Ahad, 5 Mei 2013

DUIT2...HARAM YANG MENGAMBIL ATAU YANG MEMBERI RASUAH

PECAH BERITA! Perak Dijangka Kembali Ke Pangkuan Pakatan Rakyat!
Posted on Sunday, May 05 @ 05:40:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Blog Jalan Pulang

Tidak sampai 24 jam lagi sebelum hari pengundian esok, Pakatan Rakyat dijangka kembali menguasai Perak dengan majoriti mudah di samping menambah beberapa kerusi Parlimen.

Perak mempunyai 24 kerusi Parlimen dan 59 Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pada 2008, Pakatan Rakyat memenangi 11 kerusi Parlimen dan 31 kerusi DUN di negeri itu.

Kali ini sehingga 14 kerusi parlimen dan 35 kerusi DUN mampu ditawan berdasarkan analisis terakhir minggu lalu.

Bagi kerusi DUN, pemerhati berpendapat, bersandarkan faktor pengundi muda, Pakatan dijangka menambah bilangan kerusi dengan memenangi kawasan yang kalah dengan majoriti tipis dalam pilihan raya umum lalu, iaitu Pengkalan Baru, Rungkup, Sungai Rapat, Manjoi dan Selama.

Sementara itu, bagi kerusi yang menang dengan majoriti tipis seperti di Changkat Jering (899 undi), Pakatan dilihat akan terus kekal bagi kerusi DUN itu kerana kekuatan calonnya.

Di DUN Changkat Jering, kehadiran bekas menteri besar Perak yang sah, Mohammad Nizar Jamaluddin dilihat sebagai mampu memberi kredit kepada Pakatan Rakyat memandangkan beliau sebelum ini merupakan ahli parlimen Bukit Gantang.

Selain itu, bagi kerusi yang sebelum ini mengalami masalah calon lompat iaitu DUN Malim Nawar dan DUN Jelapang, Pakatan juga dijangkakan mengekalkan kemenangan di kawasan itu tetapi tidak di DUN Behrang memandangkan berlakunya pertandingan empat penjuru di kawasan itu.

Bagi kerusi Parlimen pula, di Kuala Kangsar, PAS dilihat yakin di kerusi itu memandangkan berlakunya pertandingan tiga penjuru antara Kamilia Ibrahim (Bebas), Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad (BN) dan Khalil Idham Lim Abdullah (PAS).

Di Kuala Kangsar dijangka akan berlakunya perpecahan undi BN memandangkan Kamilia yang sebelum ini merupakan naib ketua wanita Umno dan ketua wanita Umno bahagian sebelum bertanding sebagai calon Bebas.

Begitu juga di Parlimen Lumut yang sebelum ini dimenangi oleh BN dengan majoriti 298 undi, kawasan yang majoriti penduduknya merupakan perwira Tentera Laut Diraja (TLDM) dijangka akan bertukar tangan berdasarkan faktor calon yang bertanding di kawasan itu, iaitu Laksamana Pertama (B) Abdul Imran Abd Hamid - bekas ketua staf logistik Markas Armada TLDM.

Untuk kerusi Parlimen Bagan Datoh, Padang Rengas, Gerik dan Tambun, pemerhati berpendapat ia akan kekal kepada BN memandangkan kawasan itu merupakan kubu kuat Umno.

Bagaimanapun, terdapat juga kerusi Parlimen yang "50-50" kerana sukar untuk dijangkakan siapa akan menang seperti di Parlimen Larut dan Sungai Siput berdasarkan persaingan sengit antara BN dan Pakatan. 

Di Sungai Siput, walaupun KEADILAN menang dengan majoriti sebanyak 1,821 undi pada 2008, ia masih dilihat goyah memandangkan calon BN pada pilihan raya kali ini, SK Devamany mendapat sokongan penuh daripada bekas calon di kawasan itu, S Samy Vellu.

Penyandang kerusi itu sebelum ini, Dr Micheal Jayakumar Devaraj dari KEADILAN dilihat bekerja keras di Sungai Siput bagi mengekalkan kemenangannya di kawasan itu.

Di parlimen Larut pula, walaupun PAS meletakkan bekas pengarah siasatan jenayah Bukit Aman, Fauzi Shaari, ia masih tidak menjamin kemenangan Pakatan di kawasan 89 peratus pengundi Melayu itu.

Fauzi yang akan berdepan dengan penyandang kawasan itu, Hamzah Zainuddin yang sebelum ini menang dengan majoriti 1,911 undi dilihat bersungguh-sungguh bagi memastikan kemenangannya di kawasan itu apabila BEKAS Perdana Menteri, Najib Razak turut serta turun padang di kawasan itu pada minggu pertama berkempen.

Sumber

  Cubaan Sabotaj Halang Pengundi Pulang Ke Kampung Dikesan
Posted on Sunday, May 05 @ 02:50:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Sumber Mahasiswakini
Kuala Lumpur: Cubaan sabotaj oleh ‘pihak tertentu’ bagi menghalang sebahagian pengundi yang menetap di Lembah Kelang untuk pulang ke kampung, terutama ke kawasan sekitar pantai timur telah dikesan.

Usaha ini telah dikesan melalui laporan seorang mahasiswa Universiti Malaya (UM) juga pengundi yang bakal mengundi di kawasan Pasir Mas yang tidak mahu didedahkan identitinya.

“Sepatutnya bas sampai malam semalam (jam 11 malam), tapi dah nak 12 jam menunggu, bas yang dinanti tak sampai-sampai”, adu beliau.

Di sudut yang lain, salah seorang ahli Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya (MPPUM), Muhammad Syakirin Yuslan menulis di laman facebooknya mengenai tindakan ‘pihak tertentu’ yang dilihat seolah sengaja melambatkan proses pengangkutan bas.

“Bas dari Kelantan untuk bawa penumpang dari UM yang sepatutnya dijangka bertolak jam 8.30 semalam masih belum tiba sehingga pagi ini”, ujar beliau.

“Ada ura-ura mengatakan bahawa ada unsur 'sabotaj beli bas' dan sebagainya. Sehingga menyebabkan ratusan penumpang yang menunggu bas-bas mereka belum tiba. Termasuk di KLIA dan kampus-kampus sekitar lembah Klang dan Kuala Lumpur”, tambah Syakirin lagi.

Muhammad Khalis Ibrahim, juga ahli MPPUM mengaitkan cubaan sabotaj ini dengan tempoh cuti pilihanraya yang singkat diperuntukkan kepada kampus-kampus oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

“Patutlah Kementerian Pengajian Tinggi tak beri cuti awal pada kampus-kampus. Rupa-rupanya, ini modus operandi mereka. Semata-mata nak halang pengundi muda pulang mengundi”, kata beliau.

-mahasiswakini

 MAKIN PANAS!!! Bagi Rasuah Pun Kena Bersumpah
Posted on Sunday, May 05 @ 04:21:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Blog Biaqpila

Sumber

Tiada ulasan: