Hukum zakat taja pengajian hiburan
Ustaz Hamizul Hamid, | 16 Mei 2013 |
Soalan: Apakah pelajar yang menuntut dalam jurusan muzik, teater atau seni hiburan di institusi pengajian tinggi, layak menerima bantuan zakat? Mohon pencerahan ustaz.
Jawapan: Terima kasih dengan soalan yang diberikan dan mudah-mudahan juga, jawapan yang cuba disajikan ini mampu mencerahkan sedikit kekeliruan dalam kalangan umat Islam khususnya mengenai status bantuan zakat kepada mereka yang mengambil bidang pengajian yang bercorak hiburan, seperti muzik, seni lakon, teater dan sebagainya, insya-Allah.
Sebelum kita pergi lebih lanjut, suka dimaklumkan bahawa agihan daripada zakat kepada mereka yang belajar selain bidang agama, sememangnya telah dipersetujui oleh fuqaha untuk disalurkan daripada asnaf fisabilillah. Sungguh pun bagi kalangan ulama Hanafiah, mereka menyatakan fisabilillah hanya terbatas dalam konteks peperangan semata-mata; namun bagi kalangan fuqaha yang lain misalnya Syeikh Rayid Ridha, al-Razi, al-Kasani dan sebagainya lagi menyatakan, fisabilillah amat luas pengertiannya dan ia termasuklah sebarang pekerjaan yang natijah akhirnya adalah untuk memelihara kepentingan Islam.
Di Malaysia, Dr Hailani Muji Tahir misalnya turut menyokong pandangan kedua ini dan menegaskan, bahawa tiada satu definisi yang qati’e (putus) mengenai erti fisabilillah, maka pandangan fuqaha bukanlah sesuatu yang wajar dijadikan pembatas dalam memahami maksud fisabilillah berkenaan. Malah, beliau cenderung agar fuqaha kontemporari lebih luwes atau bijaksana dalam meraikan keperluannya yang sebenar.
Atas dasar itulah, maka institusi zakat di negara ini, misalnya Lembaga Zakat Selangor (LZS) amat meraikan keperluan pendidikan untuk umat Islam. Maknanya, perbelanjaan asnaf fisabilillah di Selangor, bukan sekadar membantu membina masjid, surau dan sekolah agama, membaiki dan menaik taraf institusi agama, membiayai guru takmir dan penceramah, membantu NGO atau pertubuhan dakwah serta program-program Islami sahaja, malah dana fisabilillah juga dijana untuk tujuan pendidikan individu yang memerlukan.
Maka, dalam konteks membiayai pendidikan asnaf inilah timbulnya persoalan, adakah dana zakat boleh digunakan bagi membiayai bidang pengajian yang berbentuk seni hiburan. Dalam konteks Malaysia pula, memang ada institusi pengajian yang menawarkan bidang pengajian dalam jurusan seni muzik, seni tari, drama pentas dan sebagainya.
Justeru, demi menjawab apakah wang zakat dapat disalurkan kepada mereka yang mengambil bidang pengajian berasaskan seni hiburan ini, maka terlebih dahulu kita wajar melihat, apakah kedudukan seni hiburan misalnya nyanyian di sisi hukum Islam?
Fuqaha sendiri tidaklah sepakat dalam menghukumkan seni hiburan dalam Islam, sama ada ia haram sepenuhnya atau masih ada yang dilonggarkan. Secara umumnya, fuqaha berpandangan bahawa hiburan di dalam Islam adalah harus hukumnya, melainkan hiburan itu jelas mendatangkan kelalaian dan keburukan ataupun wujudnya unsur-unsur yang haram di dalamnya, maka jadilah ia haram.
Di dalam al-Quran sendiri, memang ada nas atau dalil yang tidak secara tuntas menegah manusia daripada menikmati hiburan, seperti mana diakui oleh firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan tidaklah kehidupan dunia ini melainkan mainan (yang sia-sia) dan hiburan yang melalaikan.” (Surah al-An’am: 32).
Berdasarkan dalil di atas, fuqaha berpandangan, memang di atas dunia ini banyak perkara yang berunsurkan hiburan, namun Allah SWT tidak pula menyatakan ia sesuatu yang haram dinikmati. Maka, di sini Allah SWT tidaklah menghalang secara total hiburan dalam Islam, cuma jangan sampai manusia dilalaikan dengan hiburan.
Malah, di dalam banyak hadis yang lain, Nabi Muhammad SAW sendiri meraikan hiburan, misalnya: “Bahawa pada hari raya Fitri atau Adha, Abu Bakar masuk ke rumahnya (rumah ‘Aishah) dan Nabi SAW berada di sisinya. Ketika itu ada dua penyanyi wanita sedang menyanyi mengenai kebanggaan Ansar pada Hari Bu‘ath (peperangan antara Aus dan Khazraj). (Lalu) Abu Bakar berkata: “Suara syaitan!” (sebanyak dua kali). Nabi SAW (kemudiannya) bersabda: “Biarkan mereka wahai Abu Bakar! Setiap kaum ada hari raya dan sesungguh hari ini adalah hari raya kita.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Berdasarkan keterangan hadis di atas dan ditambah dengan beberapa hadis yang lain, maka ulama menyatakan bahawa ia juga menjadi dalil kepada keharusan hiburan dalam Islam, dengan syarat ia tidaklah sehingga melalaikan.
Namun begitu, ada juga hadis lain yang menyatakan, alatan muzik memang selalunya membawa kepada kelalaian, misalnya: “Apabila umatku melakukan 15 perkara maka mereka layak untuk menerima bala daripada Allah SWT dan di antaranya ialah, apabila penyanyi wanita dan pemuzik-pemuzik disanjung tinggi.” (Mafhum hadis riwayat Imam Termizi)
Oleh itu, dalam menjustifikasikan sama ada sesebuah institusi zakat wajar membantu mereka yang mengambil jurusan hiburan atau tidak, perkara yang perlu dilihat adalah, sama ada bidang hiburan yang ditekuni itu benar-benar merupakan satu keperluan, tidak berpotensi membawa kepada kelalaian dan juga mestilah menepati maksud fisabilillah yang sebenarnya.
Dan, dalam melakukan penilaian inilah, maka amalan di LZS sendiri misalnya, melihat bahawa pengajian dalam bidang hiburan buat masa ini masih belum menjadi suatu keperluan, tidak seperti bidang perubatan, kejuruteraan, ekonomi, perakaunan dan sebagainya. Di samping itu, belajar dalam bidang hiburan juga, biar pun ia boleh membawa kepada kebaikan; namun realitinya di saat ini, kecenderungan dalam dunia hiburan lebih membawa kepada kelalaian.
Malah, berdasarkan kaedah fiqh juga, apabila bertembung antara mafsadah (mudarat) dan manfaat (kebaikan), maka pilihlah yang kurang mafsadahnya (menolak kemudaratan), maka di sini memilih untuk tidak membiayai bidang pengajian hiburan adalah lebih utama daripada membiayainya. Begitu juga, jika dilihat kepada skop keutamaan (aulawiyat), maka mempelajari bidang hiburan juga tidak sampai ke tahap dururiyat (kemestian) dan lebih kepada tahsiniyat (melengkapkan) sahaja, maka atas dasar itu jugalah, mengutamakan bidang pendidikan lain seperti perubatan seharusnya lebih menjadi keutamaan.
Kesimpulannya, sesuai dengan maksud sebuah firman Allah SWT: “Dan ada di antara manusia: (ada) orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) daripada agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan,” (Surah Luqman: 6), maka buat masa ini penajaan zakat kepada bidang pengajian berasaskan bidang hiburan masih belum sesuai dilaksanakan.
Nota: Disediakan oleh Ustaz Hamizul Abdul Hamid, Eksekutif Komunikasi Korporat, Lembaga Zakat Selangor (MAIS) dan sebarang kemusykilan zakat sila emailkan kepada 6 Rejab 1434 H | 16 Mei 2013hamizul@e-zakat.com.myThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it atau boleh layari www.e-zakat.com.my; blog.e-zakat.com.my atau www.facebook.com/ LembagaZakatSelangor.MAIS untuk maklumat lanjut.
Bekas hakim : Saya bukan rasis, beri peluang jawab
16 Mei 2013
"Orang politik melihat sesuatu kenyataan itu daripada pandangan kaca mata sempit, saya hendak terangkan sesuatu menurut Perlembagaan patutnya diberi ruang untuk rakyat mendengar, bukannya ditutup dengan mengatakan saya rasis, Datuk Mohd Noor Klu Klux Klan, Datuk Mohd Noor itu Hitler.
"Janganlah macam itu, bagi ruang untuk saya terangkan apakah parameter di dalam Perlembagaan yang menjamin rakyat hidup dalam aman damai," katanya yang muncul sebagai tetamu dalam rancangan bual bicara Helo Malaysia terbitan Bernama TV di saluran 502 Astro.
Rancangan satu jam yang mengupas tajuk 'Memperkasakan Perlembagaan' itu turut mengundang Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Datuk Zainul Rijal dan diwawancarakan perantara Dahlan Maamor.
Mohd Noor dikritik banyak pihak terutamanya pembangkang apabila mengeluarkan kenyataan yang dikatakan berunsur hasutan berhubung sekolah vernakular pada satu forum bertajuk 'Wacana Post-Mortem PRU13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah' anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), baru-baru ini.
Mohd Noor berkata Perkara 152 menyatakan bahawa Perlembagaan hanya mengiktiraf satu bahasa iaitu Bahasa Malaysia untuk satu Malaysia dan bagi urusan rasmi.
"Cuma kelonggarannya ialah sesiapa sahaja di negara ini hendak belajar bahasa ibundanya sama ada Bahasa Cina, Bahasa Jepun, Bahasa Tamil belajarlah, tetapi belajar sendiri, jadi Sekolah Cina dan India swasta itu hak yang tidak boleh dihapuskan," katanya.
"(Jika) Sekolah Kebangsaan (SK) untuk orang Melayu, SJKC untuk orang Cina, SJKT untuk orang India, bila masa anak cucu cicit kita belajar dalam kelas yang sama, makan di satu kantin, bila? Tida ada langsung ruang untuk itu," katanya.
Beliau berkata istilah yang lebih tepat ialah mencorakkan SJK kepada sekolah kerajaan seperti 'Government English School' pada zaman dahulu di mana para pelajar berpeluang mempelajari pelbagai bahasa.
"Di sana nanti kita adakan mata pelajaran Bahasa Inggeris yang wajib dipelajari kerana ia bahasa antarabangsa, Bahasa Malaysia wajib dipelajari kerana ia menjadi bahasa yang menyatu-padukan rakyat Malaysia.
"Selepas itu, kita galakkan pelajar-pelajar kita belajar Bahasa Arab kerana orang Melayu beragama Islam, pada masa sama galakkan semua orang Malaysia belajar Bahasa Cina dan Bahasa Tamil kerana kedua-dua bahasa ini bahasa ekonomi dunia, bukankah cantik macam itu," katanya.
Mohd Noor berkata sekiranya rakyat Malaysia memahami Perlembagaan, ia akan dapat mengelak daripada berlaku pergeresan sesama masyarakat.
"Malangnya, orang yang tidak faham Perlembagaan, mereka interpret Perlembagaan itu mengikut kepentingan dan hala tuju politik masing-masing, dan yang menanggung akibat buruknya adalah masyarakat yang terikut-ikut," katanya.
Beliau yang fasih berbahasa Tamil turut menyampaikan pesanan kepada Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel dalam Bahasa Tamil bahawa beliau bercakap benar dan hanya menyatakan apa yang terkandung di dalam Perlembagaan.
"Maksudnya saya bukan orang politik yang bercakap mengenai politik, saya tidak diupah dan tidak bercakap bagi mana-mana pihak, apa yang benar itulah yang saya cakap.
"Tetapi di dalam budaya India kalau saya cakap begitu maknanya ada yang tidak benar, jadi saya tidak cakap yang bohong, apa yang saya kata hari ini kalau ada terkecil hati, saya hanya nyatakan apa yang terkandung dalam Perlembagaan, tidak ada tokok tambah," katanya.
Sementara itu, Zainul berkata kenyataan yang dikeluarkan oleh Mohd Noor tidak bersifat rasis dan bukan menghasut atau mencetuskan ketegangan kerana ia berdasarkan kepada Perlembagaan itu sendiri.
"Apa yang dikatakan berdasarkan peruntukan, terpulang kepada penerimaan kita, kalau hendak tapis sesuatu itu berdasarkan tapisan politik, kita akan cari alasan tertentu bagi justifikasikan pandangan parti-parti tertentu.
"Tetapi, kalau tapisan kita berdasarkan tapisan Perlembagaan dan perundangan, saya tidak nampak ia satu masalah besar, apa yang dikatakan Datuk Mohd Noor saya tidak nampak apa-apa perkara pun yang melanggar Perlembagaan," katanya.
Beliau berkata tiada peruntukan secara spesifik mengenai SJK di dalam Perlembagaan, tetapi di dalam Seksyen 28 Akta Pendidikan 1996, menyatakan bahawa menteri boleh mewujudkan SJK dan SK.
"Apa kata perkasakan SK kita, berikan guru-guru yang terbaik di SK, tingkatkan kemudahannya, sudah pasti ia akan menarik minat bangsa-bangsa selain Melayu untuk menghantar anak-anak mereka ke SK," katanya.- Bernama
Ismail serah tugas kepada timbalan
16 Mei 2013
Majlis serah terima tugas yang berlangsung di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak, di sini.
Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Keselamatan Kementerian Dalam Negeri Datuk Alwi Ibrahim.
Ismail, yang menyertai PDRM pada 1971, dilantik sebagai Ketua Polis Negara mulai 13 Sept 2010 sebelum bersara wajib pada 2011. Pelantikan beliau sebagai Ketua Polis Negara secara kontrak tamat hari ini.
Pada majlis sama, acara menandatangani surat serah dan terima jawatan turut berlangsung antara Khalid dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin, yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara juga berkuatkuasa esok.
Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Ismail merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas peluang yang telah diberikan kepadanya untuk menerajui PDRM.
Menurutnya, kenangan dan pencapaian sepanjang berkhidmat menerajui PDRM tidak akan dilupakan, terutama dalam menangani ancaman pengganas di pantai timur Sabah dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia.
Saya amat berpuas hati dengan pencapaian PDRM terutama dalam soal menurunkan indeks jenayah.
"Dan apa yang tidak dapat saya lupakan ialah cabaran menangani pengganas di Sabah beberapa bulan lepas yang mana saya dan Panglima Angkatan Tentera (Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin) cuba sedaya upaya kami menumpaskan pengganas seterusnya mengekalkan keselamatan negara," katanya.
Terdahulu, ketibaan Ismail pada kira-kira 8.30 pagi disambut dengan persembahan kumpulan pancaragam PDRM serta kira-kira 5,000 pegawai dan anggota polis di Dataran Kawad Pulapol.
Sepanjang kariernya di PDRM, Ismail pernah menyandang beberapa jawatan, antaranya Pegawai Pendakwa di Mahkamah Ipoh, Perak pada 1994, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (1996) dan Ketua Penolong Pengarah II Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman (2005).
Jawatan lain ialah Timbalan Pengarah II Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman (2005), Ketua Polis Selangor (2006), Pengarah Pengurusan Polis Bukit Aman (2007), Timbalan Ketua Polis Negara (2007) dan Ketua Polis Negara (2010). - Bernama
Abdul Khalid, Nik Aziz kekal ikon 2 negeri PR
16 Mei 2013
Demikian dapatan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) yang dikongsi pengarahnya, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman, hari ini.
"Walaupun orang itu kata beliau layak, ini kata layak tetapi hakikatnya Abdul Khalid yang menyumbang kepada kemenangan PR di Selangor," katanya dalam Seminar Pasca PRU13 : Ke Arah Mana Politik Malaysia.
Dalam bancian yang dilakukan Umcedel, Khalid menerima undian lebih 60 peratus selepas September 2012 yang merumuskan personaliti beliau menyebabkan rakyat Selangor terus memilih PR untuk mentadbir Selangor.
Baru-baru ini timbul konflik sebelum Khalid mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor untuk penggal yang kedua pada Selasa lalu.
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dan Adun PKR Selangor secara terbuka menyatakan bantahan terhadap pentadbiran Abdul Khalid sebelum ini.
Bagaimanapun, pucuk pimpinan PR sudah memutuskan, Abdul Khalid perlu terus menjawat jawatan itu.
Secara keseluruhannya keputusan PRU13 menyaksikan PR Selangor memenangi
lapan kerusi Dun tambahan menjadikan 44 kerusi Dun di Selangor,
berbanding 36 kerusi yang dimenangi pada PRU12, 2008.
Bilangan kerusi Dun yang dimenangi oleh BN pula berkurang menjadi 12 berbanding 20 kerusi yang dimenangi pada 2008.
Sementara di Kelantan pula, personaliti Nik Aziz itu menjadi faktor utama kemenangan Pas di negeri itu walaupun BN memberikan saingan yang sengit.
"Walaupun Pas merosot di Kelantan tetapi faktor Nik Aziz sehingga 86 peratus," katanya.
16 Mei 2013
SHAH ALAM – Pembahagian kuota jawatan Exco Kerajaan Selangor akan
diketahui selepas perbincangan lanjut yang melibatkan Menteri Besar, Tan
Sri Abdul Khalid Ibrahim dan pemimpin tertinggi daripada PKR, Pas dan
DAP Selangor, dijalankan hari ini.
Perkara itu diakui Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abd Rani Osman memandangkan wakil semua parti dalam komponen Pakatan Rakyat (PR) dipanggil menghadiri mesyuarat tertutup di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) semalam berhubung perkara itu.
Beliau berkata, dalam mesyuarat itu, Abdul Khalid mengarahkan setiap parti menyenaraikan enam nama untuk dinilai bagi mendapat tempat dalam barisan exco kerajaan negeri.
“Pas sudah menghantar enam nama kepada MB. Tiga muka lama dan tiga muka baru kira-kira jam 2 petang menerusi e-mel. Saya tidak tahu sama ada PKR dan DAP (sudah bagi senarai nama atau belum) kerana tiada tempoh tertentu diberikan.
“(Pihak) Istana memberikan masa selama dua minggu untuk selesaikan isu exco kerajaan negeri selepas Tan Sri Abdul Khalid angkat sumpah,” katanya semalam.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai isu kuota kerusi exco kerajaan negeri yang masih lagi menjadi tanda tanya berikutan berlaku perubahan kerusi yang dimenangi parti komponen dalam Pakatan Rakyat (PR) itu pada PRU13, 5 Mei lalu berbanding 2008.
Pada PRU12, Pas hanya memperoleh lapan kerusi, PKR pula 15 kerusi dan DAP sebanyak 13 kerusi, bagaimanapun pada PRU13, Pas dan DAP masing-masing memperoleh 15 kerusi, manakala PKR pula sebanyak 14 kerusi.
Penggal lalu menyaksikan PKR memegang empat kerusi exco, manakala Pas dan DAP masing-masing tiga tempat, tetapi DAP mempunyai kelebihan tambahan dengan menduduki kerusi Speaker Dun.
Dr Abd Rani yang juga Adun Meru berkata, mesyuarat semalam ditangguhkan ke hari ini kira-kira jam 10 pagi di tempat sama untuk berbincang mengenai pemilihan exco dan portfolio terlibat.
“Pemilihan ini melibatkan wakil semua parti. Senarai (barisan exco) ini mestilah mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. MB dijangka akan menghadap Tuanku dalam tempoh terdekat.
“Perkara ini bukan perkara baru. Ia merupakan amalan biasa sama seperti negeri lain,” katanya.
16 Mei 2013
KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar
menyifatkan jawatan yang disandangnya sebagai amanah yang mempunyai
cabaran besar dalam mendekati golongan muda dan membentuk persepsi
positif mereka terhadap kerajaan.
"Ini satu amanah cukup besar dan kali ini portfolio ini saya lihat amat berat sekali terutama untuk mendekati generasi muda dan membentuk persepsi yang lebih positif terhadap kerajaan serta membawa suara generasi muda ke dalam kerajaan," katanya kepada pemberita.
Beliau ditemui selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia oleh Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan di Istana Negara di sini pagi tadi.
Mengenai pembaharuan yang mahu dibuat dalam kementeriannya, Khairy Jamaluddin berkata ia masih terlalu awal untuk bercakap mengenainya.
Bagaimanapun berdasarkan tugasnya yang dibahagikan kepada hal ehwal belia dan sukan, beliau berkata beliau akan memfokus kepada usaha membentuk generasi muda yang cintakan negara dan mencuba sebaik mungkin untuk mengangkat martabat sukan bola sepak negara ke peringkat dunia.
"Semalam dalam media sosial, semua meminta pasukan Harimau Malaya supaya layak ke Piala Dunia. Saya tidak tahu nak buat macam mana dalam tempoh masa yang singkat. Walaupun harapan mereka tinggi, saya anggap ini satu cabaran untuk saya menggalas tugas dan harapan ini," katanya.
Beliau berkata beliau akan membawa pendekatan tersendiri mengikut perspektif dirinya sendiri sebagai golongan muda bagi melaksanakan perubahan terhadap program Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
"Saya tidak tahu dari segi perbezaan untuk masa sekarang tetapi mungkin saya datang daripada generasi yang berbeza daripada menteri-menteri sebelum ini. Mungkin perspektif saya berbeza sikit, jadi saya melihat melalui perspektif ini yang lebih muda mungkin saya dapat bawa sedikit perubahan kepada program-program dalam KBS," katanya.
Khairy juga mengharapkan Kabinet yang diistilah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai kabinet transformasi mampu benar-benar memahami kehendak generasi muda.
"Saya harap saya dapat menjadi jurucakap bagi generasi muda dalam jemaah menteri yang telah dibentuk ini," katanya. - Bernama
16 Mei 2013
SHAH ALAM - Sarawak memiliki wakil yang paling ramai dalam senarai
anggota jemaah menteri yang diumumkan petang semalam. Daripada 33
jawatan menteri yang diperuntukkan dalam Kabinet Transformasi pimpinan
Datuk Seri Najib Tun Razak, negeri itu diwakili enam anggota Dewan
Rakyat dan seorang anggota Dewan Negara.
Di Jabatan Perdana Menteri sahaja, Sarawak mengisi slot tiga menteri iaitu Datuk Seri Idris Jala, Datuk Jospeh Entulu Belaun dan Nancy Shukri.
Menteri-menteri lain dari Bumi Kenyalang ialah Datuk Fadillah Yusof yang dinaikkan pangkat sebagai Menteri Kerja Raya, juga dinaikkan pangkat, Datuk Rohani Abdul Karim daripada Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, kini Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Turut dilantik, Datuk Richard Riot sebagai Menteri Sumber Manusia. Datuk Seri Douglas Uggah Embas pula ditukarkan portfolio dari Sumber Asli dan Alam Sekitar kini sebagai Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi.
Selain itu, tiga timbalan menteri dari Sarawak dilantik. Mereka ialah Datuk Joseph Salang Gandum (Pelancongan dan Kebudayaan), Datuk Alexander Nanta Linggi (muka baru) sebagai Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pula kini sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri. Seorang lagi timbalan menteri dari Sarawak, Datuk James Dawos Mamit, Timbalan Menteri Pelancong pada penggal lalu kini Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Kalangan pemerhati mengandaikan, ramainya wakil Sarawak dalam Kabinet pasca PRU13 ini juga adalah sebagai langkah membalas budi kepada pengundi negeri itu yang menyumbang 25 kerusi Parlimen kepada BN pada pilihan raya lalu.
Dari Sabah, enam menteri dilantik.
Mereka terdiri daripada Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang dikekalkan sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah; Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Datuk Seri Anifah Aman mengekalkan portfolio di Wisma Putra. Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berubah portfolio dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) ke Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.
Posisi Dr Maximus di Mosti diganti Ahli Parlimen Ranau daripada Upko, Datuk Dr Ewon Ebin.
Antara yang paling menarik perhatian ialah Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan sebagai Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang dianggap mewakili golongan generasi pelapis.
Negeri Bawah Bayu dalam Kabinet ini turut diwakili empat timbalan menteri terdiri daripada Datuk Rosnah Abdul Rashid Sirlin yang bertukar kedudukan daripada Kementerian Kesihatan kini sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Abdul Rahim Bakri dari Kementerian Pengangkutan kini Timbalan Menteri Pertahanan.
Muka baru, Datuk Mary Yap yang baru memenangi kerusi Parlimen Tawau pula dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi. Beliau yang mewakili PBS juga adalah Tokoh Guru Kebangsaan 2012.
Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun pula dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Johor, selain Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut memegang portfolio Pelajaran dan Pengajian Tinggi, diwakili tiga menteri lain. Mereka ialah Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri Pertahanan yang turut memangku tanggungjawab di Kementerian Pengangkutan. Bekas Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam pula bertukar ke Kementerian Kesihatan.
Muka baru yang berasal dari Johor Bahru, bekas Ketua Pegawai Eksekutif/Presiden Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Ini lantikan kedua anggota jemaah menteri daripada Maybank selepas Tan Sri Amirsham Abdul Aziz dalam Kabinet Pak Lah yang terdahulu.
Dari Johor juga turut dilantik lima timbalan menteri. Mereka terdiri daripada Datuk Ahmad Maslan sebagai Timbalan Kewangan; Datuk Halimah Sadique (Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan). Bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim ditukar portfolio ke Jabatan Perdana Menteri.
Dua muka baru, Datuk Hamim Samuri sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Datuk Aziz Kaprawi (Timbalan Menteri Pengangkutan).
Dari Pahang, Perdana Menteri turut mengekalkan portfolio sebagai Menteri Kewangan Pertama. Selain beliau, Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel yang baru memenangi kerusi Parlimen Cameron Highlands dilantik sebagai Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. Bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Mutalib dilantik sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia.
Perak pula diwakili orang lama dalam Kabinet terdiri daripada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang diberi tanggungjawab sebagai Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Menteri Pelancongan dan Kebudayaan) selain Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang dikekalkan Menteri Kewangan Kedua.
Muka baru Perak dalam barisan timbalan menteri, Datuk Tajuddin Abdul Rahman (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani). Dikekalkan Datuk Hamzah Zainuddin yang bertukar portfolio sebagai Timbalan Menteri Luar Negeri.
Dari Negeri Adat Perpatih, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang pertama kali diberi tempat dalam Kabinet, dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan. Datuk Hasan Malek pula dinaikkan pangkat sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Dari Jelapang Padi, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dikekalkan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid pula dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.
Pengerusi BN Kedah, Datuk Ahmad Bashah Mohd Hanipah pula meraih kedudukan istimewa sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Beliau juga mempunyai kerusi dalam Dun Kedah sebagai Adun Bakar Bata, Alor Setar.
Perlis menghantar seorang wakil iaitu Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Turut mempunyai seorang wakil, Kelantan iaitu Datuk Seri Mustapa Mohamed yang dikekalkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Terengganu mempunyai dua menteri iaitu Datuk Ahmad Shabery Cheek (Komunikasi dan Multimedia) Bekas MB Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh (Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi Kedua). Timbalannya juga dari negeri yang sama, Datuk Jailani Johari.
Selangor dan Pulau Pinang masing-masing menghantar dua wakil. Dari Selangor, Datuk Noriah Kasnon sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi. Muka baru, P Kamalanathan pula sebagai Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi Kedua.
Dari Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya (Kesihatan) dan Naib Presiden PPP, Datuk Dr J Loga Bala Mohan (Wilayah Persekutuan). Dari Melaka, Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah sebagai Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.
16 Mei 2013
KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) mengekalkan kekuasaannya pada hari
ini kerana faktor Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) menurut hasil kajian
Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel).
Pengarahnya, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, pemberian BR1M mendorong rakyat untuk terus memilih BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei lalu.
"Senjata paling berkesan BN ialah BR1M," katanya pada Seminar Pasca PRU13 : Ke Arah Mana Politik Malaysia, di Universiti Malaya (UM), di sini, hari ini.
Menurut Redzuan, hasil kajian yang dilakukan pihaknya mendapati, ia faktor penyumbang paling penting kemenangan BN terutama di kawasan-kawasan pedalaman dan Felda.
"Tetapi di kawasan Lembah Pantai misalnya hanya 54 peratus," ujar beliau lagi.
Kajian yang dilakukan pihaknya membabitkan 1,407 responden daripada pelbagai latar belakang mendapati, 75 peratus menyatakan sokongan terhadap BN apabila BR1M diberikan untuk kali pertama pada 2012.
"Di kawasan BN sambutan BR1M sehingga 80 peratus manakala di kawasan pembangkang 60 peratus.
"Manakala di kawasan Felda memberi kelebihan kepada BN. Generasi pertama dan kedua yang tinggal di kawasan Felda begitu 'toktok' terhadap BN, melainkan mereka yang tinggal di luar," katanya.
16 Mei 2013
GEORGETOWN - Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) Pulau Pinang merayu
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mempertimbang untuk
melantik wakil parti itu menyertai barisan Kabinet bagi penggal ini.
Pengerusi Badan Perhubungan Kimma negeri Faruk Raju Mohamed berkata pertimbangan itu perlu sebagai menghargai jasa parti itu yang banyak membantu Barisan Nasional (BN) dalam menarik undi India Muslim sepanjang pilihan raya ke-13 yang lepas.
"Kami dengan rasa rendah diri memohon jasa baik Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mempertimbangkan wakil kami sebagai timbalan menteri di mana-mana kementerian yang dirasakan sesuai.
"Semoga dengan kehadiran Kimma bakal menyemarakkan lagi perjuangan BN untuk terus berkhidmat kepada rakyat. Adalah menjadi harapan besar kami agar permintaan kami mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak Perdana Menteri," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata usul memohon jawatan timbalan menteri dalam kabinet baharu itu telah disuarakan pada Konvensyen Kimma Kebangsaan ke-36, 13 Okt tahun lepas, dan usul itu telah dihantar kepada perdana menteri.
Faruk berkata pihaknya akan menghantar surat berhubung rayuan itu kepada Perdana Menteri dalam masa terdekat.
Beliau berkata masyarakat India Muslim merangkumi kira-kira 675,000 orang di seluruh negara dan katanya pelantikan seorang wakil parti itu di dalam kabinet dapat mengetengahkan suara-suara masyarakat itu ke peringkat persekutuan.
Katanya, sehingga kini Kimma mempunyai sebanyak 285,000 anggota di seluruh negara dan di Pulau Pinang sebanyak 12,000. - Bernama
Bilangan kerusi Dun yang dimenangi oleh BN pula berkurang menjadi 12 berbanding 20 kerusi yang dimenangi pada 2008.
Sementara di Kelantan pula, personaliti Nik Aziz itu menjadi faktor utama kemenangan Pas di negeri itu walaupun BN memberikan saingan yang sengit.
"Walaupun Pas merosot di Kelantan tetapi faktor Nik Aziz sehingga 86 peratus," katanya.
Kuota jawatan Exco Selangor diketahui esok
16 Mei 2013
Perkara itu diakui Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abd Rani Osman memandangkan wakil semua parti dalam komponen Pakatan Rakyat (PR) dipanggil menghadiri mesyuarat tertutup di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) semalam berhubung perkara itu.
Beliau berkata, dalam mesyuarat itu, Abdul Khalid mengarahkan setiap parti menyenaraikan enam nama untuk dinilai bagi mendapat tempat dalam barisan exco kerajaan negeri.
“Pas sudah menghantar enam nama kepada MB. Tiga muka lama dan tiga muka baru kira-kira jam 2 petang menerusi e-mel. Saya tidak tahu sama ada PKR dan DAP (sudah bagi senarai nama atau belum) kerana tiada tempoh tertentu diberikan.
“(Pihak) Istana memberikan masa selama dua minggu untuk selesaikan isu exco kerajaan negeri selepas Tan Sri Abdul Khalid angkat sumpah,” katanya semalam.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai isu kuota kerusi exco kerajaan negeri yang masih lagi menjadi tanda tanya berikutan berlaku perubahan kerusi yang dimenangi parti komponen dalam Pakatan Rakyat (PR) itu pada PRU13, 5 Mei lalu berbanding 2008.
Pada PRU12, Pas hanya memperoleh lapan kerusi, PKR pula 15 kerusi dan DAP sebanyak 13 kerusi, bagaimanapun pada PRU13, Pas dan DAP masing-masing memperoleh 15 kerusi, manakala PKR pula sebanyak 14 kerusi.
Penggal lalu menyaksikan PKR memegang empat kerusi exco, manakala Pas dan DAP masing-masing tiga tempat, tetapi DAP mempunyai kelebihan tambahan dengan menduduki kerusi Speaker Dun.
Dr Abd Rani yang juga Adun Meru berkata, mesyuarat semalam ditangguhkan ke hari ini kira-kira jam 10 pagi di tempat sama untuk berbincang mengenai pemilihan exco dan portfolio terlibat.
“Pemilihan ini melibatkan wakil semua parti. Senarai (barisan exco) ini mestilah mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. MB dijangka akan menghadap Tuanku dalam tempoh terdekat.
“Perkara ini bukan perkara baru. Ia merupakan amalan biasa sama seperti negeri lain,” katanya.
KJ : Nekad ubah persepsi golongan muda terhadap kerajaan
16 Mei 2013
"Ini satu amanah cukup besar dan kali ini portfolio ini saya lihat amat berat sekali terutama untuk mendekati generasi muda dan membentuk persepsi yang lebih positif terhadap kerajaan serta membawa suara generasi muda ke dalam kerajaan," katanya kepada pemberita.
Beliau ditemui selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia oleh Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan di Istana Negara di sini pagi tadi.
Mengenai pembaharuan yang mahu dibuat dalam kementeriannya, Khairy Jamaluddin berkata ia masih terlalu awal untuk bercakap mengenainya.
Bagaimanapun berdasarkan tugasnya yang dibahagikan kepada hal ehwal belia dan sukan, beliau berkata beliau akan memfokus kepada usaha membentuk generasi muda yang cintakan negara dan mencuba sebaik mungkin untuk mengangkat martabat sukan bola sepak negara ke peringkat dunia.
"Semalam dalam media sosial, semua meminta pasukan Harimau Malaya supaya layak ke Piala Dunia. Saya tidak tahu nak buat macam mana dalam tempoh masa yang singkat. Walaupun harapan mereka tinggi, saya anggap ini satu cabaran untuk saya menggalas tugas dan harapan ini," katanya.
Beliau berkata beliau akan membawa pendekatan tersendiri mengikut perspektif dirinya sendiri sebagai golongan muda bagi melaksanakan perubahan terhadap program Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
"Saya tidak tahu dari segi perbezaan untuk masa sekarang tetapi mungkin saya datang daripada generasi yang berbeza daripada menteri-menteri sebelum ini. Mungkin perspektif saya berbeza sikit, jadi saya melihat melalui perspektif ini yang lebih muda mungkin saya dapat bawa sedikit perubahan kepada program-program dalam KBS," katanya.
Khairy juga mengharapkan Kabinet yang diistilah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai kabinet transformasi mampu benar-benar memahami kehendak generasi muda.
"Saya harap saya dapat menjadi jurucakap bagi generasi muda dalam jemaah menteri yang telah dibentuk ini," katanya. - Bernama
Kabinet: Sarawak paling ramai menteri
16 Mei 2013
Di Jabatan Perdana Menteri sahaja, Sarawak mengisi slot tiga menteri iaitu Datuk Seri Idris Jala, Datuk Jospeh Entulu Belaun dan Nancy Shukri.
Menteri-menteri lain dari Bumi Kenyalang ialah Datuk Fadillah Yusof yang dinaikkan pangkat sebagai Menteri Kerja Raya, juga dinaikkan pangkat, Datuk Rohani Abdul Karim daripada Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, kini Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Turut dilantik, Datuk Richard Riot sebagai Menteri Sumber Manusia. Datuk Seri Douglas Uggah Embas pula ditukarkan portfolio dari Sumber Asli dan Alam Sekitar kini sebagai Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi.
Selain itu, tiga timbalan menteri dari Sarawak dilantik. Mereka ialah Datuk Joseph Salang Gandum (Pelancongan dan Kebudayaan), Datuk Alexander Nanta Linggi (muka baru) sebagai Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pula kini sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri. Seorang lagi timbalan menteri dari Sarawak, Datuk James Dawos Mamit, Timbalan Menteri Pelancong pada penggal lalu kini Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Kalangan pemerhati mengandaikan, ramainya wakil Sarawak dalam Kabinet pasca PRU13 ini juga adalah sebagai langkah membalas budi kepada pengundi negeri itu yang menyumbang 25 kerusi Parlimen kepada BN pada pilihan raya lalu.
Dari Sabah, enam menteri dilantik.
Mereka terdiri daripada Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang dikekalkan sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah; Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Datuk Seri Anifah Aman mengekalkan portfolio di Wisma Putra. Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berubah portfolio dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) ke Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.
Posisi Dr Maximus di Mosti diganti Ahli Parlimen Ranau daripada Upko, Datuk Dr Ewon Ebin.
Antara yang paling menarik perhatian ialah Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan sebagai Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang dianggap mewakili golongan generasi pelapis.
Negeri Bawah Bayu dalam Kabinet ini turut diwakili empat timbalan menteri terdiri daripada Datuk Rosnah Abdul Rashid Sirlin yang bertukar kedudukan daripada Kementerian Kesihatan kini sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Abdul Rahim Bakri dari Kementerian Pengangkutan kini Timbalan Menteri Pertahanan.
Muka baru, Datuk Mary Yap yang baru memenangi kerusi Parlimen Tawau pula dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi. Beliau yang mewakili PBS juga adalah Tokoh Guru Kebangsaan 2012.
Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun pula dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Johor, selain Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut memegang portfolio Pelajaran dan Pengajian Tinggi, diwakili tiga menteri lain. Mereka ialah Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri Pertahanan yang turut memangku tanggungjawab di Kementerian Pengangkutan. Bekas Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam pula bertukar ke Kementerian Kesihatan.
Muka baru yang berasal dari Johor Bahru, bekas Ketua Pegawai Eksekutif/Presiden Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Ini lantikan kedua anggota jemaah menteri daripada Maybank selepas Tan Sri Amirsham Abdul Aziz dalam Kabinet Pak Lah yang terdahulu.
Dari Johor juga turut dilantik lima timbalan menteri. Mereka terdiri daripada Datuk Ahmad Maslan sebagai Timbalan Kewangan; Datuk Halimah Sadique (Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan). Bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim ditukar portfolio ke Jabatan Perdana Menteri.
Dua muka baru, Datuk Hamim Samuri sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Datuk Aziz Kaprawi (Timbalan Menteri Pengangkutan).
Dari Pahang, Perdana Menteri turut mengekalkan portfolio sebagai Menteri Kewangan Pertama. Selain beliau, Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel yang baru memenangi kerusi Parlimen Cameron Highlands dilantik sebagai Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. Bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Mutalib dilantik sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia.
Perak pula diwakili orang lama dalam Kabinet terdiri daripada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang diberi tanggungjawab sebagai Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Menteri Pelancongan dan Kebudayaan) selain Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang dikekalkan Menteri Kewangan Kedua.
Muka baru Perak dalam barisan timbalan menteri, Datuk Tajuddin Abdul Rahman (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani). Dikekalkan Datuk Hamzah Zainuddin yang bertukar portfolio sebagai Timbalan Menteri Luar Negeri.
Dari Negeri Adat Perpatih, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang pertama kali diberi tempat dalam Kabinet, dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan. Datuk Hasan Malek pula dinaikkan pangkat sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Dari Jelapang Padi, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dikekalkan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid pula dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.
Pengerusi BN Kedah, Datuk Ahmad Bashah Mohd Hanipah pula meraih kedudukan istimewa sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Beliau juga mempunyai kerusi dalam Dun Kedah sebagai Adun Bakar Bata, Alor Setar.
Perlis menghantar seorang wakil iaitu Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Turut mempunyai seorang wakil, Kelantan iaitu Datuk Seri Mustapa Mohamed yang dikekalkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Terengganu mempunyai dua menteri iaitu Datuk Ahmad Shabery Cheek (Komunikasi dan Multimedia) Bekas MB Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh (Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi Kedua). Timbalannya juga dari negeri yang sama, Datuk Jailani Johari.
Selangor dan Pulau Pinang masing-masing menghantar dua wakil. Dari Selangor, Datuk Noriah Kasnon sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi. Muka baru, P Kamalanathan pula sebagai Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi Kedua.
Dari Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya (Kesihatan) dan Naib Presiden PPP, Datuk Dr J Loga Bala Mohan (Wilayah Persekutuan). Dari Melaka, Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah sebagai Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.
Umcedel: BR1M penyumbang kemenangan BN
16 Mei 2013
Pengarahnya, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, pemberian BR1M mendorong rakyat untuk terus memilih BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei lalu.
"Senjata paling berkesan BN ialah BR1M," katanya pada Seminar Pasca PRU13 : Ke Arah Mana Politik Malaysia, di Universiti Malaya (UM), di sini, hari ini.
Menurut Redzuan, hasil kajian yang dilakukan pihaknya mendapati, ia faktor penyumbang paling penting kemenangan BN terutama di kawasan-kawasan pedalaman dan Felda.
"Tetapi di kawasan Lembah Pantai misalnya hanya 54 peratus," ujar beliau lagi.
Kajian yang dilakukan pihaknya membabitkan 1,407 responden daripada pelbagai latar belakang mendapati, 75 peratus menyatakan sokongan terhadap BN apabila BR1M diberikan untuk kali pertama pada 2012.
"Di kawasan BN sambutan BR1M sehingga 80 peratus manakala di kawasan pembangkang 60 peratus.
"Manakala di kawasan Felda memberi kelebihan kepada BN. Generasi pertama dan kedua yang tinggal di kawasan Felda begitu 'toktok' terhadap BN, melainkan mereka yang tinggal di luar," katanya.
Kimma Pulau Pinang rayu Najib timbang wakil dalam Kabinet
16 Mei 2013
Pengerusi Badan Perhubungan Kimma negeri Faruk Raju Mohamed berkata pertimbangan itu perlu sebagai menghargai jasa parti itu yang banyak membantu Barisan Nasional (BN) dalam menarik undi India Muslim sepanjang pilihan raya ke-13 yang lepas.
"Kami dengan rasa rendah diri memohon jasa baik Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mempertimbangkan wakil kami sebagai timbalan menteri di mana-mana kementerian yang dirasakan sesuai.
"Semoga dengan kehadiran Kimma bakal menyemarakkan lagi perjuangan BN untuk terus berkhidmat kepada rakyat. Adalah menjadi harapan besar kami agar permintaan kami mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak Perdana Menteri," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata usul memohon jawatan timbalan menteri dalam kabinet baharu itu telah disuarakan pada Konvensyen Kimma Kebangsaan ke-36, 13 Okt tahun lepas, dan usul itu telah dihantar kepada perdana menteri.
Faruk berkata pihaknya akan menghantar surat berhubung rayuan itu kepada Perdana Menteri dalam masa terdekat.
Beliau berkata masyarakat India Muslim merangkumi kira-kira 675,000 orang di seluruh negara dan katanya pelantikan seorang wakil parti itu di dalam kabinet dapat mengetengahkan suara-suara masyarakat itu ke peringkat persekutuan.
Katanya, sehingga kini Kimma mempunyai sebanyak 285,000 anggota di seluruh negara dan di Pulau Pinang sebanyak 12,000. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan