Laporan langsung Himpunan Turun
- Dec 31, 2013
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Di sebalik keghairahan sambutan tahun baru 2014 penuh temasya oleh sesetengah pihak malam ini, sebahagian rakyat Malaysia memilih untuk turun membantah kenaikan kos hidup yang bakal dihadapi menjengah tahun baru esok.
Pada malam ini, ramai rakyat Malaysia dijangka turun untuk menyatakan bantahan secara aman khususnya di Dataran Merdeka, di mana tempat berlangsungnya acara sambutan ambang 2014 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), yang menelan belanja hampir RM15 juta.
Himpunan malam ini dinamakan 'Himpunan Turun' yang merupakan inisiatif dari rakyat sendiri yang diketuai Kumpulan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) dan beberapa lagi NGO lain.
Dengan konsep "Duduk dan Bantah" dengan pakaian hitam, himpunan malam ini dijangka bermula jam 9 malam, sehingga tiba detik jam 12 malam.
Pihak berkuasa bagaimanapun melabelkan perhimpunan malam ini sebagai "Himpunan Guling Kerajaan", dan mengancam akan bertindak tegas terhadap mereka yang terlibat.
Beberapa bukti turut ditampilkan sebagai menyokong dakwaan tersebut termasuk penemuan bom yang dikaitkan dengan himpunan malam ini.
LAPORAN LANGSUNG
12.10 AM: Kelihatan peserta himpunan mula beredar keluar dari kawasan Dataran Merdeka dengan aman. Tiada kekacauan berlaku.
Pertama kali dalam sejarah tiada persembahan bunga api di Dataran Merdeka pada malam ini.
11.56 PM: Beberapa minit menjalang detik 12 malam memasuki tahun 2014. Dataran Merdeka masih aman. Peserta himpunan Turun memenuhi kawasan padang dan persekitaran Dataran.
Pihak polis dan anggota DBKL dilihat terus berkawal.
11.30 PM: Pesembahan dan musik dihentikan. menunggu detik jam 12 malam. Kelihatan ada dikalangan penonton mula bergerak keluar dari kawasan dataran.
11.20 PM: Suasana himpunan masih aman, tiada sebarang kekecohan. Sebahgian peserta sudah memasuki kawasan Dataran.
11.05 PM: AJK PAS PUSAT, Dr Dzulkefly Ahmad berkata ini kali pertama himpunan sebegini diadakan pada waktu malam, dan terbukti ianya aman.
"Kita harap keadaan ini berterusan sehingga tamat himpunan," katanya ketika berucap.
11.00 PM: Difahamkan berlaku sedikit kekecohan ketika peserta mahu melepasi benteng keselamatan menuju ke Dataran sebentar tadi.
Terdapat orang ramai terhimpit. Bagaimanapun suasana kembali terkawal sejurus selepas itu selepas polis mengawal keadaan.
10.50 PM: Pengarah Juham Noorazmir Zakaria berkata, tiga talian Hotline yang disediakan pihak mereka untuk aduan kes tangkapan malam ini telah di hack oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Menurut beliau, pihaknya menerima laporan dari orang ramai bahawa ada menerima mesej berbaur lucah dari ketiga-tiga nombor tersebut.
Pihak tersebut juga menggunakan nombor itu untuk menyebar mesej provokasi.
"Nombor-nombor 'hotline' JUHAM 016-6346633, 016-6241133 telah diceroboh (hacked) oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kami mendapat maklumat bahawa sms lucah dan menghina telah dihantar melalui nombor-nombor tersebut kepada pihak ketiga.
"SILA AMBIL PERHATIAN, pihak JUHAM tidak pernah menghantar apa-apa sms kepada mana-mana pihak, nombor-nombor tersebut hanya untuk pihak JUHAM menerima sms mengenai aduan dari mana-mana pengadu sahaja," dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
10.45 PM: Pelbagai gelagat bantahan ditunjukkan peserta yang hadir malam ini. Masing-masing mereka menggunakan kreativiti tersendiri dalam menyuarakan bantahan.
10.40 PM: Himpunan Turun malam ini masih berlangsung aman. Peniaga turut mengambil peluang membuka gerai ditepi-tepi jalan.
Bagaimanapun Utusan Online melaporkan, polis menemui empat parang panjang dan tiga pisau rambo dipercayai ada kaitan dengan rancangan dengan perhimpunan 'menggulingkan kerajaan' malam ini .
10.35 PM: Pihak Polis membenarkan peserta himpunan masuk ke kawasan Dataran Merdeka yang ketika ini sedang berlangsung acara konsert.
10.30 PM: Gambar menunjukkan suasana orang ramai yang berpakaian hitam di LRT Bandaraya sedang menuju ke Dataran Merdeka.
10.20 PM: Dianggarkan lebih 10,000 orang sudah berkumpul di kawasan Dataran Merdeka dan jumlah ini dijangka terus bertambah menjelang detik 12 malam ini.
Pengerusi Turun, Azan Safar turut memberikan ucapan. Beliau adalah individu yang sebelum ini ditahan pihak polis ekoran penganjuran himpunan malam ini.
10.15 PM: Sebahagian peserta mengambil tempat dengan memenuhi jalan raya di kawasan sekitar dengan dengan kawalan pihak polis.
Ada di antara mereka dilihat mengambil kesempatan bergambar dan bertegur sapa mengucapkan terima kasih kepada pihak polis.
10.10 PM: Kelihatan Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat sekali lagi menyampaikan ucapan kepada peserta yang berkumpul berhampiran Dataran Merdeka.
Antara lain beliau berkata, himpunan malam ini adalah himpunan mengembalikan maruah dan hak rakyat.
""Saya hadir ini bagi menghalang sebarang usaha guling kerajaan. Namun nampaknya ia berlangsung dengan aman. Syabas kepada yang hadir kerana kita dapat berhimpun dengan aman jika tiada provokasi dari pihak tidak bertanggungjawab," katanya.
Ratusan anggota polis serta FRU dilihat berkawal di jalan masuk ke Dataran.
10.05 PM: Dataran Merdeka- Beberapa pemimpin parti politik serta aktivis mula berucap di lokasi berdekatan dataran. Turut berucap Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia Badrul Hisham Shaharin.
Laungan "Turun Harga Barang,Turun Harga Minyak, Turun Harga Gula" bergema.
10.00 PM: Dataran Merdeka- Peserta himpunan dilihat semakin ramai. Mereka memenuhi sepanjang jalan sehingga ke Masjid Jamek..
Di pentas utama dataran, sedang berlangsungnya konsert nyanyian anjuran DBKL. Suasana sorakan penonton bagaimanapun meneggelamkan bunyi nyanyian.
9.50 PM: Perhimpunan aman malam ini turut disertai pelbagai lapisan masyarakat, merentas etnik dan ideologi.
Wakil seniman Paksi Rakyat (Paksi) Hasni Abas turut bersolidariti bersama malam ini. Kumpulan mereka berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman.
9.45 PM: SOGO- Kumpulan yang bergerak dari Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut tiba di hadapan Sogo dan mula bergabung dengan peserta yang sedia menunggu di sini.
Mereka terus bergerak menuju ke Dataran Merdeka.
9.40 PM: SOGO- Laungan 'Hidup Rakyat', 'Bangkit Rakyat', 'Tumbang BN' berterusan digemakan. Mereka juga beransur-ansur bergerak ke Dataran Merdeka. Cuaca baik malam ini dilihat memudahkan pergerakan peserta.
Kelihatan anggota trafik turut mengawal lalulintas sementara pengguna jalan raya dilihat turut membunyikan hon tanda sokongan.
9.30 PM: DATARAN MERDEKA- Suasana di sekitar Dataran Merdeka mula dipenuhi mereka yang berpakaian hitam. Dianggar ribuan sudah memenuhi jalan masuk ke Dataran Merdeka dan kawasan sekitarnya termasuk dari Jalan Sultan dan Jalan TAR.
9.25 PM: Kumpulan dari Pejabat AGung PAS di Jalan Raja Laut mula bergerak menuju ke Dataran Merdeka. Pergerakan mereka diawasi pasukan Unit Amal yang turut menjadi barisan hadapan.
Turut kelihatan Pengerusi Kumpulan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Azan Safar turut bergerak bersama kumpulan ini.
9.20 PM: SOGO- Hampir 300 orang memenuhi kawasan dataran hadapan kompleks membeli belah ini. Sebahagian mereka mula bergerak ke Dataran Merdeka secara berperingkat.
Sekumpulan anak muda menunjukkan playkad bertulis "Rakyat Sengsara Tahun 2014" kepada orang ramai yang lalu lalang di sini, sebagai suara bantahan yang akan digemakan malam ini.
9.15 PM: PEJABAT AGUNG PAS- Naib Presiden PAS Salahudin Ayub turut memberi ucapan kepada peserta di sini. Beliau bersama beberapa lagi pimpinan PAS dijangka mengetuai perjalanan dari sini ke Datan Merdeka.
9.10 PM: PEJABAT AGUNG PAS- Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat memberikan ucapan semangat kepada peserta himpunan yang berkumpul di hadapan bangunan pejabat PAS di Jalan Raja Laut ini.
Turut serta beberapa lagi exco serta pimpinan pemuda yang lain.
9.05 PM: SOGO- Empat orang anak muda dari Lumut , Perak memberitahu mereka berkongsi duit minyak untuk sama-sama datang ke Kuala Lumpur bagi menyertai himpunan ini.
Salah seorang dari mereka, Hafiz Sulung, 23, bertolak dari Lumut jam 1 petang tadi dan tiba di kompleks membeli belah Sogo kira-kira jam 7 petang ini.
Mereka menjelaskan penyertaan mereka malam ini atas dasar kesedaran dan tekanan yang dirasai akibat kenaikan kos hidup yang semakin tinggi.
9.00 PM: SOGO- Dua orang kakitangan kerajaan yang ditemui oleh Harakahdaily di sini turut menyatakan sokongan kepada himpunan ini. Mereka menyifatkan peserta malam ini sebagai mewakili rakyat terbanyak yang terbeban dengan kos sara hidup.
"Kami guru, jadi tak boleh sertai himpunan ini. Tadi dah dapat memo dari pengetua melarang guru sertai himpunan ini," kata salah seorang darinya yang enggan memberi nama.
8.45 PM: SOGO- Kehadiran di sini mencecah 300 orang dan dijangka terus bertambah dari masa ke masa.
8.40 PM: PEJABAT AGUNG PAS- Sekumpulan pasukan Unit Amal yang terkenal dengan jolokan 'tentera merah' dilihat berkumpul dan mengadakan perbarisan sebagai persediaan mengawal keselamatan peserta himpunan malam ini.
Turut kelihatan, orang ramai yang berpakaian hitam mengambil tempat memulakan himpunan di sini sebelum bergerak ke Dataran Merdeka berjarak kira-kira 3 kilometer.
8.30 PM: SOGO- Orang ramai dengan berpakaian hitam mula berkumpul di hadapan kompleks membeli belah Sogo. Kehadiran mereka dikatakan tiba seawal jam 6 petang.
Majoriti di yang berkumpul di sini adalah dari kelompok aktivis mahasiswa dan juga anak-anak muda.
Beberapa pemimpin mereka dilihat memberikan ucapan ringkas sambil melaungkan 'Hidup Rakyat, Bangkit Anak Muda'.
'Flash mob' bantah kenaikan kos hidup
- Dec 31, 2013
- HARAKAHDAILY
SHAH ALAM: Dewan Pemuda PAS Selangor hari ini mengadakan 'flash mob' bantahan kepada kenaikan harga barangan dan kos sara hidup yang bakal dihadapi rakyat menjelang esok, 1 Januari 2014.
Flash mob tersebut diadakan di Tol Rasau di sini bermula jam 5.30 hingga jam 6.30 petang tadi diketuai Ketua Pemuda PAS Selangor Syarhan Humaizi.
Kira-kira 200 orang majoritinya anak muda menyertai flash mob yang berlangsung secara aman itu dengan kawalan pihak polis.
Selain mempamerkan poster bantah, mereka juga turut mengedarkan kalender 2014 yang berlatarbelakangkan barangan dan perkhidmatan yang dinaikkan harga oleh kerajaan BN.
Flash mob itu turut mendapat maklumbalas positif daripada pengguna jalan raya yang turut membunyikan hon ketika melalui tol tersebut.
"Kita menyeru seluruh rakyat terutama anak muda utk bangkit bersama-sama dengan Pemuda PAS bagi membantah kenaikan kos hidup yang menghimpit.
"Flash mob ini akan berterusan ke semua daerah negeri Selangor," katanya.
Pas Bagan Parit Sulong shared Che Murad Abdullah's photo.
cekapnya
kepimpinan BN memerentah negara kita sehingga rakyat jelata terhimpit
dengan hutang yang begitu tinggi yang mana kebanyakannya adalah
berkaitan dengan kos pembelian kereta
dan rumah kediaman.
Tetapi kepimpinan BN masih lagi tak berpuashati lagi kerana ianya belum
mencapai 90% rakyat terhutang maka dengan itu maka pelbagai kenaiakn
cukai dan tariff perlu dikenakan seperti kenaikan tariff elektrik, tol,
harga minyak, gas dan juga barang2 kegunaan harian
KOTA BHARU: Kehadiran tahun baru 2014 membawa makna tersendiri kepada kerajaan negeri apabila turut mendapat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang baru.
Datuk Faudzi Che Mamat sebelum ini bertugas sebagai Pegawai Kewangan Negeri dilantik sebagai SUK menggantikan Datuk Dr Zainuddin Ibrahim yang bersara mulai esok.
Faudzi berkata, pelantikan beliau merupakan satu tanggungjawab yang berat dan memerlukan kerjasama semua pihak termasuk kepimpinan kerajaan dan kakitangan awam.
“Insya-Allah hasil kerja yang ditinggalkan Datuk SUK akan diteruskan. Saya juga junjung kasih kepada Tuanku yang memperkenankan pelantikan saya dengan restu Menteri Besar,” katanya pada ucapan sulung sempena majlis persaraan SUK di Dewan Teratai petang ini.
Majlis persaraan dan penyerahan tugas itu disaksikan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob. Turut hadir Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, anggota-anggota Exco dan ketua-ketua jabatan.
Dr Zainuddin ketika berucap di majlis sama memberitahu dapat menimba pengalaman yang amat berharga di bawah kepimpinan ulama di Kelantan.
Katanya, beliau bertugas selama 30 tahun sebagai penjawat awam akan mengikut jejak rakan-rakan lain yang sudah bersara dalam perkhidmatan awam.
“Saya gembira kerana dapat membantu kerajaan negeri membawa misi Membangun Bersama Islam dan penerapan pentadbiran berteraskan konsep Ubbudiyah, Masuliyyah dan Itqan.
“Saya berharap usaha-usaha itu dapat diteruskan sepanjang masa. Saya akan cuba menikmati keseronokan sebagai pesara bermula esok,” ujar beliau.
Beliau turut merakamkan ucapan junjung kasih kepada Sultan Kelantan kerana dapat berkhidmat sebagai SUK selama dua tahun enam bulan.
Beliau juga turut merakamkan penghargaan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan penggantinya sekarang.
KUANTAN: Susulan banjir besar yang melanda negeri
Pahang dan Terengganu baru-baru ini, Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) dicadangkan memberi kelonggaran dengan menangguhkan yuran
pesekolahan kepada ibu bapa pelajar yang tidak mampu.
Cadangan tersebut diutarakan oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) bagi meringankan sedikit beban berganda yang ditanggung mangsa banjir.
Penyelaras Angkara Mohd Shukri Mohd Ramli dalam kenyataannya yang dihantar kepada media menyebut, wang gaji mangsa banjir bulan ini sebahagian besarnya terpaksa digunakan untuk membeli kelengkapan asas rumah yang lebih penting untuk membina hidup baru, selepas harta benda mereka ranap dilanda musibah itu.
“Justeru, kebanyakan mereka kesempitan wang untuk membuat persiapan persekolahan anak masing-masing sehingga ada yang hanya mampu beli pakaian sekolah sahaja, malah ada yang langsung tidak mampu dan terpaksa mengharapkan bantuan kerajaan.
“Yuran sekolah yang kini mencecah hampir RM200 pasti akan membebankan lagi hidup mereka. Bayangkan jika ada dua, tiga atau lebih anak yang bersekolah. Maka sudah pasti akan lebih menyiksa diri mereka. Oleh itu langkah penangguhan adalah wajar bagi meringankan bebanan mereka,” ujarnya.
Menurut Shukri, penangguhan bukan bermakna anak-anak mereka tidak diberi apa-apa malah pihak sekolah wajar memberikan segala peralatan seperti alat tulis, buku kerja serta barangan lain seperti biasa kepada pelajar mangsa banjir.
Tambahnya, cuma bayaran terbabit ditangguhkan sama ada secara ansuran bulanan atau sebagainya bagi membolehkan anak-anak mangsa banjir dapat belajar seperti biasa seperti pelajar-pelajar lain tatkala sesi persekolahan bermula minggu ini.
“Jika bank, Tekun serta lain-lain agensi boleh memberi kelonggaran dengan penangguhan bayaran pinjaman kepada mangsa banjir, maka adalah wajar KPM mengambil langkah yang sama.
“Semoga cadangan ini dapat diperhalusi dan diberi perhatian oleh Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin hendaknya di atas semangat slogan rakyat didahulukan,” katanya.
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) hari ini menyerahkan memorandum membantah kenaikan tarikh elektrik pada tahun 2014 kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) di ibu pejabatnya di Bangsar.
Memorandum tersebut mendesak TNB, dan Penjana Tenaga Bebas (IPPs) menarik semula pengumuman semakan tarif elektrik yang akan diimplementasikan ke atas rakyat bermula pada 1 Januari 2014 ini memandangkan tiada sebarang faktor kritikal yang mewajarkan kenaikan tersebut.
Selain itu, memorandum turut mendesak agar pihak Kerajaan Malaysia mengkaji semula penstrukturan industri tenaga domestik di negara ini yang bermula dengan keberkesanan polisi penswastaan TNB sehinggalah kepada pendedahan intipati Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) bersama IPPs.
Kerajaan Malaysia juga diminta mendedahkan rezab kapasiti elektrik yang sedia ada untuk mengelakkan pembayaran yang tidak adil antara TNB dan IPPs. Ini bertujuan bagi memastikan keefisyenan pembayaran syarikat awam terhadap pihak yang berkepentingan tinggi dalam industri ini. Sehubungan dengan itu, DPPWP juga mendesak agar pihak kerajaan mendedahkan jumlah keseluruhan pembayaran pembelian tenaga yang telah dibuat daripada generasi pertama IPPs sehingga ke generasi ketiga.
Menurut Penyelaras Kempen Bantah Kenaikan Tarif Elektrik Nurul Islam Mohamaed Yusoff, rombongan DPPWP disambut baik pihak TNB yang diwakili Pengarah komunikasi Korporat, Omar Sidek.
"Bagi pihak kempen bantah kenaikan tarif elektrik, kita faham bahawa bukan TNB yang bertanggungjawab terhadap kenaikan.
"Kerajaan yang putuskn untuk menarik subsidi. Persoalan kita kenapa kerajaan buat keputusan tarik subsidi rakyat sedangkn itu hak rakyat. Sedangkan subsidi kepada pemimpin umno dan kroni yang saban tahun dilaporkan dalam Laporan Audit Negara yang sepatutnya diambil tindakan," katanya.
Memorandum yang sama turut diserahkan kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia di Putrajaya petang ini.
Memorandum diterima Ketua Komunikasi Korporat dan Hubungan Publik Noraini Kassim.
Menurut DPPWP, peningkatan tarif elektrik ini adalah berpunca daripada pengurangan subsidi gas yang dilakukan oleh kerajaan terhadap TNB dan Penjana Tenaga Bebas (IPPs) sehingga mengakibatkan kenaikan tarif elektrik dan seterusnya membebankan pengguna.
Daripada maklumat yang diperolehi, Kerajaan Malaysia melalui Petronas telah memberi subsidi (revenue foregone) kepada sektor tenaga pada tahun 2012 sebanyak RM 15.6 bilion, 51.5% lebih tinggi berbanding RM 10.3 bilion pada tahun 2011.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM 4.9 bilion (2011:RM 3.9 bilion) diberikan kepada Tenaga Nasional Berhad manakala RM 6.7 bilion (2011:RM 6.4 bilion) kepada Penjana Tenaga Bebas (IPPs).
Laporan kewangan tahunan mendedahkan sejak tahun 2011 hingga 2013, TNB telah mencatat keuntungan berturut-turut. Pada tahun 2011, TNB memperoleh RM 964.5 juta manakala pada tahun 2012 pula telah mencecah sebanyak RM 4.4 bilion. TNB terus mencatatkan keuntungan pada tahun 2013 sebanyak RM 4.6 bilion. Ini menunjukkan subsidi yang diberikan oleh kerajaan contohnya pada tahun 2011 dan 2012 telah meningkatkan keuntungan kepada TNB.
Perkara yang sama juga turut berlaku kepada IPPs. Daripada maklumat yang diperoleh, sebanyak 14 IPPs yang beroperasi di Semenanjung Malaysia, 7 IPPs di Sabah dan sebuah IPP bersekutu di Sarawak.
"Sehubungan itu, rakyat terpaksa menanggung beban akibat daripada ‘perjanjian perniagaan’ yang termeterai antara kerajaan, TNB dan Penjana Tenaga Bebas (IPPs). Walaupun langkah perlindungan sosial diperkenalkan iaitu pengecualian kenaikan terhadap kira-kira 71% pengguna domestik, namun ia tetap akan memberi kesan rantaian yang tinggi terutama dalam kos pengeluaran barang dan perkhidmatan," katanya.
KUANTAN:
Jabatan Pelajaran Malaysia di Mesir masih belum memohon kepada
Kementerian Pelajaran untuk membawa pulang pelajar Malaysia berikutan
insiden pertempuran antara pelajar Universiti Al-Azhar dan pasukan
keselamatan Mesir, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin
Yassin.
Beliau berkata lebih 3,000 pelajar Malaysia di Mesir telah ditempatkan di universiti-universiti di Malaysia semasa berlakunya pergolakan sebelum ini di negara itu.
"Masih belum ada keputusan dibuat mengenai keperluan untuk membawa pulang pelajar Malaysia di Mesir," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan peralatan sekolah sumbangan Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) di Sekolah Kebangsaan Permatang Badak, di sini, hari ini.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, menghadiri taklimat di Jabatan Pelajaran Pahang mengenai pasca banjir di negeri ini dan persediaan bagi memastikan kesemua 41 buah sekolah yang terjejas banjir baru-baru ini sedia untuk memulakan sesi persekolahan 2014 pada Khamis ini.
Pertempuran berlaku pada Ahad di seluruh kampus lelaki di Universiti Al-Azhar antara pasukan keselamatan Mesir dan pelajar yang menyokong bekas Presiden Mohammed Mursi.
Peperiksaan akhir semester akhir univesiti itu juga dilaporkan ditunda berikutan insiden berkenaan. - Bernama
KUALA LUMPUR:
Tindakan pentadbiran Dato’ Seri Najib Razak memotong elaun keraian
anggota kabinet hanya mengulangi apa yang dilakukan oleh pentadbiran Tun
Abdullah Ahmad Badawi (gambar) pada 2008 yang juga mengumumkan pemotongan elaun keraian menteri sebanyak 10 peratus.
Namun langkah itu tidak sedikit pun menghentikan pembaziran dan keborosan BN sehingga defisit berpanjangan selama 16 tahun berturut-turut, tegas Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan sekali lagi bahawa punca utama masalah kewangan negara adalah pucuk pimpinan pentadbiran yang tidak serius membanteras rasuah malah terpalit dengan rasuah.
"Akibat amalan rasuah inilah banyak projek yang ditanggung kerajaan dibayar pada harga berkali ganda mahal atau pun menjadi pembaziran kerana tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat," ujarnya.
Sehubungan itu, beliau mencabar pentadbiran Najib menghentikan perjanjian-perjanjian berat sebelah dan dasar kerajaan yang membebankan rakyat jika kerajaan BN serius mahu menangani krisis kenaikan kos sara hidup.
Empat tindakan yang perlu dilaksanakan secepat mungkin itu jelas beliau adalah:
1. Menurunkan cukai eksais kereta serta-merta sebanyak 30% ke arah menghapuskan cukai eksais kereta sepenuhnya. Hutang kereta adalah salah satu bebanan utama rakyat dan penurunan cukai eksais kereta akan mengurangkan tanggungan hutang bulanan;
2. Menghentikan kenaikan tol seperti yang dirancang dan merundingkan kembali perjanjian-perjanjian konsesi tol supaya lebuhraya yang sudah mendapat kembali modal pelaburan dikembalikan kepada rakyat;
3. Membatalkan peruntukan untuk projek yang bertujuan memberi ruang berbelanja kepada menteri-menteri tanpa matlamat yang jelas, contohnya peruntukan untuk National Blue Ocean Strategy (NBOS) yang berjumlah RM278 juta seperti yang diumumkan di dalam Belanjawan 2014;
4. Membekukan kesemua program penswastaan yang diusahakan oleh Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) terutamanya penswastaan kampus-kampus UiTM di seluruh negara yang dijangka membebankan rakyat dan kerajaan dengan berbilion ringgit yang perlu dibayar sebagai sewa kepada pemegang konsesi di masa hadapan.
"Perkara-perkara yang saya senaraikan di atas adalah contoh-contoh langkah mudah yang boleh diambil sekiranya Dato’ Seri Najib benar-benar prihatin dengan kepayahan rakyat.
"Pengumuman beliau setakat ini hanyalah reaksi gentar kepada suara kemarahan rakyat yang semakin dizahirkan akhir-akhir ini, bukanlah satu langkah penyelesaian yang berkesan," tegasnya lagi.
LOKASI:- Padang Majlis Bandaran Butterworth, Pulau Pinang.
TARIKH:- 31hb Disember 2013 jam 7.30 malamACARA:- Sembang Ambang 2014 bersama Ustaz Azhar Idrus.
Lihatlah dengan mata kepala sendiri akan rakaman-rakaman gambar di atas ... Adakah patut Kerajaan DAP/PR melekakan rakyat yang beragama Islam berbangsa Melayu dengan syarahan ugama oleh Ustaz Azhar Idrus sempena Menyambut Tahun baru Masehi 2014.
Ini sudah lebih!!!!!! .. jangan cabar kesabaran Pemuda UMNO, Perkasa, Jati, Pekida, Pesaka dan beberapa NGO yang berjiwa dan berdarah UMNO pekat.
Kalau kerap sangat kerajaan DAP/PR Pulau Pinang menyokong dan membenarkan susana sebegini di Pulau Pinang, mana ada modal juak-juak dan balaci-balaci UMNO ini nak buat bantahan dan demo.
Dulu masa Gerakan/UMNO memerintah Pulau Pinang pun tidak semacam ini punya ramai penduduk Pulau Pinang datang mendengar ceramah agama sempena Tahun Baru .. Yang dibuatnya ialah konsert dan hiburan.
Ribuan Para pejuang Perhimpunan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) telah mula berarak ke Dataran Merdeka.
Suasana cukup meriah dan amat gamat sekali .. Tiada ugutan dan fitnah mampu menyekat rakyat terutamanya anak-anak muda meluahkan rasa marah dan resah mereka dengan berhimpun secara aman agar kerajaan UMNO/BN yang sedia ada bertindak pantas dan bijak menangani isu yang amat besar yang sedang melanda kehidupan rakyat kini.
Faudzi Che Mamat dilantik SUK Kelantan baru
- Dec 31, 2013
- Mohd Nor Yahya
KOTA BHARU: Kehadiran tahun baru 2014 membawa makna tersendiri kepada kerajaan negeri apabila turut mendapat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang baru.
Datuk Faudzi Che Mamat sebelum ini bertugas sebagai Pegawai Kewangan Negeri dilantik sebagai SUK menggantikan Datuk Dr Zainuddin Ibrahim yang bersara mulai esok.
Faudzi berkata, pelantikan beliau merupakan satu tanggungjawab yang berat dan memerlukan kerjasama semua pihak termasuk kepimpinan kerajaan dan kakitangan awam.
“Insya-Allah hasil kerja yang ditinggalkan Datuk SUK akan diteruskan. Saya juga junjung kasih kepada Tuanku yang memperkenankan pelantikan saya dengan restu Menteri Besar,” katanya pada ucapan sulung sempena majlis persaraan SUK di Dewan Teratai petang ini.
Majlis persaraan dan penyerahan tugas itu disaksikan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob. Turut hadir Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, anggota-anggota Exco dan ketua-ketua jabatan.
Dr Zainuddin ketika berucap di majlis sama memberitahu dapat menimba pengalaman yang amat berharga di bawah kepimpinan ulama di Kelantan.
Katanya, beliau bertugas selama 30 tahun sebagai penjawat awam akan mengikut jejak rakan-rakan lain yang sudah bersara dalam perkhidmatan awam.
“Saya gembira kerana dapat membantu kerajaan negeri membawa misi Membangun Bersama Islam dan penerapan pentadbiran berteraskan konsep Ubbudiyah, Masuliyyah dan Itqan.
“Saya berharap usaha-usaha itu dapat diteruskan sepanjang masa. Saya akan cuba menikmati keseronokan sebagai pesara bermula esok,” ujar beliau.
Beliau turut merakamkan ucapan junjung kasih kepada Sultan Kelantan kerana dapat berkhidmat sebagai SUK selama dua tahun enam bulan.
Beliau juga turut merakamkan penghargaan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan penggantinya sekarang.
KPM dicadang tangguh yuran sekolah kepada mangsa banjir
- Dec 31, 2013
- KHAIRIL ABDUL RAHIM
Cadangan tersebut diutarakan oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) bagi meringankan sedikit beban berganda yang ditanggung mangsa banjir.
Penyelaras Angkara Mohd Shukri Mohd Ramli dalam kenyataannya yang dihantar kepada media menyebut, wang gaji mangsa banjir bulan ini sebahagian besarnya terpaksa digunakan untuk membeli kelengkapan asas rumah yang lebih penting untuk membina hidup baru, selepas harta benda mereka ranap dilanda musibah itu.
“Justeru, kebanyakan mereka kesempitan wang untuk membuat persiapan persekolahan anak masing-masing sehingga ada yang hanya mampu beli pakaian sekolah sahaja, malah ada yang langsung tidak mampu dan terpaksa mengharapkan bantuan kerajaan.
“Yuran sekolah yang kini mencecah hampir RM200 pasti akan membebankan lagi hidup mereka. Bayangkan jika ada dua, tiga atau lebih anak yang bersekolah. Maka sudah pasti akan lebih menyiksa diri mereka. Oleh itu langkah penangguhan adalah wajar bagi meringankan bebanan mereka,” ujarnya.
Menurut Shukri, penangguhan bukan bermakna anak-anak mereka tidak diberi apa-apa malah pihak sekolah wajar memberikan segala peralatan seperti alat tulis, buku kerja serta barangan lain seperti biasa kepada pelajar mangsa banjir.
Tambahnya, cuma bayaran terbabit ditangguhkan sama ada secara ansuran bulanan atau sebagainya bagi membolehkan anak-anak mangsa banjir dapat belajar seperti biasa seperti pelajar-pelajar lain tatkala sesi persekolahan bermula minggu ini.
“Jika bank, Tekun serta lain-lain agensi boleh memberi kelonggaran dengan penangguhan bayaran pinjaman kepada mangsa banjir, maka adalah wajar KPM mengambil langkah yang sama.
“Semoga cadangan ini dapat diperhalusi dan diberi perhatian oleh Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin hendaknya di atas semangat slogan rakyat didahulukan,” katanya.
Elektrik naik: Pemuda PAS serah memo kepada TNB, KeTTHA
- Dec 31, 2013
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) hari ini menyerahkan memorandum membantah kenaikan tarikh elektrik pada tahun 2014 kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) di ibu pejabatnya di Bangsar.
Memorandum tersebut mendesak TNB, dan Penjana Tenaga Bebas (IPPs) menarik semula pengumuman semakan tarif elektrik yang akan diimplementasikan ke atas rakyat bermula pada 1 Januari 2014 ini memandangkan tiada sebarang faktor kritikal yang mewajarkan kenaikan tersebut.
Selain itu, memorandum turut mendesak agar pihak Kerajaan Malaysia mengkaji semula penstrukturan industri tenaga domestik di negara ini yang bermula dengan keberkesanan polisi penswastaan TNB sehinggalah kepada pendedahan intipati Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) bersama IPPs.
Kerajaan Malaysia juga diminta mendedahkan rezab kapasiti elektrik yang sedia ada untuk mengelakkan pembayaran yang tidak adil antara TNB dan IPPs. Ini bertujuan bagi memastikan keefisyenan pembayaran syarikat awam terhadap pihak yang berkepentingan tinggi dalam industri ini. Sehubungan dengan itu, DPPWP juga mendesak agar pihak kerajaan mendedahkan jumlah keseluruhan pembayaran pembelian tenaga yang telah dibuat daripada generasi pertama IPPs sehingga ke generasi ketiga.
Menurut Penyelaras Kempen Bantah Kenaikan Tarif Elektrik Nurul Islam Mohamaed Yusoff, rombongan DPPWP disambut baik pihak TNB yang diwakili Pengarah komunikasi Korporat, Omar Sidek.
"Bagi pihak kempen bantah kenaikan tarif elektrik, kita faham bahawa bukan TNB yang bertanggungjawab terhadap kenaikan.
"Kerajaan yang putuskn untuk menarik subsidi. Persoalan kita kenapa kerajaan buat keputusan tarik subsidi rakyat sedangkn itu hak rakyat. Sedangkan subsidi kepada pemimpin umno dan kroni yang saban tahun dilaporkan dalam Laporan Audit Negara yang sepatutnya diambil tindakan," katanya.
Memorandum yang sama turut diserahkan kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia di Putrajaya petang ini.
Memorandum diterima Ketua Komunikasi Korporat dan Hubungan Publik Noraini Kassim.
Menurut DPPWP, peningkatan tarif elektrik ini adalah berpunca daripada pengurangan subsidi gas yang dilakukan oleh kerajaan terhadap TNB dan Penjana Tenaga Bebas (IPPs) sehingga mengakibatkan kenaikan tarif elektrik dan seterusnya membebankan pengguna.
Daripada maklumat yang diperolehi, Kerajaan Malaysia melalui Petronas telah memberi subsidi (revenue foregone) kepada sektor tenaga pada tahun 2012 sebanyak RM 15.6 bilion, 51.5% lebih tinggi berbanding RM 10.3 bilion pada tahun 2011.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM 4.9 bilion (2011:RM 3.9 bilion) diberikan kepada Tenaga Nasional Berhad manakala RM 6.7 bilion (2011:RM 6.4 bilion) kepada Penjana Tenaga Bebas (IPPs).
Laporan kewangan tahunan mendedahkan sejak tahun 2011 hingga 2013, TNB telah mencatat keuntungan berturut-turut. Pada tahun 2011, TNB memperoleh RM 964.5 juta manakala pada tahun 2012 pula telah mencecah sebanyak RM 4.4 bilion. TNB terus mencatatkan keuntungan pada tahun 2013 sebanyak RM 4.6 bilion. Ini menunjukkan subsidi yang diberikan oleh kerajaan contohnya pada tahun 2011 dan 2012 telah meningkatkan keuntungan kepada TNB.
Perkara yang sama juga turut berlaku kepada IPPs. Daripada maklumat yang diperoleh, sebanyak 14 IPPs yang beroperasi di Semenanjung Malaysia, 7 IPPs di Sabah dan sebuah IPP bersekutu di Sarawak.
"Sehubungan itu, rakyat terpaksa menanggung beban akibat daripada ‘perjanjian perniagaan’ yang termeterai antara kerajaan, TNB dan Penjana Tenaga Bebas (IPPs). Walaupun langkah perlindungan sosial diperkenalkan iaitu pengecualian kenaikan terhadap kira-kira 71% pengguna domestik, namun ia tetap akan memberi kesan rantaian yang tinggi terutama dalam kos pengeluaran barang dan perkhidmatan," katanya.
Belum cadang bawa pulang pelajar Mesir
- Dec 31, 2013
- HARAKAHDAILY
Beliau berkata lebih 3,000 pelajar Malaysia di Mesir telah ditempatkan di universiti-universiti di Malaysia semasa berlakunya pergolakan sebelum ini di negara itu.
"Masih belum ada keputusan dibuat mengenai keperluan untuk membawa pulang pelajar Malaysia di Mesir," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan peralatan sekolah sumbangan Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) di Sekolah Kebangsaan Permatang Badak, di sini, hari ini.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, menghadiri taklimat di Jabatan Pelajaran Pahang mengenai pasca banjir di negeri ini dan persediaan bagi memastikan kesemua 41 buah sekolah yang terjejas banjir baru-baru ini sedia untuk memulakan sesi persekolahan 2014 pada Khamis ini.
Pertempuran berlaku pada Ahad di seluruh kampus lelaki di Universiti Al-Azhar antara pasukan keselamatan Mesir dan pelajar yang menyokong bekas Presiden Mohammed Mursi.
Peperiksaan akhir semester akhir univesiti itu juga dilaporkan ditunda berikutan insiden berkenaan. - Bernama
Langkah jimat cermat Najib hanya tiru pak Lah
- Dec 31, 2013
- HARAKAHDAILY
Namun langkah itu tidak sedikit pun menghentikan pembaziran dan keborosan BN sehingga defisit berpanjangan selama 16 tahun berturut-turut, tegas Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan sekali lagi bahawa punca utama masalah kewangan negara adalah pucuk pimpinan pentadbiran yang tidak serius membanteras rasuah malah terpalit dengan rasuah.
"Akibat amalan rasuah inilah banyak projek yang ditanggung kerajaan dibayar pada harga berkali ganda mahal atau pun menjadi pembaziran kerana tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat," ujarnya.
Sehubungan itu, beliau mencabar pentadbiran Najib menghentikan perjanjian-perjanjian berat sebelah dan dasar kerajaan yang membebankan rakyat jika kerajaan BN serius mahu menangani krisis kenaikan kos sara hidup.
Empat tindakan yang perlu dilaksanakan secepat mungkin itu jelas beliau adalah:
1. Menurunkan cukai eksais kereta serta-merta sebanyak 30% ke arah menghapuskan cukai eksais kereta sepenuhnya. Hutang kereta adalah salah satu bebanan utama rakyat dan penurunan cukai eksais kereta akan mengurangkan tanggungan hutang bulanan;
2. Menghentikan kenaikan tol seperti yang dirancang dan merundingkan kembali perjanjian-perjanjian konsesi tol supaya lebuhraya yang sudah mendapat kembali modal pelaburan dikembalikan kepada rakyat;
3. Membatalkan peruntukan untuk projek yang bertujuan memberi ruang berbelanja kepada menteri-menteri tanpa matlamat yang jelas, contohnya peruntukan untuk National Blue Ocean Strategy (NBOS) yang berjumlah RM278 juta seperti yang diumumkan di dalam Belanjawan 2014;
4. Membekukan kesemua program penswastaan yang diusahakan oleh Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) terutamanya penswastaan kampus-kampus UiTM di seluruh negara yang dijangka membebankan rakyat dan kerajaan dengan berbilion ringgit yang perlu dibayar sebagai sewa kepada pemegang konsesi di masa hadapan.
"Perkara-perkara yang saya senaraikan di atas adalah contoh-contoh langkah mudah yang boleh diambil sekiranya Dato’ Seri Najib benar-benar prihatin dengan kepayahan rakyat.
"Pengumuman beliau setakat ini hanyalah reaksi gentar kepada suara kemarahan rakyat yang semakin dizahirkan akhir-akhir ini, bukanlah satu langkah penyelesaian yang berkesan," tegasnya lagi.
Mahadi Hj Isa shared Pakatan Rakyat Selatan's photo.
BIAR GAMBAR BERBICARA .... KERAJAAN DAP/PR PULAU PINANG SUDAH AMAT MELAMPAU ANTI ISLAMNYA????
LOKASI:- Padang Majlis Bandaran Butterworth, Pulau Pinang.
TARIKH:- 31hb Disember 2013 jam 7.30 malamACARA:- Sembang Ambang 2014 bersama Ustaz Azhar Idrus.
Lihatlah dengan mata kepala sendiri akan rakaman-rakaman gambar di atas ... Adakah patut Kerajaan DAP/PR melekakan rakyat yang beragama Islam berbangsa Melayu dengan syarahan ugama oleh Ustaz Azhar Idrus sempena Menyambut Tahun baru Masehi 2014.
Ini sudah lebih!!!!!! .. jangan cabar kesabaran Pemuda UMNO, Perkasa, Jati, Pekida, Pesaka dan beberapa NGO yang berjiwa dan berdarah UMNO pekat.
Kalau kerap sangat kerajaan DAP/PR Pulau Pinang menyokong dan membenarkan susana sebegini di Pulau Pinang, mana ada modal juak-juak dan balaci-balaci UMNO ini nak buat bantahan dan demo.
Dulu masa Gerakan/UMNO memerintah Pulau Pinang pun tidak semacam ini punya ramai penduduk Pulau Pinang datang mendengar ceramah agama sempena Tahun Baru .. Yang dibuatnya ialah konsert dan hiburan.
SUASANA PARA PEJUANG RAKYAT PERHIMPUNAN GERAKAN TURUN KOS SARA HIDUP (TURUN) YANG SUDAH MENGHAMPIRI DATARAN MERDEKA!!!
Ribuan Para pejuang Perhimpunan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) telah mula berarak ke Dataran Merdeka.
Suasana cukup meriah dan amat gamat sekali .. Tiada ugutan dan fitnah mampu menyekat rakyat terutamanya anak-anak muda meluahkan rasa marah dan resah mereka dengan berhimpun secara aman agar kerajaan UMNO/BN yang sedia ada bertindak pantas dan bijak menangani isu yang amat besar yang sedang melanda kehidupan rakyat kini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan