Jumaat, 3 Mei 2013

HILANG MUNCUL SEMULA...BAGILAH ORANG LAIN

Musykil dengan agihan zakat

Ustaz Hamizul Abdul Hamid, 03 Mei 2013
Soalan: Saya musykil mengenai agihan zakat. Pertama, bolehkah satu orang penerima menerima lebih daripada satu bantuan bahagian asnaf, misalnya seorang miskin, kemudian dia mendapat pula bantuan pendidikan di bawah asnaf fisabilillah, adakah dibenarkan? Kedua, bolehkah agihan zakat diberikan hanya kepada satu atau dua asnaf sahaja atau mesti lapan asnaf juga? Ketiga, bolehkah zakat diagihkan tanpa sama rata di antara asnaf-asnaf zakat, seperti melebihkan asnaf miskin berbanding asnaf riqab? Mohon pencerahan.

Jawapan: Terima kasih kerana mengajukan persoalan yang kelihatannya tidaklah begitu berat; namun saya percaya ramai juga yang ingin mengetahui jawapannya. Mudah-mudahan Allah SWT membantu saya memperolehi jawapan yang paling tepat.

Baiklah, dalam menentukan kedudukan seseorang asnaf zakat itu, sama ada dia fakir, miskin, muallaf ataupun sebagainya lagi, hakikatnya ia dapat ditentukan dengan melihat sendiri kepada keadaannya ketika dia memohon bantuan zakat. Jika dia miskin, maka dia layak atas kemiskinannya, jika dia seorang muallaf maka dia layak atas sifat muallafnya dan begitulah seterusnya, kelayakan adalah ditentukan dengan kondisi yang ada pada dirinya pada saat tersebut.

Maka, daripada kenyataan ini amat senang bagi kita mengkategorikan bantuan yang perlu diagihkan, yakni jika dia miskin maka berilah bantuan atas asnaf miskin. Cumanya, seperti mana yang telah ditanyakan, jika dia miskin dan dalam masa yang sama, dia seorang muallaf, maka apakah boleh diberikan dua bahagian zakat ke atasnya, iaitu atas asnaf miskin dan asnaf muallaf?

Dalam menjelaskan bab ini, tidak ada di dalam kitab-kitab fiqh (setakat pemerhatian penulis) yang menghalang pihak pengurusan zakat untuk menyalurkan dua jenis bantuan daripada dua bahagian asnaf yang berbeza kepadanya dalam satu masa yang sama. Jika dia memang muallaf, maka dia layak dibantu kerana sifat muallafnya dan jika pada masa sama dia seorang miskin, maka dia juga boleh disantuni atas sifat kemiskinannya.

Ini sebab, tidak kira siapa dirinya, kedudukannya (jika ditakdirkan 2 dalam 1 itu) sebenarnya telahpun dijamin oleh Allah SWT di dalam al-Quran, seperti mana di penghujung ayat al-Quran pada surah at-Taubah ayat 60: “Sebagai satu ketetapan daripada Allah.” Maka, dia masih berhak ke atas agihan zakat, walaupun statusnya 2 dalam 1.

Malah, demi menjelaskan perihal agihan zakat ini, ia sebenarnya tidaklah begitu rigid sebagaimana yang difahami oleh segelinitir orang, malah ia boleh menjadi fleksibel dengan melihat kepada kondisi penerima zakat dan keperluan mereka pada sesuatu masa.

Di dalam kitab Fiqh al-Manhaji as-Syafie Jilid 1 (hal. 466) misalnya, ada disebutkan bahawa pihak pengurusan zakat boleh melakukan penyesuaian dalam pengagihan zakat demi memastikan agihannya lebih berkesan dan turut meraikan keperluan asnaf zakat. Ada tiga keadaan yang berbeza yang menyebabkan agihan zakat boleh berubah, iaitu:

1. Jika semua asnaf zakat itu ada (lapan asnaf), maka wajiblah diserahkan kepada semua tanpa ada sebarang pengecualian.
2. Jika satu golongan atau asnaf itu tidak ada, maka bahagian yang tidak ada itu hendaklah diagihkan kepada asnaf yang lain.
3. Jika bahagian kepada satu asnaf itu sudah berlebih daripada keperluan, maka lebihan itu boleh diagihkan kepada asnaf yang lain.

Maknanya, fuqaha sendiri telah menyerahkan kepada kebijaksanaan para badan pengurus zakat untuk benar-benar prihatin dalam memerhatikan keperluan asnaf, iaitu adakah semua asnaf zakat itu memerlukan pembahagian yang sama rata ataupun tidak, ataupun dalam istilah lain, perlu disama ratakan agihannya apabila dilakukan atau tidak.

Dalam konteks semasa pada hari ini misalnya, sudah pasti pembahagian berasaskan sama rata dalam kalangan semua asnaf itu sudah tidak lagi sesuai dilaksanakan. Ini kerana, tidak semua asnaf itu mempunyai keperluan yang sama bahkan ada yang hampir ‘tiada’ lagi di dunia. Asnaf hamba (riqab) misalnya, tidak lagi menjadi keutamaan di Malaysia berbanding asnaf miskin, yang menjadi prioriti untuk ditangani.

Di dalam kitab Bidayatul Mujtahid (hal. 568) pula misalnya, Ibn Rusyd telah mencerakinkan lagi perbahasan agihan zakat dengan menerapkannya kepada tiga elemen utama, iaitu tentang bilangan orang yang menerima; tentang sifat-sifat orang yang mengharuskan penerimaan zakat dan ketiga, tentang kadar pembahagiannya.

Ringkasnya, para fuqaha khilaf pandangan dalam menjustifikasikan, sama ada boleh mengagihkan zakat hanya kepada satu kelompok asnaf sahaja ataupun mesti dibahagikan kepada semua asnaf. Imam Syafie menyatakan, zakat perlu diserahkan kepada lapan asnaf sebagaimana ketentuan Allah SWT; namun penulis sendiri lebih bersetuju dengan pandangan Imam Malik dan Abu Hanifah, bahawa pihak pengelola zakat wajar melihat kepada keperluan sesuatu asnaf dalam mengagihkan zakat (tidak mesti kepada lapan asnaf).

Dalam perbahasan lanjut, Imam Malik pernah berpendapat bahawa tiada lagi asnaf muallaf; walhal Imam Syafie dan Abu Hanifah pula berpandangan, jika imam atau pemerintah melihat masih adanya keperluan kepada asnaf muallaf, maka ia dilihat masih perlu diagihkan.

Dalam konteks mutakhir ini, dalam menyantuni asnaf riqab (hamba) misalnya, sungguh pun aspek perhambaan secara fizikal sudah tidak ada di negara kita; namun pemerintah melalui kajian badan fatwa telah melihat masih ada perhambaan lain yang perlu dipertimbangkan. Maka keperluan lebih luas di sebalik makna perhambaan secara harfiah (permukaan sahaja) perlu diperhalusi. Akhirnya, perhambaan dalam bentuk minda dan jiwa juga adalah satu bentuk riqab zaman moden dan ia masih perlu dibebaskan dengan dana zakat di bawah jenama riqab ini.

Kesimpulannya, sungguh pun pengagihan zakat memang sudah termaktub secara jelas di sisi syarak; namun keluwesan pihak pemerintah dan pihak berkuasa zakat dalam menilai keperluan sesuatu asnaf zakat dan seterusnya menyantuni mereka sesuai dengan keperluan zaman, adalah lebih menepati kehendak atau maksud sebenar zakat itu disyariatkan oleh Allah SWT. Inilah yang berlaku hari ini di Malaysia.

http://www.hamizul.com

Kecewa dengan penyelewengan, 15 ahli Umno sertai PAS

Harakahdaily, 03 Mei 2013
TAPAH: Akibat rasa tidak puas hati terhadap penyelewangan yang berlaku dalam parti, 15 orang ahli Umno kawasan Air Kuning di sini bertindak keluar parti dan menyertai PAS.

Mereka yang diketuai Baharudin Yaakop telah menyerahkan borang menyertai PAS kepada calon PAS Dun Air Kuning Dr Ahmad Razi Othman pada satu majlis ceramah di Kampung Tersusun Seri Dermawan, Tapah Road kelmarin.

Ketika ditanya wartawan, kenapa punca mereka meninggalkan parti itu, Baharudin berkata sebab utama adalah kerana tidak mahu bersekongkol dengan penyelewengan yang berlaku dalam Umno BN.

Dalam masa yang sama, Ahmad Razi ketika menerima borang keahlian mereka itu menyatakan kesyukuran kepada Allah kerana kemasukan ahli baru ke dalam PAS.

Ulama kelindan dan ulama imam

Subky Latif, 03 Mei 2013
Umno boleh ditempelak lagi kerana ia juga menambilkan ramai  calon ulama dalam PRU13 ini yang diyakini oleh pemimpinnya Datuk Seri  Najib sebagai calon boleh menang.

Maka bukan saja PAS yang ramai  calon ulama, Umno juga ada ulamanya.

Bukanlah ini kali  saja Umno mengemukakan calon ulama, bahkan sejak sebelum merdeka lagi ada calon ulamanya. Contohnya, Haji Ahmad Badawi sudah jadi  calon Perikatan sejak awal. Datuk Haji Hassan Yunus, lulusan Azhar, Mesir jadi Menteri Besar Johor pertama selepas merdeka.

Dalam semua masa ada calon ulama di sana  satu, di sini satu.

Tetapi dalam era Islam Hadhari dan Wasatiyah, Umno dilihat seolah-olah kalah dalam menampilkan ulamanya. Kebanyakan ulama yang diketengahkannya tidak angkat muka berdepan dengan PAS sehingga orang ramai terasa ulama ada dalam PAS saja. Dalam Umno kalau pun ada, dirasakan seperti tak ada.

Bagi mengatasi rasa rendah itu dalam PRU13 ini ramai ulama muda jadi calon Umno, maka media pun kata tak boleh lagi PAS mendakwa, ia  saja yang penuh dengan ulama.

Tidak  berbangkit Umno tidak  ada ulama. Ada ulamanya. Apakah mereka lantang seperti ulama PAS mahukan pentadbiran Islam, itu adalah masalah mereka. Kehadiran mereka dalam Umno sejak dari mula tidak pernah mencerminkan  Umno sebagai parti yang memperjuangkan Islam sebabgai addin dan mahu menjadikan Islm sebagai teras perundangannya.

Hingga orang berkata kalau memperjuangkan Islam dan tauhid sertailah PAS, Kalau mahukan Islam sebagai falsafah pentadbiran negara, tempatnya bukan Umno.

Umno bermai-mati mendakwa ia adalah pejuang Islam tulin di negara ini. PAS tidak lebih dari sebuah parti  politik yang hendakkan kekuasaan saja.

Bagi membukti Umno tak kalah, ia menambah calon ulamanya, moga-moga mulut PAS dan penyokongnya dapat ditutup.

Sekarang ia sudah ramai calon ulama. PAS hndak kata apa lagi?

Maka PAS boleh kata, bahawa ulama dalam PAS itu adalah pemimpin dan memimpin. Dia bukan dipimpin. Dalam PAS ulamanya adalah imam.

Dalam Umno ulama bukan pemimpin, mereka adalah kelindan. Kelindan  itu dikira baik dan penting. Yang ramainya ia sebagai penumpang. Mereka cium tangan Najib.

Calon Pakatan ikrar hormati Islam agama rasmi

Mohd Sabri Said, 03 Mei 2013

(Calon Pakatan Rakyat Pulau Pinang membuat ikrar bersama hari ini)

GEORGETOWN: Semua calon Parlimen dan Dun Pakatan Rakyat Pulau Pinang hari ini berikrar sekiranya menerima mandat daripada rakyat negeri ini pada 5 Mei mereka akan memartabatkan perlembagaan persekutuan dan negeri sebagai undang-undang tertinggi dan mempertahankan demokrasi.

Mereka juga berjanji menghormati kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan memastikan kebebasan agama lain seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ikrar itu dibuat dalam satu majlis yang dibuat hari ini.

Selain itu juga, mematuhi tahap tertinggi integriti dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kepercayaan yang diamanahkan oleh rakyat.

Memperkukuhkan pentadbiran yang Cekap,  Akauntabiliti dan Telus (CAT) dalam setiap peringkat kerajaan.

Mewakili dan menyuarakan hasrat dan harapan rakyat di peringkat Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.

Menubuhkan pusat-pusat perkhidmatan untuk membantu setiap penduduk dalam kawasan Dun dan Parlimen.

Memperjuangkan keadilan dan kesaksamaan tanpa mengira bangsa, agama,  kepercayaan, jantina atau pangkat.

Memandangkan parti gabungan dalam Pakatan Rakyat bergerak seiring sebagai satu pasukan atau suara rakyat maka mereka juga berikrar untuk mengharamkan ahli keluarga wakil-wakil rakyat kami dari berurusniaga dengan pihak kerajaan.

Mereka juga berikrar untuk meneruskan sistem tender terbuka untuk membasmi kronime dan rasuah.

Menubuhkan dasar responsif gender untuk memartabatkan golongan wanita dan menghapuskan dikriminasi terhadap wanita.

Mengembalikan pilihan raya tempatan secara sah di sisi undang-undang untuk memartabatkan sistem demokrasi.

Mereka juga berikrar untuk bertindak adil dan saksama terutamanya golongan miskin dan kurang upaya tanpa mengira bangsa,  agama,  kepercayaan dan jantina.

Ikrar tersebut juga untuk menjadi suara,  impian dan harapan anda di mana keuntungan negara harus di bahagikan, yang bekerja keras akan diberi ganjaran dan pesalah laku akan dihukum.

Sementara itu Setiausaha Agung DAP;  Lim Guan Eng ketika berkata pada media,  meminta bahawa rakyat menilai hasil kerja baik Kerajaan Pakatan Rakyat berbanding 50 tahun di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN).

"Pilihlah kerajaan yang terbukti amanah dan mampu membawa perubahan terhadap kepincangan kerajaan terdahulu yang nyata kurap ideal membangunkan negara," katanya.

Melabur auta

Hana al-Amin, 03 Mei 2013
Geli hati melihat dunia bercengkerama
tiba musimnya berebut bersela di beranda
sukar membeza harum sang bunga
buta matahati berlegasi laba dunia
mereka di kitar pelobi yang tegar
melabur janji auta tanpa tersedar
emas dan dinar mengaburi mata
lemas dan pinar merabuni minda

Berelung tanah diteroka zaman berzaman
peluh keringat membasahi ladang idaman
tak pernah berjanji akan diberi milikan
kita dikelopongkan sebagai elit usahawan
tapi hasilnya dikikis oleh elit bangsawan
tiada sekelumit  pusaka boleh diwarisi
untuk cucu cicit di era global generasi

Pelimbongan kelompok juak yang lahap
yang suka disua - kemaruk disuap
semua ini mainan semata
menabur umpan segenap ceruk desa
persetankan maruah dan luhur integriti
musim balaci galak membeli undi
rosak bangsa dan agama dilena ulik
kelak anak bangsa tua muda diperkotak katik.

Hana Al –Amin
Pasir Mas, 23 April 2013.

Kempen BN lemah: Shahidan kritik Md Isa

Bashir Ishak, 03 Mei 2013

(Shahidan dan Isa....siapa lebih hebat akan ditentukan dalam pilihan raya ini)

ARAU: Mantan Menteri Besar Perlis yang juga calon BN parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim mengkritik Menteri Besar, Datuk Seri Md Isa atas kegagalan beliau selaku pengarah kempen BN Perlis.

Kanyataan Shahidan dipetik The Star sebagai berkata Md Isa telah gagal menyelesaikan banyak masalah dalaman Umno Perlis yang menyebabkan pengurusan kempen yang lemah di ketiga-tiga bahagian di Padang Besar, Kangar dan Arau.

"Tiadanya koordinasi yang menyebabkan ketiga-tiga bahagian menjalankan kempen secara berasingan secara berkecamuk," katanya.

Shahidan juga mendakwa Md Isa hanya memfokuskan kempen untuk membantu calon baru di Dun Bintong (kerusi yang beliau sandang sebelum ini) iaitu Ketua Wanita Umno Perlis, Rela Ahmad,

Shahidan, selaku Ketua Umno Bahagian Arau Umno berkata beliau mencuba sedaya upaya untuk menutup segala kelemahan Md Isa.

"Saya mengambil inisiatif memanggil mesyuarat antara ahli-ahli Umno Bahagian serta komponen BN," jelasnya pada suatu majlis di SJK (C) Hwa Aik kelmarin.

Tiada ulasan: