Rabu, 1 Mei 2013

LAWAK...INGAT BOLEH MAIN2 KE...TAK PE HAK BELIAU....KITA TUNGGU HUKUM ALLAH...SAPE YANG BENAR2 BERSALAH...YANG DITUDUH DAN YANG MENUDUH TAK BOLEH LARI MANA2

Bapa Saiful tukar lagi, dakwa anak diliwat Anwar
3:10PM Mei 1 2013
Bapa Mohd Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim sekali lagi menukar kenyataannya dengan mendakwa dakwaan liwat ke atas anaknya oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2008 benar-benar berlaku.

Azlan mengaku kejadian ke atas anaknya itu bukan konspirasi politik seperti kenyataannya beberapa bulan lalu.

"Kejadian liwat yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah benar dan ia bukan satu konspirasi politik untuk menjatuhkan DSAI (Anwar)," katanya.

Beliau juga menarik balik permohonan maaf kepada Anwar sekeluarga dan mengumumkan keluar PKR serta-merta.

Azlan pada 8 Mac lalu mengejutkan banyak pihak apabila memohon maaf kepada Anwar dan mendakwa anaknya dipergunakan pihak tidak bertanggungjawab, termasuk seorang pegawai perdana menteri dalam kes Liwat II.

'Petunjuk dari solat Istikharah'
Dalam kenyataannya sebelum ini, Azlan, 60, mendakwa semua kenyataan akhbar yang dikeluarkan anaknya dan beliau sendiri dirancang dan disediakan pegawai khas di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan peguam Zamri Idrus.

Beliau malah merayu kepada seluruh rakyat Malaysia "bangun bersatu menentang kezaliman ini dan bekerja keras agar kebenaran akan muncul" serta berdoa agar Allah memenangkan perjuangan Anwar dan Pakatan.

Dalam sidang media hari ini, Azlan dilapor menjelaskan, tindakannya sebelum ini dibuat akibat terpengaruh dengan beberapa pihak dan tidak timbul soal ganjaran.

"Kebetulan nak pilihan raya saya tampil buat keterangan. Saya ada buat solat istikharah mohon petunjuk dan pedoman. Bersedia hadapi tohmahan orang sekeliling," katanya yang mengaku sudah insaf.

Beliau juga menegaskan, tindakannya mengadakan sidang akhbar pada hari ini atas kesedaran sendiri, keinsafan dan bukan disuruh, dipengaruhi mahupun dipujuk oleh sesiapa.

Anwar dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari tahun lepas daripada tuduhan meliwat Saiful, yang merupakan pembantunya pada 26 Jun 2008 di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Jabatan Peguam Negara telah merayu terhadap keputusan itu dan Mahkamah Rayuan akan mendengar kes pada 22 Julai.












Kes liwat: Azlan tarik balik kenyataan 8 Mac, minta maaf kepada Saiful
NIZAM ZAIN
1 Mei 2013
Azlan Mohd Lazim
Bapa Saiful Bukhari ketika membuat kenyataan tergempar menarik balik kenyataannya yang mengatakan anaknya dipergunakan pihak tertentu
KUALA LUMPUR - Dalam perkembangan mengejutkan menjelang hari mengundi 5 Mei, Azlan Mohd Lazim hari ini meminta maaf kepada anaknya, Saiful Bukhari, yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerana telah mendakwa dia telah dipergunakan oleh pihak tertentu, pada satu sidang media 8 Mac lalu.

Azlan berkata permohonan maaf itu dibuat atas kesedaran dan keterlanjuran beliau mengkhianati anaknya, bukannya kerana desakan mana-mana pihak berkepentingan politik.

"Kepada seluruh ahli keluarga saya terutamanya ibu saya, adik-beradik saya, keluarga arwah ibu Saiful dan lebih-lebih lagi anak saya yang telah saya khianati, Saiful Bukhari, saya ingin memohon ampun dan maaf yang tidak terhingga kerana tindakan saya telah membuat keputusan yang salah," katanya kepada pemberita pada sidang media tergempar di sebuah hotel di sini, hari ini.

Beliau juga menarik balik permohonan maafnya kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim awal Mac lalu, yang menafikan kelakuan jenayah pemimpin itu terhadap anaknya.

Sebaliknya beliau mempertahankan pendirian semasa membuat sumpah laknat bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri itu terlibat dalam kejadian liwat dan beliau mengakui ia bukan satu konspirasi politik untuk menjatuhkan pemimpin itu.

Dalam pada itu, Azlan juga menarik balik semua kenyataannya termasuk pada majlis ceramah di Pulau Pinang dan Sungai Petani, Kedah pada 23 dan 24 Mac lalu yang menyatakan anaknya dipergunakan oleh pihak tertentu.

"Salah seorangnya Khairil Anas Jusoh untuk memfitnah DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dalam kes liwat 2008.

"Dengan kenyataan akhabr ini diharap dapat menyelesaikan kekeliruan yang timbul daripada kenyataan saya sebelum ini.

"Keutamaan serta tanggungjawab saya pada ketika ini adalah kembali kepada anak saya seperti sedia kala dan hidup dalam keadaan harmoni," jelasnya.

Sementara itu, Azlan turut mengumumkan beliau keluar PKR berkuat kuasa serta-merta.

"Saya akan mengemukakan notis keluar parti (PKR) selepas ini, masuk keluar parti itu perkara biasa, ramai juga ahli parti pembangkang buat begitu.

"Sekarang saya rasa lega lepas keluar parti, dapat tidur lena kerana tindakan sebelum ini telah sulitkan keluarga," katanya sambil menafikan keputusan keluar PKR itu disebabkan kekangan dalam parti itu.
Rafizi: Umno cukup berdebar sekarang
JAMILAH HAMZAH
1 Mei 2013
Rafizi Ramli
Rafizi Ramli
KUALA LUMPUR - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa Umno semakin gementar melihat 'mood' rakyat apabila menghampiri tarikh keramat 5 Mei ini.
Menurutnya, pelbagai cara yang dilakukan Umno-Barisan Nasional (BN) terhadap Pakatan Rakyat untuk mengelirukan rakyat apabila menghampiri detik Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Beliau juga berkata, sebelum ini Umno-BN telah menggunakan isu penggunaan lambang parti DAP namun gagal apabila PR menunjukkan kesepakatan dalam menyelesaikan perkara tersebut.
"... kita dapat belajar daripada dua, tiga bulan lepas, Umno-BN ini di saat-saat ia nak jatuh, ia akan cuba takutkan rakyat.
"...isu DAP itu tak boleh guna lambang, tapi kita sepakat, DAP akan pakai lambang 'mata' (PKR) di Sabah dan Sarawak, di Semenanjung guna lambang 'bulan' (Pas), lepas keputusan itu dibuat terus BN luluskan untuk DAP guna lambang sendiri," katanya pada Ceramah Perdana PR Pandan di sini, semalam.
Sebelum ini, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) tidak mengiktiraf ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang dipilih pada 15 Disember lalu ekoran pertikaian yang berlaku selagi siasatan masih berjalan.
Bagaimanapun SPR telah memutuskan ahli DAP boleh bertanding menggunakan lambang parti sendiri kerana siasatan yang dilakukan RoS tidak memberi kesan kepada penggunaan lambang tersebut.
Dalam pada itu, Rafizi yang juga calon kerusi Parlimen Pandan turut menjelaskan isu dakwat kekal serta kaedah untuk mengelakkan undi rosak dengan membekalkan 'sarung jari getah' kepada pengundi.
Selain itu, Rafizi juga menekankan isu manifesto PR Selangor khususnya akan terus membekalkan air percuma 20 meter padu kepada penduduk jika perikatan itu terus memerintah.
Rafizi juga menerangkan isu-isu manifesto yang berkaitan 'percuma' seperti pendidikan, penghapusan tol, menurunkan harga minyak dan sebagainya yang ditetapkan dalam manifesto PR.

'Kemelut dakwat SPR kompromi proses mengundi'

Kemelut berhubung dakwaan bahawa dakwat kekal yang digunakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak tahan lama, yang telah dilaporkan secara meluas oleh media dan di Internet hari ini, boleh menjejaskan proses pilihan raya dan demokrasi, kata Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah.

NONEMaria (kiri) berkata, SPR perlu bertanggungjawab jika terdapat undi  berganda, kerana mereka yang mengundi di bawah proses pengundian awal semalam, boleh mengundi sekali lagi pada hari Ahad ini.

"Apa yang boleh anda katakan tentang SPR? Ia sebelum ini berkata dakwat kekal itu sudah diuji dan boleh tahan selama tujuh hari.

"Kami benar-benar kecewa dengan perkembangan ini dan kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohd Baria bahawa petugasnya mungkin tidak 'menggoncang botol dakwat'.

"Kejadian itu semakin mengurangkan lagi keyakinan kami terhadap SPR dan menunjukkan proses pilihan raya boleh dikompromi. Bagaimana SPR boleh melakukan ini kepada rakyat?" tanya Maria.

Kamaruddin dilaporkan oleh agensi berita nasional, Bernama sebagai berkata dakwaan dakwat kekal yang dicalit pada jari seorang pengundi awal mudah hilang dengan membasuh jarinya, mungkin disebabkan kegagalan sebahagian petugas SPR mematuhi cara penggunaan dakwat itu.

Setiausaha SPR itu dilaporkan berkata ekoran dakwaan itu, SPR membuat beberapa ujian semalam dan hasilnya jari mereka yang telah dicalit dengan dakwat kekal yang botolnya digoncang lebih kekal dakwat itu di jari mereka dibandingkan dengan botol yang tidak digoncang.

"Walau apa pun kesan dakwat kekal itu, SPR ingin menegaskan bahawa setiap pengundi awal yang telah selesai mengundi pada 30 April 2013 tidak boleh mengundi sekali lagi pada hari pengundian biasa kerana nama mereka tidak wujud dalam daftar pemilih pilihan raya bagi pengundi biasa yang akan mengundi pada 5 Mei 2013," kata Kamaruddin lagi.

Riduan yakin PAS akan tawan parlimen Besut

Harakahdaily, 01 Mei 2013
BESUT: Calon PAS bagi Perlimen Besut Riduan Mohamad Nor yakin rakyat bersamanya untuk menawan parlimen itu menjelang hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 m3i ini.

Katanya, keyakinan itu disandarkan kepada sokongan luar biasa yang ditunjukkan masyarakat Besut khususnya pengundi muda.

"Rakyat Besut bersama kebangkitan rakyat seluruh negara. Anak-anak muda pengundi saluran 3 dan 4 menunjukkan sambutan luar biasa kepada calon-calon PAS mungkin kerana akses maklumat di media baru Facebook, Twitter dan Youtube," katanya.

Riduan akan berdepan calon BN Datuk Seri Idris Jusoh yang juga Bekas Menteri Besar Terengganu.

Ditanya berhubung isu yang menjadibualan masyarakat Besut, beliau berkata kebanyakannya berkisar soal 'sejarah hitam' yang ditinggalkan wakil rakyat BN terdahulu dan termasuk calon yang bertanding sekarang ini.

"BN besut juga terpalit dengan bagasi sejarah membolot tanah-tanah penduduk.

"Penduduk Besut sehingga kini masih tidak dapat melupakan insiden meroboh masjid RTV Bujal di Kemaman sebaik sahaja BN mengambil alih pemerintahan daripada PAS pada tahun 2004," katanya.

Mengulas fokus kempen dalam masa tiga hari berbaki ini, Riduan berkata jentera PAS Besut kini memberi fokus masuk ke kawasan Felda bagi memberi pencerahan isu-isu terkini.

Sementara itu beliau turut menyeru anak-anak Terengganu di perantauan agar pulang mengundi dengan membawa arus perubahan yang besar untuk Besut.

Analisa: Sokongan Melayu terhadap PAS meningkat

Dr Zuhdi Marzuki, 01 Mei 2013
Berikut adalah analisa terkini Pusat Penyelidikan PAS (PPP) berdasarkan dapatan kajian UMCEDEL Universiti Malaya, Merdeka Center dan culaan jentera-jentera PAS di peringkat akar umbi.


1. Purata sokongan yang diperolehi oleh PAS daripada pengundi-pengundi Melayu pada masa kini di Semenangjung Malaysia adalah dalam trend menaik semula iaitu 45%, manakala sokongan pengundi Cina adalah masih stabil sekitar 70% (bagi sesetengah kawasan PAS bertanding ada yang melebihi 75%). Manakala di kalangan pengundi India sokong terhadap PAS berada di tahap 40%.


2. Sokongan pengundi-pengundi Melayu kepada PAS telah mencapai 47% sebelum hari penamaan calon tetapi berlaku penurunan selepas penamaan calon, dan kembali meningkat semula sehingga dua hari yang lalu. PAS mensasarkan untuk mencapai 47% sokongan pengundi Melayu untuk PAS memenangi sekurang-kurangnya 46 kerusi parlimen.


3. Kemasukan Muhammad Taib ke dalam PAS dan beberapa lagi tokoh telah mendorong kepada berlakunya lonjakan sokongan pengundi-pengundi Melayu kepada PAS beberapa hari selepas penamaan calon. Situasi ini diperkukuhkan dengan keretakan jentera UMNO disebabkan ketidakpuasan hati terhadap pemilihan calon.


4. Isu-isu yang dikitar semula oleh BN yang ditayangkan di dada akhbar dan skrin televesyen tentang PAS dan DAP tidak memberi kesan besar kepada pengundi-pengundi Melayu, melainkan hanya berkesan kepada penyokong-penyokong tegar Umno dan BN, melainkan satu isu (dirahsiakan untuk kepentingan strategi dalam PRU). Insha'ALlah PPP sedang berusaha memberi penjelasan isu ini kepada mereka yang terkeliru dengan mainan media Umno.


5. Pengundi-pengundi muda merupakan golongan yang menjadi faktor penentu kepada kemenangan PR dalam PRU kali ini, justeru kempen-kempen Umno dan BN melalui media tradisi mereka tidak begitu berkesan, berbanding dengan pertempuran di media baru seperti FB (ranking 1), Whatsapp (2), Twitter (3) dan Blog (4).


6. Berdasarkan trend sokongan sehingga hari ini terhadap PAS dan parti-parti komponen PR, PR insha'ALlah boleh memenangi PRU kali ini dengan 120 kerusi sekiranya tidak berlaku penyelewengan dan penipuan seperti yang sering disebut sebelum ini.


7. Daripada 120 kerusi parlimen ini yang dimenangi ini, PAS berupaya menyumbang sebanyak 34 kerusi, insha'ALlah, iaitu PAS boleh mengekalkan 24 kerusi yang telah di menangi sebelum ini dan 10 kerusi tambahan. 10 kerusi tambahan itu adalah 1 di Perlis, 2 di Terengganu, 1 di Pulau Pinang, 2 di Perak, 2 di Selangor, 1 di Pahang, 1 di Johor.


8. Terdapat 16 kerusi lagi yang peluang PAS untuk menang adalah cerah (45% - 50% undi popular), iaitu 2 di Perlis, 1 di Kedah, 1 di Terengganu, 2 di Perak, 1 di Wilayah Persekutuan, 2 di Negeri Sembilan, 3 di Pahang, 1 di Johor, 1 di Sarawak dan 2 di Sabah.


9. Terdapat dua kerusi Parlimen yang telah dimenangi oleh Umno PRU yang lalu iaitu Gua Musang dan Jeli, sokongan UMNO telah mengalami kemerosotan yang ketara, dan tidak mustahil boleh jatuh kepada PAS, insha’ALlah.


10. Berdasarkan kepada corak sokongan yang ada pada masa kini, peluang PAS dan PR untuk menawan Perak, Negeri Sembilan dan Terengganu adalah cerah, di samping mengekalkan pemerintahan di empat negeri yang ada sekarang.


Kepada jentera PAS, terus lipatgandakan perjuangan dengan terus bertaqarrub memohon pertolongan daripada ALlah dan giatkan kempen merayu undi terutama kepada golongan muda. Sila pastikan rakan-rakan muda anda balik mengundi kerana 1 UNDI ANDA AMAT BERHARGA UNTUK MASA DEPAN KITA.

*Penulis adalah Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat

Tiada ulasan: