Posted on Wednesday, May 15 @ 06:20:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: tokpepijat
"Sudah seminggu PRU 13. Keputusannya sudah diumumkan. BN menang dari segi kerusi(tipu?) dan Pakatan Rakyat menang dari segi undi popular rakyat.
Kini, Anwar Ibrahim dan PR giat mengadakan perhimpunan bantahan tentang keputusan PRU 13.
Nanum, ada yang membantah. Antaranya Azmin dan Ustaz Harun Taib. Alasannya, letih, redha dan fikir tentang agenda.
Barangkali bagi Azmin agenda MBnya manakala Ustaz Harun Taib,anaknya di DUN Manir dah menang.Jadi kena duduk diam-diam.
Sebenarnya, bagi kita membantah keputusan PRU 13 bukan kerana Anwar tidak dapat jadi PM. Bukan itu maksud dan tujuan kita. Soal Anwar jadi PM adalah soal kedua.
Barangkali itulah kefahaman Ustaz Harun Taib dan Azmin. Mereka berdua memang tidak "ngam" dengan Anwar. Itu masalah mereka berdua!
Kita membantah keputusan PRU 13 adalah untuk anak cucu kita. Bukan kerana Anwar!
Sejak dulu lagi kita kena tipu dalam setiap PRU. Bahkan semasa Anwar dalam kerjaanpun, barangkali dia tahu tentang tipudaya BN untuk memenangi PRU.
Penipuan besar bermula PRU 11 2004. BN merampas Terengganu dengan penipuan secara terang-terangan. Pengundi Selangor diangkut pagi dan dihantar pulang waktu petang untuk mengundi di Selangor pula. Pusat Pengundian ditutup lewat untuk memberi masa pengundi Selangor balik semula.
Masa itu Anwar dalam penjara. Malam kekalahan itu ,TG Haji Hadi dengan muka terkejut dan marah menunjukkan bukti-bukti nyata tentang penipuan SPR. Kertas-kertas undi berteraburan dibuang dalam semak dan jalanraya.
Keputusan PRU 11 di Terengganu diketahui awal seawal jam 5 petang. Perancang utama ketika itu adalah Idris Jusoh dengan dibantu JPN dan SPR.
Ketika itu kemarahan rakyat sekadar "hangat-hangat tahi ayam". Tiada pimpinan samada PAS,PKR dan DAP yang memainkan peranan serius untuk mengetuai bantahan itu.
Semasa PRU 12 tahun 2008, ulangan episod penipuan tetap berulang.Tetapi kemenangan menawan Pulau Pinang,Kedah dan Selangor menjadi penawar hati seketika.
Tanpa menyedari, tumbangnya Selangor kerana pengundi tegar UMNO pergi ke Terengganu dan pengundi atas pagar mengundi PR.
Pulau Pinang pula kerana penolakkan majoriti pengundi Cina keatas GERAKAN dan MCA.
Kini selepas PRU 13, fenomena membantah kembali. Tetapi dengan suasana dan sebab yang berlainan. Antaranya :
a) Pengundi muda begitu marah melihat cara penipuan SPR. Tipu "atas darat". Lihatlah kenyataan bodoh dan lawak Pengerusi SPR dan Timbalannya. Jika pengundi Saluran 1 bolehlah mereka bersabar. Tetapi ini darah orang muda. Kena tipu hidup-hidup.
b) Oleh kerana BN menang sebab kerusi yang banyak tetapi kalah dari segi undi popular, tentunya bantahan itu berbentuk bantahan rakyat. Bukan sekadar bantahan ahli parti sahaja. Buktinya himpunan di Kelana Jaya , Pulau Pinang dan Ipoh.
c) Bantahan bertambah panas kerana wujudnya sentimen rasis yang ditiupkan oleh UMNO. Tentunya rakyat tidak dapat menerima hakikat ini terutama kaum Cina.
Jadinya, bantahan selepas PRU 13 bukanlah berbentuk kepartian semata tetapi dalam bentuk bantahan rakyat yang tidak mahu ditipu dan benci dengan penipuan UMNO,SPR dan JPN.
Kesimpulannya, hari ini rakyat membantah bukan semata kerana Anwar tetapi demi masa depan anak- cucu mereka.
Yang ini, Azmin Ali dan Ustaz Harun Taib kena faham.
PRU 13 : Mengapa kita mesti bantah.... ? Azmin dan Ustaz Harun kena faham."
Fenomena Pekan: Ibu Segala Penipuan
Posted on Wednesday, May 15 @ 07:28:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: BayangDiAir
"
Data peningkatan penduduk dan pengundi di Pekan sejak PRU 1999 di mana Najib hampir tumbang wajar dikaji selidik.
Beberapa tahun lepas akhbar Harakah pernah menyiarkan artikel tentang penempatan penduduk yang berasal dari Kemboja di Pekan. Tak silap penulis, mereka mendakwa dibawa dari Kedah untuk mengusahakan bidang pertanian di Parlimen Najib itu. Mungkin dalam arkib Harakah, artikel ini boleh dipaparkan semula. Suara Keadilan juga pernah memaparkan isu ini.
Dalam bahang panas bantahan penipuan PRU13 ini, penulis rasa amat wajar ‘fenomena Pekan’ ini diangkat sebagai sample paling hot untuk dilemparkan ke muka Najib dan SPR tentang permainan durjana penguasa dalam politik negara. Demi survival, dengan kuasa dan kerjasama agensi di bawah kerajaan, para pengkhianat sanggup melakukan sesuatu rancangan yang bercanggah dengan undang-undang.
Mereka membawa masuk pengundi import, memanipulasi undi pos dan harta benda kerajaan hasil pembayar cukai terutamanya RTM sebagai harta mak bapak mereka. Mereka apa peduli rakyat redha atau tidak redha. Mereka apa peduli dosa dan pahala dan segala yang ghaib-ghaib. Apakah kamus yang mereka guna untuk mentakrifkan yang mana dosa dan yang mana pahala.? Atau adakah dosa dan pahala sudah sirna dari akidah mereka?
Dan yang paling hina antara yang hina ialah pertambahan ketara pengundi Parlimen Pekan, kawasan Perdana Menteri sendiri. Bilangan pengundi dan peratus peningkatannya mengatasi Kuantan, ibu negeri Pahang sendiri. CNN , BBC dan media antarabangsa tentu minat maklumat ini. Tapi takkan mereka nak mari cari korek. Kitalah sebagai rakyat bermaruah yang patut mengakademikkannya.
Takkan semuanya Rafizi kena buat kerja. Takkan hanya ada satu Rafizi di Malaysia. SAMM, SMM, Bersih dan siapa sahaja yang ada kemampuan sehebat Rafizi wajar mengangkat ‘fenomena Pekan’ ini sebagaimana Rafizi mengangkat kes NFC. Bagi rakyat Malaysia, ‘fenomena Pekan’ adalah ibu segala penipuan pilihanraya yang ada pada hari ini. Dokumentasikan fenomena ini untuk tatapan seluruh rakyat Malaysia. SPR minta bukti. Najib pun ada minta bukti. Pandir atau Luncai?"
Restoration before reconciliation by Nurul Izzah Anwar
Posted on Wednesday, May 15 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: KasandraZain
"Media Statement
Restoration before reconciliation
Datuk Seri Najib Tun Razak’s call for reconciliation after Malaysia’s 13th General Elections is not credible so long as Barisan Nasional continues to exploit race-based politics to divide the communities in this country.
Datuk Seri Najib set the racialized tone for his party’s response to the election results by calling it a “Chinese tsunami’, whereas the results show a Malaysian swing against BN across racial lines.
Following this, the Umno-owned newspaper Utusan Melayu published the article “Apa lagi Cina Mahu?” and has followed it with a series of equally inflammatory articles.
BN’s parliamentary majority was obtained through an election whose integrity is strongly questioned by Malaysians. More Malaysians voted for Pakatan Rakyat than for BN. A hotly contested General Election has sharpened their sense of their dignity and rights as citizens.
The government’s lack of legitimacy with the Malaysian public is the issue at hand, not any manufactured need for ‘reconciliation.’ Malaysians of all races and religions, especially young Malaysians, have discovered and embraced their unity as citizens against corruption and racism. They will not be reconciled with the theft of their democratic rights accompanied by yet more extreme jingoism.
Malaysians want change rather than ‘reconciliation’. They voted for reform that entails a restoration of democracy to this country.
Therefore I would like to reiterate the call I made in 2010 to restore democracy in Malaysia.
In the coming parliamentary sessions, I will be moving Parliament, subject to legal advice, with several Private Members’ bills and other initiatives calling for political, election and parliamentary reforms. These will together provide the much-needed impetus for the rehabilitation of our nation. The reforms that needs to take place include:
1. Separation of Powers
Restoring judicial powers to the courts under Article 121(1) Federal Constitution in order that the courts are no longer subservient to Parliament but stands on the same footing as Parliament and the Executive. Coupled with this must be reforms to the Judicial Appointments Commission Act so that there is public confidence in the appointments and promotions of our Judges.
2. Electoral Reform
Implementing a comprehensive 2-year review process by a Royal Commission of all dubious citizenship registrations currently on the National Registration Department (NRD)’s database and the electoral roll.
Lowering the voter age from 21 to 18 and implementing the automatic registration of voters while removing the powers of the Election Commission (EC) to independently register voters. NRD’s database will then be the final electoral roll to be used at all elections.
Removing section 9A of the Elections Act 1958 to return judicial powers of the courts to review the electoral rolls. This measure is to ensure elections that are peaceful, credible, transparent, inclusive and acceptable to all Malaysians.
The Election Commission Chairman and his top echelon must not only have no political affiliation but should also report to an independent committee comprising of all political parties, no longer the Prime Minister as it is being practiced currently.
Redistributing or implementing a fairer and more equitable spread of seats to ensure that all Parliamentary seats will only have a maximum voter variance of 15% and that the rural-urban weightage be revised to 30% rural and 70% urban.
3. Good Governance
Implementing a wide-ranging Freedom of Information Act and the removal of the Official Secrets Act Amendment Bill 1986 where the Minister can invoke the powers in the Section 2A, which empowers him to add on, delete from or amend any of the provisions of the Schedule giving the Minister full power to label any document as a secret document by mere Gazette notification.
Amending the Petroleum Development Act to make Petronas’ accounts fully available to parliamentary scrutiny and remove the Prime Minister’s full discretion on the use of Petronas’ finances and board appointments. The Prime Minister’s current absolute power on Petronas will be transferred to a parliamentary public accounts committee.
4. Empowering the Fourth Estate and the Third VoteAbolishing the Printing Presses and Publications Act and the appointment of a statutory self-regulatory mechanism through a media council to cover the print, broadcast and online media.
Abolishing the unreasonable restrictions on students’ activities and their rights under the Universities and University Colleges Act and also allows student to participate and become political party members.
Abolishing the Sedition Act, and replacing it with a new Anti-Discrimination Act to stop discrimination and incitement based on racial grounds.
Reinstating local council elections, and to include communities being allowed to decide on the use of the budgets allocated to the said councils through binding town-hall meetings.
Further civil society’s standing demands to revamp the EC, Malaysian Anti Corruption Commission (MACC) and the formation of the Independent Police Complaints and Misconduct Commission should be immediately implemented.
I shall begin consultation with all Malaysians including all political parties on this new agenda for a better Malaysia. I hope that the Government will be open towards supporting these reforms.
When these reforms are implemented, we shall be our our way to a restoration of our democracy. We will have a genuine ‘reconciliation’ with our nature as a multiracial democracy at peace with itself.
nurulizzah.com"
NGO Islam gesa boikot produk syarikat biayai himpunan haram
Posted on Wednesday, May 15 @ 09:17:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: amkns
"
Sebelum NGO Islam ini menggesa orang Melayu memboikot syarikat-syarikat Cina di Malaysia ini , lebih baik NGO Islam ini menggesa umat Islam terutamanya orang Melayu memboikot syarikat judi berlesen dan syarikat arak berlesen milik orang Cina yang lembaga pengarahnya pun ada di kalangan orang Melayu Islam.
"Kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak"
************************
NGO Islam gesa boikot produk syarikat biayai himpunan haram
Utusan Malaysia 15 Mei 2013
Tindak tanduk sebahagian besar anak muda kaum Cina yang telah menyertai tiga perhimpunan haram bagi membantah keputusan Pilihan raya Umum ke-13 (PRU-13) menyebabkan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam mula bertindak balas.
Mereka menggesa rakyat memboikot beberapa produk keluaran syarikat milik kaum tersebut yang dipercayai turut menyumbang dana bagi menjayakan perhimpunan haram tersebut.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan ketika memberi kata dua itu menegaskan, tindakan itu perlu kerana syarikat-syarikat berkenaan menjadi penyumbang dana menjayakan agenda perpecahan rakyat di negara ini.
Malah, beliau cukup bimbang selagi mereka memberi sokongan dengan menyertai siri perhimpunan haram pembangkang itu, perbuatan itu akan mengundang kejadian tidak diingini serta menggugat keharmonian kaum."
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sokong judi ke ?
Posted on Wednesday, May 15 @ 11:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: tokpepijat
"
NGO yang menguruskan hal ehwal orang Islam seperti Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sepatutnya dapat membezakan antara Rasis dengan Islam.
Apabila NGO ini membiarkan ianya diresapi oleh juak-juak UMNO, maka perjuangan NGO ini sudah menyimpan dari landasan sebenar.
NGO ini sepatutnya berorganisasi seperti CAP yang diterajui oleh SM Idris. CAP yang berpusat di Pulau Pinang sering kali menegur kerajaan PR atas dasar pemeliharaan alam semula jadi. CAP juga banyak menegur dasar kerajaan Pusat terutama hak pekerja,pengguna dan sebagainya.
Dalam bab tegur menegur, CAP tidak pilih bulu samada BN atau PR. Ini barulah organisasi professional.
Sekonyong-konyong PPIM yang diterajui oleh Datuk Nadzim Johari mengeluarkan kenyataan yang berbaur perkauman. Inikah NGO yang berteraskan Islam ?
Suatu yang menjengkelkan apabila Nadzim ajak umat Islam boikot perniagaan Cina yang sokong pembangkang.
Marah betul Nadzim kepada pembangkang. Emosinya Nadzim seperti calon Rasis PERKASA Shah Alam yang kalah teruk dalam PRU 13!
Tahukah Nadzim, pembangkang yang turut didanai oleh orang Cina termasuk PAS. PAS adalah parti Islam. Bukan sekadar DAP dan PKR sahaja.
Dan tahukah Nadzim syarikat-syarikat Cina yang tidak membantu pembangkang adalah Magnum, Genting,Astro, Da Mai Cai. Semua syarikat ini adalah kroni Mahathir dan syarikat perjudian.
Oleh itu seruan PPIM seolah menyeru orang Islam/Melayu memboikot syarikat Cina yang sokong PAS,DAP dan PKR manakala terus mengunjungi Magnum, Kedai Nombor Ekor kerana syarikat judi ini banyak mendanai UMNO dan BN dalam PRU 13. Dulu,kini dan selamanya!
Elok tukarlah nama Persatuan Pengguna Islam Malaysia kepada Persatuan Pengguna Melayu UMNO.
PPIM jangan cemarkan nama Islam demi mengampu kepada UMNO!
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sokong judi ke?"
Rakyat Kuala Nerus digula-gulakan dgn perlantikan Nasir sebagai Timbalan Menteri
Posted on Wednesday, May 15 @ 06:27:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: tenggara
"Sempat berjumpa dengan rakan yang bekerja di Pejabat Perdana Menteri, khabarnya senarai nama Ahli Kabinet sudah siap walaupun ramai yang menjangkakan isu MCA enggan berada dalam kabinet akan melewatkan perlantikan ternyata merosot.
Yang menjadi fokus saya untuk ketahui adalah senarai kebinet dari Terengganu, adakah yang berkenan dimata Datuk Seri Najib untuk dilantik ke kabinetnya. Bila rakan saya mula bercerita amatlah mengejutkan apabila nama pertama yang disebut adalah Shaberry Cheek yang telah tersingkir dari senarai kabinet Najib Razak.
Ini berikutan perestasinya atau KPI yang rendah walaupun banyak liputan media mengenai KBS dan dirinya tetapi tiada pengisian, sama juga seperti waktu beliau memenang Kementerian Penerangan. Kuota Menteri Terengganu akan diberikan kepada Dato Seri Idris, ini sememangnya tidak menjadi kejutan kerana nama Idris telah dicanang untuk memegang jawatan Menteri penuh sebelum ini, khabarnya beliau akan diberi tanggungjawab untuk mengepalai Kementerian Pendidikan Tinggi, mengambil tempat Datuk Seri Khaleed Nordin yang diangkat sebagai MB Johor yang baru.
Yang paling mengejutkan adalah maklumat yang diberikan oleh rakan saya mengenai lantikan Dato Nasir, calon BN yang tewas baru baru ini sebagai Ahli Dewan Negara lantas telah dimasukkan kedalam senarai kabinet, Dato Nasir dikatakan sah memengang portfolio Timbalan Menteri Pelajaran, ini juga dikatakan adalah cara Datuk Seri Najib untuk memikat kembali pengundi Kuala Nerus dengan memberi kepercayaan kepada Pemimpin utama Kuala Nerus ini berada dalam kabinet walaupun kalah dalam pilihanraya baru-baru ini.
Umno di Terengganu kini lebih parah berbanding 2008, krisis dalaman amat membahayakan dimana dengan perlantik Nasir kedalam kabinet telah secara rasminya mencipta satu lagi kumpulan dalam Umno selain dari kumpulan Ahmad Said dan Idris.
Sumber: detikdaily.net"
Mengapa Sekarang Baru UMNO Memarahi Cina dan DAP
Posted on Wednesday, May 15 @ 09:11:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: Cempedak
"Masalahnya yg nak boikot tu dari golongan puak puak jahil.. dari Pemimpin sampai ke macai semuanya bodoh dan Jahil.. bila agaknya Allah akan turunkan wahyu agar golongan tu kembali menjadi manusia yang berfikiran cerdik dan matang!
Sebenarnya Isu pokok kalau nak kebaikkan Boikot sahaja UMNO habis cerita, kerana bagi ambe UMNO lah yg menjadi bangsat dan Cilaka di dalam Negara ini, Mereka membuat tahi anak cucu pula yg kena bersih dan tanggung.
Ibarat pasangan yang bersekedudukkan (pasangan tak bernikah 1954) yang kemudian mendapat anak haram..
Contoh anak haram yang di maksudkan itu adalah Cina (mungkin ini pandangan Melayu UMNO sekarang ini) dan pasangan Bersekedudukkan itu adalah UMNO.
Sebaiknya anak haram ini jangan di beri pada mak bapak yg tak bernikah ini sebab nanti akan hancur masa depan kerana mengikut perangai yangg sama dengan mak bapak yang kekeringan Iman.. Dan elok di beri pada pasangan yg benar2 inginkan anak.. (seperti PR)
Dan sekarang pasangan Bersekedudukkan (mungkin dari baka yang sama) nie melahirkan pulak anak anak haram seperti Bangla, Nepal, Pakistan dan Indon...
Apa pulak keadaan pada 20 tahun akan datang jika Bangsa Bangsa ini pula yang akan mendominasi Perniagaan di dalam negara malaysia.. Sebab sekarang pun dah banyak yang berniaga secara terang terangan dan ada yang mengembangkan perniagaan mereka hingga bertaraf jutawan (merujuk kepada perniaga karpet -pakistan dan perniaga Jamu dan pembinaan -Indon)
Siapakah yg melahirkan kumpulan2 bangsa ini?
Kepada puak puak NGO tadi.. jika anda berfikir.. siapakah yg patut di persalahkan.. Si anak haram ini (DAP) atau si bapak yg bersekedudukkan haram nie (BN/UMNO)Fikirlah secara matang..
Kerana isu besar dan ibu segala permasalahan ini adalah UMNO sendiri.. dan yangg telah menjadi warga Negara Malaysia selama lebih 5 dekat ini adalah sah dan halal untuk mereka melakukan perniagaan mahupun urusan dengan sesiapa di dalam mahupun di luar Negara Sebab Mereka adalah warganegara yang sah dan bertauliah dari Kerajaan Malaysia..
Kenapa harus membenci sesama bangsa Malaysia!
bukan kah Bodoh nama nya.. kalau tak puas hati buat lah secara "Gentlement", Bersaing agar perniaga perniaga kaum cina ini lingkup.. TETAPI Boleh kah.?. Kerana UMNO masih lagi menjadi tunjang peneraju dan proksi pembangunan perniagaan kaum kaum Cina yang kita ketahui selama ini.
Siapa yang membantu membuka pusat perjudian Genting?
Siapa yang membantu melebarkan empayar Perniagaan YTL dan Berjaya Group?
Siapa yang menjadi ahli Lembaga Pengarah Sport TOTO dan Magnum?
Siapa yang mengkayakan Robert Keok dengan memberi gran perniagaan tunggal Gula di Negara ini?
Siapa yang membantu dan menjadi ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Sunwei? dan banyak lagi Taikon taikon Cina ini berdiri Megah dengan di belakangi oleh puak puak Pemimpin UMNO Sendiri.. Tetapi adakah macai macai yang di bawah ini sedar?
Dan apa yg terbaik hanyalah kita terus bermusyawarah dan muhassabbah diri sambil saling hormat menghormati sesama bangsa dan agama agar hidup kita terus aman dan jgn di bangkitkan lagi isu isu banggang ini.. dan yang lebih celaka ialah..apa akan berlaku dalam masa 20 -30 tahun akan datang, pada generasi kita ini jika UMNO terus Berkuasa dan bagaimana pula dengan anak haram yangg baru di lahirkan oleh UMNO ini (Bangla, Nepal, Pakistan, Vietnam) untuk kita hadapai kelak?.
Kalau sesiapa yg rajin berjalan atau berShopping di jalan TAR KL dan di Nilai 3, Negeri Sembilan korang boleh melihat dimanakan bangsa kita dan berapa ramaikan bangsa kita (Melayu) yangg berniaga di situ?
Kenapa Bangla, Pakistan dan Indonesia memonopoli kawasan kawasan ini.. siapa yg membenar dan memberi lesen/Permit perniagaan pada warga warga asing ini?
Wassalam"
Senarai Menteri Kabinet Baru 2013 ( Tidak rasmi)
Datuk Seri Najib Tun Razak
Timb. Perdana Menteri (Menteri Pertahanan)
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Datuk Seri Idris Jala
Datuk Ahmad Maslan
Menteri Kewangan
Datuk Seri Mustapa Mohamed
Menteri Pelajaran
Datuk Seri Idris Jusoh
Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Hishamuddin
Menteri Pengangkutan
Datuk Seri Liow Tiong Lai
Menteri Pelancongan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Menteri Luar
Datuk Seri Anifah Aman
Menteri Kerja Raya
Datuk Seri G Palanivel
Menteri Kesihatan
Datuk Wee Ka Siong
Menteri Belia Dan Sukan
Dato Ahmad Shabery Cheek
Menteri Sumber Manusia
Datuk Seri S Subramaniam
Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna
Datuk Seri Noh Omar
Menteri Perdagangan Dan Industri
Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani
Datuk Seri Shafie Afdal
Menteri Sains Teknologi Dan Innovasi
Datuk Fadillah Yusof
Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar
Datuk Douglas Unggah Embas
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air
Datuk Peter Chin Fah Kui
Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah
Datuk Seri Mahazir Khalid
Menteri Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi
Datuk Joseph Salang Gandum
Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
Datuk Seri Ong Ka Chuan
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga
Datuk Noriah Kasnon
Menteri Penerangan Dan Komunikasi
Khairy Jamaluddin
Menteri Wilayah Persekutuan
Datuk Johari Abdul Ghani
Nur Sarahah Mawar Berduri likes a photo.
Nisa Pekan shared Arsyad Sofi's photo.
Hot!!! SPR sudah kelam kabut.....Wohoooooo....!!!!!!!!
Babun ni nak marah kat Pakatan bila ada wakil persatuan yang hantar memorandum membantah keputusan PRU13 yang penuh dengan penipuan dan salahgunakuasa. Klik ==> http://www.sinarharian.com.my/
Kalau ramai yang hantar memo tu tandanya pilihanraya kali ni memang penuh dengan segala muslihat dan penipuan yang sememangnya di ketahui oleh SPR. Klik ==> http://
Yang dia nak marah kenapa pulak? Normal la kalau sesuatu agensi kerajaan tu dihantar memorandum untuk menyatakan rasa tak puashati dengan perjalanan sistem pilihanraya yang korup ni.
Paling menyedihkan bila Timbalan Pengerusi SPR ni bernada seperti suara Umno/BN dalam membuat ulasan tentang memorandum yang di sampaikan. Selalunya orang yang buat salah jer yang melenting bila dia ditohmah sebegitu.
Wa cuma nak nasihatkan kat Timbalan Pengerusi SPR dengan pengerusi2nya sekali supaya relaks sikit. Jangan gabra sangat bila penipuan secara terangan terserlah dan disebarkan di seluruh dunia dengan kemajuan teknologi. Nanti makin nampak kegugupannya.
keh keh keh keh keh keh keh keh keh..
http://
Mtd Pas Benut shared Pas Johor Bahru's photo.
Pakatan Rakyat punya hak untuk failkan petisyen pilihanraya di mahkamah, semuanya berasaskan undang-undang...Mahkamah dan hakim perlu telus dalam membuat keputusan bukannya mengikut telunjuk nafsu serakah penguasa Barisan Nasional yang tidah pernah rasa malu untuk menipu rakyat...
Kebatilan akan lenyap, kebenaran akhirnya tetap akan menang....
Pas Cawangan Mesira Hilir shared Purnama Selatan's photo.
20 Fakta Penipuan SPR, Konspirasi BN Dalam PRU 131- Kenderaan yang membawa peti undi tiba-tiba lari daripada jalan asal ke pusat pengumpulan undi. Menghilang. Kemudiannya muncul balik.
2- Tong peti undi ditukar di pertengahan jalan. Ada juga tong yang hilang.
3- Pada saat-saat akhir, tong yang hilang, tiba-tiba sampai di pusat penjumlahan undi.
4- Di saat kiraan undi yang menunjukkan PR sedang mendahului BN, tiba-tiba blackout.
5- Di saat-saat akhir, BN membantah pengiraan undi yang didahului PR menyebabkan undi terpaksa dikira semula.
6- Beberapa buah teksi berpenumpang daripada luar masuk ke tempat pengundian tanpa ada sebarang sekatan daripada polis sedangkan hanya kenderaan petugas & yang berkenaan dibenarkan masuk itupun sebelum pusat pengundian dibuka. Pengundi hantu?
7- Mat-mat Bangla yang tidak kenal siapakah PM Malaysia dibenarkan untuk mengundi. Polis biar je. Alasannya dia ada IC. Saya tanya anda jujur, anda boleh beza tak seorang bangla dengan seorang mamak? Tengok slang cakap pun dah tahu kan.
8- Orang yang sama mengundi lebih daripada satu pusat mengundi. Macamana tu?
9- Dakwat yang dikatakan kekal sehingga masa 5-6 hari boleh hilang dalam masa 5-6 minit.
10- Seorang yang masih belum mengundi tetapi bila tiba di pusat mengundi, dia direkodkan sudah mengundi. Siapa yang undi untuk dia?
11- Pengundi yang kurang upaya atau uzur, undi mereka dipangkah oleh petugas spr. Bila nak tengok apa yang dipangkahnya, petugas itu tidak membenarkan malah terus memasukkannya dalam peti undi. Mana hak sebagai seorang pengundi?
12- Pegawai SPR yang bertugas di pusat mengundi tidak mahu menandatangani Borang 14 walaupun sudah dikira jelas di pusat itu kemenangan berpihak kepada PR.
13- Di pusat penjumlahan undi, tong dibawa ke sana menaiki teksi ikut jalan belakang? Mana perginya kenderaan rasmi SPR? Kenapa jalan belakang?
14- Undi Awal disimpan di balai polis sebelum 5 Mei tanpa ada seorang pun wakil parti politik dibenarkan untuk mengawasinya?
15- Undi Pos semuanya berpihak kepada BN?
16- Pensel turut disediakan kepada pengundi ketika ingin memangkah? Kenapa tidak bagi hanya pen? Untuk memudahkan usaha memadamnya kah?
17- Sesetengah tempat undi rosak lebih tinggi, daripada undi majoriti. Kenapa?
18- Van berlogo BN masuk...
19. Kertas undi yg telah dipangkah dijumpai di kawasan perumahan (Trengganu)
20. Ada pihak mendakwa telah mengundi sebanyak 2 kali...
INI KALILAH...
Salam Ukhwah shared Pejuang Muda MasaKini's photo.
Pas Cawangan Taman Mewah shared Dunia macam-macam's photo.
»» TANDA-TANDA KECIL KIAMAT TELAH LENGKAP ««► Banyak saksi palsu..
► Kurang sifat amanah..
► Zina bermaharajalela..
► Ramainya anak luar nikah..
► Penaklukan Baitulmuqaddis..
► Bermaharajalela alat muzik..
► Banyak berlakunya gempa bumi..
► Ramai orang soleh meninggal dunia..
► Menghiasi Masjid dan membanggakannya..
► Lelaki mentaati isterinya dan mendurkai ibunya..
► Pemimpin terdiri dari orang yang fasik dan jahil..
► Salam diberi kepada orang yang dikenali sahaja..
► Orang yang hina mendapat kedudukan terhomat..
► Ramai wanita berpakaian tapi hakikatnya terlanjang..
► Muncul kekejian dan memutuskan hubungan kekeluargaan..
► Dusta berleluasa dan tidak tepat dalam penyampaian berita..
Sabda Rasulullah saw
" Sebarkan walaupun sepotong ayatku "
Tanda apa lagi yang anda tunggu ?
Jelas Terang Lagi Bersuluh.... Warga Asing Miliki Maykad Selepas piliharaya...
“Sebelum itu, keempat-empat mereka mempamerkan MyKad kemudian ditahan oleh pegawai JPN selepas didapati MyKad terbabit adalah palsu. Berkemungkinan dibeli dari sindiket tertentu,” katanya.
Hahahaha....Sindiket atau JPN yg beri..?????
Pascaw Kgjayasetia and 2 other friends shared Revolusi Anak Muda Malaysia [ R.A.M.M ]'s photo.
Ni berita ni umno akan tuduh BOHONG.. sebab tak masuk tv!!!SOALAN: SIAPAKAH YANG MEMILIKI DAN KEMUDIANNNYA MENJUAL SAHAM2 TERSEBUT KEPADA BANGSA LAIN?
PM Malaysia akhirnya mengakui saham bumiputera RM52 Bilion telah hangus dan lesap yang tinggal cuma RM2Bilion daripada jumlah asal RM54Bilion yang diperuntukkan untuk syarikat bumiputera.
Bendahari Pas Pusat Dr Hatta Ramli mempersoalkan kenapa kerajaan menggadai saham bumiputera dan memberinya kepada pihak lain dan juga pihak kroni.
“Langkah kronisme ini merosakkan bumiputera seolah-olah kronisme ini masih berterusan.Dalam Umno apa saja yang diberikan kepada kroni ini akan digadaikan dan tidak tinggal apa bagi orang Melayu,” kata Dr Hatta-
Note: Suruh BN menjaga amanah orang melayu sama macam suruh harimau tolong simpankan daging…
Salam Ukhwah shared Ezzy Freeman's photo.
BANTAHAN KEPUTUSAN PRU13 TERENGGANU "TERKINI"via...Jkkk Fan Club.
Saksi, Bukti Kukuh Penyelewengan SPR di Terengganu : Ahmad Said Tumbang?
Saya menerima satu BERITA SAHIH menggemparkan tentang penyelewengan dan penipuan yang dilakukan oleh Pegawai SPR yang telah berlaku di salah satu DUN di Negeri Terengganu, daerah Besut.
Kawasan mana? Maaf itu saya masih belum dibenarkan dedahkan kepada umum, biarlah sama-sama kita tunggu kenyataan rasmi daripada PAS Terengganu.
Petisyen bantahan telahpun dikemukakan kepada mahkamah. Saya hanya mempunyai maklumat tentang satu kawasan ini namun khabarnya petisyen bantahan turut dibuat di kawasan serta DUN atau Parlimen yang lain. Butiran rasmi masih tak didedahkan kepada umum. Saya tidak tahu kenapa, namun saya yakin ada sebab serta strategi kenapa butiran rasminya masih belum didedahkan kepada umum.
Saya juga telah disahkan berkenaan dengan perjumpaan Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang dengan ahli keluarga Pegawai SPR tersebut. Beliau juga telahpun mengadakan perjumpaan tertutup dengan wakil rakyat BN yang menang kerana penipuan itu.
SAKSI? ADA! BUKTI? KUKUH!
Sebelum ini, saya mengandaikan akan ada "sesuatu" berlaku semasa Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar berkait dengan kes ini. Tapi, jangkaan saya meleset. Maka, ini memungkinkan peluang kepada rampasan semula Terengganu kepada Pakatan Rakyat melalui mahkamah dalam masa 21 hari ini.
Ini hanyalah satu kes daripada banyak-banyak kes yang sampai kepada saya dengan penjelasan bukti serta saksi yang amat kukuh sekali. Saya rasa dengan hanya DUN ini, jika menang, Pakatan Rakyat bakal menambah kerusinya di Terengganu menyebabkan kedudukan kerusi DUN terikat kepada 16-16. Itu belum campur dengan keputusan bantahan petisyen di kawasan-kawasan lain.
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin juga dikhabarkan tidak senang dengan situasi yang berlaku di Terengganu sekarang. Mengikut peraturan Pilihan Raya, jika kedudukan kerusi terikat antara kedua-dua parti yang saling bertentangan, Sultan mempunyai kuasa untuk menentukan siapakah pemerintah yang layak. Tak perlu ditanya siapa yang akan dipilih oleh baginda sultan. Dengan hubungan Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang dan baginda Sultan Mizan Zainal Abidin yang amat rapat, sudah pasti baginda akan berpihak kepada Pakatan Rakyat.
Maaf, sekali lagi saya ucapkan kepada pengunjung blog ini. Butiran penuh berkenaan dengan perjumpaan tuan Presiden dengan wakil rakyat BN dan keluarga pegawai SPR yang menyeleweng tidak dapat saya dedahkan tanpa izin rasmi parti. Bagaimana penipuan ini boleh bocor dan terbongkar juga tidak dapat saya siarkan. Mungkin, jika terdapat pengunjung-pengunjung di blog ini yang telah mengetahui kes ini terutamanya pengunjung dari Terengganu. Lagipun, kes ini sedang berjalan di mahkamah. Ini bertentangan dengan prosedur mahkamah.
Petisyen bantahan serta pendedahan ini juga saya harap dapat menutup mulut para penyokong PAS/PR dan Blogger PR yang tidak habis-habis menyerang Tuan Guru Presiden dan PAS tanpa adab dan penuh keceluparan. Maaf, saya kata tapi kamu tidak layak dipanggil pejuang jika perangai kamu sama sahaja dengan UMNO/PERKASA. Saya tegaskan, PAS bukan seperti parti-parti politik lain yang terdapat di Malaysia. Saya tak kata PAS serta pimpinan PAS tidak boleh dikritik, namun jika anda seorang muslim yang baik, berilmu, beradab bukan itu caranya...kbt
Kredit: http://
LEBONGGGG SPR BAKAL TERBURAI;)
Noah Zig shared Abdul MalikIshak Bin Madihi's photo.
ARKIB : 14/05/2013Pemandu teksi didenda rosakkan bendera BN
Gambar: Mohd. Yusri Yahaya dihukum denda RM1,000 selepas mengaku bersalah atas tuduhan merosakkan 90 bendera Barisan Nasional di Mahkamah Majistret Ampang, dekat Kuala Lumpur, semalam. UTUSAN/NASIRUDDIN YAZID
KUALA LUMPUR 13 Mei - Gara-gara mematah serta mencampak 90 bendera Barisan Nasional (BN), April lalu, seorang pemandu teksi didenda RM1,000 atau penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret Ampang dekat sini hari ini.
Majistret Ayuni Izzati Sulaiman, menjatuhkan hukuman itu selepas Mohd. Yusri Yahaya, 32, mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di tepi jalan Pandan Indah, berhadapan Masjid Indah, Ampang Jaya, dekat sini kira-kira pukul 4 petang, 9 April lalu.
Bakal pengantin itu didakwa melakukan khianat dengan mematah dan mencampakkan 90 helai bendera BN yang berada di bawah kawalan Ketua UMNO Cawangan, Sri Merpati, A. Rahim Md. Deris, 60, dengan anggaran kerugian RM500.
Timbalan Pendakwa Raya, Goh Ai Rene mengemukakan pertuduhan terhadap tertuduh yang tidak diwakili peguam itu mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Sebelum menjatuhkan hukuman itu, Ayuni Izati sempat menasihati Mohd. Yusri agar tidak mengulangi perbuatannya itu kerana walaupun perkara itu remeh tetapi kesannya boleh menyebabkan seseorang itu dihadapkan ke mahkamah.
"Saya berharap hukuman ini akan menjadi pengajaran dan kamu tidak akan buat lagi. Harap jadikan perkara ini sebagai pengajaran, insaf dan tidak buat lagi," katanya.
Mengikut fakta kes, ketika pengadu, A. Rahim sedang memasang bendera di tepi jalan Pandan Indah berhadapan Flat Sri Merpati, beliau nampak tertuduh sedang merosakkan 90 helai bendera BN yang dipasangkan di kawasan tersebut.
Beliau kemudiannya menghampiri tertuduh bagi menghalangnya daripada meneruskan perbuatan itu tetapi tertuduh terus memasuki teksinya dan beredar.
Mohd. Yusri membayar denda tersebut.
Dewan Pemuda Pas Melaka and 2 other people shared Pakatan Rakyat Supporters's photo.
SIAPAKAH PENGGANAS yg SEBENARNYA? pemimpin BN yang atas2 meLANUN wang rakyat, yang MACAI di suruh memukul orang ramai guna kayu hanya kerana RM 50 seorang? itulah harga melayu yg tidak mendapat didikan, yang sengaja di bodohkan otak dan akal mereka oleh BN, supaya mudah di kuasai seperti gambar ini..Noah Zig and Osman Aziz shared BapakkuFM's photo.
Tangan Si Pemandi Mayat Terlekat Di tuttttt Si Mati...Pada zaman Imam Malik, terdapat seorang wanita yang sangat buruk akhlaknya. Dia selalu tidur bersama lelaki dan tidak pernah menolak ajakan lelaki. Sehinggalah tiba pada hari kematiannya. Ketika dia dimandikan oleh seorang wanita yang memang kerjanya memandikan mayat, tiba-tiba tangan si pemandi mayat itu terlekat pada kemaluan wanita pelacur itu.
Semua penduduk dan ulama' gempar akan hal itu. Mana tidaknya, tangan si pemandi mayat terlekat sehingga semua orang di situ mati akal untuk melepaskan tangannya dari mayat wanita terbabit. Terdapat 2 cadangan untuk menyelesaikan masalah itu. Pertama, memotong tangan wanita pemandi mayat tersebut dan kedua tanam kedua-dua wanita itu sekali gus.
Akhirnya, mereka memutuskan untuk meminta pendapat daripada Imam Malik. Imam Malik bukan calang-calang orang yang memberi fatwa. Pernah ada satu ketika, Imam Malik mendapat 40 pertanyaan, tetapi yang dijawabnya hanyalah 5. Ini menunujukkan akan berhati-hatinya dan betapa sensitifnya beliau dalam isu agama. Imam Malik bertanya kepada wanita si pemandi mayat itu bahawa adakah dia berkata apa-apa kepada si mati semasa memandikannya.
Wanita pemandi mayat itu berkata bahawa dia ada mengatakan kepada si mati sewaktu membersihkan tubuhnya:
"Berapa kalilah tubuh ini telah melakukan zina".
Imam Malik berkata "kamu telah menjatuhkan Qazaf (tuduhan zina) pada wanita tersebut, sedangkan kamu tidak mendatangkan 4 orang saksi. Maka kamu harus dijatuhkan hukuman hudud 80 kali sebatan kerana tidak mendatangkan saksi." Selepas wanita pemandi mayat itu dikenakan hukuman 80 sebatan maka terlepaslah tangannya dari mayat tersebut.
Silalah share kisah ini supaya kita mendapat manfaat sama2.
Oleh itu kita sentiasa kena jaga lidah kita jangan sembarangan buat fitnah atau bersangka buruk..kuasa Allah Taala mengatasi segala2nya..
Bantahan Rakyat di Kuantan, biar gambar berbicara.
Posted on Wednesday, May 15 @ 08:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: watpulok
"
Adakah pemimpin UMNO/BN buta hati atau buta mata?.. Bandar Kuantan Lumpuh. Rakyat semua bangsa turun menunjukan bertapa mereka sanggup bermandi keringat sama sama berjalan hampir empat Kilometer ketapak perhimpunan Pemimpin Pakatan Rakyat... malah hati ini turut merasa sayu apabila anak anak muda Cina, Melayu dan India berteriak memanggil nama DSAI semasa Dato Seri bersalaman menuju pentas."
1..TAK BOLEH TOLAK YANG TELAH DITENTUKAN OLEH ALLAH...
CONTOH ALLAH JADIKAN LELAKI ATAU PEREMPUAN
2..KITA KENA TERIMA BEGITU YANG TELAH ATURKAN@TENTUKAN...
CONTOH BILA LAPAR KITA CARI MAKANAN UNTUK KITA MAKAN
3..TAKDIR ITU KITA SENDIRI YANG PILIH
KITA TAK BELAJAR DAN MALAS BELAJAR...KITA JADI BODOH MAKA ITU YANG KITA PILIH.
TAPI YANG KETIGA BOLEH JADI PERGI KE TAKDIR NO 1...BELAJAR RAJIN2...USAHA SUNGGUH2...BODOH JUGA ITU MEMANG ALLAH DAH TENTUKAN...NI CONTOH AJE
KEADILAN dedah 24 petugas SPR dikurung untuk pangkah kertas undi
(Oleh Aisha Geoffrey)PETALING JAYA 15 MEI: KEADILAN mendedahkan satu lagi bukti penemuan terbaru berhubung penipuan pilihan raya melibatkan calon BN Parlimen Besut, Terengganu.
Menurut Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, bukti tersebut baru diterima Sekretariat Pakatan Rakyat pagi semalam dan ia dihantar oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Besut.
“Pagi tadi (semalam) satu laporan polis dibuat oleh petugas SPR di Besut yang mendedahkan pada hari mengundi, calon BN Parlimen itu telah mengurung 24 petugas termasuk beliau untuk memangkah kertas undi,” jelas Saifuddin pada sidang media di ibu pejabat parti, petang semalam.
“Kini kita (Pakatan) ada 29 kawasan Parlimen yang mempunyai bukti kukuh menjelaskan dakwaan kita berhubung penyelewengan pilihan raya,” kata Saifuddin yang enggan mendedahkan sebuah lagi kawasan lain.
Menurutnya lagi, salinan laporan polis tersebut diserahkan kepada pasukan penyiasat Pakatan Rakyat yang diketuai Rafizi Ramli.
“Kita ada bukti kukuh untuk menjelaskan kenapa kita menolak keputusan di sesetengah kawasan, dan proses pengumpulan bukti masih berjalan,” katanya.
Pada pilihan raya umum 5 Mei lalu, calon BN Besut, Datuk Seri Idris Jusoh menang memperolehi 35,232 undi menewaskan calon PAS, Riduan Mohamad Nor 26,890 undi dengan majoriti 8,342.
Isnin lalu, Rafizi memberitahu, terdapat 27 kawasan Parlimen yang akan disiasat dan membuat petisyen bantahan berhubung penipuan pilihan raya.
JADI KALAU KITA MENIPU...ADAKAH ALLAH TENTUKAN...SEBENARNYA KITA YANG PILIH.
Ketua Pembangkang diminta reda ketentuan Allah
Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah berkata, sebagai seorang Islam, Anwar perlu menerima kegagalannya itu dengan hati terbuka.
Beliau berkata, Allah telah menentukan Barisan Nasional (BN) terus memerintah negara ini dan pakatan pembangkang pula ditakdirkan untuk tiga negeri, maka tidak ada sebab bagi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak boleh menerima ketentuan tersebut.
"Kita orang Islam perlu bersatu padu di atas nama Islam, bukannya menghasut orang dengan mengadakan demonstrasi sehingga berupaya mengundang perpecahan.
"Dia (Anwar) kena sedar diri, dia sudah tidak mampu menjadi Perdana Menteri dan kalau jadi sekali pun, dia pasti akan jatuh juga. Jadi redalah dengan semua ini. Kalau dia masih tidak reda, dari segi akidah, dia akan menanggung dosa yang besar," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Abdullah mengulas kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria semalam yang menasihatkan Anwar menerima keputusan PRU-13 sebagai ketentuan takdir.
Sejak minggu lalu, Anwar secara berterusan menghasut rakyat mengadakan perhimpunan bagi membantah keputusan pilihan raya umum lalu dengan sebahagian besarnya disertai generasi muda Cina.
Tambah Abdullah, beliau secara peribadi melihat tindakan Anwar tersebut menunjukkan sifat sebenar Ketua Pembangkang itu yang begitu inginkan Putrajaya dan jawatan Perdana Menteri.
"Saya ingin nasihatkan Anwar, dia sudah dua kali kalah dalam pilihan raya yang telus sehingga menyaksikan mereka turut diberi mandat memerintah sesetengah negeri, jadi terima ketentuan Allah. Segala percaturan Allah adalah yang terbaik untuk hamba-Nya," katanya.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Minda Pondok, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff pula menyifatkan cara pemikiran Anwar sudah tidak betul kerana terlalu mengikut emosi dan tidak dapat menerima keputusan PRU-13.
Mohd. Syamsul berkata, walaupun sudah jelas rakyat menolak beliau menjadi Perdana Menteri, namun Anwar masih tidak boleh menerima hakikat tersebut dengan terus mengadakan perhimpunan haram.
"Saya ingin nasihat rakyat jangan terikut-ikut dengan Anwar yang hanya mengunakan rakyat untuk merealisasikan impiannya menjadi Perdana Menteri," nasihat beliau.
1 ulasan:
Saya Widya Okta, saya ingin memberi keterangan kerja yang baik dari Allah dalam hidup saya kepada bangsaku yang sedang mencari untuk pinjaman di Asia dan bahagian lain perkataan, kerana ekonomi yang buruk di beberapa negara. Adakah mereka sesiapa yang mencari pinjaman di antara kamu? Kemudian, anda perlu berhati-hati kerana banyak syarikat pinjaman penipuan di sini di internet, tetapi mereka masih tulen sekali dalam syarikat pinjaman palsu. Saya telah menjadi mangsa yang 6 kredit peminjam penipuan, saya hilang begitu banyak wang kerana saya mendapatkan pinjaman daripada syarikat mereka. Saya hampir mati dalam proses kerana saya ditahan oleh rakyat hutang saya sendiri, sebelum i adalah pembebasan dari penjara dan seorang kawan saya yang saya menerangkan keadaan saya kemudian memperkenalkan saya kepada sebuah syarikat pinjaman reliabl yang SANDRAOVIALOANFIRM. Saya mendapat pinjaman saya Rp900,000,000 dari SANDRAOVIALOANFIRM sangat mudah dalam tempoh 24 jam yang i digunakan, Jadi saya membuat keputusan untuk berkongsi kerja yang baik dari Allah melalui SANDRAOVIALOANFIRM dalam kehidupan keluarga saya. Saya meminta nasihat anda jika anda memerlukan pinjaman anda lebih baik hubungan SANDRAOVIALOANFIRM. menghubungi mereka melalui e-mel:. (Sandraovialoanfirm@gmail.com)
Anda juga boleh menghubungi saya melalui e-mel saya di (widyaokta750@gmail.com) jika anda mendapati sukar atau mahu prosedur untuk mendapatkan pinjaman.
Catat Ulasan