Khalid tak bimbang jika Azmin jadi exco
EKSKLUSIF
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yakin pentadbiran
kerajaan negeri Selangor tidak akan pincang kerana yakin dengan
kemampuannya untuk mengetuai pentadbiran itu buat penggal kedua selepas
mengangkat sumpah minggu lalu.Bercakap dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini pagi ini, bekas tokoh koporat berusia 66 tahun itu berkata oleh kerana beliau berjuang sewaktu zaman Reformasi, maka beliau perlu jujur dalam pentadbirannya.
"Saya datang dari (zaman) Reformasi dahulu. Apa yang teruk yang boleh berlaku kepada saya? Saya tidak boleh mentadbir? Kalau saya tidak boleh mentadbir, saya tidak akan melakukannya.
"Kamu datang daripada kumpulan ini, yang mahu kamu berkhidmat kepada rakyat. Sekiranya kamu ingin berkhidmat, kamu mesti merendah diri (humility) untuk menerangkan kepaada rakyat Selangor bahawa kamu boleh mentadbir," katanya.
Beliau menjawab soalan berhubung kemungkinan kemasukan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan kumpulannya dalam majlis eksekutif negeri boleh menjejaskan kedudukannya.
"Tidak," tegasnya apabila ditanya sekiranya kehadiran Azmin mungkin boleh memberi kesan kepada gaya pengurusan pentadbiran Khalid.
Mengulas mengenai kemampuan peranannya dalam parti pula, Khalid yang juga ahli parlimen Bandar Tun Razak berkata beliau perlu bijaksana menyatakan sesuatu yang betul dan memberitahu pemimpin parti apa yang dilakukannya adalah tepat.
Sebagai contoh, katanya, terdapat ramai di kalangan pemimpin partinya yang didakwanya mahu menggunakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), untuk mendapatkan duit bagi tujuan politik.
"Saya perlu bijak. Saya kata, kita dalam gerakan Reformasi. Kita percaya bahawa kita tidak boleh menggunakan wang rakyat, sebarang tindakan untuk mendapat wang, melakukan sesuatu melampaui CSR (tanggungjawab sosial korporat) yang biasa, ia tidak boleh diterima," katanya.
Katanya, beliau akan menganggap cadangan seperti itu sebagai satu perkara yang teruk.
Bagaimanapun, golongan pemimpin parti yang tidak dinamakannya itu akan bertenang selepas beliau memberikan penjelaskan, katanya lagi.
"Tapi kemudiannya selepas ia boleh diterima akal, mereka akan tenang," katanya sewaktu ditemubual di kediamannya di Bukit Damansara.
Aktivis pelajar ditangkap atas dakwaan menghasut
Aktivis pelajar Adam Adli ditangkap di Bangsar Utama hari ini dan akan disiasat di bawah seksyen 124 Akta Hasutan.Menulis dalam twitternya awal pagi ini, Adam berkata dia ditangkap di Bangsar Utama dan sedang dibawa ke Balai Polis Jinjang.
Adam yang digantung pengajiannya di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dipercayai ditangkap berhubung kenyataan beliau yang dibuat semasa forum selepas pilihan raya anjuran Suara Anak Muda Malaysia (SAMM) pada 13 Mei.
Dalam forum itu, Adam menyertai beberapa NGO anti-kerajaan memanggil satu perhimpunan jalanan besar-besaran untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap proses pilihan raya umum pada 5 Mei lalu.
Dalam ucapan ringkasnya, Adam berkata sepintas lalu bahawa dia kisah didakwa atas kesalahan menghasut berkaitan komennya pada malam tersebut.
Pelajar UPSI berusia 23 tahun itu sebelum ini disiasat kerana menurunkan bendera yang memaparkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di luar ibupejabat Umno di Kuala Lumpur tahun lepas.
Polis cari bukti kes Adam Adli
Sepasukan
polis hari ini membawa Adam Adli ke satu pejabat yang sering dikunjungi
aktivis pelajar tersebut di Bangsar Utama, Kuala Lumpur untuk mengesan
bahan bukti berhubung siasatan yang dijalankan ke atas anak muda itu.
Seramai lebih 10 orang anggota polis berpakaian preman tiba di pejabat tersebut, yang terletak di tingkat atas di deretan rumah kedai itu, pada kira-kira jam 4.15 petang ini.
Adam, yang bergari dan dikawal ketat anggota polis, kelihatan letih tetapi ceria apabila disapa teman-temannya di pejabat tersebut.
Beliau yang digantung pengajiannya di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) juga sempat menjamah beberapa suap laksa dan menghirup minuman bertenaga 100 Plus yang diberikan oleh rakannya sekalipun dalam keadaan bergari.
Beliau turut dibawa ke satu kenderaan yang digunakan Adam, bagi mengesan bahan bukti tersebut, sebelum beredar kira-kira 20 minit kemudian.
Seorang pengerusi jawatankuasa BERSIH, Mandeep Singh, yang turut berada di kediaman tersebut ketika operasi berkenaan berkata, polis bagaimanapun tidak membuat apa-apa rampasan.
Bapa Adam, Abdul Halim Abdul Hamid, 52, yang ditemui ketika operasi polis di Bangsar Utama itu berkata beliau berbangga dengan anak lelakinya itu.
"Saya dengan keluarga memang daripada dulu tidak pernah sekat dia untuk memperjuangkan kebebasan rakyat, kebebasan akademik dan kebebasan media, asalkan tidak mencetus perkara yang memburukkan keadaan," katanya.
Polis kini menjalankan siasatan ke atas Adam mengikut Seksyen 124(b) Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 4 Akta Hasutan.
Sekalipun kurang sihat, Abdul Halim - yang tiba dari Pulau Pinang semalam - menggagahkan diri ke ibu negara bagi memberi sokongan moral kepada anak lelakinya itu.
"Kami terus berdoa dan bermunajat kepada Allah... Seorang Adam tumbang atau dilokap, saya yakin jutaan Adam akan muncul. (Perjuangan ini) bukan untuk Adam (sahaja), tetapi untuk generasi akan datang untuk merasainya.
"...Bukan untuk tujuan lain, tetapi untuk menentukan hak rakyat (supaya mereka) betul-betul melihat demokrasi. Demokrasi bukan hanya di atas kertas atau (diungkap) di bibir mulut," katanya.
Seramai lebih 10 orang anggota polis berpakaian preman tiba di pejabat tersebut, yang terletak di tingkat atas di deretan rumah kedai itu, pada kira-kira jam 4.15 petang ini.
Adam, yang bergari dan dikawal ketat anggota polis, kelihatan letih tetapi ceria apabila disapa teman-temannya di pejabat tersebut.
Beliau yang digantung pengajiannya di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) juga sempat menjamah beberapa suap laksa dan menghirup minuman bertenaga 100 Plus yang diberikan oleh rakannya sekalipun dalam keadaan bergari.
Beliau turut dibawa ke satu kenderaan yang digunakan Adam, bagi mengesan bahan bukti tersebut, sebelum beredar kira-kira 20 minit kemudian.
Seorang pengerusi jawatankuasa BERSIH, Mandeep Singh, yang turut berada di kediaman tersebut ketika operasi berkenaan berkata, polis bagaimanapun tidak membuat apa-apa rampasan.
Bapa Adam, Abdul Halim Abdul Hamid, 52, yang ditemui ketika operasi polis di Bangsar Utama itu berkata beliau berbangga dengan anak lelakinya itu.
"Saya dengan keluarga memang daripada dulu tidak pernah sekat dia untuk memperjuangkan kebebasan rakyat, kebebasan akademik dan kebebasan media, asalkan tidak mencetus perkara yang memburukkan keadaan," katanya.
Polis kini menjalankan siasatan ke atas Adam mengikut Seksyen 124(b) Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 4 Akta Hasutan.
Sekalipun kurang sihat, Abdul Halim - yang tiba dari Pulau Pinang semalam - menggagahkan diri ke ibu negara bagi memberi sokongan moral kepada anak lelakinya itu.
"Kami terus berdoa dan bermunajat kepada Allah... Seorang Adam tumbang atau dilokap, saya yakin jutaan Adam akan muncul. (Perjuangan ini) bukan untuk Adam (sahaja), tetapi untuk generasi akan datang untuk merasainya.
"...Bukan untuk tujuan lain, tetapi untuk menentukan hak rakyat (supaya mereka) betul-betul melihat demokrasi. Demokrasi bukan hanya di atas kertas atau (diungkap) di bibir mulut," katanya.
'Mahu halau kami, tapi jemput orang Bangladesh'
Rasa
tidak puas hati terhadap keputusan pilihan raya dan perasaan kecewa
dengan kenyataan menteri dalam negeri terhadap mereka yang mempertikai
keputusan itu mendorong kehadiran sebilangan peserta himpunan Suara
Rakyat Suara Keramat edisi Negeri Sembilan semalam.Seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Dupa, 45 tahun, berkata beliau turut menyertai dua lagi himpunan sama di Johor Bahru dan Selangor walaupun menetap di Bahau, Negeri Sembilan.
"Kalau nak ikut, memang tak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya tambahan pula ada banyak dakwaan penipuan melibatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dan (undi) anggota pasukan keselamatan," katanya.
Henry Ng, 28, (kiri), pula berpendapat kebanjiran orang ramai ke siri himpunan itu membuktikan Pakatan Rakyat sebenarnya 'memenangi' hati rakyat Malaysia dalam pilihan raya yang lalu walaupun masih belum berjaya membentuk kerajaan pusat.
Merujuk kepada kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi yang menggesa golongan yang tidak berpuas hati dengan sistem pilihan raya agar berhijrah ke luar negara, Henry secara berjenaka berkata beliau berharap mereka yang berketurunan Tionghua sepertinya tidak disuruh pulang ke tanah besar China.
"Saya harap jangan suruh saya balik China," katanya sambil ketawa kecil tetapi kelihatan bersemangat selepas berjaya mendapatkan tandatangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada baju-T yang dipakainya.
Rakan Henry, Ariel Ng, 26, pula berpendapat mereka yang meragui keputusan pilihan raya lalu tiada pilihan lain buat masa ini melainkan hadir ke himpunan demikian bagi menyatakan protes mereka.
"Keputusan pilihan raya tidak adil, kami tiada pilihan dan kami tidak tahu apa lagi yang kami boleh buat untuk masa ini," katanya.
Karen Ngoo, 46, (kiri) pula merasakan kenyataan Zahid Hamidi itu tidak wajar di kala terdapat dakwaan dan kontroversi mengenai pengundi hantu terutamanya yang melibatkan warga asing dari Bangladesh.
"Anda mahu halau kami orang Malaysia, tetapi orang Bangladesh dibawa masuk ke dalam negara.
"Anda mesti hormat kami, itu pengundi hantu Bangladesh-lah yang perlu dihalau," katanya.
1.Zahid: Berhijrah jika tidak mahu terima sistem p'raya
2.Anwar: 'Zahid, kamu ingat negara ini bapa kamu yang punya?'
Anwar: 'Zahid, kamu ingat negara ini bapa kamu yang punya?'
Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa gesaan agar
rakyat yang tidak gembira dengan sistem pilihan raya supaya berpindah
keluar dari negara ini adalah satu kenyataan sombong yang menghina
rakyat."Kamu ingat negara ini bapa kamu punya? Ini cara menghina rakyat," kata Anwar dalam pidatonya di perhimpunan Suara Rakyat Suara Keramat edisi Negeri Sembilan malam tadi yang dibanjiri kira-kira 30,000 orang.
Beliau mengulas kenyataan itu yang dibuat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam rencananya yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 16 Mei 2013.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebelum ini turut membidas tulisan itu yang disifatkannya sebagai tidak masuk akal.
Menteri Belia dan Sukan yang baru dilantik, Khairy Jamaluddin sebaliknya dilihat cuba meredakan reaksi orang ramai berhubung kenyataan itu.
Menurutnya, kenyataan Zahid itu mewakili pandangan peribadi Zahid dan bukan seluruh jemaah menteri.
Menegaskan gesaan tersebut sebagai 'bodoh', Anwar dalam pidatonya turut membidas rencana tulisan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan tentang undi popular yang disiarkan akhbar sama, sehari selepas tulisan Zahid Hamidi diterbitkan.
Menurut Anwar, tindakan Ahmad menggunakan perkataan 'liwat' dalam tulisannya untuk membincangkan undi popular, adalah lucah dan tidak menghormati kebijaksanaan rakyat.
"Seorang lagi menteri Umno kata (pembangkang) jangan 'meliwat' fikiran rakyat.
"(Ini) cara yg paling lucah untuk menghina fikiran rakyat," kata Anwar.
Ahmad Maslan dalam tulisannya mengingatkan pembangkang yang harus faham undang-undang negara ini dan tidak harus 'meliwat' pengetahuan dan akal sendiri apabila mendakwa layak memerintah berdasarkan peratusan undi popular yang diperoleh mereka.
Menurutnya, undang-undang Malaysia menetapkan pemenang pilihan raya adalah berdasarkan jumlah kerusi yang dimenangi, dan bukan jumlah undi popular.
1. Zahid: Berhijrah jika tidak mahu terima sistem p'raya
2. Jangan 'liwat' akal sendiri, kata Ahmad Maslan
Kartunis lancar gerakan bantah penipuan p'raya
Satu
kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Kumpulan Kartunis
Independen (KKI) hari ini melancarkan gerakan untuk menyebarkan
kesedaran mengenai penipuan pilihan raya melalui karya seninya.Melalui gerakan 'Kartunis Menentang Penipuan Pilihan Raya (CAEF), ia akan mengadakan pameran di seluruh negara dan menerbitkan sebuah buku kartun mengenai bahaya penipuan pilihanraya dan mengapa ia perlu ditentang.
Ketua kumpulan tersebut, Zulkiflee Anwar Haque atau lebih
dikenali sebagai Zunar (kanan) mendakwa bahawa Malaysia telah menjadi negara model penipuan pilihan raya.
Katanya, dulu orang merujuk kepada Zimbabwe dan presidennya, Robert Mugabe.
Tetapi kini, dakwanya, jika orang mahu menipu, mereka merujuk kepada (Perdana Menteri Malaysia) Datuk Seri Najib Tun Razak kerana menurutnya terdapat penipuan yang begitu banyak.
Kumpulan itu juga mengadakan pameran di sebuah padang di
Petaling Jaya hari ini, dengan pelbagai kartun yang bertemakan penipuan pilihan raya.
Sebanyak 13 kartunis diketengahkan dalam pameran itu, termasuk Zunar, Johnny Ong, Megat Roslan Abdul Wahid dan Mohd Affandi Ramli.
Terdapat juga beberapa aktiviti mengumpul dana di sekitar kawasan pameran itu untuk gerakan tersebut, termasuk jualan buku komik dan lukisan karikatur.
Tetamu kehormat, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah
Anwar tiba pada kira-kira jam 5.15 petang pada penghujung pameran tersebut.
Dalam ucapannya, beliau menggesa hadirin sekitar 50 orang untuk terus menyuarakan bantahan terhadap penipuan pilihan raya.
Katanya, ini kerana tanpa bantahan yang jelas terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya, rakyat tidak akan merasakan kebebasan atau melihat aspirasi mereka menjadi kenyataan.
"Jadi, apa yang saya akan meminta? Hari ini, melalui kartun dan melalui apa-apa cara yang mungkin, bantu kami untuk menyebarkan maklumat, "katanya.
60,000 banjiri majlis kesyukuran Pakatan di P Pinang
Walaupun
polis memberi amaran bahawa ia adalah perhimpunan haram, namun puluhan
ribu membanjiri majlis 'kesyukuran' kerajaan negeri di Esplanade di
Pulau Pinang malam tadi.Orang ramai, kebanyakannya para belia yang berpakaian Baju-T hitam bersama vuvuzela plastik, penuh dengan semangat Blackout 505 Pakatan menentang dakwaan penipuan dalam pilihan raya umum pada pada 5 Mei.
Penceramah terakhir di majlis tersebut, pemimpin Pakatan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata di kebanyakan negara jika berlaku penipuan seperti itu, maka akan berlaku mogok awam yang besar.
Oleh itu, katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak patut berterima kasih kepada Pakatan kerana mengekalkan keamanan dan tenang dalam semua bantahan yang diadakan.
"Di semua negeri, dari Pulau Pinang ke Perak, Johor, Negeri
Sembilan dan Pahang, kita mengadakan perhimpunan yang aman tetapi Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi berkata ianya haram," katanya.
"Saya ingin memberitahu mereka (bahawa), mereka boleh cuba untuk mengisytiharkan perhimpunan kita haram tetapi mereka tidak boleh menghalang kuasa rakyat kerana Suara rakyat Suara keramat," katanya disambut tepukan gemuruh hadirin.
Anwar berkata, adalah mustahil untuk menerima keputusan pilihan raya umum apabila terdapat hampir 30 kerusi yang meragukan, dengan BN mengekalkan Putrajaya walaupun ia hanya mendapatkan 48 peratus undi popular.
Beliau yang juga ahli parlimen Permatang Pauh berkata, walau
apa cara sekali pun, rakyat Malaysia tidak boleh menerima penipuan tersebut.
"Jika terdapat mana-mana kerusi yang Umno atau BN telah menang, dan tidak ada bukti penipuan, kita akan terima keputusannya, " katanya.
"Tetapi jika terdapat 30 kerusi yang kita kalah, kita ada bukti penipuan pilihan raya dan kita akan mencabar keputusan ini," ikrarnya.
Azmin: Zahid Hamidi 'bongkak dan bodoh'
Timbalan
presiden PKR Azmin Ali menyelar menteri dalam negeri Datuk Seri Ahmad
Zahid Hamidi yang mencadangkan agar golongan yang tidak bersetuju dengan
sistem pilihan raya supaya berhijrah.Azmin dalam satu kenyataan hari ini menyebut, kenyataan Ahmad Zahid membuktikan bahawa transformasi yang dianjurkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak itu hanya satu kepura-puraan.
"Adakah ini cara Najib menunjukkan 'kabinet transformasi baru'?
"Tahniah, Zahid! Dengan mengambil sikap angkuh dan pongah sebagai peristiharan pelantikan sebagai menteri, anda menunjukkan kedua-dua sikap bongkak dan bodoh.
"Kita tidak marah pada negara ini kerana ini tanah air kami, ia juga milik anda tapi janganlah bercakap seperti anda dan Umno yang memilikinya. Kesemua kami anak Malaysia adalah pemiliknya dan kami setia kepada Agong dan negara,” kata Azmin.
Azmin berkata rakyat Malaysia berhak untuk menyuarakan kekecewaan dan kemarahan mereka berhubung pilihan raya yang tidak bersih dan bebas.
“Kita tidak bercakap mengenai kecacatan pilihan raya di sana sini. Kita melihat mengenai penipuan sistemik yang dilakukan dalam skala besar,” katanya.
Naib presiden Umno itu dalam tulisannya di akhbar milik parti tersebut, Utusan Malaysia pada hari Khamis lalu menyeru golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia agar meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya mengikut kaedah yang digemari.
Beliau yang baru dilantik mengetuai kementerian dalam negeri mensasarkan perkara itu kepada golongan pengikut parti politik yang berpakaian serba hitam dalam kempen bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13.
“Pemimpin-pemimpin parti pembangkang khususnya PKR dan DAP telah mengelirukan anak-anak muda Cina dan para pengikut yang buta politik untuk berpakaian serba hitam sebagai tanda protes terhadap keputusan PRU-13 yang dianggap memihak kepada mereka mengikut undi popular,” katanya.
“Jika golongan ini mahu menerima pakai list system atau single transferable vote seperti mana yang digunakan oleh negara-negara republik, sepatutnya mereka berhijrah ke negara-negara berkenaan untuk mempraktikkan kepercayaan politik mereka,” katanya.
Tambahnya, Malaysia tidak mengiktiraf undi popular tetapi majoriti mudah seperti yang diamalkan dalam sistem Westminster.
Veteran Umno arah anggota boikot AirAsia, AirAsia X
Persatuan
Veteran Umno mengeluarkan arahan kepada anggotanya supaya memboikot
perkhidmatan penerbangan tambang murah AirAsia dan AirAsia X berikut
kenyataan seorang pegawai tinggi syarikat AirAsia X yang didakwa
mencerca akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.Laporan edisi hujung minggu akhbar tersebut hari ini memetik kenyataan setiausaha Veteran Umno Datuk Mustapha Yaakub yang mahu anggota persatuan tersebut menunjukkan reaksi balas itu atas sikap yang ditunjukkan ketua pegawai eksekutif AirAsia X Azran Osman-Rani.
Tindakan itu juga ekoran kegagalan AirAsia X memecat Azran dari jawatan tersebut, kata Mustapha yang menganggap dakwaan cercaan ke atas Utusan itu sebagai penghinaan ke atas kaum Melayu.
"Kenyataan Azran benar-benar menghina Melayu. Oleh kerana AirAsia X tidak mahu menghukumnya, maka veteran UMNO akan menghukum AirAsia X dan AirAsia dengan memboikot kedua-dua syarikat ini.
"Bagi kami Azran adalah lambang Melayu yang lupa identiti bangsanya. Inilah Melayu yang dikatakan kacang lupakan kulit. Individu seperti inilah yang menjadikan Melayu hilang identiti malah sanggup menggadai maruah bangsa sendiri," katanya.
Menurut Utusan, Azran dalam tulisannya di Facebook menulis: "I am Malaysian. I am anti-racism. I am disgusted by Utusan's editorial stance. (Saya rakyat Malaysia. Saya antiperkauman. Saya meluat dengan pendirian pengarang Utusan),"
Azran juga mengumumkan untuk menarikh balik iklan AirAsia, di Utusan Malaysia dan menyebut: "Utusan sudah lama tidak relevan. Jumlah pembaca merosot kerana minda pengarang sempit. Utusan tidak mewakili Melayu Malaysia."
AirAsia merupakan antara pembeli ruang iklan utama di media Malaysia.
1. Bos AirAsia X kata komennya diperbesar-besarkan | | |
2. Tulisan bos AirAsia X buat PERKASA berang |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan