Untuk apa 35 menteri berbanding 31 pada 2008
Harakahdaily, | 16 Mei 2013 |
KUALA LUMPUR: “Untuk apa kita mempunyai 35 menteri berbanding hanya 31 menteri pada tahun 2008?” tanya penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff di dalam Facebooknya.
Menurutnya, Kabinet Jepun dan AS cuma ada 16 dan 18 menteri sahaja; United Kingdom 23, Bolivia 27 dan Belgium 21 menteri kabinet. India pula dengan 1.1 bilion penduduk hanya mempunyai 32 menteri kabinet.
“Adakah Malaysia dengan jumlah menterinya yang ramai lebih baik dan lebih maju dari negara-negara di atas?” tanya beliau lagi.
Berikut ialah pandangan beliau.
Apabila PM DS Najib mengumumkan barisan kabinetnya, maka penganalisis yang bersetuju dengan barisan ini menyatakan inilah kabinet transformasi terbaik, kabinet gabungan muka baru dan lama, dan kabinet yang mampu melonjakkan negara ke depan untuk menghadapi saingan globalisasi.
Bagi yang tidak bersetuju pula menyatakan inilah kabinet DS Najib untuk menghadapi pemilihan Umno tahun ini, kabinet kitar semua dan kabinet kayu mati yang mudah dimakan anai-anai.
Saya tidak ada masalah dengan barisan kabinet ini. Mereka yang dilantik adalah hebat.
Namun, yang menjadi masalah kepada saya ialah bilangan kementerian dan menterinya yang ramai. Untuk apa kita mempunyai 35 menteri berbanding hanya 31 menteri pada tahun 2008? Kabinet Jepun dan AS cuma ada 16 dan 18 menteri sahaja; United Kingdom 23, Bolivia 27 dan Belgium 21 menteri kabinet. India pula dengan 1.1 bilion penduduk hanya mempunyai 32 menteri kabinet. Adakah Malaysia dengan jumlah menterinya yang ramai lebih baik dan lebih maju dari negara-negara di atas?
Meskipun Perlembagaan tidak menetapkan bilangan anggota kabinet, kita perlu bandingkan saiz kabinet Malaysia dengan kabinet di negara-negara lain. Kewujudan kementerian dan menteri adalah untuk menyempurnakan tugas dalam mentadbir negara, bukannya sebagai ganjaran kepada kawan-rakan yang menang.
16 Mei 2013
NILAI - Penggabungan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian
Tinggi di bawah satu bumbung akan menyeragamkan pelaksanaan dasar-dasar
bagi melonjakkan mutu pendidikan negara.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, menerusi penggabungan itu, semua peringkat pendidikan akan menikmati perkongsian sumber dan kepakaran bagi memastikan bidang pendidikan dapat diurus dengan lebih cekap seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara.
"Keputusan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk menggabungkan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi di bawah satu bumbung dengan pelantikan seorang Menteri Kedua adalah satu keputusan tepat.
"Ia melambangkan keprihatinan kepimpinan beliau untuk melihat bidang pendidikan di negara kita dapat diurus dengan lebih cekap dan menyumbang secara lebih berkesan kepada kemajuan negara," katanya semasa berucap merasmikan sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-42 tahun 2013 yang bertemakan 'Guru Malaysia: 1Aspirasi 1Agenda' di Stadium Tertutup Nilai, di sini malam ini.
Muhyiddin turut mengumumkan bahawa kementerian baharu hasil gabungan dua kementerian itu akan dikenali sebagai Kementerian Pelajaran sahaja, berbanding Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi sebelum ini, selepas mendapat persetujuan Perdana Menteri.
Muhyiddin berkata, dengan penggabungan itu usaha-usaha transformasi pendidikan juga akan dapat dilaksanakan dengan lebih efisien apabila kepakaran daripada semua peringkat pendidikan dapat digembleng secara lebih menyeluruh untuk menghasilkan satu lonjakan berganda dalam pendidikan negara.
Sementara itu beliau berkata, pemilihan tema 'Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda' untuk sambutan Hari Guru tahun ini adalah amat bertepatan dengan hasrat kementerian untuk mentransformasi sistem pendidikan negara menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang telah dilancarkan.
Katanya, tema tersebut merupakan cerminan harapan rakyat dalam melahirkan generasi masa depan yang lebih cemerlang di negara ini dan seluruh warga pendidik wajar memahami hasrat dan kehendak dalam PPPM dan berusaha memberikan pendidikan berkualiti menjangkau ke seluruh lapisan pelajar.
Katanya, sejak dilancarkan sasaran enam inisiatif untuk 100 hari gelombang pertama PPPM telah pun berjaya dicapai.
Ini termasuk seramai 61,000 guru Bahasa Inggeris telah diuji melalui Ujian Penempatan Cambridge (CPT) bagi mengenal pasti tahap kemahiran dalam Bahasa Inggeris dengan kohort pertama seramai 5,000 guru telah memulakan latihan bagi meningkatkan lagi tahap kemahiran mereka, katanya.
Selain itu, katanya, peningkatan kualiti guru juga dilaksanakan dengan mewujudkan 339 Rakan Peningkatan Sekolah (SiPartners+) dan 1,278 Pembimbing Pakar Pembangunan Sekolah (SISC+) yang ditempatkan di Pejabat Pelajaran Daerah di seluruh negara menjelang tahun depan.
Katanya, SiPartners+ dan SISC+ diwujudkan untuk mengiktiraf kepakaran guru melalui Program Transformasi Pejabat Pelajaran Daerah yang akan membantu meningkatkan kesedaran guru kepada amalan pengajaran yang lebih efisien di samping pengurusan sekolah yang lebih cekap.
"Saya yakin guru mendapat sokongan yang terbaik sehingga dapat meningkatkan kualiti sekolah dengan pengurangan sebanyak 50 peratus sekolah dalam band 6 dan 7 di negeri Sabah dan Kedah. Insya-Allah, menjelang tahun 2015 kita akan berjaya mencapai sasaran sifar bagi kedua-dua band tersebut," katanya.
Bagaimana pun beliau mengingatkan agar warga pendidik tidak mudah lalai dan leka dengan pencapaian itu dan usaha yang berterusan perlu digiatkan bagi memastikan para pelajar menguasai kemahiran, pengetahuan dan pengalaman pembelajaran yang berkualiti.
Katanya dalam melaksanakan hasrat PPPM, para guru perlu memiliki satu wawasan unggul untuk mentransformasi pelbagai aspek pendidikan, berpemikiran aras tinggi dan mampu berinovasi untuk melonjakkan kualiti pendidikan negara ke tahap bertaraf dunia.
Selain itu para guru perlu memiliki kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) meliputi pemikiran kritikal, keupayaan berkomunikasi, kemampuan penerokaan persekitaran serta keyakinan kendiri perlu sentiasa dijana menerusi pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang holistik, katanya.
"Bagi menilai keberkesanan KBAT, sebanyak 30 peratus soalan dalam peperiksaan pusat seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM/STAM menjurus kepada elemen KBAT. Dalam kalangan murid juga, KBAT dinilai melalui peperiksaan antarabangsa seperti TIMSS dan PISA sesuai dengan hasrat Kementerian untuk melahirkan murid yang mampu bersaing di peringkat global," katanya.
Muhyiddin berkata dalam menghargai jasa dan pengorbanan warga guru kerajaan telah menggariskan beberapa inisiatif untuk meningkatkan taraf guru terutama berkaitan laluan kerjaya.
Katanya menerusi PPPM juga, pelan untuk menaik taraf profesion keguruan akan dirangka supaya 420,000 guru berpeluang dinaikkan pangkat berdasarkan prestasi.
Selain itu, katanya, untuk memastikan guru lebih fokus terhadap pengajaran dan pembelajaran dan murid mendapat faedah semaksimum mungkin, kerajaan juga sedang menjalankan kajian rintis di Melaka bagi menempatkan pembantu tadbir N17 di sekolah bagi menguruskan tugas perkeranian guru data, perpustakaan dan media.
"Dapatan awal kajian rintis menunjukkan hasil yang memberangsangkan. Sekiranya kajian rintis ini berjaya, maka Insya-Allah kita akan memperluaskan khidmat sokongan pembantu tadbir N17 ini ke semua sekolah secara berperingkat-peringkat," katanya.
Dalam ucapannya Muhyiddin turut mengucapkan terima kasih kepada guru-guru di daerah Lahad Datu, Sabah yang telah menjalankan tanggungjawab dengan berani walaupun berdepan cabaran insiden pencerobohan.
Pada majlis itu Muhyiddin kemudiannya menyampaikan Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan 2013 kepada Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim dan Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan 2013 kepada tiga penerima iaitu Rabiah Johari, Wan Hamzah Wan Daud dan Jacob a/l P.C Mathews.
Anugerah Tokoh Guru Sekolah Swasta Kebangsaan 2013 diterima Datuk Freida Mohd Pilus.
Turut hadir ke majlis itu adalah Menteri Pelajaran 2 yang baharu dilantik, Datuk Seri Idris Jusoh dan timbalan menteri pelajaran 1 Datuk Mary Yap dan timbalan menteri pelajaran 2, P. Kamalanathan serta Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan. - Bernama
16 Mei 2013
ALOR SETAR - Seorang guru wanita meninggal dunia selepas mengalami
serangan sakit jantung ketika menyertai sukaneka sempena sambutan Hari
Guru di Sekolah Kebangsaan Pendang hari ini.
Dalam kejadian 11 pagi, mangsa Che Maznah Mad Isa, 56, yang dikatakan menyertai permainan kerusi berirama di dewan sekolah, tiba-tiba rebah sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Pendang oleh Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).
Suami mangsa, Sudarji Shatry, 53, berkata dia terkejut apabila dimaklumkan mengenai kematian isterinya.
"Arwah sebelum ini tidak pernah mempunyai sebarang penyakit kritikal dan tidak pernah mengadu sakit," katanya kepada pemberita di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, hari ini.
Che Maznah yang mengajar subjek Matematik, berkhidmat selama 32 tahun di sekolah itu dan disifatkan seorang guru yang tegas.
Arwah berasal dari Alor Setar, menetap di Kampung Banggol Petai Luar, Pendang dan mempunyai tiga orang anak.
Mayat mangsa dihantar ke HSB untuk bedah siasat dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Pendang.- Bernama
Walaupun hadis ini palsu (fabricated) dari sudut kesabitannya (authenticity) daripada Nabi Muhammad SAW, namun ada tokoh seperti Muhammad Tahir al-Fatani (meninggal 986H/1578M) dari India dalam karyanya Tazkirah al-Maudu‘aat menyatakan dari sudut maksud ataupun isi kandungannya benar.
Dalam kata lain menurut pendapat beliau, hadis ini memang tidak sabit daripada Nabi SAW, tetapi kandungan maksud yang terdapat dalam teks itu benar. Ertinya, cinta tanahair itu termasuk dalam iman.
Pun begitu, sarjana hadis lain seperti Muhammad Nasir al-Din al-Albani memberikan komentar yang berbeza. Dalam karyanya Silsilah al-Da'ifah wa al-Maudu'ah, beliau menyebut:
"Makna hadis ini tidak betul. Ini kerana cintakan tanahair sama seperti cintakan nyawa, harta dan seumpamanya. Semua itu sudah wujud dalam jiwa insan. Tidak dipuji kerana mencintainya, tidak juga ia termasuk dalam kelaziman iman. Tidakkah engkau lihat semua manusia berkongsi cinta tersebut? Tiada beza antara yang mukmin dan yang kafir" (1/110. Riyadh: Maktab al-Ma'arif).
Fitrah
Pendapat al-Albani ini benar dari satu sudut bahawa ia sesuatu yang termasuk dalam gharizah iaitu tabiat semulajadi insan ataupun fitrah. Namun menyatakan ia tidak terpuji adalah sesuatu yang kurang tepat. Islam memuji manusia yang hidup berpegang kepada fitrah.
Sayang harta yang mengelakkan pembaziran dipuji dalam Islam. Sayang nyawa yang menghalang kemusnahan diri diperintahkan oleh al-Quran. Pembaziran dan pemusnahan jiwa diharamkan. Sudah pasti cinta tanahair yang menghalang kerosakannya sesuatu yang dipuji.
Sesuatu yang sama antara Muslim dan non-Muslim bukan bererti tidak dipuji dalam Islam. Menyayangi anak-anak dan ibubapa sesuatu yang dikongsi oleh Muslim dan bukan Muslim. Ia terpuji. Menghilangkan bahaya di jalanan, termasuk dalam cabang iman.
Orang bukan Muslim juga melakukannya. Walaupun untuk mereka ia tidak termasuk dalam iman tetapi mereka juga melakukannya. Ia sesuatu yang terpuji. Persamaan tidak menafikan kebaikan. Pandangan al-Albani di sini kurang kemas untuk diterima.
Kasih Nabi Muhammad SAW
Apa yang saya hendak sampaikan, betapa kecintaan kepada tanahair adalah sesuatu yang terpuji. Ia termasuk dalam fitrah insan untuk mencintai tanahairnya. Nabi Muhammad SAW pun cintakan tanahairnya iaitu Mekah.
Apabila dihalau oleh penduduk Mekah, Nabi Muhammad SAW dan para sahabat terpaksa berhijrah ke Madinah. Para sahabat termasuk Bilal bin Rabah yang merupakan seorang hamba abdi ketika di Mekah, demam merindui Mekah. Apatah lagi Abu Bakar al-Siddiq yang merupakan bangsawan Mekah. Apabila Nabi SAW mengetahui keadaan itu, baginda berdoa:
"Ya Allah! Jadikanlah cinta kami kepada Madinah seperti cinta kami kepada Mekah, ataupun lebih dari itu" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Nabi Muhammad SAW sendiri pernah mengucapkan untuk Mekah: "Alangkah indah engkau (Mekah) sebuah negara. Alangkah sayangnya daku kepadamu. Jikalau tidak kerana kaumku menghalau daku keluar darimu, aku tidak akan menetap selain darimu"(Riwayat al-Tirmizi, sahih).
Sekalipun Nabi SAW terpaksa bertempur dengan pasukan tentera Mekah yang dikuasai rejim Quraish yang zalim, itu tidak pernah mematikan rasa kasih dan sayang kepada tanah air baginda iaitu Mekah.
Demikianlah juga perasaan para sahabah yang terpaksa berhijrah meninggalkan Mekah yang mereka kasihi. Fath al-Makkah ataupun Pembukaan Mekah di mana Nabi SAW kembali mengambil alih Mekah dengan kuasa tentera bersama orang lain dari luar, adalah kemuncak kecintaan kepada Mekah. Mereka membersihkan Mekah dari kesyirikan, kezaliman, penindasan dan selainnya. Itu tanda kasih mereka kepada Mekah.
Patriotik
Kasihkan watan adalah sesuatu yang fitrah. Orang Melayu bermadah ‘tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain'. Tanahair ialah tempat kelahiran kita dan keluarga. Membesar dalam persekitarannya. Mencium udaranya. Meminum airnya. Memakan makanannya. Melihat budaya, warna dan rupa saban masa dalamnya.
Lebaran kenangan diari kehidupan yang tersimpan tentangnya. Jiwa yang normal pasti akan menghargai dan mengasihi. Sayang dan ingin membelanya dari kerosakan. Itu makna patriotik yang sebenar.
Perlu diingat, semangat sayang dan kasih kepada tanahair tidak berkaitan dengan kecintaan kepada kuasa politik yang menguasainya. Orang Pulau Pinang yang sayangkan Pulau Pinang tidak semestinya sayangkan pemerintahannya, demikian Kelantan, Terengganu, Kedah dan lain-lain.
Orang Malaysia sayangkan watan ini, cintakan tanah tumpah darah ini tidak semestinya bersetuju ataupun mencintai kuasa politik yang memerintah di dalamnya. Perlu dibezakan antara semangat patriotisme dan nationalisme.
Dalam The Blackwell Encyclopedia of Political Thought, disebut:
Patriotism: a love of one's homeland, implying a readiness to act in its defense and to favour it in other dealings. It is often confused with nationalism, but is a far older idea, and carries with a less theoretical baggage. Nationalism presupposes that nations exist as real and distinct entities; patriotism, on the other hand, may simply involve attachment to a physical locality or a way of life, and need not involve any abstract idea of ‘country'.
Jangan Nafikan
Tiada pihak yang boleh memaksa orang lain mencintai parti politik yang berkuasa dalam watannya atas nama semangat patriotisme. Tiada siapa pula yang boleh ditakrifkan sebagai tidak patriotik hanya kerana dia tidak menyokong kerajaan tertentu yang berkuasa atas negeri atau negaranya. Kuasa politik boleh datang dan pergi. Boleh bertukar ganti.
Sultan dan menteri juga boleh dibuang ataupun dipasang. Hanya keadaan yang menentukan. Namun hakikat bahawa tanahair dan watan ini adalah milik kita, lahir di sini, berketurunan di sini, membesar dalamnya adalah sesuatu yang tidak boleh diubah dan dinafikan oleh mana-mana pihak pun.
Justeru, penentangan terhadap kuasa politik di watannya yang seseorang tinggal dalamnya tidak menafikan cinta dan sayangnya dia kepada tanahairnya. Nabi Muhammad SAW dan para sahabat dihalau keluar dari Mekah. Mereka kemudian berpakat dengan orang Madinah memerangi kuasa politik Mekah yang zalim. Bahkan mendapat bantuan luar menawan Mekah dan membebaskan Mekah dari kuasa yang zalim tersebut. Itu semua tidak menafikan cinta Nabi SAW kepada Mekah.
Orang Kelantan yang tidak suka PAS bukan bererti tidak sayang Kelantan. Orang Penang yang tidak suka DAP bukan bererti tidak sayang Pulau Pinang. Orang Selangor yang tidak suka PKR bukan bererti tidak sayang Selangor. Orang Malaysia yang tidak suka BN bukan bererti tidak cintakan negara.
Begitulah seterusnya. Mungkin yang rakyat tidak suka itu ialah penyelewengan kuasa dan penyalahgunaan harta rakyat oleh mereka yang memegang tampuk-tampuk tersebut. Namun, sayang negeri dan negara tetap kekal.
Jadi mereka jangan cuba menafikan kecintaan seseorang kepada tanahair; negeri ataupun negara mereka hanya kerana tidak mendapat sokongan politik yang idamkan.
Sesiapa yang sayangkan tanahairnya lalu enggan watannya dirosakkan. Rela mempertahankan kebaikan dan kebenaran yang menjadi hak buminya, maka dia seorang yang cintakan tanahairnya, dia seorang yang patriotik!
Cara kecintaan itu diterjemahkan mungkin berbeza, tapi cinta tetap di jiwa.
PROF MADYA DATUK DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN bekas mufti Perlis. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.
Menurutnya, Kabinet Jepun dan AS cuma ada 16 dan 18 menteri sahaja; United Kingdom 23, Bolivia 27 dan Belgium 21 menteri kabinet. India pula dengan 1.1 bilion penduduk hanya mempunyai 32 menteri kabinet.
“Adakah Malaysia dengan jumlah menterinya yang ramai lebih baik dan lebih maju dari negara-negara di atas?” tanya beliau lagi.
Berikut ialah pandangan beliau.
Apabila PM DS Najib mengumumkan barisan kabinetnya, maka penganalisis yang bersetuju dengan barisan ini menyatakan inilah kabinet transformasi terbaik, kabinet gabungan muka baru dan lama, dan kabinet yang mampu melonjakkan negara ke depan untuk menghadapi saingan globalisasi.
Bagi yang tidak bersetuju pula menyatakan inilah kabinet DS Najib untuk menghadapi pemilihan Umno tahun ini, kabinet kitar semua dan kabinet kayu mati yang mudah dimakan anai-anai.
Saya tidak ada masalah dengan barisan kabinet ini. Mereka yang dilantik adalah hebat.
Namun, yang menjadi masalah kepada saya ialah bilangan kementerian dan menterinya yang ramai. Untuk apa kita mempunyai 35 menteri berbanding hanya 31 menteri pada tahun 2008? Kabinet Jepun dan AS cuma ada 16 dan 18 menteri sahaja; United Kingdom 23, Bolivia 27 dan Belgium 21 menteri kabinet. India pula dengan 1.1 bilion penduduk hanya mempunyai 32 menteri kabinet. Adakah Malaysia dengan jumlah menterinya yang ramai lebih baik dan lebih maju dari negara-negara di atas?
Meskipun Perlembagaan tidak menetapkan bilangan anggota kabinet, kita perlu bandingkan saiz kabinet Malaysia dengan kabinet di negara-negara lain. Kewujudan kementerian dan menteri adalah untuk menyempurnakan tugas dalam mentadbir negara, bukannya sebagai ganjaran kepada kawan-rakan yang menang.
Penggabungan kementerian akan seragamkan pelaksanaan dasar
16 Mei 2013
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, menerusi penggabungan itu, semua peringkat pendidikan akan menikmati perkongsian sumber dan kepakaran bagi memastikan bidang pendidikan dapat diurus dengan lebih cekap seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara.
"Keputusan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk menggabungkan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi di bawah satu bumbung dengan pelantikan seorang Menteri Kedua adalah satu keputusan tepat.
"Ia melambangkan keprihatinan kepimpinan beliau untuk melihat bidang pendidikan di negara kita dapat diurus dengan lebih cekap dan menyumbang secara lebih berkesan kepada kemajuan negara," katanya semasa berucap merasmikan sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-42 tahun 2013 yang bertemakan 'Guru Malaysia: 1Aspirasi 1Agenda' di Stadium Tertutup Nilai, di sini malam ini.
Muhyiddin turut mengumumkan bahawa kementerian baharu hasil gabungan dua kementerian itu akan dikenali sebagai Kementerian Pelajaran sahaja, berbanding Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi sebelum ini, selepas mendapat persetujuan Perdana Menteri.
Muhyiddin berkata, dengan penggabungan itu usaha-usaha transformasi pendidikan juga akan dapat dilaksanakan dengan lebih efisien apabila kepakaran daripada semua peringkat pendidikan dapat digembleng secara lebih menyeluruh untuk menghasilkan satu lonjakan berganda dalam pendidikan negara.
Sementara itu beliau berkata, pemilihan tema 'Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda' untuk sambutan Hari Guru tahun ini adalah amat bertepatan dengan hasrat kementerian untuk mentransformasi sistem pendidikan negara menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang telah dilancarkan.
Katanya, tema tersebut merupakan cerminan harapan rakyat dalam melahirkan generasi masa depan yang lebih cemerlang di negara ini dan seluruh warga pendidik wajar memahami hasrat dan kehendak dalam PPPM dan berusaha memberikan pendidikan berkualiti menjangkau ke seluruh lapisan pelajar.
Katanya, sejak dilancarkan sasaran enam inisiatif untuk 100 hari gelombang pertama PPPM telah pun berjaya dicapai.
Ini termasuk seramai 61,000 guru Bahasa Inggeris telah diuji melalui Ujian Penempatan Cambridge (CPT) bagi mengenal pasti tahap kemahiran dalam Bahasa Inggeris dengan kohort pertama seramai 5,000 guru telah memulakan latihan bagi meningkatkan lagi tahap kemahiran mereka, katanya.
Selain itu, katanya, peningkatan kualiti guru juga dilaksanakan dengan mewujudkan 339 Rakan Peningkatan Sekolah (SiPartners+) dan 1,278 Pembimbing Pakar Pembangunan Sekolah (SISC+) yang ditempatkan di Pejabat Pelajaran Daerah di seluruh negara menjelang tahun depan.
Katanya, SiPartners+ dan SISC+ diwujudkan untuk mengiktiraf kepakaran guru melalui Program Transformasi Pejabat Pelajaran Daerah yang akan membantu meningkatkan kesedaran guru kepada amalan pengajaran yang lebih efisien di samping pengurusan sekolah yang lebih cekap.
"Saya yakin guru mendapat sokongan yang terbaik sehingga dapat meningkatkan kualiti sekolah dengan pengurangan sebanyak 50 peratus sekolah dalam band 6 dan 7 di negeri Sabah dan Kedah. Insya-Allah, menjelang tahun 2015 kita akan berjaya mencapai sasaran sifar bagi kedua-dua band tersebut," katanya.
Bagaimana pun beliau mengingatkan agar warga pendidik tidak mudah lalai dan leka dengan pencapaian itu dan usaha yang berterusan perlu digiatkan bagi memastikan para pelajar menguasai kemahiran, pengetahuan dan pengalaman pembelajaran yang berkualiti.
Katanya dalam melaksanakan hasrat PPPM, para guru perlu memiliki satu wawasan unggul untuk mentransformasi pelbagai aspek pendidikan, berpemikiran aras tinggi dan mampu berinovasi untuk melonjakkan kualiti pendidikan negara ke tahap bertaraf dunia.
Selain itu para guru perlu memiliki kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) meliputi pemikiran kritikal, keupayaan berkomunikasi, kemampuan penerokaan persekitaran serta keyakinan kendiri perlu sentiasa dijana menerusi pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang holistik, katanya.
"Bagi menilai keberkesanan KBAT, sebanyak 30 peratus soalan dalam peperiksaan pusat seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM/STAM menjurus kepada elemen KBAT. Dalam kalangan murid juga, KBAT dinilai melalui peperiksaan antarabangsa seperti TIMSS dan PISA sesuai dengan hasrat Kementerian untuk melahirkan murid yang mampu bersaing di peringkat global," katanya.
Muhyiddin berkata dalam menghargai jasa dan pengorbanan warga guru kerajaan telah menggariskan beberapa inisiatif untuk meningkatkan taraf guru terutama berkaitan laluan kerjaya.
Katanya menerusi PPPM juga, pelan untuk menaik taraf profesion keguruan akan dirangka supaya 420,000 guru berpeluang dinaikkan pangkat berdasarkan prestasi.
Selain itu, katanya, untuk memastikan guru lebih fokus terhadap pengajaran dan pembelajaran dan murid mendapat faedah semaksimum mungkin, kerajaan juga sedang menjalankan kajian rintis di Melaka bagi menempatkan pembantu tadbir N17 di sekolah bagi menguruskan tugas perkeranian guru data, perpustakaan dan media.
"Dapatan awal kajian rintis menunjukkan hasil yang memberangsangkan. Sekiranya kajian rintis ini berjaya, maka Insya-Allah kita akan memperluaskan khidmat sokongan pembantu tadbir N17 ini ke semua sekolah secara berperingkat-peringkat," katanya.
Dalam ucapannya Muhyiddin turut mengucapkan terima kasih kepada guru-guru di daerah Lahad Datu, Sabah yang telah menjalankan tanggungjawab dengan berani walaupun berdepan cabaran insiden pencerobohan.
Pada majlis itu Muhyiddin kemudiannya menyampaikan Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan 2013 kepada Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim dan Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan 2013 kepada tiga penerima iaitu Rabiah Johari, Wan Hamzah Wan Daud dan Jacob a/l P.C Mathews.
Anugerah Tokoh Guru Sekolah Swasta Kebangsaan 2013 diterima Datuk Freida Mohd Pilus.
Turut hadir ke majlis itu adalah Menteri Pelajaran 2 yang baharu dilantik, Datuk Seri Idris Jusoh dan timbalan menteri pelajaran 1 Datuk Mary Yap dan timbalan menteri pelajaran 2, P. Kamalanathan serta Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan. - Bernama
Guru maut ketika sambutan Hari Guru
16 Mei 2013
Dalam kejadian 11 pagi, mangsa Che Maznah Mad Isa, 56, yang dikatakan menyertai permainan kerusi berirama di dewan sekolah, tiba-tiba rebah sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Pendang oleh Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).
Suami mangsa, Sudarji Shatry, 53, berkata dia terkejut apabila dimaklumkan mengenai kematian isterinya.
"Arwah sebelum ini tidak pernah mempunyai sebarang penyakit kritikal dan tidak pernah mengadu sakit," katanya kepada pemberita di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, hari ini.
Che Maznah yang mengajar subjek Matematik, berkhidmat selama 32 tahun di sekolah itu dan disifatkan seorang guru yang tegas.
Arwah berasal dari Alor Setar, menetap di Kampung Banggol Petai Luar, Pendang dan mempunyai tiga orang anak.
Mayat mangsa dihantar ke HSB untuk bedah siasat dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Pendang.- Bernama
Antara mencintai tanahair dan penguasanya
Hadis
‘Cintakan tanahair itu daripada iman' tidak sahih. Bahkan ia hadis
maudu' (palsu). Ini dinyatakan oleh al-Saghani (meninggal 650H/1252M)
dalam karyanya al-Maudu‘aat. Ini dipersetujui oleh para ilmuwan ulung hadis seperti yang disebut oleh ‘Ali al-Qari dalam bukunya al-Masnu' fi Ma'rifat al-Hadith al-Maudu'. Walaupun hadis ini palsu (fabricated) dari sudut kesabitannya (authenticity) daripada Nabi Muhammad SAW, namun ada tokoh seperti Muhammad Tahir al-Fatani (meninggal 986H/1578M) dari India dalam karyanya Tazkirah al-Maudu‘aat menyatakan dari sudut maksud ataupun isi kandungannya benar.
Dalam kata lain menurut pendapat beliau, hadis ini memang tidak sabit daripada Nabi SAW, tetapi kandungan maksud yang terdapat dalam teks itu benar. Ertinya, cinta tanahair itu termasuk dalam iman.
Pun begitu, sarjana hadis lain seperti Muhammad Nasir al-Din al-Albani memberikan komentar yang berbeza. Dalam karyanya Silsilah al-Da'ifah wa al-Maudu'ah, beliau menyebut:
"Makna hadis ini tidak betul. Ini kerana cintakan tanahair sama seperti cintakan nyawa, harta dan seumpamanya. Semua itu sudah wujud dalam jiwa insan. Tidak dipuji kerana mencintainya, tidak juga ia termasuk dalam kelaziman iman. Tidakkah engkau lihat semua manusia berkongsi cinta tersebut? Tiada beza antara yang mukmin dan yang kafir" (1/110. Riyadh: Maktab al-Ma'arif).
Fitrah
Pendapat al-Albani ini benar dari satu sudut bahawa ia sesuatu yang termasuk dalam gharizah iaitu tabiat semulajadi insan ataupun fitrah. Namun menyatakan ia tidak terpuji adalah sesuatu yang kurang tepat. Islam memuji manusia yang hidup berpegang kepada fitrah.
Sayang harta yang mengelakkan pembaziran dipuji dalam Islam. Sayang nyawa yang menghalang kemusnahan diri diperintahkan oleh al-Quran. Pembaziran dan pemusnahan jiwa diharamkan. Sudah pasti cinta tanahair yang menghalang kerosakannya sesuatu yang dipuji.
Sesuatu yang sama antara Muslim dan non-Muslim bukan bererti tidak dipuji dalam Islam. Menyayangi anak-anak dan ibubapa sesuatu yang dikongsi oleh Muslim dan bukan Muslim. Ia terpuji. Menghilangkan bahaya di jalanan, termasuk dalam cabang iman.
Orang bukan Muslim juga melakukannya. Walaupun untuk mereka ia tidak termasuk dalam iman tetapi mereka juga melakukannya. Ia sesuatu yang terpuji. Persamaan tidak menafikan kebaikan. Pandangan al-Albani di sini kurang kemas untuk diterima.
Kasih Nabi Muhammad SAW
Apa yang saya hendak sampaikan, betapa kecintaan kepada tanahair adalah sesuatu yang terpuji. Ia termasuk dalam fitrah insan untuk mencintai tanahairnya. Nabi Muhammad SAW pun cintakan tanahairnya iaitu Mekah.
Apabila dihalau oleh penduduk Mekah, Nabi Muhammad SAW dan para sahabat terpaksa berhijrah ke Madinah. Para sahabat termasuk Bilal bin Rabah yang merupakan seorang hamba abdi ketika di Mekah, demam merindui Mekah. Apatah lagi Abu Bakar al-Siddiq yang merupakan bangsawan Mekah. Apabila Nabi SAW mengetahui keadaan itu, baginda berdoa:
"Ya Allah! Jadikanlah cinta kami kepada Madinah seperti cinta kami kepada Mekah, ataupun lebih dari itu" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Nabi Muhammad SAW sendiri pernah mengucapkan untuk Mekah: "Alangkah indah engkau (Mekah) sebuah negara. Alangkah sayangnya daku kepadamu. Jikalau tidak kerana kaumku menghalau daku keluar darimu, aku tidak akan menetap selain darimu"(Riwayat al-Tirmizi, sahih).
Sekalipun Nabi SAW terpaksa bertempur dengan pasukan tentera Mekah yang dikuasai rejim Quraish yang zalim, itu tidak pernah mematikan rasa kasih dan sayang kepada tanah air baginda iaitu Mekah.
Demikianlah juga perasaan para sahabah yang terpaksa berhijrah meninggalkan Mekah yang mereka kasihi. Fath al-Makkah ataupun Pembukaan Mekah di mana Nabi SAW kembali mengambil alih Mekah dengan kuasa tentera bersama orang lain dari luar, adalah kemuncak kecintaan kepada Mekah. Mereka membersihkan Mekah dari kesyirikan, kezaliman, penindasan dan selainnya. Itu tanda kasih mereka kepada Mekah.
Patriotik
Kasihkan watan adalah sesuatu yang fitrah. Orang Melayu bermadah ‘tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain'. Tanahair ialah tempat kelahiran kita dan keluarga. Membesar dalam persekitarannya. Mencium udaranya. Meminum airnya. Memakan makanannya. Melihat budaya, warna dan rupa saban masa dalamnya.
Lebaran kenangan diari kehidupan yang tersimpan tentangnya. Jiwa yang normal pasti akan menghargai dan mengasihi. Sayang dan ingin membelanya dari kerosakan. Itu makna patriotik yang sebenar.
Perlu diingat, semangat sayang dan kasih kepada tanahair tidak berkaitan dengan kecintaan kepada kuasa politik yang menguasainya. Orang Pulau Pinang yang sayangkan Pulau Pinang tidak semestinya sayangkan pemerintahannya, demikian Kelantan, Terengganu, Kedah dan lain-lain.
Orang Malaysia sayangkan watan ini, cintakan tanah tumpah darah ini tidak semestinya bersetuju ataupun mencintai kuasa politik yang memerintah di dalamnya. Perlu dibezakan antara semangat patriotisme dan nationalisme.
Dalam The Blackwell Encyclopedia of Political Thought, disebut:
Patriotism: a love of one's homeland, implying a readiness to act in its defense and to favour it in other dealings. It is often confused with nationalism, but is a far older idea, and carries with a less theoretical baggage. Nationalism presupposes that nations exist as real and distinct entities; patriotism, on the other hand, may simply involve attachment to a physical locality or a way of life, and need not involve any abstract idea of ‘country'.
Jangan Nafikan
Tiada pihak yang boleh memaksa orang lain mencintai parti politik yang berkuasa dalam watannya atas nama semangat patriotisme. Tiada siapa pula yang boleh ditakrifkan sebagai tidak patriotik hanya kerana dia tidak menyokong kerajaan tertentu yang berkuasa atas negeri atau negaranya. Kuasa politik boleh datang dan pergi. Boleh bertukar ganti.
Sultan dan menteri juga boleh dibuang ataupun dipasang. Hanya keadaan yang menentukan. Namun hakikat bahawa tanahair dan watan ini adalah milik kita, lahir di sini, berketurunan di sini, membesar dalamnya adalah sesuatu yang tidak boleh diubah dan dinafikan oleh mana-mana pihak pun.
Justeru, penentangan terhadap kuasa politik di watannya yang seseorang tinggal dalamnya tidak menafikan cinta dan sayangnya dia kepada tanahairnya. Nabi Muhammad SAW dan para sahabat dihalau keluar dari Mekah. Mereka kemudian berpakat dengan orang Madinah memerangi kuasa politik Mekah yang zalim. Bahkan mendapat bantuan luar menawan Mekah dan membebaskan Mekah dari kuasa yang zalim tersebut. Itu semua tidak menafikan cinta Nabi SAW kepada Mekah.
Orang Kelantan yang tidak suka PAS bukan bererti tidak sayang Kelantan. Orang Penang yang tidak suka DAP bukan bererti tidak sayang Pulau Pinang. Orang Selangor yang tidak suka PKR bukan bererti tidak sayang Selangor. Orang Malaysia yang tidak suka BN bukan bererti tidak cintakan negara.
Begitulah seterusnya. Mungkin yang rakyat tidak suka itu ialah penyelewengan kuasa dan penyalahgunaan harta rakyat oleh mereka yang memegang tampuk-tampuk tersebut. Namun, sayang negeri dan negara tetap kekal.
Jadi mereka jangan cuba menafikan kecintaan seseorang kepada tanahair; negeri ataupun negara mereka hanya kerana tidak mendapat sokongan politik yang idamkan.
Sesiapa yang sayangkan tanahairnya lalu enggan watannya dirosakkan. Rela mempertahankan kebaikan dan kebenaran yang menjadi hak buminya, maka dia seorang yang cintakan tanahairnya, dia seorang yang patriotik!
Cara kecintaan itu diterjemahkan mungkin berbeza, tapi cinta tetap di jiwa.
PROF MADYA DATUK DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN bekas mufti Perlis. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.
Sebelum nak boikot peniaga Cina, bantu dulu peniaga Melayu
Posted on Friday, May 17 @ 00:05:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: rozmal
"Sebelum NGO Melayu ni nak gesa orang Melayu supaya memboikot syarikat perniagaan Cina, ada baiknya NGO Melayu ni baca 2 artikel yang saya tulis lama sebelum ini mengenai masalah para peniaga Melayu. Masalah pertama ialah para peniaga Melayu yang sering hasad dengki sesama mereka dan tak mesra pengguna. Yang kedua ialah tiadanya direktori usahawan Melayu yang memudahkan orang Melayu untuk mencari perkhidmatan untuk kegunaan harian.

Artikel tersebut bertajuk “Peniaga Melayu susah nak maju jika bersikap begini” di http://waghih.blogspot.com/2012/11/peniaga-melayu-susah-nak-maju-jika.html
dan “Sedihnya tengok laman Web Usahawan Negeri Sembilan” di http://waghih.blogspot.com/2011/03/sedihnya-tengok-laman-web-usahawan.html
Jangan pula jadi “Ayam berkokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi”.
NGO Melayu gesa boikot perniagaan dimiliki Cina
14 Mei 2013
Beberapa
NGO Melayu tampil menggesa kaum itu memboikot perniagaan dan produk
terkenal milik pengusaha Cina kerana didakwa mendanai pembangkang dalam
pilihan raya umum ke-13.
Ketua
Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan
berkata, tindakan entititi perniagaan itu telah memecahkan perpaduan
dalam negara.
Perniagaan yang mahu diboikot termasuk dua rangkaian kedai makan, rangkaian pasar raya serta jenama roti dan tepung terkenal.
Antara
ahli gabungan NGO tersebut yang dinamakan Gabungan NGO Islam 1Malaysia
itu adalah Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Suara Anak Muda 1Malaysia,
dan Majlis Belia Palestin Malaysia.
14 May 2013
'Daripada bangkung biarlah nangka', Najib tak payah diganti
Pandangan Saifuddin Abdullah,
Ahli Majlis Tertinggi UMNO agar UMNO tidak berputus asa dengan pengundi Cina
itu ada kewajarannya. Sebagai sebuah parti yang sedang mentadbir negara walaupun
kekurangan kerusi yang dimenangi oleh parti-parti komponennya ia memerlukan
undi semua rakyat Malaysia.
Itulah sebabnya selalu saya perkatakan yang UMNO perlu merubah segala
keterampilannya terhadap rakyat.
‘Taste’ atau citarasa rakyat
sudah jauh berubah dan begitu tinggi. Hanya UMNO selama ini tidak mahu bersama berubah mengikut
perkembangan dan kehendak pemikiran rakyat yang sudah berubah pesat mengikut
zaman dan keadaan dunia sekarang ini. Pucuk pimpinan UMNO masih lagi kaku, tidak berani
berubah dan takut pula dengan ‘warlords’ yang berkepentingan peribadi besar
dalam politik dan perniagaan semasa.
Jika Najib telah dipersalahkan
oleh setengah pimpinan dalam UMNO itu, ia adalah digerakkan oleh kumpulan yang
sedang menunggu giliran untuk mengambil kuasa parti itu bagi menaiki satu pihak
yang sama-sama tidak berwibawa. Semuanya itu adalah ‘politicking’ yang sudah
menjadi budaya dan tidak susah untuk mengetahui sebabnya.
Sesungguhnya rakyat dan kebetulan
ramai dikalangannya dari kaum Cina mahukan kerajaan yang bersih dan amanah.
Kaum Cina sudah merasakan budaya ‘rent seeking’ yang sudah menjadi tabiat
penyokong UMNO sejak tiga puluh tahun dahulu akhirnya dibenci oleh masyarakat bandar
dan separa bandar yang diduduki oleh semua kaum. Mereka adalah dari gulungan
yang memahami keadaan negara kerana saringan informasi yang pesat sekarang ini.
Rasuah sudah menjadikan kos
mereka yang berniaga terlalu tinggi kerana terlalu banyak kos terselindung
kerana budaya rasuah yang menggunung dalam kerajaan BN dukungan UMNO itu.
Itulah sebabnya imej rasuah UMNO itu menjadi masalah besar kerana stigma rasuah
yang melekat kepada UMNO itu tidak boleh lagi ditanggalkan.
Sesiapa sahaja pilihan untuk
menggantikan Najib dikalangan Majlis Tertinggi itu adalah pilihan yang sangat
tidak betul Jika pilihan untuk
menggantikan Najib itu datangnya dari mereka yang berada dalam Majlis Tertinggi
itu, elok dari sekarang kita berikan keputusan kepada pilihanraya yang ke 14
nanti, iaitu UMNO dan BN akan lenyap terus dari politik tanah air ini.
Kalau begitu, bak kata pepatah
‘daripada bangkung biarlah nangka’, kalau nangka dapat juga bau nya sikit-sikit. Dari Muhyiddin biarlah Najib untuk terus
berusaha memperbaiki UMNO ini jika di izin Tuhan untuk terjumpa kebaikan. Jika
tidak terjumpa kebaikan sememangnya sudah giliran Pakatan Rakyat lah untuk
mentadbir negara ini.
Tetapi benarkah keluarga UMNO
yang besar ini tidak dapat memberikan pilihan kepada orang yang tidak berada
dalam Majlis Tertinggi UMNO itu? Apa yang dikehendaki oleh kaum pengundi samada
di bandar atau di luar bandar ialah untuk melihat pucuk pimpinan UMNO berupaya
untuk membayangkan yang parti itu masih ada manusia yang dihormati dan diyakini
oleh rakyat ramai.
Masalahnya UMNO sudah terlalu
jauh ketinggalan dalam pembinaan dan memahami pemikiran rakyat yang sudah
berkembang itu. PM Najib mesti faham dan mengakui ‘persepsi’ baik rakyat
terhadap usaha beliau untuk kebaikan itu mesti jelas. Politik ini adalah ‘game
of perception’ dan kita kena akui hakikat itu.
Pembentukan barisan Jemaah
Menteri nanti mesti tunjukkan kelainan. Jika ada seorang dua yang berpengalaman
dan dihormati semua kaum, ia akan melonjakkan keyakinan sedikit terhadap Najib
kerana ia melambangkan keberanian dan kejujuran beliau untuk melakukan
perubahan Dengan sekali gus Najib akan
berjaya mengalih dan menganjak sedikit rakyat ramai dari kegelisahan kepada keadaan
yang lebih meyakinkan mereka.
Jika PM Najib mengumumkan
nama-nama yang telah tercemar dengan serta merta rakyat akan membuat tanggapan
yang PM Najib tidak mampu membawa perubahan kepada imej UMNO itu. Selari dengan
itu juga rakyat akan bertanggapan yang UMNO masih dengan cara lamanya yang
terbukti tidak lagi diyakini rakyat sejak beberapa lama dahulu.
Sesungguhnya Najib mempunyai
peluang untuk melonjakkan imej beliau dan keyakinan terhadap kepimpinannya dari
yang terendah kepada yang tinggi jika keberanian ada kepada beliau.
Walau bagaimana pun kita tidak
ada keupayaan untuk memaksa Najib untuk berbuat apa-apa. Keadaan sekarang
begini…..terpulang kepada beliau untuk menentukan nasib partinya dan nasib
beliau sendiri.
Kita hanya setakat memberikan
pandangan sahaja. Beliau mempunyai penasihat atau ‘punai sihat’ yang lebih
ramai lagi yang sentiasa bersama beliau setiap waktu dan masa. PM Najib
mempunyai nasib sabut atau batu.
Jika nasibnya sabut, timbullah beliau.
Tetapi jika nasibnya batu, tenggelamlah beliau dan dari saat itu UMNO boleh
mula mengira hari untuk mati terus dalam politik tanah air kita ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan