Khamis, 16 Mei 2013

DIA NI TAK ABIS2 CAKAP BENDA YANG SAMA...MACAM ADA KEPENTINGAN AJE...MACAM ULAMAK2 LAIN TAK BIJAKSANA MACAM DIA...MACAM TAK TAHU BERSATU ITU BAIK...BUKAN TAK PERNAH BERSATU...DULU KAN PERNAH..AKHIRNYA KENA TENDANG..'.KOSONG' BALIK MACAM BERMULA DARI AWAL...BERSATU KENA KEPADA PAS KERANA TERTUBUH PAS BERDASAR AKIDAH BUKAN BERDASARKAN KEBANGSAAN...TAK KAN NI PUN TAK TAHU

Saiful nikah 25 Mei ini
Wartawan Sinar Harian
16 Mei 2013
Nik Suriani
Nik Suriani dalam persalinan pertunangannya pada 20 Oktober lalu. - Foto ihsan Nik Suriani
Saiful Bukhari Azlan, Nik Suriani Megat Deraman
Saiful Bukhari Azlan, Nik Suriani Megat Deraman
SHAH ALAM - Saiful Bukhari Azlan hari ini mengesahkan bakal menamatkan zaman bujang bersama gadis pilihan yang juga merupakan seorang personaliti televisyen Nik Suriani Megat Deraman.

“Ya, berita itu benar,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online sebentar tadi.

Majlis perkahwinan bakal dilangsungkan di Kuala Terengganu pada 25 Mei ini di sebelah perempuan.

Manakala majlis resepsi di sebelah pihak lelaki akan dibuat pada 2 Jun ini di Kuala Lumpur.

Ketika ditanya mengenai usia perkenalan pasangan ini, Nik Suriani berkata, kedua-duanya sudah saling mengenali sejak dua tahun lalu.

“Kami bertunang pada 20 Oktober lalu,” jawabnya ringkas.

Saiful sebelum ini juga pernah bertunang dengan pembaca berita BernamaTv, Janna Syariza Mohd Zaki, namun pertunangan itu putus sekitar tiga tahun lalu.

Selain itu, bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim ini telah membuat sumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan pada 2008 dan mengakui bahawa dia telah diliwat oleh Anwar.

Beliau kemudiannya mengulangi sumpah tersebut di hadapan Kaabah dan rakaman video itu didedahkan baru-baru ini.

Pada 9 Januari tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepaskan dan membebaskan Anwar atas dakwaan meliwat Mohd Saiful Bukhari, 26, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansarara Kuala Lumpur antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
Nasharudin ulang Umno-Pas perlu bersatu

16 Mei 2013
 Nasharudin Mat Isa
Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa
KUALA LUMPUR -  Bekas Timbalan Presiden Pas Nasharudin Mat Isa hari ini mengulangi kenyataannya supaya parti-parti mewakili orang Melayu dan Islam di negara ini bersatu untuk kebaikan agama.

Beliau yang juga Pengerusi Yayasan Al Quds Malaysia berkata untuk mencapai tujuan itu pemimpin dan anggota Umno dan Pas perlu berani mengenepikan kepentingan masing-masing.

"Kegagalan penyatuan di antara Umno dan Pas berlaku kerana masing-masing tidak mahu meninggalkan kepentingan peribadi dan kuasa yang diperoleh," katanya ketika menjawab soalan daripada peserta Forum Kedamaian dan Keselamatan 2013 di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDFR), di sini.

Beliau berkata pemimpin parti politik lebih tertumpu dan berlumba untuk mendapatkan kuasa di Putrajaya dan pemerintahan negara daripada melihat kesan ke atas perpaduan ummah.

Sebelum itu, Nasharudin dalam ceramahnya bertema 'In Search of Human Security - Islamic Diplomacy and the Way Forward' berkata Nabi Muhammad S.A.W. mampu menyatupadukan masyarakat daripada pelbagai puak di bawah kepimpinan dan sikap diplomasi beliau yang indah.

"Mereka (terdiri daripada pelbagai kabilah) diikat dalam satu perjanjian yang menjadi Perlembagaan Islam bertulis yang pertama.

 "Ini benar-benar menunjukkan bahawa masyarakat yang disatupadukan oleh baginda pada masa itu yang terdiri daripada pelbagai kaum, kesemuanya bersetuju untuk berada di bawah pemerintahan baginda berdasarkan kepada undang-undang syariah Islam," katanya.

Forum sehari itu dianjurkan dengan kerjasama Institut Antarabangsa Pengajian Islam Lanjutan (IAIS) dan Cordoba Foundation, United Kingdom, Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF), dan Institut Diplomatik Qatar.

Forum itu bertujuan bagi memberi pemahaman yang lebih baik di kalangan masyarakat global berhubung perspektif Islam mengenai keamanan dan kesederhanaan bagi menyelesaikan konflik.

Ia juga menekankan pendekatan diplomatik termasuk melalui cara rundingan kekal sebagai cara penting bagi mendapatkan penyelesaian aman selain membina perdamaian dan keamanan. - Bernama

 

Saifuddin: Gabung Pas-Umno tidak satukan Melayu
JAMILAH HAMZAH
16 Mei 2013
Saifuddin Abdullah
Saifuddin Abdullah
SHAH ALAM - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah menegaskan penyatuan Pas dan Umno bukan cara untuk menyelesaikan masalah perpecahan kaum Melayu seperti yang didakwa segelintir pihak.

Menurutnya, perbezaan parti politik yang menjadi amalan rakyat tidak memberi impak kepada perpecahan kaum khususnya orang Melayu serta bangsa Malaysia.

Beliau berkata, amalan demokrasi yang memberikan pilihan kepada rakyat memilih parti politik di negara ini bukan penyumbang kepada perpecahan kaum.

"Dalam soal penyatuan orang Melayu kenapa perlu bangkitkan isu penyatuan politik, dalam demokrasi berbeza parti bukan bermakna perpecahan.

"Cuma kita kena pandai kempenlah, yang ini pandai (dia) menang, yang seorang ini pula tak pandai, tak menang, terima sajalah, ini hakikat demokrasi," ujar beliau.

Namun katanya, jika perkara membabitkan soal perpaduan dan penyatuan orang Melayu ini diperkotak-katikkan oleh mana-mana pihak, maka pihak itu harus ditentang sekeras-kerasnya.

"Tetapi kalau ada tokoh politik yang hendak memecah-belahkan, itu bab lain, kita akan tentang habis-habisan," katanya pada Wacana Sinar Siri ke-20 yang berjudul Pasca PRU13: Ke Mana Haluan Politik Melayu di sini, semalam.
Rafizi : Perhimpunan Black505 diteruskan ke 4 negeri
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
16 Mei 2013
Rafizi Ramli
Rafizi Ramli
SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini mengumumkan bahawa Perhimpunan Black505 akan diteruskan ke empat buah negeri lain iaitu Kedah, Terengganu, Melaka dan Negeri Sembilan.

Menurutnya, Perhimpunan Black505  tetap diteruskan demi menzahirkan suara bantahan rakyat terhadap keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu.

“Perhimpunan Black505 yang seterusnya akan diadakan di Seremban, Negeri Sembilan pada Jumaat ini dan orang ramai dinasihatkan hadir awal untuk mengelakkan kesesakan.

“Manakala, Perhimpunan Black505  di Kedah akan diteruskan pada 21 Mei ini di Kedah, 23 Mei di Terengganu dan 24 Mei di  Melaka,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, ujar Rafizi lagi, lokasi terakhir perhimpunan akan dimaklumkan melalui laman media sosial dan kenyataan rasmi yang akan dikeluarkan oleh PKR.

Jelas beliau, semua perhimpunan sebelum ini telah berjalan dengan aman dan mematuhi nasihat Polis Diraja Malaysia (PDRM), walaupun beberapa tempat perhimpunan terpaksa diubah di saat akhir.

“Penganjur telah menghormati nasihat PDRM untuk menukar tempat perhimpunan di Pulau Pinang, Pahang dan Johor walaupun ia dibuat beberapa jam sebelum perhimpunan, namun kami tetap hormati keputusan itu.

“Walaupun berhadapan dengan pelbagai halangan dan kekangan, ianya langsung  tidak melemahkan semangat rakyat terutamanya orang muda untuk turun menyuarakan bantahan dalam simbolik Perhimpunan Black505 ini.

“Mengikut anggaran kasar penganjur, seramai 400,000 rakyat Malaysia telah menyerti Perhimpunan Black505 setakat ini, seramai 120,000 di Kelana Jaya, 120,000 di Batu Kawan, 60,000 di Ipoh, 60,000 di Kuantan dan 60,000 di Ulu Tiram,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan keyakinan bahawa perhimpunan akan datang boleh mengumpul lebih setengah juta rakyat Malaysia bagi menyertai perhimpunan tersebut.

FAHAM TAK....TAKDIR TU BERAPA JENIS...MISALNYA..ANAK KITA BIARKAN  BERGAUL BEBAS...AKHIRNYA BERLAKU ZINA...ITU PUN KENA REDA KE.... CINA TAK UNDI BN...KENAPA MARAH...ITU MACAM TAK REDA JUGA...JANGAN KENYATAAN DOUBLE STANDARD LAH

Anwar sukar terima takdir Tuhan
YUSOF HARUN
16 Mei 2013
Ketika orang lain menikmati saat-saat suka-duka sebagai pesara setelah bersara dari perkhidmatan awam ataupun pencen dari pekerjaan di sektor swasta, tidak ada siapa di antara kita yang menduga bahawa seorang lelaki yang berusia 55 tahun dari Kubang Pasu dilantik menjadi PM Malaysia ke-4.

Tidak banyak tanda yang membolehkan kita meramalkan bahawa tokoh dari Kubang Pasu itu bakal dilantik sebagai TPM sebelum disahkan ke jawatan PM sebaik Tun Hussein Onn bersara.

Namun takdir tercatat pada 1976 apabila Dr Mahathir dilantik menjadi TPM berikutan pelantikan Hussein menggantikan Tun Abdul Razak yang baru meninggal dunia.

Hussein tidak meninggal tetapi memilih melepaskan jawatan dan seperti sudah tersurat ditakdirkan pada 1981, Dr M secara rasmi dilantik menjadi PM ke-4.

Bila kita bercakap pasal takdir, maka kita harus akur kepada hakikat bahawa apa pun yang berlaku ke atas kerjaya politik seseorang ataupun sesebuah pertubuhan politik adalah sebenarnya takdir.

Pas sejak sebelum merdeka lagi sudah bercita-cita menguasai beberapa kerajaan negeri dan akhirnya kerajaan Pusat. Parti itu melakukan pelbagai rancangan bagi memastikan mereka muncul pemenang dalam setiap pilihan raya sejak selepas merdeka lagi, namun seperti kita ketahui takdir tidak menyebelahi mereka.

Paling mutakhir dan terkini serta yakin dengan slogan ‘Ini Kalilah’ Pas terus gagal walaupun terpaksa menumpang kekuatan DAP dan PKR. Sebagai parti paling senior dalam Pakatan Rakyat dan keanggotaan terbesar, Pas hanya mampu memperoleh 21 kerusi Parlimen berbanding DAP dan PKR yang masing-masing peroleh 38 dan 28 kerusi.

Begitulah takdir menimpa Pas. Di sebalik doa demi doa, solat Hajat demi solat Hajat daripada pemimpin berimej agama yang cukup tebal dan jarang menanggalkan jubah dan serban, Pas terus gagal menunjukkan  peningkatan nyata, baik ketika berlawan secara sendirian atau bergabung dengan orang lain.

Walaupun sudah tersurat bagi Pas ‘habuk pun tarak’, namun pemimpin, ahli dan penyokong Pas nampaknya enggan menerima takdir walaupun mempercayai qadak dan qadar adalah satu daripada Rukun Iman.

Anwar Ibrahim adalah nama besar yang diramal menjadi pemimpin utama negara sejak mula berkecimpung dalam Umno lagi dan menimba populariti dengan memperagakan imej Islam. Anwar sedar jika ia masuk Pas pada awal 1980, bukan saja peluang nak jadi PM jauh lebih malap, nak dipilih sebagai ahli Parlimen pun belum tahu lagi.

Nampaknya sementara Anwar boleh menerima takdir yang baik menjadi TPM, namun enggan pula menerima takdir malang dipecat dari jawatan kerajaan dan parti serta dipecat dari Umno pada 1998. Anwar mencetuskan kegelisahan awam dan menyebabkan kacau-bilau dengan kempen ‘reformasinya’.

Tanpa disedarinya, orang mula sangsi tentang Anwar yang selama ini mempergunakan ayat Quran dan hadis bagi mengaburi mata rakyat, terutama orang Melayu apabila terang-terang cuba menentang perjalanan takdir. Dalam keghairahan memetik kata-kata Abul Ala Al-Maududi, Yusof Qardawi, Anwar terlupa kata-kata Kahlil Gibran, “Manusia tidak boleh mengubah takdir sebagaimana bintang di cakerawala tidak boleh mengubah orbitnya.”

Kini, bak kata orang, secara retrospektif, rakyat mula menyangsikan keupayaan Anwar menjadi TPM waktu dalam Umno jika dibanding dengan Tun Ghafar Baba. Ghafar sebenarnya memang jauh lebih hebat. Ia setia pada parti dan tidak rosakkan parti berbanding Anwar. Dari aspek moral, semua tahu Pak Ghafar seorang insan yang mulia.

Begitulah mekanisme takdir yang bersifat halimunan. Jika ditentang sekalipun, ia tetap tidak mengubah apa-apa. Apakah peluang Anwar dalam PRU14 nanti? Ketika itu usianya sudah menjangkau 71 tahun. Kalau berdasarkan peristiwa yang memberikan justifikasi kepada kejayaan dan kegagalan masa lalu, nampaknya jalan untuk Anwar ke Putrajaya dihalang tembok-tembok tebal dan kabus gelap.

Hari ini kempen Black 505 yang dicetuskan oleh beliau sebagai bantahan kepada takdir Tuhan mungkin disokong oleh mereka yang imannya mengenai qadak dan qadar adalah cakap tak serupa bikin, tapi hakikat sebenarnya Black 505 adalah catatan pendahuluan kepada episod hitam terakhir bagi Anwar sebelum terus pudar dan lenyap serta terpadam sama sekali dalam sejarah politik Malaysia.

Mungkin ketika itu nanti Anwar akhirnya dapat menerima takdir betapa kerusi PM bukan ditentukan untuknya.

JENIS TAKDIR

1..TAK BOLEH TOLAK YANG TELAH DITENTUKAN OLEH ALLAH...

 CONTOH ALLAH JADIKAN LELAKI ATAU PEREMPUAN

2..KITA KENA TERIMA BEGITU YANG TELAH ATURKAN@TENTUKAN...

 CONTOH BILA LAPAR KITA CARI MAKANAN UNTUK KITA MAKAN

3..TAKDIR ITU KITA SENDIRI YANG PILIH 

KITA TAK BELAJAR  DAN MALAS BELAJAR...KITA JADI BODOH MAKA ITU YANG KITA PILIH.

TAPI YANG KETIGA BOLEH JADI PERGI KE TAKDIR NO 1...BELAJAR RAJIN2...USAHA SUNGGUH2...BODOH JUGA ITU MEMANG ALLAH DAH TENTUKAN...NI CONTOH AJE

SILA RUJUK MUSTIKA HADIS JILID 1

Tiada ulasan: