Rabu, 1 Mei 2013

TUNGGULAH HUKUMAN ALLAH KEPADA ORANG2 JAHAT DAN KAKI FITNAH...MEREKA NI MAKHLUK ALLAH MEMANG TAK BOLEH LARI...MEREKA TAK KAN LEPAS DIHUKUM OLEH ALLAH....KITA TUNGGU DAN LIHAT

Fitnah TG Nik Aziz: Ibrahim Ali diberi tempoh 24 jam

Aslani M, 01 Mei 2013
KOTA BHARU: Pengerusi Lajnah Guaman dan Hak Asasi PAS Kelantan, Hisham Fauzi berkata, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap calon Bebas di parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali (gambar) kerana mengeluar dakwaan fitnah terhadap Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata, tempoh 24 jam yang diberi semalam bagi membolehkan Presiden Perkasa itu memohon maaf dan menarik balik fitnah sudah berakhir.

“Tanah tersebut adalah milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz hanya sebagai pemegang amanah sahaja kepada tanah yang dimilik agensi berkenaan,” katanya.

Sebelum ini Ibrahim mendakwa Tuan Guru Nik Aziz dan isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak memiliki 27 lot tanah di sekitar Kota Baru yang bernilai lebih RM10 juta.
Pakatan Harapan Rakyat's photo.
Ibrahim Ali Kantoi!

Hari ini surat khabar Utusan menyiarkan pendedahan Inchek Ibrahim Ali kononnya Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat memiliki 20 lot tanah di kawasan Tunjung bernilai RM4 juta. Berita itu bolehlah untuk menutup ruang surat khabar berkenaan. Dalam dunia surat khabar, bila masa sudah terdesak dateline sudah habis, maka apa-apa berita pun akan dimuat, kalau tidak ia tidak dapat dicetak. Lambat nanti operator mesen akan marah.

Jadi pendedahan dibuat Brahim itu hanya cerita buruk untuk memenuhui kolom-kolom kosong akhbar itu saja selepas sudah habis tektik untuk mempedaya pembaca dan memfitnah. Dalam berita itu Berahim suruh Tok Guru Nik Aziz jawab mengenai apa didedahkan itu. Tidak perlu jawab Tok Guru, biarlah berita itu dibaca dan dikunyah oleh rakyat dalam warga negara bernama Utusan. Utusan apa-apa berita yang disiarkan bukan boleh dipakai. Membaca Utusan menjadikan kita bersubahat dengan kejahatan. Utusan sudah menjadi najis mughalazah.

Integriti Utusan sebagai sebuah surat khabar sudah lama mati dan berkubur. Perhatikan saja sudah beribu kes saman ke atas surat khabar berkenaan, kebanyakan semuanya kalah. Juallah segala aset Utusan Melayu untuk bayar saman pun tidak cukup. Maruah dan integriti sesebuah surat khabar terletak di situ.

Kalau hendak bercakap soal harta dan tanah, Brahim patut jujur dan dedahkan dulu harta benda yang dia ada. Ibrahim selalu tusuk mengenai apa yang ada di dalam dirinya. Brahim buat harta di Kuala Lumpur orang Pasir Mas tidak tahu. Brahim
mengatuh di coffee house orang Pasir Mas tidak tahu. Cuba minta dan tanya Brahim berapa buah rumah beliau ada di Kuala Lumpur. Jangan mudah terima Brahim kerana dia hulur seringgit dua. Duit tidak boleh melindungi dosa, di akhirat besok RM tidak valid.

Saya tidak mahu memberi jawapan dulu, mahu tengok seikhlas mana Brahim. Apakah dia seorang bertanggungjawab atau tidak. Kalau bak menuduh dan menghina orang memang Brahim ini nombor wahid. Tetapi kalau terkena ke atas kepalanya, menikus senyap sunyi tidak berketek macam buah kedepar hanyut air.

Orang Pasir Mas cuba tanya projek bandar baru Pasir Mas di Lubuk Jong itu siapa dalangnya? Syarikat Semasa Sdn Bhd, siapa yang menjadi nyawanya. Berapa yang Ibrahim ambil duit dari Cina bernama Albert. Saya ada menyimpan semua dokumen dan gambar-gambar berhubung penandatangani MoU projek berkenaan.

Tanya juga siapa yang buat jambatan Tendong dan berapa harganya yang sebenar dan berapa yang di make-up. Sebanyak RM85 juta ke mana duit itu pergi dan masuk ke dalam poket siapa. Projek itu dibawa oleh Brahim tentu dia tahu ke mana perginya duit itu. Brahim tidak boleh melindungi ini dengan mengakui dia calon berwibawa. Wibawa kepala hotak dia?

Brahim kena jujur, nanti di akhirat besok lidah akan dipotong dengan gunting. Kalau hendak menang pilihan raya pun jangan berbohong sampai nampak ke atas belakang. Malu kepada budak-budak. Kalau tidak malu ke budak-budak pun malulah kepada babi hutan yang kini sudah berkeliran di pinggir- pinggir kampung Pasir Mas. 


Sekali lagi diingatkan Tok Guru Nik Aziz tidak payah ulas dan jawab apa yang didedahkan Brahim itu. Dan orang PAS juga tidak perlu memberi reaksi kepada laporan akhbar berkenaan. Kalau kita ulas dan respon ertinya kita bersubahat dengan pembohongan dan fitnah.?Ibarat Utusan dibuat bungkus tahi, kalau kita pegangnya kita juga terkena dan terhidu najis tersebut.

Tokguru hanya perlu berkata begini kalau ada orang tanya; "pergi tanya Brahim sendiri atau tunggulah di akhirat besok... Di sana nanti semua anggota kita menjadi saksi.. Ada faham ke Brahim bab ini?

Jangan lupa tanya Brahim berapa nilai dan aset yang dia ada. Berapa buah rumah yang dia ada. Kalau berpuluh juta dia belanjakan untuk rakyat, tentulah duit dia berkali ganda dari itu. Ibrahim bukan bodoh sampai nak 'kirah' semua harta bendanya untuk beri kepada rakyat. Ibrahim bukan Umar Ibnu Aziz dia adalah Setopa anak Ali.

Saya hanya percaya Brahim hanya milik seorang isteri saja, tetapi saya pernah tengok dia ada lebih dari sebuah rumah. Tanya dia juga berapa harga rumahnya itu? Sesiapa nak tahu rumah Brahim sila jumpa saya, saya akan tunjuk. Hari ini pun boleh..

RM4 juta harga Tok Guru Nik Aziz seperti dikatakan itu (memang bohong) hanya kecil, terlalu kecil. Apa dia ingat Tok Guru Nik Aziz macam Madir, (Mahathir) jadi PM 22 tahun boleh jadikan anak, orang terkaya di Malaysia? Brahim, Tok Guru Nik Aziz bukan seperti Madir, Tok Guru Nik Aziz adalah Tok Guru Nik Aziz yang kau pernah sembah dan sujud untuk mendapat kerusi. Cis 'menete tak reti bahasa'.

Kalaulah Tok Guru Nik Aziz tergilakan wang dan harta bukan saja setakat RM4 juta, RM4 billion pun beliau akan dapat, tidak payah songlap harta macam pemimpin parti disertai orang gila (Umno) cukup orang-orang yang menerimanya sebagai Tok Guru dan mursyid sahaja menderma kepadanya. Dia tidak perlu menyamun harta rakyat seperti politician lain termasuk juga Brahim.. Ini Kalilah.. Ubah..!

Identiti 35,425 pengundi di Perak gagal dikesan

Muhammad Faeez Azahar, 01 Mei 2013
IPOH: PAS Perak telah mengenalpasti  sebanyak 35,425 pengundi di negeri itu yang gagal dikesan identitinya.


Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS Perak, Salman Saleh (gambar) berkata, jentera disemua peringkat di seluruh negeri Perak telah berusaha untuk mencari serta mengenalpasti identiti tersebut.

Salman berkata, PAS gagal mengesan ke semua individu tersebut walaupun sudah mencuba dengan beberapa kaedah.

Beliau menjelaskan, pengundi yang tidak dikenalpasti itu terdapat di semua Dun dan parlimen yang ditandingi oleh PAS.

“Kami agak bimbang dengan angka yang besar ini dan kemungkinan ianya menjadi penentu kemenangan di beberapa Dun.

“PAS meragui kewujudan kesemua individu itu dan kemungkinan ianya adalah pengundi hantu,” katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Perak, hari ini.

Turut hadir ialah Ahli Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Dr Ahmad Nuri Al-Amin dan Safarizal Saleh.

Jelas beliau, 1,600 daripada 35,425 pengundi yang dikesan itu berada di Dun Sungai Rapat.

Angka itu katanya begitu besar dan sangat meragukan lebih-lebih lagi Dun tersebut berada di kawasan bandar dan sepatutnya pengundi tersebut lebih mudah dikesan.

“Kami masih ada masa mengenalpasti individu dalam baki beberapa hari sebelum pilihanraya ini dan kami akan berusaha sedaya upaya,” jelasnya.

Tegas beliau, PAS akan mengarahkan semua jentera paca dapat mengenalpasti individu yang gagal dikesan ini pada hari pengundian nanti dan memastikan mereka tersebut bukan pengundi hantu.

Undi awal bercelaru, mana azam SPR PRU13 terbaik

Khairil Abdul Rahim, 01 Mei 2013
TEMERLOH: Beberapa kecelaruan yang berlaku dalam proses pengundian awal semalam ternyata bertentangan dengan azam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menjadikan Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) ini sebagai yang terbaik.
Pengarah Jabatan Pilihan Raya Negeri Pahang, Abdul Majid Hasan berkata, antara lain bertentangan dengan taklimat SPR sebelum ini berkaitan dakwat kekal, pelekat keselamatan dan pengawal beg undi pos.

“Dalam taklimat SPR kepada parti-parti bertanding sebelum ini mengatakan dakwat yang dicalit sebelum mengundi tahan selama lima ke tujuh hari sebaliknya berlaku di Kuantan isteri polis mengadu kesan dakwat lesap selepas membasuh pinggan.

“Pelekat (seal) lambat parti juga pada asalnya dibenarkan oleh SPR, namun di kebanyakan tempat ketua tempat mengundi menghalangnya.

“SPR juga pada asalnya membenarkan petugas parti-parti bertanding memegang kunci dan mengawal beg undi di lokap polis, tetapi semalam tidak dibenarkan pula,” katanya dalam sidang media hari ini.

Menurutnya, tiga perkara ini membuktikan berlaku percanggahan dengan kenyataan awal SPR sebelum ini.

Tambah Abdul Majid, dapat dikesan juga semalam terdapat pengundi-pengundi pos yang namanya wujud dalam senarai pengundian awam.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof  baru-baru ini berjanji untuk untuk memastikan pengendalian PRU ke-13 yang terbaik dengan membuat perancangan teliti di samping memperkenalkan banyak pembaharuan ke arah menjadikannya yang terbaik.

Antara pembaharuan diperkenalkan ialah pengundian awal untuk anggota polis, tentera, pengamal media dan rakyat Malaysia di luar negara serta penggunaan dakwat kekal untuk mengelak pemilih berdaftar mengundi lebih daripada sekali.

Bagaimanapun semalam apabila berlaku dakwat yang mudah tanggal, SPR memberikan jawapan remeh iaitu kakitangannya lupa untuk menggoncangkan botol.

Dalam pada itu, Abdul Majid menyeru kira-kira 50,000 anak Pahang yang berada di perantauan supaya balik mengundi kerana boleh menyumbang kepada kemenangan Pakatan Rakyat di Pahang.

PRU13: Pintu usaha yang tidak berpenghujung

http://www.hasanhusaini.com, 01 Mei 2013




PRU 13 menyaksikan UMNO BN berhabisan menyerang dan membuli Pakatan Rakyat. semua saluran televison, radio, akhbar perdana, jabatan kerajaan, intitusi pendidikan dan pelbagai instrumen awam digunakan untuk membelasah lawan politiknya, Pakatan Rakyat.


Namun kita dapati, kesan kempen UMNO BN tidak berbayar dengan modal besar yang dilabur leburnya itu.


Peluru yang disasarkan kepada PR melencong kembali bak bomerang kepada kubu mereka. Bom jangka yang dipasang pula meletup di karung sendiri. Periuk api yang ditanam diinjak oleh panglima perang UMNO BN sendiri. Usaha mereka selama 55 tahun tepadam dengan kejahatan dan pengkhianatan segelintir taiko UMNO BN yang tamak haloba.


Kita juga melihat sokongan kepada PR datang dari pelbagai sudut yang tidak dijangka.


Bermula dengan letusan ABU, dan TOLAK yang dipelopori anak muda. Seterusnya kepada trend menolak UMNO BN di media alternatif, dan laman sosial seperti FB, Youtube dan Twitter.


Selepas itu, kita melihat gelombang hijrah artis-artis dan bekas pegawai tinggi kerajaan, pakar-pakar serta intelektual kepada PR. UMNO BN kontang cerdik pandai dan hal ini diakui sendiri oleh Tun Mahathir. Seterusnya, muncul pula titah DYMM Raja Nazrin Shah yang memuji PR dan menegur BN. Ia memberi saham yang besar kepad PR dan pukulan yang mencederakan jantung BN.


Kemudian muncul lagi ratusan trend tolak BN lain timbul dari pelbagai arah, di samping tindakan UMNO BN sendiri yang menyebabkan populariti mereka jatuh terutamanya di kalangan pengundi baharu. Menyokong hal itu, pelbagai pendedahan tentang kelemahan UMNO BN menjadi gelombang menimbus budi yang telah mereka taburkan sejak 55 tahun. Kelemahan UMNO BN dan siri pengkhianatan mereka diabadikan dalam dokumentasi rasmi dan dipermudahkan pemahamannya melalui infografik dan poster malah filem pendek.


Setelah parlimen dibubar, timbul pula cetusan semangat kempen pulang mengundi. Warga Malaysia sejauh Russia, US, UK, Mesir, Jordan, Jepun membuat tindakan tepat untuk pulang mengundi di PRU13. Puluhan video dan gambar dikirimkan ke media sosial dan dikongsi oleh ribuan pengguna.


Manakala selepas itu, trend sokongan dan dokongn kepada Al-Fateh Malaysia, Datuk Paduka Husam Musa di Putrajaya menjadi satu fenomena yang sangat inspiratif kepada petugas PR di seluruh negara.


Berita duka bagaikan menimpa PR seketika tatkala DAP berdepan dengan masalah pendaftaran ROS. Ia cepat dirawat oleh DAP tatkala Lim Kit Siang mengumumkan DAP akan menggunakan logo PAS di semenanjung dan logo PKR di Sabah dan Sarawak. Setelah itu, satu lagi gelombang besar timbul, lambang PAS kini bukan sahaja dijulang oleh pemuda berkopiah, bahkan diarak oleh masyarakat cina pelbagai usia bahkan sami budha.

Tidak kurang dari itu, datang pula sokongan moral dari pengerusi Kesatuan Ulama' Islam se-dunia, Syeikh Qaradhawi kepada PR. Setelah itu, timbul pula hasil kajian dari UMCEDEL yang menyatakan natijah sokongan majoriti kepada PR dan Anwar Ibrahim.


Mengakhiri senarai saya, hari ini pertubuhan IKRAM melalui presidennya menyatakan oendirian mereka untuk menyokong Pakatan Rakyat yang dilihat lebih baik dan mamou membawa inspirasi rakyat Malaysia secara menyeluruh.

Selain yang saya senaraikan, masih banyak siri sokongan kepada PR yang berlaku di medium dunia sebenar mahupun di medan media sosial.


Ia bagaikan menjadi petanda bahawa UMNO BN sememangnya akan berkubur pada PRU13.


Namun, apakah kita sudah boleh berehat? Selesa dan tidur? Patutkah kita hanya meriba tangan sambil menghirup teh panas di balkoni sementara mendengar pengumuman kemenangan PR pada tengah malam 5 Mei 2013?


Lihatlah Sejarah


Di medan Uhud, ada beberapa pengajaran penting untuk kita renungi.


Selepas kemenangan besar tentera Islam di 'PRU12' Badar pada tahun kedua hijrah, kekuatan moral umat Islam meningkat mendadak. Mereka yang sebelum ini takut-takut dan tidak yakin dengan Islam, semakin yakin dan percaya diri. Masakan 300 tentera yang tidak lengkap logistiknya boleh mengalahkan tentera moden Quraish yang bilangan mereka mencecah 1000.


UHUD. Syawal Tahun Ketiga Hijrah


Setahun kemudian, Quraish menghantar tentera bagi menuntut bela kekalahan 'PRU12' di Badar. Abu Sufyan Bin Harb lebih teliti mengatur strategi. Kepakaran Khalid al-Walid dan Ikrimah Bin Abu Jahal dimanfaatkan sepenuhnya.


Umat Islam mara. Rasulullah sollallohu 'alayhi wasallam sendiri bersama mereka selaku penglima tertinggi. Baginda mengatur strategi paling ampuh untuk berhadapan dengan 2000 tentera pimpinan Abu Sufyan Bin Harb. Pelbagai jenis taktik peperangan dipraktikkan.


Tenterai Islam berjaya menguasai beberapa kawasan strategik. 50 pasukan elit pemanah diketuai oelh Abdullah Bin Jubair radhiallah 'anhu ditempatkan di Jabal Rummat yang sedikit tinggi dari gelanggang tempur Uhud. Selain itu, tentera Islam juga lengkap dengan 50 pasukan berkuda dan 100 tentera perisai.


Tentera Quraish yang dipimpin Abu Sufyan Bin Harb porak peranda. Ramai di kalangan mereka terkorban. Sebahagiannya lari lintang pungkang meninggalkan kelengkapan perang dan kuda-kuda yang gagah.


Melihat keadaan itu, tentera Islam merasa selesa. Kemenangan seakan-akan pasti berpihak kepada mereka. Pesan Rasulullah sollallohu 'alayhi wasallam agar mereka tidak turun dari Jabal Rummat sekalipun kemenangan sedang diraikan.


Sejumlah pemanah turun dari medan, mengutip barang tinggalan tentera Qurasih. Hanya sepuluh berbaki di puncak Jabal Rummat.


Khalid Al-Walid memecut kuda menggempur pemanah yang berbaki dan menguasai kawasan strategik itu. Hasilnya, Rasulullah sollallohu 'alayhi wasallam tercedera, darah baginda mengalir. Manakala singa Allah Hamzah bin Abdul Muttalib syahid bersama hampir 70 sahabat yang lain.


Tentera Islam mengalami kekalahan. Emosi mereka terganggu dengan kecederaan Rasulullah sollallohu 'alayhi wasallam dan kematian ramai sahabat terutamanya Saidina Hamzah radhiallah 'anhu.


Petugas PR di PRU13, teruskan berusaha. Meski kemenangan seakan pasti menyebelahi kita. Kerana senang itu tidak datang selepas susah, tapi ia datang bersama susah payah usaha kita.


"Oleh itu, yakinlah bahawa sesungguhnya bersama kesusahan itu, terdapat kesenangan. Dan (sekali lagi ditegaskan) bahawa sesungguhnya bersama kesusahan itu, terdapat kesenangan. [Al-Insyirah 5-6]"


Hasanhusaini

Darul Muttaqin, Mu'tah Jordan

Tiada ulasan: