadi orang sebersih bayi yang baru lahir, habis dosanya. Tetapi lazimnya orang sejahat Firaun itu Allah tidak bagi hidayat untuk masuk kumpulan orang baik.
Dan yang menjayakan kenabian Rasulullah SAW itu ialah penyertaan sekalian orang jahat jahiliyah Quraisy. Jika Nabi Muhamad SAW menolak penyertaan orang-orang jahiliyah itu, maka baginda seorang sajalah yang Islam. Islam yang dibawa oleh baginda itu adalah tempat semua orang untuk berbuat baik.
Atas ajaran itu PAS sebagai parti yang berasaskan Islam menerima siapa saja daripada Umno, bahkan orang jahat yang bukan Umno juga diterima. Jika Dr Mahathir yang dikira seteruk-teruk Umno, jika dia mohon masuk PAS, maka PAS terima.
Jika selepas masuk, dia tidak berubah, meneruskan juga sistem Umno itu, masih seronok juga dengan kisah-kisah lamanya , maka dia boleh dipecat. Tetapi tidak boleh dipertikai niat dia mengapa dia masuk PAS.
Dan PAS yang bergerak siang malam selama ini adalah untuk menarik orang Umno menyertainya. Tidak menang PAS kiranya orang Umno tidak menyertai PAS beramai-ramai. Siapa lagi hendak meramaikan PAS kiranya tidak orang Umno yang ramai itu.
Memang ramai juga dalam PAS sekarang, asalnya orang Umno. Malah peranan mereka bagi menentang Umno lebih agresif daripada setengah orang PAS.
Pak Yazid Jaafar, pernah menjadi pendakwah bebas di Kuala Lumpur, asalnya adalah aktivis Pemuda Umno zaman Pemuda tahan lasak yang berdengung anti-PASnya. Apabila dia menyertai PAS dia seorang Islam dan PAS yang komited dan disukai ramai.
Yang berjaya menjadikan dia daripada seorang Umno yang bengis kepada seorang yang diundang berdakwah di merata-rata ialah PAS. PAS itu bukan sekadar sebuah parti politik tetapi ia juga adalah kilang menukar Umno yang nakal kepada orang PAS yang baik dan beradab. Kiranya kita tolak penyertaannya, maka kekallah dia sebagai orang yang tidak berubah.
Dun Sura: Hj Wan Hapandi (PAS) vs Zakariah Ali (UMNO)
Posted on Friday, May 03 @ 09:14:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh Abbas
Dun Sura antara Dun kubu kuat PAS semenjak ada pilihan raya lagi kerana di sinilah tertubuhnya PAS Terengganu yang diasaskan oleh Tuan Guru Hj Zainal Abidin. Dun Sura di kuasa oleh Haji Omar Shukri (pernah menjadi Persuruhjaya PAS Terengganu) kemudian diwarisi anak didiknya Haji Wan Hassan Mohd Ramli dan kini Haji Wan Hapandi (Abang Awang) adalah disebut semacam anak angkat kepada arwah Ustaz Omar Shukri.
Manakala Zakariah bin Ali pula adalah calon UMNO diluar jangkaan. Pemilihannya disebut sebagai senjata untuk menyekat puak-puak dalam UMNO. Walaupun pada asalnya nama dia hanya sekadar no.3 tetapi Pok Rosli (Rosli Mat Hassan, Calon UMNO Parlimen Dungun) menggunakan Zakariah untuk menghalang pencabarnya bagi pemilihan UMNO selepas PRU nanti.
Zakariah Ali mempunyai kaitan dengan Dato' Rahim Tahir (bekas Pengarah Pelajaran Terengganu) iaitu sepupu isterinya. Dengan itu dia juga mempunyai waris dengan Ahmad Said (Menteri Besar sekarang).
Zakariah Ali seorang guru biasa di SMK Sultan Omar telah naik secara mendadak sebagai pengetua di SMK Jerangau. Kenaikan ini semasa Dato' Rahim Tahir menjadi pengarah Pelajaran.
Tidak pernah berlaku guru biasa boleh naik terus menjadi Pengetua tapi bagi Cg Ya (Zakariah Ali) tak apa. Tak ada berdosa pun. Tak makan rezeki orang pun!!
Adakah Cg Ya pengurus yang baik??
Banyak soalan ini ditanya bukan sahaja oleh orang-orang PAS tapi dikalangan orang UMNO sendiri bertanya kerana tak ramai orang tahu Cg Ya ini UMNO. Dia menyembunyikan indentiti dan berkawan baik dengan orang-orang PAS dan bercakap Islam lebih daripada orang PAS tapi sebenarnya itu suatu keppuraan sahaja.
Cg Ya tak boleh mentadbir kerana semasa mentadbir dia suka merendahkan orang lain dan jika wujud konfik dalam hal ini, sifat dendamnya mungkin membuatkan orang bawahnya tak boleh hidup selesa.
Di SMK Jerangau, Cg Ya berbalah dengan Othman bin Omar (gambar). Penolong Kanannya. Akibat daripada itu pentadbiran SMK Jerangau tunggang langgang.
Kuburukan cg Man (obo) diperbesarkan sedangkan selepas Cg Ya meninggalkan SMK Jerangau, Cg Man (obo) majukkan SMK Jerangau dengan projek yang cemerlang termasuk pertanian di sana.
Rekod Cg Ya sebagai Pengetua tak banyak kerana dia tiada pengalaman sebagai orang bawahan naik mendadak meminjak orang lain. Saya tak pasti apa pandangan Cg Ya sendiri dari segi agama dalam hal ini? Adakah rezeki ini halal?? Cg Ya selalu bercakap soal halal dan haram.
Cg Haji Wan Hapandi Wan Nik (PAS) adalah mangsa politik UMNO @ BN. Sebelum turun ke sekolah rendah, dia adalah Penyelia Petang di SMK Sultan Omar. Malah semasa dia memagang jawatan berkenaan dia tidak dibayar gaji sebagai Penyelia Petang.
Tapi akhirnya tuntutan itu dapat setelah di hampir 10 tahun kemudian.
Cg Wan Hapandi boleh mengajar agama, walaupun dia bukan Ustaz. Dia mentadbir pengajian agama di Surau Ustaz Omar Shukri dan ramai anak didiknya. Malah dia juga mengajar di PASTI di sebelah surau Ustaz Omar.
Malah kepimpinan Cg Wan Hapandi nampak begitu terserlah bila dia antara Ahli Lembaga (ALP) Sekolah Rendah Islam Bersepadu Zainal Abidin.
Bayangkan tanpa sebarang bantuan kewangan, sekolah ini mampu untuk berkembang dan akan membina Sekolah Menengahnya sendiri.
Kepimpinan Cg Ya (UMNO) hanya sekadar mengurus kewangan yang diberikan oleh kerajaan. Tak perlu memikirkan bagaimana mencari Kewangan??
Satu masalah yang berlaku kepada Cg Ya ialah sebahagian keluarnya adalah penyokong kuat PAS. Ini ujian bagi menentukan bagaimana sikap sebenar keluarganya terhadap Islam yang selama ini diwar-warkan.
Allah pasti menguji mereka dengan ujian untuk memilih Islam atau Cg Ya yang menyeleweng daripada landasan Islam sebenar? Hanya keluarga Cg Ya boleh menjawab, bukan sahaja pada 5 Mei nanti tetapi pada Allah s.w.t. di akhirat nanti!!
Cg Ya semasa mentadbi di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dia selalu bercakap soal dosa dan pahala. Jika kerja tak betul berdosa.
Sekarang Allah menguji apa yang dia cakap. Sekarang dia terjerumus dengan UMNO sepenuhnya. Bila dia berada dalam UMNO dia sudah lupa agamanya. Amalannya.
Dia sudah mula membuat keputusan menyalah agama.
Adakah Cg Zakariah Ali (saya rasa dia baca artikel ini) sedar bahawa Allah sedang menguji dia. Manusia akan menjadi baik dan masuk syurga akan beramal dengan amalan baik dan mulia diakhirnya manakala Allah nak dia masuk neraka dia akan terjurumus dengan amalan ahli neraka dan perbuatan tidak baik.
Adakah Cg Ya sedar bahawa jika dia kalah dalam PRU13 nanti dia akan terjerumus dengan UMNO sepenuhnya dan akan bermal dengan amalan UMNO. Dia akan meninggalkan amalan baik yang masih ada saki baki??
Cg Ya sudah belajar makan di Kedai Bukan Islam sekarang, itu adalah antara amalan yang akan merosakkan hatinya secara tidak langsung. Itu belum lagi bagaimana menggunakan wang untuk rasuah dan beli undi.
Adakah cg Ya dan keluarganya tidak sedar bahawa Allah menghilangkansifat penyanyangnya kepada cg Ya???
Hanya Cg Ya boleh menjawab!
Guan Eng pertikai goncang botol
3 Mei 2013
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, kenyataan SPR tidak masuk akal dan mempersoalkan jenama yang digunakan sehingga terpaksa digoncang terlebih dahulu bagi mendapat kesan yang tahan lama.
“Sungguh tak logik. Kenapa dakwat kekal perlu digoncang dahulu baru boleh pakai?
“Berapa kali perlu digoncang? Sejam sekali atau dua jam sekali? Jadi, ejen tempat mengundi sekarang kena goncang dahulu baru boleh pakai?” katanya pada sidang media, di sini, semalam.
Guan Eng berkata, DAP mengecam permainan yang cuba dibuat SPR yang secara sengaja mempermainkan proses demokrasi di negara ini.
Menurutnya, SPR seolah-olah tidak menghormati apa yang telah diputuskan rakyat kerana pilihan raya mesti berjalan dalam proses yang bersih, adil dan bebas.
“Perkara ini akan mungkin mencemarkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Ahad ini,” katanya.
- Guan Eng pertikai goncang botol
- SPR buktikan pada wakil media dakwat kekal memang kekal
- Polis tunggu analisis dakwat kekal
- PR sedia 'sarung jari getah' elak kertas undi rosak
- Wan Azizah turut persoal ketahanan dakwat kekal
- Dakwat kekal: Kesilapan mungkin punca petugas SPR tidak goncang botol
- 'Tuduhan Nurul Izzah tak masuk akal'
- Polis: Hanya Tian Chua buat laporan tentang dakwat kekal
- SPR: Hanya tiga orang tahu warna dakwat kekal
- PKR mahu laporan kimia bukti dakwat kekal tahan lama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan