Rabu, 1 Mei 2013

JIHAD JANGAN JADI JAHAT...JAHAT SANGATLAH ORANG SEMBAHYANG DIPUKUL...TUNGGU HABIS BARU PUKUL...BARU ORANG FIKIR TAK JAHAT SANGAT....ROSAK2

Ayah Saiful hadapi tekanan kuat dari Umno

Harakahdaily, 01 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Beberapa hari sebelum ini, ayah Mohd Saiful Bukhari, Azlan Mat Lazim (gambar) telah menghubungi Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Johari Abdul dan menyatakan beliau menghadapi tekanan yang sangat kuat dari Umno.

“Tekanan ini turut dikenakan ke atas keluarganya. Saya yakin ‘penarikan balik’ pengakuannya ini adalah natijah dari tekanan ini.

“Saya ingin merujuk di sini kepada laporan media oleh En Azlan Mat Lazim, bapa kepada Saiful Bukhari,” ujar Johari dalam satu kenyataan.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada laporan media yang menyebut bahawa Azlan menarik balik mohon maaf yang dibuatnya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan turut mengumumkan dirinya keluar dari PKR dengan serta merta.

“Kami ingin menjelaskan di sini bahawa Encik Azlan Mat Lazim tidak pernah menjadi ahli Parti Keadilan Rakyat. Permohonannya untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat belum pun diluluskan.

“Saya juga ingin menjelaskan di sini, bahawa Azlan Mat Lazim yang meminta untuk bertemu kami dan bukan sebaliknya,” jelas Johari lagi.

Beliau menjelaskan, Azlan dengan sendiri telah menawarkan untuk membuat pengakuan bahawa segala dakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan satu konspirasi politik.

Menurutnya, perkembangan sebegitu bukanlah sesuatu yang luar biasa terutama di musim pilihan raya, apatah lagi modus operandi sebegini sudah sinomim dengan muslihat politik Umno.

Bekas ahli Umno tolak seruan jihad Muhyiddin

Aslani M, 01 Mei 2013
KOTA BHARU: Ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak rakyat Kelantan supaya berjihad dengan menolak PAS, sebaliknya semakin ramai ahli dan penyokong Umno meninggalkan parti itu. Minggu lepas seramai 35 ahli dan penyokong Umno di Kampung Bunut Payong menyertai PAS dengan diketuai Mohd Daud.
Mereka mengikut jejak langkah bekas orang kuat Ketua Umno Bahagian, Datuk Fatmi Che Salleh, iaitu Abdul Kadir Che Musa meninggalkan Umno lebih awal.
Manakala di Gua Musang seramai 65 ahli dan penyokong Umno termasuk anggota jawatankuasa Umno Gua Musang, Abdul Karim Mat Diah dan beberapa Exco Pemuda Umno Gua Musang juga mengambil langkah serupa.
Mereka menyerah borang menyertai PAS kepada calon parlimen Gua Musang, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah pada program ceramah di Pejabat PAS Gua Musang malam kelmarin.
Dan hari ini pula seramai 10 lagi ahli dan penyokong Umno yang diketuai Ketua Cawangan di Limau Kasturi turut meninggalkan parti itu.
Timbalan Perdana Menteri ketika merasmikan jambatan tambahan di Kampung Manek Urai, Kuala Krai hari ini menganggap jihad apabila rakyat Kelantan menolak PAS.
Sementara itu di Pasir Mas malam tadi bekas Ketua Inspektor Polis, Datin Hasnita Hassan bersama 25 rakan dan kenalannya menyertai PAS pada program ceramah di Kampung Paloh, Dun Tendong.
Hasnita menyerah borang kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Hadir sama calon parlimen Pasir Mas, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz, calon Dun Tendong, Rozi Muhamad dan Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelatan, Ahmad Fadhli Saari.
Hadir sama suami Hasnita, Datuk Roshaimi Abdul Razak, mertuanya, Abdul Razak Abas. Orang ramai penuh sesak memenuhi halaman bangunan Pasti.
Beliau yang bersara pada pilihan pada Febuari lalu, berasal dari Johor berpindah ke Kelantan pada 1994 kerana bertugas sebagai pegawai polis di negeri ini.
“Inilah yang dikatakan penghijrahan, bila kita ingin berubah dengan berteras kepada keikhlasan. Saya ingin mendapat pahala dan memohon mendapat rahmat Allah SWT.
“Saya dan rakan-rakan secara peribadi berbangga kerana menjadi ahli PAS. Saya berjanji berjuang untuk bersama-sama memastikan kejayaan PAS sehingga ke penghujung nyawa,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Pengundi Cina dan India dalam satu rumah

Hazayani Zakaria, 01 Mei 2013
KUALA LUMPUR: PAS Titiwangsa hari ini mengemukakan bukti berhubung pertindihan alamat dua pengundi yang berlainan bangsa.

Calon PAS Parlimen Titiwangsa, Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi (gambar) berkata, pihaknya mengesan dua pengundi masing-masing Cina dan India di alamat yang sama.

Nama Low Pek Hun dan Savindilah A/P Suppan ditemui di alamat B-5-14, PPR Cochrane Perkasa, Jalan Nakhoda Yusof, 55100 Kuala Lumpur.

"Pihak kami menemui sendiri pengundi di alamat ini dan memang ada seorang pengundi iaitu Low Peh Hun. Savindilah memang tak ada di alamat itu.

"Macam mana dalam masa dua tiga hari lagi nak mengundi, masalah pertindihan alamat pengundi belum selesai," kata beliau pada sidang media di Pusat Media parlimen Titiwangsa, Kampung Baru hari ini.


Johari tidak berani debat

Sementara itu beliau kesal dengan keengganan calon BN Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani hadir ke dialog mengenai masa depan kapung Baru yang dianjurkan anak-anak Kampung Baru sendiri.

Beliau berkata, Task Force Kampung Baru menghantar surat jemputan seminggu awal mengenai dialog tersebut.

Johari bagaimanapun memberi alasan beliau tidak menerima surat tersebut dan memberi alasan tidak mahu berdebat kerana mahu memberi fokus kepada program kempen.

"Task Force Kampung Baru dah bagitahu awal-awal, program itu program dialog dengan penduduk, bukan debat.

"Saya menunggu beliau sehingga jam 10.30 malam dan saya datang dengan persediaan dokumen-dokumen mengenai Kampung Baru.

"Sepatutnya Datuk Johari boleh guna peluang tersebut untuk terangkan apa agenda beliau terhadap pembangunan Kampung Baru," katanya.

Sebelum ini, Johari juga tidak hadir ke jemputan debat mengenai masa depan OKU anjuran Sekretariat OKU Bangkit.

Jangan sertai himpunan di PKR esok - Dr Rani

Harakahdaily, 01 Mei 2013
SHAH ALAM: Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman mengarah supaya semua ahli-ahli PAS tidak menyertai sebarang himpunan yang kononnya akan diadakan esok di Ibu Pejabat PKR.

"Kami yakin ia adalah kerja-kerja pihak yang pro-BN yang bekerja untuk memecahkan Pakatan Rakyat," kata Dr Rani dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

Menurut poster yang mula diedarkan, kononnya akan diadakan satu sessi bantahan terhadap calon PSM yang bertanding atas tiket PKR esok.

Ia kononnya akan diadakan jam 11 pagi pada esok hari.

Petugas PAS dipukul ketika sedang solat

Hazayani Zakaria, 01 Mei 2013



(Zamri menunjukkan muka Zulkifli yang lebab dipukul sambil Zulkifli memegang salinan laporan polis)


KUALA LUMPUR: Seorang petugas PAS mendakwa dipukul seorang lelaki ketika sedang mengerjakan solat Asar di Surau Muhajirin, Jalan Raja Alang, Kampung Baru, Isnin lalu.

Dalam kejadian jam lima petang itu, Zulkifli Jaffar, 44 ditendang muka sebelah kanan dan dan mukanya ditumbuk sebanyak dua kali oleh seorang lelaki pertengahan umur yang dikenali dengan nama Sabri.

Orang ramai yang berada di tempat kejadian kemudiannya menghalang Sabri daripada bertindak lebih agresif lagi.

Ekoran kejadian itu, Zulkifli yang cedera di bahagian mata membuat laporan polis di Balai Polis Chow Kit.

"Saya tak tahu apa punca sebenar dia memukul saya, apa yang dia tak puas hati dengan saya.

"Mungkin sebab dia nampak saya selau ada di pondok PAS Di Chow Kit sebab bangsal itu dibuka 24 jam.

"Lepas kejadian itu, saya dan kawan-kawan pun rasa tak selamat, rasa tak sedap hati bila berada di bangsal PAS," katanya pada sidang media bersama calon PAS Parlimen Titiwangsa, Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi dan peguam Noor Azmir Zakaria di Pusat Media Parlimen Titiwangsa, dekat sini hari ini.

Sementara itu, pada malamnya pula, peniaga di Chow Kit, Abdul Rahim Taib, menjadi saksi kejadian ugut ke atas petugas PAS di pondok parti itu.

Menurut Rahim, 57, beliau nampak seorang pemuda menghampiri pondok PAS dan menyuruh orang di dalamnya keluar sebelum mengacukan pisau ke arah mereka.

Kejadian tersebut berlaku pada jam 9.15 malam ketika orang ramai masih lalu-lalang di kawasan itu.

Menyedari kejadian itu, polis yang membuat rondaan di kawasan tersebut terus menangkap dan membawa lelaki itu menaiki kereta polis.

Dalam kejadian lain, sebuah pondok PAS di UPU Kompleks Damai, berhampiran Grand Season disamun pada jam tiga pagi, Isnin lalu.

Ketika itu, petugas yang menjaga pondok tersebut terlelap.

Dia dikejutkan dengan bunyi motosikal yang dinaiki dua pemuda.

Pemuda tersebut kemudiannya menghalang dia bertindak dan melarikan tabung berisi wang kira-kira RM200.

Sehubungan itu, Zamri menggesa pihak polis meningkatkan kawalan di kawasan tersebut dan mewujudkan balai polis bergerak.

"Kita tidak menolak kemungkinan kejadian kekasaran ini berlaku kerana suasana pilihan raya, rasa tida puas hati dan sebagainya.

"Tapi kita mahukan kempen secara bersih, bukan denan cara melakukan kegananasan dan provokasi.

"Jadi perlu kepada kaalan yang ketat oleh pihak polis dan balai pois bergerak diwujudkan di sekitar Kampung Baru," katanya.

Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS Titiwangsa Khairul Anuar Abdul Manap pula melahirkan kekesalan atas sikap penyokong BN yang merosakkan bahan kempen PAS.

"Di markas Taman Maluri, bendera dan poster PAS dirosakkan, dicabut selepas dipasang.

"Kita minta BN hentikan vandalisme ini dan berkempenlah secara profesional," katanya.







Pekerja curah keringat, beri hak gaji minima

Harakahdaily, 01 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim)  menggesa kerajaan memenuhi tuntutan pekerja untuk mendapat gaji minima sesuai dengan perkembangan sosioekonomi semasa.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, tuntutan gaji minima sudah disuarakan berkali-kali oleh pihak kesatuan sekerja.

“Kami berpendapat tuntutan itu adalah munasabah dan sepatutnya dipenuhi oleh kerajaan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, gerakan pekerja sedunia telah mengiktiraf bahawa gaji minima adalah suatu hak yang sepatutnya diberi kepada semua pekerja yang sah tanpa mengira pekerja tempatan ataupun pekerja asing.

Tambahnya, Mapim berpandangan seorang pekerja yang mencurah keringat sama ada pekerja awam atau swasta tetap menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.

“Mendiskriminasi pekerja adalah zalim dan tidak diterima berasaskan prinsip Islam. Islam menekankan keadilan untuk pekerja dan ia mesti dilaksanakan oleh majikan untuk pekerja dengan saksama,” katanya lagi.

Menurutnya, memandangkan sistem ekonomi yang yang kini sedang berjalan didominasi oleh sistem pasaran bebas, pekerja terdedah kepada penganiayaan apabila syarikat swasta lebih terdorong untuk mengurangkan kos dan memaksimakan keuntungan.

Beliau berkata, Mapim tidak bersetuju levi dipindahkan kepada pekerja atas dasar majikan tidak mahu menanggung kerugian bila pekerja meninggalkan kerja.

Sepatutnya, kata beliau mekanisme yang lebih adil dilaksanakan agar pekerja yang mencurah keringat untuk mencari nafkah hidup dan memajukan syarikat mahupun agensi awam,  tidak dianiaya oleh majikan.

Katanya, andaian dan kes yang terkecuali bila pekerja menyalahguna dan mengambil kesempatan atas permit kerja, tidak boleh dijadikan alasan untuk mereka ditekan untuk membayar levi.

“Kami tetap menyarankan budaya dan etika kerja Islam yang ada di negara ini  dijadikan asas perhubungan antara majikan dan pekerja di negara ini.

“Sudah sampai masanya majikan memberi pengiktirafan yang sewajarnya kepada  pekerja sama ada pekerja tempatan mahupun pekerja dari luar yang telah menyumbang kepada pembangunan negara,” ujarnya.

Beliau menambah, majikan  perlu mengamalkan pengurusan yang adil dan menjaga kebajikan pekerja, manakala pekerja pula perlu melaksanakan kerja yang diamanahkan dengan upah yang dipersetujui dengan sebaik mungkin dan penuh bertanggungjawab.

Putrajaya: Jimat RM27b henti sewa bangunan k’jaan

Harakahdaily, 01 Mei 2013
PUTRAJAYA: Calon PAS Putrajaya, Datuk Husam Musa mencadangkan supaya Kerajaan Pakatan Rakyat menghentikan  amalan sewaan bangunan kerajaan dari Putrajaya Holding.

Tindakan ini katanya, sekaligus dapat menjimatkan RM1.7 bilion setahun atau RM27 bilion untuk 15 tahun akan datang.

Dalam sidang akhbarnya di Pusat Media PAS di Presint 9, sebentar tadi Husam memberitahu perkara ini sudah dibangkitkan beliau di Parlimen semenjak 2001 lagi.

Pendedahan Husam ini agak mengejutkan rakyat kerana ramai yang tidak tahu, semua bangunan kerajaan termasuk pejabat Perdana Menteri, kediaman rasmi PM dan TPM disewa daripada Putrajaya Holdings.

Menurut Husam, sewaan bangunan kerajaan ini bermula pada tahun 2003 secara berperingkat-peringkat mengikut bangunan yang disiapkan.

Husam berkata, Putrajaya Holding telah mendapat tanah kerajaan secara percuma dan untuk pembinaan Putrajaya telah mengeluar bon-bon yang dijamin Kerajaan Malaysia.

"Dengan penjimatan wang sebanyak ini, kita boleh laksanakan banyak program untuk pembangunan yang memberi manfaat kepada penjawat awam dan rakyat Malaysia," ujarnya.

Tiada ulasan: