Jumaat, 3 Mei 2013

DAP ADA MELAYU RUPANYA....MIC DAN MCA TENTU TAK DE

Ribuan di 'Super Friday', janji minggu depan tiada tol
 
Dalam panas terik petang ini, lebih 5,000 hadirin yang majoritinya kaum Cina memenuhi Stadium Sultan Abdul Halim di Alor Setar bagi mendengar ceramah raksasa 'Super Friday' - kempen besar terakhir Pakatan di Kedah sebelum pilihan raya Ahad ini.

NONEKehadiran ramai kaum Tiong Hua dalam majlis anjuran DAP itu memecah 'kesunyian' mereka yang sebelum ini tidak menyatakan sokongan dengan terbuka dalam pilihan raya umum ke-13 kali ini.

Walaupun tanpa kehadiran Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadapi masalah pengangkutan dan kesesakan jalan raya, perhimpunan itu tetap menaikkan semangat penyokong Pakatan dengan ucapan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

NONEDalam riuh vuvuzela, Lim berucap menegaskan janji Pakatan, antaranya akan menghapuskan tol Lebuh Raya Utara-Selatan dengan segera - seminggu selepas pilihan raya.

"Kamu mahu tunggu ka? Mahu sokong BN? Saya tidak boleh tunggu, atau mungkin tak ada lagi. Kamu mahu tunggu?.

"Kalau 5 Mei ini, kamu pilih Pakatan Rakyat, minggu depan lebuh raya percuma... Mari kita undi beramai-ramai, tumbangkan BN, baru kita selamat ," kata Lim sambil diiringi tepukan dan laungan "Ubah".

'ABCD -Asalkan Bukan Calon Dacing'
Katanya, tol itu tidak perlu dipertahankan lagi kerana syarikat konsesi didakwanya telah pun untung banyak dan perjanjian konsesi juga dibuat sehingga 2038.

Sementara itu, menyentuh isu 13 Mei yang dimainkan dengan kemaraan DAP, Lim menjelaskan bawah kepimpinan pemimpin utama Pakatan, termasuk Penasihat DAP Karpal Singh, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang peristiwa itu tidak akan berulang.

"Kalau Mat Sabu, Nik Aziz, Datuk Seri Hadi, Karpal Singh atau Datuk Seri Anwar Ibrahim (menang), kamu ingat kita mahu gaduh? Tak ada. Kita nak sama-sama masuk Putrajaya. Betul tak," katanya sambil disambut laungan "betul" oleh hadirin.

NONESementara itu, Mohamad - 'ayam sabung' PAS - pula berkata hari ini sekali lagi mengulangi keyakinan mereka untuk menawan Putrajaya.

Beliau juga memperkenal slogan baru kepada penonton sebagai 'panduan' mengundi pada hari minggu ini ala slogan Asal Bukan Umno (ABU) yang popular sebelum ini.

"ABCD -Asalkan Bukan Calon Dacing," katanya yang terkenal dengan kelucuan ketika berceramah itu.

Calon-calon Pakatan di kawasan berdekatan turut hadir ke program itu, termasuk Gooi Hsiao Loong (PKR-Alor Setar), Mohd Eekmal Ahmad (PKR-Bakar Bata), Tan Kok Yew (DAP-Derga ) dan Teoh Boon Kok (DAP-Kota Darul Aman).

Wakil rakyat tidak semestinya pemimpin

Ahmad Baei Jaafar, 03 Mei 2013
Dalam Islam, memilih atau melantik pemimpin adalah penting, malah menurut Rasulullah SAW apabila tiga orang keluar musafir hendaklah dilantik seorang dalam kalangan mereka sebagai ketua. Jadi, berdasarkan hadis itu tentu lebih wajar dalam masyarakat kampung, daerah, negeri dan negara dilantik seorang pemimpin dalam kalangan mereka.

Walau bagaimanapun, orang yang berhak melantik pemimpin di negara ini bukan berada dalam tangan rakyat tetapi hak Yang Dipertuan Agung dan Sultan negeri-negeri berdasarkan ketokohan mana-mana wakil rakyat yang mewakili parti terbesar. Biasanya pemimpin itu dicadangkan oleh parti yang menang dalam pilihan raya berdasarkan kelayakan tertentu dan pada masa yang sama dia boleh diterima oleh semua pihak.

Manakala wakil rakyat pula mereka dipilih oleh rakyat pada pilihan raya umum yang dilakukan lima tahun sekali. Dalam pilihan raya tersebut, rakyat diberi kuasa mutlak untuk memilih wakil mereka berdasarkan kemampuan mereka menjalankan tugas, amanah, dan bijaksana. Biasanya pemilihan rakyat mengikut parti yang membawa dasar yang baik.

Berdasarkan itu semua pemimpin adalah wakil rakyat tetapi tidak semua wakil rakyat itu pemimpin.
Inilah yang sesetengah rakyat kita terkeliru. Mereka mengganggap wakil rakyat itu adalah pemimpin mereka, lalu dalam banyak mereka merujuk kepada wakil rakyat itu. Salah faham inilah yang menjadikan mereka sering menyalahkan wakil rakyat dalam soal kepimpinan.

Pilih pemimpin
Sebenarnya siapapun kita, adalah wajib memilih pemimpin yang statusnya Islam berdasarkan firman Allah yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan orang-orang kafir itu menjadi pemimpin kamu, padahal mereka bukan dari kalangan orang mukmin (yang benar), apakah kamu mencari satu alasan yang nyata bagi tujuan Allah untuk menyiksamu?"  ( Surah an-Nisa' : ayat 144)

Walau bagaimanapun dalam konteks Malaysia, rakyat tidak bertanggungjawab untuk melantik pemimpin negara atau negeri. Jadi, rakyat tidak boleh dipersalahkan kalau pemimpin itu tidak menepati kehendak Islam. Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan pemimpin negara akan dipilih oleh Sultan atau Yang diPertuan Agong dalam kalangan orang bukan Islam. Namun jika pemimpin itu dilantik dalam kalangan orang bukan Islam, rakyat tidak akan dipertanggungjawabkan lagi.

Cuma, sebagai rakyat, kita sangat mengharapkan pilihan atau perlantikan pemimpin ini menepati syarat yang ditetapkan oleh Islam iaitu qawi, amin, hafiz dan alim. Percayalah, jika pemimpin sesebuah negara atau negeri itu dipilih atas dasar di atas sudah pasti kerajaan yang dipimpin oleh mereka itu akan maju, aman dan disegani oleh musuh.

Wakil rakyat bukan pemimpin
Menyentuh soal syarat atau ciri-ciri pemimpin, sebenarnya rakyatlah yang sewajarnya meneliti dan memastikan mereka sebelum pilihan raya. Dan melalui pemilihan wakil rakyat dalam pilihan raya umum itu nanti, akan dilantik sebahagiannya untuk menjadi pemimpin negara.

Oleh sebab itu, mengundi tidak boleh dibuat sambil lewa sahaja. Maka rakyat perlu serius dalam menentukan wakil rakyat itu memenuhi ciri-ciri yang melayakkan mereka menjadi pemimpin. Pastikan wakil rakyat pilihan kita itu qawi iaitu kuat fizikal dan mentalnya. Maknanya mereka itu mestilah sihat dan mampu menjalankan tugas yang diamanahkan.

Pastikan juga mereka itu amin ialah amanah dan bertanggungjawab terhadap bebanan yang diberikan kepadanya. Selain itu mereka juga hendaklah terdiri daripada orang yang hafiz iaitu berkemampuan dan berkemahiran dalam menjaga khazanah negara. Mereka amanah terhadap wang negara pada cara perbelanjaan agar tidak boros atau kedekut. Mereka juga alim iaitu berpengetahuan tinggi dalam ilmu pentadbiran dan pengurusan selain soal-soal agama.

Jelas di sini mana-mana wakil rakyat yang tidak dilantik sebagai pemimpin negara, mereka kekal sebagai wakil rakyat. Mereka bukan pemimpin tetapi wakil kepada rakyat yang mereka ini akan bercakap di Dewan Rakyat dan DUN bagi pihak rakyat. Maknanya, mereka akan membela rakyat dan memperjuangkan hak rakyat setiap kali berada dalam dewan.

Oleh sebab itu, wakil rakyat bukan pemimpin kepada rakyat sebaliknya khadam atau pembantu kepada rakyat. Atas status itu wakil rakyat tidak sepatutnya melupakan rakyat selepas mereka memang dalam pilihan raya. Malah mereka sepatutnya selalu berjumpa dengan rakyat atau menyediakan jadual untuk memberi ruang kepada rakyat untuk bertemu dengan mereka.

Wakil rakyat seharusnya memberi perhatian kepada rakyat baik miskin mahupun kaya. Mereka hendaklah berusaha memberi bantuan jika diperlukan rakyat. Namun perlu diingat, peranan wakil rakyat bukan untuk membantu kewangan rakyat, tetapi berusaha mendapatkan wang untuk mereka melalui saluran kerajaan.

Jadi, berdasarkan peranan wakil rakyat ini, tidak salahlah mereka itu dipilih dalam kalangan orang bukan Islam. Hal ini kerana mereka bukan pemimpin rakyat tetapi hanya wakil rakyat sahaja. Jadi, wakil rakyat tidak tertakluk kepada larangan ayat di atas. Kalau begitu tidak timbullah isu orang Islam tidak boleh memilih orang bukan Islam sebagai wakil rakyat.

Pilih berdasarkan parti
Selain memilih wakil rakyat berdasarkan ciri-ciri di atas, kita harus juga melihat kepada parti yang diwakilinya. Pastikan parti yang disertainya itu mempunyai dasar yang jelas untuk keamanan, keadilan, kebajikan rakyat, kemakmuran negara dan rakyat dan yang paling penting meletakkan Islam tinggi sebagai penyelesaian masalah rakyat dan negara.

Berdasarkan itu jika wakil rakyat itu kurang lengkap ciri-ciri di atas maka bolehlah dilengkapkan dengan dasar dan perjuangan parti. Dengan kaedah ini, mereka yang terpilih akan menjalankan tugas sebagai wakil rakyat berdasarkan dasar parti tersebut.

Semoga tarikh 5 Mei 2013 ini semua rakyat boleh turun dan keluar untuk mengundi. Walaupun kerajaan dalam hal ini tidak mewajibkan mengundi, sedarkan bahawa Islam mewajibkan mengundi bagi memilih kerajaan yang berwibawa di bawah pemimpin yang hebat dan wakil rakyat yang beramanah. Selamat mengundi.

http://baei.blogspot.com/
Najib yakin BN kekal berkuasa di Putrajaya
 
Datuk Seri Najib Tun Razak yakin BN akan kekal berkuasa di Putrajaya dengan memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Ahad ini berikutan penerimaan rakyat di seluruh negara.
  
"Saya boleh laporkan kepada tuan, puan, setelah berjalan di seluruh pelusuk negara, (saya dapati) rakyat Malaysia masih menerima BN.
  
"Justeru dengan izin Allah pada malam 5 Mei ini, BN akan kembali berkuasa di Putrajaya," kata perdana menteri ketika berucap pada majlis 'PM Bersarapan Bersama Penduduk' di Dengkil Centre Point, dekat Putrajaya hari ini.
  
Ucapan beliau itu disambut dengan tepukan gemuruh ribuan hadirin yang membanjiri perkarangan kawasan itu sejak awal pagi.
  
Turut hadir ialah calon-calon BN kerusi parlimen Sepang Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed, kerusi dewan undangan negeri (DUN) Dengkil Shahrum Mohd Shariff, DUN Tanjung Sepat Nisman Yusof dan DUN Sungai Pelek Ng Chok Sin .
  
Pengerusi BN itu berkata rakyat sedar bahawa dasar transformasi nasional yang diperkenalkan kerajaan boleh membawa kebaikan dan kesejahteraan buat mereka.
  
"Dasar ini terletak di tangan BN dan tanpa BN, transformasi tidak akan berlaku...rakyat baik di Selangor dan negeri lain akan menuju ke masa depan yang kelam (tanpa dasar ini).
  
"Mereka yakin dan percaya (dengan BN). Pilihan rakyat ialah BN. Mereka faham kerajaan pusat dan negeri perlu datang daripada parti yang sama," katanya.
  
Dalam pada itu, Najib yang juga pengerusi BN Selangor yakin parti gabungan itu dapat menawan kembali Selangor termasuk memenangi kesemua kerusi parlimen dan DUN di Sepang.
  
"Kita telah berusaha selama lima tahun untuk kembalikan keyakinan rakyat Selangor. Kita telah pulihkan semangat jentera. Kita juga sudah minta maaf atas kesilapan lalu. Marilah buka lembaran baru di negeri ini," katanya.
  
Beliau berkata setelah lima tahun pakatan rakyat memerintah Selangor, rakyat hilang keyakinan kepada pakatan itu dan buktinya jelas apabila Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri 'melarikan diri' untuk bertanding kerusi DUN Pelabuhan Klang daripada DUN Ijok.
  
Najib turut menasihatkan jentera parti supaya terus bekerja sebagai satu pasukan dan sama-sama menyumbang kepada kejayaan BN.
  
"Tidak semestinya kena jadi wakil rakyat, banyak cara lagi untuk bantu rakyat. Mesti adil saksama dan tolong orang lain.
  
"Inilah ikrar janji kita dan kita akan tunaikan janji kita," katanya.
  
- Bernama
Petugas BN maut selepas dilanggar lari
7:53PM Mei 3 2013  
Seorang petugas BN yang terlibat dalam kejadian langgar lari dua hari lepas meninggal dunia di Hospital Kulim hari ini.
    
Mohd Faiz Ismail, 17, yang koma sejak kemalangan meninggal kira-kira jam 2.30 pagi.
    
Jenazahnya dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamiul Makmur kira-kira 11.30 pagi tadi yang turut dihadiri calon Barisan Nasional bagi kerusi Parlimen Kulim/Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir dan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kulim, Chua Theong Gee.
   
Mohd Faiz dan tiga rakannya dilapor dirempuh sebuah kereta di Jalan Mohd Asaad kira-kira jam 3.45 pagi.
  
"Sebelum itu kami berempat memasang bendera di sekitar kawasan Kulim dan kami habis kerja kira-kira tengah malam. Selepas selesai makan dan dalam perjalanan pulang, kami lihat beberapa lagi rakan kami sedang membetulkan bendera yang dipasang.
  
"Kami memberhentikan motosikal kami di bahu jalan untuk melihatnya, tetapi tidak sampai lima minit, tiba-tiba sebuah kereta yang datang dari Taman Selasih menuju pekan Kulim merempuh kami hingga menyebabkan Mohd Faiz, saya dan seorang lagi rakan tercampak di atas jalan, manakala rakan yang membawa motosikal yang dibonceng Mohd Faiz terseret beberapa meter," kata salah seorang daripada mereka Ahmad Saberin Mohd Sabri, 21.
  
Mohd Faiz yang cedera di kepala dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi sementara yang lain menerima rawatan sebagai pesakt luar.
  
Abdul Aziz berkata BN bahagian Kulim/Bandar Baharu membiayai urusan pengkebumian Mohd Faiz dan menghulurkan sumbangan RM5,000 kepada keluarganya.
  
- Bernama

Peluang pertama calon Melayu DAP di Johor
 
ULASAN Tinggal sehari lagi akan berlangsunglah detik-detik yang dinantikan semua rakyat Malaysia, malah rakyat dunia juga, khususnya mereka yang cintakan perubahan ke arah Malaysia baru yang demokratik.

NONESaya ke Tanjong Piai, untuk melihat sendiri calon Melayu DAP, Mahdzir Ibrahim berkempen dalam PRU 13 ini. Saya di bantu, seorang aktivis masyarakat setempat, yang hanya mahu dikenali dengan nama Abang Tut (Tukiman).

Dengan kereta yang dipandu Abang Tut, kami berkeliling ke serata pelusuk kawasan Parlimen Tanjung Piai, dari penghujung benua Asia, sehinggalah ke kaki Gunung Pulai.

Bagi kerusi P165 ini, Mahdzir bertembung dengan bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wee Jeck Seng.

Saat gelanggang PRU13 dibuka, Mahdzir cuma dilihat sebagai calon ‘underdog'. Apatah lagi Johor merupakan kubu kuat Umno - BN, sejak zaman penubuhan parti itu lagi.

Wee Jeck Seng - anak didik bekas Presiden MCA, Ong Ka Ting - pula dikatakan cekap berkhidmat kepada penduduk tempatan.

dap congress 161212 ahmad tonPada pilihan raya umum 2008 yang lalu, Jeck Seng mengalahkan calon DAP Ahmad Ton (kiri) dengan majoriti selesa lebih 11,000 undi.

Namun, dari sehari ke sehari, sokongan terhadap Mahdzir mula bertambah.

"Pertama kali seorang calon DAP Melayu memiliki peluang untuk menang," begitu ulas Abang Tut dengan yakin, sambil dia membawa saya melewati persekitaran Tanjung Bin.

Tanjung Bin terletak di bawah parlimen P165. Dulu ia merupakan kawasan hutan paya bakau dan pantai dengan kepelbagaian ekosistem flora dan fauna.

Poster tak naik ke dinding rumah

Hari ini Tanjung Bin, hanyalah menjadi lambang kemegahan dan kehebatan empayar perniagaan Syed Mokhtar Bukhary, dengan pusat jana kuasa arang batu itu di atas kehancuran alam sekitar.

Di Tanjung Bin, kami singgah minum di sebuah warung yang penuh dengan poster, bendera BN.

NONE"Macam mana suasana PRU di sini?" tanya saya kepada beberapa orang lelaki pertengahan umur yang duduk di warung itu, tanpa merujuk parti mana yang didokongnya.

Jawapan yang saya terima, "mestilah bulan akan selalu cerah, mudah roket naik ke bulan."

Dugaan saya bahawa bendera BN yang terpacak di sepanjang jalan dan segala papan iklannya itu menandakan tahap sokongan kuat BN meleset.

Abang Tut, seorang pesara tentera berusia 64 tahun menambah, "pasang bendera tepi jalan itu sudah bagi kontrak, bukan usaha sukarela ahli-ahlinya, kalau diusahakan ahlinya pun, mesti dengan upah."

NONEDi sini, saya melihat perbezaan budaya kerja parti-parti dalam Pakatan dan BN. Dalam Pakatan pendokongnya sanggup menyumbang wang ringgit, harta dan tenaga untuk perjuangan partinya.

Tinjauan di beberapa kawasan Melayu, seperti di Kg Sungai Cokoh, Kg Sg Blukang, Kg Sg Boh, Kg Belokok, Kg Sawah dan Kg Melayu Raya menunjukkan bendera BN gah tercacak di sepanjang jalan kampung. Cuma sesekali, kelihatan bendera Roket dan Bulan.

Namun seperkara yang saya sedar, tidak seperti PRU yang lalu, tidak banyak rumah yang menampal poster calon atau menaikkan bendera Umno-BN di kawasan atau pada dinding rumah mereka.

Barangkali, sejak Mac 2008, orang sudah biasa melihat orang Cina membawa bendera PAS dan orang Melayu membawa bendera DAP.

Imej ini menandakan runtuhnya tembok perkauman yang memisah-pecah-perintahkan hubungan antara kaum, sejak zaman Inggeris lagi.

Mahdzir: Bukan tukar akidah, cuma wadah
Beberapa rumah Melayu di sini, turut mengibarkan bendera Roket, namun yang lebih penting sebuah rumah Melayu di Kg Teluk Kerang, Jalan Kukup menjadi markas gerakan DAP.

Sesampainya di Pekan Nenas, saya berkesempatan mendekati Mahdzir yang cukup sibuk berkempen. Mahdzir, graduan seni halus UiTM, berusia 37 tahun, merupakan anak jati Johor merangkap ketua biro Pakatan DAPSY.

NONE"Kerusi Parlimen Tanjung Piai ini amat penting untuk gagasan politik baru yang diangkat parti-parti dalam Pakatan, khususnya DAP," tutur Mahdzir.

Ia merupakan gelanggang pertarungan di antara politik di peringkat nasional dan politik setempat.

Keputusan PRU kerusi Tg Piai akan memperlihatkan sejauh mana kuatnya faham perkauman yang telah ditanamkan politik Umno-BN, selama 55 tahun ini. Ia juga akan menunjukkan sekuat mana hembusan bayu perubahan yang digerakkan Pakatan.

Buat Mahdzir kemasukannya bergiat dalam DAP, "bukanlah bertukar akidah, ia cuma wadah perjuangan."

"Saya mahu memulihkan tanggapan, DAP bukan hanya untuk orang Cina."

Cemuhan ketika berkempen
Bagaimanapun, Mahdzir, mengakui pertarungan kali ini cukup getir. Dia berdepan cemuhan dan hinaan saat berkempen, khususnya daripada pengundi Melayu yang berumur.

"Malah ada yang tidak mahu bersalaman, menunjukkan penumbuk, merenyukkan risalah atau bahan-bahan sebaran kempen " katanya lagi.
Cukup mengejutkan Mahdzir, para pengundi dengan ciri-ciri; usia pertengahan, berpendidikan, akses maklumat media baru tidak ada masalah menunjukkan sokongan terhadap PR dan DAP.

NONEPada 55 tahun dahulu, bekas pendiri dan Presiden Umno, Datuk Onn Jaafar terpaksa berkelana berseorangan ke Kuala Terengganu memperjuangkan gagasan Parti Negara, sebuah parti politik tidak berasaskan kaum.

Kemudiannya, pada penghujung 1980-an, di zaman parti Semangat 46, Hussein Onn dan Tunku Abdul Rahman sendiri, bekas-bekas presiden, terpaksa meninggalkan Umno bagi menubuhkan Persatuan Hak Asasi Manusia Malaysia (HAKAM).

Pada 55 tahun dahulu, orang-orang Umno Melayu Johor menolak Datuk Onn dan gagasan hak-hak kewarganegaraan tanpa berasaskan kaum.

Tetapi 55 tahun kemudian, orang-orang Melayu, tolonglah jangan mengulang kesilapan masa lalu. Ubahlah, jika tidak sekarang, bila lagi?


Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.
 
Kajiselidik: 42% mahu beri peluang pada Pakatan
7:10PM Mei 3 2013  
Satu kajiselidik oleh Merdeka Centre mendapati bahawa 42 peratus responden percaya bahawa Pakatan Rakyat perlu diberi peluang untuk mentadbir negara.

Sebaliknya, 41 peratus mengatakan hanya BN boleh memerintah negara ini. Tiga belas peratus responden tidak pasti dan empat peratus enggan menyatakan pendirian mereka.

Kajiselidik itu melibatkan temubual telefon dengan 1,600 responden dari Semenanjung yang dipilih melalui persampelan rawak berlapis.

Responden luar bandar dan wanita lebih cenderung untuk mempercayai bahawa hanya BN boleh memerintah Malaysia, sedangkan responden lelaki dan pengundi bandar lebih cenderung kepada Pakatan.

Responden lebih tua didapati lebih cenderung untuk menyokong BN. Bagaimanapun, tahap sokongan akan turun seiring dengan kumpulan umur. Bagi Pakatan adalah sebaliknya.
Trend terbalik ini juga jelas dari segi umur pendapatan isirumah. Ia menyatakan bahawa golongan berpendapatan rendah lebih cenderung kepada BN, manakala golongan berpendapatan tinggi pula menyebelahi Pakatan.

BN juga boleh bergantung kepada sokongan kakitangan kerajaan dan mereka yang berkerja tidak secara rasmi, manakala Pakatan mendapat sokongan mereka yang bekerja di sektor swasta dan yang bekerja sendiri.

Di samping itu, mereka yang tidak mempunyai akses Internet juga lebih cenderung menyokong BN, dan keadaan sebaliknya bagi  mereka yang mempunyai akses internet.

Sementara itu, mereka yang pernah mengundi sebelum ini pula sama banyak sokongannya, tetapi pengundi kali pertama lebih cenderung kepada Pakatan.
Kajiselidik: Populariti Najib merosot, BR1M tak jalan...
5:40PM Mei 3 2013  
Ketika negara semakin menghampiri hari pengundian Ahad ini, kajiselidik terbaru Merdeka Centre mendapati rating Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak merosot 3 peratus berbanding tinjauan terakhirnya sebelum ini.

najib announcing affordable house penang 300413 01Kajiselidik di kalangan pengundi di Semenanjung antara 28 April hingga 2 Mei itu juga meletakkan Pakatan Rakyat mendahului BN dari segi parti pilihan untuk membentuk kerajaan.

Populariti Najib menurun sedikit daripada 64 peratus dalam kajiselidiknya yang dijalankan pada bulan Mac, kepada 61 peratus sekarang - beberapa hari sebelum hari pengundian Ahad ini.

Merdeka Centre berkata angka itu mencerminkan penurunan faktor "feel good" yang sebelum ini dijana ketika pengagihan besar-besaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan juga bentuk sumbangan wang tunai yang lain.

Kebimbangan terhadap ekonomi mendahului senarai isu-isu yang pengundi mahu diperbincangkan, iaitu pada 25 peratus.

Kerusi marginal tentukan pemenang
Berdasarkan hasil kajiselidik, Merdeka Center berkata pemenang pilihan raya umum kali ini akan ditentukan oleh pihak mana yang berjaya memenangi sebahagian besar daripada 46 kerusi marginal parlimen di seluruh negara - semuanya dalam margin 3 peratus undi.

Tiga puluh empat daripada kerusi marginal itu adalah di Semenanjung Malaysia manakala masing-masing enam kerusi di Sabah dan Sarawak.

Selain daripada kerusi marginal, pusat itu meramalkan bahawa BN akan menang kira-kira 81 kerusi Parlimen manakala Pakatan akan menang kira-kira 89 kerusi.

Kajiselidik itu dijalankan di kalangan 1,600 pengundi berdaftar melalui temubual telefon, dengan 59 peratus responden Melayu, 32 peratus Cina dan 9 peratus India. 
NONE



Tiada ulasan: