Rabu, 15 Mei 2013

JANJI KENYANG...MEMBAZIR...BERMEWAH2 DAN BERLAGAK IKUT PERANGAI SYAITAN@IBLIS

MCA terima Exco Johor kerana perintah Sultan?

Harakahdaily, 14 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek menyalahkan Sultan Johor kerana terus melantik pemimpin MCA untuk menjadi Exco negeri Johor.

Soi Lek dalam kenyataannya berkata, MCA tidak memberikan sebarang rokomendasi agar Adun Pulai Sebatang dari MCA, Datuk Tee Siew Keong dilantik sebagai Exco.

"Perlantikan Tee sebagai Exco adalah decree (perintah) Sultan Johor yang berkuasa untuk berbuat demikian," kata Chua dalam kenyataannya.

MCA di bawah kepimpinan Chua sebelum ini membuat keputusan tidak akan menerima sabarang jawatan kerajaan jika pencapaian MCA lebih lemah berbanding sebelum ini.

Ia adalah resolusi MCA yang dibuat pada tahun 2011 dan 2012.

"Sultan mempunyai kuasa untuk melantik Menteri Besar dan Exco kerana keunikan Perlembagaan Negeri," kata Chua dalam kenyataannya.

Ekoran cadangan perlantikan ini, Chua berkata beliau telah meminta pandangan Perdana Menteri mengenainya dan Datuk Seri Najib telah menasihatkan beliau mendengar perintah sultan.

"Suka saya tekankan di sini, MCA akan mengekalkan keputusannya yang diluluskan dalam mesyuarat agung tahunan 2011 dan diluluskan lagi dalam mesyurat 2012, untuk menolak semua jawatan kerajaan.

"Jawatankuasa Pusat MCA akan membincangkan kes Tee dan dia mungkin menghadapi tindakan disiplin berikutan perlantikan sebagai Exco Johor," tambah Chua dalam kenyataannya.

Khalid angkat sumpah penuh istiadat

Omak kau, 14 Mei 2013



Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim baru saja pagi tadi  mengangkat sumpah sebagai Dato' Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang .

Perkembangan ini sekali gus menamatkan teka-teki dan spekulasi yang berlarutan selama seminggu tentang siapa pemimpin daripada gabungan parti PAS, PKR dan DAP (PR), yang akan mengisi kerusi menteri besar selepas pilihan raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei.

"Senarai barisan exco dah ada. Sasaran kami, paling lebih dua minggu, paling awal seminggu exco baharu akan dilantik"..kata beliau.


Klik untuk lihat laporan penuh.

Sebungkus nasi lemak, karipap dan susu cultured

Omak kau, 14 Mei 2013



Hari adalah mesyuarat pertama Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang setelah berjaya mempertahankan Pulau Pinang pada PRU 13 yang lalu.

Para ahli Exco termasuk SUK, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri hanya disediakan sebungkus nasi lemak, kueh gulung, dan karipap, sepiring buah segar dan susu cultured"...


Klik untuk lihat laporan penuh.

Kerajaan minoriti buat perangai

Harakahdaily, 14 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Ketika pemimpin Umno bercelaru dengan apa yang berlaku buat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia iaitu kerajaan minoriti, Umno melalui agen-agennya menghulurkan tangan kononnya demi perpaduan.

Dengan rasminya Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar kiri) menolaknya manakala sebelum ini Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencela usaha yang disifatkan beliau berniat tidak baik itu.

"itu orang tengah lemas, saya orang tepi laut tahulah. Orang tengah lemas tidak boleh pergi dekat, kalau pergi dekat dia raba (tarik) kita tenggelam sekali," kata Tuan Guru Abdul Hadi kepada media di Kota Bharu semalam.

"Ini adalah kerajaan minoriti yang pertama dalam sejarah Malaysia," kata Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar kanan) mengulas isu ini.

Dalam pilihan raya umum baru-baru ini, BN mendapat undi popular sebanyak 47 % manakala Pakatan Rakyat 49.9 peratus (PAS - 14.5%,  DAP- 15.4% dan PKR-20%).

Selain itu, Pakatan juga berjaya menambah bilangan kerusi Parlimen dalam pilihan raya ini dari 82 ke 89 kerusi Parlimen.

Walaupun berkurang dari segi bilangan anggota Parlimen tetapi terbukti majoriti rakyat negara ini bersama dengan Pakatan Rakyat.

"Memang kita bersyukur dan menerima takdir yang ditetapkan Allah SWT tetapi kita tidak akan redha dengan penipuan yang dilakukan," kata Dr Dzulkefly yang kalah dengan majoriti 460 undi sahaja.

Sehubungan dengan itu, katanya, PAS akan mengkaji semua penipuan ini dan akan membuat pendedahan mengenainya.

Dr Dzulkefly telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi JK Post Mortem yang dibentuk oleh PAS untuk mengkaji prestasi PAS dalam pilihan raya umum ke 13.

Pengerusi JK ini adalah Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS.

Dr Dzul berkata, tindakan Umno menggunakan pendekatan perkauman sekarang amat tidak wajar dan perlu dicela.

Adun Alor Limbat beri kek hargai jasa jururawat

Buletin Online, 14 Mei 2013
MARANG: Walau pun baru seminggu bergelar 'YB' Adun Alor Limbat, Ustaz Ariffin Deraman tidak henti-henti berputar di kawasan Dun itu menemui para pengundi dan pihak lain termasuk mengunjungi pusat kesihatan.

Bukan sekadar mengucapkan 'Selamat Hari Jururawat' melalui laman sosial atau melalui kad ucapan, Ariffin yang menganggap dirinya sebagai 'budak baru belajar' menghantar sendiri kek ke pusat kesihatan yang terdapat dalam Dun Alor Limbat.

"Saya hantar sendiri kek untuk menghargai jasa-jasa 'misi' (jururawat) sempena Hari Jururawat Sedunia, kebetulan ada empat buah klinik dalam Dun Alor Limbat, saya ambil kesempatan untuk memperkenalkan diri saya, maklumlah 'saya budak baru belajar'," ujarnya.

Pusat kesihatan yang dilawati beliau adalah Pusat Kesihatan Kepong, Pusat Kesihatan Gelugor, Pusat Kesihatan Rawai dan Pusat Kesihatan Tasek.

Menurutnya, kek tanda ingatan itu telah diterima oleh ketua jururawat pusat kesihatan terbabit dan beliau sangat sukacita kerana para jururawat sudi dan gembira menerima pemberiannya sempena hari jururawat itu.

Ariffin turut menyeru semua pihak supaya menghargai kesihatan kerana ia adalah faktor yang penting dalam kehidupan dan sumber kekuatan produktiviti dan pembangunan insan.

Katanya, Rasulullah SAW adalah contoh seorang tokoh yang mengutamakan kesihatan dalam kehidupannya.

"Sebagai contoh, untuk mengelakkan obesiti yang boleh membawa pelbagai penyakit, Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak.

"Rasulullah menjaga kesihatan dengan selalu berjalan kaki ke masjid, pasar, ke medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar," ujarnya.

Pada PRU13 ini, beliau berjaya menewaskan penyandang kerusi Dun Alor Limbat daripada BN, Alias Abdullah dengan majoriti 645 undi. Alias menang pada PRU12 dengan majoriti 799 undi.

Najib bertambah seksa selepas menang

Harakahdaily, 14 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Setelah menang, Presiden Umno sepatutnya gembira dan senyum lebar tetapi nampaknya Datuk Seri Najib Razak bertambah seksa selepas menang.

Yang paling ketara, beliau gagal markah lulus 'kembalikan 2/3 majoriti BN bahkan merosot pula iaitu dari 140 kerusi Parlimen merosot kepada 133.

"Ia pula adalah hasil sumbangan Borneo yang masih tidak terkena tsunami semenanjung," kata Dr Dzulkefly Ahmad (gambar kiri) dalam analisis awalnya tentang pilihan raya umum kali ini.

Dr Dzulkefly, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP) berkata, Najib juga malu besar apabila gagal projek 'tawan Selangor'nya.

Sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Selangor dan menyerang Pakatan habis-habisan, kononnya rakyat tersiksa dan jangan ulangi kesilapan, namun semuanya gagal.

"Sebaliknya  PR semakin kuat dan menguasai 2/3 majoriti di DUN Selangor," kata Dr Dzulkefly.

Kata beliau, Najib (gambar kanan) kini adalah PM sebuah kerajaan minoriti pertama dalam sejarah politik tanah air.

Undi popular BN yang diketuai Najib merosot ke paras 48% sementara PR mendapat 52%.

Ini bermakna, lebih ramai rakyat yang mahukan PR atau lebih ramai rakyat yg menolak BN, katanya.

BN hanya menang kerana sistem British yang berasaskan pertama lepasi tiang atau 'First pass the post'.

Kalau kalau sistem 'perwakilan berkadar' (Proportional Representation),  sudah sah BN sudah tumbang, tambahnya.

Katanya lagi, yang paling malang bagi Najib kini rakyat tahu bahawa 'BN menang dengan pelbagai penipuan'.

"Ia macam budak yang meniru diangkat menjadi ketua kepada pelajar cemerlang, masakan mahu diterima rakan-rakan  seangkatannya. Ekoran itu, kerajaan Najib telah menjadi begitu buruk," tambah beliau.

Menurut beliau yang juga timbalan pengerusi pasukan Post Morterm PRU 13 yang ditubuhkan PAS, pelbagai faktor serta bukti sedang dihimpunkan.

Antaranya membeli, menyogok dan merasuah pengundi dengan bayaran RM300 ke RM1000 satu undi.

"Petisyen akan dimajukan sebaik saja pewartaan keputusan PRU dibuat. Andainya mahkamah masih punya kewibawaan kerajaan minoriti diramalkan akan bakal tumbang dalam enam bulan pertama..insya AlLah.

"Kita redha takdir tetapi tidak samasekali boleh menerima penipuan....sampai bila mahu begini?" katanya tegas.

Ibu tunggal saman Selangor digesa tampil daftar

Harakahdaily, 14 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Para ibu tunggal yang telah menyaman Kerajaan Selangor digesa tampil mendaftar supaya dapat dipastikan kelayakan mereka mendapat bantuan pelbagai daripada kerajaan negeri.

Gesaan itu dibuat oleh Adun Batu Tiga yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor, Rodziah Ismai (gambar).

Kenyataan beliau itu sebagai respons kepada keputusan Mahkamah Rayuan di Putrajaya semalam yang telah membatalkan saman Murtini Kasman beserta 2019 yang lain terhadap Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar.

Saman Murtini telah menuntut bahawa Kerajaan Selangor membayar elaun berjumlah RM10.9 juta kepada 2,020 orang ibu tunggal yang membawa saman tersebut ke mahkamah.

Menurut Rodziah, kerajaan negeri dalam memastikan tawaran-tawaran kepada ibu tunggal di Selangor dapat bersama dimanfaati oleh Murtini dan ibu-ibu tunggal bersamanya.

“Kesia-siaan masa yang dibazirkan dan kos pengendalian kes mahkamah yang tinggi juga boleh dielakkan,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya lagi, Kerajaan Selangor sekali lagi ingin menawarkan bantuan menerusi tawaran-tawaran kepada ibu tunggal yang meliputi bukan sahaja berbentuk elaun tetapi kursus-kursus kemahiran, skim-skim mikrokredit, pembinaan jati diri, bantuan peralatan, bantuan pembelajaran untuk anak-anak bersekolah dan di peringkat tinggi, yang kesemuanya membantu ke arah pemberdayaan ibu tunggal dan meningkatkan kualiti hidup para ibu tunggal, anak-anak dan keluarga mereka.

Beliau menambaha, Kerajaan Selangor berhasrat, secara berfasa, ingin membantu rakyat untuk berdikari menerusi merealisasikan konsep welfare to workfare, atau kebajikan kepada berpendapatan, untuk sekelian rakyat yang memerlukan bantuan.

Katanya, hanya dengan memberikan wang secara berkala bukan lagi dikira sebagai jalan penyelesaian untuk membasmi kemiskinan dan kesulitan hidup rakyat dalam jangka masa panjang.

“Saya mengulangi seruan saya selama ini, sebelum dan selepas kes saman, juga ketika dialog bersama pemimpin Persatuan Ibu Tunggal Selangor pada 28 November 2012 lalu, untuk para ibu tunggal yang telah menyaman Kerajaan Selangor tampil mendaftar supaya dapat dipastikan kelayakan mereka mendapat bantuan pelbagai dari Kerajaan Selangor,” ujarnya.

Katanya, proses, prosedur dan syarat-syarat perlu dipenuhi dalam memastikan hanya ibu tunggal yang layak diberi bantuan dan sebarang aduan rasmi boleh segera dimaklumkan ke pejabat beliau untuk siasatan lanjut.

Beliau menjelaksan, Kerajaan Negeri Selangor akan berusaha untuk terus-menerus membantu semua rakyat di negeri itu dalam meningkatkan mutu kehidupan dan menjaga kebajikan mereka seperti yang diikrarkan dalam manifesto.

Saya tak terasa banyaknya jasa saya – TG Nik Aziz

Harakahdaily, 14 Mei 2013

KUALA LUMPUR: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, banyak pihak menyebut jasa-jasanya di Kelantan, sedangkan beliau sendiri tidak terasa banyaknya jasa itu.

"Ramai pihak menyebut jasa-jasa saya di Kelantan, sedangkan saya sendiri tidak terasa banyaknya jasa saya, yang banyak membantu saya ialah para exco dan pegawai-pegawai kerajaan,” ujarnya pada Majlis Jasamu Dikenang bertempat di Dewan Jamuan Utama, Kota Darulnaim, Kota Bharu hari ini.

Dipetik daripada Facebooknya, bekas Menteri Besar Kelantan itu menambah, beliau umpama tuan punya restoran, jika masakannya baik, tuan restoran mendapat pujian sedangkan yang memasaknya ialah tukang masak.

“Saya umpama tuan punya restoran, jika masakannya baik, tuan restoran mendapat pujian sedangkan yang memasaknya ialah tukang masak, yang membeli lauk pauknya ialah pekerja dan yang menyediakan hidangan pun ialah pekerja, tetapi akhirnya yang dipuji ialah tuan restoran,” ujar beliau lagi.

Tamrin cadang tubuh NGO anti perkauman

Hazayani Zakaria, 14 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Veteran Umno Datuk Tamrin Ghafar yang kini merupakan ahli PAS mencadangkan penubuhan NGO baru bagi memantau sebarang kenyataan berbaur perkauman.

Beliau menyarankan NGO tersebut dinamakan Gerakan Anti Perkauman (GAP) dan dianggotai seluruh rakyat Malaysia yang cintakan perpaduan dan keamanan.

"Kita tubuhkan NGO Gerakan Anti Perkauman dalam masa terdekat ini yang dianggotai oleh seluruh rakyat yang cintakan keamanan.

"Kita akan gerakkan dan akan libatkan peguam-peguam yang akan siasat pemimpin-pemimpin yang keluarkan kata-kata berbaur perkauman," katanya.

Beliau membuat saranan tersebut dalam pidato di Sambutan Hari Bangsa Malaysia - Selamatkan Demokrasi anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) malam tadi.

Di hadapan ribuan hadirin pelbagai kaum yang hadir, Tamrin juga berkata sudah sampai masanya rakyat menolak politik perkauman yang diamalkan Umno.

Menyentuh mengenai kenyataan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah yang mengapi-apikan orang Melayu dan Cina, Tamrin mahu beliau disiasat dan dikenakan tindakan.

"Hari ini kita dengar kenyataan Mohd Noor memberi amaran kononnya orang Cina patut bersedia menghadapi kebangkitan orang Melayu.

"Beliau ini patut disiasat, bukan siasat pemimpin Pakatan yang berceramah di Stadium Kelana Jaya minggu lepas.

"Kita ditakutkan dengan isu perkauman. Najib dengan tindakannya, Utusan dengan kata-kata kesat kepada orang Cina. Bagaimana Najib nak melaksanakan 1Malaysia dalam masa sama membenci orang Cina," katanya.

Turut berpidato malam tadi ialah Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, pakar Perlembagaan Prof Aziz Bari, wakil NGO Asal Bukan Umno (ABU) Haris Ibrahim, Presiden Pertubuhan Angkatan Belia Bersama Ulama (Panglima) Sulaiman Ibrahim (Leman Raja Lawak) dan pengarah serta penerbit drama Adam Hamid.

Tiada ulasan: