Sabtu, 1 September 2012

TINDAKAN BIJAKSANA ITU PENTING...JANGAN TINDAKAN KITA MEMALUKAN DIRI SENDIRI...BERTANDINGLAH DENGAN CARA SIHAT DAN BERTAMADUN..JANGAN KITA MENCONTENG ARANG DIMUKA SENDIRI

Bas Jelajah Merdeka diserang di Kota Bharu

Harakahdaily, 01 Sep 2012
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail meminta pasukan kerja Jelajah Merdeka Rakyat tidak patah semangat dengan kejadian bas mereka diserang di Kota Bharu pagi ini.


“Ini berupa siri serangan ganas ke atas pimpinan dan prog pkr,” ujarnya melalui twitter.

Sehubungan itu, beliau meminta Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi mengadakan sidang media di ibu pejabat parti itu pagi ini.

Rafizi memaklumkan bahawa satu sidang media tergempar bagi menerangkan dan mengecam serangan ke atas bas kempen Jelajah Merdeka Rakyat akan diadakan pada jam 11 pagi ini di ibu pejabat PKR, Tropicana, Petaling Jaya.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula melalui twitternya pula menyatakan ‘Jelajah Merdeka Rakyat: Bas diserang di KB jam 5pagi -cat merah dan pecah cermin. Samseng bermarajalela. Staf ke IPD buat lapuran’.

Janji: Tanah dirampas, rumah diancam roboh

Mohd Firdaus, 01 Sep 2012
BATU SAPI: Penduduk di Kampung Lupak Meluas Laut dekat sini melahirkan rasa kecewa apabila tidak mendapat pembelaan pihak berwajib setelah rumah mereka diancam roboh oleh pihak yang kononnya mengaku pemilik kepada tanah yang mereka diami.


PAS Batu Sapi yang menerima aduan penduduk kampung terbabit kini giat membantah pengusiran tersebut memandangkan mereka merupakan warganegara yang telah mendiami tempat tersebut sejak lebih 40 tahun lalu.

Yang Dipertuanya, Hamzah Abdullah kesal kerana pemimpin setempat terutama ahli Parlimennya yang tidak mengambil tindakan proaktif bagi menyelesaikan masalah tersebut.

"Kita minta rakyat buka mata dan lihat kebenaran. Jika Umno terus memerintah, inilah yang akan sentiasa berlaku.

“Tanah rakyat akan habis dirampas dengan sewenangnya. Sehingga kini, kita telah mendengar desas-desus bahawa Kg. Gas di Batu Sapi ini juga akan diroboh tidak lama lagi," tambah beliau.

Penduduk di kampung berkenaan juga melahirkan kekesalan bahawa mereka telah dijanjikan dengan rumah kos rendah sejak Pilihanraya Kecil Batu Sapi yang lalu dan pecah tanah juga telah dilakukan namun, semuanya tinggal janji kosong.

Beliau, yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah akan turut memberikan komitmen bahawa PAS yang mewakili penduduk kampung bersedia berbincang dengan pihak tertentu bagi menyelesaikan masalah itu.

Fokus isu pilihan raya bersih, kos hidup rakyat

Harakahdaily, 01 Sep 2012
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan Tantawi menyeru agar Pakatan Rakyat menumpukan kepada dua isu utama untuk Pilihan raya Umum ke-13 iaitu isu memastikan pilihan raya bersih dan adil dan juga isu berkaitan dengan kehidupan rakayt.
Nasrudin menegaskan bahawa kegagalan mempengaruhi dan menakluki hati, pemikiran dan minda pengundi membawa maksud kecundang dan tewas dalam saingan pemilihan pemimpin yang diadakan.

Namun, semua itu tidak perlu diendahkan jika sistem pengendalian pilihan raya diselia tanpa nilai integriti dan semangat responsibiliti yang tinggi  kerana ia membuka ruang manipulasi dan ketidaktelusan yang ketara.

“Maka pola pemikiran pengundi tidak memberi apa - apa makna kepada keputusan pilihanraya yang bakal diumumkan… Tiada makna skil individu atau pasukan yang hebat dan menarik jika padang tidak rata dan pengadil berat sebelah,” kata beliau di blognya.

Antara isu utama yang perlu ditekan oleh semua pihak ialah memastikan kebebasan media, pemansuhan undi pos,  dakwat kekal dan seumpamanya mestilah menjadi realiti.

Bagi isu berkaitan dengan kehidupan rakyat seperti masalah kos hidup, kenaikan harga barang, peluang pekerjaan dan jaminan kesejahteraan hidup mereka yang harmoni., Nasrudin berkata boleh dibangkitkan secara seimbang antara bongkar dan dedah masaalah yang sedang dihadapi oleh rakyat dengan tawaran dan perlaksanaan polisi yang akan dilaksanakan jika diberi mandat mentadbir dan memerintah.

Baru-baru ini, Nasrudin mengetengahkan idea untuk memberikan lesen memandu seumur hidup tanpa perlu diperbaharui manakala Rafizi Ramli daripada PKR pula mengemukakan cadangan untuk menurunkan harga kereta dengan menurunkan duti eksais kereta.

Nasrudin berkata selain itu penekan harus diberikan kepada  pendedahan penyelewengan berkait kepentingan umum supaya rakyat mempunyai bukti kukuh dan maklumat jelas bahawa penyelewengan itu berlaku.

“Siapakah pemimpin yang wajar diberikan mandat untuk mengurus, mentadbir dan memerintah. Salah pilih membawa risiko besar kepada masa depan negara dan rakyat,” tegas beliau.

Namun apa yang jauh lebih penting, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang itu ialah pendidikan politik. Katanya, ia menjadi asas utama yang meluruskan sikap dan tindakan agar isu yang dibawa tidak berunsur fitnah dan berniat jahat sebaliknya berasaskan kesedaran yang sempurna untuk membawa kebaikan kepada agama, rakyat dan negara.

“Politik baru yang memiliki nilai hemah yang tinggi, mampu mengurus isu dengan berkesan. Mengutamakan yang hak dan menolak kebathilan,” tambah beliau.

Mengapa budak ni tak mahu bersalam dengan Rosmah?

http://omakkau.blogspot.com, 31 Ogs 2012

BIAR GAMBAR BERBICARA!!!!!......MENGAPA BUDAK INI TAK MAU BERSALAM DENGAN ROSMAH MANSOR???


BIAR GAMBAR BERBICARA

Suasana yang dirakam di rumah terbuka Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Noh Omar, di Dewan PKNS, Kelana Jaya semalam.

Merdeka, sejarah dan kebenaran

Tarmizi Anuwar,
Sudah menjadi satu kewajipan bagi sesebuah negara yang telah merdeka daripada genggaman penjajah pasti ada sejarah yang dinukilkan supaya menjadi tatapan dan pengajaran buat rakyat di kendian hari. Kebiasaannya sejarah akan ditulis oleh golongan yang memenangi peperangan manakala golongan yang mengalami kekalahan dalam peperangan hanya akan menulis syair, puisi, ataupun sajak di helaian-helaian kertas. Inilah hakikat bagaimana sejarah ditulis oleh golongan yang tidak jujur dengan ilmu.

Sejarah yang ditulis oleh golongan yang memenangi peperangan sudah tentu akan menceritakan perkara yang baik-baik sahaja berkaitan mereka. Bahkan, apabila bercerita berkenaan musuhnya sudah tentu tiada satupun yang baik dan ditambah-tambah pula ceritanya agar rakyat merasa benci kepada musuhnya. Tidak cukup dengan penerapan kebencian rakyat yang sedia ada kepada musuhnya, difikirkan pula bagaimana hendak menerapkan perasaan kebencian itu kepada generasi akan datang.

Usaha memasukkan fakta sejarah ke dalam sistem pendidikan negara telah dilakukan untuk memastikan rakyat terus menerus menyanyangi mereka agar mereka boleh terus untuk berkuasa, manakala musuhnya tidak diberikan peluang sedikitpun untuk membela diri. Sedari kecil pelajar di sekolah rendah telah dihidangkan dengan hidangan yang tidak boleh dipersoalkan dari mana datangnya dan bagaimana cara membuatnya. Rentetan ini terus menerus berlaku sehinggalah pelajar itu bergelar mahasiswa.

Sedari kecil sehinggalah dewasa, rakyat tidak dibenarkan mempertikai mengapakah sejarah negara kita begini atau begitu, dan jika dipertikaikan ianya menjadi satu kesalahan kepada individu yang mempertikaikan; pengkhianat negara, memecah perpaduan negara dan menggugat negara. Ini dibuktikan apabila salah seorang tokoh politik yang datang daripada pembangkang mengatakan bahawa Mat Indera adalah pejuang negara. Maka, tanpa diselidik dan diteliti dahulu dikatanya tokoh itu penyokong komunis.

Tidak cukup dengan tuduhan yang melulu, tindakan seterusnya ialah melaporkan kepada pihak berkuasa dengan mengatakan bahawa tokoh tersebut cuba menghasut rakyat untuk memberontak dan menukarkan negara kepada corak pemerintahan komunis. Setelah itu, lahirlah pula golongan yang kecewa kerana seakan-akan perjuangan mereka selama ini tidak dihargai. Jerit perih dalam perjuangan menentang komunis dipandang enteng oleh tokoh politik itu kononnya.

Walaupun pada akhirnya tiada tindakan undang-undang yang diambil terhadap tokoh politik tersebut kerana beliau berjaya membuktikan apa yang diperkatakannya adalah benar berdasarkan fakta; fakta beraliran kiri. Rakyat secara umumnya terkejut kerana apa yang diperkatakan oleh tokoh politik tersebut bukanlah satu kebiasaan di negara yang rakyatnya menjadi kuih kepada acuan kerajaannya. Jika kuih itu berlainan daripada acuannya maka kuih itu akan dibuang dan tidak akan digunakan untuk perniagaan.

Sudah tiba pada masanya, rakyat bukan lagi menerima bulat-bulat fakta sejarah yang ditulis oleh golongan yang memenangi peperangan tetapi sebaliknya memberi ruang dan peluang kepada golongan yang mengalami kekalahan dalam peperangan untuk membela diri. Kini bukan masa lagi, rakyat berpuas hati dengan penjelasan daripada sebelah pihak sahaja tetapi rakyat sewajarnya mendengar penjelasan daripada kedua-dua belah pihak agar pisang tidak berbuah dua kali.

Dalam bidang penulisan sudah menjadi lumrah fakta yang ditulis kadang-kadang tidak benar atau kurang tepat. Ini disebabkan oleh beberapa faktor antaranya kekeliruan maklumat, kekurangan maklumat, dan demi menjaga kepentingan segelintir kelompok. Jika perkara seperti ini berlaku, sewajarnya rakyat yang berada dalam arus kemodenan haruslah lebih terbuka menerima kritikan dan penyemakan semula penulisan tersebut agar keadilan ilmu tertegak.

Al Hafidz Ibnu Kathir dalam kitabnya Al Hidayah Wan Nihayah terdapat beberapa isi sejarah yang tersalah faktanya tetapi kemudiannya telah dilakukan pembetulan oleh Imam ath-Thabari dalam kitabnya Tarikh ath-Thabari. Contohnya Ibnu Kathir mengatakan Thulailah mempunyai seorang anak yang bernama Hibal. Apabila diselidiki dengan lebih mendalam oleh ath-Thabari rupanya Hibal bukanlah anak kepada Thulailah tetapi adalah anak saudara kepada Thulailah.

Rakyat sewajarnya menyemak semula setiap sejarah yang telah kita pelajari selama ini. Menyemak semula sejarah bukanlah bermaksud kita ingin menggugat kesejahteraan tanah air tetapi sebenarnya memberikan kita ruang dan peluang untuk mencintai tanah air dengan lebih mendalam. Tak kenal maka tak cinta; begitulah perumpamaan yang boleh digambarkan kepada tanah air kita. Bagaimana mungkin kita mampu untuk mencintai tanah air sendiri sekiranya kita tidak menghadami asal usul sejarah terlebih dahulu.

Lebih dibimbangi sekiranya kita mencintai seseorang berdasarkan bukan perwatakannya yang sebenar. Takut-takut perasaan yang tadinya luhur dan suci boleh bertukar kepada marah kebencian yang teramat. Kesimpulannya, selidik dan telitilah sejarah tanah air agar kita mampu memerdekakan diri dengan sebenar-benar merdeka. Sesungguhnya fakta tidak semestinya benar tetapi kebenaran tetap berada dalam kebenaran. Sehebat manapun penipuan dilakukan tidaklah dia mampu mengalahkan kebenaran.

Penulis ialah Mahasiswa Bacelor Pendidikan Jasmani, Universiti Putra Malaysia.

Abdul Wahid diberi cuti rehat sebulan

Khairul Azlam Mohamad, 31 Ogs 2012
KUALA TERENGGANU: Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut yang terpaksa menyambut hari raya Aidilfitri lalu di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu sejak 18 Ogos lalu dibenarkan keluar wad serta diberi cuti rehat selama satu bulan.

Abdul Wahid dibenarkan pulang ke rumahnya sekitar jam 6.00 petang semalam setelah hampir dua minggu berada di Wad 5B bagi rawatan susulan pembedahan mata kirinya yang terkena jangkitan kuman.

(Gambar: Abdul Wahid Endut ketika melayani pertanyaan wakil media di HSNZ, semalam.)

Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak terutama para doktor dan jururawat yang memberi perhatian serta penjagaan baik terhadapnya.

“Saya ucap terima kasihlah kepada doktor-doktor dan jururawat yang sangat mengambil berat terhadap kesihatan saya sepanjang saya menerima rawatan di hospital (HSNZ) ini.

“Juga kepada pelawat yang prihatin di kalangan rakan-rakan pimpinan PAS, PKR dan DAP dan pemimpin kerajaan termasuk Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Datuk A.Rahman Mokhtar,” ujarnya kepada pihak media.

Menurutnya, rawatan susulan terpaksa dilakukan setelah mata kiri yang dibuat pembedahan membuang selaput terkena jangkitan kuman beberapa hari sebelum Aidilfitri.

Katanya, setelah dua minggu menerima rawatan susulan tersebut keadaan semakin pulih tetapi masih memerlukan kerehatan antara satu hingga dua bulan.

“Doktor telah beri saya cuti selama dua bulan untuk ‘berehat’ tetapi dengan situasi sekarang, saya rasa perlu sebulan sahaja dan insya Allah, akan sembuh seperti sedia kala,” ujarnya yang juga Adun Wakaf Mempelam.

Abdul Wahid turut memberi komitmen akan bersama dengan rakyat pada majlis sambutan Rumah Terbuka Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu yang akan diadakan pada 6 September ini di Kuala Terengganu.

Nak penuhkan stadium, duit dan paksa jadi strategi

http://tukanglawan.blogspot.com, 31 Ogs 2012
Umno nak tunjuk program najib dapat sokongan, jutaan manusia hadir  malam ni di stadium bukit jalil...

Terdesak sangat nak penuhkan stadium, "tukanglawan" tengok umno kene buat benda bawah nei, kalau tak nanti kene ejek sebab stadium kosong.

Umpan Hadiah....



Umpan T-Shirt dan duit.



Paksa Staff DBKL datang...


Paksa Staff Kementerian Pengajian Tinggi datang...



Adoi, kalau macam ni takde la merdeka namanya, kata merdeka tapi kehadiran wajib dan kedatangan akan direkodkan, dikira pulak sebagai tugas rasmi, kalau takmo pegi macam mana... ohhhh ini rupanya stail merdeka umno.... tak datang kene hukum. kah..kah..kah..

Satu lagi yang bagusnya umno nei mereka sedang ajar budak-budak baru abis belajar erti kemerdekaan dengan ganjaran, kalau rajin meriahkan tweetup merdeka dapat la T-shirt dan duit...la.. nilai merdeka tu sama macam sehelai t-shirt rupanya.

Terdesak sangat la nampaknya, sampai tarik orang datang himpunan dengan hadiah lumayan... rupanya yang datang tu berebut-rebut nak hadiah je rupanya.. umno sedang ajar rakyat jadi patriotik pada hadiah lumayan. kah..kah..kah.
Pelik -pelik, Peserta himpunan bersih dan himpunan "janji Bersih" tak pun diumpan dengan T-shirt.. tak wajib datang pun, tapi kenapa ramai?..

Sebab diorang bijak... tak macam penyokongs etia umno.. datang sebab hadiah lumayan. kah..kah..kah

Kantoi!!! Bendera Malaysia: Umno tiada modal, fitnah PR

http://greenboc.blogspot.com, 01 Sep 2012
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan tetap menggunakan bendera Malaysia sebagai bendera rasmi biarpun ada cubaan daripada sesetengah pihak yang melakukan provokasi mengibarkan bendera 'Sang Saka Merah' semasa himpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka, malam tadi.

Anwar menjawab pertanyaan pengikutnya di Twitter yang curiga ia akan dijadikan isu oleh Umno-APCO dan Barisan Nasional untuk menempelak Pakatan Rakyat kununnya gabungan itu akan mengubah bendera rasmi negara ini, Jalur Gemilang dengan Sang Saka Merah. Menjawabnya di Twitter sebentar tadi, Anwar menegaskan:

@anwaribrahim PR tdk jdkan ini sebgai isu! @_Joe__7: harap DSAI dpt selesaikan isu bendera itu....jika tidak pasti Dlm PR sendiri akan wujud perpecahan disebabkan isu yg remeh ini

Dan satu lagi tweet dari Anwar juga menjelaskan:

@anwaribrahim PR -bendera Msia @razzanismail: apa pendapat DS tentang mereka yg kibarkan 'sang saka malaya' malam tadi?

Malam tadi, beberapa individu yang kelihatan semasa himpunan Janji Demokrasi dilihat mengibarkan bendera Sang Saka Merah yang didakwa bendera asal Tanah Melayu sebelum bendera itu digantikan dengan Jalur Gemilang semasa negara ini mencapai kemerdekaan pada 1957.

Ia mendapat reaksi pelbagai di laman sosial Twitter selain blog pro-Umno-APCO cuba menjadikannya sebagai modal untuk menghentam Pakatan Rakyat kunun sekiranya pakatan tersebut memerintah Malaysia nanti, bendera Jalur Gemilang akan digantikan dengan bendera asal.

Pendapat Anwar turut disokong ahli parlimen Sibu, Wong Ho Leng yang berkata ia hanyalah satu bentuk pembohongan mengalihkan cerita (spin) akibat kegagalan Umno-APCO menghalang himpunan Janji Demokrasi malam tadi yang dihadiri lebih 10 ribu orang tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

@wongholeng ‎"@anwaribrahim: No such decision by PR.Why spin? @mukhlis_30: Pls advice me y after 55 years we must change our flag.."Lousy spin culture Tambah Wong lagi, tidak ada makna sambutan kemerdekaan dirayakan kerana pemimpin BN langsung tidak menjemput pemimpin Pakatan Rakyat menghadiri sambutan tersebut yang diadakan tahun ini di Sibu bagi peringkat Sarawak.

Jelas cubaan Umno-APCO menjadikan isu bendera sebagai modal untuk menempelak Pakatan Rakyat gagal lagi. -wargamarhaen




Tiada ulasan: