Polis bendung cubaan demo ala 'Arab Spring' esok
Polis
telah mengambil langkah membendung cubaan untuk menggerakkan
demonstrasi jalanan umpama 'Arab Spring' yang dirancang pihak tertentu
bagi mengganggu kelancaran perjalanan pilihan raya umum ke-13 esok.
Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata antara lain polis merampas semua bendera kecil yang diletakkan di lokasi tertentu di ibunegara sebagai penunjuk untuk pihak yang berkenaan berhimpun.
"Polis percaya kewujudan bendera kecil berwarna-warni berbentuk segi tiga yang dicacak di beberapa kawasan di ibu negara mempunyai kaitan dengan usaha menggerakkan 'Arab Spring' di negara ini.
"Kita akan mengambil tindakan undang-undang terhadap usaha pihak untuk memulakan apa yang dipanggil 'Malaysia Spring' kononnya meniru apa yang berlaku di Timur Tengah," katanya dalam sidang media di Bukit Aman hari ini.
Khalid berkata polis telah memulakan siasatan terhadap perkara ini dan meminta pihak-pihak tertentu agar menghentikan usaha untuk menjemput orang ramai menyertai gerakan yang dipanggil 'Malaysia Spring' itu.
"Ini satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab, tidak demokratik kerana kita akan melalui satu proses demokrasi di negara kita. Jadi belum lagi selesai kita menjalankan proses penting demokrasi, ada pula pihak yang cuba memulakan satu tindakan yang mengajak orang untuk memberontak," katanya.
Sementara itu, mengenai bahan-bahan letupan kecil yang diletakkan di beberapa tempat di Lembah Klang semalam, Khalid berkata perbuatan itu bertujuan untuk menakut-nakutkan orang ramai daripada keluar mengundi esok.
Berikutan itu, PDRM mengarahkan setiap ketua polis negeri supaya menubuhkan pasukan peronda khas untuk mengesan perbuatan tidak bertanggungjawab itu.
"Kami sudah arahkan ketua polis negeri dan daerah untuk tubuhkan pasukan peronda khas, sama ada beruniform atau tidak beruniform untuk mengesan perbuatan ini.
"Daripada analisis kami, bahan-bahan letupan yang ditemui ialah daripada usaha pihak tertentu untuk menakutkan orang ramai kerana bahan-bahan yang kami jumpa pun ialah bahan buatan sendiri seperti mercun," katanya.
Semalam, polis menemui barangan yang dipercayai bahan letupan buatan sendiri di Jinjang, Puchong dan Petaling Jaya, bagaimanapun polis mengesahkan bahan letupan itu diperbuat daripada bahan untuk membuat mercun.
Khalid juga berkata polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang membuat kekecohan esok, dan para pegawai polis di semua pusat mengundi telah diberi taklimat secukupnya untuk mengawasi individu-individu yang tidak berkenaan yang cuba membuat kecoh, seperti memeriksa kad pengenalan orang ramai.
"Kami dah bagi taklimat yang sejelas-jelasnya kepada pegawai-pegawai kami supaya ambil tindakan terhadap mereka yang cuba buat kecoh. Jadi saya ingatkan mereka yang ada rancangan untuk timbulkan kekecohan di pusat mengundi supaya menghentikannya," katanya.
Beliau berkata polis tidak akan memihak kepada mana-mana parti politik dan akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab pasukan itu secara profesional.
"Jangan ada pihak yang tuduh kami itu dan ini. Kami akan pastikan proses demokrasi ini akan dilaksanakan dengan adil dan saksama," katanya.
Sementara itu, Khalid mengingatkan agar parti politik yang menang pada PRU13 esok agar tidak bertindak meraikan kemenangan, dan yang kalah meluahkan bantahan.
"Kami tak akan benarkan atau beri izin sebarang perarakan, yang bertujuan untuk meraikan kemenangan atau membantah, selepas keputusan PRU13 diumumkan esok. Mereka seharusnya menerima apa sahaja keputusan secara gentleman," katanya.
- Bernama
"Saya fikir ia hanyalah satu gimik politik yang diimport dari Taiwan.
"Tentulah ini boleh membangkitkan emosi ramai orang tapi jika anda tanya paderi kita, ianya cara membotakkan kepala yang salah jika anda pergi ke rumah berhala.
"Sebabnya anda perlu mengikut upacaya yang betul. Anda tidak boleh dengan senang-senang pergi membotakkan kepala di kuil dan kata anda sudah bersumpah.
“Anda menyalahgunakan institusi agama untuk kepentingan politik anda,” kata Chua dalam satu sidang media di Gelang Patah pada petang ini.
Gambar Chew membotakkan kepala itu disiarkan meluas di muka depan akhbar berbahasa Cina hari ini.
Chua berkata, ia merupakan usaha untuk meraih simpati dan publisiti.
Ditanya sama ada ia bertentangan dengan agama Buddha, Chua meminta wartawan merujuk kepada pakar agama tersebut.
Pengerusinya Datuk S Ambiga berkata, sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab menguruskan pilihan raya, SPR tidak sepatutnya mengambil sikap berdiam diri terhadap dakwaan yang melibatkan kemungkinan adanya pengundi hantu melibatkan warga asing.
"SPR tak sepatutnya berdiam diri. Saya khuatir dengan sikap diam diri SPR ini. Mereka tidak boleh anggap ini adalah dakwaan yang tak berasas.
"Kami perlu tahu warga asing ini semua di bawa ke mana. SPR tak boleh terus berdiam diri," katanya dalam sidang media di Petaling Jaya hari ini.
BN dalam kenyataan pada 2 Mei lalu menjelaskan bahawa bahawa kumpulan yang dibawa dengan penerbangan khas, seperti yang dipersoalkan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim itu merupakan pengundi berdaftar Malaysia.
Tengku Adnan dalam satu laporan Bernama juga menjelaskan, penerbangan berkenaan dibiayai oleh "rakan-rakan BN".
"Tidak ada apapun yang benar berhubung dakwaan pembangkang, tidak lain dan tidak bukan penumpang itu hanya pengundi berdaftar Malaysia," katanya seperti dipetik dalam laporan agensi berita dikuasai kerajaan persekutuan itu.
Tambahnya, tindakan PKR membangkitkan perkara itu adalah usaha untuk "memburuk-burukkan sistem pilihan raya".
Peguam Orang Asli yang popular dengan nama Bah Tony itu berkata beliau dihalang oleh tiga orang anggota RELA, yang terdiri dari kalangan penduduk tempatan Kampung Sungai Genting Batu 9, Chenderiang.
Bah Tony ketika ditemui di bilik gerakannya di pekan Tapah petang ini berkata, anggota RELA memberi alasan bahawa halangan itu merupakan “arahan pihak atasan”.
"Apabila saya tanya mengapa mereka larang, mereka cakap, memang ada arahan yang tidak membenarkan khususnya pihak pembangkang untuk masuk ke dalam.
"Kami tanya mengapa? Mereka cakap ikut arahan sahaja. Saya cakap ini menyalahi undang-undang, menyalahi peraturan pilihan raya. Masa pilihan raya semua parti bebas untuk berkempen.
“Tiada alasan untuk kami dihalang. Lepas itu dia (anggota RELA) cakap minta maaf. Dia kata dia ikut arahan sahaja," katanya kepada Malaysiakini.
Katanya, beliau hanya meluangkan masa kira-kira lima minit untuk berunding dengan anggota RELA tersebut sebelum beredar.
Peguam itu berkata, beliau sebelum ini melihat kawalan seperti itu turut dijalankan di penempatan Orang Asli di Kuala Woh, juga dalam DUN Chenderiang.
Sementara itu, tok batin Kampung Sungai Genting Batu 9, Lang Bah Kacang pula ketika ditemui Malaysiakini selepas itu menjelaskan, Bah Tony sepatutnya memaklumkannya terlebih dahulu sebelum berkunjung ke kampung tersebut.
"Mereka (Bah Tony) salah faham. Dia ditahan sebab pihak Bah Tony tak bertanya. Kalau nak berkempen tu tanyalah saya, nak masuk minta izin.
"Sepatutnya mereka hubungi saya dulu," kata Lang, 47 ketika ditemui di kampung berkenaan petang ini.
Kawasan kampung tersebut, yang terletak kira-kira 15 minit dari pekan Tapah merupakan salah satu kawasan penempatan utama masyarakat Orang Asli di Chenderiang.
Kumpulan berkenaan membentuk kira-kira 20 peratus daripada lebih 21,000 pengundi di DUN yang turut ditandingi wakil BN, Mah Hang Soon dari MCA.
Pakatan dikatakan hanya memerlukan sepuluh kerusi di Bumi Kenyalang itu bagi membolehkan mereka melangkah ke Putrajaya.
Bagaimanapun, sokongan Dayak masih sudah dibaca ekoran masalah logistik dan perhubungan apabila sebuah kerusi di sana sebesar negeri Pahang di semenanjung.
Pakatan yakin selamat di Bandar Kuching, Stampin, Miri, Sarikei dan Lanang, yang mula ditembusi dalam pilihan raya negeri 2011.
Kerusi majoriti tipis itu adalah Sibu, Saratok, Baram, Hulu Rajang dan Limbang.
Pakatan memang Bandar Kuching pada 2008 dan menakluk Sibu dalam pilihan raya kecil 2010.
Pengerusi BN itu berkata rakyat perlu menilai mengenai perkara tersebut kerana mereka yang meninggalkan Anwar, antaranya Dr Chandra Muzaffar, Profesor Dr Sidek Baba dan Datuk Mohd Ezam Mohd Nor adalah individu yang rapat dengan beliau.
Najib yang juga Pengerusi BN berkata hal itu menunjukkan bahawa kepimpinan Anwar tidak mendapat sokongan yang kukuh dan berkesan daripada orang di sekelilingnya.
"Dalam PKR, orang yang tinggalkan parti itu ialah mereka yang rapat dengan Anwar. Ini yang saya rasa pelik. Kalau orang jauh saya faham.
"Sebagai pengundi, kita perlu tanya. Kalau pemimpin seperti ini ditolak oleh mereka yang di sekelilingnya, kenapa nak tatang," katanya ketika berucap pada majlis pecah tanah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pahang kampus Raub di Raub, hari ini.
Najib berkata kebanyakan individu yang rapat dengan Anwar menyatakan bahawa ketua pembangkang itu tiada kredibiliti sebagai pemimpin menyebabkan mereka hilang kepercayaan terhadap beliau.
Malah, beliau berkata Chandra pernah mengeluarkan kenyataan bahawa jika Anwar dipilih sebagai perdana menteri, maka akan berlaku malapetaka yang dahsyat di negara ini.
"Bukan saya yang cakap, saya cuma petik (daripada laporan-laporan) dan sampai kepada rakyat di sini. Kalau nak pilih...pilihlah pemimpin yang ada kredibiliti memimpin negara," katanya.
Justeru, Najib berkata rakyat perlu membuat penilaian terhadap perkara tersebut dengan memilih calon BN pada pilihan raya umum esok kerana pemimpin parti itu sahaja yang mampu memimpin Malaysia.
Menjelang hari mengundi esok, Perdana Menteri sekali lagi meminta rakyat supaya memberi mandat kepada kerajaan BN supaya agenda transformasi negara dapat diteruskan dengan lebih hebat pada masa akan datang.
"Ini kali pertama saya menjadi perdana menteri meminta mandat daripada rakyat. Saya nak teruskan amanah...tugas transformasi belum selesai," katanya.
Beliau yakin dengan pengalaman selama 55 tahun memerintah negara, kerajaan BN mempunyai pelan dan perancangan bagi membawa Malaysia ke tahap kejayaan yang lebih cemerlang, disenangi dan dihormati di persada antarabangsa.
Malah, beliau memberi jaminan bahawa dalam tempoh lima tahun akan datang, Malaysia akan berada pada kedudukan yang lebih baik berbanding empat tahun lepas termasuk dari segi keamanan, kestabilan serta kemajuan.
Perdana Menteri turut memberi jaminan kepada rakyat dari pelbagai kaum di negara ini bahawa kebajikan mereka akan dijaga termasuk dari segi pendidikan jika BN terus diberi mandat mentabdir negara ini.
Dalam pada itu, Najib mengingatkan orang Melayu supaya tidak bimbang apabila mengundi untuk calon-calon bukan Melayu yang mewakili parti komponen BN.
Najib berkata BN adalah sebuah parti gabungan yang membuat keputusan berdasarkan kepada kepercayaan dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain.
"(Misalnya) apabila kita perjuangkan hak-hak orang Islam, MCA tidak pernah halang, yang menghalang ialah DAP," katanya.
Beliau berkata di Pulau Pinang, misalnya, rakyat di negeri itu berasa kecewa dengan tindakan dan dasar-dasar kerajaan DAP Pulau Pinang yang mendiskriminasi orang Melayu.
Najib juga menggesa pengundi menolak bekas pemimpin Umno yang kini menjadi calon DAP bagi kerusi Parlimen Raub iaitu Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz yang bertanding berdepan calon BN dari MCA, Datuk Hoh Khai Mun.
"Orang Melayu tidak perlu mengundi beliau (Mohd Ariff Sabri) hanya kerana beliau seorang Melayu. Undi parti dan bukan individu. BN adalah parti yang boleh dipercayai tidak seperti DAP," katanya.
Mohd Ariff menjadi wakil rakyat kawasan DUN Pulau Manis dalam Parlimen Pekan dari 2004 hingga 2008 dan tempoh sepenggal itu menunjukkan bahawa beliau seorang yang tidak popular di kawasannya, kata Najib.
Mengenai UiTM Pahang kampus Raub itu, Perdana Menteri berkata kampus bernilai RM230 juta itu yang bakal menempatkan 3,000 pelajar, dijangka siap pada 2015.
Turut hadir, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Naib Canselor UiTM Datuk Seri Prof Sahol Hamid Abu Bakar.
- Bernama
Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata antara lain polis merampas semua bendera kecil yang diletakkan di lokasi tertentu di ibunegara sebagai penunjuk untuk pihak yang berkenaan berhimpun.
"Polis percaya kewujudan bendera kecil berwarna-warni berbentuk segi tiga yang dicacak di beberapa kawasan di ibu negara mempunyai kaitan dengan usaha menggerakkan 'Arab Spring' di negara ini.
"Kita akan mengambil tindakan undang-undang terhadap usaha pihak untuk memulakan apa yang dipanggil 'Malaysia Spring' kononnya meniru apa yang berlaku di Timur Tengah," katanya dalam sidang media di Bukit Aman hari ini.
Khalid berkata polis telah memulakan siasatan terhadap perkara ini dan meminta pihak-pihak tertentu agar menghentikan usaha untuk menjemput orang ramai menyertai gerakan yang dipanggil 'Malaysia Spring' itu.
"Ini satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab, tidak demokratik kerana kita akan melalui satu proses demokrasi di negara kita. Jadi belum lagi selesai kita menjalankan proses penting demokrasi, ada pula pihak yang cuba memulakan satu tindakan yang mengajak orang untuk memberontak," katanya.
Sementara itu, mengenai bahan-bahan letupan kecil yang diletakkan di beberapa tempat di Lembah Klang semalam, Khalid berkata perbuatan itu bertujuan untuk menakut-nakutkan orang ramai daripada keluar mengundi esok.
Berikutan itu, PDRM mengarahkan setiap ketua polis negeri supaya menubuhkan pasukan peronda khas untuk mengesan perbuatan tidak bertanggungjawab itu.
"Kami sudah arahkan ketua polis negeri dan daerah untuk tubuhkan pasukan peronda khas, sama ada beruniform atau tidak beruniform untuk mengesan perbuatan ini.
"Daripada analisis kami, bahan-bahan letupan yang ditemui ialah daripada usaha pihak tertentu untuk menakutkan orang ramai kerana bahan-bahan yang kami jumpa pun ialah bahan buatan sendiri seperti mercun," katanya.
Semalam, polis menemui barangan yang dipercayai bahan letupan buatan sendiri di Jinjang, Puchong dan Petaling Jaya, bagaimanapun polis mengesahkan bahan letupan itu diperbuat daripada bahan untuk membuat mercun.
Khalid juga berkata polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang membuat kekecohan esok, dan para pegawai polis di semua pusat mengundi telah diberi taklimat secukupnya untuk mengawasi individu-individu yang tidak berkenaan yang cuba membuat kecoh, seperti memeriksa kad pengenalan orang ramai.
"Kami dah bagi taklimat yang sejelas-jelasnya kepada pegawai-pegawai kami supaya ambil tindakan terhadap mereka yang cuba buat kecoh. Jadi saya ingatkan mereka yang ada rancangan untuk timbulkan kekecohan di pusat mengundi supaya menghentikannya," katanya.
Beliau berkata polis tidak akan memihak kepada mana-mana parti politik dan akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab pasukan itu secara profesional.
"Jangan ada pihak yang tuduh kami itu dan ini. Kami akan pastikan proses demokrasi ini akan dilaksanakan dengan adil dan saksama," katanya.
Sementara itu, Khalid mengingatkan agar parti politik yang menang pada PRU13 esok agar tidak bertindak meraikan kemenangan, dan yang kalah meluahkan bantahan.
"Kami tak akan benarkan atau beri izin sebarang perarakan, yang bertujuan untuk meraikan kemenangan atau membantah, selepas keputusan PRU13 diumumkan esok. Mereka seharusnya menerima apa sahaja keputusan secara gentleman," katanya.
- Bernama
Soi Lek: Kepala botak Betty Chew hanya gimik
Presiden
MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata tindakan isteri kepada
setiausaha agung DAP, Betty Chew membotakkan kepada sebagai tanda protes
kepada politik wang, tidak lebih dari satu gimik semata-mata."Saya fikir ia hanyalah satu gimik politik yang diimport dari Taiwan.
"Tentulah ini boleh membangkitkan emosi ramai orang tapi jika anda tanya paderi kita, ianya cara membotakkan kepala yang salah jika anda pergi ke rumah berhala.
"Sebabnya anda perlu mengikut upacaya yang betul. Anda tidak boleh dengan senang-senang pergi membotakkan kepala di kuil dan kata anda sudah bersumpah.
“Anda menyalahgunakan institusi agama untuk kepentingan politik anda,” kata Chua dalam satu sidang media di Gelang Patah pada petang ini.
Gambar Chew membotakkan kepala itu disiarkan meluas di muka depan akhbar berbahasa Cina hari ini.
Chua berkata, ia merupakan usaha untuk meraih simpati dan publisiti.
Ditanya sama ada ia bertentangan dengan agama Buddha, Chua meminta wartawan merujuk kepada pakar agama tersebut.
BERSIH mahu SPR perjelas penerbangan pengundi
Gabungan
Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menuntut agar Suruhanjaya Pilihan
Raya (SPR) memberi penjelasan mengenai dakwaan PKR bahawa pengundi yang
diterbangkan dari Malaysia Timur untuk mengundi di Semenanjung
merupakan pengundi hantu.Pengerusinya Datuk S Ambiga berkata, sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab menguruskan pilihan raya, SPR tidak sepatutnya mengambil sikap berdiam diri terhadap dakwaan yang melibatkan kemungkinan adanya pengundi hantu melibatkan warga asing.
"SPR tak sepatutnya berdiam diri. Saya khuatir dengan sikap diam diri SPR ini. Mereka tidak boleh anggap ini adalah dakwaan yang tak berasas.
"Kami perlu tahu warga asing ini semua di bawa ke mana. SPR tak boleh terus berdiam diri," katanya dalam sidang media di Petaling Jaya hari ini.
BN dalam kenyataan pada 2 Mei lalu menjelaskan bahawa bahawa kumpulan yang dibawa dengan penerbangan khas, seperti yang dipersoalkan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim itu merupakan pengundi berdaftar Malaysia.
Tengku Adnan dalam satu laporan Bernama juga menjelaskan, penerbangan berkenaan dibiayai oleh "rakan-rakan BN".
"Tidak ada apapun yang benar berhubung dakwaan pembangkang, tidak lain dan tidak bukan penumpang itu hanya pengundi berdaftar Malaysia," katanya seperti dipetik dalam laporan agensi berita dikuasai kerajaan persekutuan itu.
Tambahnya, tindakan PKR membangkitkan perkara itu adalah usaha untuk "memburuk-burukkan sistem pilihan raya".
RELA halang Bah Tony masuk kampung Orang Asli
Calon
PKR untuk kerusi DUN Chenderiang Amani Williams-Hunts Abdullah hari ini
dihalang daripada memasuki satu kawasan Orang Asli di kawasan berkenaan
untuk berkempen kepada kalangan masyarakat tersebut.Peguam Orang Asli yang popular dengan nama Bah Tony itu berkata beliau dihalang oleh tiga orang anggota RELA, yang terdiri dari kalangan penduduk tempatan Kampung Sungai Genting Batu 9, Chenderiang.
Bah Tony ketika ditemui di bilik gerakannya di pekan Tapah petang ini berkata, anggota RELA memberi alasan bahawa halangan itu merupakan “arahan pihak atasan”.
"Apabila saya tanya mengapa mereka larang, mereka cakap, memang ada arahan yang tidak membenarkan khususnya pihak pembangkang untuk masuk ke dalam.
"Kami tanya mengapa? Mereka cakap ikut arahan sahaja. Saya cakap ini menyalahi undang-undang, menyalahi peraturan pilihan raya. Masa pilihan raya semua parti bebas untuk berkempen.
“Tiada alasan untuk kami dihalang. Lepas itu dia (anggota RELA) cakap minta maaf. Dia kata dia ikut arahan sahaja," katanya kepada Malaysiakini.
Katanya, beliau hanya meluangkan masa kira-kira lima minit untuk berunding dengan anggota RELA tersebut sebelum beredar.
Peguam itu berkata, beliau sebelum ini melihat kawalan seperti itu turut dijalankan di penempatan Orang Asli di Kuala Woh, juga dalam DUN Chenderiang.
Sementara itu, tok batin Kampung Sungai Genting Batu 9, Lang Bah Kacang pula ketika ditemui Malaysiakini selepas itu menjelaskan, Bah Tony sepatutnya memaklumkannya terlebih dahulu sebelum berkunjung ke kampung tersebut.
"Mereka (Bah Tony) salah faham. Dia ditahan sebab pihak Bah Tony tak bertanya. Kalau nak berkempen tu tanyalah saya, nak masuk minta izin.
"Sepatutnya mereka hubungi saya dulu," kata Lang, 47 ketika ditemui di kampung berkenaan petang ini.
Kawasan kampung tersebut, yang terletak kira-kira 15 minit dari pekan Tapah merupakan salah satu kawasan penempatan utama masyarakat Orang Asli di Chenderiang.
Kumpulan berkenaan membentuk kira-kira 20 peratus daripada lebih 21,000 pengundi di DUN yang turut ditandingi wakil BN, Mah Hang Soon dari MCA.
S'wak: Pakatan yakin 5 kerusi, usaha lagi 5
Tidak
sampai 24 jam sebelum hari pengundian, Pakatan Rakyat Sarawak yakin
merampas lima kerusi ekoran sokongan pengundi Cina dan masih berusaha di
lima lagi kerusi yang mereka kalah tipis pada 2008.Pakatan dikatakan hanya memerlukan sepuluh kerusi di Bumi Kenyalang itu bagi membolehkan mereka melangkah ke Putrajaya.
Bagaimanapun, sokongan Dayak masih sudah dibaca ekoran masalah logistik dan perhubungan apabila sebuah kerusi di sana sebesar negeri Pahang di semenanjung.
Pakatan yakin selamat di Bandar Kuching, Stampin, Miri, Sarikei dan Lanang, yang mula ditembusi dalam pilihan raya negeri 2011.
Kerusi majoriti tipis itu adalah Sibu, Saratok, Baram, Hulu Rajang dan Limbang.
Pakatan memang Bandar Kuching pada 2008 dan menakluk Sibu dalam pilihan raya kecil 2010.
Tiada sebab untuk sokong Anwar, kata Najib
Tiada
sebab bagi rakyat menyokong pemimpin 'pakatan' rakyat terutama Datuk
Seri Anwar Ibrahim sedangkan ramai rakan seperjuangan Ketua Pembangkang
itu sudah meninggalkannya kerana hilang kepercayaan terhadap beliau,
kata Datuk Seri Najib Tun Razak.Pengerusi BN itu berkata rakyat perlu menilai mengenai perkara tersebut kerana mereka yang meninggalkan Anwar, antaranya Dr Chandra Muzaffar, Profesor Dr Sidek Baba dan Datuk Mohd Ezam Mohd Nor adalah individu yang rapat dengan beliau.
Najib yang juga Pengerusi BN berkata hal itu menunjukkan bahawa kepimpinan Anwar tidak mendapat sokongan yang kukuh dan berkesan daripada orang di sekelilingnya.
"Dalam PKR, orang yang tinggalkan parti itu ialah mereka yang rapat dengan Anwar. Ini yang saya rasa pelik. Kalau orang jauh saya faham.
"Sebagai pengundi, kita perlu tanya. Kalau pemimpin seperti ini ditolak oleh mereka yang di sekelilingnya, kenapa nak tatang," katanya ketika berucap pada majlis pecah tanah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pahang kampus Raub di Raub, hari ini.
Najib berkata kebanyakan individu yang rapat dengan Anwar menyatakan bahawa ketua pembangkang itu tiada kredibiliti sebagai pemimpin menyebabkan mereka hilang kepercayaan terhadap beliau.
Malah, beliau berkata Chandra pernah mengeluarkan kenyataan bahawa jika Anwar dipilih sebagai perdana menteri, maka akan berlaku malapetaka yang dahsyat di negara ini.
"Bukan saya yang cakap, saya cuma petik (daripada laporan-laporan) dan sampai kepada rakyat di sini. Kalau nak pilih...pilihlah pemimpin yang ada kredibiliti memimpin negara," katanya.
Justeru, Najib berkata rakyat perlu membuat penilaian terhadap perkara tersebut dengan memilih calon BN pada pilihan raya umum esok kerana pemimpin parti itu sahaja yang mampu memimpin Malaysia.
Menjelang hari mengundi esok, Perdana Menteri sekali lagi meminta rakyat supaya memberi mandat kepada kerajaan BN supaya agenda transformasi negara dapat diteruskan dengan lebih hebat pada masa akan datang.
"Ini kali pertama saya menjadi perdana menteri meminta mandat daripada rakyat. Saya nak teruskan amanah...tugas transformasi belum selesai," katanya.
Beliau yakin dengan pengalaman selama 55 tahun memerintah negara, kerajaan BN mempunyai pelan dan perancangan bagi membawa Malaysia ke tahap kejayaan yang lebih cemerlang, disenangi dan dihormati di persada antarabangsa.
Malah, beliau memberi jaminan bahawa dalam tempoh lima tahun akan datang, Malaysia akan berada pada kedudukan yang lebih baik berbanding empat tahun lepas termasuk dari segi keamanan, kestabilan serta kemajuan.
Perdana Menteri turut memberi jaminan kepada rakyat dari pelbagai kaum di negara ini bahawa kebajikan mereka akan dijaga termasuk dari segi pendidikan jika BN terus diberi mandat mentabdir negara ini.
Dalam pada itu, Najib mengingatkan orang Melayu supaya tidak bimbang apabila mengundi untuk calon-calon bukan Melayu yang mewakili parti komponen BN.
Najib berkata BN adalah sebuah parti gabungan yang membuat keputusan berdasarkan kepada kepercayaan dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain.
"(Misalnya) apabila kita perjuangkan hak-hak orang Islam, MCA tidak pernah halang, yang menghalang ialah DAP," katanya.
Beliau berkata di Pulau Pinang, misalnya, rakyat di negeri itu berasa kecewa dengan tindakan dan dasar-dasar kerajaan DAP Pulau Pinang yang mendiskriminasi orang Melayu.
Najib juga menggesa pengundi menolak bekas pemimpin Umno yang kini menjadi calon DAP bagi kerusi Parlimen Raub iaitu Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz yang bertanding berdepan calon BN dari MCA, Datuk Hoh Khai Mun.
"Orang Melayu tidak perlu mengundi beliau (Mohd Ariff Sabri) hanya kerana beliau seorang Melayu. Undi parti dan bukan individu. BN adalah parti yang boleh dipercayai tidak seperti DAP," katanya.
Mohd Ariff menjadi wakil rakyat kawasan DUN Pulau Manis dalam Parlimen Pekan dari 2004 hingga 2008 dan tempoh sepenggal itu menunjukkan bahawa beliau seorang yang tidak popular di kawasannya, kata Najib.
Mengenai UiTM Pahang kampus Raub itu, Perdana Menteri berkata kampus bernilai RM230 juta itu yang bakal menempatkan 3,000 pelajar, dijangka siap pada 2015.
Turut hadir, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Naib Canselor UiTM Datuk Seri Prof Sahol Hamid Abu Bakar.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan