Rabu, 1 Januari 2014

BUAT MAKSIAT...MENGANJUR PESTA2 MAKSIAT...MENGANJUR PERKARA2 MELALAIKAN PADA TAHUN BARU 2014....AKHIRAT KORANG JAWAB....KORANG SEMUA AKAN MATI...DIAKHIRAT NANTI TUNJUKLAH KERAS KEPALA KITA....NAK TENGOK...DAH HARAM DIDUNIA BUAT JUGA...NAK TUNJUK KERAS KEPALA...PIHAK BERKUASA AGAMA TUTUP MULUT SEBAB CARI MAKAN....DUIT PENUH DIPOKET...DAN DUDUK DIKERUSI EMPUK...AKHIRAT ALLAH SAJE YANG TAHU...MASUK SYURGA ATAU NERAKA


Kenyataan berani dari Syamsul Yusof pengarah KL GANGSTER..rakyat Malaysia khususnya anak muda dahagakan ilmu agama bukannya konsert tahun baru yang menghabiskan duit rakyat.. Gua salute sama lu bro..semakin ramai artis sekarang berani tampil menyatakan pendiriannya tanpa takut digam atau diboikot oleh peminat atau pihak2 tertentu.. "Jika Takut Dengan RISIKO Usah Bicara Soal PERJUANGAN"

Sultan Melaka diiktiraf mahkamah antarabangsa?

Raja Noor Jan menunjukkan surat daripada ICJ melalui laman sosialnya hari ini.
Raja Noor Jan menunjukkan surat daripada ICJ melalui laman sosialnya hari ini.
Seorang individu yang mendakwa dirinya Sultan Melaka berjaya mendapat pengiktirafan daripada Mahkamah Agong Antarabangsa (ICJ) mengenai tuntutannya menduduki takhta raja di negeri Hang Tuah itu.
Dalam satu kenyataannya hari ini, individu yang mahu dirinya digelar Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Almarhum Yam Raja Tuah itu memaparkan surat daripada mahkamah tersebut di laman Facebooknya.
Dalam statusnya menyebut;
”Adalah dengan ini, Beta DYMM Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Almarhum Yam Raja Tuah Shah bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan izinnya beta telah berjaya mendapat pengiktirafan dari Mahkamah Agong Antarabangsa tentang tuntutan Beta sebagai Sultan Melaka,”
Menurutnya, beliau akan mengadakan sidang media khas untuk memaklumkan perkara itu kepada umum tidak lama lagi.


Salinan surat daripada mahkamah antarabangsa (gambar bawah) itu diterima pada 25 Disember lalu.

Beberapa tahun lepas, Raja Noor Jan telah menggemparkan negara apabila menuntut untuk menjadi Sultan Melaka kerana mendakwa beliau merupakan keturunan sultan di negeri itu yang sah berdasarkan salasilah yang dimilikinya.
Menetap di Gombak, beliau dan pengikut-pengikutnya juga telah ‘mendapatkan semula’ beberapa peralatan kebesaran negeri Melaka termasuk Keris Taming Sari melalui upacara di pesisir Sungai Melaka.
Tuntutannya bagaimanapun tidak diiktiraf oleh pihak kerajaan kerana salasilah keturunan yang didakwanya itu sudah terputus kira-kira 600 tahun dan sukar dibuktikan kesahihannya.
Melaka pada zaman dahulu merupakan Empayar Kerajaan Melayu tetapi kesinambungannya terputus selepas ditakluki penjajah dan kini mempunyai Yang Dipertua Negeri Melaka, Tan Sri Khalil Yaakob.--MalaysiaGazette


cekapnya kepimpinan BN memerentah negara kita sehingga rakyat jelata terhimpit dengan hutang yang begitu tinggi yang mana kebanyakannya adalah berkaitan dengan kos pembelian kereta dan rumah kediaman. Tetapi kepimpinan BN masih lagi tak berpuashati lagi kerana ianya belum mencapai 90% rakyat terhutang maka dengan itu maka pelbagai kenaiakn cukai dan tariff perlu dikenakan seperti kenaikan tariff elektrik, tol, harga minyak, gas dan juga barang2 kegunaan harian













BERJAYA. Sekitar 50-60ribu. TURUN (keperihatinan terhadap tangisan rakyat). Lebih baik dari HIBURAN KONSERT yang melalaikan.



Media pengampu dah mula dah..



AKHBAR UTUSAN SETAN & SYAITAN SUKA BERDUSTA..


Sambutan Ambang Tahun Baru dibatalkan, peserta perhimpunan rempuh pentas utama

Sambutan Ambang Tahun Baru dibatalkan, peserta perhimpunan rempuh pentas utama 
 PESERTA perhimpunan haram merempuh masuk penghadang yang dibuat pasukan keselamatan di Dataran Merdeka untuk sambutan ambang Tahun Baru, malam ini. - Foto Khairull Azry Bidin
KUALA LUMPUR: Kira-kira 3,000 peserta perhimpunan haram merempuh kawalan anggota keselamatan dan naik ke atas pentas utama di Dataran Merdeka, sekali gus memaksa konsert sambutan Ambang Tahun Baru dihentikan serta-merta.

Kelihatan skrin gergasi yang diletakkan di kiri dan kanan pentas utama juga terpadam akibat dirempuh peserta perhimpunan.
Peserta perhimpunan sebelum itu bertindak membaling botol minuman ke arah penyanyi yang sedang membuat persembahan sambil melaungkan slogan reformasi.


Sementara itu, orang ramai bertindak melarikan diri dan beredar meninggalkan kawasan Dataran Merdeka selepas kawasan sambutan Tahun Baru diceroboh peserta perhimpunan haram.




MENITI TITIAN USANG...

Aku tidak memihak kepada mana mana parti. Kebenaran senantiasa menjadi paksi hidop walau pon pahit. Dan aku sangat kagum dengan kehadiran ribuan anak muda yang turun membantah kenaikan barangan keperluan harian yang semakin mengecutkan dompet rakyat.

Harga gula meningkat dengan alasan ramai yang maut kerana penyakit Kencing Manis. Memang gula yang berlebihan penyebab penyakit itu. Namun aku tidak dapat menerima alasan kenapa harga perlu dinaikkan.

Alkohol, dadah sintetik, perwarna, bahan pengawet, racun serangga yang disembur pada tanaman, juga adalah penyebab gejala penyakit moden.

Maka, tanpa dipengaruhi sesiapa dan atas kesedaran diri sendiri, aku membawa slogan lain dari yang lain. Khasiat tumbuhan ini mampu merawat penyakit Kanser dengan jayanya berbanding kimoterapi.

Pertimbangkanlah... Jangan kita sempitkan pemikiran dan menidakkan pohon ajaib anugerah Allah swt ini.

Kertas putih salju
Ku coretkan kedukaanku
Hitam dan kelabu
Adalah warna dalam hidupku

Kejutkanlah aku kawan
Aku sedang bermimpi
Kejutkanlah aku
Yang sengsara dalam mimpi

DIAMBANG TAHUN BARU 2014...

Ketika menyusuri Jalan Tunku Abdul Rahman bersama Zulimran Nasution Abdullah Omar dan Rama Chandran, aku terpana mendengar suara seorang busker jalanan dengan gitarnya.

Sekian lama meninggalkan alam busking, tiba tiba keinginan muncul untok mendendangkan sebuah lagu keroncong dendangan M Nasir. Aku bisikkan ketelinganya, dan dengan sepontan Sri Kandi Cintaku berkumandang. One word: PUAS!

Dingin malam tirai kenanganku
Menyerlahkan sekurun ingatan
Tercsiptalah rimba kehidupan
Percintaan dalam perjuangan

Kesetiaan sebagai bekalan
Bisikan penuh pengharapan
Tiada garis dapat memisahkan
Segalanya kudratMu Tuhan

Alam bagai mengerti
Segala yang terjadi
Embun menitis panas simpati
Pertemuan tiada awal akhir

Tuesday, December 31, 2013


DARI JAM 11.30 HINGGA 12.15 MALAM!!! Peristiwa sebenar , DBKL tutup lampu lampu handphone jadi bukti


[HD]12.15 AM: Himpunan diakhiri dengan nyanyian lagu Negaraku serta bacaan doa oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan Fadhli Saari.



Penganjur kemudian mengumumkan himpunan bersurai.



12.10 AM: Kelihatan peserta himpunan mula beredar keluar dari kawasan Dataran Merdeka dengan aman. Tiada kekacauan berlaku.



Pertama kali dalam sejarah tiada persembahan bunga api di Dataran Merdeka pada malam ini.



11.56 PM: Beberapa minit menjalang detik 12 malam memasuki tahun 2014. Dataran Merdeka masih aman. Peserta himpunan Turun memenuhi kawasan padang dan persekitaran Dataran.



Pihak polis dan anggota DBKL dilihat terus berkawal.





11.30 PM: Pesembahan dan musik dihentikan. menunggu detik jam 12 malam. Kelihatan ada dikalangan penonton mula bergerak keluar dari kawasan dataran.





11.20 PM: Suasana himpunan masih aman, tiada sebarang kekecohan. Sebahgian peserta sudah memasuki kawasan Dataran.





[MK] 12:00 Dataran Merdeka – Pengarah Strategi PKR memberi ucapan di tepi pentas, atas jalan di Dataran Merdeka.


Katanya, mereka harus turun ke jalan raya kerana perdana menteri hanya kenal suara demonstrasi seperti itu.

"Kita akan terus lawan kenaikan harga barang. Kalau tak turun, kita turunkan Najib," kata beliau.

Tepat jam 12 waktu di telefon, percikan bunga api dilepaskan ke udara tetapi jam di bangunan Sultan Abdul Samad menunjukkan pukul 12.05 malam.

11.50pm, Dataran Merdeka – Suasana di padang senyap sebentar. Peserta himpunan dan polis kelihatan melihat jam masing-masing untuk menunggu detik jam 12 tengah malam.

Sebahagian penonton konsert tidak puas hati berkata “baliklah” dan sebahagian lagi melaungkan 1Malaysia kepada peserta himpunan.

11.30pm, Dataran Merdeka – Konsert di Dataran Merdeka ditamatkan. Pegawai DBKL dilihat berbaris di depan pentas yang lampunya sudah ditutup.

Tiada ulasan: