Posted on Thursday, May 16 @ 23:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh Ruqayya Rahman
KUALA LUMPUR 16 MEI: Rekod buruk Najib Razak selama memegang portfolio Menteri Kewangan cukup menjadi kayu ukur Perdana Menteri itu tidak lagi layak meneruskan jawatan tersebut, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.Beliau mengulas pengekalan jawatan Menteri Kewangan yang disandang Najib dalam pengumuman senarai Menteri Kabinet semalam.
“Berdasarkan rekod kewangan semasa, beliau boleh dikategorikan Menteri Kewangan gred ‘F’ kerana gagal membawa transformasi ekonomi seperti yang dicanang.
“Berbanding lima Perdana Menteri sebelum ini, Najib adalah Perdana Menteri paling boros dan banyak menghabiskan duit negara,” katanya kepada Keadilan Daily.
Sebelum ini, format penjawatan Perdana Menteri memegang portfolio Menteri Kewangan yang dipraktikkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad diteruskan oleh Tun Abdullah Badawi dan disambung Najib.
Saifuddin berkata, rekod ‘terbaik’ yang dicatat Najib adalah menambah jumlah hutang negara sehingga lebih RM500 bilion sebelum diambil alih dari Abdullah sebanyak RM250 bilion pada 2009.
“Satu-satunya ‘kejayaan’ Najib selama memegang jawatan Menteri Kewangan apabila hutang negara melonjak sehingga RM500 bilion.
“Pertambahan sebanyak lebih RM200 bilion dalam masa empat tahun merupakan jumlah yang amat membimbangkan. Rakyat terpaksa menangung hutang sementara menunggu pilihan raya lima tahun akan datang,” kata Saifuddin.
Katanya, tindakan Najib menamakan dirinya sebagai Menteri Kewangan kerana beliau bimbang kehilangan pengaruh di kalangan Menteri Barisan Nasional.
“Najib adalah Presiden Umno yang meletakkan Umno dalam posisi terburuk sepanjang sejarah pilihan raya. Jika Najib kehilangan pengaruh dalam aliran kewangan negara, bermakna beliau akan hilang pengaruh total di kalangan Menteri BN.
“Itu yang lebih dibimbangi Najib berbanding kedudukan negara yang semakin hampir ke tahap bankrap,” kesalnya.
Saifuddin juga bimbang jika negara bankrap di bawah pentadbiran Najib menyebabkan rakyat terpaksa menanggung bebanan malah pelbagai masalah lain akan timbul termasuk pertambahan kadar jenayah dan gejala sosial.
Sebelum ini, rekod kewangan negara menunjukkan kedudukan hutang negara berada pada tahap lebih RM547.79 bilion atau lebih 53 peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ketika Parlimen dibubarkan pada 3 April lalu.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=52149
Hutang negara RM500b, Najib tak layak pegang Menteri Kewangan »
PERADUAN CIPTA LOGO : Jom pakat masuk weeeh!
Posted on Thursday, May 16 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: tokpepijat
" Seeloknya selepas sudah terbentuk kabinet menteri, Menteri yang jaga perpaduan dan komunikasi mestilah menganjurkan satu peraduan untuk semua rakyat Malaysi
Iaitu peraduan mencipta logo baru bagi Kerajaan(kerusi)Najib menggantikan logo 1Malaysia yang kini tunggu masa untuk diserahkan kepada Muzium Negara.
TAJUK CIPTAAN : Tsunami Cina.
PENYERTAAN : Semua rakyat Malaysia kecuali ahli PERKASA.
Setiap penyertaan mestilah dihantar ke Jabatan Perpaduan Negara.
PERADUAN CIPTA LOGO : Jom pakat masuk weeeh!
Ketua Polis Bakri Zinin Paling Layak
Posted on Thursday, May 16 @ 22:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh MSO
Seberakhirnya pilihan raya umum ke-13 khidmat Ismail Omar selaku Ketua Polis Negara (KPN) juga akan berakhir. Beliau akan bersara wajib Jumaat ini. Ekoran itu siapa pengganti beliau sudah menjadi sebutan dan spekulasi.
Kalau mengikut tradisi timbalannya Khalid Abu Bakar akan automatik diangkat menjadi penggantinya. Namun itu bukan kemestian, perlantikan KPN perlu mendapat restu dan perkenan Yang diPertua Agong
Selain Khalid antara yang layak dan boleh dipertimbangkan ialah Mohd Bakri Zinin yang kini memegang jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mohamad Fuzi Harun yang merupakan pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) dan Akhil Bulat, Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman.
Selalunya ketiga-ketiga penjawat inilah yang dipertimbangkan untuk mengisi jawatan teratas PDRM.
Memandangkan keadaan negera kini dalam pascra pilihan raya di mana suasananya belum tenang dan aman serta sangat memerlukan seorang pendamai, sudah tentu pasukan polis perlu diketuhui oleh seorang individu yang bukan saja berpengalaman untuk menjadi ketua, tetapi tidak dianggap mencampuri urusan politik. Seorang anggota yang adil dan saksama sangat diperlukan. Seorang pegawai berwibawa dan dihormati ramai adalah tepat dan sesuai untuk dilantik menjadi KPN.
Dalam hal ini Khalid Abu Bakar walaupun dalam menjalankan tugas dan bidang kuasa yang ada kepadanya, beliau berhak melakukan sesuatu, tetapi ada kalanya dia bercakap melebihi dari keperluan sepatutnya. Nadanya persis nada ketua MT Umno. Dia ada kalanya terlajak jauh dalam membela parti pemerintah. Cakap-cakapnya mirit berpihak kepada sesebelah pihak yang menimbulkan kejengkilan pihak lain.
Misalnya dalam kes lembu gemuk (NFC) melibatkan laki Sharizat Jalil belum apa-apa lagi Khalid telah membuat kenyataan mendahului siasatan dengan menyatakan tiada penipuan dalam kes tersebut. Kenyataan begitu boleh mempengaruhi persepsi umum dan menganggu penyiasatan. Kenyataan itu dianggap cuba membayangi keadaan kerana ia masih belum disiasat. Tindakan beliau itu tidak disenangi dan nampak sangat cuba membela sesuatu pihak yang disukainya. Seorang anggota polis yang diharap menjadi pengaman yang bijak tidak sewajarnya bersikap bias.
Berbeza dengan Mohd Bakri Zinin bertindak lebih profesional dan tidak menunjukkan kecenderongan memihak kepada mana-mana. Langkahnya menubuh Operasi Cantas, untuk membenteras dan mencantas apa-apa maklumat palsu dan provokasi di dalam media baru semasa pilihan raya baru-baru ini menunjukkan kewibawaan dan sikap tidak memilih bulu oleh beliau. Idea beliau itu juga dinamik dan selangkah ke depan untuk keamanan negara.
Keperluan untuk Bakri dilantik menjadi Ketua Polis Negara juga memandangkan kepentingan keselamatan di Sabah ekoran serangan penceroboh Sulu di Lahad Datu. Kebetulan Bakri anak Sabah jadi beliau lebih arif memahami situasi di Sabah dan bagaimana cara untuk mengatasinya. Rasanya juga sudah sampai anak Sabah diberi kepercayaan untuk memimpin PDRM apa lagi zaman sekarang ini zaman tranformasi dan peralihan stail kepimpinan. [wm.kl.12:46 pm 14/05/13]Ketua Polis Bakri Zinin Paling Layak
Zahid bohongi dirinya sendiri!
Posted on Thursday, May 16 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: senik
"Assalamualaikum,,
Zahid Hamidi yang bertukar ke kementerian dalam negeri dilapurkan berkata rakyat malaysia yang tidak berpuas hati dengan sistem pilihanraya negara perlu berhijrah ke negara yang mengamalkan sisitem yang digemari.Zahid berperangai seperti anak kecil bermain api apabila memperlekehkan 52% rakyat yang membantah keputusan PRU yang penuh dengan penipuan yang jelas.Zahid dan UMNO tidak boleh menutupi penipuan ini hanya dengan memutarkan kepada dakwaan sistem pilihanraya negara.52% rakyat negara bukan tidak suka dengan sistem pilihanraya tetapi
penipuan besar besaran BN terhadap sistem pilihanraya itu yang dibantah.Kenapa Zahid mencabar rakyat meninggalkan negara sedangkan sudah ramai warga asing dijadikan warganegara semata mata untuk menjadi pengundi BN?
Zahid hanya menambahkan kemarahan rakyat dengan kenyataan itu walaupun Zahid cuba menafikan ada penipuan semasa PRU 13 tetapi apa yang rakyat nampak di depan mata sudah tidak boleh dinafikan lagi.Zahid sepatutnya insaf walaupun BN masih berkuasa hasil manupulasi sistem pilihanraya, hakikat undi popular sebanyak 52% berpihak kepada PR menunjukkan BN sudah hilang sokongan lebih separuh rakyat Malaysia jadi bila bila masa sahaja kalau perasaan marah rakyat sampai ke kemuncak, kerajaan BN boleh jatuh.Lantaran itu ini bukanlah masa untuk Zahid celupar mencabar rakyat sedemikian rupa.
Zahid mungkin perasan dengan pengalaman UMNO yang sering menipu rakyat bahawa rakyat semuanya bodoh, untuk maklumat Zahid rakyat yang mungkin bodoh sekarang hanyalah terdiri dari 48% sahaja yang boleh diumpan dan diugut oleh Zahid.Tetapi kalau Zahid mengugut 52% rakyat yang cerdik, Zahid sebenarnya menyimbah petrol ke dalam api yang kecil, ianya boleh jadi besar dan menelan Zahid.
Zahid memang dikenali sebagai boss pembodek tapi ingat ingatlah rakyat yang tidak suka melihat UMNO meragut harta negara, menipu untuk menang PRU, jangan bohongi diri sendiri.Tak usah minta rakyat berhijrah tetapi sebut juga penghijrahan rakyat asing ke dalam negara yang mudah mendapat kerakyatan sekiranya mereka mahu jadi pengundi BN sehingga jawaban standard warga asing ini ketika ditanya di pusat mengundi ialah BN. kepada soalan siapa yang bagi IC, jawabnya BN, ditanya apa yang dipangkah jawabnya BN, ditanya tahukah lagu negara ku, jawabnya BN dan ditanya tahu tak parti UMNO, jawabnya juga BN!
INFO DAN GEMPAK : Keajaiban ke 8 dunia !
Posted on Thursday, May 16 @ 17:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: tokpepijat
"
FAKTA TENTANG PM Najib
- Mempunyai "kuasa" untuk bangkitkan "hantu dari kubur" untuk mengundi pada PRU 13.
- Mempunyai pengundi dwi negara seperti Bangladesh,Indonesia,Mynmar dan Nepal.
- Mempunyai 70% dari 1.4 juta pengikut twitter palsu.
- Menjadi PM hasil menang PRU 13 pertolongan dari kerusi-kerusi bukan daripada manusia
Hebat kan !
INFO DAN GEMPAK : Keajaiban ke 8 dunia !
Kabinet Najib lawan Mahathir?
Posted on Thursday, May 16 @ 18:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh Zainal Abidin Nor
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika mengumumkan barisan kabinet barunya semalam, menyifatkannya sebagai ‘kabinet berimbang’ merangkumi mereka yang berpengalaman, ahli teknokrat dan generasi muda.
Beliau yakin barisan itu mampu meneruskan dan menjayakan agenda transformasi nasional selain meningkatkan kepercayaan serta keyakinan rakyat terhadap kerajaan.
Begitu pun, tersingkap mesej yang lain yang hendak ditekankan Najib jika dilihat dari tokoh dan keperibadian senarai menteri dan timbalan menteri yang dipilih menganggotai kabinetnya, seolah-olah tersembunyi seribu satu rahsia.
Walaupun kabinet ini nampak berimbang tetapi ia juga merupakan satu barisan kabinet bersifat ‘pertahanan,’ jika diteliti beberapa watak yang terdapat di dalamnya (kabinet).
Najib yang dipilih untuk menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri pada 3 April 2009 oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kini berusaha untuk menjauhkan diri dan membebaskan dirinya dari bayangan pengaruh Dr Mahathir.
Pertama, beliau melantik Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebagai Menteri Belia dan Sukan, menantu Pak Lah yang dilihat berpengaruh ketika Pak Lah menerajui pentadbiran Putrajaya pada suatu ketika dulu.
Walaupun Khairy pernah terpalit dengan rasuah ketika Perhimpunan Agung Umno dahulu dan hanya diberi amaran oleh Lembaga Tatatertib Umno, pelantikannya dilihat sebagai usaha Najib untuk mempertahankan dirinya (Najib).
Satu aset
Dalam usia muda 37 tahun, beliau merupakan seorang tokoh Umno yang lantang bersuara dan berani mengkritik Dr Mahathir dan kini Najib menganggap Khairy sebagai satu aset untuk menepis ‘serangan’ Dr Mahathir terhadap corak kepimpinannya.
Begitu juga dengan pelantikan Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahalan yang berani mengkritik Dr Mahathir. Sebab itu, beliau memberinya jawatan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Nampaknya Najib benar-benar memanfaatkan pengalamannya ketika menjadi Menteri Pertahanan suatu ketika dahulu di mana beliau banyak mempelajari selok belok pasukan keselamatan menyusun strategi pertahanan.
Najib masih ingat lagi bagaimana Pak Lah diturunkan dari takhta atau posisi nombor satu kerajaan pada tahun 2009. Ingatannya masih segar bugar bagaimana Tan Sri Muhyiddin Yassin mula melancarkan serangan terhadap Pak Lah.
Sebab itu untuk lebih berhati-hati Najib mengekalkan Muhyiddin di tokok lama, Menteri Pelajaran sahaja dan beliau tidak diberi jawatan yang lebih senior dalam kabinet baru ini, melainkan dengan menokok tambah tugas dan dicantumkan dengan Kementerian Pengajian Tinggi.
Nasib baik dua tokoh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) kecundang dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13), kalau tidak Dr Mahathir lagilah naik ‘tocang’.
Kedua-dua Presiden dan Timbalan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dan Datuk Zulkifli Noordin, yang dianggap mempunyai pandangan yang extreme dan rasis itu dapat ditewaskan. Seorang kecundang di Pasir Mas dan seorang lagi tersungkur di Shah Alam.
Kabinet bermasalah
Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar, kabinet Najib ini juga terdapat di dalamnya tokoh yang bermasalah seperti Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
Anak Dr Mahathir, Datin Paduka Marina Mahathir pula menempelak Tajuddin menerusi tulisannya dalam laman Twitter “Six million dollar man Umno mendapat jawatan timbalan menteri”.
Tajuddin diberikan nama jolokan itu selepas beliau dilaporkan telah dipecat dari Umno pada tahun 1995 kerana dituduh membayar RM6 juta untuk mengekalkan kedudukannya sebagai ketua bahagian.
Tajuddin juga baru-baru ini menerima anugerah konsesi RM1.3 bilion untuk membina UiTM Tapah, Perak, walaupun syarikat milik beliau, Detik Utuh Sdn Bhd bukanlah syarikat pembinaan yang aktif dan tidak mempunyai rekod prestasi yang baik dalam bidang pembinaan.
Dengan melantik mereka yang pernah terlibat dengan rasuah, apa yang Senator Datuk Paul Low Seng Kuan boleh lakukan. Presiden Transparency International Malaysia (TI-M) itu dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk membanteras gejala rasuah.
Kita lihat nanti apa yang Paul Low boleh lakukan supaya kabinet Najib dilihat sebagai sebuah kabinet yang telus dan bersih serta bebas dari rasuah.
BN S’gor kecundang
Melihat dari senarai kabinet baru ini, Sabah dan Sarawak serta Labuan dianggap paling beruntung kerana seramai 10 menteri dan timbalan menteri dari Sabah dan 11 menteri dan timbalan menteri dari Sarawak dilantik Najib.
Ini bermakna lebih satu pertiga dari anggota kabinet datang dari Malaysia Timur dan menurut Najib, sepatutnyalah mereka diberi representasi yang lebih kerana kedua-dua negeri itu termasuk Labuan menyumbang sebanyak 57 kerusi Parlimen kepada Barisan Nasional (BN).
Mereka yang rugi pula ialah MCA kerana kalah teruk di mana calon mereka hanya berjaya memenangi tujuh kerusi Parlimen dari sejumlah 15 kerusi yang dipertandingkan.
Umno Selangor turut mengalami kerugian yang besar kerana bukan sahaja gagal merampas Selangor tetapi mengalami kekalahan yang lebih teruk berbanding pada PRU-12 tahun 2008.
Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed tersungkur melawan peguam PAS, Mohamed Hanipa Maidin di Parlimen Sepang.
Begitu juga dengan nasib, Datuk Seri Noh Omar walaupun menang di Parlimen Tanjung Karang, bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu, disingkirkan dari kabinet Najib gara-gara gagal menawan Selangor.
Kabinet Najib lawan Mahathir?
Terbongkar!!! Guan Eng Terus Malukan BN??
Posted on Thursday, May 16 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: matuse68
"
Guan Eng Terus Malukan BN- Serah Rumah Mewah RM500K Kepada 24 Penduduk KG Buah Pala Seramai 24 penduduk Kampung Buah Pala menerima rumah teres dua tingkat yang bernilai kira-kira RM500,000 selepas kemelut yang melanda kampung itu dua tahun lalu.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, pemberian itu adalah hasil kerja keras banyak pihak termasuk Kerajaan Negeri yang sentiasa prihatin terhadap hak penduduk kampung berkenaan.“Kita bukannya menganiaya mereka seperti yang dituduh pihak tidak bertanggungjawab. Kini penduduk tidak perlu risau kerana sudah dapat hak mereka dan ini juga bukti kita tunaikan apa yang dijanji.
“Saya bersyukur kerana Kampung Buah Pala masih kekal di sini bersama penduduknya walaupun namanya kini ditukar kepada Taman Buah Pala. Keadaannya juga seperti dahulu cuma rumah yang dibina lebih selesa.
“Pada 2009, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa penjualan tanah kampung ini adalah sah dan pemaju berhak meneruskan projek mereka. Suka tidak suka, kita perlu terima bagi menghormati undang-undang.
“Namun Kerajaan Negeri mengambil inisiatif berunding dengan pemaju untuk mendapatkan pampasan buat penduduk dan kita bernasib baik kerana mereka menerima cadangan Kerajaan Negeri.
“Setelah berunding, seramai 24 keluarga bersetuju untuk menerima pampasan yang diberikan namun sembilan lagi tidak mahu menerimanya. Mereka mengatakan kita buat janji kosong dan menipu,” katanya.
Sementara itu, seorang penduduk, Annie Rose Micheal, 75, berkata, dia lega penantian selama dua tahun akhirnya berbaloi apabila diberikan sebuah rumah teres dua tingkat yang selesa untuk didiami bersama anak-anak.
“Selama ini saya hanya menyewa di sebuah rumah berdekatan kawasan ini selepas rumah saya dirobohkan dua tahun lalu,. Saya gembira dengan pemberian ini,” katanya.
Pada majlis berkenaan, Guan Eng menyampaikan kunci rumah kepada semua penduduk kampung itu termasuk sembilan keluarga Melayu... Mana TV3?? Mana utusan?? Mana Umno???
Info terkini layari: INI KALILAH...
TEKA : Kabinet apa tidak rompak duit rakyat?
Posted on Thursday, May 16 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: tokpepijat
" Rakyat pandang sebelah mata tentang Kabinet Baru Najib. Walaupun media barua TV3 nampaknya "selok-selok" siar langsung dengan buat-buat "suspen" menteri-menteri kabinet Najib.
Sebenarnya, yang "selok" dan teruja tentang kabinet baru ini hanyalah untuk juak-juak UMNO.
Mengapa ?
Mereka melihat potfolio mana yang menjadi "lubuk emas" untuk mereka.
Projek untuk kroni, pembelian alatan , tender tertutup.
Antara Kementerian yang menjadi lubuk emas buat sesiapa menjadi Menterinya ialah :
1) Kementerian Pertahanan - Lihat semasa LIMA. Berapa bilion bakal disapu dan dilanun nanti. Hasil lanun bakal meningkat mengatasi hasil kapalselam dan jet MIG.
2) Kementerian Pelajaran - Hasil lanun bakal meningkat mengatasi hasil PPSMI.
Kementerian lain sama juga.Cumanya berskala kecil untuk melanun wang rakyat. Walaupun berskala kecil(lekat celah gigi) tapi libatkan angka juta-juta.
Rakyat zaman internet dan globalisasi melihat Kementerian kita tempat melanun wang rakyat bukan untuk khidmat untuk rakyat.
TEKA : Kabinet apa tidak rompak duit rakyat?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan