Rabu, 1 Januari 2014

TURUN 31/12/13

Demo TURUN: 10,000 banjiri ibu negara

  • 8:22PM Dis 31 2013
 
Bagi menghadapi tahun kenaikan harga barangan dan perkhidmatan 2014, orang ramai mula memenuhi jalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur bagi menyatakan bantahan mereka.

Perhimpunan yang dipimpin Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) akan menyaksikan tiga tempat berkumpul, iaitu pusat membeli belah SOGO di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Pasar Seni dan Masjid Jamek.

Mereka merancang berarak ke Dataran DBKL dan seterusnya ke Dataran Merdeka, tempat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menganjurkan konsert tahun baru.

Pihak berkuasa menganggap perhimpunan mahu menggulingkan kerajaan dan polis melabelnya sebagai perhimpunan haram.

Polis juga mendakwa terdapat senjata berbahaya dan bom akan dibawa dalam perhimpunan itu tetapi penganjur menafikannya.

Pengerusi TURUN Mohd Azan Safar sebaliknya menyifatkan isu itu ditimbulkan untuk mengalih perhatian terhadap kenaikan harga barangan dan kos sara hidup yang diketengahkan mereka.

LAPORAN LANGSUNG

Galeri gambar

11.50pm, Dataran Merdeka – Suasana di padang senyap sebentar. Peserta himpunan dan polis kelihatan melihat jam masing-masing untuk menunggu detik jam 12 tengah malam.

Sebahagian penonton konsert tidak puas hati berkata “baliklah” dan sebahagian lagi melaungkan 1Malaysia kepada peserta himpunan.

11.30pm, Dataran Merdeka – Konsert di Dataran Merdeka ditamatkan. Pegawai DBKL dilihat berbaris di depan pentas yang lampunya sudah ditutup.

Pentas kemudian dipenuhi dengan wartawan yang mahu mengambil gambar peserta himpunan dengan lebih jelas.

11pm, Dataran Merdeka – Selepas 15 minit berdiri berdepan dengan pegawai polis dan DBKL di depan Kementerian Perlancongan dan Kebudayaan, peserta himpunan cuba memecahkan hadangan sekali lagi.

Diketuai dua individu dengan bendera Malaysia, mereka dilihat melepas kepungan polis ke Dataran Merdeka. Pihak berkuasa bagaimanapun tidak melakukan apa-apa untuk menghalangnya.

10.55pm, Persimpangan Jalan Raja-Jalan Raja Laut - Pemuda PAS membuat satu bulatan dan mula berucap mengenai kempen anti kenaikan tarif elektrik mereka.

Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat dan beberapa pimpinan peringkat negeri dan kebangsaan memberi ucapan mengenai apa yang didakwanya kezaliman kerajaan BN.

Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad pula menggesa para hadirin agar tidak terpedaya dengan keputusan PM menurunkan beberapa kos kerajaan.

"Kenapa Najib terpaksa menaikkan harga barang walau tahu beza Rakyat? Sebab keborosan dia, sebab ketirisan, sebab PKFZ, sebab beli kondo anak dia.

"Hari ini dia kata nak melakukan perkara betul tak mahu populis, Jadi selama ini dia tak lakukan perkara betul," kata beliau sebelum menambah bahawa BN bermaksud “Bankrap Negara”.

10.45pm, Dataran Merdeka – Peserta himpunan TURUN cuba melepasi barisan kedua polis.

Pegawai DBKL membantu menolak kembali peserta menyebabkan orang ramai terhimpit.

OCPD Dang Wangi kemudian tampil menenangkan keadaan.

“Bertenang, sabar. Bunga api di sebelah kamu, bukan sebelah sini, kita tunggu sama-sama,” katanya berseloroh.

“Jangan ganggu polis. Kami hanya menjalankan tugas menjada kedua-dua belah (peserta himpunan dan hadirin konsert). Saya minta kerjasama,” katanya.

103.0pm, Dataran Merdeka – Kira-kira 7,000 orang berkumpul di hadangan berdekatan persimpangan Jalan Tun Perak-Jalan Raja.

10:15pm Menara DBKL - Lebih 3,000 peserta diketuai SMM dan pemimpin mahasiswa tiba di Menara DBKL yang diawasi puluhan pegawai keselamatan.
 
Mereka kemudiannya terus ke persimpangan jalan Tun Perak untuk bergabung dengan peserta di dataran merdeka.
 
Mereka melepasi benteng polis di hadapan dataran merdeka tanpa halangan.

Persimpangan Jalan Raja 
Laut-Jalan Tun Perak - Pengerusi TURUN Azan Safar berarak ke Dataran Merdeka dari arah Jalan Raja Laut. 

Beliau yang berjalan, dengan kawalan beberapa orang peserta himpunan berbaju-T 'TURUN', memegang mikrofon sambil melaungkan 'Turun harga barang'.

10.05pm, Dataran Merdeka - Sekumpulan peserta yang berkumpul di tengah-tengah jalan menyanyi "Turunkan harga barang, berhenti tekan rakyat" sa
mbil bertepuk tangan.

Mereka kini mula duduk di tengah-tengah jalan persimpangan Jalan Tun Perak dan Raja Laut.

Jumlah peserta sekurang-kurangnya mencecah 2,000 orang.

10.00pm, Dataran Merdeka – Polis membuat barisan hadangan kedua. Peserta dibenarkan melepasi hadangan pertama tetapi ditahan di hadangan kedua.

Hanya yang meraikan sambutan tahun batu dibenarkan melaluinya.

“Di dalam ini siapa yang mahu menyambut tahun baru, jika kamu mahu protes di sebelah sana,” kata OCPD Dang Wangi.

10pm, Jalan Raja Laut – Lebih 3,000 peserta kini berarak ke arah menara DBKL di Jalan Raja Laut dengan pelbagai laungan menuntut penurunan kos sara hidup.

Jalan ditutup berikutan ramainya peserta yang memenuhi keseluruhan jalan. Peserta himpunan terdiri daripada pelbagai bangsa.

9.52pm SOGO - Peserta mula bergerak ke arah jalan Raja Laut.
Kompleks beli belah SOGO telah pun ditutup dan kehadiran demonstran melebihi 1,000 orang.

Peserta yang kebanyakannya terdiri dari anak muda dan mahasiswa mula beratur untuk bersedia berarak.

Keadaan yang bingit menyebabkan ucapan dari pimpinan demo tidak lagi didengari.

Suasana kini bercampur baur dengan sorakan slogan, ucapan, perbualan dan hon kenderaan yang lalu lalang di persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Dang Wangi.

Beberapa kenderaan nampak resah dengan keadaan tersebut dan polis trafik sudah pun meninggalkan persimpangan lampu isyarat di hadapan kompleks.

Peserta turut menyanyi lagu negaraku sebelum mula berarak.

9.40pm, Dataran Merdeka - 
Peserta himpunan sekarang memperolokkan dakwaan kerajaan bahawa mereka mahu “menggulingkan” kerajaan.

Dua orang kelihatan berbaring di jalan dan beberapa yang lain menjerit: “Tepi sikit! Kami nak guling ke Dataran Merdeka”.

Aksi itu cuma diperhatikan orang anggota
 polis di kawasan itu.

9.30pm
SOGO - Lebih 1,000 sudah berkumpul di hadapan kompleks membeli belah SOGO sekarang dengan nyanyian penaik semangat dan sorakan "Turunkan harga barang" dan Hidup Rakyat" masih kedengaran.

Peserta turut mula turun ke Jalan Tuanku Abdul Rahman dan meminta agar kereta membunyikan hon sebagai tanda sokongan. Sebilangan kecil peserta juga mula berarak ke arah Dataran Merdeka.

Mereka dipercayai sedang menunggu pimpinan dari NGO Turun untuk berarak ke arah Dataran Merdeka dan Menara DBKL.

Beberapa peserta turut mengambil kesempatan mengisi perut di gerai yong tau fu dan makanan ringan oleh peniaga di tepi jalan.

Keadaan agak tenang tetapi bingit dan sesak. Masih tiada polis berhampiran.

Dataran Merdeka - Peserta dari Masjid Jamek yang bergerak ke Dataran Merdeka dari Dataran DBKL dibenarkan melepasi lapisan pertama hadangan yang dikawal DBKL.

Bagaimana pun, mereka dihalang oleh satu lagi lapisan yang dikawal polis di depan Panggung Bandaraya.

Pasar Seni - Penyelaras Suaram Syukri Razab kelihatan sedang meninjau di Dataran Merdeka sama ada terdapat tangkapan dibuat oleh pihak polis.

Beliau memberitahu, barisan peguam disediakan jika terdapat sebarang masalah.

9.15pm

Masjid Jamek - 
Kumpulan dari Masjid Jamek mula bergerak ke Dataran Merdeka sambil melaungkan 'Reformasi', "Hidup Rakyat" dan "Bangkit Rakyat".

Sewaktu melintasi Dataran Merdeka, polis dan petugas DBKL kelihatan sudah bersedia di sebalik hadangan masuk ke Dataran Merdeka.

SOGO - Sorakan dan nyanyian pembakar semangat bergema di hadapan kompleks be
li-belah Sogo yang kini dipenuhi hampir 1,000 peserta.

Pengerusi Pemuda Sosialis DAP Teo Kok Seong mengajak semua peserta demonstrasi bersama dan menjaga disiplin ketika berarak ke Dataran Merdeka sebentar lagi.

Beberapa pemimpin SAMM dan SMM turut memberi ucapan.

9.00pm

Dataran Merdeka - Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh tiba.

Kira-kira 50 anggota polis berkawal di persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Tun Perak, yang mesti dilalui peserta perhimpunan sebelum ke Dataran Merdeka.

Konsert ambang merdeka dihentikan sebentar bagi menghormati waktu Isyak.

Pasar Seni - ratusan orang ramai sudah berkumpul di hadapan pintu masuk kompleks itu yang ditampal dengan notis: Dilarang duduk dan berkumpul!

SOGO - pemimpin mahasiswa Fazli Zainul dari Solidariti Mahasiswa Malaysia (SSM) menjadi orang pertama berucap di hadapan kira-kira 400 peserta yang berkumpul.

Beliau mengajak orang ramai yang berhimpun bersabar untuk langkah seterusnya.

"Sama-sama kita ikut berarak membantah kenaikan harga ini. Kita akan bergerak ke Dataran Merdeka sebentar lagi.

Selepas beliau beberapa wakil mahasiswa dari Utara, Kelantan turut berucap memberi mesej yang sama kepa
da hadirin.

Polis masih tidak kelihatan dan pentadbir kompleks SOGO tidak memberi bantahan kepada mereka yang telah pun berkumpul.

Hanya satu Lori DBKL kelihatan di hadapan kompleks ini.

Masjid Jamek - Kelibat orang ramai yang memenuhi pinggir Jalan Tun Perak menyebabkan sedikit kesesakan lalu lintas.

Kenderaan bergerak perlahan untuk mengelak dari merempuh peserta himpunan yang berdiri di bahu jalan.

8.45pm, Masjid Jamek – Di hadapan stesen LRT Masjid Jamek, sekumpulan peserta himpunan memegang sepanduk bertulisan "Tahniah kepada BN. BN = Barang Naik".

Sepanduk sama juga tertulis yang ia datang daripada PKR Johor Baharu.

Seorang lagi peserta himpunan pula kelihatan menjual akhbar Suara Keadilan milik PKR.

8:30pm, SOGO – Keadaan masih aman dengan pelbagai aktiviti berlaku tanpa sebarang gangguan di hadapan kompleks membeli belah Sogo.

Seorang kerani pentadbiran Chang For Bun, 27 berkata beliau turun kerana tidak berpuas hati dengan kenaikan harga barangan yang telah bermula Semarang.

"Jika barang naik harga, semua makanan akan naik juga, kalau sayur naik, daging naik bagaimana? Takkan nak makan daving manusia?

Seorang pelajar Leong Yung Hong, 19 datang membantah kerana kehidupan beliau sebagai pelajar kolej semakin susah.
 
"Saya nak bagi mesej kepada kerajaan agar jangan lakukan ini (kenaikan). Kita semua sudah dalam situasi yang susah, jangan tambah lagi kesusahan itu," kata beliau.

Kelihatan juga peniaga menjual minuman, kemeja-t malah membuat persembahan di kaki lima hadapan kompleks beli belah itu.

Kira-kira 300 pengunjung dan peserta demonstrasi pelbagai agama dan bangsa sedang bersantai di sini.

8:20pm, Dataran Merdeka – Konsert ambang tahun baru sudah bermula. Peserta, kebanyakan golongan muda dan anggota keluarga kira-kira 500 orang berkumpul.

Kehadiran polis sebelum itu kelihatan bertambah ramai dengan sekurang-kurangnya dua trak dan sembilan bas. Justeru, ia bermaksud kira-kira 400 orang anggota sudah berada.

Sekurang-kurangnya lima ambulans kelihatan di kawasan itu.

8.05pm, Sogo – Sekumpulan pelajar yang datang daripada Kelantan memberitahu, mereka datang dari jauh untuk berhimpun kerana merasakan peningkatan kos sara hidup berlaku secara tidak adil.

“Kami di sini untuk mempertahankan hak rakyat,” kata seorang daripada mereka, Aziz Afiq Abdul.

Masih tidak ramai orang hadir di sekitar pusat membeli belah itu sementara peserta perhimpunan perlahan-lahan memenuhinya.

7.50pm, Dataran DBKL – Cuaca di Dataran DBKL berangin dan berawan. Sesekali guruh berdentum menandakan hujan hendak turun.

Hanya beberaapa pegawai DBKL dilihat di sekitar kawasan itu. Ini berbeza dengan di Sogo apabila kira-kira 200 orang sudah berkumpul di kawasan itu.

Mereka malah solat Maghrib secara berjemaah di situ.

7.45pm, Central Market – Tiada tanda-tanda kehadiran peserta perhimpunan. Tetapi beberapa pegawai polis bersama kereta peronda kelihatan sudah berada di kawasan itu.

Hanya kelihatan pelancong yang masih leka membeli belah tanpa mengetahui apa yang bakal berlaku.

7.35pm, Dataran Merdeka – Orang ramai yang menantikan sambutan tahun baru mula berkumpul di jalan bertentangan bangunan Sultan Abdul Samad. Kkonsert dijangka bermula pada jam 8 malam.
Jangan tambah sengsara rakyat, kata Saifuddin
3:21PM Dis 31 2013  
CEO Yayasan Pergerakan Moderat Global Datuk Saifuddin Abdullah menggesa kerajaan menyemak semula keputusan berhubung kos sara hidup agar tidak menambah lagi sengsara yang ditanggung oleh anggota masyarakat.

Dalah satu perutusannya sempena sambutan tahun baru hari ini, bekas MP Temerloh itu juga berharap agar tahun 2014 menjadi “tahun penyembuhan”.

“Kita percaya rakyat Malaysia secara umumnya orang yang bertimbang rasa. Mereka boleh menghargai cabaran yang perlu dihadapi oleh kita sebagai satu negara, jika pendekatan yang digunakan, dasar yang dilaksana dan program yang dijalankan itu munasabah,” katanya.

Beliau berkata, rakyat di negara ini sudahpun menghadapi suasana politik tidak menentu sejak dua tahun lalu.

“Apabila rakyat merasakan bahawa tindakan kerajaan tidak munasabah mereka akan berasa tidak puas hati,” katanya.
Saifuddin berkata mudah untuk memahami sebab kebimbangan masyarakat ke atas nasib mereka pada tahun depan.

Katanya, ini berasaskan kebimbangan pada ke atas kemungkinan peningkatan besar pada kos sara hidup, isu keagamaan yang tak selesai, isu kebebasan media dan juga hak asasi.

“Maka boleh dikatakan bahawa ada di antara kita akan meninggalkan 2013 dengan perasaan perit, kata Saifuddin.

Katanya, beliau mengalu-alukan pengumuman perdana menteri untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan, namun kerajaan perlu bertindak setakah lagi untuk membendung rasuah dengan memperkenalkan sistem perolehan dan bidaan tender secara elektronik.
Asri: Penjimatan mesti termasuk golongan istana
 
Sebelas langkah baru perdana menteri untuk mengurangkan perbelanjaan sektor awam nampaknya tidak diterima semua pihak, dengan beberapa individu terkenal tampil menyatakan perasaan tidak puas hati mereka.

"Apa pandangan saya untuk 11 langkah kurangkan perbelanjaan? Tiada pengorbanan, tiada kejayaan.

"Dalam kes ini, ia tidak sama dengan kesakitan rakyat, jadi kamu tidak dapat kasih sayang kami. Maaf," kata aktivis dan kolumnis Marina Mahathir (kiri).

Beliau berkata demikian sebagai mengulas langkah terbaru Datuk Seri Najib Razak, selari dengan rungutan orang ramai berhubung kenaikan harga barangan dan perkhidmatan serta kos sara hidup.

Sementara itu, bekas mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula berkata, pengurangan kos mesti melibatkan pelbagai pihak, termasuk golongan istana.

"Ramai tidak mahu kata, saya terpaksa kata. Potongan penjimatan hendaklah di semua peringkat termasuk golongan istana," tulisnya di Twitter.

Bagaimanapun, langkah perdana menteri mengumumkan 11 langkah penjimatan tetap menerima sokongan dari anggota kabinet, sepertiyang disuarakan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohammed Khaled Nordin.

"Najib umum 11 langkah penjimatan belanja kerajaan... sokong!," tulisnya.
Turut memberi sokongan ialah ketua Pemuda Parti Gerakan Kedah, Tan Keng Liang yang berpendapat tindakan tersebut adalah langkah yang betul.

"Rakyat Malaysia mahu kerajaan mengurangkan kos pentadbiran sebelum manaikkan sebarang cukai. Pengumuman PM@najibrazak pastinya salam usaha yang betul," tulisnya.
Nazri minta penganjur berhimpun hari lain
 
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz meminta penganjur perhimpunan haram menukar tarikh perhimpunan supaya tidak diadakan serentak dengan sambutan ambang Tahun Baharu 2014 malam ini.

Dengan nada sinis Mohamed Nazri berkata jika penganjur menukar tarikh perhimpunan tersebut, ianya mungkin boleh dijadikan "produk pelancongan" yang baharu kepada pelancong dari luar negara.

"Kita boleh menunjukkan dan membuktikan Malaysia mengamalkan demokrasi politik segar di mana rakyat boleh berprotes secara haram tanpa ditangkap.

"Mungkin saya boleh panggil pelancong untuk melihat keburukan segelintir parti politik di negara ini," katanya dengan nada sinis ketika diminta mengulas mengenai perhimpunan haram untuk mengguling kerajaan yang akan diadakan malam ini di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur serentak dengan sambutan ambang tahun baharu.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2014 oleh Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang hari ini.

Turut hadir Presiden Matta Hamzah Rahmat; Pengarah Urusan Malaysia Airport Holding Bhd (MAHB) Tan Sri Bashir Ahmad Abdul Majid dan  Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Rashidi Hasbullah.

Mohamed Nazri berkata amalan berprotes adalah suatu benda biasa yang juga dilakukan di negara lain seperti di Mesir dan Ukraine namun janganlah dilakukan pada hari orang ramai ingin menyambut tahun baharu.

"Malam ini orang ramai mempunyai pilihan sama ada hendak ke Dataran Merdeka untuk menyambut tahun baharu atau menyertai perhimpunan haram," katanya.

Sementara itu ketika mengulas mengenai pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pengurangan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus, beliau menyokong pengurangan itu kerana baginya jemaah menteri bekerja untuk rakyat.

"Saya rasa dengan keadaan ekonomi sekarang, jemaah menteri sepatutnya mendahului perkara ini walaupun elaun wakil rakyat di Selangor naik tetapi kita (BN) mengurangkannya. Apa yang penting kita cukup makan dan memberi perkhidmatan kepada rakyat," katanya.

Perdana Menteri semalam mengumumkan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam, termasuk mengurangkan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus, berkuatkuasa 1 Jan.

- Bernama

RAKAMAN BEBERAPA KEPING GAMBAR SUASANA PERHIMPUNAN GERAKAN TURUN KOS SARA HIDUP (TURUN) 31HB DISEMBER 2013 .. LOKASI SOGO SETAKAT JAM 8.15MLM!!


Orang ramai terutamanya anak-anak muda telah mula berkumpul dibeberapa lokasi untuk sama-sama menyokong Perhimpunan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) dan bukannya perhimpunan guling kerajaan sepertimana ditohmah dan di fitnah oleh UMNO/BN.

Walaupun beberapa cara untuk menakut-nakutkan rakyat termasuk ugutan telah dilakukan namun rakyat tetap jua bertekad untuk sama-sama memberikan sokongan padu pada usaha murni agar kerajaan zalim UMNO/BN pimpinan Najib Razak ini perlu dengar rintihan dan keluhan resah rakyat yang amat terhimpit dengan kos sara hidup yang dikira mendera dan menyeksa rakyat kini.


Omak Kau akan melaporkan dari masa kesemasa mengenai perkembangan Perhimpunan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN).... STAY TUNED.

Rakaman gambar terkini dan terbaru akan di muat naik dari masa kesemasa.

HIMPUNAN ANTARA GAMBAR-GAMBAR YANG MENARIK DI PERHIMPUNAN GERAKAN TURUN KOS SARA HIDUP (TURUN) 31HB DISEMBER 2013 DI DATARAN MERDEKA!!!!!


MOOD RAKYAT UNTUK BERHIMPUN SECARA AMAN MELUAHKAN BANTAHAN DAN KEMARAHAN KEPADA KERAJAAN ZALIM UMNO/BN PIMPINAN NAJIB RAZAK TIDAK PERNAH LUNTUR .. SEMAKIN HARI SEMAKIN KEMBANG SUBUR.

Beberapa rakaman gambar pada sudut mata hati Omak Kau yang anggap agak menarik Perhimpunan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) malam ini 31hb Disember 2013 di Dataran Merdeka untuk di kongsi bersama.

Semoga janji Najib Razak yang sentiasa mendengar keluhan rakyat adalah realiti bukannya sekadar retorik cakap pakai air liur basi.






RIBUAN LAPORAN POLIS OLEH JUAK-JUAK UMNO MENYEBABKAN PERHIMPUNAN GERAKAN TURUN KOS SARA HIDUP (TURUN) MALAM INI HAMBAR, LESU, LEMAH LONGLAI, LEMAU, SUNYI SEPI DAN TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN LANGSUNG



Setelah beribu laporan polis di buat oleh para balaci UMNO termasuk dari Perkasa, Pekida, Pesaka, wanita UMNO, Puteri UMNO, Pemuda UMNO, Ali Tinju .. yang muda tua, wanita dan gadis berduyun- duyun kebalai polis untuk membuat repot maka akhirnya kerja "suci murni bersih " demi mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara berbaloi??????.

Penat lelah kerja kuat menjerit terpekik terlolong sambil membawa bunting bergambar depan balai polis telah mendapat hasil yang diharapkan?????.

Rakyat terutamanya anak-anak muda begitu semangat sekali turun beramai-ramai tanpa ada rasa gentar, cuak dan takut dalam suatu Perhimpunan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) malam ini 31hb Disember 2013 di Dataran Merdeka.

Sebenarnya jika macai-macai, balaci-balaci dan juak-juak UMNO tidak buat kecoh membuat laporan polis serta media lidah biawak UMNO hebohkan di akhbar dan telivisyen sertta radio mungkin sambutan tidak sehangat ini.

Kerajaan masih degil dan tidak mau belajar dari sejarah Perhimpunan Bersih dulu bagaimana berpusu-pusu rakyat turun memberikan sokongan hanya disebabkan ada tekanan kuat dari kerajaan UMNO/BN.

Lagi kuat di tekan lagi kuat rakyat memberikan sokongan... Lagi kuat di fitnah lagi kuat rakyat bangkit membantah.

Tiada ulasan: