Lupakan 13 Mei, fokus 5 Mei
Anis Nazri, | 01 Mei 2013 |
KUALA LUMPUR: Gelombang sambutan rakyat di Johor, khususnya kaum cina kepada Pakatan Rakyat merupakan satu suasana yang amat menggalakkan.
Di sebalik pelbagai kecaman rasis seperti satu untuk DAP adalah satu undi untuk PAS dan sebaliknya, hakikatnya politik perkauman sudah jauh ditinggalkan rakyat Johor.
Perkara itu diakui Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar) berdasarkan gerak kerja kempennya di negeri tersebut sejak sebelum penamaan calon, 20 April lalu.
"Jika dahulu, di majlis-majlis PAS, susah mahu lihat 'crowd' orang cina. Begitu juga di majlis DAP, susah hendak lihat 'crowd' orang Melayu. Tetapi sekarang, semuanya sudah berubah," kata beliau kepada Harakahdaily.
Melihatkan kepada suasana tersebut, Salahuddin yang juga calon parlimen Pulai dan Dun Nusajaya, berkata pihaknya percaya rakyat kini sudah tidak termakan dengan isu perkauman yang sering dimainkan pihak lawan.
Sambil menegaskan isu perkauman itu akan terus dimainkan, khususnya di saat-saat akhir tempoh berkempen ini, Salahuddin mengajak orang ramai untuk melupakan 13 Mei, sebaliknya fokus kepada 5 Mei.
"Mereka (BN) sudah tidak ada isu untuk melawan Pakatan Rakyat. Mereka akan mainkan isu perkauman, lebih-lebih lagi di saat akhir kempen. Mereka kata akan jadi macam tragedi 13 Mei. Saya nasihatkan, kita lupakan 13 Mei, ingat 5 Mei untuk perubahan," tegas beliau lagi.
Dalam pada itu, beliau turut gembira dengan beberapa perubahan ketara di kalangan pengundi Melayu.
Katanya, jika pada 2008, terdapat beberapa kampung Melayu yang tidak boleh dimasuki Pakatan Rakyat, kali ini ia sudah berubah, malah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan.
"Ia satu perubahan yang baik. Kita harapkan ia akan direalisasikan melalui undi kepada Pakatan Rakyat pada 5 Mei ini," tegas Salahuddin lagi.
Salahuddin, akan menentang Datuk Nur Jazlan Mohamed di parlimen Pulai, manakala berhadapan Profesor Dr. Zaini Abu Bakar di Dun Nusajaya.
Lihat sambutan terhadap 'ejen Sulu' di Kapar
Omak Kau, | 01 Mei 2013 |
Cukup punya dahsyat sambutan diberikan oleh rakyat Parlimen P109 Kapar kepada "Ejen Sulu" DSAI petang tadi.
Ingatkan apabila dituduh pelbagai ejen dari Yahudi, CIA, Cina dan terbaru ejen Sulu, rakyat akan menjauhkan diri dan boikot apa jua ceramah maupun program yang melibat DSAI.
Rupa-rupanya tidak beb!!!...lagi kuat dituduh ejen segala ejen lagi berbondong rakyat sokong dan dakap perjuangan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat walaupun dibawah matahari terik.
Klik untuk lihat banyak lagi gambar dari blogger ini.
Parlimen Seputeh sah milik MCA?
Omak Kau, | 01 Mei 2013 |
Beginilah pemandangan ceramah DAP/PR malam ini di Seri Setia, Kuala Lumpur, Parlimen Seputeh.
Lihat sambutan yang diberikan oleh rakyat Seputeh...Masih MCA nak mengaku kepada dunia yang kaum Tionghua sudah beralih sokongan kepada MCA sepertimana yang dicanangkan oleh Presiden hebatnya, Chua Soi Lek?
Mohon MCA yang terus bermimpi syok sendiri tanpa mau menerima realiti yang MCA sudah tidak lagi relevan kepada masyarakat Tionghua dinegara ini.
Klik untuk baca laporan penuh blogger ini.
Saya dan Husam Musa
Haji Muzamir Haji Haron, |
(Husam bersalam dengan penduduk Putrajaya selepas diumumkan sebagai calon PAS di situ)
Nama saya Muzamir seorang ahli Umno (lama) sejak tahun 1985 dan Umno (baru) sehingga kini di dalam Umno Bahagian Setiawangsa.
Saya bekerja sebagai seorang Pengurus Besar di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur yang bergiat di dalam bidang pembinaan, pembangunan hartanah dan perladangan.
Pada tahun 2010 syarikat majikan saya menghadapi kesulitan di dalam satu projek di Kelantan di mana kelulusan bagi pengeluaran saki-baki balak di dalam tanah yang akan diusahakan untuk tanaman sawit secara usahasama dengan sebuah badan kerajaan Negeri telah bertindih dengan kelulusan kepada syarikat lain.
Kelulusan pertama telah diberikan kepada syarikat majikan saya dan kelulusan kepada syarikat lain tersebut dikeluarkan sebulan selepas itu.
Apa yang ingin saya kongsikan adalah bagaimana peranan YB Husam Musa (Calon PAS untuk Parlimen Putrajaya) di dalam menyelesaikan masalah tersebut dengan cekap, adil dan tanpa “memilih bulu”.
Apabila saya menemuinya di pejabat (tanpa sebarang temujanji !!), beliau meneliti surat saya dan mendengar penjelasan saya. Setelah bertanya beberapa soalan pokok dan tanpa bertanya latarbelakang politik majikan saya, beliau berjanji akan menyiasat permasalahan ini dan akan menyelesaikan dengan cara yang terbaik. (Majikan saya adalah seorang ahli UMNO yang berjawatan Bendahari UMNO Bahagian).
Selepas dua minggu, saya mendapat panggilan telefon secara terus dari YB Husam yang menyatakan permasalahan tersebut telah diselesaikan dan meminta saya menghubungi Jabatan yang berkenaan di Kota Bharu.
Alhamdulillah syarikat saya mendapat semula konsesi tersebut dan syarikat yang lagi satu akan diberikan konsesi lain.
Kecekapan, ketegasan dan keadilan YB Husam amatlah terpuji. Saya datang berjumpa beliau tanpa temujanji. Beliau tidak mengenali saya tetapi saya telah dilayan dengan baik dan tiada “bayaran” dikenakan.
Apabila saya mendapat berita yang YB Husam akan bertanding di Parlimen Putrajaya, jantung saya bergetar. Suatu tindakan berani dan berwasasan. Manusia yang begini memang layak menjadi pemimpin.
Sekiranya saya boleh menukar kawasan mengundi sekarang, saya akan memilih Putrajaya dan memberi undi saya untuk YB Husam. Bukan untuk membalas budi tetapi memang selayaknya YB Husam mewakili penduduk Putrajaya dan menjadi barisan pemimpin Negara.
Doa saya agar YB Husam dipilih oleh warga Putrajaya dan Pakatan Harapan Rakyat Berjaya membentuk Kerajaan baru yang bersih.
Yang benar
HAJI MUZAMIR HAJI HARON
660126-08-6297
Tel : 019-278 8330
Saudara-saudariku,
Andalah penentu segalanya.
Ramai yang sudahpun memutuskan undi mereka akan kepada siapa. Hanya segelintir lagi yang masih belum berbuat demikian, dan di tangan andalah terletak masa depan kita semua.
Dalam mempertimbangkan pilihan kita, izinkan saya bandingkan situasi yang kita hadapi dengan menggunakan perumpamaan pasaraya Tesco dan Giant.
Apabila hanya ada Tesco di kawasan kita, adakah Tesco mempunyai motivasi untuk rendahkan harga mereka atau memberi perkhidmatan yang baik?
Sekiranya kita tiada pilihan dan selalu terpaksa pergi ke Tesco, pemilik Tesco boleh bertindak sesuka hati, dari segi penentuan harga barang dan cara pelanggan dilayan.
Pelanggan yang tiada pilihan adalah pelanggan yang tiada kuasa.
Semakin lama Tesco sahaja yang dibenarkan menjual barang di kawasan kita, semakin buruklah layanan mereka terhadap kita, para pelanggan. Akan tetapi, sekiranya Giant membuka pintu di kawasan yang sama, situasi akan jauh berbeza.
Pada peringkat awal, mungkin pelanggan segan untuk mencuba benda yang baru. Tetapi, sekiranya semakin ramai pelanggan pergi ke Giant, Tesco pasti akan terasa.
Sekarang, Tesco tidak boleh lagi bertindak sesuka hati, kerana pelanggan yang tidak puas hati dengan senangnya boleh sahaja pergi ke Giant untuk mendapatkan barang keperluan mereka.
Selagi ada lebih daripada satu pilihan, kedua-dua Tesco dan Giant akan selalu bersaing antara sendiri untuk merendahkan harga, melayan pelanggan dengan lebih baik, memberi tawaran serta ganjaran yang lebih menarik, dan sebagainya.
Mana-mana pihak yang gagal berbuat sedemikian sudah tentu akan kehilangan semua pelanggan mereka.
Dalam sejarah Malaysia, kita hanya pernah ada "Tesco". Walaupun mungkin baik pada awalnya, jiwanya sudah semakin tercemar akibat terlalu lama menikmati monopoli kuasa.
Pada saat bersejarah ini, bakal muncullah pesaing yang baru.
Sekiranya Tesco dipilih dan kita menolak permohonan Giant untuk membuka kedai mereka, apa yang akan Tesco faham adalah: kita boleh buat sesuka hati, rakyat akan tetap pilih kita.
Sekiranya Giant dipilih, apa yang Giant akan faham adalah: rakyat telah beri satu peluang pertama ini kepada kami. Jika kami gagal, sudah pasti mereka tidak akan pilih kami lagi.
Rakyat yang tiada pilihan adalah rakyat yang tiada kuasa.
Giant ini bukanlah sempurna, dan pemimpinnya bukanlah semua alim dan berintegriti.
Walaubagaimanapun, mereka telah membuktikan diri dalam pengurusan beberapa negeri yang telah mula nampak ada pembaharuan dan pembaikan. Semakin banyak diberi balik kepada rakyat untuk memenangi hati dan minda, dan persaingan antara Tesco dan Giant semakin sengit. Hasilnya, rakyat yang untung.
Siapa pun yang kita pilih, kita mesti selalu mengingatkan Giant mahupun Tesco: “Kuasa di tangan rakyat - siapa yang kami angkat, kami boleh turunkan kembali, sepertimana yang kami turunkan kali ini. Sempurnakanlah amanah dan peluang yang diberikan, atau sediakanlah diri untuk dipecat lagi.”
Demi anak cucu kita, kita mesti sedia dan berani mengambil kesempatan ini untuk mematangkan demokrasi Malaysia, dan mengembalikan negara kita ke tangan rakyat.
(Menjelang pilihan raya perarakan seperti ini melahirkan provokasi)
PULAU PINANG: "Hentikan serta merta aktiviti konvoi oleh Pemuda PAS bagi mengelak provokasi pihak Umno dan Barisan Nasional (BN) menjelang hari pengundian pada 5 Mei ini," kata Pemangku Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Pulau Pinang, Bukhori Ghazali.
Katanya, larangan berkonvoi bermatlamat memberikan penumpuan gerak kerja yang lebih bermanafaat memandangkan empat hari terakhir merupakan saat paling kritikal dan mudah dipergunakan oleh pihak BN untuk melancarkan provokasi.
Sebaliknya tambah beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Negeri, semua jentera wajar menumpukan pada aktiviti bertemu pengundi seramai mungkin.
Kesilapan di saat akhir ujarnya, merugikan parti serta menjejaskan matlamat memenangi Pilihanraya Umum ke 13 serta mendaki tangga ke Putrajaya.
"Kita kena ikut apa yang pemimpin kata sebab ia berpandangan jauh. Mereka lebih tahu apa yang boleh dan tidak," tegasnya.
Justeru itu, semua Majlis Tindakan Dun, PAS Kawasan, Cawangan dan Unit Peti Undi (UPU) wajar memantau supaya perbuatan tersebut tidak berlaku.
Apapun konvoi selepas 6 Mei jika ditakdirkan Pakatan Rakyat menang akan dibincang dan dimaklumkan kemudian.

Hikayat Tesco dan Giant
Nathaniel Tan, |

PAS P. Pinang arah hentikan konvoi
Mohd Sabri Said, | 01 Mei 2013 |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan