Tujuh sebab mesti undi PR
Syed Abdullah Syed Osman , |
Pertama, kerana sumber pendapatan kebanyakan rakyat di negara ini tidak seimbang dengan harga barangan yang naik mendadak yang sudah tentu boleh membebankan dan terpaksa mengikat perut untuk teruskan hidup. Sebahagian besar rakyat pula hidup dengan berhutang yang kadangkala hutang tidak dapat dilangsaikan hingga keakhir hayat.
Sebab kedua, kekayaan negara tidak diagihkan dengan betul. Ramai yang masih di dalam kategori miskin sedangkan orang yang sudah kaya bertambah lagi kaya dengan sumber cara yang tidak betul untuk mendapatkan hasil dan boleh dipertikaikan tetapi disebabkan 'kekebalan' dan keistimewaan' saperti ada yang melindunginya maka mereka ini terselamat daripada apa juga tindakan.
Ketiganya ialah pembersihan perasuah dan mereka yang melakukan penyelewengan masih lagi kekal malah mendapat tempat pula dalam pentadbiran. Sedangkan rekod mereka ini boleh dipertikaikan dan ini termasuklah mereka diberikan peluang untuk menjadi calon semula. Iklan basmikan rasuah melalui media massa hanya retorik sahaja yang mana hanya ikan bilis dan anak ikan yang diberkaskan tetapi bapa ikan dan ikan jerung yang besar-besar terlepas begitu sahaja sedangkan bukti yang nyata dan kita nampak kehidupan kemewahannya yang terlampau tidak dapat disorokkan lagi itu terserlah dihadapan mata kita.
Sebab keempat - bebanan yang terpaksa ditanggung oleh setiap rakyat adalah apabila keluar sahaja daripada halaman rumah masing-masing iaitu pondok tol sedang menunggu melambai-lambai menanti anda apabila masuk sahaja kelebuhraya. Kalau hendak dikirakan harga perbelanjaan untuk mengisi minyak dengan harga tol yang dikenakan adalah lebih kurang sama banyaknya.
Kelima, mengapa dan kenapa rakyat mesti membeli minyak dengan harga yang mahal sedangkan negara kita adalah pengeluar minyak yang bukan sahaja mampu menampung untuk keperluan rakyat tetapi juga dapat menjanakan ekonomi negara. Mengapa harus diberikan alasan yang kurang bijak bahawa harga minyak dinegara jiran berlipat kali ganda apabila dibandingkan harganya dinegara kita sedangkan negara mereka tidak setitik pun hasil buminya adalah minyak dan kita melimpah-limpah minyak dianugerahkan itu.
Keenamnya - rakyat tidak berpuas hati dengan terlalu ramainya pendatang asing terutama sekali pendatang haram seolah-olah negara ini saperti negara mereka – ekoran itu berlaku berbagai-bagai masalah sosial serta jenayah yakni di negara mereka sendiri pun mereka tidak berani melakukannya.
Sebab ketujuh adalah untuk mencuba yang baru kerana mungkin yang baru boleh menyelesaikan masalah rakyat dengan lebih baik lagi. Hal ini tidak dinafikan apabila melihatkan perkembangan semasa iaitu sambutan rakyat tidak kira yang tua atau pun muda dan apa juga bangsa, miskin atau pun kaya - mereka inginkan perubahan drastik itu telah meluahkan perasaan tidak puas hati mereka dengan berduyun-duyun mendengarkan ceramah pemimpin parti PR yang kini mereka anggapkan sebagai alternatif untuk berubah dan diubah.Terimalah hakikat dan kenalah akur bahawa kita hanya mampu berusaha dan merancang apa juga yang kadangkala tidak mengikut sunnah saperti yang dituntut oleh Islam itu tetapi apa pun jawapannya adalah Allah jugalah akan menentukan segala-galanya.
Lima panduan untuk pengundi atas pagar
Fikri Harun, |
2. 222 kerusi Parlimen di seluruh Malaysia akan diduduki oleh pilihan majoriti kita, membentuk pasukan pentadbir Malaysia yang baru (ke-13). 165 daripadanya adalah di Semenanjung Malaysia.
3. Memilih bukanlah perkara mudah apatah lagi jika pilihannya pelbagai, dan kau di atas pagar.
4. Untuk itu, aku ingin kongsi kaedah mudah dalam membuat pilihan, khusus bagi pengundi Melayu di atas pagar di Semenanjung Malaysia.
5. Pertama, fokus pada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) saja. Kerana hanya dua pasukan ini yang mampu membentuk pasukan pentadbir Malaysia yang lengkap. Abaikan Bebas.
6. Dengan itu, PR kelihatannya sudah mendahului 1 kerusi di Parlimen Pasir Mas Kelantan kerana BN hanya bertanding di 221 kerusi.
7. Kedua, sebagai Melayu kau harus pilih Melayu apatah lagi jika lawannya bukan Melayu. Dalam pemilihan kali ini, BN mempertaruhkan 131 calon Melayu, manakala PR pula 145.
8. Kita lihat dulu kerusi yang melihatkan pertembungan Melayu dan bukan Melayu dari BN dan PR, terutamanya di Semenanjung.
9. Di Bukit Bendera, Lumut, Raub, Hulu Selangor, Pandan, Kota Raja, Bandar Tun Razak, Telok Kemang, Simpang Renggam dan Tanjong Piai, PR meletakkan calon Melayu dan BN sebaliknya. Manakala di Wangsa Maju dan Gelang Patah pula BN Melayu dan PR bukan.
10. Bermakna, setakat langkah kedua, 11 kerusi untuk PR dan 2 untuk BN.
11. Ketiga, sebagai Muslim kau harus pilih Muslim yang kelihatan lebih baik dari kau dan kelihatan lebih baik dengan Tuhan dan manusia sekali gus.
12. Secara teorinya, calon-calon sebegitu datangnya dari PAS yang berada di dalam pasukan PR. Ada 65 kerusi ditandingi calon Melayu Islam PAS di semenanjung.
13. 65 ditolak dengan 5 daripada 11 kerusi untuk PR tadi, bermakna tambahan 60 kerusi untuk PR, menjadikan PR 71 dan BN 2.
14. Keempat, di kawasan Melayu Islam BN bertemu Melayu Islam PKR/DAP pilihlah mengikut keperibadian calon. Akademiknya, cara hidupnya, usia dan kepimpinannya. Aku syorkan usia muda dan taraf akademiknya mendahului kriteria lain.
15. Dalam hal ini ada 44 kerusi Parlimen di semenanjung. Jadi keputusan terletak di tangan kau!
16. Kelima, di kawasan bukan Melayu BN bertemu dengan bukan Melayu PR, pilihlah calon dari pasukan yang didominasi Melayu. Dalam PRU13 ini, jelas PR didominasi lebih calon Melayu.
17. Jadi, 48 kerusi lagi untuk PR menjadikan PR 119 (+-44) dan/atau BN 2 (+-44).
18. Begitulah seharusnya 165 kerusi Parlimen di semenanjung Malaysia di tentukan pemiliknya - mengikut lima kaedah mudah tadi.
19. Perlu diingatkan, aku mengesyorkan 5 kaedah di atas hanya untuk pengundi Melayu di atas pagar di semenanjung Malaysia.
20. 5 Mei ini, marilah kita yang layak, tunaikan tanggungjawab dan hak kita, memilih pasukan pentadbir baru untuk Malaysia kita!
Jangan beri sokongan kepada pemerintahan zalim
Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin, | 02 Mei 2013 |
"Kalian (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang ditampilkan bagi (faedah) umat manusia umumnya, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang segenap perkara yang salah (buruk dan keji), di samping kamu beriman kepada Allah (dengan keimanan yang sebenar). Dan seandainya Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu lebih baik untuk mereka. (Tetapi sayang) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik." (Surah Ali-Imran : ayat 110)
Dengan perkataan lain kerana mereka menjadi pengikut ajaran Islam yang syumul dan merangkum berbagai aspek kehidupan. Mereka menegakkan keadilan dalam diri, keluarga, bangsa dan negara. Mereka menjadi saksi tentang kehadiran rahmat Allah kepada semua manusia melalui penampilan ajaran yang paling bertamadun iaitu ajaran Islam. Mereka golongan yang sentiasa menjauhkan diri daripada kejahatan dan kemungkaran justeru kemungkaran menjatuhkan martabat dan maruah sesuatu bangsa dan umat.
Kemungkaran yang paling lumrah adalah melakukan kezaliman, merampas hak orang ramai atau rakyat, menafikan kebenaran, menghalang dakwah Islamiah dan menurut ajaran ajaran bid’ah dan palsu dalam politik dan budaya, memenjarakan rakyat tanpa pengadilan dan sabit kesalahan, merampas kedaulatan rakyat dengan penipuan dalam pilihan raya umum, fitnah rekayasa media dan lain-lain. Semua perbuatan tersebut adalah merupakan perbuatan aniaya yang mesti dihindari oleh orang Islam. Hal ini kerana kezaliman itu seperti mana yang dinyatakan oleh Rasulullah ialah kegelapan pada hari kiamat kelak.
Baginda bersabda (maksudnya), "Hindarilah kezaliman kerana kezaliman itu adalah kegelapan pada hari kiamat kelak. Hindari sifat kikir kerana sifat bakhil tersebut telah memusnahkan orang-orang sebelum kamu; sehingga tergamak mereka menumpahkan darah sesama sendiri dan menghalalkan kehormatan (menceroboh) sesama sendiri." (Hadith riwayat Muslim)
Bencana Akibat Kezaliman
Kezaliman mencelakakan negara dan masyarakat. Kejahatan kezaliman ini bukan hanya mencelakakan penzalim di akhirat malah boleh membinasakan diri, keluarga, negara dan masyarakat. Allah berfirman bermaksud:
"Perkampungan (negara) berkenaan Kami musnahkan apabila penghuninya bersikap zalim dan kami tempah masa kemusnahan (dan kehancuran) mereka." (Surah al-Kahfi : ayat 59)
Kezaliman pemerintah atau kerajaan adalah kezaliman yang dilembagakan dalam undang-undang yang memperkasa kejahatan, pihak keselamatan yang lebih membawa kesengsaran daripada keselamatan, jentera penerangan yang lebih menyesat daripada mencerahkan, menggelapkan kebenaran serta mengelirukan berbanding memberi penerangan dan kefahaman kepada rakyat.
Kezaliman seperti ini lebih cepat membawa kehancuran kepada sesuatu bangsa, negara dan umat.
Kezaliman seperti ini mengundang kutukan Allah. Allah berfirman yang bermaksud:
"Siapakah yang lebih zalim daripada golongan yang mengajukan pembohongan terhadap Allah. Ketika golongan tersebut dipaparkan di hadapan Tuhan mereka (untuk diadili kelak) berkatalah para saksi bahawa mereka itu adalah golongan yang melakukan pendustaan terhadap Tuhan mereka. Memang sesungguhnya laknat dan kutukan Allah terhadap golongan penzalim." (Surah Hud “ ayat 18)
Bencana kezaliman ialah ia boleh melampaui peribadi orang yang zalim yang melakukan kezaliman berkenaan. Bencana dan akibat kezaliman itu juga mengenai orang yang hadir menyaksikannya dan tidak menghalang atau menyetujui kezaliman tersebut. Semua penyokong yang bersekongkol baik dekat mahupun jauh akan diseret dan dihumbankan ke neraka. Dalam teks tradisional terdapat catitan berikut;
Apabila manusia dihimpunkan pada hari Kiamat dipinggir titian Siratul Mustaqim, Allah berfirman, "Akulah Allah, Akulah Raja (yang sebenar) Akulah Dayyan ( pemilik hakiki agama ini); Demi kemulian dan kebesaran-Ku tiada seorangpun manusia penzalim yang dapat melepasi siratul mustaqim ini."
Kemudian berserulah seorang Malaikat di pihak Allah (bertanya), "Mana dia manusia penzalim berkenaan? Mana juak-juak penyokong penzalim tersebut? Mana dia pembantu yang menajamkan pena penzalim (wartawan upahan)? Mana dia golongan yang mangajukan dakwat untuk penzalim (menulis)?
Kemudian neraka berseru kepada orang beriman, "Wahai orang beriman, segeralah kamu menyeberangi sirat ini kerana cahaya mu memalapkan (nyalaan lidah) apiku." (rujuk Kitab Minhaj al Solihin oleh Syaikh ’Izzuddin Baliq)
Suatu ketika seorang lelaki datang bertanya kepada Sufyan al-Thauri, "Saya ini penjahit pakaian raja (pemerintah ) yang zalim, adakah saya termasuk dalam kalangan penyokongnya."
Sufyan al Thauri menjawab, "Anda bukan golongan penyokong tetapi anda adalah dari golongan penzalim itu sendiri. Golongan penyokong ialah orang yang menjual kepada anda jarum dan benang (untuk menjahit)."
Sifat cenderung menyokong kezaliman dan orang yang zalim sama ada dengan hati atau dengan tindakan dan perkataan akan membawa padah. Allah berfirman yang bermaksud;
"Jangan kalian cenderung menyokong orang yang zalim; kelak kalian akan dibakar oleh api neraka. (ketika itu) kalian tidak akan ada selain Allah sebagai penyelamat dan kalian tidak akan mendapat apa-apa pertolongan." (Surah Hud : ayat 113)
Ketahuilah bahawa kezaliman mencelakakan manusia di akhirat. Penzalim bukan sahaja diseksa dengan azab yang sangat pedih di samping lilitan kutukan Allah tetapi juga mereka tersisih daripada penyokong, sahabat dan penolong. Allah berfirman, maksudnya;
"Mereka menyembah tuhan lain selain Allah yang tidak pernah Allah memberi apa-apa mandat kuasa mereka berbuat demikian malah mereka menyembah apa yang mereka sendiri tidak ada ilmu mengenainya. Sesungguhnya golongan penzalim itu tidak akan dapat sesiapapun menjadi penolong (mereka)." (Surah al Hajj : ayat 71)
Beberapa Kategori Penzalim
1. Syirik adalah kezaliman yang besar kepada Allah.
Kezaliman mempunyai berbagai kategori. Puncak kezaliman ialah perbuatan syirik kepada Allah seperti mana yang dinyatakan oleh Allah dalam al-Quran yang bermaksud;
"Ingatlah ketika Luqman berpesan kepada putera beliau dengan katanya; Janganlah kamu (wahai anakku) melakukan perbuatan syirik kepada Allah justeru syirik (kepada Allah) adalah suatu kezaliman yang amat besar." (Surah Luqman : ayat 13)
Syirik adalah keyakinan dan perbuatan yang menduakan atau mempelbagaikan tuhan. Ia merujuk kepada perbuatan yang mencampur-baurkan rujukan nilai baik, buruk, halal haram kepada sumber yang hak dan benar dengan sumber yang batil dan salah. Halal haram ditentukan oleh Allah, manakala syaitan dan taghut turut mencampuri urusan tersebut. Oleh itu, manusia musyrik adalah manusia yang komitmen nilainya bercelaru dan tidak menentu. Pada waktu tertentu mereka menurut perintah Allah namun pada masa lain mereka menurut perintah dan nilai taghut dan syaitan.
Allah befirman dalam Surah al Nisa’ ayat 116 :
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik kepada-Nya namun Dia mengampunkan dosa selain itu bagi siapa yang Dia mahu. Barang siapa yang syirik kepada Allah maka dia telah sesat terlalu jauh."
2. Menghalang umat Islam daripada memakmurkan masjid Allah.
Menghalang orang bersolat dengan merobohkan masjid dan surau, menghalang majlis-majlis ilmu yang disampaikan oleh para alim ulama yang benar di dalamnya. Menghalang orang berzikir dan beriktikaf di dalam masjid. Menghalang perlaksanaan fungsi masjid dan surau di dalam negara sehingga melambatkan proses pentarbiahan dan pendidikan Islam di kalangan umat.
Dalam Surah al Baqarah ayat 114 Allah berfirman :
"Siapakah yang lebih zalim daripada golongan yang menghalang masjid-masjid Allah daripada disebut di dalamnya (zikir) terhadap nama Allah (solat), malah mereka berusaha pula memusnahkan (fungsinya). Golongan penzalim tersebut hanya wajar masuk ke masjid dalam keadaan gentar dan takut. Untuk mereka kehinaan di dunia; manakala di akhirat disiapkan untuk mereka seksa yang sangat besar (dan pedih)."
3. Menyembunyikan kesaksian yang benar.
Atau "Katmu al Syahadah" apabila diperlukan. Enggan mengajukan kesaksian di mana kebenaran terletak dalam kesaksian yang ada pada seseorang adalah suatu kezaliman. Keengganan menampilkan kesaksian yang benar menyelamatkan orang tertuduh yang tidak berdosa menyebabkan pelaku kejahatan yang sebenar terlepas manakala orang yang tidak berdosa dihukum bunuh atau dianiaya.
Keeangganan tampil sebagai saksi kes sebenar yang menyaksikan kejahatan tersebut adalah suatu kezaliman yang nyata.
Mengundi dalam sistem peralihan kuasa yang benar dan adil adalah suatu kewajipan agama. Hal ini kerana mengundi dan melantik pemimpin masyarakat dan negara adalah termasuk dalam kewajiban menunaikan kesaksian.
Tidak melaksanakan kewajipan ini adalah suatu kejahatan menyembunyikan kesaksian yang diperintahkan oleh Allah. Malah golongan yang mati dan tidak pernah membai’ah atau mengundi dan melantik pemimpin adalah mati dalam jahiliah sepertimana yang ditegaskan oleh Rasulullah dalam hadis Baginda (maksudnya), "Siapa yang mati tapi tidak pernah membai’ah pemimpin maka matinya adalah kematian dalam jahiliah."
Selanjutnya mengundi dan melantik orang yang tidak wajar dilantik menurut syarak adalah juga suatu kejahatan menyembunyikan kesaksian yang benar sepertimana yang dituntut oleh ayat ini.
Menjadi saksi palsu, menjungkir-balikkan kebenaran menjadi kebatilan; orang yang tidak berhak mendapat hak, manakala pemilik hak yang sebenar teraniaya adalah suatu kejahatan yang terangkum dalam perkara zalim. "Syahadatuzzur" adalah suatu dosa besar dalam Islam. "Dosa besar yang paling besar ialah mengajukan kesaksian palsu." (riwayat Bukhari)
4. Tidak menghukum dan memerintah menurut hukum dan undang-undang yang Allah turunkan.
Menghukum dan memerintah tidak berdasarkan firman dan perintah Allah dalam syariat-Nya adalah suatu kezaliman. Dalam negara umat Islam kini terdapat banyak pemerintah yang tidak melaksanakan syariat dan undang-undang Islam, tetapi mereka mendakwa bahawa mereka adalah pelaksana Islam yang bertamadun, Islam progresif, Islam moden dan sebagainya. Dalam masa yang sama mereka mengkhianati amanah Allah, amanah umat dan mensia-siakan hak orang Islam yang mereka wakili. Ini adalah musibah yang mengelirukan ramai orang sehingga menyebabkan mereka menjadi penyokong fanatik kepada golongan zalim tersebut.
5. Merampas tanah hak orang lain termasuk golongan fakir miskin dengan zalim demi kepentingan golongan kaya.
Penyokong kebenaran selalu berhadapan dengan tindakan zalim pemerintah tertentu. Tanah dan hak mereka dirampas atau dilambat-lambatkan perlaksanaan kesan atau ketentuan transaksi yang telah dijalankan.
Rasulullah bersabda (maksudnya), "Siapa yang merampas walau sejengkal tanah (orang lain) secara aniaya nescaya Allah akan menghempitkannya dengan tujuh lapis (petala) tanah atau bumi pada hari kiamat kelak." (riwayat Ibn Majah)
6. Memenjara, menghukum bunuh dan menyeksa tahanan tanpa diadili dan tanpa sabit kesalahan adalah kezaliman yang nyata.
Pemerintah yang melakukan kezaliman dan tidak berlaku adil kepada rakyatnya akan diseksa oleh Allah dengan seksaan yang berat dan pedih. Rasulullah bersabda (maksudnya), "Orang yang paling dahsyat diseksa pada hari Kiamat kelak ialah pemerintah yang zalim." (riwayat Abu Ya’la)
Dalam Musnad Imam al Rubai’ diriwayatkan hadith berikurt, "Allah melaknat orang yang memerintah umatku dengan zalim dan mengaut harta fai’ nya (harta milik awam) untuk kepentingan dirinya."
http://www.tarbawi.my/
Sokong PAS: Ini bukan ilusi tetapi realiti
Omak Kau, | 02 Mei 2013 |
Penerimaan PAS dari kalangan warga kita yang berada diluar negara terutamanya anak-anak muda dan pelajar cukup hebat dan memberangsangkan sekali... KENYATAAN BUKAN REKAAN.
Bukan saja warga Melayu/Islam menerima perjuangan PAS malahan disokong padu oleh yang bukan beragama Islam.
Klik untuk melihat laporan penuh blog ini.
Isu dakwat kekal yang tidak kekal
Abd. Hamid Othman, |
Lazimnya sedikit alkohol dicampurkan untuk mencepatkan pengeringan.
Apakah tujuan dakwat ini? Dakwat hanyalah unutk menandakan di mana-mana tempat yang telah ditandakan. Oleh sebab dakwat untuk pilihan raya sudah mengandungi AgNO3, maka AgNO3 (AgCl) itulah yang akan tinggal beberapa hari sehingga tisu baru tumbuh.
Maklumat lanjut boleh didapati dengan carian google "election Ink".
Saya adalah bekas pensyarah (kini bersara) UKM dalam bidang Kimia (inorganic). Sebahagian penyelidikan saya adalah dlm bidang sebatian argentum (perak). Saya berpendapat tidak perlu gocang botol dakwat kerana ia bukan colloidal solution.
Abd. Hamid Othman
013-3376862
Mana Hospital Pendang, kejutan di Sungai Tiang
Harakahdaily, | 03 Mei 2013 |
PENDANG:
Nama Almarhum Datuk Fadzil Mohd Noor sinonim dengan pekan Pendang. Ini
kerana beliau yang memenangi Pilihan raya Umum 1999 telah diangkat
sebagai Ketua Pembangkang pertama PAS pada era kepimpinan ulama.
Pada pilihan raya umum itu, beliau mencatat dua kejayaan iaitu menewaskan bekas Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Othman Abdul (BN) bagi kerusi Pendang dan Datuk Abdullah Hasnan Kamaruddin di Dun Anak Bukit.
Bagi Parlimen, beliau mendapat 22,413 undi berbanding Othman 19,474 undi oleh Othman. Di Dun Anak Bukit, beliau mendapat 8,480 undi menewaskan calon BN, Abdullah Hasnan yang memperolehi 6,640 undi.
Kejayaan itu sangat manis kepada perjuangan PAS yang dianggap satu sejarah kerana memenangi 27 kerusi di Dewan Rakyat yang seterusnya wakil PAS menjadi Ketua Pembangkang yang tidak dialami sebelum itu.
Dalam tempoh itu, Almarhum Ustaz Fadzil telah membuktikan kewibawaan PAS untuk membawa suara rakyat yang menentang segala tindakan penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, rasuah dan seumpamanya yang dilakukan Kerajaan BN.
Bukan sekadar masalah masyarakat setempat, tetapi isu nasional dan antarabangsa dikemumandangkan oleh beliau di Dewan Rakyat.
Sejak Pilihan raya Umum 2004 pula, perjuangan PAS di Parlimen Pendang diteruskan pula oleh Datuk Dr Mohd Hayati Othman yang mendapat 24,380 undi memenangi pilihan raya itu menewaskan calon BN, Md Rozai Shafian dengan majoriti 50 undi.
Kemenangan itu walaupun tipis tetapi dapat membawa suara PAS ke Dewan Rakyat untuk meneruskan perjuangan Almarhum Ustaz Fadzil kerana pada pilihan raya kecil 18 Julai 2002, kerusi parlimen itu dimenangi oleh calon BN, Datuk Othman Abdul.
Pada PRU13 yang berlangsung 5 Mei ini, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pula diamanahkan untuk bertanding di parlimen ini.
“PAS Kawasan Pendang mengalu-alukan kehadiran Mohamad di sini untuk meneruskan perjuangan PAS bagi membela nasib rakyat di sini yang dimulakan oleh Almarhum Ustaz Fadzil, yang diikuti Dr Hayati,” kata Setiausaha PAS kawasan, Fadzil Muhammad Noor Shani.
Katanya, banyak isu setempat telah dibawa oleh wakil rakyat PAS khususnya di Dewan Rakyat sama ada Almarhum Ustaz Fadzil atau Dr Hayati, namun sehingga kini Hospital Daerah Pendang masih belum ditunaikan oleh Kerajaan BN.
Menurutnya, ketiadaan hospital daerah bukan sahaja dirasai kesulitan oleh rakyat di sini tetapi menarik perhatian Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang pernah melahirkan rasa dukacita baginda sewaktu merasmikan Istiadat Pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri.
Beliau berkata, susur keluar Lebuh raya Utara Selatan ke Pendang adalah antara usaha yang dilakukan oleh wakil rakyat PAS.
“Insya Allah, usaha untuk membawa suara rakyat di Pendang ke Dewan Rakyat akan dapat dilaksanakan apabila Timbalan Presiden PAS apabila dipilih oleh para pengundi pada 5 Mei nanti,” katanya.
Keyakinan itu berdasarkan ‘mood’ rakyat di sini yang mahu berubah sangat kuat sama ada orang Melayu mahupun bukan Islam.
Justeru, katanya para petugas melipatgandakan usaha agar PAS dapat mencatatkan keputusan yang lebih baik pada PRU kali ini kerana calon yang bertanding tidak dilihat dari sudut individu sebaliknya adalah Timbalan Presiden PAS.
Beliau percaya sokongan para pengundi kepada PAS yang mewakili Pakatan Rakyat lebih meningkat kali ini dan kemungkinan berlaku kejutan di Dun Sungai Tiang.
Menurutnya, PAS berpeluang memenangi Dun Sungai Tiang kali ekoran perubahan sikap pengundi khususnya masyarakat Siam di samping wujudnya masalah dalaman Umno Pendang.
Katanya, rakyat kini dapat melihat sendiri perbandingan pemerintahan PAS dan Pakatan Rakyat negeri selama lima tahun berbanding lebih 50 tahun oleh BN melalui program untuk membantu rakyat yang memberi kesan kepada keseluruhan pengundi di Kedah.
Pada PRU12 lalu, calon PAS, Mohd Hayati Othman yang mendapat 27,311 undi memenangi Parlimen Pendang, menewaskan calon BN, Md Rozai Shafian dengan majoriti 4,073 undi.
Pada PRU13 ini, Mohamad Sabu berdepan dengan Datuk Othman Abdul untuk dipilih oleh 70,273 pengundi dengan pecahan Melayu sebanyak 88.53%, Cina (5.76%), India (0.53%0 dan lain-lain (5.18%).
Calon-calon yang bertanding di Dun Tokai ialah penyandang, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul, Najmuddin Darus (BN) dan Abu Bakar Abdullah (Bebas).
Mohamed Taulan yang memperolehi 16,271 undi pada PRU12 lalu memenangi Dun Sungai Tokai menewaskan Fatimah Ismail (BN) dengan majoriti 6,578 undi.
Dun Tokai mempunyai 34,699 pengundi yang mana 27.81 peratus adalah Melayu, Cina (8.88%), India (0.11%) dan lain-lain ( 0.22%).
Bagi Dun Sungai Tiang, penyandang, Datuk Suraya Yaacob (BN) ditentang Fadzil Baharom (PAS), Cherean a/l Isen (Kita) dan Rosli Omar (Bebas).
Suraya yang mendapat 13,871 undi memenangi Dun Sungai Tiang pada PRU12 lalu sementara calon PAS, Ab Muthalib Awang mendapat 10,865 undi.
Dun Sungai Tiang mempunyai 35,574 pengundi, Melayu (86.21%), Cina (2.55%), India (0.96%) dan lain-lain (10.29%).
Latar belakang Pendang

Tiada ulasan:
Catat Ulasan