Khamis, 9 Mei 2013

KEHENDAK PEMIMPIN SEKUAT MANA LAH...KEKUATAN RAKYAT JUGA KESEDARAN RAKYAT MEMBUATKAN HIMPUN TERJADI....FIKIRLAH DATANG BERBAGAI CERUK DENGAN BELANJA SENDIRI...SANGGUP MENEMPUH PELBAGAI KESUKARAN SALAH SATU HUJAN SERTA BERSESAK2 DIJALAN RAYA...PARKING JAUH2...SUDAH TENTU BERJALAN KAKI PUN JAUH...CALANG2 ORANG TAK DE KESEDARAN TAK DIA BUAT...BAIK DUK RUMAH GOYANG2 KAKI

Exco baru P Pinang akan perkasa rakyat

Harakahdaily, 09 Mei 2013
PULAU PINANG: Barisan Exco kerajaan negeri Pulau Pinang 2.0 berjanji akan memperkasakan rakyat tanpa kira kaum, agama dan latar belakang politik.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam kenyataannya berkata, barisan exco juga akan memperkasakan rakyat dengan pengetahuan dan pendidikan, memperkuasakan rakyat dengan hak dan tanggungjawab.

"Saya percaya bahawa pasukan baru ini akan mencerminkan hasrat murni PR untuk bersuara untuk semua, bertindak adil kepada semua dan membantu semua," kata beliau.

Kerajaan negeri Pulau Pinang 2.0 menjaminkan akan bekerja keras untuk rakyat sebagai membalas sokongan rakyat daripada pengundi Melayu, Cina dan India yang meningkat daripada 58% undi dalam pilihanraya umum ke-12 kepada 66% dalam pilihanraya umum ke-13.
Salah satu tumpuan adalah untuk menyekat peningkatan kejadian jenayah di Pulau Pinang seperti di Seberang Perai Tengah dengan memasang lebih banyak tiang lampu jalan dan CCTV.

Lagi satu tumpuan adalah untuk membuat bayaran warga emas RM100 setahun mulai 18Mei 2013.

"Marilah kita bersatu untuk menjadikan Pulau Pinang No. 1 di Malaysia sebagai negeri bertaraf antarabangsa dan pintar, " katanya.


PORTFOLIO AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG 2013-2018



1) LIM GUAN ENG
Ketua Menteri
Pengerusi Jawatankuasa:-
· Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah,
· Penerangan,
· Warisan & Hal Ehwal Agama Bukan Islam


2) MOHD RASHID BIN HASNON
Timbalan Ketua Menteri I
Pengerusi Jawatankuasa:
· Pembangunan Industri Perdagangan Antarabangsa,
· Koperasi & Perhubungan Masyarakat,
· Pembangunan Keusahawanan

3) PROF. DR. P. RAMASAMY A/L PALANISAMY
Timbalan Ketua Menteri II
Pengerusi Jawatankuasa:
· Perancangan Ekonomi Negeri,
· Pendidikan & Sumber Manusia,
· Sains, Teknologi Dan Inovasi

4) TUAN CHOW KON YEOW
Pengerusi Jawatankuasa:
· Kerajaan Tempatan,
· Pengurusan Lalulintas,
· Tebatan Banjir

5) DATUK ABDUL MALIK BIN ABUL KASSIM
Pengerusi Jawatankuasa:
· Hal Ehwal Agama Islam,
· Perdagangan Dalam Negeri
· Hal Ehwal Pengguna

6) CHONG ENG
Pengerusi Jawatankuasa:
· Belia & Sukan,
· Pembangunan Wanita, Keluarga & Komuniti
· Kesenian

7) LIM HOCK SENG
Pengerusi Jawatankuasa:
· Kerja Raya,
· Utiliti (Tenaga, Air, Telekom)
· Pengangkutan (Udara, Laut, Keretapi)

8) LAW HENG KIANG
Pengerusi Jawatankuasa:
· Pembangunan Pelancongan
· Kebudayaan

9)PHEE BOON POH
Pengerusi Jawatankuasa:
· Kebajikan,
· Masyarakat Penyayang,
· Alam Sekitar

10) JAGDEEP SINGH DEO A/L KARPAL SINGH
Pengerusi Jawatankuasa:
· Perancangan Bandar & Desa
· Perumahan

11) DR. AFIF BIN BAHARDIN
Pengerusi Jawatankuasa:
· Pertanian & Industri Asas Tani,
· Pembangunan Luar Bandar
· Kesihatan

Gelombang hitam penuhi Lembah Klang

Harakahdaily, 09 Mei 2013

(Lautan manusia berbaju hitam malam tadi di Stadium Kelana Jaya...Melayu, Cina dan India berhimpun bersama)

KELANA JAYA: Gelombang hitam malam tadi disifatkan lebih besar berbanding Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) yang diadakan di Stadium Merdeka sebelum ini.

Gelombang hitam adalah lambang protes terhadap penipuan yang dikira besar-besaran berlaku sepanjang pilihan raya ini.

Yang paling ketara adalah dakwat kekal yang tidak kekal, pengundi asing dan sebagainya.

Berpuluh-puluh ribu orang terperangkap di jalan raya ketika lebih 120,000 memenuhi luar dan dalam Stadium Kelana Jaya.

(Gelombang hitam sebagai lambang protes)

Ia berlaku walaupun berlangsung tanpa kerahan besar-besaran ekoran tidak ada sebarang perancangan ke arah mengadakan himpunan ini sebagaimana HKR.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mempunyai perhimpunan besar berasingan di Rusila Marang bersama penyokongnya di Terengganu.

Ketika majlis sudah tamat, beribu-ribu masih berjalan kaki menuju stadium dengan berpakaian hitam.

Orang ramai penuh sesak melalui lebuh raya Damansara-Puchong dari Lebuhraya Persekutuan di satu arah dan ke arah stesen LRT Kelana Jaya.

Di dalam stadium, yang menyebabkan ia tidak menjadi hitam sepenuhnya adalah kerana warna payung yang berwarna-warna.

Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui wartawan selepas itu berjanji akan meneruskan kempen walaupun pilihan raya telah tamat.


(Anwar berucap dengan diperhatikan Mohamad Sabu

"Saya tidak akan berhenti sehingga kita sampai ke Putrajaya, sehingga kita dedahkan semua (penipuan) dan tuntut Putrajaya untuk rakyat.

"Mereka berhak mendapatkannya kerana kita, Pakatan, menang undi popular," katanya.

Beliau juda mengumumkan bahawa satu lagi perhimpunan pada hari Sabtu ini akan diadakan di Pulau Pinang, serta merancang untuk turut mengadakanya di Ipoh pada hari Jumaat.

Pengundi Cina tolak BN bukan tolak Melayu

Harakahdaily, 09 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Kesimpulan yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa berlaku "Tsinami Cina" pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) disifatkan sebagai kenyataan 'pendek akal'.

Ahli Parlimen Bukit Gantang Idris Ahmad berkata, kenyataan itu sebenarnya hanya modal Umno BN mencari alasan kemerosotan pengaruh mereka seperti yang dapat disaksikan dalam keputusan PRU13 lalu.

Kata Idris, Najib cuba menggambarkan bahawa Melayu yang diwakili calon Umno ditolak Cina, sedangkan hakikatnya Cina bukan menolak Melayu tetapi menolak Umno BN itu sendiri.

"Berapa banyak kerusi yang dimenangi oleh calon PAS, termasuk kawasan Parlimen Bukit Gantang yang disokong oleh orang Cina. Mereka hanya tolak Umno BN, bukan tolak Melayu," katanya dalam satu kenyataan.

Isu Melayu terancam ujar Idris menjadi modal Umno kepada orang Melayu luar bandar yang miskin harta dan maklumat sejak sekian lama.

Umno katanya berjaya memutar belit isu ini kononnya DAP mengancam Islam dan menghina Islam dengan dibantu media mereka.

Pada masa sama, Umno juga cuba memadamkan penghinaan pemimpin MCA terhadap Islam.

"Seperti kenyataan pemimpin MCA yang menghina Islam, kononnya Islam boleh membawa kemunduran ekonomi, mencerca Cikgu Normala Sudirman yang tidak mahu bersalam dengan orang lelaki, mengatakan  Datuk Ayub Rahmat (Adun Kemelah Johor) seorang yang gila kerana mencadangkan hudud di Dewan Undangan Negeri," jelasnya.

Umno sebenarnya kata Idris, cuba hendak menutup kelemahan mereka menjaga Melayu dengan menuding jari kepada orang lain. 

Sebab itu katanya, Melayu yang mendapat maklumat akan menolak Umno, kerana pemimpin Umno tidak boleh jawab beberapa persoalan yang menimpa orang Melayu selama 57 tahun merdeka.

"Siapa yang menjadikan orang Melayu terpinggir? Siapa yang menjadikan orang Melayu kurang kerusi di Parlimen? Siapa yang menindas Kelantan? Siapa yang menjadikan Melayu miskin? Siapa yang mematikan kuliah agama di masjid? Siapa yang menjadikan Melayu buta jawi?.

"Jawapan ini hanya orang yang berfikir dan cerdik sahaja boleh memberi jawapanya," katanya.

Kertas undi berlainan Dun dalam satu peti undi

Harakahdaily, 09 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Satu laporan polis telah dibuat berhubung penemuan kertas undi Dun berlainan dalam satu peti undi yang berlaku di Johor.

Laporan polis tersebut dibuat Dewan Pemuda PAS Johor di balai polis Kluang berikutan empat kertas undi dari kawasan Dun Nusa Jaya ditemui berada dalam peti undi Dun Mahkota.

Malaysiakini yang memetik Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia Khairul Faizi Ahmad Kamil melaporkan, perkara itu dikesan ejen pengiraan undi PAS ketika penjumlahan dijalankan untuk pengundian awal pada 5 Mei.

Khairul Faizi berkata para ejen PAS mengesan perkara itu apabila mendapati nama calon PAS Dun Nusa Jaya, Salahuddin Ayub tertera di kertas undi tersebut.

Mahkota terletak dalam kawasan parlimen Kluang manakala Nusa Jaya terletak dalam kawasan parlimen Gelang Patah.

Katanya, ejen terbabit mengemukakan bantahan kepada pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya dan menuntut agar undi tersebut dikira untuk kerusi Nusa Jaya.

Namun, SPR menganggap undi berkenaan sebagai undi rosak, katanya.

Ustaz Hadi sebak di depan lebih 20,000 penyokong

Harakahdaily, 09 Mei 2013


(Orang ramai penuh sesak dari jalan raya hinggalah ke pentas yang terletak di Dewan Terbuka Tok Guru nun di dalam sana)

MARANG: "Wahai anak muda,teruskan perjuangan selepas ini, mungkin kemenangan bukan berlaku pada zaman saya, mungkin kemenangan berlaku pada zaman kamu semua.

"Tetapi saya mengimpikan untuk melihat Islam menang pada zaman saya,impian saya adalah untuk melihat Islam berdaulat."

Inilah kata-kata penutup yang diucapkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang mengakhiri ucapan beliau di Masjid Rusila malam tadi dalam suasana penuh sebak.

Hampir 20,000 memenuhi perkarangan Masjid Rusila malam tadi bagi menyertai perhimpunan Pasca Pilihan Raya Ke 13.

Orang ramai penuh sesak dari Dewan Terbuka Tok Guru sehinggalah ke jalan raya.

Serentak dengan himpunan di Rusila adalah himpunan di Stadium Kelana Jaya dimana lebih 150,000 penuh sesak luar dan dalam stadium itu.

(Lebih 150,000 orang memenuhi luar dan dalam Stadium Kelana Jaya)

Lebuhraya Persekutuan dan Lebuhraya NKVE penuh sesak dengan kenderaan yang menuju ke stadium itu sehingga ke tengah malam tadi.

Pemimpin utama dari Pakatan Rakyat memberikan ucapan di himpunan itu.
Ucapan Tuan Guru Haji Hadi di Rusila itu memberikan harapan khas kepada golongan muda yang banyak memberikan undi kepada PAS dalam pilihan raya kali ini.

Di Terengganu, PAS mendapat 15 kerusi DUN kurang dua kerusi di belakang BN yang mendapat 17 kerusi.

Kerusi Parlimen pula sama banyak iaitu empat untuk PAS dan empat lagi untuk BN.

Malam tadi semua wakil rakyat yang baru terpilih diperkenalkan kepada orang ramai yang hadir.

Turut serta adalah bekas MB Selangor, Tan Sri Muhamad Haji Mohd Taib yang menyertai PAS sebelum pilihan raya baru-baru ini.

Foto-foto pilihan: Lautan Hitam 2013

http://khairulhazwan.net, 09 Mei 2013
Lautan Hitam 2013
DSC_7008rs
Tolak Penipuan PRU13.
Itu intipati utama perjuangan Pakatan Rakyat kali ini. Hari ini, 8 Mac 2013, sejarah Malaysia sekali lagi diukir oleh Pakatan Rakyat dimana lebih 120,000 rakyat Malaysia berkumpul di Stadium Kelana jaya bagi memprotes Pilihanraya Umum 2013 yang diadakan baru-baru ini.
Saya berada disana, kebetul mungkin. Bukan untuk menyokong, tetapi sebagai seorang rakyat Malaysia yang mahu mendengar hujah dari ketua Pembangkang negara mengenai soal PRU13 tahun ini. Dikhabarkan PRU13 kali ini dicemari dengan segala bentuk penipuan.
Ramai yang mengatakan kepada saya supaya jangan pergi, katanya tiada permit. Tapi sebagai seorang photojournalist, alasan budak-budak ini tidak menghalang saya untuk merakam detik bersejarah ini sebagai koleksi peribadi saya. Tidak banyak yang berjaya saya kupas kali ini, mungkin faktor lautan hitam manusia yang terlalu ramai yang membuatkan saya sukar bergerak. Eh, ini alasan kan? :)
Enjoy hasil nurkilan saya untuk malam ini.
Salam sayang buat semua.
DSC_7444rs
DSC_7163rs
DSC_7050rs
DSC_7079rs
DSC_7107rs
DSC_7565rs
DSC_7112rs
DSC_7125rs
DSC_7235rs
DSC_7247rs
DSC_7263rs
DSC_7267rs
DSC_7292rs
DSC_7315rs
DSC_7317rs
DSC_7323rs
DSC_7340rs
DSC_7371rs
DSC_7377rs
DSC_7042rs
DSC_7393rs
DSC_7454rs
DSC_7461rs
DSC_7477rs
DSC_7484rs
DSC_7485rs
DSC_7491rs
DSC_7497rs
DSC_7503rs
DSC_7532rs
DSC_7544rs
DSC_7545rs
DSC_7034rs
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adal

Tiada ulasan: